Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all 514 articles
Browse latest View live

Makanan Tambahan Untuk Saya Yang Menua Dan Menggemuk

0
0
Assalamualaikum.

Masa zaman remaja dulu, muka saya memang bermasalah. Masa kat MRSM Perlis, dengan cuaca yang panas dan kering tu, mengundang berbiji2 jerawat kat muka. Kadang2 saya ikut petua orang-orang tua, tempek asam jawa lah, sapu putih telur lah, tapi satu pun tak mujarab. Bukan hanya berjerawat di pipi kiri kanan, saya semakin gelap dan paling teruk ada kesan hitam (kering) di tepi hidung dan bawah bibir. Masa tu kita mana la tau cara-cara jaga muka. Teknik dan step penjagaan kulit hanya didedahkan kepada saya (oleh kenalan) bila saya dah mula bekerja.

Bila dah mula bekerja, saya juga mula meluaskan pergaulan. Saya kenal sorang kakak yg bernama Liza. Beliau tegur saya kat tepi jalan aje. Beliau leader Nutrimetics yang sangat popular masa tu. Sejak kenal dan berkawan dengan kak Lizalah saya mula tahu cara-cara penjagaan muka, asas mekap dan pengambilan supplements. Terima kasih kak Liza. Harap dapat jumpa lagi setelah sekian lama tak berjumpa. 

Kak Liza sarangkan saya ambil 2 supplements: Evening Primrose Oil dan Garlic Oil keluaran Nutrimetics. Menurut kak Liza, kulit bermasalah mungkin disebabkan darah kotor (atau mungkin maksud kak Liza ialah toxic) dalam badan. Mungkin juga sebab peradaran darah tak betul. Tak kisahlah apa pun fungsi 2 supplement ni, sejak ambil 2 supplements tersebut, kulit saya mula berseri. Lepas tu saya ikut 3 langkah asas penjagaan muka dan rutin mingguan iaitu scrub dan mask, kulit saya flawless dan fresh (bak kata kawan2 saya).

Sekarang ni, dengan umur yang meningkat dan proses penuaan yang semakin pesat, saya giat mengambil pelbagai makanan tambahan. Bukan hanya untuk cantik atau lambat tua, tetapi untuk kesihatan keseluruhan dan mengelak badan lesu tak bermaya. Maklumlah orang dah kawen ni kengkadang kena overtime. Tido lambat, awal2 subuh dah kena bangun. Bila tido tak cukup, mulalah muka nampak pucat, cengkung, badan lesu, letih dan kulit kusam. 

Selama ni saya ambil kolagen 2 kali ganda daripada yang disarankan (sebab faktor usia), multivitamin spirulina yang saya tuang ke tapak tangan ikut suka, LD Venus untuk kesihatan wanita dan beberapa lagi supplement extra untuk fungsi2 extra. Perlu diketahui bahawa setiap supplement ada fungsi2 khusus. Sebab tu macam2 benda nak kena telan. Orang kata "we are what we eat". Ye ke?



Apa yang pasti, pengambilan supplements dari jenama yang baik sepatutnya selamat sebab ia berasaskan bahan semulajadi, bukan bahan kimia.

Saya masih ingat semasa kami sekeluarga tinggal kat Jakarta pada tahun 2005/2006, masa tu John outstation ke Bali beberapa hari. Masa dia outstation tu lah saya kena demam panas. Kat dapur takde ubat apa pun. Panadol pun takde. Anak-anak masa tu baru 5, 3 dan 2 tahun. Oleh kerana tak berani nak call toko kat bawah tu suruh hantar ubat (khuatir diambil kesempatan masa saya sakit), saya biarkan aje demam tu. Saya uruskan anak2 dengan merangkak pelan-pelan. Bila dah tak tahan sangat, saya pergi dapur, ambil botol Spirulina (ia sentiasa ikut saya ke mana2 sejak tahun 2004) lalu tuang segenggam spirulina dan telan. Rasanya ada 30 biji sekali tuang. Saya ulang telan spirulina beberapa jam selepas itu dan percaya atau tidak, demam saya kebah, belum sempat pun John balik dari Bali. Itu kuasa makanan tambahan. Makanan yang membekalkan zat yang sepatutnya kita dapat melalui makanan tetapi makanan yg dimasak selalunya kehilangan zat dengan banyak. Dan zat-zat tersebutlah yang membenarkan tubuh kita bertindak menjadi doktor kepada badan kita sendiri. Maknanya, saya jadi sihat bukan kerana spirulina tetapi kerana zat-zat yang dibekalkan kepada tubuh yang sedang kena attack virus tu menyebabkan daya tahan dalam badan bertindak dengan lebih efisyen.

Boringnye entry ni..... 

Oleh kerana saya seorang pemakan yang bedal apa saja, takde pantang-pantang, saya mula ada kesedaran tentang bahaya kolestrol. Oleh itu, tadi saya singgah ke Guardian untuk cari supplement yang sesuai. Saya beli ni:



Saya beli garlic oil dan Lecithin 1200. Apa fungsi 2 supplement ni? 

Garlic oil yang saya pernah makan dulu sebenarnya sejenis antibiotik, antikolestrol, anti cancer dan boleh mengelak penyakit jantung. Kaitan kenapa kulit saya cantik, itu mungkin sebab kesannya sebagai antibiotik kot. Jeratwat2 semua hilang. Masa perang dunia ke 2, bawang putih (garlic) digunakan bagi mengelak jangkitan terhadap kecederaan yg dialami. Namun begitu, kita dinasihatkan supaya bersederhana aje. Pengambilan garlic yang berlebihan boleh mengundang padah. It's poisonous. 1 garlic oil sangat pekat, bersamaan dengan entah berapa biji bawang putih segar. Oleh itu saya akan makan cuma sebiji sehari. lagipun takmo nanti nafas kurang enak baunya. Bau bawang!




Untuk Lecithin 1200 pulak. Masa zaman anak dara dulu, saya yang berberat 60kg nampak agak lebar dan macam org kata 'rangka besar' telah berazam untuk kuruskan badan. Saya ambil masa 2 tahun untuk kurus ke 51kg dan menjadikan 'rangka' saya kecik. Hahaha. Selain berbengkung setiap malam, saya juga ambil jamu untuk detox. Kemudian saya juga ambil Lecithin yg saya beli di farmasi. Saya tak pernah ambil ubat kurus yang kononnya boleh buat kita kurus dalam 3-4 bulan. Saya tak berani. Saya lebih percayakan supplement semulajadi aje. Apa itu Lecithin?

Lecithin kalau mengikut bahasa saya ialah untuk meningkatkan pembakaran lemak dalam badan. Selain daripada itu ia juga baik untuk otak, untuk jantung juga. Kalau ikut pengalaman saya, bila makan supp ni, kita boleh nampak minyak2 keluar melalui n*jis. Dan kalau ikut pengalaman orang lain kebanyakannya, lecithin membantu menguruskan badan. Untuk saya, sesuai sangat sebab saya sekarang tak boleh kontrol makan. Saya bedal tak hengat. Kolestrol dan lemak bersatu padu.

Walaupun masa nak bayar tadi kedua2 staf Guardian terkejut bila saya kata Dania tu anak saya, dan tambah terkejut bila saya kata anak saya 6 orang dan tambah terkejut bila saya kata umur saya 37 (sebab dia ingat saya ni anak dara muehehehehehe), saya tak boleh la nak ambil ringan tentang ageing process yang berlaku setiap saat, setiap detik dan setiap ketika. Hari ni nampak macam anak dara. Tapi kalau tak jaga, minggu depan boleh jadi macam makcik 50 tahun! Siapa tahu????

Dan saya tak tau macam mana nak buat penutup entry ni. OK saya tutup dengan gambar je lah. Adios.

segala tok nenek vitamin ada muahahahaa






Raya Haji Dan Pengorbanan

0
0
Assalamualaikum.



Salam aidiladha. Macam biasa, sejak 12 tahun yang lalu saya setia berhari raya aidilfitri dan aidiladha di rumah mertua. Tak kira hari ribut, hari banjir, hari kemarau atau hari apa sekalipun, bila tiba hari raya, rumah mertualah jawabnya. Dan saya sempat cakap kat John, kekurangan saya (takde kampung, divorced parents dan sebagainya) merupakan satu nikmat untuk John yg mempunyai perfect family - walaupun John cam susah nak akui. Takpelah takmo akui pun takpe. 

Raya haji kali ni hanya saya, John dan anak-anak aje yang balik. Adik-adik ipar yang lain berhari raya bersama keluarga sebelah spouse masing-masing. Saya teringat awal2 kawin dulu, bila raya pertama walaupun beraya dengan mertua dulu, belah tengah hari saya akan balik ke KL pulak. Dan bila waktu petang mertua akan call tanya "pukul berapa nak balik Seremban balik (sebab selalunya malam raya pertama orang2 dari kampung nak dtg)". Dan kebiasaannya, saya dan John dan anak2 akan sempat beraya satu dua rumah sedara saya kat KL sebelum kelam kabut patah balik ke Seremban. Dan bila dah balik Seremban dari KL tu, memang mood saya kurang manis, jiwa kacau, kadang2 saya buat2 sibuk dengan anak2 dalam bilik. Lepas tolong apa yg patut, saya mula buat2 penat dan tidurkan anak dalam bilik. Yang penting, takde siapa pun sedar saya ni ada ke tak, sebab kat luar rumah tengah kecoh2 open house. Sehingga pada satu ketika (tahun berapa tah), waktu berkejar2 raya Seremban-KL-Seremban, anak saya mula demam tengah jalan dan saya sendiri dah tak kuasa nak layan, saya minta raya ajelah puas2 kat Seremban pastu baru raya KL pulak. Biasanya lepas 3-4 hari memang takde raya lagi kat KL. Org KL mula balik kampung atau dah start kerja. Nasib aku lah kan?

Sehari sebelum raya hari tu saya saja2 nak kasi komplen sikit, "Apasal waktu kita, kena balik Seremban gak, waktu adik2 abang takde undang2 macam tu?". Memang la saya terima keadaan itu sebab pada saya apalah sangat hari raya... kalau dilayan nanti emo. Tapi hari tu bergenang la jugak air mata, tinggal tak jatuh je pipi aje. Masa tahun2 awal kawen memang saya melalak sorang2 dalam bilik bila dengar takbir tapi sekarang dah kebal. Malaslah nak layan.

Tapi apa-apa pun, sibbaik la ada sorang menantu kurang perfect macam saya ni, boleh ditarik ke hulu ke hilir ikut je suami. Kalau la saya ada family perfect macam orang lain, kena pulak ikut giliran beraya dan kebetulan turn saya ke kampung saya pulak, memang tinggal bertiga ajelah mertua saya kat rumah masa hari raya. Tapi kesian pulak, sampai tengah malam diorang tunggu cucu balik. Bukan sengaja nak balik lambat tapi sebab petang sebelum balik kampung, biras datang sebab saya ada belikan kek untuk anak buah yang cute tu. Dan hari pun hujan dengan lebat, dan jem pulak sikit kat tol.

John 'menjawab' persoalan saya tentang 'balik kampung'. Katanya dia pun nak merasa jugak balik kampung lain cuma masalahnya saya ni takde kampung. Oooo gitu rupanya. Hmmm... memandangkan kaklong saya sebenarnya ada ajak 'beraya' kat Bukit Tinggi sama2 dengan mak saya sekali, tetapi awal2 saya tolak sebab opkos la raya kena balik kampung. Bagi 'mengetest' kata2 John, saya pun saja aje, (main-main pada awalnya) ajak John join 'beraya' dengan family saya kat Bukit Tinggi Berjaya Resort tu. 

"Abang kata abang teringin nak raya dengan family saya pulak kan?" 

Kalau nak tau, ginilah orang KL yang takde kampung, lepas makan rendang sama family kat rumah, beraya pulak kat pusat peranginan. Ajak2 kambing saya tu disambut balik oleh John (dan saya pulak jadi serba salah kakakakaka). Bila saya kata saya main2, dia pulak kata dia nak pergi. Alamak. Takkan nak biar mertua yang ada 6 anak tu beraya tanpa anak cucu kali niii??? 

Kata sepakat pun dibuat, raya tetap raya kat rumah mertua tetapi, tunggu sampai salah seorang adik John balik dulu, baru kitorang akan ke Bukit Tinggi pulak. Macam tu baru ok, saya takdelah terasa bersalah. Dan saya tahu, keputusan John adalah disebabkan mulut longkang saya yang tetiba komplen pulak pasal giliran raya. "Kenapa saya kena mcm ni, kenapa orang lain tak kena?" Memang puaka la mulut saya kan? Banyak komplen.

Kat Bukit Tinggi rupa-rupanya kaklong dah siap booking 2 apartment. Macam tahu2 aje kitorang akan join. Saya seronok. Anak-anak pun seronok. Anak-anak saya komplen sebelumnya sebab balik kampung takde sorang pun kazen yang ada. Kat Bukit Tinggi dapatlah main dengan kazen sebelah family saya. Walau cuma satu malam, kira oklah tu. Terubat jugak jiwa pemberontak ni.

Dan di sini, ada kisah pengorbanan... pengorbanan si isteri yang balik kampung suami tiap-tiap tahun dan pengorbanan suami yang cuba berlaku adil kepada isteri. Terima kasih John.

Ori Ke Imi?

0
0
Assalamualaikum

Saya rasa bengang sangat. Tertipu. Sejak hari pertama, saya dah syak sesuatu yang tak kena. Sangat tak berbaloi. Grrrr...




Selipar mahal yang saya beli murah ni bukan selipar yang memberi kepuasan kepada saya. Biasanya kalau selipar RM50 pun dah boleh buat kita rasa comfort tetapi selipar RM400 yang saya beli RM150 ni sangat tak selesa pada kaki saya. Terasa keras dan berat.

Semasa kat Bukit Tinggi, saya test selipar mak saya yang berjenama sama. Bila masukkan kaki, terasa betapa lembut, ringan dan selesa. Walaupun RM400 terasa sangat mahal untuk selipar, tetapi setidak2nya memang ada perbezaan kalau dibandingkan dengan jenama lain. Kulit kambing, dan getah campuran yang sangat ringan, tiada bau, tiada bunyi. Selipar saya ni, bila jalan dia berbunyi ketuk ketak ketuk ketak.

Terus hati saya sakit, bengang, marah.... John kata, "Campak je Yang!". Memang la dapat RM150 tu murah, tetapi kalau macam tu punye keras, lebih baik saya setia dengan selipar Asadi saya yang saya beli RM15.90 kat Carrefour tu. RM150 untuk SELIPAR fake???? Gila apa??? Kalau ye pun nak suruh saya beli selipar fake keras macam tu, lebih baik jual RM10, baru berbaloi.


selipar Asadi lebih selesa dan lembut


Oleh itu, ini cuma peringatan untuk uolls yang suka beli barang online. Saya tertipu dengan seller di FB. Dia tag kakak saya, tetapi saya yang terpengaruh. Saya memang mencari sandal/selipar buat basahan untuk ke Carrefour atau Giant. Dah nasib saya ternampak selipar pelesu yang ditag nama kakak saya, itu yang saya terus beli. 

Saya Whatsapp seller ni, dia kata selipar tu ORI. Bila saya kata tak comfort, dia kata sebelum ni takde orang komplen. 



Kalau seller tu 100% pasti dengan apa yang dia jual, dia takkan kata "erm nobody complaint". Saya pun jual barang online. Tetapi saya pasti dengan apa yang saya jual. Saya cuma jual yang guaranteed ori saja. Bukan yang 'saya rasa ori'. Kalau 'saya rasa ori' lebih baik berhenti meniaga. Jangan jual benda yang tak pasti dan akhirnya pembeli tertipu. Macam aku sekarang lah. Kurang assam betul. Tak pasal2 kena tipu secara tak sengaja dengan penjual tak berhemah. Walau tiada niat menipu, dia tetap bersalah sebab dia tak check betul2 dengan supplier dia.

Sebab tu sekarang saya sangaaattt tak suka beli barang online. Mungkin ada 1 atau 2 seller aje yang saya tetap percaya tetapi kalau yang baru2 yang macam cendawan tumbuh lepas hujan ni, tak payahlah. Nak meniaga tapi tak buat homework. Janji harga murah, pastu supplier kata ORI, dia pun nak jual. Tak tau ke berapa banyak website yg sengaja mengaku jual ori tapi sebenarnya fake untuk lariskan jualan esp daripada China? Kalau saya, kena buat homework, cari forum2 yang membincangkan tentang website yang kita nak berurusniaga dulu. Walau ada SATU komplen kat forum tu, website tersebut akan saya banned. 

Oleh itu uolls, hati-hatilah. RM150 bukan sikit untuk satu selipar jenama mahal tetapi fake. Lebih baik saya pakai aje Asadi tu, sah2 ori from Asadi! Made in Malaysia!!!

tapak depan yang terjongket ke atas
lengkungan cukup dalam memberi keselesaan

lengkungan tak cukup dalam. Bahagian tapak depan tak berapa terjongket ke atas.

Big Boys' Toys ~ Bros TV3

0
0
Assalamualaikum

Secara tak sengaja saya terrrrrrr-pasang rancangan talk show berjudul Bros, dengan tajuk kecik : Big Boys' Toys. Masa tu baru lepas layan drama Pinoy dan kelam kabut nak ambik anak kat sekolah. Start2 je rancangan ni, hos utama rancangan Bros iaitu Hisyam Hamzah sedang berdialog dengan seorang wanita yang agak gempal (tapi takde la gemuk sangat. Masih boleh vogue lagi) kat tepi sebuah motor besar.  Dek kerana 2 pengacara tersebut (Hisyam Hamzah dan Sherson Lian), saya pun duduk kejap la nak tengok gabungan tukang masak dan hos destinasi sarapan ni. Pastu tajuk kecik pun menarik.....




Konon-kononnya lakonan tersebut kisah si awek teringin nak bonceng motor boyfriend dia tetapi boyfriend dia kedekut takmo kasi tumpang. Saya tahu topik yang mahu dibincangkan ialah tentang 'Big Boys' Toys' iaitu mainan orang lelaki (sangat tak sesuai bila ditranslated) yang kadangkala dianggap bagai bini no 2. Sesapapun tak boleh usik termasuk awek atau bini isteri dia. Memang la wujud lelaki yang macam ni. 

Tetapi saya idok le nak bincang sangat tentang Big Boys' Toys ni kat sini. Saya nak tunjuk sikit video klip betapa kurang beretikanya seorang pelakon perempuan sebagai jemputan rancangan ni, yang tengah MeLeTop sekarang ni, yang bila kita google aje mesti yang keluar ialah cerita sensasi yang berkaitan dengan baju dan badan. Cerita kerja selit-selit sambil2 la memandangkan tengah hot kan. OK I admit I tak suka dia. Titik.





Seharusnya, dalam talk show macam ni pasti pihak penerbitan dah 'warn' awal-awal tentang etika dan adab seseorang pengacara dan jemputan.  Dan pada pandangan saya pulak, Neelofa (disokong oleh Almy Nadia) telah menghina wanita-wanita gempal diluar sana yang sepatutnya memiliki hak sama rata sebagai manusia, untuk tidak dijadikan bahan gurauan apa lagi dalam talk show yang ditonton seluruh Malaysia malahan boleh ditonton melalui internet secara worldwide.

Kalau nak sangat gurau gelak2 macam tu, sembanglah kat kedai kopi ke, bukan kat talk show macam ni. Nampak sangat awak tak beradab walau depan kamera.

Saya respect pada Hisyam kerana walaupun Neelofa sebut "Cuba tengok berat dia" dan Almy Nadia kata "Memang betul, lelaki kalau naik motor besar nak awek dia slim", beliau tak menyentuh langsung tentang 'berat' atau 'size' seseorang perempuan tersebut. Beliau cuma sebut, "Nanti cair mekap". Itu jelas menunjukkan betapa Hisyam seorang yang tau menghormati orang lain - menghormati wanita, menghormati penonton, menghormati tajuk rancangan, menghormati penerbit, menghormati periuk nasi dia juga. Kalau kat luar rancangan, dia nak mengutuk ke, nak apa ke... off record, lain cerita. Syabas Hisyam.

Dan kepada Almy Nadia dan Neelofa, harap belajarlah etika dan adab apabila berhadapan dengan camera. Walaupun muka dah bertempek dengan foundation tebal, bedak, eyeshadow, lipstick.... pakai baju sexy dan kasut 4 inci kemain lagi kalah habis la pentonton yang datang menonton, muka yang cantik dan badan kurus tu tak kekal lama, sama macam mekap2 yang bertempek tu. Tak kekal. Dan jangan ingat aksi dan ayat 'bersahaja' tu buat orang gelak guling-guling, entah2 pelakon yang berlakon nak naik motor pada awal rancangan, beserta wanita-wanita lain yang sepertinya akan mula menyumpah seranah. Silap-silap nanti belum beranak pinak dah bersaiz berganda-ganda. Siapa tahu?

Dan kepada Almy Nadia, pandangan awak sangat sempit. Orang-orang yang bermotor besar ni kebanyakannya dah berkeluarga. Orang-orang stabil dalam kerjaya. Bila dah berkeluarga maknanya dah ada isteri, ada anak. Isteri yang dulu size S, lepas beranak ramai yang dah naik pangkat ke size M atau L.  Sama macam saya. Naik pangkat. ***Tetapi kami para isterilah yang diberi penghormatan untuk menjadi satu-satunya wanita yang berhak membonceng di belakang suami kami. Walau apa size sekalipun. Setakat pelakon yang dalam BROS tu, bukan masalah nak membonceng. Lainlah kalau size yang tak memungkinkan, si tuan punya badan pun pasti mengelak nak membonceng.

Dan kepada penerbit rancangan talkshow, kalau nak ambil pengacara atau jemputan sekalipun, ambillah yang layak. Bukan yang sekadar bercakap ikut sedap mulut aje. Setidak-tidaknya topik yang dibincangkan akan memberi manfaat dan teladan kepada penonton, bukan sekadar bual-bual kosong tepi jalan aje.

Sekian.

*** statement ini hanya sesuai untuk isteri yang tidak dicurangi

Paradigm - GSC - Bradpack - Fitflop

0
0
Assalamualaikum.

Semalam saya sekeluarga pergi layan movie cerita hantu. Tajuk: Sinister. Memang saspen. Terperanjat. Walau banyak waktu-waktu 'sunyi' dan pelakon tak ramai, dah cukup untuk membuatkan saya rasa berbaloi berada kat kerusi panggung selama kira-kira 2 jam tu berbanding filem-filem Melayu yang selama ni saya sokong tapi kebanyakannya buat saya rasa MENYESAL terutamanya filem lakonan Adi Putra dan Nora Danish tu. Lepas ni memang kena pilih movie, takmo la main redah aje berpuluh kilometer untuk menonton filem yang tah apa-apa jalan ceritanya.




Oleh kerana tak pernah pergi Paradigm Mall kat tepi LDP di Kelana Jaya tu, saya ajak John tengok wayang kat sana. Boleh tahan la mall dia. Besar, banyak barang best, toilet cantik dan bersih. Maklumlah saya kalau pergi mana-mana perlu la menempah toilet barang sekali dua setiap kali. Sejak Cik Rai dah buang pampers, walaupun dipakaikan pampers, dia takkan mahu buang air dalam pampers. Dia sanggup menjerit sekuat hati walau dalam dalam retoran untuk ke toilet macam ni, 

"NaK KEncInG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Dan mulai malam semalam jugak, secara rasminya cik Rai dah tak pakai pampers waktu malam lagi. Membazir aje pakai pampers malam-malam tapi tiap-tiap pagi pampers dia kosong takde hasil. Dia sama macam Dhani, buang pampers siang, buang malam sekali. Dah boleh jimat dah. Namun begitu, nak mendapatkan 'penjimatan' macam ni, kena la layan setiap kali anak kata nak buang air. Bila diorg terlebih minum, memang keraplah nak ke toilet. Kalau kita malas layan, alamatnya lama la lagi nampaknya kita kena beli pampers kat kedai.

Lepas habis movie, kitorang pergi makan pulak. Makan kenyang-kenyang lepas tu bila balik tak payah masak dah hehehehehe.



Lepas makan, dan lepas selesai melayan anak-anak yang sibuk nak ke toilet, kami pusing-pusing ronda Paradigm. Sempat jugak lepak kat luar tu, ambik angin.


pose berdua tu terasa macam couple malu-malu kucing ek?

Dah puas budak-budak berlari pusing-pusing keliling, kami masuk dalam mall dan cari satu kedai yang jual FitFlop. Puas jugak pusing2. Cari kedai 'FITFLOP' memang la tak jumpa. Jadi saya Google dan dapat tahu yang kedai yang jual selipar Fitflop ialah Bradpack. Sampai aje kedai tu, saya mencari-cari design yang sama yang saya beli secara online dari seller kat FB yang bernama Tetty tu. 

JUMPA!

Saya ambil dan tengok sekali lalu aje, saya rasa macam nak menjerit! Rupa-rupanya gambar yang kat official website memang tidak dipengaruhi oleh monitor atau kesan flash atau apa pun. Bagaimana rupa dan warna Fitflop original (dr official website) yang kita lihat melalui skrin Macbook ni, macam tu lah ia kelihatan di kedai! Dan jelas sekali, selipar yang saya beli adalah TIRUAN.

Saya sempat testing selipar2 kat situ. Mula2 saya test size 38. Sedaaaaapppp..... bagai ingin menjilat selipar. Pastu saya test size 39 (size yg saya beli), pun sedaaapppp.... kaki bagai dipeluk. Kalaulah saya ni memang tersalah size, mesti masa test size 39 tu dah rasa tak best. Tapi kedua2 size memang sedap dipakai. Takde masalah 'tersalah size'.

(dengan xtra cahaya) warna tak begitu bright, batu kat atas tu pudar, tak kilat
exact color. Macam ni la sebijik yang saya tengok semalam. Batunya pudar. Gambar ni saya ambil daripada official Fitflop. Dan cuba lihat garisan-garisan atas selipar tu. Ia lebih dalam berbanding yang fake.

Sementara yang 'terlebih ori' rupa dia macam ni:


Batu yang shining, bagai cermin.

garisan yang tak berapa jelas

warna yang terlebih bright

tapi tengoklah barang tiruan yang dibuat, memang boleh mengelirukan pembeli.

Dan sekarang apabila segala pertanyaan dan perasaan was was terjawab dengan jelas, saya tau kat mana tempat yang sesuai untuk selipar ni.




Memang sangat tak patut kalau marahkan seller, selipar jadi mangsa. Tetapi selagi saya terpandang selipar ni, hati saya jadi sakit sebab seller tu penipu. Bila saya tanya, dia kata ORI. Kalaulah dia declare kat saya yang selipar tu memang fake, dan saya yang bersalah sebab tak confirmkan awal2 sebelum beli, pasti saya terima kesilapan saya. Tetapi seller ni jelas-jelas kata ORI. Kondifen! Bila saya tanya banyak2, dia kata "Orang lain takde komplen". What the F! Saya dah bgtau seller tu semalam yang saya dah confirmkan selipar tu fake dan saya kata saya tak halalkan duit saya. 

Ganaz? RM150 memang tak berapa banyak untuk sesetengah orang. Kadang2 saya pun rasa RM150 macam kecik aje terutamanya bila duit saya tengah banyak. Tapi taklah... pada saya RM150 tu memang besar!!! Apa lagi untuk barang tak berbaloi macam ni. Dengan RM150 saya boleh beli 7 pek susu anak saya.  Boleh beli ayam 20kg buat kenduri. Siapa kata RM150 tak besar?

Saya google dan cari 'Fitflop Luna' dan memeranjatkan sungguh bila yang saya jumpa ialah selipar2 Fitflop yang dijual secara online tetapi fake. Saya cadangkan uolls selidiklah dulu sebelum beli. Saya tak berani nak tuding2 jari kata website itu atau website ini jual fake tetapi dengan pengetahuan yang kita ada, mungkin boleh menyelamatkan kita daripada tertipu.

Di bawah ini ialah Fitflop Luna Pop authentic yang dalam warna lain pulak.


Ingat, untuk 3 warna ini, ia tidak berkilat bagai cermin!

Bye Bye Digi Hello U Mobile

0
0
Assalamualaikum.

Sekarang secara rasminya saya dah jadi pengguna U Mobile. Oleh kerana saya bukan seorang yang suka berborak dalam fon, orang pun jarang call saya, setiap perhubungan dengan kawan-kawan biasanya hanya menggunakan WhatsApp, perhubungan dengan orang lain pulak menggunakan email dan social media, jadi kini saya hanya memerlukan internet, internet dan internet. 

Oleh kerana Digi dah 3 bulan berturut2 tak memberi hak saya yang setatutnya, saya jadi sakit hati. Cuba nak tukar service provider dan kekalkan nombor lama tetapi macam-macam halangan la pulak yang datang. 




Untuk permulaan, John belikan saya starter pack yang entah apa-apa nombornya. Saya try untuk sebulan. Pakej U Mobile lebih murah daripada Digi. Internet unlimited 18 (RM18 sebulan), kita dapat sehingga 250MB penggunaan internet, 25 minit free calls ke mana-mana telco dan percuma 25 sms juga ke mana-mana telco. Sementara yang Unlimited 28 pulak, dengan RM28 kita diberi sehingga 500MB penggunaan internet, 100 minit free calls dan 30 sms percuma. Mula-mula saya pelik jugak... kenapa kata UNLIMITED tapi ada had? Sebenarnya lepas penggunaan 500MB atau 250MB (mengikut pakej yang diambil), tidak akan ada caj tambahan untuk internet tetapi kelajuan jadi slow. Maknanya kalau nak berFB memang ada masalah tetapi kalau nak Whatsapp aje, takde masalah. Whatsapp akan jadi bermasalah bila kita nak upload atau download gambar. Setakat chitchat ok aje.

Dengan U Mobile, nak berYouTube atau berTonTon memang cemerlang. Laju!!! Takde la buffering buffering ni. Memang puas hati. Tapi perlu diingatkan, U Mobile punya coverage masih belum cemerlang. Setakat kat area saya ni sangat tiptoplah. Dek kerana kelajuan internet dan keseronokan melayan TonTon walau dalam kereta, 500MB habis dalam masa 2 minggu. Dah habis, saya beli pulak yang Unlimited 18. Mula-mula risau kalau2 nanti pakej internet ni akan overlap dan renewal akan berlaku 2 kali (untuk 28 dan 18) tetapi rupanya saya tak perlu risau sebab apabila kita beli pakej yang baru, otomatik pakej lama dibatalkan. Tak macam Digi, saya perlu unsubscribe dulu yang lama, baru beli yang baru. Kalau tidak, dua2 kena renewal. Namun begitu, oleh kerana sistem yang teruk, lepas saya unsubscribe pakej lama, ia masih tidak berkuatkuasa, seperti yang berlaku kepada saya selama 3 bulan ni. Kita dah uns yg 300MB, subs pulak 750MB, diorg masih bagi 300MB je. Tapi duit kita dia ambik cukup2.

Setelah lulus percubaan bulan pertama, saya bertindak untuk membeli starter pack yang baru yang bernombor lebih cantik dan senang nak ingat. Pergi 7E aje tak jauh. 018-667-6X-XX. Cantik. Simkad lama? Simkad lama saya standby untuk yang lain.



Mula-mula test aje. Boleh ke guna HSDPA USB Modem milik Digi tapi masukkan sim U Mobile? 




Bila saya cucuk aje modem tu, saya perlu install dulu software Digi ni. OK lah Digi pun Digilah. Lepas install saya dibawa ke page seperti di atas untuk dapatkan connection.  WIFI kena off la dulu.

CEMERLANG!!! Lampu biru tak berkelip... laju pulak tu hahahahaha. Maknanya guna HSDPA apa pun boleh, walaupun simkad telco lain. Lepas ni kalau saya nak tulis blog dalam kereta pun takde masalah. Bawak aje modem dan Mekbuku. Kalau guna telefon tak puas.

Apa yang menariknya dengan U Mobile ialah pakej yang diberikan memang sangat sesuai dan menjimatkan. Dengan RM28 saya dapat internet yang laju, 100 minit free calls dan 30 sms. Yang penting, ia boleh digunakan ke mana-mana rangkaian telco, tidak terhad kepada telco dia sesaja. Biasanya saya cuma guna fon untuk call John bila dia perlu dan call anak kat rumah atau return call sesapa yang termiss saya. Tak sampai 20 minit pun sebulan. Sms pun gitu. Kalau orang-orang yang takde Whatsapp aje saya sms. Kebanyakan contact saya ada Whatsapp, tak payah nak sms. Maknanya kalau saya cuma guna kurang 500MB internet, saya cuma perlu hadkan RM28 saja untuk telefon. Jimat betul! Tak maam sebelumnya, internet lain, call lain, sms lain. Kejap aje dah kena reload. Kalah orang yang kerja opis.

Ini cuma info sekali lalu daripada saya. Kalau perlukan info lebih lanjut, boleh hubungi sendiri U Mobile. 

Wassalam.

Cemana Nak Check Data Usage

0
0
Assalamualaikum.

Info yang saya nak kasi ni mungkin info basi untuk sesetengah orang tetapi mungkin berguna untuk orang seperti saya. Saya dok meroyan pasal Digi tak bagi hak saya selama 3 bulan berturut-turut dan setiap kali saya akan call Digi untuk komplen, hanya berpandukan sms-sms yang diberikan sahaja.

Kalau sebelum ni pihak Digi pernah bagi jawapan ini: "Puan dah gunakan 300MB dalam masa sejam" dan saya tidak ada bukti bagi menyokong yang saya hanya guna wifi kat rumah dan tak guna langsung mobile untuk video streaming atau FB semasa memandu (gila apa nak tenet tengah drive), lalu terpaksa bertekak aje dengan wakil Digi sehingga mendapat kata sepakat yang sebenarnya hanya tipu helah pihak Digi supaya saya letak telefon. KINI, rupanya dalam smart fon kita ni ada cara nak tau berapa banyak data yang kita dah guna untuk berinternet. Kenapa la baru sekarang saya tau?

Kalau Samsung:

Pergi ke Setting > Data Usage 



Pastu.... nanti keluar la page ni.

off Data bila guna wifi; saya terlupa off sehingga jam 7pm


Cer tengok... setakat semalam saya mula beli Unlimited Internet Package 18 dari U Mobile, dan penggunaan selama  beberapa jam bermula 12 tengah hari sampai 4 petang (saya keluar ke sekolah lalu ke Giant) tetapi saya lupa off data sehingga jam 7pm. Masa kat Giant tu saya lunch dengan 2 anak perempuan saya, ambil gambar, upload ke Whatsapp, upload ke FB, layan Twitter, surf internet, check email, HANYA 15.94MB internet digunakan, bukan 300MB dalam sejam tanpa berbuat apa-apa seperti yang pihak Digi claim.

Tapi kenapa saya subscribe cuma 250MB? Bukan yang 500MB? Sebabnya, memandangkan cuti sekolah akan tiba dalam masa beberapa hari aje, saya pasti akan banyak memerap kat rumah aje, dan akan guna wifi pada kebanyakan masa. 250MB dah cukup untuk saya. 

Dan cuba lihat kat bawah data table tu.... ada bukti2 penggunaan internet secara detail...






Jadi, lepas ni setiap kali suscribe pakej internet, boleh la gunakan ini sebagai bukti sebelum call pihak Telco dan marah-marah hehehehhehee...

Ini untuk pengguna iPhone: 

Setting > Usage


sebelum beli pakej internet, tekan Reset Statistics supaya Cellular Network Data pergi ke 0 bytes.

Saya masih kekalkan nombor lama sebab nombor kat iPhone adalah nombor utama saya. Tapi saya dah unsubscribe segala service internet Digi dan hanya gunakan wifi sahaja. Kalau terjumpa service center telco yang lain, celcom ke, maxis ke... memang hayat Digi akan habis pada masa itu. Dan bye bye selama-lamanya kepada mu wahai Digi.....

Hari Anugerah Cemerlang

0
0
Assalamulaikum.

Hari ni dua anak saya menerima anugerah kecemerlangan di sekolah. Alhamdulillah. Sangat-sangat tak dijangka sebab masing-masing sangat malas nak belajar. Nawfal dapat no 2 dalam kelas manakala Nada dapat tempat ke 7 (opkos tak dpt hadiah) tapi merupakan pelajar terbaik Bahasa Inggeris untuk Tahun 2. Dania tak terima anugerah apa-apa tetapi beliau dapat mengekalkan kedudukan kat kelas pertama (daripada 8 kelas semuanya), kira dah ok la tu.

Hasil bebelan dan jerkahan saya setiap hari terutamanya bila exam dah dekat, dapatlah anak-anak saya ni merasa naik pentas ambil hadiah. Setidak-tidaknya Dania pun pernah naik pentas masa tahun 3 dulu jadi dia tahu bagaimana rasanya menjadi orang yang dihargai. Dan sekiranya beliau nak dirinya dihargai lagi, beliau kenalah tingkatkan usaha pada masa akan datang. Itu nasihat saya. 

Saya suka bila adanya majlis anugerah macam ni sebab di sini para pelajar akan mendapat galakan untuk bersaing demi kecemerlangan diri. Saya selalu naik pentas masa sekolah rendah. Tiap-tiap tahun. Tetapi saya tak seronok sebab parents tak pernah datang tengok. Saya terpaksa faham bukan senang nak ambil masa mak saya (seorang ibu tunggal) yang terpaksa bekerja keras cari duit siang malam. Jadi saya tak pernah minta beliau hadir. Dari sekolah rendah sampailah ke MRSM dan MSM Trolak. Saya tak pernah ada ahli keluarga yang datang menjenguk pencapaian saya selama bergelar pelajar.

Pengalaman saya dan perasaan saya telah mendorong saya untuk komited dengan gelaran sebagai ibu. Sebagai ibu bapa, seboleh-bolehnya kita perlu bagi semangat pada anak-anak dan bagi sokongan apabila perlu. Walaupun rasa malas nak pergi sekolah pagi2 berpakaian kemas, kena pulak bersesak-sesak duduk kat dewan terbuka tu tunggu giliran anak naik pentas sambil dihiburkan dengan persembahan pelajar. Macam hari ni, ada beberapa persembahan sebelum giliran anak-anak saya naik ke pentas. Persembahan yang sempat saya tengok ialah koir dan nasyid.

Koir sekolah yang pada saya sangat tak sesuai... 




Mana tidaknya.... koir sekolah pada majlis Anugerah Cemerlang menyampaikan lagu MUARA HATI yang jadi OST drama Adam Dan Hawa yang tengah popular sekarang. Kalau ye pun cikgu fanatik sangat dengan Aaron Aziz, tak payahlah sampai merendahkan darjat yang dah sekian tinggi sebagai seorang guru ke darjat lebih rendah... maaf cakap la ye. Sepatutnya anak-anak murid ni kena dilatih dan dididik dengan lagu2 semangat, lagu2 patriotik. Sesuai la jugak dengan majlis kecemerlangan. Ada banyak lagu2 patriotik yang sedap2 dan boleh dinyanyikan. Kalau tak reti boleh google!

Lepas tu saya sempat tengok persembahan nasyid pulak. Suara lantang, kena pulak mic, ahli2 nasyid yang lain tak dengar apa. Dengar suara penyanyi utama semata-mata. Namun itu tak menjadi masalah. Masalah yang timbul ialah bila persembahan nasyid meleret sampai 5 buah lagu disampaikan. Pada saya, maksimum 3 buah lagu cukuplah. Sampai 5 lagu, sama macam pasang setengah CD! Tak habis-habis. Ibu bapa pun nampak dah bosan.... contohnya saya sendiri.... letih tunggu anak-anak nak ambik hadiah, nak ambik gambar... 




Lalu sayapun main kamera fon..



Bila anak-anak dah mula naik pentas baru la terasa segar balik. John yang paling beriya ke depan sebab nak ambik gambar anak bujang dan anak daranya.



malu la tu...
Nawfal demam tapi gagahkan diri untuk naik ke pentas

Selesai giliran anak-anak saya, tanpa tunggu lama, kitorang terus ajak ke kantin untuk minum pagi. Dah selesai, terus BALIK. Balik aje rumah, John sambung tidur setengah jam sebelum talipon mula berdering.  Saya? Tak dapat sambung tidur hehehehehehe. 

Cuma rasa best bila tak perlu keluar tengah hari untuk hantar dan jemput anak. Bestnya kalau budak2 ni sekolah cuma 1 sessi setiap hari........

Sebuah Ucapan Yang Ditunggu... Selamat Hari Jadi!

0
0
Assalamualaikum.

Hari ni genap umur 37 tahun. Banyak dah umur.

Semalam John dah bawak saya pilih hadiah birthday. Oleh kerana John dah terbaca entry 'Birthday Wish List', makanya dia dah tau mana nak bawak saya pilih hadiah. Sengaja John bawak saya sehari awal ke KLCC sebab jam 6am pada birthday saya hari ni dia nak pergi trip.

Sebenarnya tak jangka dapat hadiah awal, apa lagi impian terlaksana. Alhamdulillah rezeki. Kalau tak dapat pun saya takde la nanges sebenarnya. Tapi saya akan nanges kalau dia tak wish saya Happy Birthday pada birthday saya... macam hari ni :'(

Dia dah pegi ride dah tanpa sebarang ucapan.

Bday John adalah hari yang ditunggu2, saya akan wish sebanyak mana yang boleh. Tapi nampaknya trip dia pada 9hn Nov adalah hari yang ditunggu2, melampaui 9 Nov bday saya. Nasib. Saya sambut bday dengan tangisan berjurai2.... nampaknya sebuah ucapan lebih bermakna dibandingkan dengan barang berharga beribu2... beg mahal saya boleh beli 4 - 5 bijik dalam setahun, tp ucapan Happy Birthday boleh saya dengar cuma setahun sekali. Dan plan dengan kwn2 hari ni pun mungkin akan hancur lebur, hanya kerana sikap last minute yang terbawak2. Bertambah banyak air mata saya berjurai nampaknya. Tapi takpelah, manusia sentiasa ada silap. Terlebih yg itu, terkurang pulak yang ini.

OK meh cerita lainlah yg best pulak:



John dah datang ke kedai yang sama kelmarin, tetapi kedai tu tutup 6 petang sebab ada Club 21 annual dinner. 



Walaupun saya tau ada banyak website yang jual online, yang kononnya lebih murah daripada butik, saya tetap dengan pendapat saya yang kononnya website kat Malaysia ni kebanyakannya jual mahal atau paling tidak, hampir sama harga dengan butik. Kalau jimat pun, jimatlah seratus dua. Dan itu belum cerita yang fake pulak... ampun!!!

Contoh beg ni: jual murah aje RM4k++ tapi kenapa saya tengok macam ada yang tak kena?




Saya sangka Bal Giant City kat butik mencecah RM8k tetapi tidak. Kenapa saya fikir sampai 8k? Sebab website2 yang suka tulis... Offer price sekian-sekian, harga butik Rm8k. Jimat RM1500 kononnya.

Antara satu contoh:


harga diorang jual: RM6490.00

Kalau tanya saya, memang jimat RM500 (harga butik Rm6,690) tetapi pada saya kalau nak jimat, biarlah jimatnya sampai RM2,000. Baru berbaloi beli online. Paling tidak, jimat RM1,500 untuk sebuah Bal. Untuk Bal Classic Part Time Cobalt Bleu saya hari tu, terus terang saya katakan, saya jimat RM2,500.00. Itu baru namanya jimat. Nasib baik jugak tak kena tax. Satu masalah beli dr overseas ialah tax. Sebab itulah saya tak giat sangat nak beli dr overseas dah. Bukan senang nak kautim dengan seller. Itu belum kes nak kautim dengan kastam...

Untuk kali ni saya pilih Bal Giant City warna sama macam website kat atas tu cuma hardwarenya silver. Warna Jacynthe (light purplish grey shade). Niat asal nak light pink atau light green tapi kat butik ni warna pilihan agak terhad. Kaler green (Vert Poker) agak keterlaluan, Lagon pulak dah macam sepesen dengan Part Time saya,  kalau kaler kuning (Mangue) pun macam kuning sangat. Kaler merah (Rose Thulian) pulak dah macam beg saya yang lain. 


  
ini mini Giant City Silver kaler Jacynthe kat official website Bal






Dan kemudian saya disarankan untuk memiliki ini:



Wax ni keje dia untuk memastikan barangan kulit kita sentiasa lembab dan tak kering. Saya ada banyak beg leather dan kasut leather,  jadi saya beli satu tin @RM50.

Terima kasih John untuk hadiah ini. Walau terlupa nak wish, tak gunalah saya nak meroyan apa lagi tuan punya badan takde kat sini. Lepas ni saya aim pulak Bal Velo atau Work. Bigger size for bigger occasion (holiday trip la kot). Since kena beli sendiri, mungkin online le jawabnya :P


pose menarik daripada cik Rai

Ros Merah Pengubat Hati

0
0
Assalamualaikum

Dah 3 hari dah bday saya berlalu. Tak sempat nak update cerita terkini. Hari tu merajuk konon John tak wish happy birthday. Memang dia lupa nak wish tetapi masuk tengah hari aje, tiba seorang perempuan dari florist shop menghantar bunga untuk saya.




Ok mula-mula saya rasa bersalah sebab kononnya saya dah bersangka buruk. Sangka saya John lupa tetapi sebenarnya dia dah sediakan seprais...

Tapi bila saya korek2, rupanya dia order bunga dari atas motor. Bukan dah plan awal-awal. Hohoho... dia sedar dia terlupa, dan tau saya merajuk. Nanti kalau rajuk saya melarat, dia nak ride berhari-hari mesti tak senang. Dan bunga tu memang sangat menyenangkan. Sebab bunga ni sangat cantik, kaler merah semua, takde berbungkus (saya tak suka kuntuman ros yang dibalut net), tak bercampur dengan bunga lily dan tak banyak sampah2 disamping bunga-bunga tu.  


sorry... tak suka


Agaknya kalau bunga yang sampai tak berapa cantik di mata, silap-silap rajuk saya tak habis lagi kot :P




Menyenangkan sungguh. Saya peluk bawak tidur, cium, kejap letak atas katil, kejap letak atas meja, kejap peluk sambil tengok tv. Akhirnya bila cik Rai mula memetik sekuntum bunga ros dari bouquet, saya mula sedar yang saya perlu letak di satu tempat yang lebih selamat hihihi.



Sampai hari ni masih segar walau dah masuk 4 hari. Menyenangkan sungguh birthday ke 37 tahun ni. Memang masuk aje tahun 2012, alhamdulillah tak banyak perkara yang menyesakkan kepala. Cik Rai pun dah besar, saya pun dah tutup kilang. Dah boleh tumpukan pada perkara2 yang lain pulak.

Saya teringat topik perbincangan di radio Hot FM minggu lepas. "Kajian di Britain menunjukkan lelaki mengecapi kebahagiaan pada usia 37 tahun apabila mereka mencapai kemuncak kerjaya dan hidup berkeluarga". Saya ada bagi komen kat FB Hot FM dan komen saya dipilih untuk dibaca.

Walau kajian dibuat ke atas lelaki, sebagai wanita pun saya rasa pada usia hujung 30-an memang wanita juga sedang menikmati kestabilan. Walau sebagai surirumah, kami menumpang kestabilan suami. Suami stabil, isteri gembira. Ye lah, kami juga memberi sumbangan jugak kepada kerjaya suami dan rumahtangga. Doa isteri yang tak putus-putus, dan kesanggupan 'duduk rumah jaga anak yang ramai' antara salah satu sebab suami kami boleh cari kestabilan dalam kerjaya. Tak perlu sesak-sesak kepala berfikir tentang hal rumah.

Oleh itu marilah kita berazam untuk mencapai dan kekalkan kestabilan hidup.. bukan berazam mengumpul harta yang banyak kerana kestabilan hidup tidak terhad kepada kerjaya semata. Kalau cakap pasal kerjaya pun, tidak ada had tertentu atau nilai tertentu untuk meletakkan diri/kerjaya pada kedudukan stabil. Tak semestinya gaji sebulan RM10k baru nak kata stabil. Mungkin gaji sederhana sudah menyenangkan dan melapangkan. Ditambah dengan keharmonian rumahtangga, saling percaya antara suami dan isteri, dari segi rohani juga sangat penting. Hanya diri sendiri yang tahu, setakat mana diri kita mencapai kemuncak tersebut. 

Semoga kita semua bahagia dunia dan bahagia akhirat.


Curang

0
0
Assalamualaikum.

Sejak Astro kena sambar petir dan merosakkan decoder, Astro dish dan TV saya sekali, bila nak layan Adam Dan Hawa, terpaksalah cari iPad dan Astro On-The-Go. Walau terlambat dapat tengok episod ke 45 ni, kira masih ok la sebab dengan Astro On-The-Go saya takde lah miss mana-mana episod. Episod semalam dah mula nak best balik, macam episod2 awal. Masa episod tengah-tengah memang boring sebab Ain yang tak habis lagi jual mahal.

Episod semalam rahsia kecurangan Azie dan Johan mula terbongkar. Selama mana nak sorok kan? Elok la rahsia pecah. Kadang-kadang bila kita buntu dalam memberitahu kebenaran (kerana kebenaran mungkin menyakitkan hati), kebenaran itu sendiri akan mencari jalan keluar.


"Kalau gatal sangat nak boifren aku, bgtau jelah.. aku boleh kasi free. Tapi janganlah projek belakang macam ni! Kau tu besfren aku!"


Hah.. dah mula tergagap jawab fon. Konon tak mahu kehilangan kawan. Pigidah! Haktui! Macam ni kawan ke???????

Setakat macam ni punya jantan, baik tak payah. Banyak lagi yang lebih baik. Terpesona kat perempuan lembut macam Ain tapi termakan pujuk rayu perempuan menggedik tak sudah macam Azie. Lenkali terjumpa pulak yang lagi gedik, dia beralih arah lagi.
Akhirnya Am jugak yang dicari. Lelaki cool dan penyabar dan dah bertaubat macam ni baru pilihan yang betul... hik hik hik... *tetiba rindu John pulak*

"Cepat, cepat jalan! Nanti Ain nampak kereta u!" Ini bukan kawan yang baik. Kalau uolls ada jenis kawan mcm ni, lebih baik jauhkan diri. Parasit.

Perbincangan 'saya tak bersalah, saya cuma jatuh cinta'

Masalah utama drama ini ialah.... Kenapa bersiaran setengah jam aje?????? Bila tengok tv terasa la setengah jam. Bila tengok kat iPad dia jadi 20 minit je.

OK mari kita cerita tentang curang.

Kenapa curang menjadi sebahagian daripada hidup kita? Anda pernah curang? Saya tak pernah curang. Kalaupun saya ada ex berapa orang pun, saya tak pernah jadikan alasan 'curang' untuk putuskan hubungan. 

Antara alasan-alasan yang pernah buatkan saya putus dulu ialah:

1. terpaksa putus sebab nak tumpukan pada studies. Masa mula2 couple tak berapa nak fikir masa depan. Tapi result masing2 lepas tu tip top. Tapi saya respek kawan saya yang bercinta sejak MRSM, kawin dan berbahagia sampai sekarang.

2. Saya minta putus sebab mak dia tak suka saya, orang bandar. Ayat tak boleh blah yg kuar dr mulut mak dia, "Si Nelly tu lagi bagus dari dia (saya)". Nelly ialah kawan saya, sepupu ex saya. Dan si polan tu tak langsung mempertahankan saya. Oleh itu dia tak layak menjadi pelindung saya. Saya tak menonggeng pun sebab tak berbaloi nak tonggeng.

3. Saya lari sebab tak tahan dengan dia yang sangat cemburu buta. Pada masa yang sama dia sendiri curang. Dengan perempuan, dengan pondan semua boleh. Ngeri siotttt...

4. (Eh ramainya ex aku kakaakkaa) Yang ni sekarang dah kawen dgn artis produksi Yusof Haslam. Saya bawa diri sebab dia terlalu sibuk layan kawan-kawan. Oleh itu saya pergi layan diri dan malas nak layan dia dah.

5. Yang ni paling lama, hampir kawin. Sebelum bertunang ok. Lps bertunang dia jadi cemburu buta, mulut mula memaki mencarut. Cabut.

Kalau ditengok cerita kat atas, semuanya saya yang cabut dulu hehehehehe. Bukan kerana saya tak setia tetapi kesetiaan seseorang manusia hanya wajib kepada yang 1. Kesetiaan antara lelaki dan perempuan adalah terhadap suami/isteri bukan kepada boifren. Selagi belum berkahwin kita berhak memilih. Tapi jangan mainkan perasaan orang nanti orang berdendam. Pergilah dengan cara yang betul. Bukan cara mengamuk tak tentu pasal. Maki-maki hamun-hamun. Cinta yang utama adalah untuk Dia. Cinta sesama manusia hanyalah nafsu sementara dan ia boleh bertahan selama-lamanya dengan rasa tanggungjawab. Saya selalu berpesan kepada anak saya (yang kini membesar), 'Jangan jadi bodoh sebab cinta'. 

Curang. Kenapa kebanyakan lelaki sekarang kalau nak beristeri lebih, dia mesti kena curang dulu? Poligami itu dibolehkan tetapi melalui cara yang salah????? Buat dosa dulu pastu bina masjid. Sebab itulah ada isteri yang marah2, mengamuk, tak boleh terima. Sebab memang suami tu salah. Dah ada yang halal kenapa mesti cari yang haram? Macam mana diorang ni fikir ek?

Kalaulah suami isteri itu tahu sebesar mana tanggungjawab mereka terhadap rumahtangga, terhadap anak-anak, kecurangan takkan dapat ambik tempat kat mana-mana ruang sekalipun. Kalaulah kita meletakkan Allah sebagai cinta utama kita, pasti kita menjauhkan diri dan tidak langsung memberi peluang kepada diri kita untuk berlaku curang dan diperbodohkan dengan ayat ini, "Takdir saya untuk jatuh cinta dengan dia". Kalau segala-galanya takdir semata, apa fungsi akal dan apa fungsi doa? Tapi kalau kes Ain Hawani dan Adam Mukhriz tu baru la boleh kata takdir. Satu kesilapan yang menjadi takdir. Tapi itu cuma drama semata.

Satu tips untuk elak diri sendiri berlaku curang: Jangan biasakan diri kasi tumpang atau menumpang orang lain. Baik kereta mahupun rumah kelamin kita. Sedangkan adik ipar dan abang ipar pun boleh jadi kes.... inikan pulak yang takde apa2 hubungan. Lainlah dalam kes terpaksa, itu lain le. Kalau dah hari2 'satu jalan ke ofis, boleh la I tumpang u', hmmmm habis.  Sama jugak kalau kasi tumpang kawan tinggal rumah kelamin kita. Itupun bahaya. Kalau nak buat baik sekalipun, ada banyak cara lain. Bukan cara yang boleh menggugat kesejahteraan. Berfikirlah panjang2 sebelum buat keputusan.

Sama jugak kalau kita berurusan hal kerja, hadkan diri daripada berbual tentang hal peribadi. Terlalu banyak ambil tahu hal peribadi boleh mengundang bahaya jugak. Bertegaslah pada hal kerja saja. Dah banyak cerita curang yang masuk dalam telinga saya. Dan setiap cerita menjadi sempadan buat saya dan John. John pun ada cerita curang version kawan-kawan dia. Apa yang kami mahu dalam hidup ialah kesejahteraan, bukan masalah. Baikilah diri sendiri dan berbincanglah dengan pasangan apabila perlu.

Bosan-Bosan Tengok Wayang

0
0
Assalamualaikum.

Dah beberapa hari cuti sekolah, bosaaaannnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!

Tak tau apa nak buat, Astro pun tak call lagi buat appointment untuk hantar decoder dan dish baru. Tak kisahlah sangat sebab kalau diorg dtg bawak decoder, maknanya saya perlukan tv baru jugak. Oleh kerana bajet takde kat saya, terpaksalah saya tunggu big boss balik dulu.

Sejak Astro dan tv kena petir, hari2 asyik layan movie hantu. Kalau tak Insidious, The Eye 10.



Jadi, hari ni pagi2 dah rasa macam nak pergi cari dvd baru. Nak ajak kawan, mana ada kawan yang free macam saya cuti2 sekolah ni? Semuapun kerja. Jadi saya plan macam ni...

Hari ni saya bawak boys tengok wayang. Pastu cari dvd sekali. Nanti selang sehari atau next week bawak girls pulak.



Malas nak bawak semua 5 orang. Nanti diorang punya shopping jajan kat luar panggung buat saya tak cukup tangan. Bawak dua orang ni pun puas saya menjerit2 kat mall tu. Maklumlah 2 budak lelaki dah cukup untuk meriuh rendahkan suasana.

Saya nak sangat tengok movie Korea ke, Omputih ke, Kantonis ke tapi sebab GSC Alamanda memang jangan harap la nak dapat pilihan yang banyak. Nak cari rating U jauh sekali. Kalau ada yg untuk budak2 memang la yang PG13. Itupun citer Melayu! Dah serik nak layan movie Melayu tapi apa nak buat? Yang sesuai ialah AJIBOY je la.

Sepanjang movie saya banyak 'dengar' daripada 'menonton'. Bab penting je saya pandang. Waktu lain saya dengar sambil main fon. Whatsapp dengan John, dengan grup cikkiah atau layan FB. Tapi anak-anak saya enjoy la tengok Ajiboy ni. Diorang senyum-senyum gelihati tengok gelagat si Ajiboy mengenakan 2 lelaki.

Tapi bab last tu ada 'kelakar' sikit. Masa bapak Ajiboy nak lamar Cik Nisa tu, ia dah lebih kepada 'mempromosi' Cowboy Town A Famosa Resort, Melaka. 

Kalau anak-anak uolls bosan-bosan duduk rumah, nak dapatkan hiburan ringan tak semak kepala nak fikir, pergi la tonton Ajiboy. Boleh la tahan. Berapa bintang? 3.5 bintang.....

Owh hari ni saya pakai tudung bawal tapi style hoodie. Skrg kan ada tudung gaya hoodie macam CT tu tapi CT takde inner. 


inner 3 segi Aidijuma dengan bawal plain Aidijuma

Teringat status seorang kawan yang baru berhijrah, katanya tudung sekarang mahal-mahal, sampai seratus sehelai dan dia suka tudung CT gaya hoodie. Saya rekemen bawal, dia kata tak reti pakai. Lagipun dia takmo lilit2 dapat fesyen makcik, dia nak vogue.

Dan lilit bawal saya hari ni membuktikan bawal juga boleh vogue kalau pandai. Err vogue ke ai??? Hahahaha.. vogue sangatlahhh...

Part Time Classic vs City Giant 12 Silver

0
0
Assalamualaikum.

Entry ini khas untuk yang minat pada Balenciaga. Saya nak tunjuk perbezaan di antara Balenciaga Part Time dengan City, classic dengan giant. Masa mula-mula saya nak beli Bal, saya tak berapa pasti kenapa beg-beg Bal ni rupa lebih kurang aje tapi ada nama-nama yang berbeza. Rupa-rupanya setiap nama mewakili size dan sedikit perbezaan dari segi rupa dan juga perincian.

Sebelum saya teruskan lagi, meh sini saya nak bgtau yang review saya ni cuma pendapat peribadi, daripada apa yang saya tengok, yang saya belek, yang saya cium dan saya pegang. Bolehlah kalau nak ambik sedikit pengetahuan bila rasa-rasa dah bersedia nak beli Bal.

OK jom mula.





Kat atas ni ialah Balenciaga Classic Part Time in cobalt blue (bleu cobalt). Saiznya lebih kurang macam ni: 17 x 8.5 x 7 inci. Panjang. Luas. Macam-macam boleh sumbat. Hardwarenya ialah aged brass, hand stitched handle dan ada removable shoulder strap. Antara sebab kenapa ia menjadi pilihan pertama saya ialah, leather strings...



Berjurai-jurai tali yang menjadi zipper pull kat setiap zip yang ada, nampak ranggi. Tapi kalau kita pakai lasak sangat, tak beringat, leather strings ni boleh rosak dan terbelah. Oleh itu, kena la pakai cermat-cermat sikit ye.



Tengok hardwarenya: aged brass. Setahu saya antara hardware yang Balenciaga guna untuk beg ialah sama ada aged brass, gold dan silver. Kalau ada yang tak guna hardware macam yang 3 tu, mungkin ia yang collection musim tertentu. Lepas tu, sebelum beli Bal dari mana-mana online webstore, rajin2lah check sikit tentang details yang digunakan sebab lain tahun, lain details. Jangan terbeli yang tiruan.

Untuk Part Time Classic in Cobalt Blue ni adalah keluaran 2012. Musim apa saya tak pasti. Mungkin spring/summer. Kalau nak tau beg tu keluaran tahun berapa, boleh check kat kad di dalam poket.



Saya suka tengok gambar2 orang carry Bal ni terutamanya bila beg tu penuh dan berat. Bentuk beg tu nampak cantik bila dia berat. 



Tapi kenapa beg Part Time saya agak susah nak dapatkan bentuk tu terutamanya bila disangkut kat bahu?




Sebab itu jugaklah saya nak Bal jenis City pulak. Kebanyakan gambar2 yang saya tengok adalah daripada jenis City. Ia tak sepanjang Part Time tetapi ia lebih tinggi daripada Part Time. Sizenya: 15 x 9.5 x 5.5 inci. Tak selapang Part Time tapi sizenya sangat tepat untuk jalan-jalan. Bila letak kat bahu pun nampak cantik. Bila isi barang dalam beg, bentuknya jadi menarik.







Yang ni ialah Balenciaga Giant 12 Silver City Jacynthe. Jacynthe tu nama kaler dia. Ada sikit2 light purple/grey. Saya suka sangat kat leather yang ni, sangat lembut. Walaupun kedua2 beg saya dibuat daripada soft vintage crafted lambskin, yang warna jacynthe lebih lembut berbanding Bleu Cobalt. Mungkin warna biru tu deep color, terlebih kaler jadi nak dapatkan ia jadi supersoft mungkin agak lama. Nak kena kerap2 pakai, cepatlah ia lembut kot.

Dan kenapa GIANT? Kenapa 12? Giant tu maknanya studs besar yang digunakan. Kalau classic, studs kecil. Giant 12 studs besar sikit tapi kalau Giant 21 studs laaaaagggi besar.



Dan untuk City ni, takde leather strings. Strings cuma ada yang terikat kat hujung handle bagi menggantung cermin.


Hardware yang digunakan ialah warna SILVER (palladium plated metal hardware). 

tiada leather string pull
super duper soft

ada orang tak suka beg lembik-lembik macam ni; tapi tengok pada design la jugak.

not so roomy. Just nice.

OK jom tengok beza 2 beg:




Mana lagi cun?

Beg Balenciaga ni senang nak disimpan. Tak makan ruang yang banyak. Cara penyimpanan senang aje. Tak payah nak sumbat paper dalam beg untuk kekalkan bentuk, cuma lipat je macam ni:



beg ni ada isi sebenarnya... sebab tu dia gelembung heheheheh


Pastu sumbat dalam dustbag.... sumbat pulak ke paperbag. Saya mintak kotak tapi takde lah pulak. Kalau ada kotak lagi best.




tengok? Hanya ambik setengah ruang berbanding yang sebelah2 tu

Lepas ni saya berangan nak tambah koleksi Bal tapi nak yang laaaggi besar. Sama ada jenis Work atau Weekender. Saya dah tengok Weekender, ia sangat besar, memang khusus untuk overnight. Kalau handcarry naik eroplen pun ok gak. Macam-macam boleh sumbat. Yang Work style lebih besar dari Part Time dan City =  18 x 10.5 x 8 inci. Best jugak. Kalau boleh, next Bal will be in Black color sebab saya cuma ada 1 je beg kaler hitam.

Jejak Kasih, Skodeng Dan Cemburu

0
0
Assalamualaikum.

FB ni ada baik dan ada buruk. Antara perkara baik yang kita boleh buat melalui FB ialah menjejak kasih. Walau tak berapa kasih atau tak kasih langsung, cerita 'jejak kasih' ni macam sesuatu yang menyeronokkan. Ada beberapa sebab kenapa orang nak jejak kasih. Kalau nak jejak kawan-kawan lama, itu memang biasa. Ada jugak yang nak jejak sedara mara, jejak keluarga yang terpisah atau mungkin nak jejak ex hehehehhe.

Saya pun menjejak jugak orang-orang tertentu. Sebelum-sebelum ni *scandal2 lama yang menjejak saya. Punyalah senang nak menjejak saya di FB sebab nama saya yang one kind, type aje nama penuh, confirm keluar FB profile saya. Sebab tu aku tukaq ke nama samaran. Ada yang dah jadi artis, yang jadi steward.. tapi yang pasti masing-masing meneruskan kehidupan dengan baik, ada isteri, ada anak-anak dan hidup bahagia. Kami chat pun cerita biasa-biasa, tak ungkit hal-hal lama. Kalau ada ungkit pun, kami buat gelak-gelak aje. Dalam ramai-ramai scandal, ada seorang yang saya block dr FB sebab rimas dengan komen-komen dia. Macam mana la saya boleh ada crush kat orang macam ni ek?

*scandal pada maksud saya ialah orang yang pernah suka saya atau saya pernah suka dia atau ex. Mana-mana satu yang sesuai :P

Tapi ada seorang yang saya tak dapat jejak sehingga bulan lepas. Berbelas tahun sudah berlalu, saya memang teringin sangat nak tahu tentang dia. Bukan rindu. Langsung tak ada perasaan dah. Saya dah bahagia, kenapa nak cari masalah pulak? Cuma saya nak pastikan semua ok untuk dia. Lagipun saya dah kenal satu keluarga dan hampir jadi sebahagian keluarga dia, tak salah kalau saya nak ambil tahu sedikit tentang dia dan keluarga. Ha ha.

Selepas berbelas tahun, dan dengan kecanggihan teknologi, FB dah membuka jalan. Sama macam saya, salah seorang ahli keluarganya mempunyai nama yang senang dicari. Masa saya kenal dia, umur dia baru 8 tahun. Sekarang dah 20 tahunlah. Tak sangka dia masih kenal saya hehehehhe walaupun dia baru 8 tahun dulu. Kami 'berkawan' dalam FB dan itu membuka peluang untuk kami skodeng menskodeng kehidupan masing-masing. U don't have to ask, "How's si polan doing?" whatsoever, u just need to check on her photos, and the photos will tell everything. Sebab itulah kalau nakkan privacy, tak mahu orang tahu banyak tentang kita sangat, pandai-pandailah kita customized viewers untuk gambar2 kita.

Dan setelah meneliti apa yang perlu, saya dah dapat satu rumusan bahawa dia telah meneruskan kehidupan dengan baik, bahagia dengan orang yang sepatutnya. Alhamdulillah. Lagipun kalau saya teruskan dengan dia dulu, banyak percanggahan pendapat akan berlaku dan kesudahannya mungkin tak akan baik. Lebih baik dielak daripada menghadapi kesukaran pada masa hadapan. Dan daripada apa yang saya lihat, kehidupan kami sangat berbeza, saya suka anak ramai, dia tak suka. Anak saya 6, anak dia 1. He he he. Itu salah satu beza. Lain-lain takmo cerita.

Apa yang pasti, sama-sama dah ada kehidupan sendiri. Walaupun saya skodeng gambar-gambar tersebut, saya tak perlu nak komen mengomen kat situ. Tak maulah bila saya wujud balik nanti mengundang perkara tak baik dalam hidup orang lain. Kita tak tau macam mana sikap orang baru tu. Mungkin dia tak macam John. John bukan kaki cemburu. Kalau dia baca entry saya ni pun saya tak heran sebab dia takkan heran jugak. 

Pernah terjadi kepada saya bila seorang ex bermasalah sikit bila tersebut nama saya depan isteri dia. Jeles hokayyyy... buat apa nak jeles sedangkan kami masing-masing dah ada kehidupan masing-masing? Lagipun itu semua cerita budak-budak, sekarang dah dewasa, dah pandai fikir mana baik mana tidak. Kalaupun dari segi penampilan kami jelas berbeza sekalipun, sepatutnya dia berbangga sebab dia adalah orang yang dipilih walau apa rupa dan keadaan dia. 

Satu kesilapan seorang isteri yang cemburu: Dia sibuk ambil tahu tentang wanita lain yang dicemburui dan pada masa yang sama dia abaikan suami sendiri. 



*sorry takde gambar sebab hari ni blogger.com ada problem upload gambar. Kenapa ek?




Wordless....


Qamar Deen

0
0
Assalamualaikum.

Adakah kita menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam? Atau setidak-tidaknya kita berusaha menjadi lebih baik? 

Jawapannya diri sendiri yang boleh jawab. Bila kita berbuat kebaikan, simpanlah cerita itu dalam hati kita, tak perlu nak gembar gemburkan. Dikhuatiri pahala menyusut. Peace yawww...... 

Hari ni saya jumpa satu application yang boleh membantu kita menjadi lebih baik. Bukan nak bagitau saya dah buat baik hari ni, opkos that's not me. Biar orang yang baca blog saya atau folo FB atau Twitter kata saya begitu dan begini, memberi komen pedas menusuk kalbu, kalau saya tak tahan saya block aje. Application yang nak saya share ialah untuk kebaikan kita semua, boleh digunapakai jika rasa ia bagus atau tinggalkan aje kalau rasa ia tak bagus.

Dan tolong faham bahawa setiap yang dipaparkan di bawah adalah contoh semata-mata.

Nama Application: QAMAR DEEN

App ni bagus untuk kita mencatit amalan/ibadah/kebaikan yang kita buat seharian. Ia bagaikan satu dorongan dan galakan supaya kita berbuat baik dan menyempurnakan ibadah kita. 


SOLAT: Ada 5 waktu solat. Kita boleh catit sama ada kita solat sendirian atau jemaah, solat wajib sahaja atau sekali dengan solat sunat, lambat solat atau tak solat langsung.
contoh solat yang dilakukan pada hari ini. Subuh ada sunat sekali (dhuha boleh kasi masuk kat bahagian subuh), Zohor, Asar dan Maghrib hanya solat wajib dan Isya ada solat sunat, atau mungkin solat qada.

Baca Quran: Cara bagus untuk kita bookmark mana-mana bacaan untuk kejar khatam. Sejak ada app iQuran, takde alasan untuk tidak baca Quran sebab app Quran dah sangat menyenangkan. Jelas dan terang walau terpaksa baca dalam gelap masa suami dan anak dah tidur.

Contoh bacaan yang dibaca semalam dan hari ni. Arrow kat sebelah tu bukan Share button tapi kalau kita ada install app iQuran atau Quran Reader, ia akan direct ke app tersebut untuk kita sambung apa yang patut. Kalau takde app tersebut, ia akan direct kita ke App Store untuk kita download.
kalau ada install Quran Reader
kalau takde Quran Reader ia akan direct kita ke App Store utk beli app

atau kita pilih iQuran app

Kalau dah ada app ni boleh terus sambung kat mana yang kita berhenti


Puasa. Siap ada tarikh dan niat kita puasa apa. Sunat, Qada', Nazar atau Kifarah atau tak puasa.

Sedekah. Tak semestinya sedekah dalam bentuk wang, sama ada sedekah makanan, baju, tenaga atau senyuman ikhlas sekalipun sudah boleh menyenangkan.

Contoh sedekah yang telah dibuat hari ini.

 Best tak?

App ni buatkan kita jadi mengejar dan ingin menambah ibadah kita supaya boleh isi tempat kosong hehehe. Kalau ada yang kata 'beribadah untuk isi app ke?', itu lebih baik daripada tak berusaha untuk buat apa-apapun untuk baiki diri. Contohnya solat. Petikan daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus: Ada yang kata kalau nak solat kena ikhlas. Tetapi sebenarnya orang yang solat wajib menyuruh orang yang takmo solat tu supaya pergi solat. Sama jugak kalau ibu bapa memberi ganjaran kepada anak supaya anak mereka mahu solat. Ia akan menggalakkan anak-anak supaya mahu solat. 

Dan app ini adalah satu bentuk galakan. Mengira kebaikan yang kita buat seharian supaya kita boleh pastikan keesokan harinya kita buat lebih banyak daripada hari ini. Kalau ada app untuk kira dosa-dosa pun ok gak kan? Mesti ngeri nak isi.

Wallahualam.

Astro Oh Astro, Cable Oh Cable

0
0
Assalamualaikum.

Seminggu dua lepas Astro disambar petir. Habis kedua2 decoder beserta dish (bukan dish sebenarnya tapi kepala 4 mengadap dish tu) rosak, termasuk jugak tv plasma 42 inci yang berusia bebebeberapa tahun tu padam. Untuk kira2 hampir 2 minggu tak dapat tengok Astro HD, cuma layan beberapa drama Pinoy wajib kat Astro ke tiga kami yang menggunakan dish yang lain, terletak di ruang keluarga.

Hari Sabtu lepas jam 10.40pm installer Astro call dan bgtau kata nak datang besoknya (Ahad) pada 1pm. Hmm... kalau kata tak boleh nanti lambat la lagi Astro nak direpair. Ahad pun Ahadlah walaupun Ahad sebenarnya hari liburan untuk keluarga kami. Besoknya kira-kira 1.30pm installer datang bawak 2 decoder. Dah pasang decoder tengok2 signal takde. Itu kepala 4 depan dish diorang tak diarahkan pihak Astro untuk bawak, jadi diorang tak boleh tukar. Kena report lagi sekali, maknanya kena tunggu lagi. Biasanya diorang akan suruh tunggu dalam 5 hari bekerja tetapi kali ni John desak pihak Astro untuk utamakan kes kami apalagi bila John mula mintak pengecualian bil untuk hari-hari yang tak dapat signal tu. 

Lepas 2 hari pihak Astro datang bawak barang yang diminta. Setel.

Bila saya on TV, saya jadi pelik. Kenapa bila saya guna cable HDMI kat bilik saya, boleh aje nyala tv tu padahal smart card Astro kat bilik bukan B.Yond. Cuma PVR tanpa B.Yond. Siap ada channel HD!



Mula-mula rasa seronok la sangat sebab dapat free-free tengok HD kat bilik. Tak payah la lari ke tingkat bawah untuk layan Adam Dan Hawa. Tapi itu cuma sementara sebab saya ada ditawarkan Astro untuk satukan semua akaun dalam satu bil dan diberi RM50 sebulan untuk decoder ke 2 dan ke 3, dengan pakej Astro Superpack untuk kesemua 3 decoder!! Tengah tunggu diorang call untuk pengesahan aje ni.

Lepas tu bila terasa nak tengok tv kat bawah pulak, saya on tv dan Astro tapi takde gambar! Eh kenapa ni? Bila saya on home theatre ada pulak suara!

Pastu saya terus tukar cable HDMI ke cable 3 kaler (kuning, putih, merah) dan keluarlah gambarnya.........

OOOOOOO rupanya Astro dah salah update system kedua2 smart cards saya. Yang bawah xde HD, yang atas pulak ada HD. Haiyoooo.... baru nak poyo......

Oleh kerana Astro decoder dan smart card tu tak boleh dipisahkan, decoder yang jenis baru ni dah didaftarkan hanya untuk satu smart card (tak bleh tukar2 card macam decoder lama), saya terpaksa tukar tempat kedua2 decoder. Yg atas bawak turun dan yang bawah bawak naik. Leceh betul. Dah la ketat cable putih Astro tu! Kena pakai spanar. Kalau nak tau, kerja cabut dan pasang cable dalam rumah memang kerja saya. John tak usik kerja2 ni. John sedap2 layan Budoy kat Astro ke 3 kat ruang family. Hehehehehe.

Teringat dulu masa orang pasang lantai timber, diorang cabut cable cctv dari tv. Bila lantai siap, John panggil installer cctv untuk pasang cable balik. 3-4 orang la datang untuk pasang, padahal hanya satu cable nak kena cucuk kat belakang tv, kat lubang warna kuning tu (lubang kuning utk gambar, merah putih utk audio). Mesti bengkak je hati installer tu agaknya. Ha Ha Ha. 

Sekarang alhamdulillah semua dah setel. Tinggal tunggu Astro call untuk activate ketiga2 Astro saya jadi HD B.Yond Superpack dengan bil RM50 sebulan untuk 2 decoder. Jimat. 




Namun begitu, sejak kes petir ni, saya belajar beberapa perkara. Saya udgrade sikit pengetahuan tentang cable. Bila TV bilik dibawa turun sebab TV asal dah rosak, Tv bilik tu kebetulan ada 3 HDMI port. Jadi saya boleh guna HDMI cable utk HyppTV dan DVD player saya. Satu lagi untuk Astro. Cable 3 kepala kungin merah putih untuk PS2 dan XBox. Jadi, ada 1 cable 3 kepala warna hijau, merah biru, yang saya tak pasti untuk apa, dah selamat saya cabut dari belakang tv.

Oleh kerana tak pasti cable tu untuk apa, saya pun google. 




nama cable ialah componenet cable. Cable ni bawak gambar aje, tak bawak suara. Sebab tu kat belakang TV ada 3 port utk cable2 ni dan bawah dia akan ada 2 port kaler merah dan putih, itu untuk audio. 

Oleh sebab TV kita cuma ada 3 aje AV input, 2 set utk cable kuning merah putih dan satu lagi port biru merah hijau, saya tak dapat on DVD player dalam bilik dah sejak dah masukkan cctv. Sebab cctv cable dah ambik port kuning untuk video. Bila dah tau pasal component, saya gunalah component cable utk DVD player saya. Masalah CIk Rai nak layan DVD dalam bilik kini dah setel. Alhamdulillah.

Happy Birthday Dania

0
0
Assalamualaikum.

Anak sulung saya dah 11 tahun. Kalau tengok dia, ramai yang akan sangka dia dah sekolah menengah. Mungkin size, mungkin muka dia yang dah takde macam baby lagi. Seriyes manjang! Pastu cara berpakaian, sangat suka pakai baju mami walau ada banyak baju sendiri sesuai umur dia. Sebab tu kadang2 dia nampak macam saya keh keh keh dan saya nampak macam dia hua hua hua.

Beberapa hari ni saya pening fikir nak kasi hadiah apa. Bukan senang nak cari hadiah untuk anak remaja. Setakat untuk anak kecik, pegi je ToysRUs, macam-macam ada! 

Semalam pukul 11.58pm saya sempat order satu barang dari Groupon, sebagai hadiah anak saya tetapi kena la tunggu sampai bulan depan baru dapat hadiahnya. Satu barang yang anak remaja memang suka tapi tak over sampai mengalahkan mak bapak. Hehhehe. Sesuai umur la kan. Yang penting dia boleh pilih nak kaler apa. Cuma apa benda barangnya, saya tak kasi tahu.

Hari ni saya bawak anak-anak dan cik Med sekali jenjalan makan2. Sebelum makan saya masuk supermarket dulu untuk beli groceries. Saya lepasbebaskan cik Med bershopping barang apa yg dia nak sesuka hati. Kemain happy dapat shopping. 

Pastu bawak budak2 berurut kat kerusi urut Rest N Go, pastu makan, pastu beli kek sebijik.




Dhani tak puas hati sebab dia mintak second round mami tak kasi



Masa beli groceries saya terjumpa sesuatu:



Biskut tradisional. Susah nak cari dah. Rupa-rupanya Syarikat Hup Seng pengeluar biskut ping pong ada jual biskut nih.... yummyyyy.....

Lepas tu saya jumpa pulak DVD ni..



Kat Astro First RM15 untuk 2 hari. Kat Giant murah aje DVDnya. RM13.99 hak milik kekal. Saya beli sebab nak tengok Erra Fazira. Bukan Aaron Aziz hehehehehe. Buat apa syok kat Aaron Aziz kalau John lagi hensem dipandang oleh mata saya :P

Selain itu saya jumpa jugak benda ni:



Benda ni gunanya untuk gantung tv kat dinding. Sebelum ni saya dikenakan RM180 untuk 'barang dan khidmat' menggantung sampai siap. Kat Giant barang ni cuma RM59.00. Khidmat boleh pakai khidmat John. Free of charge.

Itu saja untuk hari ini. Eh satu lagi, hari ni Picasa dah habis pakai 1GB untuk gambar. Entry kali ni agak mahal sebab saya kena beli extra storage untuk Picasa... kalau tidak saya berblog tanpa gambar atau entry lama terpaksa dibuang gambar2nya. Tak best la kan?

Sekian.

Transferring

0
0
Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita pasal Apple accessories. Nama barang ialah: Camera Connection Kit. Saya beli sebab nak transfer gambar daripada camera saya dan juga telefon (kalau beli fon barulah) ke iPad. Leceh nak cabut-cabut SD Card daripada camera pastu transfer ke Macbook. 

Harga: RM89.00. Beli di: Boleh beli daripada Apple Store (online) atau daripada authorized reseller atau Premium Reseller ie. iStudy, Machines, EpiCentre.


Satu untuk saya, satu untuk John

SD card camera sekarang dah kosong.

Dalam kotak tu ada 2 barang. Satu untuk SD Card (besar) dan satu lagi untuk USB. Tapi kedua2nya hanya utk transfer gambar. Lagu2 atau file lain kenot. Jadi kalau nak jenjalan2 cuti2 takyah risau nak transfer gambar yg dah di snap banyak2 tu ke computer. Transfer je terus ke iPad. Tak berat beg.

Tapi dua2 iPad saya ok aje saya transfer gambar. John punya tak boleh. Error. Cannot Read katanya. 

Sebab? Mungkin sebab iPad John dah kena jailbreak hari Jumaat lepas. Dan bila saya cari solusi, saya disuruh unjailbreak dulu iPad, baru boleh guna connection kit tu. Hmm.... sibbaik saya punya iOS6, takdelah saya nak gatal2 jailbreak. 

Sekian. Wassalam.

Jenjalan JB Dan Legoland

0
0
Assalamualaikum.

Agak lama tak buat entry baru. Bermula cuti sekolah hari tu, ramai kawan2 dah mulakan percutian dan upload gambar kat fb. Wah cemburunya hati... Sebab setahu saya John memang busy pada hujung tahun dan tak mungkin kami sekeluarga berkesempatan bercuti2 sama ada dalam negara atau luar negara.




Dengan rasa prihatin seorang suami merangkap abah, John bercadang membawa kami yg kesunyian di rumah (keh keh keh) outstation sama2 beliau setiap kali ada kerja luar le. Dan outstation pertama ialah ke JB yang diextent dua hari supaya anak2 boleh bersuka ria kat Legoland. Waktu John kerja 2 hari pertama, kami layan diri sendiri kat hotel. Bukan susah sangat. Ada swimming pool, semua perkara boleh beres. Benam aje anak2 dalam kolam, puas la hati diorang. Saya? Saya ambik kesempatan berjumpa kawan baik yg lama tak jumpa, pegi makan, tengok Breaking Dawn, minum2....



Hari pertama dan ke dua seronok sangat. Baik saya, baik anak2 semua enjoy. Hari ke 3 patutnya pergi Legoland tetapi terpaksa ditangguh sebab anak2 mula sakit. Dhani meraung2 sakit perut dan demam, Nada pun demam dan muntah, Dania demam muntah2 jugak. Cik Rai dan Nawfal aje yg sihat. Memang pada hari ke 2 waktu saya pergi tapau lunch, Dania ada call saya bgtau yg air paip warna keruh dan saya dah arahkan supaya tak guna air paip utk minum sebab saya akan beli air botol. Tapi apekehallah cik med tu tak paham ke apa tah, dia masih guna air paip utk diminum.

Oleh kerana hotel Puteri Pacific sedang dalam usaha pembaikan dan naik taraf (renovate lah org putih kata), segala kemungkinan ada kat situ. Kebetulan doktor kat hospital ada bgtau bahawa minggu sebelumnya ada seorang budak yg menginap kat hotel yg sama dikejarkan ke hospital sebab asthma. Memang berabuk gila hotel tu. Lantai lobby memang tak dan nak licin. Pendek kata, hotel yg sedang membuat major renovation mcm ni sepatutnya tutup aje, jgn bagi orang duduk menginap. Kami bercadang nak pindah hotel tapi xde hotel yang boleh sediakan 2 connecting rooms. Takkan nak sebilik dengan cik med sekali? Saya nak guling2 dgn John pun tak boleh :P






Saya terkedu bila Dhani menjerit, "Mami, tolonglah Dhani... Dhani sakit...!!" Ubat dah kasi, makan minum semua saya dah kontrol ikut apa yg doktor sarankan. Tapi Dhani masih menjerit kesakitan, tak lena tidur. Apa yg mampu saya buat ialah memeluk dan memujuk dia, serta beristigfar dan berdoa banyak2.

Dalam masa saya memeluk tu, saya sempat pesan kat anak2 saya supaya cepat sihat sebab besoknya kami nak ke Legoland. "Sorang sakit, semua tak boleh ke Legoland", itu janji saya. Maka saya dapat lihat betapa bersungguh anak2 saya melawan sakit, minum ubat, makan bubur, minum 100+, makan spirulina, minum yakult dan segala air yogurt yg boleh membantu membuang racun2 dalam perut. Doktor kata biar semua racun keluar, jangan ditahan2.

Keesokan harinya, John dah kata yang Legoland wajib pergi sekejap untuk buat annual pass. Tiket dah ada cuma kena buat pass (ambik gambar kat sana). Tapi apa yg majiknya ialah anak2 yg sakit semuanya mengaku dah sihat. Dhani pun tak mengadu sakit, Nada dah kebah demam, Dania pun nampak dah segar. Hebat betul penangan Legoland. Selalunya anak2 ambil masa berhari2 untuk sihat. Kali ni memang express betul.

Kebetulan tak ramai yg beratur kat luar kaunter tiket Legoland. Takdelah lama sangat nak buat pass. Tapi sempatlah bawak Dhani ke toilet membuang 'racun'. Dua kali jugaklah Dhani singgah toilet buang air tapi xkisahlah yang penting dia tak menjerit kesakitan lagi. Cik Rai pun sama tempah toilet mungkin sebab semalamnya dia join sama minum air yogurt banyak2.




Plan nak singgah sekejap jadi singgah 2 jam. Dapat cuma 2 jam sebab hari hujan. Tak mahu ambik risiko berhujan nanti penyakit lain pulak datang. Lagipun dah ada annual pass, boleh datang lagi dalam masa terdekat ni. Lagipun hasrat kami ke Singapore pun terbantut sebab anak2 sakit. Kena repeat lagi lain kali.










Oleh kerana Legoland Malaysia ni masih baru, tak banyak game yang ada. Sempatlah main apa yang dapat. Bila matahari mula memancar, memang la panas. Tapi hari tu kitorang agak nyaman sebab hari mendung. Bila hujan, apa pun tak boleh hehehhe.




Ingat lagi bila saya komplen pasal Disneyland Paris yang kotor dan hancing, tak macam Disneyland Hong Kong yang bersih, orang akan kata "Disneyland HK baru, Paris dah lama". Macam mana pulak Legoland Malaysia yang baru dibukak ni... toilet hancing bermula dari luar pintu masuk lagi. Yang heran tu, petugas Legoland pakat 4-5 orang berkumpul luar toilet berborak bergossip, tak buat apa2, sedangkan toilet berbau busuk. Apa kerja diorang sebenarnya? Mana cleaner?

Saya betul2 respek petugas di Disneyland HK, malah petugas di toilet shopping mall HK rata2nya yang sangat mementingkan kebersihan toilet. Setitik air jatuh atas lantai pun diorang berkejar pergi mop. Walau mulut bercerabih macam tak puas hati sebab kita guna air comot2 lantai, diorg tetap buat kerja. Kat kawasan pasar atau sepertinya saya tak pasti, tapi kalau kawasan tourist attraction memang toilet sangat bersih. Macam tak selari dengan apa yg kita faham tentang cara mereka 'beristinjak' kikikikiki. Walau apa pun, saya betul2 berharap pihak Legoland boleh meningkatkan tahap kebersihan toilet Legoland. Memualkan betul bau dia. Memalukan. Air freshener dispenser pun takde.

Selesai di Legoland, John offerr saya ke JPO. Takkan saya nak menolak? "U pilih apa u nak, nanti call abang". Wah exciting betul offer abang John. Saya boleh putau2 JPO tanpa gangguan sebab semua org akan menunggu dalam kereta. Saya ronda JPO dengan sorang peneman aje.




Putau punye putau, keluar masuk outlet, hati macam bengang pun ada. Entah apa yang diorang ni jual, saya tak paham. Burberry pun takde apa yg menarik, Skechers hanya ada stok lebihan.. Takde size, takde kaler pilihan, apa pun takdelah! Lepas tu brand yang ada pun dah macam pergi jenjalan kat Sunway Pyramid, dan dgn offer yang sebegitu boleh dpt lebih baik kat tempat lain pada waktu megasale. Buat apa nak jauh2 ke JPO kalau takde apa yg menarik dan takde pilihan? Sekarang baru saya paham kenapa John kemain murah hati offer saya shopping kat JPO. Rupa2nya dia dah tahu yg saya takkan berkenan kat apapun barang kat situ. Bijak betul.

Penutup untuk entry ini ialah, lepas ni nak kena repeat JB sebab nak ke Legoland dan Singapore. JPO tak payah. Baik shopping Singapore lagi best. Dan aktiviti terakhir setiap kali bercuti seharusnya berendam swimming pool, tak boleh berendam sebelum habiskan aktiviti utama bagi mengelak anak2 demam, batuk, selsema sebelum sempat buat apa2.


- Posted using BlogPress from my iPad
Viewing all 514 articles
Browse latest View live




Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Re:

Re:

Re:

Re: