Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all 514 articles
Browse latest View live

Dari Pandangan Mata Si Anak

$
0
0
Assalamualaikum.

Perbualan santai antara ibu dan anak:

Ibu: "Anak, our struggling period is finally over. Alhamdulillah."

Anak: "Hah? Really?"

Ibu: "Ye... did you know your dad has been struggling for the past 6 months?"

Anak: "No....  everything looks just the same"

Ibu: "Ye sayang.  We don't kepoh to people how struggle we are coz there're always got jalan to survive. And actually it was quite bad until I have to sell off my ***. Dad also sold his ****. Didn't you realize that I did not go to supermarket for groceries shopping?

Anak: "Oh yeeeesss.... no more cereal, burgers, hot dogs and all for breakfast!"

Hmmphh... burgers? Hotdogs?... ok..



The moral of the story:


Orang yg nampak senang itu sebenarnya juga melalui episod susah dalam hidup mereka. Berbuat baiklah sesama manusia.


Salam Jumaat.



Calm Down. Allah Is The Turner Of Hearts

$
0
0
Assalamualaikum.

Sehari lepas saya post kisah wedding tu (baca sini) saya terjumpa ini:







Ramadhan Datang Lagi 1435H

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah ramadhan ke 3 dah kan? Kejap je dah ramadhan. Tahun ni nampaknya lebih meriah daripada tahun2 sebelumnya sebab anak2 pun sama berpuasa. Cik Rai sorang je yang terkecuali. Masa bersahur puas la gaduh2 dulu dengan diorang. Mengejut! Sorang hempas selimut, sorang hempas pintu toilet, sorang hentak kaki.... Sabar je la kan. Tahun2 lepas takde episod hempas2 ni. Tahun ni pulak ada episod tambahan. Maklumlah anak-anak dah remaja. Macam-macam pe'elnya. Diorang ingat saya suka suka hati bangun pukul 3am, 3.30am untuk menyusahkan hidup orang? Ikut hati memang la nak sama tarik selimut tau!!!!

Puasa hari pertama sangat nyaman. Dengan hujannya..... cuti hari Ahad pulak tu.... boleh ber-ekon-ekon dalam rumah seharian. Mana nak rasa penatnya? John siap operasi buang habuk kipas, cuci filter aircond, vacuum..

Mula-mula plan nak balik kampung John, berbuka kat sana. Tapi rupanya mak mertua pegi rumah adik John sepanjang ramadhan, takmo duduk kampung sebab hati sayu teringat orang-orang yang dah takde bersama. Saya tak kisahpun kalau berbuka mana-mana pun, tapi John decided berbuka kat Taman Equestrian Putrajaya, tempat 'wajib' kami setiap tahun (kalau berbuka buffet kat luar). Kata John, "Sebelum abang belanja orang lain, biar abang dahulukan isteri dan anak-anak berbuka buffet".

Alhamdulillah, macam tahun-tahun lepas, menu wajib seperti nasi beriyani, lauk pauk, roti canai, kambing golek, kueyteow goreng dan satay masih kekal. Tapi ada tambahan yg lebih menarik iaitu taufu fa dan marshmallow salut coklat. Selain ini semua ada banyak lagi menu yang tak tertulis di sini.



muka sedih lepas terjatuh :(

ada ahli 'geng puasa' yg baru. Budak 7 tahun.






Harga buffet tahun ini dah naik dah.

Dewasa: RM60.
Kanak-kanak: RM40.
Bawah 6 tahun : FREE

Seperti yg pernah diceritakan tahun-tahun lepas, sini aman damai, takde orang berpusu2 berebut ambik makanan, tempat solat disediakan dekat je tak jauh. Lepas solat lalu kat peti aiskerim, sambar la 5 - 6 batang aiskerim. Free je hehehehe. Patutlah anak-anak suka tempat ni. Memang menyamankan berbuka kat sini. Saya heran bila orang berebut-rebut berbuka kat hotel-hotel. Meja diletak rapat-rapat supaya boleh squeeze ramai-ramai. Nak jalan pun susah. Mahal pulak tu.

Tarawikh biasanya kami lakukan berjemaah di rumah, anak beranak. Kadang-kadang John pergi jugak ke surau bila berkesempatan. Biasanya kalau John lambat balik lepas berbuka kat luar, kami memang lakukan sendiri-sendiri aje, ikut time masing-masing. Tarawikh kan setahun ada sebulan aje. Kalau tak kejar memang rugi sangatlah. Walaupun kita ada anak kecik, kalau bawak ke surau nanti dia nangislah, bisinglah... dikhuatiri akan mengganggu jemaah lain. Tapi jangan jadikan alasan, suami kan boleh jadi imam di rumah, paling tidak pun kalau suami nak feel lebih, pegi surau tapi takmo bawak isteri sebab ada anak kecik, isteri boleh buat sendiri aje. Tunggu anak tido, pastu buatlah sedaya yang boleh. Bak kata mertua saya dulu, "Kau buat 2 rakaat pun dapat pahala. Jangan tak buat langsung". Hehehe ayat umpan namanya. Kalau dah buat 2 takkan xmo tambah kan? Takkan takmo witir kan?

Sepanjang bulan puasa ni, kita mohonlah supaya apa yang kita amalkan akan dapat kita kekalkan walau lepas dah habis ramadhan. Terbaca kat FB tadi satu quote yg kononnya orang yg tak betudung ni sah puasanya tapi pahalanya zero.

Pastu yg komen-komen sampai gaduh-gaduh sampai saya nekad pm org yg share tu kat inbox, supaya delete post tersebut utk mengelak pergaduhan berpanjangan. Silap dia jugak share quote ciptaan manusia yg bukan hadis tu.

Nampak dah sifat riak terserlah pada yg komen tadi (bertudung) manakala yg belum bertudung pastinya timbul lara dalam hati bila membacanya. Padahal lupakah kita bahawa setiap kebaikan itu dihitung, dan Allah itu maha menterbalikkan hati? DAN siapalah kita untuk mengira dosa pahala orang lain? 

Renung-renungkanlah.....




Pos Malaysia Oh Pos Malaysia!

$
0
0
Assalamualaikum.

Ni cerita semalam.

Saya ada urusan di Pos Malaysia. Ada benda penting nak buat. Nak atau taknak, saya mesti kena gi Pos Malaysia. Jadi saya memilih untuk ke Pos Malaysia Alamanda Putrajaya walaupun sebenarnya ada beberapa kaunter Pos Malaysia yang lebih dekat dengan tempat tinggal saya. Tapi saya pilih Alamanda jugak sebab nyaman dalam shopping mall. 

Gigih betul rasanya saya nak ke sana. Atas alasan tayar dan lain-lain, John tak kasi bawak kereta saya. Dia suruh bawak jentera berat lagi satu. Padahal jentera berat tu terasa macam memandu bas mini. Setakat dekat2 ni saya ok aje. Setakat balik kampung pun saya ok tapi bila terfikir nak kena masuk parking, cari parking, keluar parking, parking dan parking, saya keberatan untuk bawak jentera tersebut. Semuanya kerana parking. 

Tapi semalam, saya terpaksa. Pos Malaysia punye pasal. Saya gagahkan diri, masuk ke parking - lepas. Cari parking - senang. Pastu saya parking pun reverse hokey. Terel ke tak terel? Janji ada reverse camera, insyaAllah dah terel dah reverse parking hihihi.


cemerlang. Gambar kat parking memang saya akan snap sebab nak send kepada John. Setiap aktiviti perlu dilaporkan. Kalau lupa parking kat mana, boleh rujuk kat gambar atau John hahaha.

Pastu lepas lock jentera tu, saya masuk ke dalam Alamanda. Terus menghala ke Parkson, kat situ, sebelah Burger King, opposite Kenny Roger's Roasters sepatutnya terletaknya Pos Malaysia. Tapi bila sampai aje, saya dah nganga.... "Alamak.. mana Pos Malaysia?"

Saya terus duduk di kerusi yg disediakan kat sana. Lara. Duka.

Apa yg ada hanyalah sebuah kedai roti yg baru dibuka.

gambar hiasan hasil gugelan

Pastu saya termenung dan whatsapp abang John. Luah perasaan... uhuk..... John suruh tukar haluan. Cari Pos Malaysia yang lain tapi sebaliknya saya gugel dulu.... carian "Pos Malaysia Alamanda".

Lalu saya jumpa satu blog entry. Blog entry yang menyelamatkan saya daripada kena drive ke mana-mana tah bawak jentera berat tu.

Terima kasih sangat2 kepada http://nazarku.blogspot.com kerana telah menyelamatkan hari saya menjadi ceria semula selepas lara melihat kedai roti kat sebelah Burger King tu.

Lalu saya terus ke tingkat bawah, lalu Coach, ikut escalator kat food court, kat luar bowling alley tu, kalau kiri ke GSC, kalau belok kanan ada Pos Malaysia. Tapi dalam van bergerak aje. Takpelah panas sikit, janji ada.


bila tengok rumah kampung sempena raya ni, terus suasana raya mula terasa.
lalu sini
tu dia dah nampak dah
Yang bestnya, saya datang dalam 2pm. Ada cuma 3 orang sedang beratur. Kalau Pos Malaysia yang lama tu sentiasa penuh. Memang berjamlah nak tunggu nombor giliran dipanggil. Tapi menurut brader dalam van tu, kalau lepas2 4pm tu kadang2 beratur sampai 3 tiang! Kira nasib saya memang baiklah rupanya.


Walau hanya van kecik ni je yg beroperasi, segala urusan yang biasa dibuat kat Pos Malaysia, sama jugak boleh dibuat kat van Pos Malaysia bergerak ni. Donwori. Lenkali, kalau benda-benda gini berlaku lagi, jangan terus melenting. Kita gugel dulu.......

Dan saya keluar parking pun alhamdulillah ok aje. Tak perlu keluar dari jentera untuk cucuk parking tiket. Excellent!

Calculator Dosa Pahala

$
0
0
Assalamualaikum.

Sempena hari Jumaat yang mulia dalam bulan Ramadan ni, saya nak ungkit sedikit tentang sikap kita yang kadang-kadang terleka ni..

Baru-baru ni di FB saya terbaca satu post yang orang share kat wall dia. Post tu tentang perbualan si anak dengan si emak tentang orang yg berpuasa tetapi tidak menutup aurat.

Awal perbualannya, si anak bertanya sama ada orang tak menutup aurat itu sah puasanya atau tidak. Dan si emak menjawab, 'sah' sebab membuka aurat tidak termasuk dalam perkara2 yang membatalkan puasa. Saya teruskan membaca sebab saya hanya bersangka baik aje. Mungkin akan ada kata-kata manis yang si emak nak 'ajar' atau tunjukkan kepada si anak yang sedang membesar. Semoga si anak akan membesar dengan baik......

Tapi jangkaan saya meleset sama sekali.

Si emak terus merumuskan orang yang tidak menutup aurat tetapi berpuasa hanya dapat 0 aje pada penghujung hari setelah pahala ditolak dengan dosa sebab tidak menutup aurat. 

Post tersebut mendapat perhatian daripada kawan-kawan kepada tukang share termasuk saya sendiri. Ada yang mula gaduh2 sebab post peribadi tersebut. Yang sedihnya, ramai yang pakai tudung tu mengomen menunjukkan sikap riak dan sombong sebab kononnya dah 'tutup aurat' dan pahala dia dapat ganjaran. Bila tak tahan membaca komen2 macam tu, saya terus pm kat inbox kawan saya, saya minta jasa baik dia supaya delete aje post yg dia share tu sebab orang dah mula gaduh dan ada juga yg riak. "Silap-silap kau pun sama mendapat", kata saya kat kawan saya tu. Dan kawan saya terus delete post tersebut.

Amat mudah seorang manusia biasa di FB menciptakan calculator bagi menghitung dosa pahala orang lain. Apakah si fulan sudah mengambil kira:-

- niat melakukan kebaikan
- amalan kebaikan yang dimulakan dengan niat pasal awalnya
- ibadah lainnya
- sedekahnya
- sikap baiknya terhadap jiran tetangga, rakan taulan
- sikap baiknya kepada ibu bapanya
- pahala solatnya apabila dia bersendirian di rumah, zikirnya, wiridnya
- dan berjota lagi perkara yang membolehkan dia mengumpul sedikit sebanyak pahala yang tidak kita ketahui
- amalan yang menggugurkan dosa
- amalan yang menghapuskan dosa walau sebanyak buih di laut
- dosa untuk niat yang buruk
- dosa kerana memulakan persengketaan
- dosa kerana riak 
- beramal untuk mendapat pujian
- beramal untuk mendapat pangkat
- beramal untuk mendapatkan ganjaran dunia
- hati yang puas bila melihat kejatuhan orang lain
- dosa ngumpat
- dosa mata
- dosa telinga
- dosa mulut
- dosa jari
- dosa hati
- dan banyaaaaaaakkkkkk lagi yang tak terhitung.

Beb.. 

Jangan isi masa lapang yang ada untuk mengira dosa pahala orang lain. Kalau ada masa sangat tu, kira dulu dosa pahala diri sendiri. Mana tahu, dosa yang kita tanggung kerana sibukkan dosa pahala orang lain itu lebih banyak daripada dosa 10 orang yang kita sibukkan dosa pahalanya.

Kepada kawan-kawan yang masih keberatan atau belum bersedia nak pakai tudung (saya kata pakai tudung sebab kita terlalu taksub dengan isu pakai tudung, bila dah pakai tudung terus nampak baik. Padahal tudung gaya over2 pun boleh 'mandapat' gak), marilah kita terus mendoakan mereka, terus berbuat baik kepada mereka. Sebab kena buat baik? Kalau kita yg dah pakai tudung ni terus berbuat baik kepada mereka, insyaAllah mereka akan suka dengan sikap kita dan mahu rapat dengan kita, dan menjadi seperti kita. Bayangkan betapa ramai yg menjauhi orang2 bertudung hanya kerana tak sukakan sikap riak orang2 bertudung ni. Bila kita dapat kawan yg tak bertudung, bila kita jenjalan dgn diorang, kita ajak la gi surau bila masuk waktu solat. Kita teman dia shopping, kita halang dia beli baju singkat2, bgtau dia yang labuh2 tu kalau dia pakai sangat cantik. Pastu dia teman kita shopping pulak, kita masuk kedai jual tudung, ajak dia try menerai sekali tudung2 yang sweet2 tu. Lama-lama boleh terbukak hati dia nak pakai tudung sebelum melangkah ke next step ---> tutup aurat dengan sempurna. 

Daripada kita sibuk2 cari formula membanyakkan dosa buat post2 merepek kat FB tu, menggalakkan org riak, menimbulkan lara di hati orang lain, lebih baik kita cari formula untuk gandakan pahala kita dalam kehidupan seharian kita.

Beb, soal dosa pahala kita serahkan kepada yang berhak sudahlah. Tak semua pahala kita naik sampai atas sana. Nanti kena edit, kena tapis, silap-silap apa yang tinggal hanyalah kosong aje.

OK meh saya share satu entry ni...

Baru terjumpa tadi.

Semoga kita dapat manfaat daripadanya. Salam 6 Ramadan.

Cucu

$
0
0
Assalamualaikum uolsss...

Lepas sahur pagi tadi, habis solat subuh, saya terdengar suara 'anak kucing'. Terus saya bukak pintu belakang di mana kedua-dua ekor kucing saya iaitu Jericho dan Mona ditempatkan, tetapi seekor pun tak meluru masuk ke dalam seperti mana biasanya mereka berdua akan buat setiap kali pintu dibuka setiap pagi. Lalu pelan-pelan saya tolak pintu dan jengukkan kepala ke luar. Eh eh.... Mona dah beranaklah! 

Ada sekor aje anaknya. Tapi John kata mungkin tak habis keluar lagi tu.

Selang beberapa minit saya menjenguk lagi, saya nampak ada 2 ekor pulak. Owh betullah kata John, Mona tak habis beranak lagi masa mula2 saya menjenguk. Memang masa saya dengar bunyik anak kucing tu, Mona memang betul2 baru beranak. Baru semalam teringatkan proses beranakkan anak sulung saya yang kebetulan jatuh antara 6 ke 7 Ramadan 1422H. Sakit tak terperi selama 11.5 jam! 




Baru kelmarin saya pergi klinik sebab allergic. Saya syak saya kena allergic kucing seperti yg pernah saya kena kira-kira 13 tahun yang lepas masa saya bela 8 ekor kucing kat rumah. 

Ambik ubat yang sesuai, telan ajelah. Takkan nak dibuang kucing2 tu apalagi bila dah dapat cucu hehehe.

Nanti saya update lagi bila Mona dah habis pantang ok. 2 ekor anak dia masih basah lagi dan Mona tak mahu didekati sesuka hati. Ambik gambar pun curi2 aje tadi.

Baju Raya Polos

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah masuk 15 Ramadan, bolehlah cerita pasal raya pulak. Sebelum tu nak buat pembetuan sikit. Anak Mona bukan 2 ekor sebenarnya tetapi 3 ekor. Lepas habis tulis entry CUCU hari tu, anak saya berlari2 datang ke saya bgtau yang Mona ada 3 ekor anak, bukan 2. Dan sekarang, selepas seminggu bersalin, Mona tengah berusaha 'memindahkan' anak-anak dia dari kotak sekarang ke belakang tv kat ruang tamu. 2 kali berusaha tapi setiap kali dia pindahkan, anak2 saya pindahkan balik ke kotak kat belakang rumah. Memang jadi tabiat kucing untuk melindungi anak-anak dia daripada orang yang disangka nak curi anak-anaknya. Yg Jericho pulak sentiasa menanti peluang utk mengawan lagi. Tak menyempat2!

Jadi sekarang saya dan John tengah fikir solusi baru untuk Mona dan anak-anaknya. Mungkin dipindahkan ke tempat lain, dikurung dalam cage sampai Mona betul2 sihat. Nanti boleh bawak gi klinik untuk check up dan mandulkan bagi mengelak cancer (breast dan rahim).

-----------------------------

OK. Sekarang kita citer raya. 

Sebelum puasa dah tempah dan beli banyak baju dah. Ada la dalam 9 pasang. Bukan semata raya aje, sebenarnya menambah koleksi pakaian sesuai kalau ada jemputan ke majlis apa2 aje. Selama ni saya sangat tak ambik berat pasal baju tradisional ni. Sebab pada saya, baju tu dipakai cuma sekali sekala, tak perlu nak berkoleksi bagai. Bila ada jemputan ke majlis (kahwin, kenduri dan sebagainya), mulalah terasa sangat yg saya takde baju yang semenggah.

Dan sekarang, masih lagi menambah koleksi tapi dress labuh, jubah, dan blouse untuk saya pakai dengan skirt labuh yang banyak dalam laci.


tahun lepas punye koleksi. Jadi tahun ni turun harga 50%. Jimat. #sale #Cun. #Kurus dan #langsing.



tahun ni ada brand baru -  Zalia. Saya suka semua koleksinya. Dress ni saya beli hijau dan putih.

Tahun ni memang online semata. Baju anak2 pompuan pun plannya online ajelah. Sebabnya hari tu saya gi cuci mata kat Subang Parade. Biasalah musim nak raya banyak la orang jual baju kat sana. Bila tanya harga (yg berkenan di hati) semuanya paling koman RM200+. Saya beli shawl selai pun harga dan RM59. Mintak diskaun dapat la RM57. Melampau betul! Itu pasal la saya survey online aje. Dengan pengalaman 'kad tak charge berbulan' lepas beli dengan Zalora tahun lepas, saya tak lagi bayar pakai kad, tetapi COD atau paypal saja. Penghantaran sangat pantas. Sama ada oleh GDEX atau staff Zalora datang hantar sendiri.

Saya juga ada beli 2 helai blouse polos dari Topgirl. Tapi Poslaju salah hantar ke rumah orang lain. Nasib baiklah orang tu (jiran selang 3 jalan) call saya sebab kat consignment note ada nombor fon saya. Maid dia yg terima parcel tu main sign aje tak check nama dan alamat penerima yang sebenar. Mr Poslaju pun tak mengesahkan nama penerima parcel. Haishhh... puasa la kononnya. Dah saya kena gi ambik kat rumah orang.

kain dia panas sikit. Tapi tak jarang. Size M agak kebesaran tapi takpelah. Malas nak return.

--------------------------------------------

Kadang-kadang beli online lebih untung. Tapi kena pandai pilihlah. Kadang-kadang dapat yang elok, kadang-kadang seller bagaikan tak jujur, pilih baju murah2 dari wholesaler tapi tak check dulu material sama ada sesuai atau tidak dengan cuaca Malaysia ni. Tu belum cerita pasal material nipis dan jarang.

Apa-apa pun pilihan di tangan kita.

Rancangan Masa Depan

$
0
0
Assalamualaikum.

Lepas saya pegi Subang Parade hari tu, saya mula sakit hati. Besoknya saya ajak John pegi Kamdar, cari kain. 4 kain utk baju dan 4 kain chiffon. Kain chiffon untuk dibuat shawl. Modal kecik aje, ada sale pulak tu. Tapi puas hati sebab saya dapat 4 baju baru dan 4 shawl baru.




Blouse yang saya jahit ni simple aje designnya. Boleh nak lepaskan ke luar atau tuck in. Kalau hari2 menjahit, memang tip toplah jahitan saya kan. Bila upload kat FB ada aje yg bertanya hehehhe. Tapi maaflah not for sale. 

Kalau nak beli... tungguuuuuu...... lepas raya nanti koleksi blouse saya akan berada di pasaran insyaAllah. Koleksi saya nanti adalah mengikut citarasa peribadi saya. Bukan untuk dapat untung semata-mata sampai tak menitikberatkan apa wanita bertudung macam saya ni nak dalam memilih busana. Harga pun insyaAllah harga mampu milik. 

Dah bosan beli baju online tp tak menepati kehendak, idea ini datang bila saya berurusniaga dengan SweetGorgeous Scarf. Menurut pemilik SGS yg dah lama kami jadi follower masing2 (dan pembeli DX juga), idea berbisnes shawl datang tanpa dirancang. Bermula dengan jahit2 untuk diri sendiri terus datang idea untuk memulakan bisnes. Seloroh SGS supaya saya berniaga blouse buat saya terfikir ada benarnya kata SGS kan. Bukan nak untung semata tapi nak menambah meriahkan lagi dunia bisnes online ni. Memberi pilihan kepada rakan diluar sana untuk mendapatkan blouse yang memenuhi piawaian wanita macam saya hehehe.




Berminat nak beli shawl SGS?

KLIK SINI

Burgers

$
0
0
Assalamualaikum.

Burgerrrrr oh burger!!!!

Siapa tak suka makan burger angkat tangan?

Hampir semua orang pernah menyukai burger (kalau skrg dah tak suka sekalipun) termasuk saya sendiri. Tapi semenjak Jamie Oliver menyaman syarikat besar fast food yang sebenarnya menjual junk food instead of fast food tu, saya dah jadi geli sikit nak telan burger2 ni. 

Kegelian saya naik darjah lebih tinggi bila baru-baru ni saya beli burger ayam brand yg agak terkenal kat Malaysia ni. Masa sejuk beku cantik aje rupa dia, sama la macam burger2 sebelum ni tapi bila saya masak, dia bertukar rupa dah macam daging busuk kena goreng. Tengok tarikh luput, ada setahun lagi sebelum expired. Tanpa fikir panjang sedepa, saya tuang semuanya masuk tong sampah. 

Patutnya ada gambar yg saya ambik, konon2 nak komplen kat Aeon Big tapi malas nak gi report, saya biarkan aje. Gambarnya pun baru semalam saya delete dari phone. Semak phone dah penuh.

Saya ada terbaca tentang satu brand burger keluaran bumiputera yg dibuat menggunakan daging kualiti premium. Saya pernah beli brand tu sebab dia ada keluarkan daging burger kambing. Memang sedap gila burger kambing tu. Rasa kambing kaw!!!!! Cuma daging lembu dan ayam saya tak pernah beli sebab pada saya (masa tu) rugi beli burger mahal tu kalau kat pasaran ada burger yg lebih murah hehehe.

Bila dah terkena termasak daging busuk, dan lepas tengok video Jamie Oliver, baru timbul la rasa kesedaran tentang sampahnya burger2 yg kita beli selama ni. Lalu saya mula bertukar selera...

Saya dah tak beli burger brand2 biasa ni. Saya beli Darabif.

Keluaran bumiputra.




Burger ni dibuat menggunakan daging elok punye. Buktinya bila dimasak, ia tak mengeluarkan minyak.  Perasan tak kalau kita masak burger, mesti ada extra minyak keluar daripada burger tu sendiri. Bila sejuk, ia beku macam butter. Itu kolestrol perggghhhhh!!!! Daging burger yg tu diorang buat guna daging bahagian paling tak elok, dengan kolestrolnya, dengan lemaknya... bila dah hancur jadi daging burger, mana orang nak nampak ye tak?

Tak macam Darabif ni, bila masak memang takde pulak keluar minyak lebih tu. Walau mahal sikit, dagingnya tebal dan dijamin sedap!

Bulan puasa ni dah 2 kali masak burger Darabif untuk sahur. Cuma nak cari selain ayam agak susah sikit. Kalau dapat kambing foohhhhhhh memang terbaiklah. Lepas ni uols bolehlah try Darabif ni. Kalau kat Aeon Big diorg tak letak kat tempat burger tapi diorg letak kat bahagian makanan sejuk beku lain. Naper tah. Sabotaj ke?


Baju Raya Online VS Tempah

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah 18 Syawal dah....

Nak ucap selamat hari raya macam terlambat tapi takpelah, masih dalam bulan raya.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA.

Kemain bizi sampai apapun tak sempat. Waktu sekolah kena layan hal anak. Waktu wiken ada tetamu nak berkunjung. Setakat ini memang memasak aje kerja saya setiap hujung minggu. Mula2 nasi arab, pastu laksa, nanti beriyani, pastu cadangnya kalau ada tetamu lagi nak masak mi kari pulak. Selagi raya tak habis2 inilah kerjanya. Dan sebelum anak belum betul2 besar, memang terkangkang2 tergolek2 la saya melayan dapur tu sorang-sorang.

Berbalik kepada topik hari ini, Baju Raya Online atau Baju Raya Tempah????????

Dua-dua saya ada. Yg tempah memang ada sekian. Yg online pun sekian jugak. Maklumlah raya sebulan hahahaha. Tapi sebenarnya ia lebih kepada koleksi. Standby kalau2 ada jemputan kahwin atau open house kat hotel2, kena la pakai yg sesuai majlis. Kalau ikut kepala saya dulu, baju kurung pesak biasa tu yg saya sarungkan. Selesa. Lama-lama pandai pulak rasa segan sebab pakai baju tak sesuai tempat dan keadaan.

Tapi mana lebih selamat. Beli siap ONLINE atau tempah? Atau yg beli kat kedai?

Tahun-tahun lepas masa Zalora mula jual baju Jovian, kawan saya ada update status FB, katanya kalau nak pakai baju Jovian kena tunggu habis raya. Kalau tidak nanti silap2 ada 3 4 orang pakai baju sama, kaler je lain, di majlis yg sama. Baju harga RM300 -RM400, tapi nak pakai jadi serba salah, risau ada orang pakai yg sama.

Leceh jugak ye. Sama jugak dengan Rizalman, bila pergi majlis kahwin sepupu baru2 ni, pandang kanan baju Rizalman, pandang kiri baju Jovian, pandang depan baju Hatta Dolmat. Aduiyaiiiiii bahaya la sungguh. Kena pulak yg sama design dan kaler, dah boria. Padahal baju bukan murah hokey.... designer tau!! Walaupun pada designer2 ni setakat RM300-400 tu cuma harga celah gigi. Kalau nak exclusive kena la bayar ribu2 kan?

Saya pun ada jugak sebenarnya 'terbeli' selai dua. Dan beberapa daripada Zalora tapi bukan designer punye. Bila nak pergi majlis yg orang ramai, saya tak jadi la nak pakai baju designer 'online' ni. Nasib la baju tempah yg kain beli kat Bandung dan Medan serta yg ditempah kat Kimiga Fashion tu ada banyak. Pakai aje salah satu, insyaAllah takde yg boria. Sama jugak dengan baju yg beli kat kedai, nampak gayanya memang selamat dipakai di majlis orang ramai.

raya pertama - baju beli Zalora tp bukan designer terkenal. Yg tak terkenal. Kategori selamat. Anak saya punye baju - baru2 ni di majlis kawin nampak seorang remaja pakai yg sama. Phewwww....

Jadi sekarang ni, dah tau dah. Kalau nak beli baju designer yg online, kena pilih yang bukan 'sekali pandang dah tau siapa designernya'. Sama macam handbag la kan. Sekilas ikan di air ku tahu jenama begnya. Biarlah yg tak berapa dikenali, plain, kurang corak, pastu digayakan dengan tudung yg membezakan gaya kita dengan orang lain. Tahun depan nak rajin2kan diri jahit sendiri baju anak2 pulak. kalau rajinlah. 

Apa? Bisnes baju? Ha ah jadi insyaAllah jadi. Lepas raya ni baru semuanya bakal dilaksanakan. Musim raya tengah penuh sangat dengan aktiviti. Nasiblah kita bukan jenis beraya 1 hari 7 rumah huhuhuuuuuuu.... 2 rumah pun dah kira hebat sangat dah. 

Dan baru2 ni saya jenguk2 IG, memang ramai yang meniaga baju. Saya tak kisah sangat walau semua orang nak meniaga. Sebab mereka jual barang tak sama. Kita pun byk pilihan. Jadi, antara ramai2 tu saya terberkenan kat dress/jubah chiffon plain yg saya tengok. Yg bermanik2 bertampal2 tu saya tak minat sangat. Saya try beli satu. Harga RM65 aje. Murah gila. Bila sampai, kemain berkenan rasanya. Bila terai, kemain manis rupanya. Bila pakai pulak, kemain konfiden takde yg pakai sama macam saya. Memang betul pun. Lalu ku order satu lagi hihihihihi. Biar murah janji meyakinkan. Jangan mahal tapi tak confident. 






OK lah uols. 

Apa-apapun ianya pilihan masing-masing. Kalau ada duit, nak beli mahal atau murah terpulang kat diri sendiri. Skrg ni saja nak banyak2 belajar pakai dress/jubah. Saja menjinakkan diri dengan kain2 labuh. Maklumlah kita terlalu terbiasa dengan jeans. Bila pakai kain mula la rasa mcm nak tersadung. Lagipun bila pakai dress/jubah ni terasa muslimah lebih sikit. Yg memandang pun tak sakit mata. Ha Ha.

Gajet! Samsung Galaxy Tab S

$
0
0
Assalamualaikum.

Lama tak cerita gajet. Sebab lama tak beli gajet. John beli Note 3 pun kita buat rilek aje macam takde perasaan. Saya masih setia dengan Note 2 yang tak pernah jatuh, tak pernah problem, tak pernah ada masalah besar2 walaupun ada seketika saya guna Note 2 tanpa casing dan screen protector! Bogel yang dibenarkan.

Psst: sampai sekarang saya memang tak guna protector. Ganggu pandangan terhadap keindahan warna Super AMOLED Screen.

Tapi sekarang Samsung ada perkenalkan satu tablet generasi 2014 dengan ciri-ciri yang sangat meyakinkan saya untuk memilikinya haha.

8 Inci
10 inci


Hari tu saya macam minat kat Note 8. Tapi bila dibanding ciri-ciri, Note 8 agak ketinggalan dengan Tab S ni. Kelebihan Note 8 ialah ia ada S Pen. 

Tab S ni laju. RAM dia 3GB. Guna OS/Upgrade Android 4.4 (KIT KAT). Camera dia pun boleh tahan. 8MP camera belakang dan 2MP camera selfie. Kaler screen memang mengancam la macam Note 3 jugak sebab guna Super AMOLED. Memory dalaman ada 16GB dan juga 32GB tapi setakat ni saya tak nampak lagi yang 32GB punya. Tapi tak kisahlah kalau 16GB pun sebab Micro SD dibenarkan sehingga 128GB storage okeeeeyyyyyy.....  satu SD card 128GB harga dalam RM200. OK apa, tambah RM200 utk upgrade storage pegi 128GB?

Ada model WIFI saja, atau WIFI dan LTE (4G) cuma yang WIFI punya pun macam tak nampak lagi. Tak tau pulak kalau kat kedai Samsung ada. Saya jenguk kat IPMART.

Ciri-ciri lain macam biasalah.... micro sim, USB port, infrared (kalau tak salah). Ringan sangat kurang 300g utk yg 8 inci dan 467g utk yg 10 inci. Nipis dengan kemasan emas ros macam Note 3. Belakang dia matte berbintik-bintik (bukan 3 bintik) utk kesan kesat bila pegang tak licin dan tak melorot ke lantai.

Pastu kan, Tab S ni guna finger print scanner (scan cap jari) untuk lock/unlock screen, ganti ID/password atau untuk sorok brg2 private dalam Tab S tu. Bak kata anak saya, malam2 ambik jari mami unlock tab.

Apa lagi?


Boleh jadikan remote utk godek PC (komputer) kita yg tertinggal kat ofis/rumah.


Boleh multitasking (multi window), sambil buat kerja sambil chat dengan isteri.

Pendek kata, takde komplen banyaklah. Harga yg 8 inci dalam RM1700, beli IPMART dapat RM1500+, kalau yg 10 inci harga dalam RM1800 dah dekat2 dengan Note 10 kalau beli kat IPMART. Tab S ni boleh sync dengan smartphone samsung Galaxy S5. Jadi, cita2 jangka kurang panjang dan kurang pendek saya lepas ni ialah nak beli S5. Tunggu John kaya.

OK jom layan video ni. Gerenti uols cair...





Kelassss kan?

unboxing. Guna camera tab S yg boleh ambik gambar depan belakang serentak. Gambar blur sebab dah filter dan edit membabi buta.






Rawatan Alternatif Resdung

$
0
0
Assalamualaikum.

Cerita hari ini.

Sebelum ni saya pernah bawak anak saya yang lelaki kecik tu ke klinik sebab bronchitis. Doktor juga suruh dia sedut gas (nebulizer) utk clearkan paru-paru. Ada tanda-tanda athma kecik kata doktor. 

Bila ubat dah habis, anak saya masih sok sek sok sek pastu tabiat dia yg suka korek hidung sampai berdarah makin menjadi-jadi. Pastu dari pagi sampai malam, dia akan cuba clearkan hidung yang tersumbat sebelah sampai saya naik rimas. Yg peliknya, hidung dia tersumbat sepanjang hari. Dan hidung berdarah tu sebab dia korek hidung dia untuk 'clear'kan yg tersumbat tu rupanya. Kesiaaannnnnn...

Jadi saya mula-mula plan la nak bawak dia ke hospital. Ke ENT utk check menyeluruh. Apa masalahnya, kita mana nak tau, kan? Tapi masa saya beli barang kat Aeon sini, saya ditegur seorang lelaki cina memperkenalkan rawatan alternatif untuk resdung. 



Saya ambik kertas ni tapi saya simpan aje dalam beg.

Kali ke dua saya ke sana, saya ditegur lagi oleh lelaki cina tersebut. Kali ni saya tanya, rawatan apa? Bila dia kata resdung, balik rumah saya cerita kat John. John berminat nak try pastu entah mcm mana saya terfikir nak bawak anak saya yg suka korek hidung tu. Saya mintak izin John bawak dia check kalau2 memang dia pun sama ada masalah resdung.




Master Hafiz yg rupanya seorang mualaf memang pandai layan budak-budak dan pandai explain pada mak budak. Nak cek anak saya ni, dia mulakan dengan meletakkan putik kapas yg diletak sedikit ubat bersihkan telinga yg dimasukkan ke dalam kedua dua belah telinga, pastu sedikit serbuk herba kat hujung jari anak saya pastu dia suruh anak saya sumbat ke dalam hidung. Tak lama lepas tu anak saya berkerut katanya sakit. 

Hmm,... mungkin memang ada masalah agaknya anak saya ni. Lalu kemudian master Hafiz titik satu ubat merah bau strawberi ke jari anak saya dan masuk dalam hidung sambil sedut. Tak sampai 3 saat, anak saya bersin tak berhenti. Keluarlah lendir sikit dengan darah. Master Hafiz kata darah tu mungkin kesan luka sebab selalu korek bijih. Tindakbalas yg sangat cepat tu berkemungkinan adalah disebabkan resdung. Lagipun resdung ni macam penyakit keturunan jugak. Dia dapat drpd ayahnya - John Travolta tu sayang.

Master Hafiz tanya anak saya sama ada dia sanggup buat rawatan resdung keluarkan lendir2 .. tapi kena masukkan ubat dalam hidung la. Anak saya takmo. Dia kata sakit. Lalu untuk alternatif kepada rawatan tersebut, Master Hafiz cadangkan saya beli ubat herba untuk dimakan. Ada 3 jenis herba. 

1. yg serbuk yg dia sumbat hidung tu, tapi kena telan campur air atau madu RM60
2. antibiotik diambil selama 10 hari dalam tempoh rawatan (herba jugak sebenarnya) RM30
3. ubat titis strawberi (dibuat dengan minyak zaitun) RM25 - diskaun RM10 = RM15

Total ubat RM105. Lepas sebulan Master Hafiz akan call balik untuk dapatkan feedback (puas ku fikir terjemahan feedback.. malas nak google).

Malam ni bermula la rawatan. Tapi tadi anak saya cakap rasa lapang hidung dia. Memang takde dah saya dengar dia sok sek sok sek nak clearkan hidung dia yang tersumbat tu.

Owh lupa..... saya ada tanya, kalau rawatan kuarkan lendir tu RM80 untuk seorang. Harga mungkin mahal sikit daripada yang kawan saya cerita kat mana tah RM50 je tapi takpelah, nak gi jauh2 semata2 nak jimat RM30 sangat tak praktikal. Kang lapar nak beli makan, haus nak beli minum. Lagi tinggi kosnya. 

Selain daripada resdung, mereka juga tawarkan perkhidmatan bekam. Kalau uols yg dekat2 sini tu nak cuba rawatan yg disediakan, boleh la cuba ye. Bukak 10am.

Pesanan:

- jangan bersin tak lepas, nanti ganggu saluran ENT
- jangan gosok hidung pastu gosok mata. Nanti kuman hinggap mata
- jangan makan seafood dan minum ais selama rawatan (10 hari pertama)
- utk rawatan resdung dewasa, no kambing/ayam/seafood/ice/telur utk 3 - 5 hari
- jangan pegi ambik ubat selsema kat klinik sebab awal rawatan memang akan kuar lendir yg banyak. Biar keluar semua, sementara ubat klinik hanya akan menghentikan selsema dan mengganggu rawatan

Sekian. Sharing is caring.


Beli Vacuum Cleaner Baru?

$
0
0
Assalamualaikum.

Apa khabar? Lama tak bersiaran :)

Hari ni sambil2 vacuum rumah, saya ambik kesempatan update blog. Lagipun abg John takde, gi main golf, tidak le saya terkejar-kejar nak menyiapkan segala. Boleh santai2 mengemas walaupun abg John suruh tido balik sebenarnya. Dia tau isteri dia dah lembik dari pagi sampai tengah malam berjaga agaknya. Tapi saya malas pulak nak tido. Baik kasi keluar peluh.


sambil mengemas sambil blogging, ni la rupa dia.

Pastu sambil dengar lagu dari YouTube. Kat Youtube account, saya ada playlist saya sendiri. Nama playlist : Evergreen Favourites. Lagu2 evergreen saja.... hari-hari dengar tak muak. Sekarang punye lagu omputih saya tak berapa nak paham. Sel-sel otak tak dapat nak berhubung bila mendengarnya. 




OK tujuan sebenar post hari ini adalah, tentang vacuum cleaner baru yg menggantikan lama punye brand Panasonic Electrolux yg kaler hijau dulu tu. Saya cari2 post lama tapi tak terjumpa sebab banyak sangat post dulu2. Saya beli vacuum baru yg tak berapa baru ni sebab yg lama tu ada part yg dah hilang. Macam biasa, abg John yg kasi hilang. Hehehe. Seperti sebelumnya juga, abg John yg kasi pecah canister kat vacuum sampai saya kena beli vacuum Panasonic Electrolux tu. Skrg kena beli vacuum baru lagi sebab abg John yg hilangkan part hhaha. Terima kasih abg John sebab bagi saya peluang beli brg baru. I love U. U complete me. U suka pecah barang, I suka beli barang. Nikmatnya hidup bersuami hihi.

Vacuum baru ni, brand kpop, Samsung. Power gila, banding dengan yg lama tu. Karpet saya jadi gebu gebus lepas vacuum. Dengan power 2000W, ia boleh mengalih bangku piano anak saya. Memang melekat! 





Sampai last2 kena tolak dengan kaki.

OK vacuum ni juga bagless, tiada bag habuk digunakan. Saya tak suka yg guna bag tu sebab ia mengumpul habuk dan bakteria dan bugs dan hama dan sebagainya dalam bag tu sehinggalah ia dibuang. Bila guna vacuum balik nanti mesti ada bau yg tidak menyenangkan kan?

Kalau tengok video di atas, vacuum ni guna bekas plastik (canister) yg kegunaannya adalah untuk menyimpan segala habuk yg disedut. Dah habis vacuum satu rumah, cabut canister keluar dan buanglah semua habuk tu. Biasanya saya suka canister tu dibasuh terus dengan sabun dan air bagi mengekalkan kebersihan vacuum.

Vacuum lama brand lama dulu tu pun sama fungsinya cuma bila nak basuh pakai air tak boleh buat hari2 sebab nanti darah naik. Air yg masuk dalam canister nanti akan terperangkap bersama habuk dan tak boleh keluar. Cara nak kasi clear semua tu ialah bukak semua guna screw driver. Itu yg leceh tu. Itu yg sampai ada parts hilang tu. Itu yg sebulan sekali baru bukak basuh tu.

Tapi Samsung vacuum ni tak. Setiap bahagian yg dimasuki habuk boleh terus dibasuh guna air. Tak payah nak bukak guna screw driver. Memang senang cuci. Hari2 boleh cuci. Lepas cuci lap kering2 dan sumbat balik kat tempatnya.

keluarkan canister untuk dibersihkan

Inilah habuk lantai, karpet dan bulu2 yg sempat saya tangkap masuk canister untuk hari ini. Kita tinggal di bumi yang banyak pencemaran.

Ini ke yang nak kita simpan dalam vacuum bag?


lepas pakai boleh basuh
Harga? Lebih kurang aje dengan yg lama. Kalau saya tak salah dalam RM400+. Tak perlu berbelanja sampai beribu ribu ribu untuk beli brand yang konon boleh itu dan boleh ini macam brand L*X yg bayar bulan2 tu. Bayar sebulan RM150, sebenarnya bayaran pertama dah cover kos diorang. Selebihnya adalah hasil untung penipuan mereka. Kat entry lama ada citer pasal ni kan. Saya bangkitkan semula sebab MIL baru aje beli vacuum baru chap L*X bayar bulan2 tu. Mula2 disorok supaya anak2 tak nampak. Masa nak raya baru dikeluarkan. Pecahlah lobang. Yg pelik tu, salesperson tu macam takde org lain dia nak tipu. Hari tu kan dah kena 'basuh' dengan John dan biras saya? Tak reti serik betul. Kesian mertua saya. Ni mesti kes malas cakap banyak, beli je la.

OK penutup entry ini ialah, rumah saya kini dust free dan saya berjaya hasilkan satu blog entry hari ini. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.




Kuch Kuch Kucing Hey

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ini cucu-cucu kucing saya berumur 7 minggu 4 hari. Sikit lagi nak masuk 2 bulan. Seperti yg dijanjikan, ini dia gambar2 buat tatapan semua....


bukan senang nak ambik gambar diorang beratur mcm ni. Dari kiri: Bobo, Mojo dan Jekki  


Bobo ni feberet semua. Paling besar, aktif tapi friendly.

Jekki si belangtarung. Tak berapa suka kat orang. Mungkin ada trauma sebelum ni sebab dia ada parut luka di kepala dia. Tu pasal kurang friendly

Mojo. Sebelum ni nampak macam mama dia tapi bila dah besar sikit baru nampak corak pusar yg cantik kat badan dia. Agak garang. Bila main dengan dia, suka geget orang!

Hai Bobo. Paling banyak jadi model.

Saya agak bernasib baik sebab kucing2 saya agak senang nak dijaga. Sangat mudah sesuaikan diri dengan persekitaran, tak banyak ragam, tak perlu nak groom lebih2. Macam bela kucing kampung aje. Sebelum ni saya pernah bela kucing kampung dengan kucing siam yg agak ramai... memang tak banyak ragam. Sekali dua je bawak pegi klinik. 

Puas jugak saya meneka2 baka apa yg saya beli ni. Petshop kasi surat beranak, dia tulis Mixed Persian. Tapi kalau tengok pada rupa dan sikap, saya agak mixed maine coon. Kucing kampung campur Maine Coon kot. Tapi tak kisahlah. Kalau orang tanya, saya kata pan asian hehehhe.

Kucing2 saya ni makan makanan yang baik. Sesuai dari kitten sampai yg dewasa.


tiada pewarna

nutram
 Sebelum ni kucing2 saya makan brand lain. Royal Canin tapi tah kenapa tah, tiba masa, diorang dah tak mo makan. Sampai saya terpaksa tukar2 makanan cari yg laing diorg suka. Dan yg diorg tak suka, saya kasi kucing luar makan. Dari kitten sampai dah besar kucing luar tu dapat makanan berkhasiat, sebab kucing dalam rumah ni cerewet memilih makanan. Tapi bila jumpa je brand Nutram ni barulah saya senang sikit. Kucing luar masih dapat makanan, tapi bukan Royal Caninlah.

Satu perkara penting yg perlu dititikberatkan oleh pencinta kucing, janganlah kasi makanan yg ada pewarna. Tak bagus. Air minum yg bersih perlu ada setiap masa. Kucing juga boleh kena penyakit batu karang. Kencing berdarah boleh bawak maut. Jadi, adalah lebih baik kasi minum air RO / air tulen / air suling / H2O ok. Air paip atau air tapis yg tak tapis habis ni sama bahaya untuk buah pinggang mereka dan kita manusia jugak.

Dan pada usia diorg dah mula boleh makan makanan pejal, saya dah mula ajar cucu2 saya membuang kat pasir. Cara dia lebih kurang macam ajar anak pegi toilet hahaha. Bawak diorg ke pasir setiap sejam. Kalau ada, ada la. Kalau xde, xde la. Ikut nasib. Tapi kalau sesekali terlepas kat lantai tu, jgn la marah. Sabar ajelah. Dah nama pun budak kecik hihihihi. Kalau anak sendiri saya boleh ajar buang pampers seawal usia 1 tahun 10 bulan  -  2 tahun, inikan pulak anak kucing.... sapsapsoi lah. Anak2 saya buang pampers sepenuhnya (siang malam) seawal usia 2 tahun. Paling lambat usia 3 tahun (buang malam). Saya ngeri sikit kalau budak2 umur 4 - 5 tahun masih pakai pampers walaupun waktu malam saja haha. Ingat lagi dulu saya bangun jam 2 pagi, 4 pagi untuk kejut anak saya yg umur 2 tahun ke toilet. Sebulan aje renyahnya. Diorang ni lebih cepat belajar berbanding yang dah besar. Bila dah terbiasa, kalau terasa nak kencing, diorg sendiri akan bangun dan kejut mami dia utk ke toilet. Tapi utk jalan selamat, sebelum tidur pergi kencing dulu. Takdelah tidur kita terganggu.

Samalah halnye dengan anak kucing. Malam2 saya masukkan diorg dalam cage yg siap makanan, minuman dan toiletnya. Terpaksa pisahkan kejap mak dan anak sebab kalau dibiarkan open, nanti mak dan bapak kucing akan membuang kat pasir si anak ni. Dan si anak akan membuang merata2 kat belakang tu. Padahal utk mak bapak kucing ni, diorg ada toilet khas diorg sendiri yg lebih besar dan tertutup. Pagi2 baru kasi lepas dalam rumah.

Pendekkan cerita yg macam terlebih panjang ni, nak bela kucing kena bersedia mental dan fizikal. Kalau rasa2 nak pegang kucing pun geli-geli, membuang merata habis dimaki, baik fikir semula. Dan kalau bela kucing tapi tak boleh kasi kucing keluar sangkar, dikurung 24jam, baik fikirkan jugak lagi. Kesian diorang. 



Patung Dan Teguran

$
0
0
Assalamualaikum.

Sebenarnya saya ada banyak benda nak share. Cuma takde time nak menari2kan jari jemari ni kat mekbuku ni. Blogging pakai tab atau ipad sangat tak feel. Mekbuku jugak yg best.

Ada satu kisah.....

Pada tahun 2005 saya dinobatkan gelaran The Most Elegant utk pertandingan Mrs Corpsdereve Elken (skrg diorg panggil DX) yang mana, saya masuk pertandingan sebab upline suruh dan saya sendiri nak dapatkan voucher ribu2 utk produk Elken yg tak mampu saya beli masa tu. Selain voucher dan produk percuma, saya juga menerima trofi yg berbentuk perempuan dengan bentuk badan fewwwitttt kat atasnya. Lama saya simpan trofi tu. Memang sentiasa ada dalam simpanan (dalam almari tertutup).

Pada suatu hari.....

Saya terbaca satu tulisan di internet.

Katanya, malaikat rahmat tak masuk rumah yang ada patung dan anjing di dalamnya. Huraian yg saya baca pulak, katanya ia termasuk piala2 kemenangan. Boleh simpan piala tu tapi kena buang 'arca' yg berbentuk manusia/haiwan tersebut. 

OK. Saya tau saya tak simpan patung dalam rumah. Anak patung tu banyaklah tapi sebab ada kanak2 belum baligh yg masih main dgn patung tu, ia takpe. Tak dosa.

Masa saya tinggal kat Jakarta sekejap dulu, saya pernah beli satu ukiran patung kuda yg dibuat guna kayu. Diorg jual murah2 sampai tak sanggup saya nak lepaskan. Harga dalam Rp20,000.00 je masa tu. Saya bawak balik ke Msia, saya buat hiasan atas meja bulat kecik di sudut rumah.

Gambar hiasan pinjam dari www.patungkayumurah.com


Selang beberapa hari, angin bertiup, langsir melambai, langgar patung lalu jatuh dan pecah berderai patung tu. Patung tu boleh pecah sebab baru la saya tahu yg patung tu rompong di dalam.

Bila dah pecah depan mata, John perli, "Kan dah kena tegur". Ye... ia memang satu teguran. Walau masa tu saya masih belum jelas tentang hukum patung dalam rumah ni, John ada bgtau yg kalau arwah bapa mertua saya nampak, mesti dia marah. 

Berbalik kepada cerita yg saya baca...

Kebetulan artikel yg saya baca tu, beberapa hari sebelumnya saya keluarkan trofi kemenangan tahun 2005 tu dan hias atas piano. Jauh dari pintu, jauh dari tingkap dan jauh dari langsir. Saya hias sebab di sebelah2nya ada piala setiap pangkat dalam Elken yg saya dapat dari Manager sampailah ke Crown Director. Konon2 bermula dengan jadi ratu sampai la skrg dah naik pangkat.

Bila dah hias, terbaca artikel pasal patung tu. Tapi saya buat hukum sendiri, "bentuk trofi tu mcm bayang pompuan je, tak lengkap.. agaknya oklah simpan,". Sebenarnya sayang, tak sampai hati nak buang. Benda dah simpan masuk 10 tahun dah.

TIba-tiba....

Vrroom vroommm... kecepak kecepung... praaaanggggggg......

Anak saya yg tengah main2 tu terbaling apa tah atas piano. Terlanggar trofi lalu jatuh dan patah la bentuk pompuan kat atas trofi.

Saya sedar ia juga satu teguran. Tak perlukan angin utk bertiup, tak perlukan langsir utk melanggar. Anak sendiri jadi penyebab. Nak mengamuk tak guna sebab saya yakin ia teguran Allah utk saya. Padan muka. Saya ambil trofi yg patah, kutip badan pompuan tu, terus masuk tong sampah.


INI JE YANG TINGGAL

Saya bersyukur bila saya dapat teguran sebegini sekuat derusan ombak cewah. Tak semua orang dapat nikmat sebegini rupa. Semenjak itu, saya yakin setiap yg kita lalui, susah ke senang ke,.. ada sebab, ada musabab, ada teguran, ada kebaikan di sebaliknya. Orang kata, ada hikmah di setiap kejadian.

Sama jugak bila kita terima satu berita, kononnya si polan sedang ditimpa musibah. Perlu bantuan. Kenapa berita itu sampai ke telinga kita? Sebab Allah yang ingin ia disampaikan kepada kita. Bila dah sampai ke telinga kita ia telah menjadi tanggungjawab kita. 

Bantulah jika mampu. Tak dapat 100%, bantu 50%. Tak dapat 50%, bantu 10%. tak dapat 10%, bantu 1%. Kalau 1% pun tak mampu, tanyalah khabar. Tak dapat tanya khabar, doakanlah. Kalau apa pun kita takmo bantu, dengan alasan - hak masing-masing nak bantu atak tak, bersedialah dengan teguran daripadaNya. Teguran yg datang dalam pelbagai bentuk. Bumi ini boolat. Pusing pusing putar putar.

Sekian tazkirah hari ini. nak sambung vacuum karpet.




Testing

$
0
0
Testing 1 2 3




Testing tulis blog pakai tab. Guna Chrome je xpakai app.

Sekian.

Breakfast

$
0
0

Assalamualaikum.

 

Breakfast apa hari?

 

 

Saya teringin nak makan nasi lemak tapi malas nak drive gi beli. Lalu saya masak sendiri. Anak sulung tolong masak nasi, dan tolong mana yg patut.

 

Nikmat betul....

 

*itu pun nak cerita*

Gambar Penutup Raya

$
0
0

Ni anak bongsu kepada sepupu lelaki saya.

Ni anak tunggal kepada sepupu pompuan saya. Kalah anak Erra Fazira kan?

Ni anak kepada sepupu lelaki yg tadi jugak. Anak sulung.

Ni ermmm... Boifren saya yg tercayunk. :P

Dari kiri: maklong Rubi yg lama gila tak jumpa. Sebelahnya ayah sepupu saya, yg masa saya kecik dulu saya sangat manja dengan dia.

Ni boifren2 kecik saya.

Ni buah hati saya.

Ni pulak, anak maklong Rubi. Dua pupu saya. Lama tak jumpa. Lama gila.

Saya, sepupu saya, dan sepupu ipar.

Ni pengarang jantung.

Hensem di mataku, hensem juga di hatiku. Kat mata org lain tak hensem, acik tak kesah.

Macam best je gambar ni... Perasan model.

 

Sekian, raya dah habis. Bermakna hari jadi saya (hijrah) bakal menjelang. Umur saya menginjak ke 40 tahun beberapa hari je lagi.

 

40 tahun.

 

40.

 

1395H ~ 1435H.

 

40.

 

 

Model Terjun

$
0
0
Assalamualaikum.

Saya order 3 barang.

1. Tudung
2. Chiffon Blouse
3. Contact Lense

Semuanya daripada seller yang berbeza.

Semua barang dah sampai, dan saya diminta menggayakannya di depan kamera pastu tag seller. Kecoh jugak nak selfie. Setakat tudung dan contact lense, ok lah boleh guna fon aje. Buat muncung itik sikit, jadilah. Tapi bila bab blouse, ambik gambar depan cermin pun belum tentu elok lagi.

Jadi saya guna tripod.

Tapi biasalah. Asyik kena kacau dengan budak-budak ni.




Tengah kecoh2 tu, sekali abg John balik dr outstation daaaa..... kantoi!

Katanya balik lewat petang. Tapi sebab rindu 200% kat ai punya pasal, dia usahakan balik awal hua hua hua.

Tapi sebab abg John sporting, dia ok aje. Layannnn.....

Maka inilah hasil model iklan.


tali pinggang milik peribadi. Baju ini disertakan belt berwarna cekelat

Blouse chiffon ni best pakai. RM55 postage RM6. Banyak kaler ada. Size paling kecik ialah M. Tak tau la kenapa diorang tak jual size S. Yg blouse ni ok lagi. Tapi kalau dress chiffon tu size M sebenarnya besar untuk saya. Saya kena alter sikit supaya ia betul2 terletak. Tapi dress tu saya beli drp seller lain, bukan seller ini.

Size:

kaki model ebih kurus dari kaki saya :(




 

Kalau suka blouse atas ni, boleh cari kawan saya yang jual. Klik SINI.

Pastu tudung yang saya pakai tu, pun baru sampai jugak tu. Harga tak dapat dipastikan. Sila tanya seller sendiri.



Tengok la muka model ni kemain manis.

Dan cara dia pin tudung dia sangat cantik. Silap saya la tak tengok gambar sebelum membelit hehe. Besok nak kena try lagi. 

Saya belit biasa2 aje. Tu pun puas juga melilit memusing.



Tapi walaupun saya salah belit, ni saya nak kasi review sikit pasal material shawl ni. Chiffon yg digunakan lain daripada yang biasa saya pakai. Chiffon dia berat dan best. Kalau berminat dengan shawl yg saya gayakan ni, boleh hubungi terus seller yang pemurah dan baik hati dan comel ni. 


Last sekali.

Contact lense kaler.

Last saya pakai lense kaler2 ni ialah 2 tahun lepas masa hari raya. Itupun selepas bertahun2 saya tak pakai lense sebab tiap kali saya melaram kaler2 mata, nanti mata saya akan kelabu asap untuk beberapa ketika. Bukan sehari, bukan seminggu tapi mencecah sebulan ok. Padahal, saya berjaya memikat hati abg John dengan mata baby aqua yang masa tu harga contact lense (1 tahun) berharga beratus-ratus. Kini, rasa macam nak semarakkan lagi cinta dan rindu, nak tenung abg John lama2 dengan mata kaler YSL Grey ni pulak. *sila ambik baldi dan muntah banyak sikit

Tapi sebab kawan saya bgtau yang lense ni selesa dan diameter dia besar, saya pun gatal2 la order. Lagipun dengar nama kaler dia dah buat hati tertawan. Prada Brown, Dior Grey, Gucci, YSL semua ada.

Tapi, ok tak colored lense AURAMAWAR LENSE ni???? Natural aje kan? Takdelah nampak macam Ziana Zain pakai lense masa dulu2. Seram nak pandang.

Saya bukan setakat suka kat lense dia, tapi suka semuanya. Dari kotaknya sampai ke botolnya. Dan sudah pasti isinya.



ada bekas penyimpanan

YSL Grey - tang mana YSLnye saya tak pasti



Harga RM55, postage RM5.

jatuh hati sudah? :P



Biar saya tekankan di sini, saya tak suka mekap shading, tak suka pakai blusher, tak suka pakai maskara. Oleh itu muka saya memang nampak tak sharp tak mancung dan tak tersorong heeeeee...

Sempena umo nak masuk 40 ni, kira hadiah utk diri sendirilah ye.

Berminat nak beli Aura Mawar Lense?

Boleh gi cari IG : waniekmal

SEKIAN.



Jemputan Pernikahan Di Masjid Besi

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam, 31 Ogos 2014. Malaysia dah merdeka 57 tahun. Merdeka!!!!!!!!!

Walau saya tak kibar bendera di pagar rumah, tak gi sambut merdeka kat dataran, tak layan pertunjukan bunga api kat Putrajaya (main sebut je pun), hati saya tetap sayangkan negara Malaysia. Tanah tumpahnya darah saya, bumi bertuah di mana saya membesar dan mengenali erti syukur. Walau Malaysia ni panas tak macam negara yg ada 4 musim, Malaysia tetap di hati ku. Ehem.

Semalam juga kawan saya yg sama2 belajar kat kolej dulu menikah di masjid besi, iaitu Masjid Tuanku Mizan di Putrajaya. Kali pertama ke masjid besi, saya suka! Terus terang saya katakan, sebagai seorang perempuan memang saya jarang2 dapat peluang menjejakkan kaki ke masjid. Jemaah pun banyak di rumah sahaja. Tarawikh pun melainkan masa kecik selalu jalan kaki ke masjid Kampung Baru, sekarang ni memang tarawikh di rumah sahaja. Kalau outstation/berjalan pun cuma ke surau2 R&R atau Petronas atau shopping mall. Hari yg anak2 ada kelas tambahan, surau di Aeon Big jadi tumpuan. Pendek kata, dapat jemputan kawan saya ke majlis nikah tu memang saya takmo lepaskan peluang. Apa lagi kalau saya satu2nya kawan dari kolej yg dijemput. Kena hadir!

Saya sampai terlambat setengah jam. Badan tak cukup rehat. Sebagai isteri kena la utamakan suami, utamakan keluarga. Suami ajak keluar malam sebelumnya, mesti la nak ikut kan. Walau dah tau besok pagi2 kena masak dan nak hadiri majlis nikah. Suami tetap yg utama. Lepas masak, kelam kabut bersiap. Nasib baik dah fikir nak pakai apa. Tudung apa. Capai aje laju2.

Untuk majlis nikah, saya elakkan berbaju putih. Nanti orang kata macam nak lawan pengantin. Biar pengantin aje berbaju putih. Hormati majlis bahagia org lain. Jgn sibuk2 nak steal the limelight. Jadi saya pilih biru. 

Dan kebetulan, saya capai beg tangan yg lama tak pakai, kalernya biru jugak. Itupun selepas saya tersedar yg beg yg saya dok pakai minggu ni tak sesuai dengan baju kebaya biru saya. Biru semua, takpelah jadi ELSA Frozen la saya. Cik Rai mesti suka! 


kasut merah


"Waaahhhh mami pakai biru Elsa......."

abg John pernah ke masjid besi dengan anak2 saya utk solat Jumaat tapi kali ni berkesempatan melihat keindahan masjid dengan lebih mendalam

Berbalik kepada majlis nikah sorry tak dapat nak publish gambar pengantin. Belum dapat izin sebab empunya badan kata akan mengumumkannya sendiri nanti. Walau bagaimanapun, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat hendaknya.

Dan satu lagi, makanan hidangan caterer masjid sangat sedap. Makan sikit aje sebab nak ke majlis lain pulak lepas tu.


Sekian.




Viewing all 514 articles
Browse latest View live




Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.