Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all 514 articles
Browse latest View live

CBN Merdeka Raya Gathering 2014

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam, lepas selesai majlis nikah di masjid besi, saya balik rumah bersiap untuk ke reunion sekolah menengah Convent Bukit Nanas kecil-kecilan di rumah kawan saya. Salin baju lain pulak ok. Tak pakai baju biru tu.

Tema (konon-konon ada tema) kali ni ialah 'Warna Warni Aidilfitri - colorblock'. Sebaiknya jubah, dress atau kaftan. Saya pun beriya mencari jubah apa atau dress apa nak dipakai. Memang tahun ni saya ada beli banyak jubah dan dress. Tapi bila nak pilih agak pening kepala.

Akhirnya saya pilih dress pink, yg saya beli dari Zalora bukan baru-baru ni. Agak lama dah beli tapi cuma pakai sekali. Baju saya yang pilih. Shawl pulak John tolong pilih. Pandai John pilih.

Untuk majlis reunion potluck tersebut, saya masak nasi tomato. Dan saya pakat dengan kawan yg lain untuk bawak lauk yg sesuai. Sedap beb.... sendiri masak sendiri puji! Dan hakikatnya semua orang cari nasi. Nasib baik la saya bawak nasi. Kalau bawak mee memang tak puas makan nampaknya.


macam berjanji. Saya punye Zalora, wife pelumba kereta negara ni pulak Bella Ammara

Bila ramai2 dah berkumpul, memang gelak lagi banyak dari makan. Tapi dalam gelak dan borak, makanan habis jugak esp nasi tomato saya hehehe. Sampai ada yg kuciwa sebab hanya 3 4 org je yg dapat bungkus bawak balik. Yg lain2 bungkus lauk ajelah.

CBN ialah sekolah perempuan. Jadi, yg baju merah itu adalah perempuan juga. Sweet kan? 


geng pakai dress #Zalora #Zawara #BellaAmmara

mula2 plan geng dress nak posing kat tangga. Sekali Bedah Becok tu kacau daun. Dia mmg pantang nampak kamera.

Majlis habis pukul 5pm. Masa nak balik pun sempat bergambar ramai2. Happening betul. Rugi sesapa yg tak join.


merdeka!

Sekali sekala wanita2 ini memang perlukan terapi macam ni. Barulah hidup kurang stress.

Owh.. suka dress saya? Rajin2lah cuci mata kat Zalora! Dan DAPATKAN DISKAUN 15% DENGAN MEMASUKKAN KOD DI BAWAH INI SEMASA CHECKOUT.


 ZBAPpAu


Sila klik gambar utk ke zalora.

www.zalora.com.my

www.zalora.com.my

www.zalora.com.my


Aeon Big Points Redemption

$
0
0
Assalamualaikum.

Sejak Aeon Big ambik alih Carrefour, Aeon Big (AB) ada memperkenalkan penggunaan member card bagi menarik pengunjung untuk terus bershopping di sana. Terus terang saya katakan, AB lebih baik pengurusannya berbanding Ca4 dulu. Tapi seleksi brand masih lagi kurang, lebih kurang sama dengan Ca4 sebelum ni. Tak banyak pilihan.

Saya juga sempat mendaftarkan diri sebagai ahli AB. Kad warna oren tu saya akan kasi pada cashier sebelum diorang scan harga barang. Sangat kerap saya bershopping kat AB tapi pernah saya terfikir apa agaknya fungsi kad member AB ni, asyik hulur kat cashier tapi takde apa-apa pun?




Sehinggalah pada semalam 1 September 2014, saya terpaksa keluar rumah, ke AB sebab kena beli sikit brg dapur termasuk yg palinggg penting iaitu makanan kucing dan pasir jamban mereka.

Masa nak bayar, macam biasa saya hulur kad member AB. Masa nak bayar, totalnya RM188.49. Tapi cashier kata, "Nak redeem point tak kak? Ada RM62.00". Bagai org mengantuk disorongkan bantal, saya yg bawak cuma sedikit cash masa tu memang menanti2 segala diskaun macam ni. 

"Nak redeem berapa?"
"Semua sekali kasi habis" kata saya hehehhehe.

Saya dah jimat RM62.00. Pastu dapat pulak kupon voucher merdeka.





Kupon merdeka laku sampai 16 September ni (Hari Malaysia).  Maximum boleh dapat 3 kupon aje utk setiap satu resit. Maknanya kalau nak voucher lebih, belanja la minimum RM150 (agaknya) saja untuk setiap satu resit. Kalau rasa nak shopping lebih2, buat bayar dua tiga kali he he he.

Besok, saper2 yg rasa brg dapur nak habis tu bolehlah singgah2 AB berdekatan untuk dapatkan voucher ni ok.

Dan duit penjimatan tadi saya dapat beli day cream kat Watsons.

Kasih Suami Sanggup Bertukar Nyawa

$
0
0
Assalamualaikum.

Sebak. Sebak betul semalam bila tengok MHI. Agak lambat on tv semalam, itupun selepas dapat whatsapp daripada kawan tentang ketibaan 9 jenazah mangsa nahas MH17 yang mana salah seorang daripada mereka adalah bapa saudara kawan kami yg merupakan ahli wasap group tersebut jugak. Beliau terbang ke Amsterdam bagi menguruskan hal berkaitan dan tiba bersama jenazah.

Bila on tv, apa yg tinggal utk saya tonton adalah temubual keluarga mangsa. Kawan saya bukan antara yang ditemubual. Yg ditemubual adalah keluarga mangsa yg telah tiba sebelumnya (kalau saya tak salah).

Antara yang tak dapat saya tahan airmata ni bila isteri kepada mangsa (yg ditemubual sambil mendukung bayinya) menceritakan tentang detik2 akhir sebelum nahas. Sang suami pernah bermimpi yang dia sedang memandikan jenazah isterinya, mengkafankan dan mengimamkan sembahyang jenazah isterinya. 

Lepas tu sang isteri berkata, "Tapi saya belum bersedia bang. Anak-anak kita masih kecil". 

Suami berkata, "Abang dah solat hajat, biarlah abang gantikan tempat sayang. Abang tahu sayang kuat untuk membesarkan anak-anak kita", terus berjurai airmata saya. Sayu betul suasana masa tu. Sangat kuat panggilan ilahi terhadap suaminya sehinggakan dia bagai redha untuk dijemput kembali.




Sayangnya sang suami terhadap isterinya. Tetapi kalau saya diberi pilihan, saya berdoa supaya saya dapat menua bersama2 suami saya. Saya nak tengok muka kerepot dia. Saya nak tengok kulit menggeleber dia. Saya berdoa kami dipanjangkan jodoh dan dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dan juga semoga apabila tiba masa kami pergi, biarlah kami pergi dengan mudah, harap tidak membebankan anak cucu lama-lama.




Dan kepada sang isteri, juga seluruh keluarga mangsa MH17, saya doakan Allah akan terus memberikan rahmat dan permudahkan segalanya.

Amin.

Resepi : Nasi Tomato Simple

$
0
0
Assalamualaikum.

Amboi amboi sejak bulan puasa hari tu, John asyik order macam-macam jenis nasi untuk bukak puasa, anak-anak pun sama dah pandai demand. Kata diorang tak suka makan nasi putih. Nak hari2 makan nasi kaler2. Bila tak dilayan, anak2 makan sikit ciput aje. Kalau dilayan pulak, bertambah-tambah la 2 3 pinggan. Sebagai ibu yg tak sampai hati tengok anak tak lalu makan, saya layankan kerap2 jugak. 

Hari tu gathering sekolah, saya sponsor nasi tomato. Nasi aje. Lauk kawan2 lain bawak. Mula-mula macam tak sempat aje nak masak. John berseloroh kata, "Masak aje nasi putih pastu letak tomato atas dia". Yelahtu.

Macam nasi2 lain jugak, saya google mencari resepi. Sekarang ni semua di hujung jari. Janji ada line internet.

Saya tak suka resepi yang complicated. Nanti konfius. Saya suka baca sekali lalu pastu redah dapur tu.

OK di sini saya sertakan resepi paling ringkas untuk memasak nasi tomato yg saya copycat (lepas tu alter) dari satu blog yg saya tak ingat blog siapa.


NASI TOMATO

Bahan-bahan:

Beras basmathi 5 cawan
Minyak sapi dalam 6 sudu besar
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Kalau ada rencah sup bunjut boleh la guna jugak
Daun pandan sehelai
3 sudu besar pes tomato dalam tin
1 Kiub ayam Knorr

Bahan kisar:

1 labu Bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

(semua kisar sampai lumat)

Lain-lain:

Garam halus 3 1/2 sudu kecil
Air 5 cawan 


Cara:

1. Sediakan periuk. Panaskan minyak sapi dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan sup bunjut.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
3. Masukkan pes tomato. 
4. Masukkan air, kiub ayam dan garam. Biarkan mendidih pastu terus tutup api. Jgn buang gas.
5. Masukkan beras yg dah dibersihkan ke dalam periuk nasi elektrik atau pressure cooker.
6. Masukkan sup rebusan tadi serta daun pandan.
7. Jgn lupa petik suis. 
8. Bila nasi dah masak (tapi masih belum kering), kacau nasi dengan senduk kayu sebab bahan2 tumisan tadi akan naik ke atas. 
9. Off suis periuk tadi, tutup balik piok tu dan biarkan nasi kering.
10. Kalau guna pressure cooker, masak selama 11 minit. Dah buang pressure boleh kacau nasi tu dan tutup kembali utk kasi kering.

Boleh la hidangkan dengan ayam masak merah atau malas-malas sangat pun buat ayam goreng berempah, gerenti anak-anak makan bertambah2. Pastikan ayam goreng masak lebih2 ok.

Resepi saya ni sebenarnya saya dah ubah suai mengikut kesesuaian. Resepi asal menggunakan daun ketumbar tapi sebab susah sikit nak cari kat sini, saya guna daun pandan. Atau boleh juga guna daun pudina utk kasi wangi. Buat makan anak beranak ok la kan. Dan seboleh-bolehnya utk anak-anak makan jangan gunakan biji pelaga bersepah2 ok. Guna aje sup bunjut tu. Kalau anak tergigit biji pelaga tu memang dia dah taknak makan dah. 


bersih tiada sampah. Senang makan.

budak ni makan bertambah2

yg ni pun dah mula makan banyak.

yg ni macam biasa. Licinnnnn tapi jarang tambah nasi. Saya selalu letak nasi banyak2 dan dia memang jarang tak habiskan. Mesti kasi habis punya. Badan masih cekeding.

Bagi memastikan anak-anak saya dapat zat secukupnya, saya sediakan spirulina sebagai pelengkap hidangan hehehehhe.




Nanti saya share resepi lain pulak. Dan seperti nasi tomato ni, resepi saya ringkas dan senang buat. Kejap aje boleh hafal resepi.

Sekian.

Kambing Burger

$
0
0

Assalamualaikum.

 

Ingat tak post pasal burger premium Darabif yg tebal dan kurang lemak tu? Hari tu pegi Aeon Big terjumpa yg kambing punye. Lama diorg tak restock, kambing dan lembu dua2 ada banyaaaakkkkk selain ayam!

 

 

 

 

Tp sebab dia premium kan... Harga pun premiumlah. Seketul tu dalam RM4.50. Tp berbaloi ok.....

 

 

 

Boleh goreng atau panggang.

 

 

 

Enak dimakan dengan roti burger, lettuce, mayo, sos cili, jeruk, bawang merah perghhhh.... Anak mintak pun tak kasi. Tapi tadi Cik Rai pun makan sama. Selalunya dia suka burger.

 

Atau ratah daging aje pun sedaaapppp.....

 

*skrg rasa mcm nak buat donut. Resepi oh resepi....

Resepi Donut Paling Simple

$
0
0
Assalamualaikum.

Tiba2 aje tekak nak makan donut yg biasa tu. Yg bergula tu. Selalunya kalau donut tepi jalan beli gerai pagi2 tu memang saya tak berapa minat tp kalau donut yg beli kat Aeon Big atau Giant tu menjadi feberet saya. Dan entah mood apa tah, tiba2 nak mendonut sendiri. Saya pun google dan jumpa la resepi donut yg senang gila nak tiru. Saya ambil dari sini:



Dan bermulalah projek mendonut saya.

Bahan-bahannya:




1kg tepung superfine

1 paket 11g yis kering Mauri-Pan

1/2 cawan iaitu 120ml minyak masak

1/2 sudu teh garam

2 sudu besar susu pekat

550ml air RO (air minum yg bersih dan selamat diminum).




Cara mendonut saya tak ikut cara tukang tulis resepi ni. Saya study kat youtube pastu saya buat ikut yg mana saya selesa. Ini adalah cara selesa saya:




1. Tepung dan yis dicampur dan digaul rata.

2. Larutkan garam, susu pekat ke dalam air RO.

3. Masukkan minyak ke dalam campuran tepung - yis dan gaul gentel2 hingga cantik sebatian tu.

4. Pastu buat 'perigi' kat tengah2 sebatian tepung dan curahkan air yg dicampur susu dan garam.

5. Gaul sebati dan uli sampai jadi doh. Mula2 memang melekit2. Gunakan tangan yg bersih untuk menguli selama kira2 sepuluh (10) minit untuk mendapatkan doh yang cantik.

6. Tutup doh dengan kain dan biarkan kembang selama sejam di tempat yg kering dan suam.


Sementara itu bolehlah sediakan peralatan untuk menerap donut. Peralatan rumah saya memang kurang lengkap jadi saya hanya gunakan cawan dan tutup botol. Tepung gandum biasa juga diperlukan semasa proses menerap supaya doh tak melekat kat tempat menerap. Biasanya saya akan menerap kat satu area atas dapur ni tapi sebelum tu saya basuh bersih2 dengan sabun dan air dan lap dengan tisu dapur (bukan kain buruk ok).

Proses menerap memang seronok. Tak sangka la pulak donut ni senang dibuat. Lepas terap tu, saya biarkan lagi sebab ia boleh mengembang lagi. Nanti masa goreng pun dia akan kembang lagi. Jangan lupa sediakan kuali dengan minyak yg cukup untuk menggoreng. Gula castor utk salutan gula. Boleh campurkan sikit serbuk kulit kayu manis ke dalam gula jika suka.





Selebihnya, takkan nak makan semua sekali kan? Boleh la simpan donut lebih tu ke dalam freezer untuk breakfast besok lusa. Tapi cara penyimpanan mestilah digoreng dulu sedikit sebelum disimpan. Jgn goreng sampai masak ye. Goreng sikit je supaya dia keras sikit. Rupa dia pun cantik nanti. Tak benyek.


menggoreng dalam minyak penuh


test dulu yg boolat kecik. Salut gula pastu ngap. Baru tau jadi ke tidak hahaha


Ini yg lebihan selepas diterap. Malas nak uli balik, saya pintal ajelah.


Ni baru donutnya


budak2 memang suka yg comel2 macam ni. Takpun, cucuk dengan lidi dalam 5 biji. 


menyelerakan... yummy...


gebu. Gebu ke? Boleh la... buat makan sendiri.


Percubaan kali pertama ni memang succeeeessssssssss. Terima kasih kepada yg berkongsi resepi. Cuma saya rasa tepung donut agak tawar, jadi saya rasa mungkin garam dan susu saya tak cukup sukatan. Tapi kalau kasi markah tu, cikgu kasi 80% lah he he. Dan saya try simpan donut yg dah goreng tu sampai malam. Masih lembut dan gebu. Lepas ni memang keraplah saya mendonut. Tapi saya yakin, tak boleh lawan kak Zalin Zalina punye donut heeeeeeeeeeeeeeeeeee..............





Yang boolat boolat tu Cik Rai makan sampai habis.




Tengok tu abg John hadap satu pinggan. Makan bersama white coffee Elken, terangkat! 







Resepi Lagi: Cream Puff

$
0
0

Assalamualaikum.

 

Sorry ye sekarang ni mood memasak ON. Tekak ni ada aje yg nak ditelannya. Hari tu projek mendonut successssss. Skrg ni teringin pulak nak makan cream puff. Sebenarnya saya kurang yakin dgn pastry. Tp bila projek mendonut jadi best, saya mcm ada sikit konfiden untuk buat cream puff.

 

Sebelum saya dapatkan resepi yg menepati segala aspek, saya akan study dulu resepi2 yg saya baca drp blog2 orang lain. Saya cari yg bahan senang dapat, sukatan senang sukat, cara memasak yg lengkap bersama2 tips sekali dan pergi youtube untuk dapatkan gambaran sebenar proses pembuatan. Kebanyakan blog mengatakan kali pertama buat cream puff tak menjadi. Mesti ada yg terlebih terkurang tu. Jd, untuk mengelakkan bahan2 yg saya beli tu tak masuk tong sampah, saya kena pastikan resepi yg saya gunakan adalah yg terbaik. Adalah ditekankan di sini, resepi saya ini adalah resepi ubah suai.

 

Ok meh saya share resepi yg saya dah alter mengikut kesesuaian ni. Sukatan yg saya bagi sesuai untuk keluarga besar mcm saya. Boleh dpt dalam 80 biji creampuff size kecik.

 

Bahan2 Pastry:

 

200g tepung naik sendiri

100g tepung gandum biasa

200g mentega

1 sudu besar gula pasir

1/2 sudu teh garam

500ml air

6 biji telur gred A

Sedikit air untuk renjis

 

 

Cara:

 

 

  • Air, mentega, garam dan gula dimasak dalam periuk sehingga mendidih.
  • Bila dah mendidih, masukkan semua tepung yg telah diayak. Padam api dan sebatikan laju2. Kita akan dapat satu bancuhan berupa doh.
  • Sediakan mixer.
  • Semua telur saya pukul sedikit menggunakan whisk. Curah sedikit demi sedikit dalam bancuhan tepung tadi dan pukul menggunakan mixer sampai ia sebati cantik.

 

  • Sediakan oven, dulang pembakar (tray) yg digris atau lapik tray menggunakan baking paper. Ada dijual di pasaraya. Kertas ni tahan panas. Jangan salah guna kertas, dikhatiri terbakar dalam oven. Tak pasal2 kang. Dan kertas ni boleh diguna berulang kali untuk pembakaran seterusnya, tak perlu ganti kertas baru.

  • Dengan menggunakan piping bag dengan muncung bunga agak besar, acuankan keluar tepung bancuhan tadi. Susun atas dulang tu dengan jarak sesuai sebab puff tu nanti akan kembang sikit.

 
  • Ha yg ni penting. Dengan menggunakan jari yg bersih, celup air dengan jari dan titikkan air ke puncak setiap pastry yg hendak dibakar. Air tersebut penting dapatkan wap air semasa proses pembakaran. Saya renjis jugak sedikit ke seluruh dulang. Batter yg baik tak akan mencair semasa menunggu proses pembakaran tu. Ia juga tidak akan meresap air yg kita titikkan.
 

 

  • Bakar dengan suhu 220 darjah celcius selama 15 minit dan 180 darjah celcius pada 15 minit berikutnya. Guna api atas saja dan jarak dulang dengan heater jgn terlalu dekat.
  • Sementara menunggu masak, sediakan custard cream.


Bahan untuk custard cream:

4 sudu besar tepung custard

4 sudu besar gula castor

640ml susu segar

4 sudu teh mentega

4 penutup esen vanilla

 

Cara memasak:

 

  • Satukan tepung custard, gula castor dan susu segar ke dalam periuk yg bersih.
  • Gunakan api sederhana, kacau dengan whisk balloon sampai pekat.
  • Masukkan mentega dan esen vanilla. Tutup api dan kacau lagi.
  • Biarkan sejuk.

 

Penyediaan Cream Puff (langkah terakhir)

 

  • Pastry yang dah masak dan sejuk dibelah sedikit jangan sampai putus.


 

  • Menggunakan piping bag, pipe sedikit custard cream ke dalam pastry tadi.


Gambar atas: piping bag extra takde, saya guna plastik bungkus makanan.


  • Susun atas dulang/pinggan
  • Untuk hiasan, ambil sedikit gula aising, ayakkan ke atas susunan cream puff.

 

Gambar atas: siap packing nak bawak balik kampung


  • Sedia untuk dimakan bersama White Coffee Elken.

Untuk menjimatkan masa, boleh buat pastry besar2 pastu letak hirisan strawberry di celah custard cream. Gerenti sedap.

 

Selamat mencuba!

 

*credit buat anak saya yang membantu menghias-edit setiap gambar menggunakan Line Camera.

Kembali Seperti Dulu.. Mungkinkah? Atau Lebih Baik Maju Ke Depan?

$
0
0
Assalamualaikum.

Umur saya kalau ikut tahun hijrah dah 40 tahun. Dah mencapai kematangan ehem. Dalam AlQuran  ada menyebut tentang usia 40 ni. Jadi, usia ini bukan usia yang boleh kita buat main-main.

Al-Tsa'labi rahimahullah berkata, "Sesungguhnya Allah menyebutkan umur 40 tahun karena ini sebagai batasan bagi manusia dalam keberhasilan maupun keselamatannya."
Ibrahim al-Nakhai rahimahullah berkata, "Mereka berkata bahwa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." (Lihat: al-Thabaqat al-Kubra: 6/277)

Untuk ilmu yang lebih memberi kesan, boleh rujuk kepada link ini: Umur 40

Sebenarnya post kali ni (dengan tajuk yg menjela) bukan nak cerita pasal umur 40. Tapi lebih kepada perkara lain. Dan disebabkan saya dan John dah melewati usia tersebut, kami lebih bersikap 'yang patut-patut' aje dalam kehidupan ni. John pernah share ilmu yang beliau dapat dalam sessi malam Jumaat, "Jangan melampau-lampau". Apa maksud jangan melampau tu? Besar dan luas maksudnya. Sila fikir sendiri dulu, menggunakan akal fikiran kurniaan Allah.


OK.... (tengah fikir).....

Ini kisah rumahtangga sebenarnya.........

Terus terang saya katakan, alhamdulillah dalam rumahtangga saya sekarang, saya dan John lebih rileks, lebih santai, lebih percaya, lebih memahami. Ini merupakan satu perkara asas paling asas (bg kami) sebelum kami pasang niat untuk melangkah dan maju setapak lagi dalam hidup. Kalau kehidupan rumahtangga tak aman damai, masih curiga, masih tak percaya, masih gaduh perkara bukan2, macam mana kita nak bentuk anak-anak kita dan mencorakkan masa depan mereka? Diri sendiri belum terbentuk lagi. Contohnya: Macam mana nak suruh anak sembahyang kalau diri sendiri tak sembahyang? Macam mana nak ajar anak jadi imam kalau diri sendiri tak jadi imam?

Saya tak kata saya dan John sempurna. Jauh sekali. Tapi kami berusaha untuk menjadi lebih baik.  Berusaha untuk tidak bergaduh. Berusaha untuk senyum setiap hari. Mengelakkan perkara yang mungkin boleh bawak gaduh. Berfikir secara matang. Sama-sama pikul tanggungjawab dalam rumahtangga. 

Hidup kita ni bergerak terus ke depan. Memang tak boleh nak patah balik. Ada orang yang menyesal dengan keputusan yang pernah dia buat. Mungkin sebab kecewa dengan rumahtangga yang tak seindah yang dimimpikan sebelum ni. Ada yang sampai kata, "Saya harap saya dapat kembali seperti dulu, biar tak berduit, makan sepinggan, janji bahagia". Nasihat saya, hati-hatilah. Mana tahu kita lafazkan ayat tu masa waktu doa makbul. Mana tahu kata-kata kita tu jadi doa. Mana tahu Allah swt betul2 kasi apa yg kita mintak. Kita mintak sikit, Dia kasi banyakkkkkk.....

Nak sangat? Habis ditariknya semua rezeki kita, jangan kata sepinggan nasi, sesudu pun susah nak cari. Nak sangat ke? Mustahillah ada orang nak hidup susah. Sebenarnya kita sendiri yang mencorakkan kehidupan kita, kita sendiri yang bentuk hidup kita. Apa kata, sebelum kita berdoa yang bukan-bukan tu, kita tenung-tenung balik, scan balik seluruh badan kita luar dan dalam. Mana yang terlebih mana yang terkurang? Apa yg menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku?

Dalam rumahtangga, masing-masing pasti ada salah masing-masing. Jangan hanya menuding kat satu pihak. Bila dah kawen tu, pasangan kita adalah orang paling dekat dengan kita. Bukan saja2 Allah swt ciptakan sesuatu itu berpasangan. Oleh itu, silalah kerap2 berborak dengan pasangan. Komunikasi itu penting. Gunakan bahasa yang baik, kontrol kemarahan, jangan jadi messenger kepada syaitan dalam menyampaikan mesej kepada pasangan. Jangan perli-perli. Kalau tengah berbincang kita perli2, mana mungkin pasangan kita nak duduk lama2 hadap muka kita? Daripada nak repair keadaan, terus jadi lebih teruk. Silap-silap dia angkat kaki, jalannnn........ kita kat rumah tambah sakit hati. Bukan lebih baik.

Bila dah kenal pasti salah sendiri, pakat2lah untuk perbaiki diri, perbaiki hubungan. INGAT. Hanya kita (suami dan isteri) berdua yang boleh repair kecacatan dalam rumahtangga. Tak perlu orang ke 3 atau ke 4 atau ke 5. Dua aje. Pastu, jangan toleh belakang dah. Buat satu titik noktah kat situ. Yang lepas biar lepas. Jangan sebut-sebut dah. Buka buku baru. Tulis diari baru. Diari lama kita patri kuat2. Bila suami kita keluar rumah, tak kira siang ke malam ke, hantarlah dia ke pintu. Bila dia dah kalih tu, angkatlah tangan panjatkan doa agar langkah suami kita adalah langkah menuju kebaikan, bukan maksiat. Yakinlah pada kuasa DOA. Bukankah Allah swt dah kasi kita kuasa untuk berdoa? Mintaklah banyak-banyak pada DIA. Yakinlah.

Tapi kalau masing-masing ego, atau sorang nak dan sorang taknak, sampai bila-bila pun takkan ada titiknya. Hiduplah dengan hati berbuku sampai bila-bila. Itu ke yg kita nak dalam perkahwinan? Mintak cerai? Takde jalan lagi baik ke? Confirm ke hidup akan lebih baik selepas itu? Cari pasangan baru? Confirm bahagia ke? Adakah bahagia itu terletak pada orangnya, atau bahagia itu terletak dalam diri kita sendiri?


Iklan jap:

Dengan itu, sila layan satu drama KOREA ni.... TEMPTATION - tengok macam mana si isteri ni konon2 nak sangat tengok ex husband dia terlingkup disebabkan satu kesilapan suami semasa dia tengah terdesak sangat2. Dia mintak cerai pada masa suaminya tengah berusaha sedaya upaya nak selamatkan perkahwinan, pastu isteri ni kawen lain dengan lelaki kaya. Yg akhirnya keterlingkupan itu jatuh kepada si isteri itu sendiri. Nak sangat tengok suami terlingkup, akhirnya dia yg terlingkup dan tak bahagia. Moral of the story: Hati kena bersihlah... ada peluang nak repair rumahtangga dan hidup bahagia, dia bertindak melulu, tolak suami dia lebih jauh. Ini yg dikatakan 'Melampau-lampau'. Jangan melampau-lampau ok.

John kagum dengan suami yg bijak dalam berniaga. Saya pulak menyampah dengan isteri yang terlalu melampau tak reti memaafkan. Ingat - semua orang ada buat salah termasuk diri sendiri. 

Sempat iklan kan..... hihi...

Ok berbalik kepada entry yg sepatutnya. Emmm bukan senang nak sampaikan mesej sebenarnya. Berbeli-belit nak bina ayat. Nak cakap face to face agak susah sebab masuk kiri keluar kanan. Tapi meh saya gunakan bahasa mudah faham, 

  • Maafkan kesilapan pasangan. Betul atau tidak dia bersalah, pejam mata, bukalah hati. Anggaplah ini dugaan yg Allah swt nak kasi, sebab DIA sayang pada kita. DIA nak uji hati kita. DIA nak uji tahap ketakwaan kita. DIA juga nak kita renung salah kita jugak. DIA nak menegur kita. DIA nak kita berubah sama.

  • Mula bersikap positif kepada pasangan. Tunjukkan perubahan sikap yang baik sebagai isteri dan ibu. Kalau sebelum ni kita terkurang, cukupkanlah. Kalau sebelum ni kita terlebih, kurangkanlah. Jangan melampau-lampau. Kita curi kembali hati suami kita. Kalau sekarang dia dah mula menyampah tengok muka kita, kita ubah pandangan dia supaya dia pandang kita dengan kasih sayang. 

  • Jauh-jauhkan diri daripada batu api. Jangan mudah percaya boolat-boolat tuduhan orang.  Pekakkan telinga. Kena firmlah. Bila ada batu api menyampaikan benda bukan-bukan, angkat kaki, jalan. Kalau org tu marah, bagitau aje terus terang, "Saya nak selamatkan rumahtangga saya dengan cara saya. Tolonglah untuk kali ini, jangan campur tangan urusan rumahtangga saya". Sekuat mana buktinya (palsu atau benar), ingat - rumahtangga kita, bukan rumahtangga orang. Kita punya hak mutlak. Kalau apa-apa jadi, yg dapat title 'J' tu kita, bukan orang lain. Dalam usaha menyelamatkan, kita mesti kena jauhkan dari batu api, dekatkan dengan perkara positif saja. Fikir positif saja. Kena kuat dan nekad.

  • Umur dah banyak ni, sayang. Anak-anak tengok dan perhati aje tu. Anak-anak duplikasi perangai kita, bahasa kita, tingkahlaku kita. Macam mana nanti anak-anak besar, anak-anak kawen, adakah mereka akan duplikasi yg baik atau yg buruk sekali? 

  • Percaya dan yakinlah setiap kebaikan yg kita buat Allah swt akan balas setimpal. Buanglah kebencian di hati. Berbaik-baiklah. InsyaAllah bahagia menanti kat hujung sana. Sebelum umur sampai 40, berubahlah. Saya yakin pihak satu lagi juga ada niat dalam hati nak bahagia kembali tapi kalau kita takmo berubah, macam mana?

  • Last sekali. Penting ni. Berdoalah yang baik-baik. Kalau kita doakan yg buruk-buruk, ia bagai doa buat diri sendiri. Seronok-seronok nak tengok drama keterlingkupan suami, silap2 kita yg terlingkup nanti. Lagipun selagi bergelar isteri, kita ni dalam batasan. Silap2 kita jatuh derhaka. Jaga-jaga ye. Besar mana pun pangkat kita, semulia mana darjat dan taraf kita, tidak memberi kita kuasa untuk melampau-lampau terhadap suami. Dan, jgn doakan rezeki suami ditutup. Sebab yg kita doakan tu, bukan rezeki suami seorang, rezeki anak-anak, rezeki orang sekeliling jugak. Rezeki saya dan keluarga saya pun ada kat situ. Kalau anda doa rezeki 'yg tu' ditutup bermakna anda doa sekali tertutupnya rezeki saya dan anak-anak saya. 

Akhir sekali, ini adalah 'sentuhan terakhir' saya untuk perkara ini. Dan saya berdoa anda akan kuat menghadapi dugaan ini. Terpulanglah kepada anda untuk menentukan hala tuju rumahtangga anda. Kami hanya boleh mendoakan yg terbaik. 

Sekian.

*kalau uols tak paham tu, sorry la ye. Tapi tulisan saya bukan sekadar tulisan, saya dah mempraktikkannya. 15 tahun perkahwinan, pasti ada macam-macam dugaannya.




Comot Mencomot Di Rumah

$
0
0
Assalamualaikum.

Kelmarin, masa tengah sakan buat kuih tu, John datang menjenguk ke dapur. Nampak aje John datang dekat, saya yang mcm hari-hari lain berbaju kemas berbedak dan berlipgloss, cakap kat John secara berseloroh, "Bestnya kalau duduk rumah pakai singlet, suar katok, rambut simpul. Takdelah panas2 macam ni". 

Sekali John jawab daaaaaaa.......

"Keluar rumah kemain cantik, mekap, wangi... sekali duduk rumah macam nyonya, muka tak semenggah, bau bawang? 😒😒😒😒😒😒😒 Nak jadi macam tu ke? "

Baru je main2 dia dah marahhh......

😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁😁

Kalau gitu la rupanya, saya pun tak rela menonton diri sedemikian rupa.




Gangguan

$
0
0
Assalamualaikum.

Dalam perjalanan hidup saya selama 40 tahun ni, alhamdulillah Allah banyak tunjuk kepada saya macam-macam benda yg boleh dijadikan pengalaman hidup. Dan sebagai manusia, bergantung kepada diri kita sendiri untuk mengambil iktibar atau tidak. Nak jadikan teladan atau sempadan.

Dukun, bomoh, saka, hantu, semua tu saya pernah dengar, pernah lihat. Pernah lihat orang menurun masa kecik2 dulu. Biasa lihat orang 'berubat'. Walau sekarang hidup dalam dunia moden, dunia IT, saya percaya yg jin dan syaitan (yg membentuk segala saka dan hantu dan sihir) itu wujud. Makin banyak sebenarnya. Beranak pinak, seiring dengan pertambahan populasi manusia atas bumi. Cuma, ada diantara makhluk ni mungkin dah modern sama macam kita skrg dah modern. Dalam FB dalam blog pun banyak setannya.

Dari hidup tak berapa senang, tukar jadi senang, alhamdulillah. Tapi bila dah senang, bukan senang-senang nak menten senang. Makin kita senang, makin banyaklah hati yang kurang senang. Makin kita bahagia, makin bertambah juga hati yang kurang gembira. Tengok gambar dalam FB dalam IG pun boleh buat orang tak puas hati. Saya percaya perkara2 ni semua wujud dalam hidup kita CUMA saya agak susah nak percaya kalau-kalau ada orang2 keliling saya yang akan berbuat sedemikian. Jadi, saya mohon kepada Allah swt supaya perkara ini dijauhkan daripada saya dan keluarga.



image daripada blog HasnulHadiAhmad.com


Dah banyak cerita2 sihir yang saya dengar. Semuanya berpunca daripada hasad dan dengki. Adik beradik pun boleh dengki, kawan baik pun ada yg menikam dari belakang. Boleh hantar santau, hantar hantu raya, hantar hantu kumkum, inikan pulak orang yg takde kaitan sedara. Yg sampai maninggal pun ada. Pendek kata, selagi kita ni bergelar manusia, semua ini adalah TIDAK MUSTAHIL.

Ada orang yang dalam tengah2 hidup senang tiba2 rezeki macam payah sangat nak masuk. Tiba2 ada pulak sumber yang menyampaikan, 'ada orang dah hantar benda' supaya rezeki tertutup. Memang ada. Memang wujud. Ini semua kerja syaitan. Manusia yang berkawan dengan syaitan. Entah apa yg dia sakit hati sangat tah, jumpa bomoh mintak tolong. Dia tak ambil tahu 'benda' apa yg bakal 'menolong' dia tu. Tah hantu raya ke hantu galah ke, pocong ke toyol ke, janji bomoh tolong buat. Atau mungkin dia buat sendiri, amal ayat yang dia dapat drp kawan pastu seru sana sini dan tekan butang SEND. Secara tak langsung berkawan la dengan jin dengan syaitan. TIDAK MUSTAHIL.


Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar". (Surah An Nisaa' : 48)


John pernah berpesan kat saya, apabila perkara2 seperti ini berlaku, jangan cuba cari tahu SIAPA pembuatnya. Sebab, lagi kita scan, lagi dalam kita scan, lagi banyak fitnahnya. Oleh itu, saya dan keluarga diminta utk mengamalkan apa yg sepatutnya. Mengelak. Melindung. Lagi senang, lagi bahagia hidup kita, lagi banyak amalan perlu dibuat. Yakin dengan Allah swt, yakin dengan Rasulullah saw, yakin dengan Al Quran, yakin dengan janji-janjiNya insyaAllah kita akan dilindungi.

Kuncinya ialah YAKIN. 

Oleh ini, amalan yang kita perlu buat setiap hari, tak kiralah kita tengah susah atau senang sebenarnya, selagi kita hidup dan masih bernafas, marilah kita.....

Amalkan: 

Ayat Kursi - rujuk di sini

Ayat 128 -129 At Taubah - rujuk di sini

Ayat 3 Qul

Kelebihan Ayat Kursi saya yakin ramai dah biasa mendengarnya dan memahaminya. Tapi ayat 128 129 At Taubah mungkin tak ramai yang tahu. Kelebihan ayat ni bukan sekadar main gugel aje, tapi memang disampaikan kepada saya, diijazahkan kepada saya secara langsung beberapa tahun yang lalu. Alhamdulillah bila kita dekat dengan orang-orang alim, insyaAllah kita dapat ilmu serba sedikit. Alhamdulillah ada beberapa amalan yg saya dapat terus daripada mereka. Direct nego hehehe.

Selain daripada itu, sebelum kita amal itu dan amal ini, yg wajib tu mohon diamalkan dulu. Jagalah solat kita dan berusaha berbuat baiklah. Mana tertinggal tu berusaha mengqadanya. Bersedekah, bertangungjawab terhadap rumahtangga dan anak2, amalkan membaca Al Quran dalam rumah dengan anak-anak. Solat jemaah dengan anak-anak. Didik anak supaya azan dalam rumah setiap hari. Makmurkan rumah kita. Bukan setakat gantung ayat Al Quran sebagai penghias dinding. Dan elakkan menjadikan ayat Al Quran sebagai tangkal. 

Solat sunat seperti Sunat Dhuha dan Istikharah pun penting. Tak perlu tunggu ada hal baru nak buat. Kebanyakan kita buat sunat istikharah bila ada hal je. Kalau takde hal tak buat. Sedarlah bila kita amal sunat istikharah ni, insyaAllah kita boleh dapat petunjuk dan keyakinan utk perkara yang kita sendiri tak tau pada masa yang tidak kita sedari. Tiba-tiba aje kebenaran terserlah. Jeng jeng jeng. "Penyampai' kebenaran mungkin melalui anak-anak kita, anak buah kita, sepupu kita atau kawan kita.  Datang dalam macam2 rupa. Surat, email, status FB dan sebagainya. Kebenaran itu adakalanya perit, tetapi lebih baik tahu daripada tak tau. Allahuakbar. Rujuk sini. Amalan yg ini juga direct nego alhamdulillah. Tapi saya amat kesal sebab ada satu solat sunat yg  diberitahu kpd saya tetapi saya betul2 lupa. Astaghfirullahalazim. Mungkin bukan rezeki saya.

Tinggalkan yang haram2 tu, bertaubatlah cepat2 sebelum nyawa terpisah dari badan. Niat yang baik tak menghalalkan perbuatan. Niat nak suami kita tak 'makan luar' tak menghalalkan sihir nasi kangkang yang kita kenakan pada suami. Niat nak 'menggoda' suami tak menghalalkan kita memasang susuk di sana dan di sinun. Niat supaya adikkakakabang kita pulang ke pangkuan keluarga tak menghalalkan perbuatan kita memporak perandakan keluarga mereka. Marilah kita percaya dan yakin hanya pada apa yang diajar dalam Al Quran dan Hadis sahaja. Yg dalam internet pun dapatkan rujukan dulu sebelum percaya.  

Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Tapi jgn bergantung kepada amal yg kita buat semata-mata utk mendapatkan kebaikan, kita wajib bergantung dan percaya kepada Allah swt. Jangan pulak bila banyak amal dibuat, bila tiba dugaan dan cubaan kita mula rasa tak yakin dah.

Sekian, yang baik itu datangnya daripada Allah swt, yg buruk itu daripada saya hambaNya yang hina. Saya juga masih dalam proses belajar.




Wallahua'lam.

Wassalam.








Aiskrim Goreng

$
0
0
Assalamualaikum.

Anak2 saya sibuk mintak aiskrim goreng. Tapi saya tak terfikir nak beli. Tak semua benda yg anak2 mintak perlu kita beli ok. Baru2 ni saya terjumpa satu perkongsian resepi di FB dan salah satunya ialah cara mudah nak buat aiskrim goreng. Hanya guna roti dan aiskrim!















Ada beberapa syarat utk memastikan aiskrim goreng ni sakses...

1. Roti yg masih lembut. Yg dah keras sikit tu boleh menyebabkan roti tu crack, bocor dan aiskrim meleleh keluar.

2. Minyak kena cukup panas sebab menggoreng tu kena sekejap aje.

3. Lepas goreng cepat2 la ngap sebab kalau lama2 nanti aiskrim kat dalam tu cair dan susah nak makan. Comot la jawabnya. Kita jugak yg tensen.

Maka sebab itulah aiskrim goreng ni boleh kasi sorang satu aje. Tiada 2 dan tiada 3. Tahap stress dia agak tinggi nak kena cepat2 buat hehehe.











Cool App: Line Camera

$
0
0
Assalamualaikum.

Saya tahu ramai kat FB tu terliur tengok gambar makanan yang saya share. Sampai ada yang tanya jenis cheese apa yg saya pakai sampai dapat warna menarik dan menyelerakan. Yummy... 








Jawapan saya, bukan jenis cheese tapi APP apa yang saya gunakan hehehehe.

Saya pengguna tegar Line Camera. Saya tak guna camera Nikon DSLR atau Powershot SX40HS untuk ambik gambar blog. Terlalu time consuming. Nanti blog akan tergendala sebab gambar tak siap-siap. Lainlah kalau camera saya tu ada wifi, mungkin bolehlah nak express buat kerja. 

Oleh itu, kalau nak guna camera hebat, kena kuar duit lagi tambah koleksi ye? Itu nanti dulu...... kita guna apa yg ada dulu ok.

Line Camera ialah app camera yang boleh kita download secara percuma kat Google Play Store.


 
Sejak memberikan efek menarik kepada makanan saya, saya terus terusan menyukai app ni. Makanan yg kurang menyelerakan pun boleh jadi sedap dalam gambar. Muka tak cantik boleh jadi cantik. Kucing pun jadi lebih comel.


ni ori punye rupa

ni dengan Line Camera - lebih mengancam kan?

buang freckles - saya suka ni hehehhehehe

Clear Effect - jelas dan terang. Antara effect favourite saya

ni tak pernah try

boleh letak Text jugak

anak saya expert guna app ni. Nak kena berguru dengan dia nanti

Meh saya tunjuk lagi sebelum dan selepas....





OK lepas ni boleh download dan install ok.




Paratha Pocket

$
0
0
Assalamualaikum.

Malas masak? Bosan makan nasi? Anak-anak tak mau mi goreng? Dia mintak yang lain dari yang lain?

Semalam saya dapat idea. Kebetulan mmg malas nak masak. Nak beli pun malas. Nak order online pun rasa membazir. Saya pun bukak la peti ais. Tengok apa yg ada. Dan saya jumpa:



roti paratha bawang AKA roti canai (bawang) segera. Brand Kawan. No artificial preservatives

Nak makan dengan kari, kena masak kari. MALAS. jadi saya fikirkan benda lainlah.

Teringat kat Papa John's Pizza Pocket kegemaran anak-anak saya. Maka bermulalah.....


1. Sediakan sosej, potong nipis-nipis.


2. Kalau ada italian herbs atau oregano, pun best.



3.  Cairkan butter sikit atas kuali, masak sosej tadi dengan butter, tambah italian herbs atau oregano.  Kalau ada cendawan lagiiiiii best! Boleh gak nak letak sos bolognaise. Ikut seleralah.




4. Di atas kuali leper pulak, saya mula memasak roti paratha tadi. Masak dalam keadaan beku. Tak perlu defrost sebab nanti roti ni melekat kat plastik, susah nak ceraikan. Oleh itu, ambil satu2 dari dalam peti beku orait?




5.  Lepas letak roti paratha, terus aje letak sosej tadi dan mozarella cheese.




6.  Lepas letak inti tadi, lipatkan roti paratha.




7. Supaya roti tu tak terbukak dan inti terkeluar, tekan-tekan tepi roti yg dilipat tu.




8. Masak roti tu dua2 belah ye. Tekan2 sikit supaya inti kat dalam tu dapat sekali kepanasan api dan cheese kat dalam tu cair....... 



9.  Serious sedap. Anak2 pasti sayang..

sayang sekali satu pek ada 5 aje. Rezeki anak-anak saya. Saya colek2 diorg punye sorang sikit :)

satu pun dah cukup mengenyangkan

Selamat menjamu selera.

Minat Dan Kepuasan

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam tidur lambat gila. 4.30am baru tidur. Sibuk menyiapkan photobook abg John. Berbulan-bulan saya simpan voucher code Groupon, nasib baik expired nanti bulan Disember 2014. John punye gambar-gambar dah lama saya simpan dalam mekbuku ni tapi tak sempat nak diteliti satu persatu. Tak sempat jugak nak edit. Saya belasah aje ikut original punya gambar.






Tapi disebabkan John guna camera Olympus TG2 yang canggih tu, kebanyakan gambar John dah siap-siap guna mode yang bersesuaian dengan suasana. Untuk photobook milik John ni, tak lain dan tak bukan, semuanya gambar-gambar dia pegi ride ke utara.

Kegilaan saya ialah melancong. Tapi saya memilih destinasi saya. Saya nak pergi tempat yang cuacanya nyaman. Bersuhu rendah tak macam Malaysia. Kalau winter bersalji tu, tak berapa selesa  sebenarnya tapi pemandangan yang cantik buat saya teringin jugak nak merasa. Sekurang-kurangnya dah rasa. Paling best kalau satu-satu tempat tu bersuhu lingkungan 10ºC ke 25ºC. Kalau sejuk tak sejuk sangat, kalau tak sejuk pun takde la panas sangat. 

Pelancongan saya biasanya bukan jenis yang adventure. Pelancongan saya adalah pelancongan SELESA saja hehehehhe. Kat rumah dah cukup adventure ok.



Berbeza dengan abg John saya ni. Kepuasan dia adalah berada atas motor dia. Tak payah kira berapa kali dia dah naik ke utara tu. Banyak gila kali. Kadang-kadang dia ada mengajuk, "Abang ke Thailand ajelah. Ayang dah merata jalan", saja aje kan. Saja nak ngusik orang. 

Sebab dia menghormati minat saya, saya turut sama hormat minat dia. Kadang-kadang tak berapa nak faham. Penat oooo naik motor ride beribu kilo. Tapi ada satu quote dia kata,


It's Not The Destination, It's The Journey.

Dia kata best layan pemandangan masa tengah atas motor. Layan korner tapi tak boleh nak baring sangat. Kena agak-agak jugak atas jalan, lebih2 lagi tempat orang. Banyak jugak pengalaman pelik yang John cerita kat saya setiap kali balik. 'Bekalan' perlu ada. Solat takbleh tinggal. Walau susah nak tanggalkan segala gears, solat kena jaga semestinya. Hotel yang ala kadar. Berhujan berpanas, naik feri, lopak air, offroad. Pernah sekali dia hantar satu gambar dia tengah bersila atas lantai. Saya ternampak luka panjang kat kaki dia. Bila saya tanya, sama ada dia jatuh motor ke tak, jawabnya "luka masa nak angkat motor, terkena ekzos" yang sebenarnya BOHONG SUNAT semata. Memang jatuh masa offroad :P.

Bila saya ditugaskan buat photobook John, saya boleh masukkan diri saya ke dalam pengalaman dia (sikit je la). Boleh tahan. Bagi lelaki memang seronok. Apa lagi yang ikut tu semuanya pak kiah yg sekepala. Macam kita jugak, bila cik kiah berkumpul, mesti havoc kan? Sama-sama la memahami minat masing-masing kan? Cuma ada satu minat yg saya tak paham - 'Bila lelaki suka memancing'. 


Dan untuk photobook John ni, saya tukar sikit tajuknya hehehehe....



IT'S NOT THE DESTINATION, IT'S THE RIDE




cun gambar ni


dengar2nya ada dapat sijil kalau dah sampai sini : Thousand Corners - nak sampai sini kena lalu 1,864 kona agaknya


group ni semua pakai motor yang sama - BMW GS yg memang sesuai utk adventure mcm ni


pernah motor HD join diorg gi adventure. Sudahnya HD balik naik lori. 


tido kawasan kampung. Ladies, sanggup????




sampai sini mesti buat pose yg sama. 




Sekarang saya paham kenapa dia seronok sangat gi ride. Takpelah. Janji pergi balik dengan selamat. Doa ku iring selalu..... 




30 Minutes Choc Cupcakes

$
0
0
Assalamualaikum.

Bila taktau apa nak masak, mula la gatal tangan ni menguis sana menguis sini cari apa nak buat. Belek lemari sana, belek lemari sini, terjumpa la ini:

Diakui mmg sedap


Hah! Boleh buat cupcakes!

Hanya tambah telur, air dan minyak masak. Dalam masa 10 minit dah boleh siap bakar masuk oven.


280ml air, 85ml minyak dan 3 biji telur


Susun

Sentiasa dalam simpanan

Mula menceduk

Pakai ice cream scoop mmg senang

Dia berkeras nak letak sprinkles walau mami tak suka

Bahagianya dapat kacau mami

Assistant

Cup tadi tak cukup pulak

Bakar dalam 20 minit. Pastu boleh angkat dan ngap.

Kalau xde sprinkles lagi cantik kot.

Ok sekian. 




Hal Orang

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah bertahun saya menulis blog. Blog pertama terpaksa saya delete walau trafik dah makin cantik, follower makin ramai. Makin ramai follower makin kurang privacy. Kalau nak diikutkan, bila tulis blog mana nak ambik kira privacy sendiri sebab sendiri yg tulis tentang hal sendiri kat blog. Sendiri la kena tanggung.

Blog sekarang adalah blog yg dipindahkan drp blog lama. Follower terpaksa berbalik kepada zero. Sekarang dah meningkat sikit demi sikit walau sebulan nak dapat sorang pun belum tentu lagi. 

Tapi saya tak kisah....

Dulu, saya banyak ambil kisah yang berlaku keliling saya termasuk apa yg saya baca dalam akhbar dan majalah sebagai intipati blog saya. Sambil2 tu saya bagi ulasan mengikut apa yg saya rasa dan percaya. Saya juga ambil kisah2 kawan2 saya dan kisah2 yg saya dengar melalui orang lain utk saya tuliskan dalam blog. Tujuannya dan niatnya adalah sebagai garis panduan kehidupan sendiri dan mungkin boleh jadi panduan utk pembaca yg membaca.

Tapi saya lupa....

Ada org tak suka. Ada orang salah anggap. Ada jugak saya terima mesej drp kawan saya yg saya tuliskan kisahnya (bukan kisah buruk) di blog, dan kawan kepada kawan saya itu contact kawan saya ni utk kepastian sama ada dia kisah atau tak yg saya dah tulis ttg dia (walau nama tak dinyatakan) - walaupun kisah yg baik. Saya memuji2 dia sebenarnya. Di sini, saya mula ambil iktibar ttg apa yg patut dan tak patut walau niat saya murni.

Mungkin isi blog saya tak berapa best mcm dulu dah. Skrg saya kurang celoteh dan luah pendapat mcm dulu. Banyak resepi dan kisah bangang2 aje. Tapi sebenarnya kalau nak diikutkan, saya kini menyimpan banyak rahsia...... 

Ada banyak gosip yg direct nego.

Ada banyak kisah.

Ada banyak berita sensasi yg pasti meletop.

Lagi banyak dr dulu. Maklumlah circle of kenalan dan rakan taulan dah mengembang membiak.

Tp sebab pengalaman lalu, saya bertindak berdiam diri malahan BFF sekalipun tak kan dpt cerita sensasi saya. Itulah saya sekarang. Semakin matang kononnya. Tak mengambil kesempatan menaikkan trafik blog melalui cerita2 sensasi (walau direct nego ok). Bak kata S Shamsuddin dalam Seniman Bujang Lapok, "Buat la cerita kumbang terbang ke....." berbanding cerita belacan yg tak masuk akal hehehhehe.

Kesimpulannya,

Walau kisah org lain itu benar dan sangat sensasi, beragak2 la nak menyebarkannya. Ia mungkin boleh jadi fitnah.




Tips Kopek Bawang Putih

$
0
0
Assalamualaikum.

Ini anak saya yang ajar. Dia kata dia tengok kat youtube. Kenapa baru hari ni bgtau mami? Hmph....

Masukkan bawang putih ke dalam microwave. Dengan power high, 'masak' selama 20 saat. Pastu kopek la. Senang je dia tercerai dari kulit.





Senang kan?

Terima kasih.

Idea Kerak Roti

$
0
0
Assalamualaikum.

Mesti ada yg fikir, saya ni cerita makan aje tak habis2 ye? He he sebenarnya memang sekarang saya ni macam nak cover balik apa yg saya tertinggal semasa saya sibuk kejar kerjaya bersama Elken tahun lepas.  Banyak yg saya tinggalkan sebenarnya. Jadi tahun ni kiranya macam ganti balik dan tebus balik tahun lepas punya kekurangan. Namun begitu, walau biz Elken tak seperti dulu, saya masih lagi berurusniaga melalui online.

Sekarang saya nak cerita pasal makan lagi sekali.

Tiba2 saya teringin nak rasa aiskrim goreng. Sedap sangat ke? Lalu saya pun buatlah.... hmmmm memang sedap! Padahal roti yg digoreng berinti aiskrim je pun.

Pastu, saya terfikirkan kerak2 roti lebihan proses aiskrim goreng tadi. Takkan nak buat puding roti lagi? Penat acik. Terfikirkan aiskrim goreng yg sebenarnya adalah roti goreng dengan aiskrim, kenapa tidak saya goreng aje kerak roti tu dan makan dgn aiskrim? Sama aje rasa dia!

Jeng jeng jeng......

Susah sangat nak buat aiskrim goreng, ini dia.... roti goreng dengan aiskrim!




Burp... Alhamdulillah. 



I'm Happy For You

$
0
0
Assalamualaikum.

Cuti sekolah dah nak habis. Sepatutnya cuti seminggu je tp anak-anak saya cuti sampai 2 minggu sebab UPSR, yang cutinya sorang 2 hari je mengikut darjah tapi sebab anak tak sihat dan berjangkit-jangkit, semuanya sambung cuti sepanjang minggu. Anak saya dijangkiti rashes (rashes menjangkit ke?) yang mengikut pandangan mata kasar saya ni, dah macam demam campak yang halus-halus tu.

Doktor kata bukan campak tapi saya kata campak. Sebab menjangkit orang lain sekali. Tapi alhamdulillah campaknya sangat ringan, tak mcm masa saya kecik dulu, teruk betul rupanya. Syukurlah saya dan keluarga rajin ambil supplement. Cepat sihatnya.

Bila waktu bercuti ni, pasti ramai yang bawak anak bercuti sana sini. Ada yang suka upload fb bagitau kawan-kawan. Ada yang sedar-sedar dah sampai destinasi dan dah check in.

Saya dinasihatkan untuk kurang-kurangkan aktiviti check in sana dan sini atas pelbagai alasan. Dalam tak sedar byk perkara yg kita buat tu apabila dihebah hebohkan tak kena tempat, akan menjadi fitnah yang tak terkawal. Lagipun nasihat suami kena la ikut. Mesti bersebab. Jadi, bila saya pergi bercuti atau nak bercuti, saya tak bgtau sangat pada orang. Kadang2 kita bgtau orang pun boleh timbul fitnah jugak. Saya cuma update sorang dua kawan baik dan yang juga merupakan ajen insurans saya saja. 

Tapi sebagai manusia biasa, adakalanya terlepas jugak gambar bercuti ke instagram. Bukan saya yang upload, kawan yang ikut sama bercuti yang tag. Makanya kawan lain pun jadi tau. Maka akan keluarlah ayat2 yang pelbagai bunyi mengomen aktiviti kami bercuti diam2. 

Kadang2 dpt feedback positive, kadang2 tak berapa nak positive. Diam2 pun orang berbunyi, bising2 kang orang kata menunjuk pulak. Tak boleh ke kita sesama kita menjalani kehidupan dengan aman, tenteram, damai dan positive aje? Bersangka baik sudahlah.

Kita mana tau kalau2 percutian tu dah dirancang sejak lama dulu, dpt tiket murah, pastu kumpul duit sikit2 nak bayar itu ini, tolak sana sikit tolak sini sikit sebab berhajat sgt nak bawa anak ke sana dan ke sinun atas sesuatu alasan, pastu percutian pun bukan yg mewah pun, hanya percutian bajet yang mampu. Belanja pun ala ala aje. Tak tinggal di hotel tapi di guest house yg duduk berdua pun berlaga punggung. Menapak beribu tapak setiap hari sampai sakit kaki utk melawat tempat menarik, naik turun train dan bas. Takde mana seronok sangatlah. Penat lagi ada.

Alah kalau diikutkan, sesiapa pun insyaaAllah mampu nak bercuti. Ada kalanya bercuti dalam negara lebih mahal berbanding luar negara. Tengok pada jenis percutianlah. Oleh itu, cuti2 Malaysia atau overseas takde apa sangatlah bezanya. Cuma pakai passport atau tak aje. Makanya, kalau tiba2 kawan terlepas ke sana ke sini tu, "I'm happy for you" sudahlah. Tak perlu nak buat2 terkejut dan perli2.

Rezeki masing2 dtg dalam pelbagai bentuk, sama la dengan dugaan jugak.



Salah Erti

$
0
0
Assalamualaikum.

Orang tua2 kata, "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Makanya, kalau takut dikritik orang, jangan cerita 'macam-macam' dalam blog. 

Tapi bagi pihak kami pulak, hati-hati menyampaikan isi kandungan blog kepada orang. Silap-silap nanti yang tak sepatutnya terluka, akan terguris hatinya. Sebelum menyampaikan apa-apa, baca la dua tiga kali dulu sampai betul-betul faham, barulah buat keputusan menyampaikannya. Dikhuatiri disalahertikan.

Saya agak terluka hari ini. Lepas satu, satu dugaan datang. Mungkin orang tak tahu apa dugaan yg mendatang kat saya sekarang ni sebab saya tak cerita pun. Kalau cerita pun basic2 aje, dalam nada biasa2. Jadi, kedengarannya macam dugaan tu biasa-biasa aje sebab expressi muka yang biasa-biasa. Tapi kehadrat illahi saya memohon agar cepat2lah dugaan ini berakhir sebab saya tak tahu sampai bila saya mampu bertahan. Saya khuatir kalau2 saya tak cukup kuat untuk terus bersabar lagi.

Tapi setakat waktu kini, insyaAllah saya ok.

***










Viewing all 514 articles
Browse latest View live




Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.