Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all 514 articles
Browse latest View live

An-Namimah Si Pengadu Domba

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ini entry agak serious. Kita sama-sama ambil iktibar sebab sebagai manusia biasa yang terkadang lalai, saya sendiri selalu buat salah, dan masih belajar.

Satu topik majlis ilmu yang di-share kepada saya iaitu "silaturrahim yang merosakkan". Tidak semua silaturrahim itu adalah baik. Maka oleh itu, kita disarankan untuk berjauh diri daripada orang-orang yang hanya boleh merosakkan kita. Kalau uols ada persoalan lanjut tentang silaturrahim ini, sila rujuk guru mursyid yang alim dalam persoalan ini. Saya tak dapat nak hurai sebab kalau salah penyampaian nanti jadilah fitnah.

Saya juga 'ada' menjauhkan diri dari orang-orang tertentu. Kebanyakannya adalah golongan yang suka menyakitkan hati, perli2, sarkastik dan suka sampai-menyampai. Pantang berjumpa ada aje cerita yang nak disampaikan. Paling buruk bila ada ayat sebegini, "Dia cakap pasal kau..... bla bla bla......" bagai satu perlagaan antara satu pihak dengan pihak yang lain. Kesakitannya dan kemusnahan yang berlaku hanya memakan masa SESAAT. 

Ayat 6 Surah Al-Hujraat:

Ertinya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".

Juga disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat Hudzaifah al-Yamani r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, 

"Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba".

Mengadu domba adalah perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua pihak. Sikap suka menyampai cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang hati di pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahulah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan sama ada perkara itu tidak disukai oleh orang yang menyatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ke tiga (orang yang dikatakan).


Apalagi kalau salah penyampaian, salah intonasi, salah maksud... bukankah lebih parah jadinya?

Saya dah jumpa orang yang sebegini. Meh cerita sikit pengalaman...

Pada suatu hari yang indah, saya yang sedang berada jauh di sinun, menerima satu sms daripada si A ..... ia merupakan satu perkhabaran tentang si fulan B yang diamanahkan tentang sesuatu oleh saya. Si fulan B 'agak' terpecah amanah sedikit tetapi kalau difikirkan semula ia cuma sedikit kesilapan yang boleh dimaafkan selagi 'amanah' itu tidak rosak.

Melalui penyampaian yang kurang cantik itu, membuatkan saya berapi. Lalu saya reply sms A menyatakan rasa tak puas hati saya tentang sikap tak amanah B.

Nak tau apa A buat?

A forward sms saya ke B tanpa rasa bersalah. 

Nampak permainan A? Bagai menunggu bahan daripada saya untuk disampaikan pula kepada B. Dan ini bukan sekali, berkali-kali ia berlaku sehingga saya say goodbye kepada A. Semoga kamu sentiasa berada dibawah rahmatNya. Itu doa saya kepadanya. Hilang saya dari hidupnya mungkin takkan mengubah apa-apa untuk dia, tetapi kurangnya si A dari hidup saya banyak memberi manfaat kepada saya. Syukurlah rumahtangga saya tak bergoncang akibat sikap manusia2 sebegini sebab John sangat menolak si pengadu domba. Pernah terjadi pada suatu hari yang kurang indah, seseorang mengadu domba tentang saya kepada John melalui sms. John tak respond pun sebaliknya bila dia balik, dia terus capai handphone saya dan check sms yang saya terima. Kebetulan saya tengah menangis masa tu. Terus John 'arahkan' supaya saya jauhkan diri daripada orang tersebut. 

Sikap John sedikit sebanyak saya contohi. Ada juga si pengadu domba datang kepada saya menyampaikan tentang John. Mujurlah kami tidak berahsia antara satu sama lain. Kebanyakan hal saya tahu walau saya tidak terlibat secara langsung. Saya tidak terus percaya atau melenting. Sebaliknya saya mulakan dengan bertindak secara berhemah. Berbincang, bertanya. Mujur tidak ada yang cedera dalam hal tersebut. TETAPI perkara tersebut memberi kesan kepada saya sebenarnya. Saya mengambil masa jugak untuk hati dan fikiran kembali tenteram. Terima kasih kepada pengadu domba. Semoga Allah s.w.t. merahmatimu.

Mungkin orang tak peka yang sikap suka mengadu domba boleh mengakibatkan kesedihan, kehancuran, perbalahan, roboh rumahtangga dan sebagainya. Oleh itu jauhilah sikap ini. Hentikanlah sampai menyampai apalagi kalau tak jelas maksudnya.

Sekian.







Minyak Oh Minyak. Minyak Wangi Best

$
0
0
Assalamualaikum.

Pasti ramai yang masih rasa 'terkilan' bila tengah seronok2 dah kautim bajet nak balik kampung untuk raya nanti, tetiba minyak dikurangkan subsidinya sebanyak RM0.20. Bermakna, bajet raya terpaksa dibuat semula berdasarkan harga minyak petrol yang baru.

Sabar...

Di sini ada satu jalan bagi mengurangkan kos sara hidup. Kalau selama ni kita beli minyak wangi branded pada harga penuh, kini boleh la kurangkan bajet minyak wangi dengan membeli brand yang lebih murah, TAPI BUKAN TIRUAN. Lebih murah, lebih pekat, lebih tahan lama dan botolnya pun cantik, boleh jugak digunakan sebagai HADIAH kepada yang tersayang. Pasti orang yg kita sayang akan bertambah2 sayang.

Hari tu kata nak biz BAJU kan? Nanti... ada aral yang melintang sehingga saya tak dapat nak start lagi. Tapi sebelum itu biar saya mulakan dengan bisnes perfume dulu. Saja menambah koleksi produk dalam www.cucimatashop.com. Tapi jangan risau, saya masih yang sama, berniaga dengan jujur dan amanah.







FM Cosmetics (Federico Mohara) ialah syarikat kosmetik yang besar di Eropah. Wangian yang disediakan juga adalah wangian-wangian inspirasi brand terkenal daripada Eropah seperti Christian Dior, Prada, Hugo Boss, Nina Ricci, Chanel dan lain-lain.

Apa yang menariknya FM ni hanya menjual Eau De Parfum (16% kandungan pati haruman) dan Parfum (20% kandungan pati haruman). Takde Eau De Toilette (kandungan lebih rendah) atau Cologne.




Harga? Kalau branded2 ni harga memang cekik darah. Paling-paling pun diorang jual EDP. EDP dah empat lima ratus. Kalau EDT dapatlah murah sikit. 

Contoh: melalui sebuah butik online terkenal ni, harga Nina Ricci : Ricci Ricci untuk EDP 50ml ialah RM240.00.  Saya pernah beli ni. Memang sexy bau dia. Besttt......




Tapi kalau FM punye?




Parfum (lebih pekat daripada EDP), 50ml, botol pun cantik. Harga? Harga asal FM305 ni ialah RM102.50 saja.  Tapi kalau rasa-rasa nak diskaun 20% - 25% tu boleh la PM saya secepat mungkin ok heheheheh. Whatsapp laju2 kat nombor saya yang baru sini: +601132307303.  Ada satu je untuk harga spesel ni. Shipping nanti tambahlah sikit dalam RM5. Saya balut tebal2 supaya tak pecah.

ADA LAGI.......

Yang ni haruman best daripada Cacharel.

EDT 

EDT


Tapi FM punye lagi best. Bauan yang sama, 50ml PARFUM. Harga biasa RM105.00 tapi macam kat atas sana jugak, ada harga spesel untuk yang Whatsapp laju2. +601132307303.





LAGI?


Yang ni best ni.... semua bestlah!


Thierry Mugler : Womanity ni bau dia memang mengancam sungguh. Rasa macam nak ambik semua perfume ni buat pakai sendiri hehehhehe. Tengok harga asal berapa? RM451.00  EDP 50ml, dpt la 1 body lotion dan bag yang belum tentu kita pakai. Lps diskaun dapat harga Rm285.50. Pada saya ia masih cekik darah.

Jom beli dari saya yang ni.... bauan yang sama, PARFUM tapi 30ml. Sebab perfume ni mahal..... kilang jual mahal kan? Sangat ekslusif bau dia. Harga market RM102.50 dengan botol yang menarik. Contact saya cepat untuk harga spesel. +601132307303.




LAGI?

Inspirasi oleh Christian DIOR Escale A Pondicherry, ......



Kalau dah namanya DIOR, memang tak pernah murah. Paling tak syok bila dia EDT saja. Nak kena renew beberapa jam sekali. Harga amboi.... pengsan.

Tapi meh tengok ni...




Harga normal RM105.00. Cepat2 whatsapp saya di +601132307303



Saya jual....



50ml PARFUM. Harga RM92.90. Cepat2 whatsapp saya, mana tau ada harga menarik.

Dan akhir sekali, dari koleksi Classic.... koleksi Classic ni botol dia biasa aje. Sama semua. Harga pun RM67.90. Insipirasi Naomi Campbell Neomagic.

kanan sekali -------> Classic

OKlah. Saya tunggu tau. Kalau lambat nanti melepas. Kalau takmo whatsapp sebab malu ke... boleh email saya di: impianaayl@gmail.com


105 samples





InstaShoppe Cucimatashop

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah gian nak berjual beli macam tahun2 dulu. Dulu bermula tahun 2008 saya dah mula meniaga online kecil-kecilan. Sekarang saya rasa saya nak aktif balik macam dulu. Apa saja yg boleh saya jual, saya nak jual.

Jom singgah kedai saya. Dah bertahun (kadang-kadang bersawang) wujud dalam alam maya ni. Sayalah peniaga online yg boleh anda percayai.....

RM88.00 estimated arrival 18 November 2014


RM35 estimated arrival 12 November 2014

Bukan setakat ini... ada barang lain jugak. Ada beg preloved Burberry Golderton saya jugak hehehhe... 




Dan ini instashoppe saya: CUCIMATASHOP. Sila la folo....




Mohon beri sokongan.....

Terima kasih..

Usaha

$
0
0
Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Dah pukul 1.20am. Patutnya saya ni dah masuk tidur tapi sejak meniaga balik ni, memang waktu malam ginilah saya nak cari barang, post gambar dan sebagainya. Siang2 terlalu banyak kerja rumah nak dilayankan tetapi tetap juga saya usahakan untuk menjawab segala whatsapp yang masuk dan post mengepost gambar ke Instashop saya tu: cucimatashop.

Cerita pasal meniaga ni, terus terang saya bgtau, sebenarnya bila saya buat keputusan untuk kembali aktif meniaga online ni, saya agak gementar sikit sebab bukan hanya kerana saya dah lama tak meniaga, saya risau dengan penerimaan kawan2 mahupun orang sekeliling. Masa awal2 saya promote produk saya, langsung takde yang menyahut. Dalam grup Whatsapp takde langsung yg bebunyik ek ke uk ke... padahal kan dalam grup tu dikira kawan2 rapat. Paling tidak pun apa salahnya respon walau dengan emoji ibu jari ke atas. Saya tak paksa beli. Paling2 pun, dengan respon emoji yg positif (walau tak order apa2) boleh kasi saya semangat positif jugak. 

Tapi tak semua grup la macam tu. Ada grup lagi satu yg ada cuma 3 orang aje, sorang kawan terus order, seorang kawan lagi respon dengan baik, kata nanti kalau brg dia dah habis, boleh le order kat saya. Jadi, kekecewaan yg tadi dah dicover dengan yg ini. Alhamdulillah. .... masih ada gak harapan untuk saya.

Orang sangka kami ni dah kaya kot padahal dalam meniaga (walau meniaga juta2 sekalipun) pasti ada naik turunnya. Orang tak tahu, kita aje yang tahu. Belum tentu yang dilihat dengan mata kasar itu adalah realiti. Kadang2 Allah menguji dengan dugaan maha hebat sampai kita sebagai hambaNya tak mampu langsung nak melawan. Dah pegang title jutawan pun kalau Allah nak uji kita sampai jatuh tersungkur  sampai habis semua simpanan, habis semua harta, memang tidak mustahil. Kadang2 kita siap beringat2, simpan duit baik2, takmo nanti kemudian hari nanti susah. Tapi, kunfayakun, kalau Dia kata Jadilah, maka Jadilah ia. Tak boleh lari ke mana.

Bezanya ialah, bagaimana kita menghadapi situasi sebegini? Adakah kita akan marah2, tension, sangka buruk pada Allah ataupun kita bersikap positif, yakin yg dugaan itu adalah kerana Allah menguji hamba yg Dia sayang, menguji supaya kita tak lalai dan lebih berhati2? Mana satu? 

Kita ada pilihan. Pilihlah mana satu.

Saya suka memilih yg ke 2. Dan saya juga yakin bahawa pembaca blog saya akan tau apa sebenarnya yg sedang saya hadapi. Alah biasalah hidup kita sebagai manusia ni mcm2 dugaan ada. Bak kata John, kalau tak mahu diberi dugaan lagi, berhentilah selawat, berhentilah berzikir... bukankah dugaan itu diberi di dunia kerana nak meringankan azab di sana nanti? Dan terima kasih kepada John yang terus menerus menyuntik semangat dan menyuntik sikap positif dalam rohani saya. Alhamdulillah walau diberi ujian sampai tahap tercekik pun kami masih mampu tersenyum dan makin rapat antara satu sama lain. Kami adalah penguat sesama kami. 

Berbalik kepada bisnes online, saya sangat bersyukur walaupun mula2 orang tak heran, dari sehari ke sehari kawan2 mula menunjukkan minat. Instagram cucimatashop pun makin ramai follower termasuk anak2 remaja. Setiap hari ada aje order. Walau untung RM10 pun dah rasa sangat puas. Teringat pesan kawan saya yg berjaya dalam bisnes restoran Arab dia di Langkawi, "Jangan tinggalkan sunat dhuha, kerana insyaAllah rezeki datang tanpa kita sangka". Walaupun kita solat sunat tu bukan semata2 nak kasi rezeki masuk, tapi dalam situasi yg sangat mendesak, kita sebagai hamba yg lemah ni pasti ada sedikit harapan dalam hati supaya Allah bukakan jalan dan pintu utk kita betul tak? 

Sehari dua lepas, satu ayat buat saya tersentak. "Biarlah org nak kata kita tamak sekalipun,..... bla bla bla....". Errr adakah saya (yg org fikir kaya raya ni) kelihatan tamak bila saya mula meniaga? Takpe... takpe... kita tak jaja kesusahan kita kat orang. Biarlah apa pun pandangan orang kat kita. Yg penting kita ikhlas melakukan sesuatu, tak aniaya orang. Saya juga berazam utk terus meniaga walau John jadi bapak kaya sekalipun. Takde salahnya. Saya juga nak latih anak2 saya meniaga. 

****

Sekarang ni, bila saya mula start meniaga balik, saya juga mula buat meniaga dropship. Trend sekarang nilah. Saya tak hadkan diri saya untuk meniaga atas angin begini, saya usahakan juga mencari2 peluang yg lebih baik, apa yg boleh saya buat pada masa hadapan. Mungkin lps ni saya boleh jadi tokey dropship pulak? Saya bawak masuk sedikit demi sedikit barang utk test market.

John pulak masih terus dengan kerja dia. John juga yang ambil alih bisnes Elken drp saya. Saya hanya boleh bekerja dr rumah saja sebab anak2 lebih utama. Tak bolehlah dua2 mak bapak keluar sementara anak kat rumah terabai. Maid pun xde. Cita2 John (katanya) nak jadi speaker kat Elken. Tapi sebelum jadi speaker, kena ada grup sale sebanyak 100k dulu hihihi. Nak kena bina lagi rangkaian sampai betul2 kukuh. Ujian yg mendatang bukan untuk melemahkan, tetapi menguatkan. Janganlah buruk sangka dengan setiap ujian yg diberi. Dan jgnlah hilang rasa syukur kita terhadap setiap apa yg pernah terjadi. Walau apa pun, setiap yg berlaku itu adalah nikmat yg tak terhingga. Kalau kita terus bersyukur, dugaan yg diberi pun akan terasa kemanisannya. 

Saya sangat bahagia. Bahagia bila dugaan yg datang menjadikan saya dan John lebih mengenali hati budi masing2. Makin sayang menyayangi. 

Kesimpulannya, senyum aje. Usaha, doa dan tawakal. Pastu, jagalah tutur kata, jgn sampai terlepas kata. Mungkin ada hati yg akan terluka.


Jom shopping... www.cucimatashop.com


ATURAN MASA DAN ANTISIPASI

$
0
0
Assalamualaikum.

Sekarang bermulalah kesibukan terover yang melanda diri. Sebelum ni dah sekian busy, sejak meniaga tambah la busy. Drama Korea seminggu 3 kali je layan. Sekali layan sampai 3-5 episod. Tidur dikurangkan paling lama 4 jam aje. Eh eh ada orang lain yang hadap Korea tak sudah-sudah, John skrg pantang ada masa terluang, drama Korea yang dihadapnya. Rasanya dia dah setel 3 - 4 drama kat dramacool tu. Saya ni tak sudah2 walau 1 cerita hahaha. Maklumlah Good Daughter, Hana tu seratus lebih episodnya. Tapi time kerja, John henjut habis-habisan. Fight!

Makin bertambah umur memang makin banyak benda yang boleh dijadikan panduan dan sempadan. Kalau dah tua-tua masih tak reti-reti nak ambik iktibar, susahlah nak cakap. Betullah, org kata bila umur 40, satu persatu kesilapan yang pernah kita buat akan mula menjenguk main ba-ba chak ke dalam hidup kita sekarang. Kadang-kadang tiba-tiba teringat aje. Aduhaiiii... berdosanya rasa. banyaknya siap yang pernah saya buat. Banyaknya dosa yang saya tanggung. Rasanya kalau sembahyang seribu tahun pun belum tentu tercover semuanya. Tapi yakin, Allah maha pengampun. Semoga saya, dan kita semua akan mendapat keampunan daripadaNya. Semoga masa timbangan amal tu berlaku, timbangan kita berlaku pantas dan mudah.

******

Berbalik kepada aktiviti seharian. Saya sekarang ni kemain sibuk dengan bisnes online. Jual perfume FM Cosmetics, jual kasut, jual baju, jual Elken. Jemput anak tengah hari, jemput anak waktu petang, hantar kelas musik, suruh anak sembahyang setiap kali masuk waktu, suruh anak belajar, latihan, mengaji, masak, mengemas dan banyak lagi (termasuk tidur dan berehat) dalam masa 24 jam. Entah dari mana datangnya tenaga dan kemampuan, saya pun heran.

Namun begitu, saya yakin tentang sesuatu. Baru2 ni saya terbaca di FB tentang pengurusan masa. Menurutnya, 'bacalah AlQuran walau sedikit' setiap hari. Lagi banyak kita baca, lagi mudah perjalanan hidup kita. Betullah apa yg orang tu tulis. Kalau tak silap, ianya petikan hadis. Yang mengatur masa ialah Allah swt. Lagi banyak waktu kita luangkan untuk solat dan baca Quran, lagi banyak benda yang dapat kita selesaikan dalam masa 24jam. Saya doakan kepada orang yang post petikan hadis tu akan dapat pahala dan kebajikan yg melimpah ruah sebab dah share sesuatu yang sangat bermakna kepada saya. 

FB ni bukan semua tak bagus. Yg layan benda tak baik, buruk la jadinya. Tapi kalau yg ambik benda yg baik, eloklah jadinya. Banyak jugak yg saya dapat daripada FB ni. Salah satu perkara lain ialah tentang 'amalan Rasulullah swt' iaitu tentang makan. "Kalau tak suka jangan dicaci, tinggalkan aje makanan tu'. Yg ni saya banyak nampak style orang-orang kat FB kalau pegi makan luar, tak sedap... ambik gambar, post fb siap CHECK IN nama restoran dan komplen. Dulu mungkin saya pernah buat. Mohon ampun mohon maaf kalau ada. Tapi sekarang berusaha untuk tidak melakukannya lagi. John selalu ingatkan saya, itulah rezeki yg Allah kasi kita hari ni. Bersyukur sudahlah. Saya juga takmo jadi penyebab bisnes orang lain jatuh hanya sebab review tak baik daripada saya. 'Mendapat' pulak nanti, susah hidup. Banyak benda yg perlu kita fikirkan sebelum lakukan apa2. Nak komen kat FB pun kena fikir 100 kali. 

John ajar saya tentang 'ANTICIPATE'. Berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara. Kadang2 tindakan kita yg kurang berfikir tu akan membawa kepada mudarat pada masa hadapan. Oleh itu lebih baik diam daripada tunjuk pandai. 

Semoga kita semua diberkati dan mendapat petunjuk setiap masa.

Amin.


Follow my Instagram: cucimatashop


Jangan Risau, FM Kan Ada!

$
0
0
Assalamualaikum.

Sabtu lepas, masa kemas-kemas bilik, lap2 habuk, saya susun balik perfume saya semuanya. Aiseyman... sedihnya bila semuanya dah tinggal setitik dua kecuali Intuition yg masih banyak macam tak luak tu. Perfume saya semuanya ori, bukan tester mahupun reject kecuali Intuition itulah, yg saya beli online, kononnya reject sebab itu dan ini (packaging - bukan masalah isinya).

Bukan kali pertama pakai Estee Lauder Intuition. Tapi stok reject ini baunya mcm terlebih. Tu yg tak larat nak spray. Silap2 nanti orang lari takmo dekat. Itulah kali pertama dan terakhir beli perfume 'reject' ni. Tah betul reject ke tak, entah2 tiruan. Bukan setakat bau terlebih, kalernya juga terlebih kuning. Saya rasa saya dah kena tipu. Sebab tu tak pakai2. Tapi tak buang2...

kaler yg sepatutnya. Light aje


Elizabeth Arden 5th Avenue, Marc Jacobs Daisy, Elizabeth Arden Green Tea, Calvin Klein Escape, Giorgio Armani Acqua Di Gioia, Fendi, Gucci Premiere, Bvlgari, Salvatore Ferragamo Signorina dan Miss Dior Cherry... HABIS! Nangisss!!!


nampak tak betapa kuninnnn nye Intuition itu? Penutup pun macam pelik.

Tepat pada masanya, saya bermanja semula dengan FM Perfumes. Mungkin ada yg kata kalau beli yg reject atau tiruan tu harga dia macam FM Perfume jugak sebab murah. Botol pun sama macam yg ori kat kedai. Tapi kena ingat, kalau perfume tiruan (dan reject yg entah2 tiruan) ada yg kata kandungannya merbahaya. Boleh buat kulit jadi rosak. Jadi sebab itulah saya elak-elakkan untuk beli yg tiruan hanya kerana nakkan botol yg sama dengan ori.

FM Perfumes ni sebenarnya kualiti dia sama dengan ori designer perfumes. Manufacturer adalah salah satu manufacturer terkenal yang buat perfume ori designer brands ni. Bezanya ialah FM Perfumes tidak menggunakan celebrities untuk promote produknya. Ia berasal daripada Eropah (bukan China). Yg lebih best, FM Perfumes hanya jual EDP (eau de parfum) yg kandungan perfume 16% dan parfum (kandungan percentage perfume 20%). Takde Eau De Toilette (EDT) yg kandungan perfume 8% saja. Cukup konsentrasi dan tahan lama. 


Setakat ini, saya mampu collect 2 aje. Alhamdulillah ok la tu. Yg kaler hijau tu inspirasi Nina Ricci : Ricci Ricci, parfum 50ml dan yg pink sweet tu inspirasi Lancome: Magnifique, 50ml parfum. Dua2 sangat best. Kualiti memang awesome macam designer brand sebab takde bau tengik yang memeritkan hidung. Bau dia mmg sama dengan designer brand. Senang kalau orang nak order. Bagi aje nama, saya carikan code dia. 

Paling best ialah harganya. Paling murah ialah koleksi classic yang botol dia simple aje, 50ml EDP. RM67.90 sebotol. Kalau yg mahal sikit tu, ada RM92.90, RM97.20, RM102.50, RM105.00, RM137.00 untuk botol2 yg lawa2 saja. Paling mahal ialah RM137 koleksi French with pump. Macam zaman dulu2 punye perfume, pakai pam.


inspirasi Paco Rabanne Lady Million

Yg Lady Million tu saya pernah pakai. Perfume malam bawak tidur hehehe. Sexy bau dia. Sesuai bawak tidur zzzzzzzzzzz :P

Kalau nak botol cantik buat cantikkan meja solek, belilah yg koleksi Luxury atau Crystal tu. Lawa. Sesuai buat hadiah jugak.










Lepas ni bai bai perfume mahal... hai hai FM Perfumes......

Tengok list perfume di bawah:



Nak order boleh Whatsapp saya: +601132307303









Tutup Rezeki Buka Rezeki

$
0
0
Assalamualaikum.

John pesan kat saya, "Takyah cerita kat orang keadaan kita..", ....

Kadang2 saya rasa pelik kenapa masih nak tunjuk ok sedangkan kita sememangnya tengah sangat2 tak ok? 

"Masa ni la kita akan kenal siapa kawan yang prihatin, siapa kawan yang sudi membantu, siapa kawan yang hanya dengar dan tengok". Mula2 saya mcm tak ambik port pun sebab kalau orang tau saya dan John tengah teruk pun, biarlah. Buat apa nak selindung2 sebab itu memang kebenarannya. Lagipun bukan tak pernah susah dulu. Berbanding dulu, yg ni tak nampak teruk sangat sebab masih drive kete besau besau, masih ada rumah sendiri, ada pulak satu lagi rumah baru. Rumah baru yg dah jadi rimba sebab xdpt nak renovate lagi haha. Mana harta yg boleh dilebur dah habis kena lebur. Yang tertinggal ni sebenarnya yang tak boleh dilebur atas alasan2 tertentu yang tidak membolehkan. 

Selama hampir setahun dok korek korek sampai habis (sibbaik ada savings)... saya pernah cakap kat John, entah2 Allah nak suruh kita pakai sampai habis sumber kot baru dugaan nak berenti hihihi. Mmg betul la kot. Nekadnya kami melebur itu dan ini alhamdulillah membuka satu persatu pintu baru. Orang kata kalau tak berani berubah, kita takkan dapat benda baru. John selalu kata, ini semua duniawi, sayang..... let it go hehehe. Pada masa yang sama kami mula nampak sifat duniawi secara realiti. Pengalaman ini mengajar kami banyak benda. Apa yang kami pernah cakap, pernah nasihat orang, itu yg kami apply. Bukan sekadar cakap tak serupa bikin. Yg penting, isteri dan suami saling bersatu. Bukan bila takde duit terus jadi gaduh pinggan mangkuk terbang melayang2. Bukan bungkus kain baju cari mak bapak. Biarlah walau ada yg 'menghantar' hantu buat tutup bisnes sekalipun, kami yakin pada bantuan Allah semata. Awak nak sangat tengok saya melingkup laki bini hanya sebab awak dengki iri hati? Skrg awak dah nampak dan dah saksikan. Saya pun saja awal2 dulu hint2 pada org tertentu supaya cerita saya ni sampai ke telinga awak. Saja nak kasi awak senyum lebar2. Senyumlah selagi boleh kat dunia ni ye. Ai tak kisah yu....... :D. Allah ada.

Dugaan kami adalah ujian untuk orang sekeliling kami juga. Dugaan orang lain juga adalah ujian untuk kami. Begitulah hidup kita, yang dikatakan sebagai 'keseimbangan'. Kawan2 dan kenalan sangat ramai. Tetapi yang terpilih untuk mendengar cerita saya, boleh saya bilang dengan jari sebelah tangan. Sama dengan John jugak, tak semua orang tahu keadaan sebenar. Apa yang orang nampak ialah... "Wahhhhh hebatnya abang. Macam mana abg boleh kaya ye?""Mintak share".. dan menjadi tanggungjawab seorang motivator utk membuka peluang2 yang ada yg padahal keadaan diri sendiri tengah macam telo di hujung tanduk. Dari sudut positifnya, sebenarnya itu merupakan satu kaedah John mengembangkan networking dalam bisnes training dan lain2. 

Yg kelakarnya bila balik rumah kami akan cerita balik hal masing2 sambil gelak2. Orang ingat kita kaya... padahal diorg tak tahu betapa tengah fight nya kita sekarang. Dan kelakar jugak bila kita cerita masalah kita kat orang terpilih, orang akan cakap, "Hebat ye, dalam susah2 pun masih boleh senyum, masih strong...". Sedangkan ayat yang lebih menenangkan ialah, "Ada apa2 yg boleh saya bantu?" Hahahahha. Tak bleh blah betul la bila orang pandang kita terlalu tinggi, sampaikan dalam keadaan yg boleh buat orang tak beriman bunuh diri pun orang masih anggap kita hebat.

Namun begitu masih ada orang yang sangat menenangkan saya. Seorang, memang dr kecik mmg tak pernah tinggalkan saya. Tak pernah hilang kepercayaan kat saya, dah 2 kali jadi banker saya. Satu2nya yang saya percaya untuk bantu saya. Dan seorang lagi saya tak penah susahkan dia tapi dalam keadaan skrg ni dia offer diri nak membantu. Tapi saya berusaha untuk tidak menyusahkan sesapa selagi boleh. Ada juga yang bagi perangsang utk saya bersabar dan terus berdoa, ada yang membantu dengan cara order barang. Alhamdulillah saya sangat bersyukur bila saya masih dikelilingi oleh rakan2 yg prihatin. Ops.. saya tulis ni bukan nak mintak loan atau bisnes. Saya sekadar berkongsi rasa. Org nampak saya kuat mengharung dugaan yg diberi tapi jauh di sudut hati, mcm2 perasaan yang saya simpan. Apa yg penting sekarang ialah untuk survive. 

Saya berani tulis entry ni hari ni sebab saya nak jadikan panduan untuk yang membaca. Kalau yg folo blog saya dr dulu pasti tahu naik turunnya hidup saya ni mcm mana. Turun, naik.. turunnnnnnnn, naikkkkkkkkkkkkkkk dan tiba2 menurun, menurun dan menuruuuunnnnnnnnnn. Hidup mcm roda. Allah tak duga saja2 tanpa sebab. Pada masa ini tahap keimanan diuji sekuat2nya. Adakah kami gila harta, gila duit? Duit takde terus tak nak senyum, taknak layan laki baik2? Atau semakin rapat, semakin kenal, semakin banyak senyum dr gaduh? Cuba tanya diri sendiri, kalau tiba2 uols yg hidup lapang diberi dugaan seperti kami, yg kena menjawab fon yg tidak diundang, terpaksa cakap kat anak2, "sekarang takde duit, tunggu ada duit kita beli ye", yang terpaksa tukar menu harian malah ikat perut makan sehari sekali hanya utk jimat makanan kat daput? Dan terpaksa tutup pintu bila guard dtg nak mintak duit bulanan guard? Dan mcm2 kena buat yg tak dpt saya ceritakan disini. Dah mcm bukak aib sendiri pulak nanti hihihi. Hahahahhahaha. Mcm mana? Ok tak?

Kalau tak kena mana nak tau ye tak? Saya doakan uols semua sentiasa dilimpahi rezeki dan dijauhkan daripada musibah dan kepapaan. Amin.

Skrg mmg fighttttt. Pada masa yang sama saya tak boleh tinggalkan anak2 utk cari duit. Apa2pun anak2 adalah priority. John janji nak repair semua balik. Saya tinggal rumah jaga anak. Uruskan rumah. Tapi yg saya dok meniaga2 ni bukan John suruh. Saya yang nak. Dia nak saya terus jadi queen dalam rumah. Queen yg buat kerja rumah kikiki. Kadang2 bila saya fedup hadap kerja rumah yg tak habis2, John tolong sambung. Dia biar saya rehat sampai puas. Kadg2 dia bebel kat anak2 supaya rajin tolong saya. Apa yg pasti, John tak pernah marah, tak baran mcm dulu, malah dia lebih memahami, lebih banyak senyum, lebih tenang. Nikmat sungguh. Nikmat dalam musibah. Bukan semua orang dapat ni. Allah tarik sedikit rezeki utk bukakan rezeki yang lain. Nikmat kan? 

However.....

Tidak bermakna kami akan terus biarkan hidup begini selama lama. Mestilah nak naik balik mcm dulu. Tapi, dengan pengalaman hidup yg sangat berharga ni, kami perlu susun balik hidup kami. Kalau dulu rasa dah elok, sekarang kena laaaagi elok. Uols donwori ye... rezeki kami Allah dah tetapkan. Tinggal usaha mencari aje. Doakan ajelah supaya kami terus tenang menjalani cobaan hidup ini. 

Coobaaaaaaannnnnnnnnnnnnnn........




* antara sebab saya xdapat teruskan bisnes baju blouse saya.... pospon dulu. Modal takde. So ai buat dropship dan jadi reseller dulu ok. Tungguuuu......



Kempen Pegang Anjing

$
0
0
Assalamualaikum.

Sehari dua ni kecoh dan heboh pasal kempen yg tersebut. Suatu program yang janggal utk sebuah negara Islam yang mana telah mengajak rakyat jelata untuk membuang persepsi takutkan anjing dengan menyentuh dan membelai anjing2 pelbagai rupa dan size. Saya tak pegi. Tak teringin nak pergi. Dan tak berapa ambil tahu pasal kempen.. sama ada ia mengajak semua org secara umum atau mengajak org Melayu Islam khususnya? Tapi yg memeranjatkan ialah apabila yg hadir menyentuh dan membelai2 anjing itu rata2 adalah orang2 Islam yg baligh dan kelihatan berakal sihat. Ye la.. orang2 cina dan india dah sah2 biasa dengan anjing kan? Tp mungkin jugak kempen itu mengajak yg fobia anjing tak kata pun utk org Islam.. hmmm... tp penganjurnya Islam.

Ok. Isi entry yg sebenarnya ialah, sehingga kempen dihebohkan, saya tak tau yg menyentuh anjing kering itu HARAM. Serious cakap, masa kat sekolah, ustaz bgtau najis berat itu babi dan anjing tetapi hanya babi dan anjing basah termasuk peluh dan air liur dia itu yg kita kena samak kalau tersentuh. Sertu ke.. samak ke... pada saya semua pun samak. Kat sekolah tak belajar pun perkataan sertu tu. Jadi, ramai diantara kita yg tak tau bahawa menyentuh anjing dengan sengaja tanpa sebab yg membolehkan walau dia kering itu haram tetapi tak perlu samak. Haram bererti berdosalah. Astaghfirullhalazim. Berapa ramai yg pernah gosok2 anjing dengan alasan 'kering'...... cer citer.

Ok sebelum perkara ini dibincangkan dengan hebat, saya yg jahil ni ada bgtau kat grup Andalusia Travel (grup pegi Turkey hari tu) sebelum ustaz Aiman Andalusia jelaskan dengan teliti, yg saya takmo la terlibat dgn kempen tu sebab lebih banyak fitnahnya drp kebaikannya. Ingat lagi pada suatu hari saya up status ttg anjing jiran yg kecik cute tp kuat menyalak dan kuat menerkam yg terlepas ke porch rumah saya. Anak2 nak gi sekolah tergendala sebab anjing tu menyalak melompat2 kat pintu rumah kami. Ada pulak hamba Allah komen status saya persoalkan tentang sikap saya yang mengelak anjing tersebut. Eh eh?  Kau dah kenapaaaa??? Takkan nak bukak pintu kasi dia masuk?

Walau saya jahil.....

Saya elak menyentuh atau tersentuh anjing sebab....

Ok katalah saya bersikap open la sangat dengan anjing. Heloooo anjing kering ok je xyah risau.... tapi cuba tutup mata bayangkan muka anjing. Diorg suka tutup mulut rapat2 atau suka jelir2? Jelir2 kan? Cuba kita jelir lidah kita 5 minit tak katup mulut. Apa akan berlaku? Air liur meleleh kan? Ha. Itulah sebabnya saya takmo anjing terlepas masuk rumah saya walau dia kiut mcm mana pun. Ruang tamu kami tempat kami berjemaah anak beranak. Dah satu keja nak cek titisan2 air liur anjing yg terlepas. Nak kena samak menyamak seluruh rumah jawabnya. Terganggu gugat tak ibadah seharian kalau kita meng-open kan diri tentang anjing ni?

Pastu, kenapa saya elak tersentuh atau menyentuh badan anjing walau kering? Anjing ni dah macam kucing jugak. Jilat jilat. Lepas membuang pun dia bersihkan vontot pakai lidahnya sendiri. Pastu jilat badan sendiri. Pastu jilat tuannya pulak. Adehhh... Masih nak pegang2 ka? 

Banyak betul fitnah yang akan timbul akibat keopenan-minded kita. Nanti org boleh persoal dan pertikai tentang solat kita. Confirmkah dah suci? Yg gi kempen hari tu, Malaysia ni bukan mcm Korea. Sejuk tak berpeluh. Duduk 5 minit kat tengah padang tu confirm peluh mencurah2 kat tangan kat leher kat pelipat kat celah sana dan sini. Anjing pun sama berpeluh jugak. Yg belai2 peluk2 tu confirm ka awak kering 100% tak berpeluh? Adehhh lagi.... waktu solat burn ka atau sempat samak satu badan sebelum solat? Banyak betul fitnahnya. Leceh dan terganggu ibadat.

Ok itu alasan saya yg xmo terlibat dgn anjing. Tp jgn salah anggap. Saya tidak membenci anjing. Jiran lama saya bela 3 ekor anjing besar2. Kdg2 diorg dilepaskan dan berlegar luar pagar saya. Bila anak2 balik dr tadika, cikgu yg hantar tu walaupun berbangsa cina pun takut nak kuar kereta menengokkan size anjing yg besar sama besar dgn cik Rai skrg. Siapa sambut anak kuar kereta? SAYA la. Saya tak takut kat anjing2 jiran saya. Walau besar dan menakutkan, anjing2 tu tak melompat, tak menerkam, jadi saya cuma 'arahkan' dia main jauh sikit dengan isyarat tangan. Paham pulak diorg hehehhe. Anjing liar kat belakang rumah pun saya takde pulak nak benci sampai aniaya. Saya kasi makan lagi ada. Nampak cam lapar je. Kesian. Oleh itu, jgn anggap org2 yg tak open minded ni kejam terhadap anjing. Kami cuma mengelak fitnah.

Sekarang bila dah tau lebih jelas ttg anjing, saya nak ucapkan syukur kepada Allah dan terima kasih kerana kempen ini dah bagi pengajaran kepada umat Islam Malaysia yg kurang arif ttg hukum ini. Cukup2lah kita menghukum mereka yg terlanjur bermanja dengan anjing, anggaplah mereka dah belajar dr kesilapan mereka. Cuma, kenapa tak fikir panjang mcm saya fikir sebelum gi join kempen tu kan? Kalau fikirkan ttg fitnahnya, pasti diorg tak gi join. 

Oleh itu marilah kita gunakan akal yg sihat yg Allah kurniakan ini utk berfikir dgn lebih mendalam. Ingatlah, setiap perkara yg berlaku adalah kerana Dia nak menguji kita. 

Dan.. kita sebagai manusia melalui proses pembelajaran setiap hari, setiap masa. Bersyukurlah bila dalam satu2 musibah itu pasti ada nikmatnya.


Sekian drp saya yang sebenarnya tak alim.

Nota kaki:

Ramai share gambar wanita arab berhijab bwk anjing main kat padang. Persoalannya, adakah semua wanita arab komfom masuk syurga tak buat dosa? Kita boleh ukur ke tahap keimanannya hanya melalui sekeping gambar? Dan kita pulak, mesti ke kena tiru? Tepuk dada tanya iman.



Perpanjangkan Dan Pendapat Yang Janggal

$
0
0
Assalamualaikum.

Salam Awal Muharram.

Dah menjadi trend rakyat Malaysia yang suka main gajet. Join grup wasap daripada grup tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti sampailah ofis dan family.

Baguslah bila saling berhubung mengeratkan silaturrahim. Tapi satu trend yang kurang saya gemari ialah 'memperpanjangkan mesej' tanpa berfikir dahulu. Semenjak ada grup2 wasap dan lain2 kaedah chatroom pesen baru ni, satu mesej boleh menular dengan sangat pantas dalam masa beberapa saat saja. Kalau yang baik, sangaaatt bagus untuk diambil kebaikannya. Tapi kalau ianya berbunyi fitnah semata, bayanglah berapa ramai yg menanggung dosa fitnah tersebut?

Dulu saya juga agak rakus dalam hal-hal forward memforward ni. Alhamdulillah satu hari tu saya kena setepet, ia sememangnya satu teguran untuk saya.

Sehari dua ni beberapa grup wasap diperpanjangkan satu mesej dengan tajuk "Mengapakah Di Malaysia Agama Kristian Berkembang Dan Agama Islam Tidak?" ~ tajuk aje dah buruk.




Ayat2 awal saya baca, "hmm... oo... ye la kot.....", tapi bila sampai ke tengah, saya mula berkerut dahi...




Saya sangat kecewa baca ni. Siapalah agaknya yang menulisnya. Apalah agaknya masalah yang sedang dia hadapi..... Kekeliruan apakah ini...? Kenapa nampak 'kemuliaan' mubaligh kristian manakala hatinya sampai tertutup untuk melihat kemuliaan dan keindahan agama Islam, agamanya sendiri? Kalau segala tentang dakwah itu dipandang negatif, bagaimana caranya nak bukakan hati orang ini agaknya? 

Pastu ada pulak yang mudah terpedaya sampai sanggup share kat wasap grup (tanda setuju). Benda ni harus dihentikan. Sebab tu saya tegur kawan saya, agar berhati2 jangan sampai terlibat dalam fitnah ini. Sebab tu jugak saya buat entry ni. Bukan nak tunjuk alim wahai sahabat2.. kita ni umat akhir zaman. Macam-macam fitnah ada disekeliling kita. THE KEYWORD IS FITNAH. FITNAH. FITNAH. FITNAH BERIBU MALAH BERJUTA FITNAH. 

Sekarang saya dah faham kenapa ustaz suruh saya tambah doa ini dalam solat saya, "Lindungi kami dan keluarga kami daripada fitnah dunia masa kini". Memang betul2 dah faham dah. Kita hidup dalam dunia yang penuh fitnah akhir zaman. Menakutkan. Memang setiap daripada kita buat silap. Tak lari dari berbuat dosa. Tapi kalau ditegur tu, jangan melenting.

Lepas ni, cubalah fikir2kan dulu sebelum share mengeshare. Sharing is caring ni macam 'multi level marketing' jugak. Dari satu orang share ke 10 orang, 10 jadi 100, 100 jadi 1000, dan seterusnya. Benda2 yg fitnah ni kita akan tanggung sampai kiamat. Takutnya....

Tak nampak hebat bila kita jadi orang pertama mengeshare... berdiam belum tentu kerana kita tak pandai atau tak tahu. Adakalanya berdiam itu lebih baik drp banyak bunyi. 

Pastu satu lagi...

Oleh kerana kita manusia yang seringkali terbuat silap.... dah silap jangan pulak berlagak sombong. Tapi kes yg ni bukan org yg buat silap yg sombong... beliau tak sombong, sememangnya beliau ni aktivis yang sangat prihatin. Tapi yg mengulas ni yang kedengaran janggal penggunaan ayatnya....







"Bukan isu besar....."

Hati2lah berbicara apabila ia menyangkut hal2 hukum hakam. Susun ayat jgn megikut emosi. Marilah kita lebih rendah diri.  Marilah kita berubah menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. Kita manusia yg buat silap.... 

Sekian daripada saya yang masih belajar mengawal jiwa dan hati. 

Saya mohon maaf kalau entry saya kedengaran sombong atau tunjuk pandai atau apa pun yg tak elok.  Saya berusaha menyampaikan mesej secara lembut dan tulus.





M E N G E P O S

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah lama tak pos mengepos sekerap dulu. Sekarang dah start nak mengepos balik. Biasanya saya guna Poslaju. Sekarang pun masih guna Poslaju sebab rate yang berpatutan.

Tapi kalau nak pos mengepos, saya kena luangkan waktu untuk memandu lebih 10km sehala. Pastu masa yang terbuang adalah kira-kira sejam pergi balik. Pastu petrol saya juga akan luak. Saya kena TULIS airway bill dengan ball pen, kena tekan kuat2 sebab ada 3 - 4 copy bawah dia. Kadang2 kalau ada byk kiriman, sampai gegel2 tangan menulis. 

Ada niat di hati nak bukak akaun aje dengan Poslaju. Letak deposit RM500, nanti call aje Poslaju akan datang pick up pada rate yg lebih rendah. Tp duit deposit terbenam sampailah kita batalkan akaun. Macam tak aci je. Hihihi. Yg herannya sampai sudah hajat nak bukak akaun tu tak kesampaian. 

Kelmarin saya yg gi mengepos. Parking senang, nak keluar seksa. Sempit. Sibbaik kita dah terel parking pelbagai cara mahupun mereverse jauh2 dengan jayanya. Tapi terasa la penyeksaan. Semalam abg John offer singgah Poslaju. Selamaaat. Hari ni ada parcel lagi nak dikirim. Dah hari2 nak ke Poslaju macam tak berapa praktikal. Saya pun saja la mencari2 apa opsyen yang ada yg boleh saya gunakan bagi menjadikan hari2 saya lebih produktif.

Dan saya terjumpa ini (sebelum ni dah jumpa tp tak layan):


Easy parcel bukan syarikat kurier tapi merupakan wakil kepada syarikat2 kurier yang mengambil bahagian iaitu Poslaju, Airpak, Nationwide, DHL dan Skynet. Easyparcel akan uruskan parcel kita. Dan yg best tu kita ada pilihan nak pilih syarikat mana. Harga juga ditunjuk. Airwaybill kita print sendiri. Takyah tulis pakai pen, kita tekan keyboard aje. Tapi kita mesti tahu berapa berat (gram/kilogram) brg yg kita nak kirim sebab nanti nak buat pengiraan harga.

Kali pertama daftar, kita diberi RM25 credit percuma. Best betul... kebetulan minyak petrol kereta dah mintak top up. Kalau saya gi Poslaju memang kena top up minyak dulu. Nak mengepos mcm2 pulak nak kena buat ye? Belum duit pos lagi. 

Hari ni saya jimat. Jimat masa, tenaga dan duit jugak. Pos hari ni percuma.

Lepas ni kalau RM25 habis, macam mana?

OK... Easyparcel ni guna sistem prepaid. Bukan deposit yg benam duit ye. Serendah RM100 kita top up, dah boleh guna servis Easyparcel ni. Kalau nak jimat besar ambik la pakej RM1000 tu. Pastu mengeposlah sampai lebam kan.



Sekarang semua pun online. Minyak naik RM0.20, otak kita pun kena cergas cari jalan utk jimat bukan RM0.20 seliter tapi lebih banyak drp itu. Antara jawapannya, Easyparcellah.



Kalau ada masalah masa nak menguruskan airwaybill, boleh chat dengan 'cik' rambut kuning kat sudut kanan bawah tu. Tadi Cik Amanda yg assist saya. Sangat cemerlang servisnya.

OK jgn lupa gunakan RM25 free tu ye hahaha.  -------->>>>> EASYPARCEL




DROPSHIP

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ni saya nak cerita pasal bisnes cara baru. Namanya bisnes dropship. Dah bertahun sebenarnya bisnes jenis ni dah diamalkan peniaga-peniaga online. Sebab itulah kalau kita bukak FB atau IG, ada ramai peniaga yang meniaga barang yang hampir sama. Dan kadang2 mesti ada yang pelik bila kita tahu peniaga tu tinggal kat KL, bila barang sampai kat pembeli, alamat pengirim adalah dr Kedah. Macam mana tu?

Konsepnya mudah sebenarnya....

google


Anda adalah peniaga. Peniaga akan memasarkan barang yang dijual. Tetapi peniaga TIDAK simpan stok, tidak terlibat dengan pos-mengepos. Peniaga hanya memasarkan barangan syarikat SINAR NIAGA (pemborong/wholesaler). Bila ada PEMBELI, pembeli akan berurusan dengan peniaga. Bila setuju, pembeli akan bayar ke peniaga. Harga yang ditetapkan adalah harga runcit.

Kemudian untuk proses seterusnya, peniaga akan buat tempahan di SINAR NIAGA iaitu pemborong. Peniaga akan buat pembayaran (harga borong) kepada pemborong. Kalau tadi jual harga runcit (RM100), dengan pemborong harganya cuma RM80. RM20 adalah untung buat peniaga. Pemborong juga yang akan menguruskan hal shipping barang kepada pembeli. Mudah, kan?

Kita tak boleh kata peniaga ni 'untung atas angin' sebab mereka ini ibarat Marketing Executive untuk syarikat pemborong. Nak upload gambar, nak cari suppier, nak soal jawab dengan pembeli, sehinggalah barang sampai ke pembeli, selagi barang belum sampai selagi tu peniaga susah hati.

Kebaikan bisnes dropship ini ialah peniaga tak perlu simpan stok, tak perlu import barang, tak perlu berurusan dengan syarikat pos. Biasanya peniaga tidak hanya terikat dengan 1 pemborong, pastu akan ada lebih 5 pemborong. Pastu peniaga yg berjaya adalah yg rajin, sentiasa upload barang baru, rajin layan pertanyaan pembeli dengan ramah tamah. Kalau kita buat apa2 pun mmg kena rajin. Kalau tak rajin takkan ke mana pun.

Selain daripada mengimport barangan daripada luar negara, saya juga kini buat bisnes cara dropship. Ada beberapa pemborong yg saya pilih untuk pasarkan produk mereka. Ada pemborong yang mengamalkan sistem prepaid kepada peniaga. Contohnya kalau nak beli barang mesti ambil paling kurang 8 atau 10 barang baru boleh checkout dan bayar. Kalau nak beli satu2, belilah Top Up, contohnya RM500, RM1000, RM5000. Bila kita dah ada akaun ni, setiap pembelian akan pemborong deduct daripada akaun tersebut. Lagi besar akaun, lagi besar juga diskaun. Maknanya lagi besar modal lebih banyak penjimatan. 

Mungkin cara itu membantutkan peniaga2 baru yang tak berapa ada modal untuk memulakan perniagaan. 

Oleh yang demikian, DI SINI SAYA NAK BUKA PELUANG PERNIAGAAN KEPADA UOLS, YANG MANA TERINGIN NAK CUBA BISNES DROPSHIP TAPI KURANG MODAL, DAN MUNGKIN NAK TAMBAH DUIT POKET, NAK BANTU SUAMI SEBAB BRG DAH MAKIN MAHAL, ATAU SAJA UNTUK MENGISI MASA LAPANG.

Saya berbesar hati nak mengajak anda join grup dropship Cucimatashop. Barangan yang saya pasarkan adalah aksesori wanita seperti kasut yang cantik-cantik, perfume, beg tangan berjenama yg ori, yg inspired, yang brand Korea dan yang tiada brand pun ada. Baju2, jaket, sweater, malahan produk makanan pun ada cuma skrg belum dapat dipastikan mcm mana nak mengirim makanan tersebut melainkan uols beli borong barulah sesuai untuk saya hantar.

Kalau ada yg berminat boleh hubungi saya terus melalui Whatsapp atau Telegram. Saya ada sediakan 2 grup sama ada whatsapp atau telegram, mengikut pilihan masing2. Setakat ini grup saya masih freshhhhh.... siapa cepat dia untung hehehe. Kebaikan join grup saya ialah saya bukan hanya wakil pemborong (yg kena bukak akaun tu) saya juga memang pemborong. Setakat hari ni masih pemborong kecil-kecilan, nanti insyaAllah lama2 boleh jadi pemborong besar-besaran. Sifu saya (John) akan jadi penasihat. Uols tak perlu nak bayar yuran atau beli prepaid top up tu. Order aje satu2 pun boleh, bayar nilai yg sepatutnya dan saya akan urusakan penghantaran kepada pelanggan uols. Mudah kan?

Boleh layan page FB cucimatashop di sini: www.facebook.com/cucimatashop119

Saya update page FB Cucimatashop setiap hari dengan produk baru. Tapi sebelum saya update, saya akan post dulu kat grup untuk semua wakil dropship saya. Page FB Cucimatashop boleh uols gunakan sebagai rujukan nak letak harga barang. Pastu uols dah boleh start meniaga. Untuk wakil yg rajin, byk sale insyaAllah akan ada give away daripada kami. 

Cara dropship bersama CUCIMATASHOP:

1. Pasarkan kepada kawan
2. Pastikan brg yg pelanggan nak beli tu AVAILABLE (contact saya secara peribadi di Whatsapp)
3. Dah confirm barang tu available, minta bayaran (termasuk duit shipping) daripada pelanggan
4. Serahkan tempahan (order) tadi kepada saya secara peribadi (bukan di grup) dan buat pembayaran kepada saya
5. Bila saya dah sahkan pembayaran, saya akan uruskan selebihnya. Duit untung hasil sale tadi boleh disimpan atau belanja :)

Lagi banyak sale, lagi banyak untungnya kan? 

Hubungi saya di sini untuk join Dropship/Reseller program (Whatsapp / Telegram):

+601132307303 (Lya)

Sama2 kita jayakannya.

InsyaAllah.






Kedai Baru Dan Hadiah Harijadi

$
0
0
Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya melangkah ke satu step lagi. Sebenarnya ini la benda yg saya berangan2 nak buat sejak dulu. Nak bukak kedai online atau webstore!!!!!!

Kalau ikut angan2 ni nak la berjaya mcm Zalora tu tapi ye la buat permulaan ni, saya yg bekerja one man show kena la beragak-agak ikut kemampuan diri sendiri ye tak? Rutin surirumah masih berjalan mcm biasa. Tapi saya sangat bersyukur sejak takde cikmed, saya berjaya latih anak dara saya buat kerja rumah. Dan sekarang dah berakal lebih, dah mula tau tanggungjawab sebagai anak sulung yg kena bantu mak bapak. Takyah nak suruh2, tau aje dia bila nak basuh kain, bila nak lipat kain, dan kadang2 saya boleh dengar dia membebel kat adik2 dia, sama aje bunyiknya macam saya membebel hehehhehe.

OK inilah webstore saya. Dulu guna blog buat meniaga. Sekarang blog www.cucimatashop.com bagai tak sesuai nak meniaga dah. Kena ada webstore yg lebih teratur, boleh bayar terus secara online takyah nak wasap2 atau email dah. Ready stock ada, pre order pun boleh.





Kalau ada yg membeli, kena masukkan email address sebab nanti detail tracking akan kami hantar terus ke email. Penghantaran biasanya akan ambik masa antara 3 -7 hari bekerja tetapi kalau ikut kebiasaan, next day dah boleh suruh Poslaju pick up. Lusa insyaAllah sampailah. Untuk pre-order pulak, pihak warehouse kat China memang sangat cekap, process order dalam 2 - 3 hari, pastu diorg hantar tracking info kat saya. Dalam 2 hari lepas pos, brg dah sampai ke KLIA. Hari ke 3 atau ke 4 pihak kurier akan hantar ke rumah saya. Semuanya ambik masa dalam 7 hari saja. Kalau ada public holiday baru la ada sikit delay. 

Saya juga dah mula bawak masuk brg2 daripada luar negara. Rumah saya sekarang dah jadi store haha. Habis semua almari saya kumbah sebab nak cari ruang. Ada baiknya jugak sebab kalau tidak entah apa2 yg diorg sumbat dalam almari. 3 tingkat almari semua hanya mainannn?????? Melampau. Mana yg perlu buang, saya buang. Mana yg nak recycle, saya recycle. Bila dah kemas2 macam ni, baru la jumpa balik 'peralatan' membungkus brg yg saya simpan dulu2 masa mula2 meniaga online. tapi kan, ni saya nak bgtau. kalau pembungkusan saya kurang cantik, sebenarnya saya mengamalkan kitar semula. Saya akan guna semula plastik, kertas, bubble wrap, kotak yg saya dapat drp supplier saya. Jangan membazir. Dengan cara itu saya boleh kurangkan kos pembungkusan dan shipping. Mana tahu lama2 boleh kasi free shipping.

Semalam ada dua kasut dah sampai. 1 kasut platform ala Korea yg sangat cantikkkkkk yg menggugat iman saya sebagai peniaga. Sibbaik la size saya takde sebab saya order dari size 35 (4) sampai 38 (7) je. Cutting dia agak kecik jadi saya kena la pakai size 39. Kalau saya nak, kena la order lain kali.










Dan juga boots yg ni sekali....





Boots yg cantik ni tak tinggi sangat heels dia. Dalam dia velvet. Selesa la buat pakai dengan skirt labuh atau jeans. Tutup aurat jugak :).

Ada size 36 (5), 37 (6), 38 (7), 39 (8). Kalau biasa pakai 38, beli aje yg 38 sebab cutting dia standard. Tapak dia tebal, buatan dia pun kemas. Stylo pulak tu. Murah aje tak mahal pun. Kalau kat kedai memang RM100+ atau mungkin hampir RM200. Saya jual puluh2 aje. RM76.00 termasuk shipping seluruh semenanjung Malaysia. Murah kan?



Jom la cuci2 mata kat kedai saya. Kalau suka shopping senyap2 boleh terus klik BUY NOW. Kalau nak tanya2 dulu boleh whatsapp saya kat +601132307303, sertakan sekali screenshot item yg nak ditanya tu ye.

Pastu sukahati saya nak cerita. Sempena bday bulan omputih saya besok, saya cuma mintak abg John belikan saya FM Perfumes dan satu brg lagi untuk santapan jiwa dan rohani. FM318 inspired by Giorgio Armani Acqua Di Gioia (dulu abg John penah belikan yg designer brand punye), dan FM323 inspired by Masaki Matsushima (Mat Femme). 

Pastu bila dah dapat brg2nye semalam, saya letak kat almari mekap saya. Saya tenung botol2 kosong perfume lama saya. Untuk perfume yg saya pernah beli yg botolnya masih ada atas almari tu saya anggarkan belanja dalam RM4,000 tak kurang. Tak termasuk yg botol2nya dah saya buang. Pastu saya pandang FM Perfume pulak, untuk 4 perfume tu kurang RM200 dibelanjakan. Ye la yg mana sebagai ahli dpt free, dpt 50%, dan sebagainya. Boros sungguh kami masa berduit. Hambur ke sana dan ke sini. Lepas ni lebih baik kekal dengan FM Perfume saja. Banyak perfume favourite saya dah mula ada kat FM seperti Chance drp Chanel dan Aqcua Di Gioia (2 tahun lepas takde lagi). Hebat sungguh hikmah yg ditunjukkan. Kita perbaikilah diri sendiri mana yg sepatutnya. Skrg FM dah boleh order online, lagi senang kerja. Dulu sebab nak kena gi HQ utk beli perfume, itu yg sampai expired membership.












Terperanjat tengok perfume yg saya dapat. Yg biru tu FM318, Acqua Di Gioia. Kotaknya sangat cantik sampai tak sampai hati nak buang. 50ml parfum ok. Bukan EDT bukan EDP. Pekat!!! Hanya RM105.00 aje.

Yg hijau pulak lagi la terperanjat saya sebab botolnya besar!!!! 100ml EDP. Puas hati! RM97.20.

Kalau yg branded tu satu perfume EDT pun dah cecah RM300. Apa lagi EDP? 

Link yg saya kasi tu tak cukup pefume lagi saya upload. Si biru dan si hijau belum saya masukkan lagi. nanti saya masukkan. Tapi kalau ada yg berkenan nak beli si biru atau si hijau boleh terus whatsapp saya ye. +6011 323 07 303.

OKlah. Itu aje nak cerita.

Assalamualaikum.


MENGEPOS DAN IKLAN YANG MENYEMAK

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam berkobar nak tulis blog, nak komplen pasal Mozilla Firefox. Sejak kebelakangan ni asyik kuar macam-macam iklan kat penjuru sana, penjuru sini... pastu bila klik mana2 link tetiba dia pergi ke page tah apa-apa. Jadi, terpaksalah saya guna SAFARI je untuk bertenet. Namun begitu ada sedikit keterbatasan bertenent menggunakan SAFARI iaitu, Elken punye website tak boleh bukak sebab dia mintak certificate bagai.... pastu kalau nak order Domino's Pizza pun, SAFARI tak boleh buat pembayaran online, kena guna Firefox jugak.




Baru nak ngomel hari ni tak jadi... sebab hari ni saya cuba guna Firefox, eh eh satu iklan pun tak keluar. Apesal ek???

Fikir punye fikir, rasa-rasanya semalam saya ada buat sesuatu...

- cerita semalam -

Semalam saya cuba masuk ke page Poslaju. Saya nak order 'pick up' untuk 3 parcel yang perlu saya hantar kepada customer. Kenapa tak guna easyparcel? Owh... yg pertama, EasyParcel dah used up quota free RM25 tu (jimat 3 parcel alhamdulillah), pastu EasyParcel lepas ni nak kena top up prepaid serendah RM100 untuk guna semula. Oleh kerana sebagai peniaga yang bijak, saya nak kena la berbelanja secara bijak jugak, jadi walaupun EasyParcel cukup menyenangkan hidup, kali ni saya pilih Poslaju On Demand Pickup sebab dengan 3 parcel yang ada, saya cuma tambah extra RM5 untuk sekali pick up. Caj Poslaju memang sangat murah, tapi kalau hanya ada 1 parcel + RM5 caj pick up, dah jadi la mahal. Bila ada 3 parcel, 1 parcel caj pick up jadi kira-kira RM1.67 saja berbanding EasyParcel yg caj lebihan paling rendah RM1.85 untuk poslaju kurang 500g (sebab hari tu parcel kurang 500g saya kena caj RM7.80 - kalau pegi kaunter poslaju hanya RM5.95 - RM1.85 extra caj untuk EasyParcel).

Pastu, cuba masuk website Poslaju manjang tak boleh. Problem. Nak print consignment note pun tak boleh. Jadi saya tekan saya tekan sini, saya terjumpa la OPTION. Saya DELETE semua cookies. Biskut-biskut yang semakkan mekbuk saya. Memenuhkan ruang penyimpanan mekbuk saya. Itu je la yang saya buat. Tapi bila dah buang biskut2 tu semua, setiap website yang kena log in, saya kena log in balik, dah tak auto log in dah. History semua habis. Takpelah bukan susah sangat nak masukkan id dan password.

Dan hari ni, Firefox saya dah bebas daripada iklan. Yeayyyyyyyyy.....

Itu je la nak citer. Hehehhehe.


Sekecil Kecil

$
0
0
Assalamualaikum.

Sebelum uols salah tafsir, suka saya nak bagitau yang walaupun saya banyak cerita pasal hal 'dalaman jiwa' kebelakangan ini, tidak bermakna saya ni dah jadi sangat alim atau pandai... saya masih sama aje sebagai seorang yang bodoh lagi jahil. Namun begitu, saya sangat suka nak mengeshare dengan uols tentang apa yang saya dapat terutamanya lepas abg John balik dari kuliah malam Jumaat hehehe. Terus terang saya katakan, saya memang ternanti-nanti ilmu baru yang bakal abg John kongsikan kepada saya setiap kali. Dan saya sangat suka jugak nak share dengan uols... benda baik, apa salahnya kan...

Untuk malam Jumaat yang lepas, abg John yang lambat sampai ke kuliah atas alasan tertentu (namun masih hadir untuk meraikan), memang dah missed flight habis la. Kuliah dah habis, zikir pun dah nak habis. Tetapi kehadiran beliau tidak sia-sia apabila abg John ke belakang tu, di dinding ada tergantung frame yang maksud kandungannya sangat mendalam.

Apa exactly tertulis tu mmg saya tak ingatlah tapi huraian daripada abg John adalah begini:

"Pada waktu kita terasa sangat kesempitan, sangat susah, sangat parah, sangat tension sehingga macam dah takde apa nak disyukurkan dah... cubalah renung kejadian alam... pandang langit, akan nampak kebesaranNya, pandang tanah, pandang keliling, hujan, panas, angin, semut, lalat, udara yang kita hirup,.... sebenarnya terlalu banyak nikmat yang wajib kita syukuri. Bukan sekadar kesenangan harta benda, atau kelapangan hidup. Bila kita mula mensyukuri sekecil2 nikmat yang Allah kasi, insyaAllah  sebesar2 dugaan mampu kita hadapi dengan tenang".

Fuuuhhhh.... sangat mendalam tak???? Tak semua orang 'mampu' merasakan besarnya nikmat yang disangkakan kecil (contoh : udara yg kita hela)... dan kecilnya nikmat yang disangka besar (harta benda).

Seperti yang abg John selalu pesan kepada saya, "Back To Basic". Bila kita mula menemui jalan buntu dalam menjalani kehidupan, jom berbalik kepada asas. 

....... 




Oh Mai Ceneeeellllllllllll!!!!!

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita handbag.

Yang ikut blog saya sejak dulu pasti tahu betapa gilanya saya kumpul handbag jenama-jenomo ni kan.  Pantang gi ovesi saya mesti nak ada ole-ole bag untuk dibawak balik. Biarlah tak dapat beli macam-macam janji dapat bawak balik beg!

Sekarang dah lain cerita dia....

Lemari saya dah penuh dengan bag. Kadang-kadang nak bertukar-tukar bag tu macam malas aje. Nak kena panjat kerusi kait paperbag berisi bag kat kabinet atas. Bila tengah sesak2 tu saya ada bgtau abg John nak jual koleksi2 bag saya tapi dibantah keras sekerasnya oleh abg John. "Jangan jual, tu semua kenangan". OK lah tak jual. 

Sekarang ni saya jual beg tanpa brand. Antara RM40 ke RM100+ saja. Dan tak semua bag yang saya jual ada ready stock dengan saya tapi ada jugak yang dropship dari mana2 supplier. Ada satu bag ni, murah aje. Saya jual RM90 dah masuk shipping. Saya cuma tengok gambar. Dalam gambar kemain cantik menawan macam Cenelllll original tu lah rupa dia. Orang puteh kata Too Good To Be True.

Saya pernah email supplier mintak kepastian pasal bag tu. Betul ke gambar tu gambar asal bag yang dijual, bukan gambar stock photo brand 'Ceneeelllllll' yg diambik sebagai panduan? Kata supplier, itulah gambar dan barang yg dijual. Hmmm... tengok harga agent lagilah tak percaya kan. Sebab tulah saya boleh jual RM90 termasuk shipping yg biasanya kos shipping RM8.




Dan tiba satu hari saya dapat seorang buyer utk beg tersebut. Mengikut proses dropship, memang barangnya takkan sampai ke tangan saya. Ia terus diposkan kepada pembeli. Dalam hati dup dap dup dap risau kalau2 kualiti bag tak bagus dan pembeli akan komplen. Tapi bila beg tu sampai kepada pembeli, waaahhhhhhhh bersorak pembeli kata CANTIKNYAAA!!! dan terus whatsapp saya ucap terima kasih. Paling tak bleh tahan bila pembeli tanya sama ada beg tu ori? Uh??? Ceneeelllll ori? RM90? Ini gila cantik punye bag sampai orang sangka ianya ori. Ok Ok saya teringin sangat nak tengok, lalu saya order satu, dihantar kepada saya.







Tadi buyer bersorak. Skrg saya pulak bersorak. Cantik gila bag ni! Betul ke saya jual RM90 je? Memang berbaloilah!

boleh pakai mcm ni

atau macam ni (tali panjang)







Cantik kaaaannnnnn?

Ai dah ada ceneellllll youuuuuu........ sebelum ni asyik berangan abg John belikan saya Jumbo Flap tu... tapi sekarang alahhhh... kalau betul la banyak sangat duit baik guna duit ribu2 tu gi melancong melawat tempat orang kan. bag RM90, gi melancong setahun 4 kali pergggggghhhhh..... hahahhahaha.

Bag ni ada kaler biru dan merah jugak. Tapi oleh kerana beg ni cuma inspired, bukan fake, maka tiadalah sebarang logo Chanel yang boleh dijumpai di beg ni. 








Dijamin puas hati. Kalau uols nak jugak ber ceneeeelllllll macam saya, pakai beg RM90 tapi melancong 4 kali setahun, boleh la order kat saya ni. Wasap aje laju2 sebab dikhuatiri stok abes. 

+601132307303

dan jangan lupa cucimata kat webstore saya.... http://cucimatashop.shoppy.my

Dan kalau rasa2 nak cari duit sampingan macam saya, nak join dropship, boleh la ke www.facebook.com/groups/cucimatashopdropship nanti saya approve sebagai ahli.

Ok uols.... 

*miracle itu wujud

Game Request

$
0
0
Assalamualaikum.

Biasa tak jumpa status orang yang marah2 sebab dapat game request kat FB?

Sebenarnya tak semua request dibuat oleh orang yang disangka dah send request tu. Sebab bila kita dah download game, link ke FB, kita sebenarnya dah klik SETUJU untuk membenarkan apps tersebut post bagi pihak kita termasuk segala yang kita tak sangka pun.


May post on your behalf including songs and radio station you've listened to and more

Oleh itu, takyah nak marah2 kalau ada kawan marah kita sebab kononnya kita hantar request kat diorang. Cara yang baik menangani situasi ini ialah IGNORE aje request tu (bagi yg menerima request). Memang la dia masuk notification tapi biarkan ia bagai angin yg lalu, tak perlu tension2 lah.  Tapi bagi pihak kita yang dimarah ni, ada jalan lain utk elak kena perli atau kena marah.

Boleh bukak apps melalui FB dan gi setting. OFF kan apa yang patut, pastu customize apa yang kita nak.

Instagram pun boleh..... boleh kontrol siapa yang akan lihat post IG kita bila kita link dengan FB.




Lepas ni kalau nak install game, pastikan jangan SETUJU (AGREE) aje semuanya. Sebenarnya masa mula2 nak download pun ada pilihan utk tukar setting ni cuma kita yang sukahati klik Agree tanpa tukar setting ke ONLY ME.

aman damai


OK chowww...

Kopi Dan Skincare Pemutih

$
0
0
Assalamualaikum

Dah 5 hari saya tak minum kopi. Dulu zaman anak dara memang pagi2 pekena Nescafe pekat no sugar tapi creamer secukupnya sebelum mula kerja setiap hari. Pastu lama-kelamaan saya kena low blood pressure pulak, pantang pulak Nescafe. Silap2 pitam. Sejak tu saya kurangkan kopi tp kadang2 minum la Indocafe. 

Bila Elken keluarkan Elcafe, saya menghirup kopi Elken dengan bahagianya. Bila diorang jual White Coffee pulak, lagi bahagia saya rasa cuma harga dia tak begitu membahagiakan. Sekotak ada 12 sachet aje. 2 hari boleh setel. Sekarang saya jumpa kopi baru kat kedai runcit / Aeon Big / Speedmart. Harga ok, senang nak dapat, tak memitamkan kepala. Hari2 saya togok kadang2 sampai 3 mug, 4 mug. Hasilnya, dengan keadaan masa tu yang tak berapa nak hado, skincare pun colek2 pakai hujung jari ala2 malu2. Takut habis cepat... oleh itu muka tak berapa nak glow dah. Tepek bb cream pun nampak bercapuk, foundation pun tak smooth, PENDEK KATA kulit dah tak cantik. Sememeh aje nampak sangat miskinnya aduhai.

Sekarang dengan sedikit rezeki Allah kasi berperingkat demi berperingkat, alhamdulillaaaahhh.... dapat la saya intai2 produk2 skincare yang konon boleh kasi kesan cepat kat kulit kusam saya ni. Entah la sebelum ni saya tak terliur langsung tengok produk2 yang tumbuh macam cendawan tumbuh lepas hujan tu, yang rata2 jenis menggelupas dan meluntur warna kulit, sebab dulu muda2 memang saya pakai Citra Ayu tu. Produk ni mengandungi hydroquinone yang diharamkan oleh kebanyakan negara Asia tetapi tidak di USA. 

Memang masa guna Citra Ayu, kulit saya menggelupas teruk tapi hasilnya memang flawless. Bila Citra Ayu dah takdo, leceh la nak menten. Bila kawen saya pakai skincare biasa aje dan kulit takde pulak jadi lain macam bila tak continue Citra Ayu. Cuma kulit jadi sensitif sikit, senang naik freckles baru dan pigmentation kalau saya tak tempek sunblock secukupnya. Oleh itu kalau nampak saya bermekap2 dalam rumah tu, sebenarnya itu bb cream dengan SPF yg maximum tinggi. Pigmentation muka saya boleh timbul dalam masa sehari aje ok.

Beranak anak kembar masa tengah cikenpox, muka saya teruk dengan parut. Sebabnya kudis2 cikenpox kat sekitar bibir tu yang parah. Dan ada satu lobang yg dalam kat dahi. Saya tak kopek pun tapi sebab mulut kita bergerak utk makan, minum, bercakap dan gelak ketawa, dia terkopek la sendiri lalu meninggalkan kesan yg hodoh. Lalu saya cari la produk pengganti Citra Ayu iaitu apa ek nama dia.... emm... Felisa Cosmetic. Sebenarnya tak pasti brand ni masih wujud atau tak, sebab dah 10 tahun tak beli. 

Saya paling suka sabun tawas dia. Buat sabun satu badan. Putih cerah satu badan, muka pun cerah. Bau badan pun terkawal. Masa tu saya pakai semata2 untuk pudarkan parut cikenpox saya. Dah cerah, terus saya stop tak pakai dah sebab tak tahan dengan pengelupasan dia. Pedih. Owh... yg lobang kat dahi tu, lepas setahun, saya aktif sekejap dengan Elken, saya amalkan satu produk enzim dia bersama spirulina, memang lobang kat dahi tu macam naik baik, hilang parut berlobang tu. Itu la kolagen muka yang terhasil oleh sistem badan lepas saya amalkan supplement yang tepat.

Ok panjang pulak citer throwback dia.

Sekarang, dalam banyak2 skincare yg dipromote dalam Instagram, saya tertarik dengan satu promosi dan iklan TSTA MIRR.. nak sebut pun tak tau sebenarnya. Seller agaknya bizi. Soalan saya seringkali dijawab lambat dan tak lengkap. Soalan - "menggelupas tak?" tak dijawab jadi, saya abaikan aje. Saya beli 1 set pada harga RM150. Bila sampai aje barang, saya bukak...

Jeng Jeng Jeng...



Halamakkkk.... rupa, kaler, bau, tekstur.... memang sibijik Citra Ayu. Ini product hydroquinone ni. Boleh ke saya bertahan ek? Susah gak hati bila terfikirkan muka akan terkopek2. Tapi, ada satu masa pada tahun lepas, salah seorang customer yg beli El Marino Collagen daripada saya ialah seorang doktor pakar kulit. Dia bagi saya chance utk tanya soalan berkenaan kulit. Dan soalan saya antaranya:

"Macam mana nak hilangkan freckles selain laser treatment?"

Jawapan dia... 

"Pakai krim hydroquinone yg dipreskripsi di farmasi dan mesti pakai sunblock paling rendah SPF 35PA++ utk cuaca Malaysia".

Jadi, jawapan doktor ni melegakan sedikitlah. Saya pun start la pakai......

Dah 6 hari pakai memang muka putih cerah, freckles pudar cuma tak tahan kesan pengelupasan dia. Ada org pakai tak menggelupas pun. Saya pakai habis muka huaaaaa. Agaknya dah berbulan2 tak jaga, tak gi facial (padahal ambik pakej - dah bayar habis - mood kaya tu takde - jadi saya peram dulu belen facial tu bila betul2 ada duit nanti - baru hati senang nak tadah muka), muka ni dah tebal kulit2 mati agaknya. 

Tapi 'toner' dia saya memang tak bleh langsung pakai sebab bau dia aje dah macam spirit spirit of the coin hehehhe. Cair pulak muka saya kena acid kang...

Sabun dia, seller kata sabun vitamin E aje. Saya sabun sekali satu badan. Lembut pulak kulit badan rasanya. Semalam bila balik kampung John, lupa pulak bawak eyeliner. Dah la muka macam bengkak aje. Mata sembab sebab terrrr sapu krim sekitar mata (sepatutnya tak boleh). Lantaklah, muka macam sembab aje seharian hehehhee. Hari ni dah ok sikit sebab dah tau cara sebenar guna krim hydroquinone ni melalui YouTube dan Google. Paling menakjubkan saya nampak putihhhh melepakkkk hari ni walaupun comot dengan kulit mati tak habis kopek. Selain kat muka, saya juga sapu di leher dan parut2 badan. Sejak bela kucing, ada la sekali dua naik kegatalan melampau yg meninggalkan parut. Nyampah tengok. Saya sapu la krim sekali kat situ. Dah pudar dah hari ni. 

Pastu kan, saya dinasihatkan untuk tidak minum kopi buat sementara waktu. Minum jus, air kosong banyak2 dan vitamin C. Saya memang biasa consume Ester C Elken yang sangat power (4 kali power drp vitamin C biasa) dan amalkan spirulina. Cuma bila minum kopi tu, zat2 ada yg kena block dek kopi tu. Utk kesan lebih baik, kena la pantang minum kopi. Hasilnya pulak, saya stresssssss kebanyakan waktu. Saya cepat naik angin. Sibbaik John rilek aje layan stress saya. Hari2 tanya saya, "Ayang dah minum kopi hari ni?" mengusik.

Air kosong memang banyak gila saya minum. Kuar masuk toilet dalam 1 jam ada 5 kali. Bagus sebenarnya utk flush keluar toxin dan water retention. Boleh la kurus sekali hehhee.

Tapi kan, sebenarnya masih berbelah bahagi nak teruskan atau tidak skincare ni. Toner memang takkan saya pakai la. Pakai krim ni tak boleh berjemur sangat. Kalau berpeluh dia punye pedihhhhhhhhh.... errrkkkk memang buat naik anginlah. Tapi nak cantik la kononnnn.... kena berkorban ek? Tidaklah. Saya rasa nak pakai kasi habis set ni pastu saya nak stop hehehe. Xmo Xmo! Sakit!

Pastu kan (panjang pulak ceritanya).....

Tadi layan FB nampak kawan upload gambar terbaru dia. Eh eh dulu kulit dia gelap dan tak sekata. Skrg dah cerah dan glowingggggg.... bila ditanya dia pakai apa? Dia jawab, RS.....

Haaa nanti saya cerita. Saya dah jadi agent sebenarnya untuk produk ni. Cuma belum try lagi. 

Tunggguuuuuuuuu.....

testimoni MIRR TSTA






Kopi Dan Skincare Pemutih Part 2

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah masuk hari ke 9 tak minum kopi. Saya teringin tapi tak mahu. Tapi hari ni banyak nak cerita pasal skincare pemutih. Tobat! Memang tobat la. Saya rasa biarlah muka tak berapa cantik sgt janji tak terseksa. Mula2 lepas beberapa hari pakai krim tu saya decide utk tidak meneruskan pemakaian seluruh muka, cuma guna cotton bud dan sapu di pigmentation saja. memang penggunaan yg sangat minima. Memang nampak perbezaan yang ketara sampai abg John pun tegur. 

Cuma yang saya tetap tak tahan ialah kesan pedih ke atas muka saya. Padahal dah pakai seminima mungkin. Krim tersebut sebenarnya berfungsi membantutkan pertumbuhan melanin dlm kulit. Dalam bahasa mudahnya, ia untuk memutihkan. Dulu krim ni dikatakan penyebab kanser tetapi kajian dapati sel kanser merebak hanya kepada tikus, bukan manusia (dengan penggunaan hydroquinone). Namun begitu krim ni berupaya mengakibatkan masalah kulit sensitif, seperti yang alami sekarang cuma tak seteruk masa salah sapu mask expired tu.

Ada beberapa spot kat muka yang naik bengkak dan merah tapi dah baik hari ni bila saya berhenti sapu pada seluruh muka. Pengelupasan pun nampaknya dah habis sejak semalam. Tapi pipi saya masih pedih dan merah. 

Sebenarnya bila muka mula sensitif tu, saya berbalik kepada Elken saya mcm sebelum ni. Saya berhenti gunakan sabun Vitamin E tu (sebaliknya saya buat sabun badan). Saya cuci muka pakai Elken Multi Defense Cleansing Milk, saya berurut guna Elken Eternal Beauty dengan krim urut UPII dan spray muka spring water tu. Selesai semua step ni, saya tempek mask yang saya beli kat Korea beberapa bulan lepas (yg saya simpan tak pakai2). Satu hari saya buat step ni 2 kali. Pagi dan malam sebelum tidur.




Memang 'pemulihan' kulit saya berlaku dengan cepat bila pakai Elken product ni. Mujurlah brg2 ni semua memang jadi hiasan atas almari mekap. Malas betul nak urut2 muka. Bila dah problem baru la tercari2. 

Nasihat saya untuk uols, kalau nak beli skincare kena tanya habis2. Produk2 pemutih kat IG, FB ni semua kebanyakannya ada hydroquinone. Sebab tu diorg jual online aje. Lesen KMM takde. Menggelupas, pedih, silap2 nanti muka tak sensitif jadi sensitif pulak dan lebih mudah naik pigmentasi. Seller2 ni bukan tau apa kandungan dalam krim yg diorg jual. Satu tanda ingredient pun takde kat botol. Dia cuma tulis 'rejuvenating cream, whitening cream'. Silap saya, seharusnya saya tak pakai langsung krim tu. Skrg dah menyeksa diri. Konon2 nak jadi mcm dulu. Saya rasa kandungan hydroquinone dia sangat tinggi berbanding Citra Ayu yg saya pakai dulu. Wallahualam bissawab.

Hikmah kepada musibah ini ialah, saya rajin urut muka pakai Eternal Beauty, saya pakai mask hari2, saya jaga pemakanan dan saya kontrol minum kopi. Saya juga minum air masak yg sangat banyak setiap hari hehehehhe. Pigmentasi saya memang pudar. Tapi pedih muka dan merah2 tu masih ada. Kalau sapu BB Cream setel la haha. 

Namun begitu saya masih nak ucap syukur sebab berkenalan dgn set skincare pemutih tu sebab dalam masa seminggu ni kulit saya kelihatan segar kesan pengelupasan beberapa hari pertama penggunaannya.  Muka saya juga nampak tegang sebab hari2 saya urut dengan EB. Pigmentasi memang banyak pudar. Tapi maksimum seminggu je saya tahan hehehehhe pastu tobat dah.

Lepas ni, saya kena la rajin jaga muka ikut cara lebih berhemah. Takmo pakai krim2 sebarang. Saya takmo muka saya sopak2 bila saya tua nanti. Dan saya takmo jadi orang tua dengan foundation tebal menutup cela2 wajah.




RS

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah habis cerita skincare, saya nak cerita tentang makanan pemutih pulak. baru2 ni kawan saya upload gambar terbaru, amboi berseri2 nampak dia. Masa sekolah orang dok ejek2 kulit kusam dia. lately memang gebus nampak muka dia. Bila ditanya, jawapannya "RS". Apa RS?




Biasa dengar iklan dalam radio?????

Memang hasil dia sangat memeranjatkan. Kata orang dalam masa 3 hari. Tapi depends jugak kat peminum. Kalau hari2 togok kopi 5 cawan memang masalah la sikit. Kalau macam saya berpantang2 insyaAllah boleh cepat cun hehehhehe. Kandungan dia ialah kolagen ikan, delima, buah itu, buah ini, kurma dan lain2. Minum takyah bancuh2, terus nyonyot aje dari sachet. Satu kotak ada 20 sachet, 1 hari minum 1. Diorang kata bagus untuk resdung dan sakit2 badan jugak.

Saya teringin nak try. Walau El Marino Elken tetap bertakhta di hati, saya masih nak try jugak RS ni. Cuma belum ada rezeki lagi ni. Tapi saya dah jadi agen. Kalau uols nak beli boleh beli dari saya. Harga RM180, free shipping ai kasi.






WATSONS Online

$
0
0
Assalamualaikum.

Saya rasa saya tak bagitau skincare apa saya pakai gantikan set skincare yang menggelupas dan memedihkan tu?

Ok lepas saya stop pakai set terkopek muka dan menyakitkan itu, saya hanya guna pencuci muka jenis krim Elken - Elysyle Multi Defense Cleansing Cream. Dan saya hanya guna mesin urut muka Elken - Eternal Beauty dengan Elken UPII Elysyle Massager Cream. Pastu saya tempek dengan facial mask. Pastu saya pakai sunblock dan bb cream.  Dan saya jaga pemakanan, banyakkan air RO, air buah, tak minum kopi dan tak berjemur. Pagi2 walau belum mandi, saya gosok gigi cuci muka sekali, pakai bb cream sekali sebab kadang2 saya berkemas kat luar rumah tu muka plain tak cover dengan sunblock boleh makan masa agak lama gak sampai kelabu muka.

Tapi sebab saya lebih suka kalau ada krim siang dan malam, lalu saya tercari2 apa yang nak dipakai.  Krim2 lama semua dah habis. Gugel punye gugel, saya terjumpa Watsons dalam talian. Itu pun sebab saya nak mengemaskini TouchNGo (kad Watsons yg saya dah upgrade sebelum dia expired sebab tak pernah pakai). Baru la saya tau boleh shopping kat Watsons online aje. Menarik tu. 


Kena daftar dulu, aktifkan guna kod yang diorg send ke talipon, pastu dah boleh la cucimata. Yang menarik perhatian saya ialah set Bio-Essence Tanaka White. Dan best jugak bila tengok ada potongan harga kat semua produk.







OK saya pilih krim siang yang ini. Tanaka White Double Whitening Cream.


Pastu dia suruh saya pilih free gift. Saya ambik RENU sebab skrg ni rajin jugak laram konteklens.

Pastu saya pilih Tanaka White Starter Set, ada serum, pencuci, toner, krim siang dan malam. Tahan la seminggu kot set ni. Eloklah buat set percubaan kan. Kalau bagus boleh beli set penuh.

Hari ni beli, lusa sampai barangnya. Best pulak. Ada macam2 benda kat Watsons Online ni, rasanya macam lebih banyak dari kedai dia haha. Cuma gula2 dan cekelat yang takde dijual. 

Saya pakai Tanaka White mula2 terasa pedihnye bila kena kat kulit yang rosak  menggelupas tu. Tapi lepas seminit gitu hilang rasa pedih. Saya guna siang malam berterusan, sampai dah takde rasa pedih tu dan bila takde naik gatal atau bengkak tu maknanya krim tu sesuai la dengan kulit saya. Baru la konfiden bila ada krim siang dan malam utk dipakai.

Lepas ni takyah buang masa buang minyak untuk ke Watsons. Boleh cari online. Bayar duit pos RM7 je hehehe. 

Dan nak tau tak apa yg saya dok aim nak beli next?





Hehehehehe.

Dan?



Teringin benar nak menelan ni. Ramai yang order dari saya sebab diorg kata kawan2 minum muka glow baru beberapa hari. Dan kata diorang elok utk resdung, sakit belakang dan tidur boleh lena. Wahhhh macam best. Skrg saya dok menderita sakit bahu. Hari tu sakit belikat. Bila saya baca ayat 128 dan 129 surah At Taubah [(128 x 1, 129 x 7) x 7], dan dan tu sakit belikat saya hilang. Majik kan? Kot kot ada yg menumpang eh??? Eeeiiii.... tapi sekarang dah tak amal set bacaan tu (hanya baca dua tiga kali lepas solat) belikat tak sakit dah, bahu pulak (depan) pulak sakit. Dah pindah2 pulak dia. Harap2 takde la yg serious. Badan nak pakai lama ni harap2 Allah izinkan.


Berbalik kepada brg2 yg saya aim tu, semuanya dalam list aje ye. Kita dahulukan mana yang penting dulu. Kalau lauk kat dapur habis, konfom la saya beli lauk dulu. Kan?

OK kepada uols kalau teringin nak Radiance Skincare, boleh wasap saya ye. +601132307303. Biar uols cantik dulu, saya menyusul kemudian aje insyaAllah.


Viewing all 514 articles
Browse latest View live




Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC