Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all 514 articles
Browse latest View live

Fusion Music Studio

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari Ahad, 2 Disember saya sekeluarga ke majlis perasmian music studio milik guru piano anak2 saya, Miss Ong. Miss Ong ni ialah anak kepada guru tadika anak2 saya (Teacher Yong) tetapi dah pencen dah. Beriya2 beliau ingatkan saya supaya hadir dan saya memang tak dapat nak elak walaupun badan tak berapa sihat.

Bagus jugak bila cikgu ni bukak music studio sebab selama ni saya mencari2 tempat kosong untuk anak saya belajar main musik selain piano yg dah sedia ada cikgu. Kat Yamaha penuh sesaja, takde tempat kosong dah. Bila ada studio baru, saya berpeluang mendaftarkan Dhani mengikut waktu yang sesuai dengan kami.

Mula2 sampai studio, semuanya malu2 takmo try main alatan musik yang disediakan. Susah betul saya nak buang perasaan malu anak2 saya, sampai rasa macam nak naik angin aje. Malu biarlah bertempat, kalau nak cari ilmu pun malu, alamat susahlah nak berjaya.

Dengan penuh sabar jugaklah saya ni memujuk, akhirnya anak2 saya berani jugak sikit2. Bila sorang dah mula, semuapun akan mula. Bermula dengan biola, drum dan piano, dapatlah diorg tunjuk sikit2 bakat yang ada. Tapi apa yg pasti, saya bukan menggalakkan anak2 saya jadi pemuzik tetapi dengan belajar muzik boleh merangsang otak dan meningkatkan iQ. Ia lebih baik drp main iPad tak habis2, melepak tepi jalan atau berpeleseran kat shopping complex.












Sebelum balik, saya sempat la pilih alat musik sesuai untuk Dhani belajar. Dan kalau uolls ada terasa nak hantar anak2 belajar musik, bolehlah LIKE kat fb page music studio ni iaitu 'Fusion Music Studio' untuk hubungi mereka. Tempatnya ialah di Taman Tasik Prima Puchong, di The Wharf, atas Mydin.



- Posted using BlogPress from my iPad

Low Yatt ohhh Low Yatt

$
0
0
Assalamualaikum.

Low Yatt. Percaya tak kalau saya kata saya tak pernah ke Low Yatt? Setakat Plaza Imbi tu, last saya pergi adalah kira-kira 12 ke 13 tahun lalu. John kata, "Tukarlah alamat ic tu, jangan pakai alamat KL". Halo cik abang... mykad saya dah bertukar alamat sejak beberapa tahun lepas kawen okayyy. Dulu masa alamat IC kat Kampung Baru, memang dah puas saya jelajah KL.

Saya selalu dengar John kata, "Beli la kat Low Yatt lagi murah". Tak pasti apa yang best sangat Low Yatt tu sampai John selalu sebut2. Dalam kotak fikiran saya bayangkan Low Yatt macam Pertama Complex. Betul ke?

Hari ni saya tetiba aje ajak John ke Low Yatt. Nak sangatlah tengok apakebestsangat Low Yatt tu. Masuk aje KL, hujan pun turun mencurah2! Wahhh ada harapan jem. Memang jem pun. Tapi sebab dah sampai KL, kita redah aje lah. 




Nampak aje Low Yatt saya terus terpegun. Waaahhh ini ke Low Yatt? Memang patutlah John kutuk saya. Saya macam jakun, macam rusa masuk kampung tak pernah nampak Low Yatt Plaza. Besar, bertingkat2. Tak buruk macam Plaza Imbi atau Pertama Complex. Pengunjung pun ramai. Nasib baiklah saya tak bawak anak2. Kalau tidak mesti kecoh mana satu nak dijaga. 

Antara barang2 yg saya nak survey ialah Samsung Galaxy Note 2 dan Note 10.1. Kalau kat Singapore boleh dapat harga RM1800 (berbanding harga pasaran Malaysia RM2299) itupun kat Lucky Plaza. Kalau kat Sim Lim mungkin lagi murah. Cuma masalahnya, betul ke ori... Atau AP?

Survey punye survey, rata2 bagi harga antara RM2000 ke RM2200. Macam tu punya harga baik saya pergi beli kat Carrefour aje. Sah2 kalau ada problem, saya boleh hantar balik ke seller pada hari yg sama. Kalau kat Low Yatt, sama ada tak ingat kedai kat mana atau takde masa nak ke sana. Kecohlah. Saya juga dapat satu tips daripada seller, katanya, ada seller akan jual AP set tapi mengaku jual ori. Sebab tu kena pandai cari kedai. Lagi satu katanya, cari aje terus yg ori, jgn beli AP. Yg ori boleh terus register dgn Samsung. Yg AP kalau ada problem tak boleh claim apa2. 



Banyak betul kedai kat Low Yatt. Sampai naik pening. Kalau pandai cari kedai, memang bolehlah jimat seratus dua. Tetapi untuk orang macam saya, bagi mengelak kesulitan pada masa hadapan, mungkin saya akan cari seller yg dekat2 aje supaya nanti bila ada apa2, saya boleh terus kejar seller yang sama tanpa mintak tolong John. Ye lah... Nak ke Low Yatt pun berkurun baru dpt pergi. Inikan pulak nak berulang alik? Nak jimat seratus dua tu boleh tapi kena la tunggu beberapa bulan lagi, harga gajet akan jatuh seratus dua. Apa2 pun kena la ada bajet. Kalau takde bajet macam sekarang, kita geget jari ajelah dulu hehehehe....



Poached Eggs

$
0
0
Assalamualaikum

Anak-anak saya sangat suka makan telur setengah masak. Tapi satu perkara yang buat saya kadang2 tu malas nak buat ialah bila saya kena bersihkan setiap biji telur supaya betul2 bersih daripada tahi ayam, sebelum direbus. Lagipun kita sepatutnya sedia maklum bahawa telur ayam boleh menyerap benda dari luar contohnya rempah2 dan garam. Jadi, kalau kita tak basuh telur yang terlekat tahi sebelum direbus, ia hampir sama merebus telur guna air tahi ayam. Bayangkan kalau telur setengah masak yang dihidang kepada uolls lengkap dengan kulit telurnya, tiba2 ada setempek tahi ayam kat kulit telur. Sanggup ke nak makan? Dan ia berlaku kepada saya dan keluarga di sebuah hotel berbintang2 di Bali.


gambar hasil gugelan

OK sekarang saya dah jumpa satu cara alternatif bagi menyediakan telur setengah masak atau mungkin yang hampir sama dengannya. Kalau dalam bahasa Inggeris ia dipanggil poached eggs. Dalam bahasa Melayu saya kurang pasti pulak termanya.

Jom tengok cara2:



Senang? Nampak senang hahahaha. Saya dah try. Untuk kali pertama, oklah janji yang kuning tak pecah. Berulang kali saya kena buat sebab anak saya suka la sangat. Apa yang penting, saya tak perlu nak risau tentang tempekan dan tompokan tahi ayam yang kadang2 memang susah nak dibersihkan.




Durian Crépe

$
0
0

Assalamualaikum.

Sekarang ni kat mana2 blog, twitter, fb, manjang orang cerita pasal durian crépe. Cara menyebut crépe yg sebenar bukan 'krip' ye.. Sila la google dulu. Sebagaimana saya salah menyebut cache, seperti itu jugalah ramai yg salah menyebut crépe. :P

Mula2 nampak gambar durian crépe ni, saya takdelah terliur sangat. Tapi bila beriya2 orang meniaga dan beriya2 orang membeli, saya teringin nak tau, apa benda durian crépe ni? Saya tau crépe ni sejenis penkek nipis yang orang selalu makan dengan ice cream tu dan berlipat segitiga tu. Tapi durian crépe? Takde pulak rupa crépe, tebal pulak, empat segi lagi.

Lalu saya google dan cari resepi. Ini resepinya:

1 cawan tepung gandum

3 biji telur

Satu sudu teh vanilla

Satu sudu besar melted butter

2 cawan susu atau santan

Secubit garam

Sedikit pewarna kuning

Semua bahan diblend, ditapis dan dimasak ala penkek

 

Utk inti durian: isi durian diselang seli dengan whipped cream.

Senang aje. Untuk makan sendiri kira dah ok dah. Tapi ada org guna beberapa jenis tepung menggantikan tepung gandum untuk hasil yg lebih kawww. Yelah takkan la yg meniaga crépe kat Sunway Pyramid tu guna resepi simple mcm ni? Mesti la ada secret recipenya. Ada bahan spesel dia. Harga durian crépe berbeza2 mengikut penjual. Ada yg jual RM10 dapat 5 ketul. Ada yg jual RM10 dapat 3 ketul aje. Saya rasa tak berbaloi je beli benda yg saya boleh masak sendiri dengan jayanya hihihi. Pulak tu saya memang ada geng durian kat rumah. Tak terasa la membazir kalau buat durian crépe sendiri.

 

 

Bagaimana Menutup Apps Di iPad

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ni kasi tunjuk cara-cara tutup application yang kita open kat iPad. Bila terlalu banyak apps yang kita bukak, nanti jangka hayat bateri cepat keput, kerja upload download juga jadi lambat.

 

Senang je kan? Ops.. Maafkan gangguan suara Primadona kat belakang tu.

Sekian.

Marbelous Kerang Goreng

$
0
0
Assalamualaikum.

Hujung bulan lepas jenjalan JB sambil melawat seorang kawan lama. Saya sangat kagum dengan beliau yang bersemangat dalam mengumpul semula kekuatan yang hilang dek masa lalu. Mendapatkan motivasi dan perangsang melalui kursus2 motivasi, meluaskan network dan mendapatkan idea bagi meneruskan kehidupan dengan lebih cemerlang. Saya dah John juga tak ketinggalan memberikan tips apa yang boleh.

Awal bulan Disember beliau muncul dengan page baru di FB, yang dinamakan Marbelous Kerang Goreng. Bersemangat betul beliau kali ni, dan nampaknya perniagaan baru ini mendapat sambutan menggalakkan. Saya juga tak terkecuali mengorder, walau perlu menunggu sehari sehingga Mr Poslaju tiba kat depan pagar rumah. Mula2 agak was was jugak sebab saya risau jika kerang yang dibasuh tak sempurna boleh menyebabkan perut sensitif saya ni meragam. Dan kenapa ayat saya sangat skema...

 

Ok kita try ayat santai sket. Cik Lein kita dah ada bisnes yang marvellous. Bukan setakat area JB saja, Cik Lein bersedia poslajukan kerangnya ke merata tempat menggunakan Poslaju. Oleh kerana proses pembersihan dan pembuatan yang meyakinkan, insyaallah Marbelous Kerang Goreng tidak akan memudaratkan. Kata Cik Lein, ia merupakan resepi asli arwah ibunya.

 

Kalau resepi asli mestilah best punya kan? Tak teringin ke? Hari ni saya dah dapat kerang saya. Masalahnya anak2 tak reti makan kerang, saya la yang kena bedal sorang2. Tapi kata Cik Lein, kerang tu tahan seminggu. Boleh la simpan dan panaskan berkali2.

Satu bekas harganya RM4. Tapi minimum order 5 bekas. Boleh la makan beramai2 kat ofis atau makan la satu family. Satu bekas mana cukup?

Alhamdulillah syukur, saya happy tengok kawan saya cekal macam ni. Hidup terus ke depan, jangan kenang kisah silam cewah.

 

Kalau ada yg berminat, boleh la like Cik Lein punye page Marbelous Kerang Goreng kat FB atau whatsapp Cik Lein (cik tau, bukan puan) di 0189828676 (Lein Omar). Penghantaran melalui Poslaju kena caj, bukan free ye deknon. :)

Itu lunch saya hari ni. Meletop-letop!!!!!

 

Rambut Selembut Sutera

$
0
0
Assalamualaikum.

Rajin pulak tulis blog ye?

Nanti saya ceritakan kenapa. Tapi sekarang nak cerita pasal rambut saya yang sebelum ni ok, pastu saya gatal pergi kaler, pastu bila hantar gambar kat kawan, kawan kata tak cukup kaler, kena kaler lagi... Saya pun kaler buat kali ke 2 lepas 3 minggu. Sejak tu rambut saya jadi kering dan tak berapa nak lembut. Nak pergi salon memang takdelah. Nak pergi facial pun malas, inikan pulak nak cari salon? Bajet abes kat vitamin tetiap bulan hokayy... Nanti ai takde bajet nak beli baju kaler2 lagi... Takde bajet jugak nak beli kasut lagi hihihi...

Masa pergi JB hari tu, saya siap sedia shopping apa yg patut buat bekal. Syampu, kondisioner, shower gel, jajan semua saya dah beli siap2. Biasanya saya pakai syampu Rejoice. Kulit kepala rasa tak gatal dek kelemumur. Kondisioner pun beli sama brand. Tapi sejak kebelakangan ni saya rasa kondisioner dah macam takde fungsi kat rambut saya. Namun begitu, saya tetap beli dan pakai jugak Rejoice tu. Saya yakin rambut saya tak berapa nak lembut sebab kesan pewarnaan rambut. Bila kat rumah, kalau tak diblow rambut ni, memang la macam hantu mengerbang aje rambut saya. Puas jugak berbelanja kat krim rambut dsb.

Sebab kondisioner tak berapa penting sangat dah kat saya, saya beli la konsioner paling murah kat Giant tu buat bekal ke JB. RM3.99. Murah hehehe. Kat JB saya rasa best pulak sebab sepanjang kat sana rambut sana elok aje lembut dan tak mengerbang. Macam baru kuar dari salon pun ye jugak. Kondisioner ke?

Balik aje rumah, saya pakai Rejoice balik. Dan rambut jadi mcm hantu balik. Grrr... Ni mesti sebab kondisioner. Semalam, lepas sabar menunggu kereta yang berhari2 kat workshop, saya pegi Giant dan cari kondisioner tu. Ada!

Saya borong semua yang ada kat rak hehehehe. RM3.99 saja. Rejoice tu dah berbelas2 satu. Lagipun susah nak cari brand Alaisyah ni. Sementara ada, saya kebas semuanya. Ternyata memang betullah kondisioner ni yang melembutkan rambut saya. Sebelum2 ni saya guna Rejoice, L'oreal, semuanya fail. Lepas ni nak cari syampu Brand tempatan pulak. Bertukar angin mana tau rambut gugur boleh kurang, kelemumur boleh hilang.

Kalau uolls nak cuba bertukar angin boleh le try Alaisyah ni pulak :)

 

Rahsia Adira Kita Milik Saya... :P

$
0
0

Assalamualaikum.

Rasanya ramai dah tau apa saya nak cerita ni. Supplement la apa lagi! Dan bila sebut Adira, pun orang dah tau supplement apa.

SNE Beutskin Essence.

Yang dah mencuba dan mengamalkan, tahniah! Saya yakin rata2 berpuas hati dengan hasil yang diberikan oleh salah satu killer produk SNE ni. Tengok ajelah muka, kaki, tangan (bahagian yang boleh kita nampak le) Adira... Melepak macam minah Jepun. Dulu Adira cuma putih kuning, sama macam kebanyakan orang cerah di Malaysia beriklim Khatulistiwa ni.

 

Saya memang ratu supplement. Saya percaya pada kuasa supplement, terutama untuk orang yang makan tak berapa nak seimbang setiap hari mcm saya. Saya dah biasa dengan kehidupan sihat, jarang jatuh sakit, demam setahun paling banyak 1 kali. Malah boleh la saya kata, saya memang hanya demam 2 ke 3 tahun sekali. Selsema dan batuk pun, anak2 yg pindahkan kepada saya, tapi biasanya selsema dan batuk saya hanya singgah to say "hello" aje, tak melarat sampai teruk2. Saya ke klinik untuk dptkan rawatan utk diri sendiri pun rasanya setahun sekali aje. Saya tak suka drugs, saya lebih suka telan supplement. Drugs buat saya mengantuk dan tak boleh bekerja, supplement membuat saya cergas. Biasanya saya cuma sakit kepala sbb melayan kerenah anak2 yg ramai kikikiki. Dan ubat sakit kepala saya ialah tidur. Bila jumpa doktor, doktor kata "Awak tak cukup tidur..." Hehehehehe.

Banyak supplement saya dah try. Tapi saya memilih hanya yang diakui saja. Semuanya bagus2 belaka. Bak kata John yg dulunya merupakan speaker beberapa syarikat MLM termasuk SNE, tiada supplement dalam dunia ni yang lengkap. Namun setiap satu ada kelebihan. Sama ada khusus utk tulang, khusus untuk saraf, yang berasas klorofil, yang khusus untuk sistem wanita, khusus untuk kolagen dan khusus untuk kulit. Tapi semuanya secara umum adalah baik utk kesihatan keseluruhan sebab mengandungi vitamin.

Bulan lepas, masa birthday saya 9 November, saya diperkenalkan oleh kawan saya tentang SNE Beutskin Essence. Yang saya tahu tentang SNE product ialah SNE Capsules yang saya amalkan sepanjang mengandungkan Dhani sekitar tahun 2006 - 2007. Supplement yang berasaskan Seabuckthorn Seed Oil daripada Mongolia.

 

Bila John berenti kerja dari SNE, saya pun stop makan SNE sebab dah tak dpt product free lagi keh keh keh. Saya tau produk SNE memang bagus, ditambah dengan testimonial Adira, saya terus beli daripada kawan saya, sekali dengan SNE Capsule yang memang menjadi satu gandingan hebat.

 

Sehingga hari ini, 9 Disember 2012 maknanya saya dah makan SNE Beutskin dan SNE Capsules selama genap sebulan. Terus terang saya kata, mula2 saya makan Beutskin 2 pagi dan 2 malam, pastu saya kurangkan ke 1 pagi dan 1 malam sebab bajet nak beli dah takdo sampai cukup bulan hahahaha. Tapi seminggu jugaklah saya stop makan Beutskin, saya cuma teruskan dengan SNE Capsules 2 pagi dan 2 malam, sehinggalah bila awal bulan hari tu dpt elaun, saya beli Beutskin dan amalkan semula 2 pagi dan 2 malam, sementara SNE Capsule 1 pagi dan 1 malam.

 

 

Sekarang, saya dapat tengok hasil SNE produk ni. Saya tengok kulit saya makin cerah, seluruh badan. Sori tak bleh tunjuk kulit badan kat blog :P

Jerawat memang takde, kulit jadi lembut.. Walaupun supplement kecantikan lain saya tangguhkan dulu semata2 untuk lihat hasil SNE, saya nampaknya puas hati hanya dengan SNE kedua2nya, badan pun rasa sinat, takde lesu2. Kalau dulu bedak kaler medium, sekarang dengan bangganya saya ambik kaler putih no 1. Pssst... Saya sekarang pakai bedak Miyami Cosway hihihi... Bye bye Shiseido...! SNE Beutskin bukan saja utk kulit tetapi ia lebih kepada kesihatan dalaman dan luaran wanita. Yang susah nak dapat anak sebab period tak teratur tu, boleh cuba produk ni. Insyaallah, selain usaha kenalah berdoa jugak.

Bayangkan kalau saya betul2 ikut aturan cara pemakanan Beutskin iaitu 2 pagi dan 2 malam untuk 2 bulan pertama.. Pastu baru menten 2 biji waktu malam... Entah2 lagi cantik la kulit saya ek? Harusssss... Biar pokai asal puas??????? Sebulan rabak (RM200 x 2) + RM180 = RM580 untuk SNE saja.

Dan kata John, kalau takmo poket rabak, dapatkan produk secara free. Macam mana? Jual.... Dptkan downline, jadilah upline yg beretika, kongsi testimonial dan dapatkan komisyen.

Oleh yang demikian, di sini saya mengumumkan, saya kini adalah pengedar sah SNE Marketing. Boleh order kat saya kalau nak. Harga sekotak Beutskin ialah RM200 untuk ahli (boleh terus daftar) dan RM180 untuk SNE Capsule. Kalau takmo jadi ahli harganya RM240 dan RM200. Macam biasa, saya boleh Poslaju. 2 produk pertama cuma RM6.00 duit pos. Selagi tak lebih 500g, harga pos tetap sama. Kalau lebih 500g saya mintak RM8 duit pos.

Apa tunggu lagi? Lambat order lambat la cantik. Lai lai lai....

Email: lyaaziz@cucimatashop.com

 


Lesen MLM Dan Sijil Halal SNE

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah jadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk mencari makanan yang halal sahaja. Di sini saya lampirkan sijil perniagaan berbilang tingkat SNE beserta sijil halal bagi produk SNE.

 

 

Sijil halal tu hingga tahun 2010. Nanti saya minta upline bagi saya salinan yg terbaru, insyaallah saya upload kat sini ok?

 

SNE Lagi: Khasiat SNE Capsules

$
0
0
Assalamualaikum.

Nampaknya iklan saya tentang SNE mendapat sambutan. Orders are coming in, alhamdulillah. Ramai kawan2 dah mula mengambil berat tentang kesihatan diri. Baguslah. Kan kita selalu dengar orang kata, mencegah lebih baik daripada merawat?

Semasa John masih bekerja dengan SNE Marketing, beliau pernah menemukan satu kes yang menjadi testimonial terhebat SNE pada masa itu. Seorang penderita cancer/barah payudara stage 4 yang pasrah, tak tahan dengan rawatan kimoterapi, mendapatkan rawatan alternatif dengan mengambil SNE Capsules. Tapi satu hari dia telan SNE Capsules 15 biji. Sebulan habis 8 kotak. Alhamdulillah, wanita tersebut pulih. Saya tak dpt nak cari testimonial wanita tersebut tetapi ini mmg bukan cerita dongeng.

 

 
Ok jom kita tengok apa kandungan dan khasiat SNE Capsules ni.


6 CIRI UTAMA

• Melanjutkan usia

• Menyuburkan dan mencergaskan sel

• Menyelaras dan membaik pulih sel

• Mengandungi kesan anti-bakteria

• Menyeimbangkan system badan

• Membersihkan darah dan membantu dalam proses detoksifikasi.


MANFAAT UTAMA

• Berkeupayaan untuk menyingkirkan radikal bebas dan elemen berbahaya.

• Meningkatkan fungsi system imun.

• Mencegah pelbagai jenis penyakit system pencernaan.

• Mengurangkan tahap lipid darah dan kolestrol, justeru mencegah penyakit kardio-serebrovaskular.

• Mencegah jangkitan influenza.

• Merawat lecur, parut, reput fros dan kudis tekanan.

• Mencegah kerosakan yang diakibatkan oleh radiasi dan oksidasi.

• Menggalakkan peredaran darah dan mengelakkan pembentukkan bekuan darah/thrombus; mempercepatkan prose penyembuhan luka selepas pembedahan.

• Mencegah dan merawat pelbagai masalah ginekologikal. Produk ini amat sesuai untuk kaum wanita.

• Membantu perkembangan fizikal dan keupayaan mental kanak-kanak.

• Meningkatkan kesihatan kulit dan menagguhkan proses penuaan.

Apa lagi?
 

Ada lagi.....

 

KESAN RAWATAN KAPSUL SNE

Tempoh Rawatan Pertama (1-30 hari)

- Wajah yang cantik dan berseri

- Kualiti tidur bertambah baik

- Mempertingkatkan system imun

- Kesejahteraan mental

- Meringankan penderitaan penyakit semasa

Indikasi :- Kesan rawatan Kapsul SNE telah bermula, menyingkirkan toksin dan radikal bebas daripada badan anda. Sesetengah individu akan mengalami tindak balas yang positif (reaksi penyelarasan). Namun begitu, reaksi sedemikian akan hilang dalam tempoh 1-2 minggu. Ia juga dinamakan healing crisis.

Tempoh Rawatan Kedua (30-60 hari)

- Berasa cergas dan bertenaga

- Wajah yang cantik dan berseri

- Pigmentasi dan kedutan berkurangan

- Kualiti tidur bertambah baik

- Penderitaan penyakit semasa diringankan dan bertambah lega

- Wajah tampak berseri dan lebih muda.

Indikasi :- Sistem endokrin diselaraskan untuk mencapai keseimbangan dalaman; fungsi imun dipulihkan, metabolism pada tahap optimum. Anda dinasihatkan untuk terus mengambil Kapsul SNE.

Tempoh Rawatan Ketiga (selepas 60 hari)

- Keletihan, kepenatan dan sakit belakang semakin lega

- Kulit tampak lebih lembab, halus dan gebu

- Pigmentasi berkurangan atau semakin pudar

- Pengurangan tahap gula darah, lipid darah dan kolestrol

- Peredaran darah yang optimum; hujung jari berwarna kemerah-merahan

- Symptom penyakit semasa telah dibaik pulih dengan ketara.

Indikasi :- Kapsul SNE merupakan sumber nutrient penting untuk tubuh badan anda. Ia membantu menyelaraskan fungsi tubuh anda. Anda dinasihatkan untuk terus mengambil Kapsul SNE.

Penyelarasan kesihatan yang optimum.

- Pada tahap ini, anda telah menikmati faedah Kapsul SNE. Anda dinasihatkan untuk terus mengambil Kapsul SNE. Dos boleh dikurangkan setengah. Kesimpulannya, Kapsul SNE membantu anda kekal sihat, bebas daripada penyakit dan awet muda, membolehkan anda menikmati usia yang panjang.

Akhir sekali, secara khususnya, SNE Capsules sesuai utk:

1. Penyakit saluran pernafasan; penyakit saluran gastrousus; penyakit sistem urinary.

2. Penyakit kerdiovaskular dan serebrovaskular; penyakit system peredaran darah.

3. Penyakit system saraf; reumatisme dan arthritis

4. Penyakit kulit;

5. Keadaan separa sihat;

6. Fungsi imun yang semakin merosot;

7. Lecur, lepuh, kudis tekanan, luka, reput fros.

Kalau ada bajet lebih, buatlah macam saya, saya jadikan minyak SNE tu sebagai serum muka. Saya sapu sedikit minyak SNE yg dipecahkan dengan jarum ke seluruh muka. Bila bangun pagi, memang jelas nampak wajah cerah kemerahan. Tapi jangan banyak sangat. Nanti muka berminyak, tak selesa pulak.

Kalau yakin nak cuba produk SNE, boleh contact saya di lyaaziz@cucimatashop.com. Setiap pembelian akan didaftarkan sebagai ahli.

Pasta Goreng Putih

$
0
0
Assalamualaikum.

Susah betul nak sediakan makanan anak2 waktu cuti sekolah ni. Bila suruh makan nasi, mesti merungut. Jadi saya kenalah belajar dan sediakan menu selain nasi, 3 kali seminggu.


Semalam saya sediakan roti jala, kari ayam dan pengat durian untuk lunch budak2. Tp menu orang tua saya sediakan nasi dengan jeruk petai, sambal tempoyak dan udang goreng cili api... Perghhh... Saya dan John bertambah nasi hehehehe.

Hari ni saya masak pasta pulak. Bosan dengan pasta kuah bolognese, saya teringat nak try benda lain pulak.

Bahan2nya:
  • Sebungkus pasta linguine yang telah direbus

  • Udang / sotong / kepah
  • Daging cincang setengah pek
  • 1 kiub pati lembu
  • Satu sudu teh daun oregano kering atau Italian Spice
  • Sekotak cooking cream Emborg
  • Bawang putih cincang atau blend
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Hiasan: tomato kecil / daun parsley / daun pudina
Cara memasak:

  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Tumiskan bawang putih yang telah dicincang atau blend sehingga wangi.
  3. Masukkan daging cincang, sedikit garam (supaya daging tu sedap berperisa) dan daun oregano. Masak hingga daging garing.
  4. Masukkan udang atau sotong atau kepah. Kalau gunakan udang besar, seeloknya digoreng dahulu bagi memastikan udang cukup masak.
  5. Masukkan satu kiub pati daging. Gaul sampai udang/sotong/kepah tadi cukup masak.
  6. Masukkan sebungkus pasta linguine yang telah direbus. Kalau pasta melekat, bilas dengan air sejuk sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Boleh letak sikittt je air supaya pasta tak melekat kat kuali.
  7. Masukkan cooking cream sekotak. Masukkan garam secukup rasa. Gaul hingga hampir kering. Tutup api dan teruskan menggaul. Angkat dan hidang.




Kalau nak pedas boleh tambah cili padi potong.



Serious sedapppp...... Tak caya boleh try. Ini resepi ala2 pasta carbonara cuma kalau berkuah putih tu nanti cepat muak pulak. Sebab tu kena kasi kering.


Legoland Part II

$
0
0
Assalamualaikum.

 

Hari Rabu sampai Jumaat, kami ke JB lagi. Kalau hari tu pegi JB sebab ikut John kerja. Habis keje dia, extend 2 hari lagi sebab nak joli joli. Tapi nasib kurang baik, anak2 mula sakit pulak. Dapat la ke Legoland dalam 2 jam aje. Itu pasal la repeat lagi sekali, walau untuk 3 hari 2 malam. Dan kali ni dah plan, nak masuk Legoland 2 hari berturut2 sebab sekarang musim hujan, asal lps lunch mesti la hujan turun. Bila hujan sikit2 boleh la redah lagi tp bila hujan mula lebat, apa pun tak boleh.

 

Untuk kali ni kitorang stay kat Bayu Marina Resort. Takde pilihan lain dah. M Suite penuh, yg lain pulak takmo kasi connecting room. Bayu Marina Resort ni jenis apartment yang macam M Suite. Saya booking melalui Booking.com, 3 hari 2 malam, apartment 3 bilik, dengan harga RM720.00+. Hotel ni baru bukak. Memang la semuanya baru tp dari segi servis, agak lemah. Swimming pool dewasa besar gak, ada pool utk kanak2 tp takde tempat utk org yg takmo mandi ni duduk dengan selesa. Kalau ada pun, payung tu tak dibukak pun, tertutup je semua mcm takmo kasi kita duduk pulak. Dah la hujan. Toilet kemain jauh. Lokasi gym yg berdekatan pool, jauh betul dari changing room/toilet. Bila saya masuk toilet bawak cik Rai yg nak shishi, ada sorang lelaki dlm toilet tu, tengah buat apatah dengan satu mesin ni. Dah la cuma 1 je lampu toilet, kemain malap dan seram. Ada sauna room, tp mcm tak konfiden je nak bersauna bila org lelaki bebas kuar masuk toilet tu ikut pintu masuk lagi satu. What la...

 

 

 

Parking dia selesa di tingkat 3 tp kalau nak turun keluar, kena bawak kad parking serta kad bilik ke Lobby utk verify. Agak leceh tp saya rasa diorg perketatkan sekuriti sebab ada kes kecurian sebuah Vellfire di parking hotel baru2 ni. Dan satu lagi tentang parking, masa nak turun keluar, lencongan turun tu agak tajam dan sempit. Kalau kereta Wish pun mcm dah terkial2 nak turun, saya terfikir macam mana Vellfire atau Alphard nak turun ek? Jelas kat dinding tu ada banyak kesan gesel, komfom ada kereta2 yg dah bergesel dinding. Tak pasal2. Siapa la arkitek dia.....

 

Ok meh citer Legoland la.

 

Sebelum ke Legoland saya mencari pos office dulu sebab kena pos Beutskin yg orang order. Memang bawak stok ke mana2. Sekarang ni hari2 ada order yg masuk. Bila mcm ni punye hangat, saya rasa nak kena jadi mobile stockis. Besok Sabtu 15 Disember 2012, saya akan daftar jadi mobile stokist. Lepas ni sesapa saja nak order, tak kira yg dah jadi ahli dengan upline lain, boleh la beli stok dari saya esp yg di kawasan Puchong.

 

Masuk Legoland dalam 11am. Orang ramai dan cuaca sangat panas terik. Tapi tak lama, kejap je hujan pulak. Panas hujan panas hujan. Last skali hujan lebat dalam pukul 4pm. Apa lagi... Balik lah ke hotel. Sebelum balik hotel kitorg beli belah makanan kat Medina Mall. Crepe yg sedap dan air berbubble.

 

Balik hotel, rehat jap pastu gedebushhhh budak2 terjun kolam dalam hujan.

 

 

Malam tu mkn kat kedai mamak yg penuh dengan org yg layan bola Malaysia-Thai. Kecoh. Sibbaik xlayan, buat hati sakit je. Lebih baik layan pasar karat hehehehe.

 

Besoknya ke Legoland lagi, habiskan mana yg tak sempat dihabiskan. Sibbaik la ada annual pass. Boleh kuar masuk suka2.

 

 

Dalam 2.30pm keluar dr Legoland dan makan kat Medina Mall. Pastu shopping makanan pulak. Crepe dan Coolblog tu wajib dibeli!

 

Lepas ni kena tunggu tahun depan pulak baru bleh sampai JB. Tahun ni punye quota dah habis.

 

Okbai.

Kini Melangkah Setapak Lagi Bersama SNE

$
0
0
Assaalamualaikum...

Alhamdulillah, sambutan terhadap produk SNE sangat baik. John dengan murah hati nak bagi tunjuk ajar kat saya. Tak sempat saya nak rekemen orang, orang datang cari saya. Nampak sangat SNE memang tengah hot dan produk ni berkesan dalam memberikan hasil memberangsangkan kepada pengguna. Google aje pasal SNE Marketing, berlambak-lambak cerita dan testimonial akan keluar.

Sabtu lepas, John bawa saya ke ofis SNE, ofis lama dia. Sambil tunjuk jalan, sambil mengingat balik kenangan lama, cewaaahhhh..... 

Tujuan saya ke opis SNE ialah sebab nak daftar dan beli stok sebagai Mobile Stockis. Sebelum ni saya cuma ambil stok daripada upline saya. Bila upline lambat, lambatlah stok sampai kepada customer. Tak mahu membuatkan customer tertunggu-tunggu, dan tak mahu terlalu bergantung kepada upline, saya nekad ambil mobile stockist, apalagi bila order masuk tak berhenti setiap hari. Dan masa kat ofis, saya juga dapatkan beberapa maklumat penting, termasuk alamat center yang terdekat dengan rumah saya, beli alat bantuan dan sebagainya. Wah... baru sebulan makan SNE dan baru seminggu dua bercadang nak aktif, terus mak jadi mobile stockist!

Apa yang memeranjatkan ialah, saya ambik mobile stockist, dalam 2 hari SNE Beutskin habis dijual. SNE Capsule pulak tinggal separuh je stok. Alhamdulillah.... tapi nak kena la ambik lagi stock. Agaknya kena doublekan modal kot?


snap guna Samsung Galaxy S3. Blur ek? :P
saya tengok ada satu blog ni berkotak2 stok dia.... harap saya boleh jadi sehebat itu :)

Dan bermulalah episod penat dan pening saya, setelah bersenang lenang selama 6 bulan sejak ada Cik Med Lala......




OK uolls, kalau nak order SNE Capsule atau/dan SNE Beutskin Essence, boleh contact saya di lyaaziz@cucimatashop.com atau Whatsapp/sms saya di 018-667 67 34. 

SNE Capsule RM180.00 , Beutskin RM200.00 (beserta keahlian jika mahu)

Saya akan poslaju dengan segera. :) 

Maybank acc: 162889011152 (Lya Adila)
RHB acc: 11216100057274 (Lya Adila)
Ambank acc: 2360020012874 (Lya Adila)

Semoga usaha kali ni bersama SNE akan membuahkan hasil... Insya Allah.

Sapu dan sapu... Bersama SNE Beutskin

$
0
0
Assalamualaikum uolls...

Mak teruja la hahaha...

Hari tu terbaca testimonial Adira AF yang putih melepak macam Jepun... katanya dia mandi Beutskin? Mak oiiii.... bila baca habis2, rupanya Adira melumur Beutskin, bukan mandi. Dia lumur satu badan! Kalau anak dara macam Adira memang ok aje nak melumur.. kena kat kita yang ada suami ni, tak ke lari laki kita bila tengok kita rupa orang minyak? Hahahaha....

Tapi kan, bukan mustahil untuk kita isteri-isteri vogue ni nak mandi Beutskin setiap hari. Saya dah start melumur sejak beberapa hari lepas. Beutskin ni kandungan dia sangat pekat. Macam mana kita tengok kaler kapsul tu, macam tu la bila kita picit dia keluar. 



Warna kandungan dia sebenarnya kuning pekat. Bila sangat pekat, jadilah macam kaler hitam. Saya mula lumur kat muka dan leher sikit aje dan muka saya jadi macam ni....



Tapi bila bangun pagi, cuci, dia jadi macam ni....


penggunaan Beutskin secara luaran juga memberi kesan lebih baik untuk kulit


Saya suka kaler pink pink tu hahahaha. Tak perlu nak tempek foundation tebal-tebal dah.. cukup dengan BB cream (wajib ni... sunscreen kan?) dan translucent powder (bedak compact tanpa warna). Bedak Two Way Miyami pun saya dah simpan. Walaupun freckles nampak lagi dot dot, saya tak kisah sebab takkan saya nak jangka freckles yang berakar seumur hidup kat muka ni nak hilang dalam sebulan? Apa yang penting, kulit muka nampak lebih fresh dan sekata.

Untuk yang tak sabar2 nak cantik tu, saya nak bgtau, kita tak boleh nak expect fast result daripada mana-mana product sekalipun. Kena bersabar..... biasanya peringkat awal tu ialah proses detoksifikasi. Kalau tetiba jadi kerap buang air kecil tu, biasa. Ada yang keluar masuk toilet sampai ke subuh hehehhee. Lagi banyak kita minum air kosong, lagi mudah zat-zat yang menyerap dalam badan. 

Lepas dalaman dah bersih, dah stabil, dah tip top, baru la dia pergi ke kulit pulak. Biasanya kesan yang ketara boleh nampak selepas pengambilan selama 3 bulan. Baru betul2 kaw. Untuk peringkat permulaan, boleh nampak jugak kesan tetapi kena faham bila dalam dah bersih, ia akan terpancar kat muka kita. Sebab tu ada orang baru makan seminggu dua dah nampak muka cerah. Toksin2 dalam badan dah mula tersingkir, muka pun bersih la.

OK. Ini cuma penerangan bahasa hari2.... nanti lepas saya balik dari Hobbit 3D petang karang saya cerita secara detail pulak bagaimana Beutskin ni berfungsi mengikut peringkatnya. Tungguuuu....

Order SNE Beutskin di: 018 667 67 34 (Lya)
SNE Capsule RM180
Beutskin Essence RM200
Keahlian didaftarkan jika mahu.

The Hobbit: An Unexpected Journey

$
0
0
Assalamualaikum.

Minggu lepas 11 Disember saya ke GSC Pavilion, KL untuk tayangan perdana The Hobbit: An Unexpected Journey. Saya dapat 4 tiket free (yeahoo) daripada Puan Alejandra Amante, pemilik blog ini. Terima kasih banyak2, memang berbaloi sangatlah kami mengharung jem kat KL tu pada waktu Selangor tengah cuti. 

Saya bukan pengikut filem Lord Of The Rings... saya cuma ikut Harry Potter. Filem The Hobbit ni pengarah dia ialah pengarah yang sama dengan LOTR. Masa tengok trailer, saya sangkakan The Hobbit ni adalah sequel atau paling tidak, sipi2 ada sikit tentang LOTR tapi ternyata tak. Eh tak ek? Ye la... tak. Filem yang ambil masa kira-kira 3 jam tu sebenarnya tak cukup 3 jam. Ada lagi kesinambungan yang diperlukan. Dan saya tahu The Hobbit ada sambungannya.... tak sabar weh...





Hari ni saya yang memang nak kena keluar mengeposlajukan produk2 SNE yang pelanggan terhormat order, sempat pulak curi masa bawak 5 anak saya ke panggung untuk The Hobbit ni. Tapi kali ni saya nakkan kesan visual yang lebih gempak (audio pun gempak tapi telinga serba kekeurangan saya ni tak dapat membezakan.. hi hi) lalu saya buking yang 3D. Anak2 saya enjoy betul bila tengok ada monster, ada burung besar, ada monster muka ala-ala Walking Dead (fav Nawfal).. walaupun berjam2 duduk sampai hampir kematu dan beku, semuanya kusyuk tengok wayang.




Berbaloi betullah tengok filem ni. Macho betul Thorin Oakenshield son of Thrain, son of Thror tu. Haha sempat.




Ramai akan kata... "mesti ada sambungan..." of kos la ada sambungan sebab bila saya gugel, The Hobbit ni berdasarkan novel. Nanti naga bernama Smaug akan dibunuh dek grim human bernama Bard. Ada beberapa watak lagi yang belum muncul dan saya sangat eksaited menantikan sequel The Hobbit ni he he. Over macam budak2. Terasa macam nak layan lagi sekali aje filem ni. Last layan satu filem sampai 3 kali ialah masa bujang2 dulu, filem Armageddon.



KILI pun hensem tp macam tak bijak sangat heheh.


Kalau uolls masih mencari2 nak layan filem apa kali ni, pergilah tengok the Hobbit.... best.......!!!!!

Dah Nama Pun Mobile...

$
0
0
Assalamualaikum.

Saya baru balik dari Kuantan. 4 hari 3 malam di Kuantan, ikut John kerja sambil ambik kesempatan bercuti-cuti Malaysia. Selasa sebelum bertolak ke Kuantan saya sempat ke stockist center SNE di Puchong untuk top up stok yang dah licin. Betulll..... liciiiinnnn...... tinggal sekotak dua aje SNE capsule manakala SNE Beutskin Essence licin tak tinggal. Bukan setakat licin, ada order masuk dan saya tak cukup stok! Semua modal permulaan yang saya beli untuk jadi mobile stockist pada Sabtu lepas habis dijual macam goreng pisang panas. Sesuatu yang tidak saya jangkakan. Alhamdulillah, kali ni Allah memberi jalan mudah kepada saya. Lapangnya rasa hati, walau lunch hari tu saya cuma sempat jamah sebungkus roti sardin dan air Peel Fresh hehehhe... dan dalam keadaan semuanya tak berapa tersusun dan teratur....



Sebenarnya bukan cuma top up je (daftar ahli baru dan replenish stock), saya tambah stok Beutskin Essence lagi ****PV. Dan semua stok saya bawa ke Kuantan. Manalah tau kalau2 ada orang yang berminat nak order, boleh la saya kirimkan dari Kuantan hehe. Dah nama pun mobile stockist, kena la bersedia menerima tempahan walau dari mana saya berada. Padahal saya ni penakut drive di tempat tak familiar, kali ni saya gamble je la... apa guna ada GPS dalam kereta kan? Dan apa guna ada telefon canggih2 kalau saya tak reti2 nak google mana post office terdekat? :P


google tapi yang saya jumpa kat area Kuantan ialah yang sangat jauh dari hotel.

Seperti yang saya jangkakan, hari pertama di Kuantan dah masuk beberapa order. Alhamdulillah. Tapi saya masih seram sejuk bila berfikir yang saya perlu drive sendiri ke post office ha ha. Nak kacau John memang la tak boleh sebab dia kerja. Nak tak nak, masa bawak anak-anak main kat games room, saya sempat tanya adik yang jaga kaunter kat gym direction ke post office terdekat. Eleh, cuma 4km daripada hotel. 

Kita sentiasa ada pilihan. Kalau malu bertanya, ikutlah apa yg kita jumpa di Google (40km++), kalau ikut GPS post officenya 9km dari hotel tapi kalau buang malu dan bertanya pada orang yang betul, saya dapat post office terdekat iaitu 4km je dari hotel :)

Walau sibuk layan anak-anak bercuti, saya juga bizi meniaga cewah. Nasib baik saya dah prepare semua benda. Kertas-kertas, form, semua dah saya masukkan dalam file. Flyer Poslaju dan consignment note pun saya ada sediakan extra dalam beg kerja saya. Cellotape, stapler dan puncher semua ada siap sedia. John pun terkejut dengan persediaan saya he he he. Ni baru betul2 meniaga!




Dah nama pun mobile... di mana-mana pun boleh! 

Selesai mengepos, terasa bestnya. Inilah perasaan yang paling best bila kita berjaya mengatasi rasa takut kita. Buang segala alasan-alasan karut yang biasa saya cipta selama ni Ha HA AhHahHAHhahA.....

Hari berikutnya pun ada order. Syukur. Lepas selesai urusan pembayaran, pos, saya akan update kat iPad punye app tu -  Numbers. Saya ada buat spreadsheet file dan catatkan semua urusan pos, nama, alamat, fon, mykad kat dalam 1 file. Lain kali nak folo-up, saya tau mana nak cari. Kerja kena la terancang, kan? Baru tak kelam kabut.




Dan target saya untuk bulan ni ialah saya nak naik pangkat jadi Junior Manager. Semoga saya berjaya. Insya Allah.....





Mengandung, Berpantang Dan Menyusu Dengan SNE

$
0
0
Assalamualaikum.

Walaupun saya masih baru bergerak aktif dengan SNE, SNE Kapsul bukan nama baru buat saya sebab masa mengandungkan anak ke 5 pada tahun 2007, saya memang ambik SNE Kapsul setiap hari sehingga habis pantang pun. 

Meh la nak cerita sikit tentang pengalaman saya dengan SNE dulu. Masa tu saya mengandungkan Dhani. Muntah2 memang tak ada. Badan saya naik okay aje sama la macam orang lain bila mengandung. 20kg tambah hehehhe. 

Bila bersalin, saya teruskan makan SNE. Susu badan memang banyak. Puas hati rasanya. Saya menyusukan anak saya secara exclusive bukan selama 6 bulan tetapi lebih. Lepas 6 bulan anak saya masih tak mau sangat makan makanan pejal. Jadi saya teruskan aje bagi susu badan. SNE saya teruskan makan setiap hari. Mungkin kerana zat yang kaya dalam SNE membuatkan anak saya ni walaupun tak makan makanan pejal, dia membesar dengan sihat walau tak la gebu2 tembam macam baby lain. Bila bawak pergi injection tu doktor tak pernah komplen Dhani underweight atau kurus. Saya pulak yang risau... doktor rilek aje.

Percaya atau tidak, Dhani makan sesuap dua aje sehari itupun kalau nasib baik. Selebihnya dia cuma minum susu badan. Tapi ini nasihat saya untuk mak-mak di luar sana....

Jangan kerana nak test keberkesanan produk SNE, uolls takmo kasi anak makan pulak.... Dhani ni spesel kes. Dia mula makan dengan baik pada usia 2 tahun. Betulllll tak tipu.... tak caya tanya la John ke, ipar duai saya... dia mula makan pada umur 2 tahun! Sebelumnya dia cuma minum susu badan. Susahnya hati saya, Allah aje yang tahu. Dan Dhani mula bercerai susu pada umur 4 tahun, hampir setahun lepas dia dah dapat adik. Tapi saya makan SNE sampai Dhani umur berapa, saya tak ingat pulak. Tapi Dhani memang takde masalah kesihatan. Setakat demam, batuk selsema tu stended la kan... budak2... eczema memang tak pernah kena. 

Tahap kecerdasan otak, alhamdulillah time exam podium selalu. Saya memang sangat risaukan anak saya yang sorang ni sebab dia lambat makan nasi/makanan pejal. Takut la kan kalau2 tumbesaran dia terbantut atau akal kurang bijak. Mungkin amalan mengambil SNE masa mengandung dan lepas bersalin dapat membantu sedikit sebanyak dalam proses tumbesaran otak anak saya ni. 

Dan tak sangka sekarang ditemukan jodoh lagi dengan SNE. Ada pulak Beutskin Essence, lagi semangat la nampaknya. Kalau ada masalah jerawat, sembelit, silalah tambah satu lagi produk iaitu Excel Tea. Insya Allah, bila sistem dalaman bersih, luaran kita pun akan mantop.
 

SNE EXCEL TEA RM75.00

SNE KAPSUL RM180.00

BFF Yang Ku Kasihi

$
0
0
Assalamualaikum

Bizi betul kebelakangan ni sampaikan entry yang patutnya saya buat beberapa hari lepas, terpaksa saya pospon sampai tengah malam ni. 

Jumaat lepas balik dari Kuantan, BFF saya yang di JB datang setelah sekian lama saya pelawa datang ke rumah saya ni. Kebetulan BFF saya (Cik Lein Omar) sedang giat mempromosi kerang marbellous dan paste kerangnya. Jadi beliau ambik la kesempatan untuk promosikan paste kerang kepada kawan-kawan di sekitar Lembah Klang ni.




Mengimbas kembali bagaimana saya berkenalan dengan cik Lein kira2 14 tahun lalu... kami sama-sama bekerja sebagai promoter B&H. Outstation sama-sama, dan kami jadi rapat bila kami outstation ke Ipoh dan Penang. Ini promoter bukan promoter biasa... promoter ada grooming class dan segala latihan sebelum masuk kerja. Kalau saya bgtau gaji promoter macam kami, gerenti ramai awek2 yang terkinja-kinja tergedik2 mintak kerja jadi promoter hahahaha. Lepas beberapa minggu dengan B&H la saya betul2 jadi kurus.... maklumlah kerja teruk siang malam! Tak capai target tak dapat bonus extra. Patutlah ramai student kolej kerja jadi promoter. Boleh buat bayar yuran. Saya? Bosan kerja ofis masa zaman gawat. Gaji kejap dapat kejap tidak. 

Cik Lein ialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan John kepada saya. Sebab tu saya sangat-sangat tak boleh tak sayang kat Cik Lein...muah muah... Emmm beriya dia promote John dulu (hahahhaa) padahal saya tak minat langsung kat John masa mula2 nampak dia :P (kalau John baca mesti dia tak puas hati).

Hari Sabtu lepas, walaupun penat dari Kuantan tak abes lagi, saya gagahkan diri bawak Cik Lein jenjalan. Saya drive hokeyyyy.... Saya bawak rumah ipar saya kat Bangi utk hantar SNE sambil2 boleh promote paste kerang. Pastu dari bangi terus ke KL sesi santai2 suka hati, pastu dari KL terus balik sebelum sambung ke Seri Kembangan cari baju dan Alamanda hantar paste kerang yang orang dah order. Masa ke Alamanda saya bawak Dhani dan Cik Rai sekali sebab diorang dah mula merajuk mami tak lekat kat rumah. Bawak ke Alamanda ai kena pauuuu.... haissshhh.....




Balik rumah memang pengsan, takde sesi borak tengah malam. Pengsan!

Besoknya saya bawa Cik Lein yang bujang trang tang tang ni ke Taman Medan, tengok kawan dia kawin. Sibbaik ada Mr GPS, walau sesat2 masih gak sampai ke tempat yang dituju. Lepas tu ke Paradigm Mall tengok wayang Hobbit (lagi buat kali ke 3). 


dalam wayang :))

pilih kasut kat Payless



banyak kali pose dengan bunting H&M tp masih tak puas hati

Balik rumah dalam cuaca hujan, pastu lepas maghrib keluar balik pegi tunggu kawan Cik Lein kat tepi jalan untuk promote paste.

Hampir tengah malam? Saya diminta ajar Cik Lein buat RV..... bancuh bancuh bancuh, susu segar takde. Nak gi keldai malas... akhirnya pakai susu anak hahahahaha. Janji sodap.



Dah abes buat kerja, pengsan la apa lagi?

Besoknya (24 Disember 2012) Cik Lein balik ke JB. Hati sayu tapi saya sorokkan. Cik Lein rebeh2 cengeng nanges tp saya tak. Bukan tak sayang, tapi John yg dah kentalkan hati saya ni hehhehe.

Saya doakan Cik Lein akan sukses dengan perniagaan baru dan bakal dapat jodoh yang baik tak lama lagi. Dan semoga persahabatan yg terjalin akan terus kekal sampai bila2. Amin.

TESTIMONIAL SNE Beutskin Essence : Puan Nani

$
0
0
Assalamualaikum.

Seorang kawan hubungi saya sebab nak cuba produk SNE ni. Beliau mengalami masalah Psoriasis bertahun lamanya sehingga menyebabkan kulit jari-jari dan kuku rosak, menggelupas dan pedih. Berulang kali ke hospital, klinik, tetapi masalah tetap tak selesai sebab ubat-ubatan doktor hanya membantu mengawal, bukan merawat.

Kira-kira 2 minggu lepas saya syorkan pengambilan SNE Beutskin kepada beliau. Oleh kerana beliau masih was-was, beliau hanya mengambil SNE Beutskin Essence saja. SNE Kapsul hold dulu. Bungkusan Poslaju sampai pada waktu petang, oleh itu beliau mula mengambil BE pada waktu malam sebelum tidur. Tak sabar dah....

Sebelum beliau menelan sebiji BE, beliau cucukkan sedikit kapsul BE dengan jarum dan ambil sedikit minyak BE tu dan sapukan ke jari2 yang rosak lalu tidur.... zzzzz.....






Besoknya bagaikan satu majik, beliau terus send gambar ni kat saya....


Nampak? Majik kan? Bukan setakat yg menggelupas tu dah kurang sangat2, malah boleh nampak lembab2 dah kulit tu tak kering macam semalamnya.

Puan Nani terus ambil BE sehingga sekarang dah kira-kira 2 minggu pengambilan berterusan. Dan kini beliau happy dengan keadaan kulit yang seperti di bawah:




Nampak kulit kat jari2 yang sebelum ni rosak, kering, menggelupas (yang dideritai bertahun-tahun) kini mula bersih dan lembab dalam masa 2 minggu sahaja. Manakala kuku Puan Nani katanya nampak macam mereput dan mungkin sedang dalam proses penyembuhan. Harap2 kuku Puan Nani akan tumbuh lebih elok lepas ni. nanti saya update lagi. Syukur.

Dan Puan Nani kini bercadang mengambil SNE Beutskin bersama SNE Kapsul untuk kesan lebih baik. Nanti update ye ;)

Masih ragu2 dengan Beutskin Essence? Jangan ragu lagi. Jom dapatakan pada harga ahli daripada saya, LYA 018-6676734. Whatsapp atau SMS. Email di impianaayl@gmail.com

Harga BEUTSKIN ESSENCE RM200.00 harga ahli. Keahlian percuma dengan pembelian, percuma downline. Kalau takmo jadi ahli pun ok aje. Tiada paksaan. Harga masih sama.

POSLAJU PERCUMA seluruh Semenanjung Malaysia. Kalau Sabah dan Sarawak sila tambah RM5.00.


Ops... gambar kat atas tu mmg gambar asli daripada Puan Nani, customer saya. http://snebeutskinpuchong.blogspot.com adalah blog baru saya khas utk cerita SNE aje. Lawatlah bila ada masa :)... walaupun sekarang baru ada beberapa entry aje hehehehe.

Mencuri Aura 001

$
0
0
Assalamualaikum.

Beberapa kali jugaklah direct upline saya Mr Charlie mencari time sesuai untuk aturkan pertemuan mata bertemu mata dengan SNE Marketing punye ahli bernombor 001 merangkap Presiden SNE iaitu Dato' Alan Sia. Biasalaaa cuti sekolah ada banyak program cuti-cuti Malaysia. 

Hari ni barulah ada time sikit. Itu pun agak kelam kabut sikit sebab order masuk mencurah, sekali stok tak cukup pulak. Nak ke stockist centre kat Puchong ni lambat pulak bukak. Asal nak pergi mesti dia bukak lambat. Dah beberapa kali saya terkena. Akhirnya, saya ajak John ke HQ SNE awal sikit untuk beli apa yang tak cukup, pastu terus ke Poslaju dan kemudian pegi jumpa minum kopi dengan Mr Charlie dan Dato' Alan Sia kat PappaRich.



Masa sampai aje ke HQ, punya la ramai orang. Yang nak ambik stok, yang nak jumpa downline, yang nak meeting, sampai saya takde tempat duduk. Tapi seronok pulak tengok...






Bila tengok masing2 punya borong, apa la sangat dengan borongan saya hehehe. Sekali beli stok kira-kira RM3000+ dan apa yang saya dapat hanya satu plastic bag produk SNE. Orang lain punya borong, berplastik-plastik. Agaknya satu kali borong boleh habis RM10k agaknya. Dasat betul. Saya teruja la tengok masing-masing punya semangat. 

Masa minum kopi dengan John, Mr Charlie, Dato' Alan Sia dan Executive Director SNE iaitu S Y Lau (sori la takde gambar), saya diberi tips macam mana nak berjaya dengan SNE. Bagus betul plan SNE, surirumah cabuk macam saya pun boleh dapat income ribu riban kalau kena dengan cara dan bimbingan. Kalau dua, tiga, empat ribu sebulan tu perkara kecik aje bagi leader-leader ni sebab tadi saya sempat tengok leader2 yang dapat ratus ribu sebulan, berpuluh ribu sebulan,... perghhh.. kalau tengok dari segi gaya, rilek aje pakai tshirt dan jeans. Siapa sangka??? Memang tak sangkaaaa.....

Jadi, kepada pelanggan-pelanggan saya, kalau rasa nak makan SNE ni free takyah keluar duit gaji sendiri, apa kata kita mula ceritakan kepada kawan-kawan, sedara, adik beradik, kawan sekolah, rakan sekerja tentang hebatnya produk SNE ni. Yang ada blog pun boleh ceritakan dalam blog. Saya selaku stokist bergerak akan sedia membantu menyediakan stok kalau uolls perlukan stok secepat mungkin (bagi yang jauh atau yang malas nak cari stokist centre).  Setiap pembelian, percuma keahlian. Sekarang ni kad membership tak akan dikeluarkan lagi sebab nak memelihara alam sekitar. Kalau nak tahu no ahli, boleh tengok kat statement bulanan atau kalau nak beli barang kat centre, cuma beri nombor IC aje. 


Kalau berminat nak jadi ahli dan dapatkan income sikit atau banyak atau lumayaaaannnn... meh la join grup saya. Kalau jadi stokist bergerak, modal permulaan RM3000, dan dapat extra bonus 3%. Jom jom jom................................


macam ni aje dah RM3160.00. Cuba kira berapa ramai orang yang boleh jadi potential buyer kita. Sorang ambil 2 kotak, agaknya sale sebulan boleh pergi berapa? Sebab tu saya kata SNE memang boleh....
Jom laaaa...

Contact saya di: impianaayl@gmail.com atau Whatsapp 018-667 67 34.

Harga:

SNE Capsule RM 180.00
Beutskin Essence RM 200.00
Excel Tea RM 75.00

ready stock


Viewing all 514 articles
Browse latest View live




Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC