Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all 514 articles
Browse latest View live

Blog Baru

0
0
Assalamualaikum.

Wahai pembaca-pembaca dan follower yang budiman, ni saya nak umumkan bahawa saya ada satu lagi blog baru yang mana isi kandungannya khas untuk produk dan cerita tentang SNE Marketing sahaja. Kalau ada masa, silalah lawat http://snebeutskinpuchong.blogspot.com dan kalau boleh, marilah FOLLOW beramai-ramai. Nampak sikit meriah hehehhe sebab sekarang belum ada lagi pengunjung. Maklumlah blog baruuu....



Nak cerita sikit aktiviti siang tadi...

Dah selesai buat final checking untuk submission bulan ni, saya ke stockist centre untuk buat submission yang berjumlah RM7,210.00. Itu merupakan submission yang tak sampai seminggu dan terakhir untuk bulan Disember ni. Dah boleh rehat sikit. Alhamdulillah, MLM masa kini bukan sesuatu yang susah.. tak macam dulu2 nak kena jumpa mata bertemu mata nak jual produk. Kadang-kadang tu nak jual satu barang pun payah. Kita ni pulak tak pandai nak bercerita. Kita suka senyum je heheheh. 




Berbeza dengan sekarang, ada kuasa internet yang tiada sempadan. Daripada buang masa hadap komputer, hadap smart phone, hadap iPad layan games, You Tube, Facebook, Twitter, kenapa tidak saya guna ilmu yang saya ada tentang IT ni untuk buat sesuatu yang lebih baik? Berkongsi tentang kebaikan SNE kepada semua, sambil dapatkan extra income. Kalau SNE bukan produk yang baik, saya takkan beriya2 promote dan jadi pengedar macam sekarang. 

InsyaAllah bulan ni, walau baru je join keluarga SNE dan aktif kurang dari sebulan, saya dah berjaya naik pangkat daripada distributor biasa kepada Junior Manager (JM). Dan yang bestnya, bukan saya seorang saja yang jadi JM, tetapi downline saya (iaitu saya sendiri jugak - saya placing satu nama lagi milik saya) punnnn naik sekali jadi JM. Maknanya insyaAllah bila keluar cek, saya akan dapat 2 cek besar hihihi. Syukur alhamdulillah, ini adalah usaha saya dan juga bantuan John dari semua segi termasuk sokongan padu daripada beliau. Bulan depan insyaAllah nak hasilkan 2 JM lagi (saya sendiri jugak hehehhe - ini le sistem MLM yang bijak) dan niat saya salah satunya ialah untuk menampung perbelanjaan supplement bulanan mak saya yang tak sihat. Oleh kerana tahap kesihatan yang sangat tak memberangsangkan, saya kena sediakan ribu riban jugak duit untuk supplement mak saya. Dan satu cara terbaik ialah dengan cara ini le. Doakan saya ye. :)

Dan katakanlah.. kalau mak saya sembuh walau 50% saya pasti akan berkongsi cerita dengan semuaaaaa orang bagi mendapatkan manfaat SNE bersama-sama.



EH sambung aktiviti saya siang tadi...

Saya juga ke Giant buat businesscard baru. Saya kena bersedia bila-bila saya jumpa potential customer boleh kasi kad. He he he. Kad sejam siap tu macam tak cantik sangat sebab saya tak plan nak buat design tu sebenarnya. Nak buat design yang lebih kurang macam Dato Alan Sia sebenarnya tapi ambik masa sampai 5 hari baru siap. Jadi, yang ni walaupun kurang lengkap, takpelah.



Lain kali akan diperkemaskan lagi.......

Jangan lupa ye...

http://snebeutskinpuchong.blogspot.com dan sila contact saya kalau berminat nak join keluarga SNE bersama saya. Mari berkongsi manfaat sambil tambah income :)

Berita Yang Belum Tentu Benar

0
0
Assalamualaikum.

Majalah Tiga awal bulan Disember ada mendedahkan kononnya bikers (penunggang motosikal berkuasa tinggi) menunggang secara merbahaya dan Mazidul sempat la rakam aksi 2 bikers ni dari atas heli... lepas tu Mazidul gelarkan bikers ni PELESIT JALANAN.

Tak lama lepas tu gambar ni pun tersebar...


posing dulu dengan heli

Habis pecah tembelang Mazidul. 2 bikers dalam rakaman hanyalah pelakon yang melakonkan adegan merbahaya atas jalan iaitu pada kelajuan kira-kira 250km/jam supaya krew Majalah Tiga boleh buat liputan konon-kononnya betul la sangat bikers ni pelesit. Macam mana tak kena berlakon, kalau dirakam betul2 aksi bikers atas hiway, krew M3 hanya akan jumpa yang konvoi beberapa bijik motor pada kelajuan yang berpatutan. Macam mana nak buat liputan kan? Habis mengamuk bikers seluruh Malaysia yang kebanyakannya adalah golongan professional yang banyak memberi sumbangan kepada negara. Bikers bukan peragut yang menyusahkan hidup orang lain. Bikers bukan kutu rayau yang takde kerja nak dibuat. Memang silap la kan. 



Lepas tu last week bikers ramai2 berhimpun kat perkarangan Sri Pentas dan mendesak Mazidul buat permohonan maaf SECARA TERBUKA kerana menggelarkan bikers ni pelesit dan rakaman yg dilakonkan tidak dilabel sebagai 'BUKAN AKSI SEBENAR'. Dah la bukan aksi sebenar, ditokok tambah pulak tu. 




Memang la ada yang tak suka orang naik motor ni sebab kadang2 bila diorg nak memotong diorg akan memotong kat lane kanan. Siap bagi lampu tinggi... sama aje dengan kereta yg nak memotong pun akan suruh pemandu yang terhegeh2 kat lane kanan supaya ke lane kiri kalau nak makan angin. Pendek kata, kalau nak makan angin atas jalan, stay aje kat lane kiri atau lane tengah. Mana2 hiway dalam Msia ni, lane KANAN UNTUK MEMOTONG, bukan makan angin. Yang kena saman tu, pandai la diorg bayar sama ye tak?

Bila cerita macam ni jadi kecoh, saya mula tertanya2, adakah SEMUA berita atau isu yang dipaparkan dalam tv tu adalah betul kejadian sebenar atau hanya ditokok tambah???????????

Contohnya isu pengemis.....

Sejak Majalah Tiga keluarkan cerita pasal pengemis yang mewah, saya yakin ramai daripada kita yang dah tak mahu bagi walau singgit kepada orang yang datang kat kita masa kita tengah makan tu. Yang jual tisu pun, kita dah takmo kasi apa2 dah. 

Kalaulah mereka tu memang sangat miskin dan mengharapkan duit singgit kita tu untuk makan, tak kesian ke? Apa la sangat singgit... Majalah Tiga punya pasal, entah2 ada yang mati kebuluran. Takyah la cakap pasal 'berusaha la cari kerja, cari duit'... sebab kita tak tau untung nasib kita, kalau Allah nak sempitkan rezeki kita, limaposen pun belum tentu kita boleh dapat. Jadi, jangan terpengaruh sangatlah dengan isu dalam tv tu. Kalau yg suka sedekah, teruskan sedekah.... org tipu ke tak tipu, itu antara dia dengan Allah. Kita tetap dapat ganjaran insya Allah.

Peace no war :)





Sekolah Baru

0
0
Assalamualaikum.

Satu kelegaan bila John balik dari pejabat kementerian untuk check tentang sekolah baru kat depan rumah tu yang dikatakan tak akan dibuka awal Januari 2013 (mungkin lambat lagi), rupa-rupanya akan dibuka pada 2 Januari 2013 sama seperti sekolah2 lain. Paling melegakan apabila sekolah baru tersebut hanya menerima pelajar terpilih sahaja (terhad kepada penduduk sekitar) dan hanya mempunyai 3 buah kelas bagi setiap tahun dan semua pelajar akan menghadiri hanya 1 sessi persekolahan iaitu sessi pagi. Fuuuhhh.... lega sampai terbaring nampaknya!

Tapi agak kecewa (saya tak kecewa tapi ada orang lain yang kecewa) apabila anak sulung saya tidak boleh pindah sekolah sebab sekolah baru hanya menerima pelajar tahun 1 sehingga tahun 5 sahaja. Tahun 6 diminta teruskan ke sekolah lama sebab perlu bimbingan dan tumpuan khas daripada guru sekolah lama untuk peperiksaan UPSR.




Untuk hari pertama, kerja kena split 2. Saya hantar yang sulung dan yang no 5 (tadika), John pulak hantar yang no 2 dan 3 ke sekolah baru. Memang itu tugas John dari dulu, hantar anak setiap kali anak masuk sekolah hari pertama. Walau bagaimanapun seorang ayah tak boleh lepas semuanya kepada ibu. Hehehe.

Pagi2 lepas semuanya ke sekolah, mulalah rumah rasa sunyi sepi. Rumah pun bersih aje takde sepah2. Tapi lepas tengah hari nanti tengoklah kan..... emmm emmm...

Dan satu pemandangan baru bila tengok simpang depan tu mula penuh dengan kereta. Dan kereta saya tak menyumbang kepada kesesakan tersebut ha ha ha. Sampai ke bahu jalan mencari parking nampaknya. 





Dan oleh kerana saya dah ada sedikit masa lapang pada waktu tengah hari bawak ke maghrib, saya yakin tahun 2013 adalah tahun yang baik untuk memajukan diri cewah... bukan dengan SNE saja, mungkin dengan benda lain jugak. Selagi ada peluang rezeki, selagi tu saya akan usahakan insya Allah.....


Dah Cantik Kunun, Nak Bodylicious Pulak

0
0
Assalamualaikum..

Pagi tadi best je hantar anak ke sekolah jalan kaki. John pulak hantar lagi 2 naik kereta. Tukar-tukar hehehe. Bahagia rasanya... alhamdulillah syukur kepada Allah....


saja snap snap masa ronda2 kawasan sekolah

Tahun 2013 ialah tahun yang sangat ong kata orang Cina. Menurut feng shui, tahun 2013 ni spesial sikit sebab ada tarikh2 menarik seperti 13/1/13, 1/2/13, 1/3,13 dan 11/12/13... tapi bukan itu aje..

Ambik 2 digit terakhir nombor kelahiran, ditambah dengan usia anda tahun 2013, hasilnya pasti 113. Betul ke? Saya tak kira sebab malas hehehhehe. Lagipun saya tak ngikut sangat pada feng shui segala ni walaupun kalau ikut kitab tajul muluk, memang ada cara2 perkiraan untuk tujuan tertentu. 

Agaknya kebetulanlah kan..... saya memang berniat untuk memajukan diri bermula December 2012 dan akan membawak ke tahun 2013 hingga ke tahun-tahun berikutnya. Hujung tahun 2012 dah nampak bayang-bayang kejayaan dah hehehe. Kebetulan masa tu memang tengah cuti sekolah, memang sesuai sangat untuk mulakan sesuatu. Bosan pulak asyik layan drama filipina hari-hari sambil membesarkan vont... dah abes aje drama Budoy, saya pun mula la mengehadkan masa melayan drama. Dan sekarang nak layan apa drama pun terasa takde time. 

Agaknya jugaklah kan... tengah-tengah bersemangat waja nak memajukan diri, datang la pulak satu lagi peluang perniagaan... perniagaan ni dah lama saya tahu. Saya merupakan pelanggan yang sangat setia selama 9 tahun. Dari Bio Pure RO Water Treatment, Elysyle Eternal Beauty, LD Venus, LD Esteem, El Marino, Spirulina, Skincare, Ester C, EPA, Kington, Dr Diet, Dr Xeniji, semua saya dah beli termasuklah Corpsdereve Foundation Set yang saya beli dan pakai sejak 2004 hingga sekarang dah 2013, dah masuk tahun ke 9 dah! Modal RM2k+, tahan 9 tahun dan masih boleh pakai lagi untuk setahun, dua atau tiga.... berbaloi-baloi! Dek kerana disiplin membalut badan selama 9 tahun juga la aset2 saya ni masih kekal berada ditempatnya walau usia dah memamah umur saya pelan-pelan. Dan kepada yang selalu bertanya "apa rahsianya?", sekarang dah tau kan?

Dah dekat 9 tahun saya guna Elken Corpsdereve... kini rasanya memang patut sangatlah saya ganti yang baru. Tapi jenis yang saya pakai tu dah takde dah. Dah pupus habis dah. Dah diganti dengan yang baru! Lagi cantik! Lagi hebat! Lagi berkesan! Lagi mantap!


 Corpsdereve DX: semua2 ni bulanan cuma RM186 saja.


Mula-mula dulu sesapa nak beli set ni kena bayar cash.... tak lama lepas tu ada pulak easy payment pakai credit card... tapi agak leceh jugak sebab kalau harga 2k, habis 2k kena block dari kad dan pelan2 duit tu bertambah balik... sebab itulah sekarang Elken menyediakan sistem potongan direct debit AEON, potong ansuran tu dari akaun bank aje setiap bulan. Tiada block2 sampai beribu.... Lagi senang! Tiap-tiap bulan RM186 akan ditolak dari akaun bank, sementara twin set DX dah berada di bodylicious ku.

Jom tengok majik yang DX ni dah buat (termasuk kepada saya):





Cara DX bukan hanya menyembunyikan lemak tetapi mengalihnya ke tempat yang sepatutnya. Disebabkan material yang digunakan (cotton), ia tak menyebabkan rasa tak selesa walau masa kat cuaca panas. Sekali lagi saya umumkan, saya dah pakai 9 tahun dek.. bila dibanding-banding dengan yang lain, Elken jugak tetap sesuai di badan sebab material cotton dan cara pemakaian yang sangat mudah. Tiada tali bertali arus.... juga mempunyai size yang banyaaaaakkkkkkk bersesuaian dengan size badan kita yang lain-lain. Bukan setakat S, M, L, XL, XXL hokey...

Selain membentuk kembali badan supaya aset berada pada kedudukan yang betul, ia membantu meletak kedudukan rahim di tempatnya... dulu saya selalu terasa macam rahim nak jatuh. Kalau yg pernah rasa tu, mesti paham apa saya bgtau.. biasanya berlaku waktu saya terlalu banyak berdiri dan buat kerja. Tapi penyelamat saya ialah bukan makcik tukang urut tetapi Corpsdereve la yang menyelesaikan masalah saya. Dia betul2 memegang badan kita dan mengekalkan rasa tegap pada badan. Waist Nipper (bengkungnya) sangat flexible, boleh dilentur2, jadi tak perlu la kita jadi mcm queen nak bersidang setiap kali pakai DX ni. Tambah anggun, itu memang pasti!

Kalau ada yang berminat nak melabur sebulan RM186 dan dptkan kembali ribu2 serta kekal bodilisyes jom la saya boleh tunjukkan, kasi fitting, kasi try.... memang tak nyesalllll........ RM186 je....

Lya Whatsapp 018-667 6734

SNE atau BE?

0
0
Assalamualaikum

Ada yang bertanya, mana satu lagi bagus, SNE Kapsul atau Beutskin Essence?

Sebelum saya bagitahu mana satu lagi bagus, seeloknya kita tahu fungsi kedua-dua supplement hebat ni. Apakah fungsi SNE Kapsul? SNE Kapsul ni adalah killer product SNE. Sebelum adanya Beutskin, orang cuma makan SNE Kapsul. Jerawat, eczema, psoriasis, barah, darah tinggi, kolestrol, semua makan SNE Kapsul. Dan testimoni menunjukkan SNE Kapsul memang membantu dalam pemulihan penyakit.

Fungsi SNE Kapsul:


Selepas bertahun-tahun, Beutskin Essence diperkenalkan sebagai satu lagi killer product tetapi ia merupakan 'anak' kepada SNE Kapsul ni... kenapa anak? Sebab kandungan super nutrisi iaitu minyak biji seabuckthorn dalam SNE Kapsul adalah 100% di dalam kapsul dengan bahan aktifnya Mukopolisakarida Bio-aktif. Manakala di dalam Beutskin Essence hanya terdapat 30% sahaja minyak biji seabuckthorn tetapi dirumus bersama bahan yang lain seperti pati tomato (lycopene), kudzu tropika radix puerariae lobata, minyak biji anggur, minyak kacang pain, lilin lebah.




Oleh yang demikian, jika dilihat kepada kandungan Beutskin, ia lebih kepada kecantikan wanita luaran dan dalaman. Naum begitu, ia tidak memudaratkan lelaki yang mengambilnya kerana ia boleh mengelak penyakit prostat dan seimbangkan hormon lelaki.

Maknanya, SNE Kapsul lebih menyeluruh, Beutskin pula tertumpu kepada kecantikan. 

Jadi, kalau uolls masih lagi ragu2 tak tahu nak ambil yang mana, emmm...... SNE Kapsul sudah memadai, manakala yang nak lebih cantik putih gebu boleh ambil BE atau ambil kedua-dua sekali untuk kesan lebih optimum.

Harga saya adalah antara yang terbaik... sebab saya jual pada harga ahli dan keahlian percuma dengan setiap pembelian.

Poslaju pun FREEEEEE...............................................

SNE Kapsul: RM180 sekotak

BEUTSKIN Essence: RM200 sekotak

018-6676734 (LYA)

Dato Sri Barry Low Dan Shamone

0
0
Assalamualaikum

Hari ni saya ke HQ SNE. Beli stok lagi. Beutskin masih takde stok jadi HQ hutang saya. Semalam center hutang saya, hari ni HQ pulak hutang saya. Laris betul. Masa tunggu stok, John yang teman saya kat HQ terjumpa tokey SNE, Dato Sri Barry Low dan terus masuk ofis borak2.... 

Hebat betul Beutskin Essence.. Dato Sri kata sebelum ni company hanya jual 5000 kotak sebulan tetapi sekarang Beutskin Essence dijual sebanyak 12,000 kotak sebulan!!!! Pekerja kat kilang (repack) terkangkang semuanya nak bungkus BE. Lasat betul. Dan apa yang membanggakan tentang President SNE ni ialah beliau mencuba dulu setiap produk yang akan dijual. Kalau dia rasa tak sesuai, dia tak akan jual. Sendiri makan dulu.

Kali ni saya beli set penjagaan muka rangkaian pemutihan. Kalau nak tau tentang produk ni, boleh baca sini:

Shamone

0
0
Assalamualaikum

Sejak Sabtu lepas saya dah mula guna skincare set yang baru. Ada menarik nafas lega sikit bila set baru ni hanya 1/3 harga berbanding set yang lama. 



Kebetulan ada pulak diskaun dan offer, purchase with purchase. Berbaloi....




dapat free baju dalam

Sejak pakai skincare SNE Shamone Radiance Whitening Set ni, baru je beberapa hari saya nampak perubahan yang SANGAT KETARA kat wajah saya. Makan SNE dan Beutskin pun dah rasa puas hati, bila guna skincare bertambah-tambah puas hati!

Ada satu pigmentation spot tepat2 bawah mata, saya bosan betul tengok benda tu... lepas 4 hari memang pudar hampir nak hilang dah. Hebat betul SNE Shamone ni. Jarang saya jumpa set pemutih yang bagus dan beri kesan pencerahan yang baik. Dulu pakai mcm2 brand, hampeh semuanya. Freckles yang lain2 pun pudar banyak dah cuma masalah spider vein kat kulit muka belum ada penyelesaian. Tepi hidung dan pipi nampak jelas spider vein. nak taknak mmg kena tempek bedak supaya tak jelas sangat.

Offer di atas masih berjaaln. Boleh la contact saya kalau rasa nak try...


Lya 0186676734

Fitting DX

0
0
Assalamualaikum.

Semalam masa yang ditunggu2 dah pun tiba. Upline tersayang dtg bawak beg Elysyle DX yang penuh dengan set-set body lingerie DX pelbagai size untuk kasi saya fitting. Dah lama tak kena fitting macam ni. Last ialah pada tahun 2004 hehehe.




Saya try semuanya. Bra, waist nipper, long girdle dan body shaper. Memang laaaa brand lain tak boleh celen keselesaan yg DX ni kasi. Banyak gak rungutan yang saya dengar tentang brand popular sebaris harga DX terutamanya tentang gatal2, panas, yang kononnya disebabkan body fat yg keluar melalui peluh (?).. Tp dgn DX, material yg guna campuran egyptian cotton tu sangat selesa (pastikan uols ambik size yg betul) dan rasa selesa tu sehingga boleh bertahan selama minimum 8 jam penggunaan spt yg disarankan. 




Apa yg lebih baik, nak ke toilet pun senang. Nak pakai pun senang, nak bukak lagi senang. Tak perlu bersusah payah. Paling best ialah bila kita pakai, kita cantik dr semua sudut. Body posture jadi lebih bagus. Tulang belakang tak sakit. Dan kepada yg ada masalah terasa rahim mcm nak jatuh tu bila pakai DX mmg sgt boleh bantu.




Memang rasa mcm Miss universe bila pakai DX. Bila banyak buat kerja rumah terutama kerja berat2, DX bantu support tulang belakang. Bukan utk cantik je tp utk kesihatan tulang belakang juga.




Nak installment kad kredit pun boleh. Ada 6, 12 dan 24 bulan. Nak 36 bulan boleh guna Aeon Credit. Satu set (long set: bra, waist nipper, girdle dan panty) ialah RM2475 harga ahli. Saya mmg sarankan jadi ahli (RM75) supaya boleh dpt rebat balik. Kalau twin set RM4855, dpt bra x 2, girdle x 2, waist nipper x 1, body shaper x 1 dan 2 panties. Twin set ni jimat dlm RM400 (harga long set + shaper set).

Kepada yg berminat, hubungi saya untuk fitting. Fitting percuma, tak perlu bayar apa2 pun. Dah fitting baru paham apa saya kata. Blom try blom tau......




018-667 67 34 Lya.

Antara bank yang mengambil bahagian dalam Easy Payment Scheme Elken:



- Posted using BlogPress from my iPhone

Mengalahkan Tuan

0
0
Assalamualaikum

Sejak jadi businesswoman ni (cewah) saya betul2 rasa komited pada apa yang tengah saya buat sekarang. Bukan setakat biz SNE dan masih mempromote Elken DX body foundation lingerie, saya juga masih tetap sibuk uruskan anak-anak bermula 6 am (kejut diorang bangun) dan saya pula terus mandi dan bersiap. Dah selesai urusan anak-anak ke sekolah, saya tak sambung tidur, saya terus capai apa yang patut (selalunya saya hadap keje biz saya ni). Satu lagi benda wajib setiap hari ialah pergi ke Poslaju mengepos barang-barang yang telah diorder. Selang sehari selalunya akan ke centre tapi sehari dua ni hari2 kena ke centre sebab saya tak sanggup nak pegang duit orang lama-lama. Takut terpakai. Lebih baik saya terus submit cepat2 ke centre. Selamat.


hari-hari kat centre, baru hari ni ternampak poster ni.. ada familiar muka sesapa tak?

Bermula January saya dah tak jadi ustazah anak-anak saya lagi. Asal jadi ustazah mesti macam nak makan orang. Kebetulan cuti sekolah hari tu saya dapat tahu ada tadika di fasa lain perumahan sini  yang ambil anak-anak belajar mengaji. Lega betul rasanya. Walaupun waktu malam, saya rela hantar. Tak biasa memandu malam tapi untuk tahun ni saya dah kata, banyak benda yang akan saya atasi untuk memperbaiki diri sendiri. Tiada alasan lagi.




Waktu malam pun saya hadap lagi kerja dan layan order yang masuk. Kadang2 sampai 1am pun tak tido lagi. Dah kalah tuan dalam rumah ni. Ada masa saya keluar dulu dari John, pergi keje konon! Hahahaha.

Tapi sekarang memang terasa sangat penat dia. Fuuhhh...... inilah rezeki tak disangka-sangka. Bila dah diberi rezeki, takkan nak tolak, kan?

Mak Saya Dan SNE

0
0
Assalamualaikum.

Sudah 11 hari saya bekalkan SNE Kapsul dan Wis-D Essence untuk ibu saya yang kini menderita Parkinson sejak bertahun-tahun. Doktor kata Parkinson. Bila sebut Parkinson, kita akan bayangkan pesakit tu menggigil bila bergerak. Berbeza dengan ibu saya, beliau tak nampak pun gigil2, tapi sangat susah bergerak, susah nak bangun bila dah baring, susah nak jalan, badan terasa berat sangat, sendi, otot semua tegang. 

Macam-macam benda saya dah kasi mak saya makan tapi takde pulak improvement. Baru-baru ni saya direkomen satu supplement herba. Namanya bio-z**g dan bio-s**n. Lepas beberapa hari saya datang melawat mak saya, mak saya terbaring aje. Katanya badan makin teruk. Saya minta mak saya teruskan pengambilan (seperti yg diorg sarankan le) dan lepas beberapa hari saya datang lagi. Makin teruk pulak saya tengok. ELok-elok boleh gerak sikit2, langsung apa pun tak boleh. Dah hampir macam orang lumpuh, apa pun tak boleh!!

Dan saya minta mak saya STOP semua herba tersebut. 

Lepas keluarkan dividen ASB awal tahun hari tu, saya nekad nak bantu mak saya dengan supplement SNE. Saya cari tahu tentang testimonial yang berkaitan Parkinson. Produk yang disarankan ialah:

yang ni memang wajib
dan...

bukan untuk kanak-kanak sahaja
Kalau mengikut saranan dan pengalaman pesakit Parkinson yang dah sembuh, Wis-D ni perlu diambil sekurang-kurangnya 10 tablet sehari. Tetapi yang dah sembuh tu sebenarnya ambil 20 biji sehari. Maknanya sekotak tahan 3 hari je. Sebulan perlu ambil 10 kotak. 10 x RM180 = RM1800. 

Parah poket.....

Mak punye pasal.....

Saya ke HQ SNE beli mobile stockist untuk mak saya. Saya memang dah daftarkan mak saya sebagai ahli SNE. Mobile stockist tu sebab nak dapatkan extra 3%. Sambil beli stok sambil dapat untung. Keesokan harinya saya terus jumpa mak saya, serahkan 2 SNE dan 2 Wis-D dan mintak mak saya makan 4 biji sehari setiap satu produk sebagai permulaan. Test power, orang kata.

Saya tak mahu paksa mak saya makan sekali 10 biji atau sekali 20 biji sehari, sebab ikut pengalaman lepas, banyak produk yang tak dapat diterima oleh badan mak saya. Jadi, 4 biji SNE dan 4 biji Wis-D setiap hari (pengambilan standard) rasanya memadai buat masa ni.

Semalam, selepas 10 hari pengambilan SNE, saya datang lagi melawat mak saya. Menakjubkan! Mak saya tak terbaring lagi seperti sebelumnya. Saya tengok mak saya tengah jalan keluar dari toilet. Pastu saya tanya la macam mana rasa makan SNE....????

Jawapan mak saya macam ni:

"OK... badan boleh terima. Kalau ubat lama tu, tak tentu arah jadinya. Bila makan SNE, rasa segar. DULU TAK BOLEH BERKEMBAN, SEKARANG DAH BOLEH."

Seronok tak? Saya memang seronok. Lepas habis bulan ni, insyaallah saya nak tambahkan dos SNE untuk mak saya. Mungkin double. Tujuan saya daftarkan mak saya sebagai ahli SNE pun sebenarnya untuk dapatkan bonus buat cover apa yang patut bagi membeli produk SNE hehehhee. Dan saya sangat-sangat berharap mak saya boleh pulih macam dulu. Boleh bawak mak jenjalan Bandung ke, bawak ke umrah, hantar buat haji bila tiba masanya. Tinggi betul cita-cita. Hendak seribu daya!

Dan kalau mak saya dah pulih, memang saya akan bawak mak saya ke meeting SNE dan share testimonial yang hebat ni. Sedangkan orang yang lumpuh boleh berjalan dan memandu semula,.... insyaAllah penyakit mak saya juga akan sembuh. Semangat!!!!!

Doakan saya... doakan mak saya. Ni betul-betul nekad. Berapa belanja bulanan saya dah tak kira dah. Handbag dah cukup dalam almari, kasut dah bersusun dalam rak kasut. Baju dah tak muat lemari nak simpan. Bila dah jumpa produk yang betul-betul saya yakini, kenapa saya nak lepaskan peluang?

Jenjalan.....!!!!!!!!!

0
0
Assalamualaikum.

Hari yang ditunggu-tunggu dah nak sampai dah ni. Kalau ikutkan waktunya memang dah sampai... dah tak boleh tidur dah malam ni. 

Rasanya dah berbulan-bulan, sejak bulan 5 tahun lepas kot saya dah mula buat perancangan rombongan cik kiah dengan kawan-kawan sekolah menengah. Mula-mula beli tiket, lepas tu booking hotel, lepas tu beli tiket Disneyland, lepas tu tiket Madame Tussauds, pastu pre-booking baggage dan makanan dalam kapalterbang dan last sekali beli travel insurance.

Sebagai kepala rombongan sayalah yang uruskan hampir semua benda dari A sampai Y... yang Z (travel insurance) ada kawan lain yang agent Great Eastern ahli rombongan jugak, yang buatkan. Travel insurance ni penting. Walaupun kita rasa takde apa-apa akan berlaku masa kita travel, ye lah kita mana nak tau kan, manalah tau kalau-kalau musibah menimpa, takdelah besar sangat kerugian tu.


ni beg 2nd dikeluarkan

Seminggu sebelum berangkat, beg besar dah saya keluarkan. Dah sumbat apa yang patut. Lepas 2 hari saya keluarkan beg lain pulak. Tukar pulak ke beg lagi satu, yang kecik sikit. Lepas 2 hari saya keluarkan beg lain pulak yang lagi kecik, pindah barang2 ke beg situ dan keluarkan lagi barang yang rasanya tak perlu dibawak. 


setakat masa blog entry ini ditulis, saya masih rasa nak bawak beg ni.. tp bila2 masa boleh tukar fikiran

Dan dalam seminggu ni puas jugak telinga ni kena perli dengan John. Kononnya packing macam nak pergi 2 bulan. Sampailah 2 hari lepas bila telinga dah tak cukup kebal, saya bgtau, "Kalau abang perli lagi, saya bawak handbag aje ke sana. Barang lain beli kat sana. SILA SEDIAKAN DUIT". Sejak tu, John takde perli-perli dah. Setahu saya, yang saya bawak cuma 1 jaket, 2 baju, 1 jeans dan anak2 kecik secukup rasa. Lain-lain ialah makanan instant Brahim dan Maggi. Dah cukup minimalis dah.

Rombongan cik kiah kali ni saya tak berapa loaded sangat hahaaahah. Memang la dividen ASB dah korek habis-habis dah tapi agak banyak jugak komitment yang perlu didahulukan. Takpe, takpe... yg penting ada duit makan, ada duit beli baju tambahan, ada duit tambang train, ada duit beli gelang jade dan fridge magnet :P. Tujuan kali ini ialah menikmati keindahan tempat orang. Handbag??? Tiada dalam senarai barang yang bakal dibeli. Oleh itu outlet Prada tu kita takkan singgah pun. 

Masa nak print boarding pass, saya kena la web check in dulu. Haish rupanya nak web check in kena bagi nombor passport, expiry date, birthdate bagaiiii.... terus dari rasa rileks jadi nevessss hahahahaha...

Terpaksa mintak ahli rombongan whatsapp. Malas nak cari sendiri hehehehe.

Dan macam biasalah..... bila neves tu, segala macam rasa ada. Rasa nak terkenc la, nak terberrr la, nak termunt... nak terkent semua ada!!! Memang kena gelak dengan John. Dia sampai pelik kenapa saya neves padahal barang dah packing? Emmm sebenarnya packing tak abes. Ada benda yg perlu dikeluarkan lagi alahaiiiiii......

Lepas hantar anak2 mengaji ni, bermula la operasi kumbahan beg. Memang nampak gayanya macam segala angin neves dah nak naik ke kepala. Standby pain killer siap2, jgn sampai migraine. Heheheheh ngok ngek sungguh...

OK ok times up. Sesapa nak whatsapp, nak order brg, boleh tunggu hari Selasa ek? Ataupun email aje saya kat impianaayl@gmail.com. Insyaallah saya akan respon walaupun masa sedang bercuti.

Baiiii...








I Survived Hong Kong Part 1 - Missed Flight

0
0
Assalamualaikum

Siapa kata orang perempuan sengal macam saya ni tak tahu apa itu cabaran? Buktinya, saya sekarang dah balik dari Hong Kong dengan selamat!

Alhamdulillah, semua tempat yang kami rancang nak pergi, dapat kami pergi. Dan rombongan kali ini, tiada penglibatan lelaki, cuma cik kiah aje yang terlibat. Dan siapa chief rombongan?????

SAYA.

Saya terlibat daripada awal dengan pembelian tiket Air Asia, hotel booking, tiket Disneyland, tiket Madame Tussauds dan merancang itinerary sepanjang kat Hong Kong. Kawan-kawan macam anggap saya ni pandai sangat jalan Hong Kong tu padahal kali pertama pergi dulu dengan John, anak-anak dan adik ipar sekeluarga cuma jalan makan angin ala orang kaya, selain ke Disneyland, kami cuma hop dari satu butik ke satu butik cari kasut dan cari beg. Kalau yang bukan butik pun, satu mall yang kami masuk ialah Lane Crawford. Cuma masa nak cari souvenir tu terpaksalah meredah orang ramai kat Ladies Market, Mongkok. Bak kata biras saya, "Kalau bukan kerana orang mengirim, takkan nak datang ke ladies market tu". Bukan sebab berlagak, tetapi sebab kami bawak 7 kanak-kanak (saya 5 dan adik ipar 2). Mana nak cari barang, mana nak perhati anak. Nak kena tolak stroller pulak! Memang terasa serik dia! Apa lagi masa tu hari Sabtu.

Flight pertama ke Hong Kong hari Jumaat tu iaitu pada 6.25am. Tetapi dek karana konon2 rasa macam awal sangat, John bawak saya (Kiah 1) dan kakak saya Kiah 2 (bukan nama sebenar hahahhaa) singgah kedai mamak, breakfast dulu. Yang lain-lain pun sampai LCCT macam la awal sangat, lepas tu siap lepak2 kat McD. Bila perhati jam, sebenarnya kami ada kurang dari 10 minit untuk check in baggage dan berlari ke GATE!!!! Dan paling teruk ialah seorang ahli rombongan tak muncul-muncul, rupa-rupanya dia terlepas ke KLIA, bukan LCCT. Call tak dapat-dapat, cuma Whatsapp aje yang boleh.

Oleh kerana dah lambat, kami yang Kiah ber 7 check in dulu baggage. Boarding pass semua 8 Kiah dah saya print siap-siap kat rumah. Sebagai ketua rombongan saya rasa bertanggungjawab memastikan semuanya lancar. Seboleh-bolehnya saya cuba tunggu Kiah 8 sampai. Saya tinggalkan boarding pass kat pintu masuk imigresen (siap kena marah dengan puan pegawai yang garang muka takmo senyum tu) dan berdoa semoga Kiah 8 sempat sampai. Dan akhirnya Kiah 8 berjaya lepas imigresen dan beratur di belakang saya masa nak scan check. 

Tapi bila Allah kata tak izin, buat macam mana pun, tetap tak jalan jugak. Cik Kiah 8 kena tahan terlalu lama kat scan checking imigresen tu, sementara saya dan Kiah 3 dah berlari ke Gate Y. Dek kerana Kiah 8 lambat sangat, Gate Y ditutup betul2 masa dia tiba kat depan gate. Puas la menangis kat gate tapi tak dibenarkan masuk. Nasib baik saya dan Kiah 3 sempat lepas gate. Kalau tidak, memang haru la kan.

 




Dah cuba sebaik mungkin, nasib masih tak menyebelahi Kiah 8. Redha je la. Tapi sebelum take off, saya sempat mintak Kiah 3 Whatsapp Kiah 8 supaya:

1. Beli tiket next flight at 8am.
2. SMS/ call saya bila sampai HK (dan saya tinggalkan nombor roaming yang boleh dihubungi)

Oleh itu ye uolls, kalau merancang bercuti naik eroplen, sila tiba epot awal-awal. Jangan plan lepak2 kat McD atau Old Town ye. Selamatkan percutian uolls, lepak-lepak boleh buat nanti bila sampai destinasi. Lepas tu, satu kesilapan Kiah 8 ialah beliau tak berkomunikasi dengan Kiah yang lain dalam Whatsapp group hanya sebab kononnya terlalu sibuk dengan kerja. OKK takde, EKK pun takde walaupun beliau salah seorang ahli grup Whatsapp tu. Itu la sebabnya beliau tersalah airport. Dalam grup dah bgtau pergi LCCT tapi dia pergi KLIA. Nasib baik tak terpegi ke Subang Airport lagi haru. Dan sehari sebelum tu kami ada offer satu kereta dengan salah seorang daripada kami tetapi beliau menolak dan merancang datang sendiri (walaupun rumah Kiah 8 dengan Kiah 3 setaman je).

Itu lah namanya BENDA DAH NAK JADI :)

Sambung lain entry.



 


I Survived Hong Kong Part 2 : Check In

0
0
Assalamualaikum.

Bila John dapat tau aje yang kami dari airport nak naik train ke hotel, dia dah pot pet pot pet. Katanya, lebih baik ambil airport transfer atau teksi. Sampai hotel takde la penat. Lepas tu mesti nak jalan lagi. Airport transfer ada kereta atau van dan ada bas jugak tapi bas akan pusing-pusing dari satu hotel ke satu hotel sebelum sampai ke hotel yang dah kami tempah. Apabila cadangan dibentangkan kepada cik Kiah, ada yang ok dan ada yang tak ok. Yang tak ok mungkin tak mahu keluarkan lagi kos dalam RM70 sehala (yang semua sepatutnya dah setel - tinggal duit belanja kat sana je nak sediakan) dan bagi alasan nakkan adventure dengan naik train ke hotel. Bila John tak mahu berhenti membebel, saya cakap baik2, "Kali ni boleh tak percaya kat saya?" Dan jawapan dia, "Good luck!"

Bila sampai airport, saya dapat sms daripada cik Kiah 8. Katanya dia ambil next flight, tiba HK pukul 12.45 tengah hari. Dia minta saya tunggu sebab katanya fon dia tak roaming. OK satu lagi ye uolls... sebolehnya bawak satu extra fon kalau ada (alah skrg ramai pakai 2 fon sorang) yang boleh roaming. Manalah tau kalau2 ada emergency macam ni, boleh call bila perlu. Oleh itu, kami 7 cik Kiah kena tunggu cik Kiah 8 sampai sebelum apa-apa aktiviti dapat diteruskan.


baru sampai muka ala-ala suci je. Dari kiri: Kiah 2, Kiah 4, Kiah 5, Kiah 3, Kiah 6, Kiah 7
 
Oleh kerana saya yang dah sedia selidik banyak benda, saya bawa cik kiah yang lain ke kedai beli prepaid simkad dulu. Senang guna local line, kalau guna data roaming mau tercekik bila sampai bil. Dan walaupun saya berhasrat nak meroaming data masa kat HK, impian saya terbantut bila U Mobile prepaid tak boleh roaming selain Singapore. Hampas. Dan satu lagi fon saya (Digi) yang sepatutnya boleh data roaming (saya dah siap-siap reload banyak2) satu saat pun tak terroaming datanya. Sengaja tak mau tukar local line sebab nombor saya yang itu adalah nombor utama. Bila saper2 dari Msia nak call atau sms, senang saya nak jawab.


sebenarnya bukan level 6 tapi level 7

Ada 2 pilihan simkad. Sama ada untuk Blackberry atau Android. Blackberry punya harga HK$100, Android punya HK$88. Saya minta internet diaktifkan terus. Plan internet unlimited untuk seminggu deducted daripada credit sebanyak HK$78. Dan baki HK$10 boleh guna untuk calls. Tapi kebanyakan masa kami hanya bertenet. Sekali beli simkad dah cukup tak payah top up dah. Blackberry agak rumit sebab plan yang disediakan cuma untuk BBM katanya. International calls takde.

ada size biasa dan micro

Lepas beli dan testing-testing fon masing-masing, kami minum kopi sementara tunggu Kiah 8. Pejam celik sekejap je dah 2 jam. Saya sempat uruskan barang yang orang order. Siap buat internet banking kat airport tu mentransfer duit.

Ckup time, saya tunggu Kiah 8.



Satu kelegaan bila nampak Kiah 8. Lepas ni semua ni menjadi pelajaran. Lain kali insyaallah tak jadi lagi.

Dan bermulalah pengembaraan kami kat Hong Kong... jeng jeng jeng...

Untuk naik airport express (train) kena ada TIKET. Satu tiket sehala ialah HK$100. Tetapi bila beli dalam grup (4 tiket satu pakej) cuma bayar HK$250 untuk ke Hong Kong Station. Jadi, kami perlukan 2 set la. Sorang bayar cuma HK$62.50. Biasanya sorang akan bayarkan dulu. Sampai hotel baru collect bahagian masing-masing.




Naik airport express sama aje macam naik ERL kat Malaysia ni. Laju. Best. Nyaman. Tapi itu belum sampai ke Central lagi. Dah keluar dari stesyen Central baru tau berjalan kat Hong Kong tu challenging tak challenging. 

Sebelum ke Hong Kong saya siap download satu application kat iPhone. Namanya MTR Tourist. App tersebut banyak membantu terutamanya bila naik naik MTR ke satu-satu tempat, saya cuma perlu rujuk kepada app tersebut.

Setibanya kat Central, bermulalah cabaran sebenar. Hotel terletak di Sheung Wan, cuma satu station daripada Central. Dan tambang seorang cuma HK$4. Sampai aje kat Sheung Wan, kami cari Jalan Des Veoux West di mana hotel terletak. Tapi yang ada cuma Des Veoux Central. Baca map pun tak paham, tanya orang pun, orang tak paham. Satu masalah dengan Hong Kong, agak susah bila sesat nak bertanyakan arah. Kebanyakan orangnya akan angkata bahu tanda tak tahu.

Kami seret beg masing-masing dan menapak ikut hati. Sepatutnya 7 minit berjalan dari station untuk ke hotel, jadi 2 jam pusing-pusing tak tahu arah. Masa ni sorang pun tak berani merungut sebab "AKU DAH KATA......". Kaki saya mula sakit terutamanya kat hujung jari toe tu. Masa tu saya tak banyak sangat cakap dan ikut aje orang cerdik pandai yang nakkan cabaran tu mencari arah. Pusing-pusing kat situ jugak habis dia. Akhirnya baru kami faham, Des Veoux Road Central dan West tu bagai bercantum, dan cuma perlu jalan aje terus sampai sudah. Agak pelik sikit susunan jalan di Hong Kong. Kalau sengal tak pandai sangat tu, buat-buat la ambik teksi ye. Jangan memandai-mandai nak cari hotel sambil seret beg. Niaya.

Setibanya di hotel, bagai satu nikmat tak terkata. Hotel ni tak besar mana. Hotel kecik. Masa check in sangkaan saya semuanya dah ok tetapi leceh jugak bila masa check in dia minta semua passport untuk difotostat. Saya serahkan cuma 6 passport sebab kami booking cuma 3 bilik. Satu bilik untuk 2 orang. Bukan sengaja nak stemet tapi ada sebab-sebab lain di mana ada penyertaan-penyertaan lewat (last minute) yang menyebabkan akhirnya cuma 3 bilik ditempah untuk trip ni. 

Lepas fotostat, reception tu mintak deposit HK$1000 untuk satu bilik. Maknanya HK$3,000 deposit untuk 3 bilik. Hangin betul. Kita dah siap2 bayar semuanya, hotel masih nak secure deposit lagi. Walau apa pun alasan kita dah kasi, hotel masih nak deposit tu. Mintak kurang pun diorang takmo kasi. Sama ada cash atau credit card, waktu check out diorang akan refund (cash) dan dalam masa seminggu untuk kad. Hantu. Sibbaik saya ada extra card yang tak plan nak digunakan kat HK tapi dah siap-siap call bank tentang lawatan saya ke Hong Kong.. saya guna je kad tu. Ini pengajaran jugak, standby extra cash atau kad kredit untuk emergency bila jenjalan overseas. Yg ni John dah pesan cuma saya malas nak bawak extra cash. Saya bawak kad je.

Selesai check in, masuk bilik, rehat-rehat ala kadar. Saya mesti nak kena mandi kasi fresh. Saya sebilik dengan Kiah 8. Lagi 2 bilik kongsi 3 orang. Satu bagusnya group cik Kiah yang ni, tiada yang merungut, tiada yang tak puas hati. Semuanya bagus-bagus ikut aje apa yang dah disediakan. Makanan pun kami bawak dari Malaysia, share makan sama-sama. Takde berkira-kira.


ni bekalan dari bilik Kiah 1 (saya) dan Kiah 8. Kalau tengok bilik Kiah 2, 3 dan 4.... perggghhh... party!!!!

Lepas dah alas perut dan rehat ala kadar, semuanya berkumpul kat bilik Kiah 2/3/4. Jimba-jimba pun bermula......


-sambung next entry-




I Survived Hong Kong Part 3: Baru Keras

0
0
Assalamualaikum.

Hari pertama di Hong Kong, malam tersebut itinerary kami ialah ke Hard Rock Cafe Hong Kong. Bukan nak suka ria tetapi nak beli t-shirts kenang-kenangan. Setiap seorang daripada kami memang buat collection t-shirt HRC termasuk saya yang baru nak berkecimpung hahaha. 

Sebagai pelancong yang tak berapa tahu, ada beberapa perkara yang perlu ada:


1. Mulut untuk bertanya. Malu bertanya sesat jalan.
2. Map (kertas atau GPS)
3. Duit (kalau-kalau perlu naik cab bila terdesak)

Sebab itu, sebelum memulakan perjalanan ke mana-mana, google seberapa banyak info tentang tempat yang ingin dilawati. Jangan main redah aje. Dan satu lagi tips, TOLONGLAH... pakai kasut yang sesuai dan selesa. Sedangkan saya yang berSkechers pun boleh sakit kaki, apa lagi yang berboots tinggi?????? Kalau nak pakai heels sekalipun, sediakan kasut atau selipar standby dalam beg. Bila rasa macam nak tercabut kaki tu, boleh tukar. Kesilapan saya waktu ke Hong Kong kali ni ialah tak bawak kasut spare. Biasanya selain Skechers saya akan bawa Body Shoes Hush Puppies. Sebab dah jadi kelaziman, saya tak boleh pakai kasut yang sama untuk seharian. Bentuk kaki yang lebar di depan membuatkan apa kasut pun takkan boleh bagi keselesaan lebih dari 8 jam. Kalau dah kena menapak berjam-jam, alamatnya hmmmphhh..... damage.


siapa kata Hong Kong dah tak sejuk?????


Sampai HRC semuanya memborong. Kat sana muka-muka melayu bersepah. Bukan Hard Rock semata tapi sekitar Hong Kong tu ramai je orang Melayu boleh jumpa. Kiah 2 siap tegur seorang dari grup lelaki yang nampak macam Melayu. Rupanya dari Penang. Tapi jangan salah sangka, kami yang dah hujung-hujung 3 series (kecuali Kiah 2 dah 4 series) takde la mananya nak menggatai ye.. apa lagi yang ditegur nampak macam 2 series aje. Diorang pun tak berani nak dekat kot hua hua hua.


Kiri sekali Kiah 7 seorang guru hehehehehe


Dekat dengan HRC ada satu restoran kebab, HALAL. Kat situlah kami yang tak berapa lapar ni (sebab dah mentekedarah dalam hotel) makan malam. Punyalah sedap dan besar kebab dia. Saya makan kebab kambing yang perggghhhh sedap gila tapi betapa susah nak kasi habis.


ni dah tinggal setengah

simpan la address kalau perlu

Dah makan, dah beli baju HRC, kami jalan-jalan sekitar. Niat dalam hati nak beli kasut tapi saya tak jumpa kedai yang menarik hati. Kiah 2 dah mula membeli kasut walau dia bawak spare kasut berpasang-pasang hehehhee. Macam model kasut dah rupanya. Asyik tukar kasut :P.

Dan malam tersebut dapatlah saya sambar satu jaket baru yang saya beli pada harga HK$299. Kalau kat Malaysia jaket macam tu dalam RM400 di kedai. Teringin nak beli kat Msia ni tapi terbantut bila tengok harga. Sekurang-kurangnya malam tu ada la dapat satu barang. Berbaloi pulak tu. Lagipun trip kali ni saya tak bawak duit banyak. Jadi saya BERAGAK bila nak membeli. Saya beli apa yang betul-betul saya nak. Pada saya, biar alah membeli menang memakai. Bukan menang membeli kalah memakai. Pengalaman lalu jadikan panduan.


Kiah 1 sempoi je dengan Kiah 4

Kiah 2 model kasut

Kiah 8 ambik order. Tak sampai hati tak belikan.

P/s: Lupa nak cerita, kami dah siap-siap kasi Kiah 3 yang dilantik sebagai treasurer untuk pegang HK$500 seorang sebagai duit makan. Makan minum di HK, Kiah 3 la yang uruskan.

I Survived Hong Kong Part 4: From Disney to Mong Kok

0
0
Assalamualaikum.

Plan hari ke 2 kat Hong Kong ialah Disneyland. Kata Cik Kiah semua, bukan nak sangat main-main kat Disneyland tu cuma nak ambil gambar banyak-banyak. Maklumlah masa kecik dulu tak berkesempatan nak ke Disneyland. Kita bukan orang ada-ada....

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap sedia dah. Dan seperti nasihat saya, masing-masing pakai jaket yang agak tebal sebab Disneyland HK ni sejuk dia extra. Pukul 8.30am semua dah ready kat bilik Kiah 2,3,4. Kaki yang sakit malam sebelumnya (sampai nak jejak lantai pun rasa seksa) dah tak rasa sakit sangat. Kalau sakit pun, kat hujung ibu jari kaki tapi ignored sajalah. Disneyland punya pasal.

Sebelum keluar, saya sempat bawa bekalan crossaint dan tuna magic. Oleh kerana tak pasti makanan dalam Disneyland tu halal atau tak, saya dan Kiah 8 bersiap sedia dengan bekalan. Tiket Disneyland dah saya booking (dan bayar) siap-siap melalui online. Saya beli di official website Disneyland HK, pada harga kira-kira RM161 seorang setelah diconverted ke Ringgit Malaysia. Saya cuma perlu bawa confirmation number dan kad kredit yang saya gunakan untuk purchase tiket.


Kiah 4 lupa sarung kasut, hanya pakai selipar hotel :)

pose yang semakin panas pada hari ke 2

Dari hotel (Sheung Wan), kami naik bas hingga ke Hong Kong Station. Tambang bas HKD3.60 seorang. Dan saya akan bayar dulu tambang semua orang, nanti claim balik bila kat hotel (kebetulan saya memang ada banyak senggeleng aka coins). Hong Kong Station ni ada Airport Express dan MTR juga. Ia dalam satu bangunan. Kalau tak tau sila tanya di kaunter pertanyaan. Mereka sangat fasih berbahasa Inggeris.


saya pakai jaket beli tepi jalan pada malam pertama.
HK Station

Dari HK Station, kami ambil MTR ke Sunny Bay. Agak jauh tapi tak terasa sangatpun sebab naik train yang laju. Selesa je. Tambang HK$20.00 seorang (kira-kira RM8). Dari Sunny Bay kena tukar train untuk ke Disneyland Resort. Ada train khas untuk ke Disneyland. 




Cuma satu station, dah sampai ke Disneyland. Sampai aje kat Disneyland, untuk keluar dari station, tiket MTR perlu di-verify kat kaunter dan kena bayar HK$6 seorang. Maknanya train ke Disneyland dari Sunny Bay sebenarnya berharga HK$6 tapi kena bayar kemudian. Dah sampai baru bayar. Lepas tu baru boleh keluar dari station. 

Untuk dapatkan tiket masuk Disneyland, confirmation number perlu dibawa ke kaunter tiket bersama-sama kad kredit yang digunakan untuk membeli tiket secara online. Kalau belum beli tiket, boleh beli terus kat kaunter tu. takde masalah. Kalau tak mahu beratur kat kaunter tiket, boleh ke ticket booth yg disediakan, masukkan nombor confirmation dan masukkan kad kredit sebagai pengesahan. Nanti tiket akan keluar. Senang je.






Sebelum masuk, kami piknik dulu kat luar tu, kasi perut kenyang..... dikuatiri makanan nanti kena rampas kat pintu masuk sebab setiap seorang akan diperiksa beg masing-masing hehehhee....


inilah dia bila dengan kawan-kawan, survivor je.
Tapi air botol diorang tak rampas pulak..... syukur.... kami memang kena ada bekalan 'botol' esp untuk ke tandas muahahahahaha.

Dah masuk kat dalam, aktiviti kami ialah shopping dan bergambar. Games? Kami naik roller coaster yang BESSSTTTTTTT sampai menggegar jantung dan naik bot kat Adventure Land, lepas tu tengok 3D show.


kata Kiah 4, "Muka masing-masing macam muka puaka bila pakai spek 3D ni" hehehhehee

Belum pukul 4, kami dah nak beransur. Cukup dah pengalaman yang kami cekup kat Disneyland tu. Tak payah la tunggu bunga api. Cadang nak ke Mong Kok Ladies Market untuk shopping experience ala Petaling Street hahahahaha.

Dari Disneyland Resort, naik train ke Sunny Bay. Dari Sunny Bay kena interchange di Lai King, ambil train ke Mong Kok. Keluar dari station Mongkok, jalan sikit aje dah jumpa Ladies Market. Macam dulu kali pertama ke Ladies Market, orang memang ramai. Kat sana takde masalah nak cari Money Changer. Keluar station terus ada. 



sebab tu lah, rombongan Cik Kiah macam ni tak digalakkan bawa anak bersama.
Sampai Mong Kok, semua dah lapar. Bila lapar, semua pandang saya, Kiah 1. Haiyooo.... saya bagaikan penghulu kat Hong Kong ni kan???? 

Tapi kalau dah rezeki,..... 

Saya godek2 app Zabihah yg konon2nya boleh bagi info tentang makanan/restoran makanan halal seluruh dunia tapi dia loading tak habis-habis. Akhirnya, apa saya buat ialah cari dulu lokasi Ladies Market, kemudian masa jalan2 tu akan nampak macam2 iklan kat tepi jalan termasuk restoran India muslim, Miss India yang menghidangkan beriyani perggghhhhhhhhh....!!!! Power!

Restoran Miss India terletak kat ground floor bangunan sebelah ladies market tu. Selesa. Agak mahal iaitu HK$68 sepinggan beriyani kambing tapi takde kedekut punya.... makan mmg tak tinggal ruang dalam perut dah. Rasa dia pun sedap tak terperi. Orang lapar la katakan...




Bila dah kenyang baru boleh shopping.

Satu tips untuk uolls yg nak bershopping kat Mong Kok ni (atau mana-mana pasar malam macam ni), harga yg diberi sebenarnya boleh kasi potong sampai separuh. Kalau diorang kata HK$400, saya akan minta tawar sampai HK$180. Koman-koman dapat la HK$200. Baru berbaloi. Dan apa yg terjadi, malam tersebut saya jadi tukang tawar untuk Cik Kiah dan akibatnya saya masih tak dapat cari kasut untuk ganti Skechers yang saya pakai tak berganti-ganti tu. Tapi satu kepuasan bila dapat tolong menawar sebab sebelum ni John selalu kata saya ni FAIL kalau tawar harga. See the leg okeh!!!!



CIk Kiah 4 yang diserang semput kat tengah jalan... terus ber'nyawa' bila sampai Ladies Market. Borong 4 handbag utk diri sendiri! Ajar menawar sekali aje, pastu dia dah pandai dah. Well done.

Balenciaga pada harga HK$180 lepas tawar (RM72)

Habis shopping, masing-masing bawak berplastik-plastik hasil tangkapan. Saya tak berapa membeli sebab saya hanya nak beli apa yg betul-betul saya nak beli. Saya cuma beli jam utk anak-anak saya dan gelang jade. Dan beg untuk kawan yang kirim dari JB.



Balik naik train ke Central lepas tu naik bas ke depan hotel. Agak susah nak dapatkan nombor bas yang betul. Tanya orang HK, sangat tak membantu, sehingga kami dibantu seorang Filipino yang kebetulan akan menaiki bas yang sama dengan kami. Dialah yang bgtau bas apa nak naik dan berhenti di mana. Terima kasih banyak-banyak. Kaki dah sakit sangat, tak larat nak jalan kaki dah. 

Dan kasut masih belum saya ganti.... Kiah 2 dah berpasang-pasang ganti kasut. Bila tiba time cerewet (atau mungkin stemet/berjimat), inilah jadinya sampaikan kena marah dengan John bila dia dapat tau saya tak beli apa-apa lagi hehehhehehe. 

Sabar... saya takmo shopping kat Mong Kok. Saya nak Lane Crawford!!!!!!!



I Survived Hong Kong Part 5: The Peak

0
0
Assalamualaikum.

Hari ke 3 kaki makin sakit. Badan kemain segar, takde lemah lesu pun walau tengah uzur. Terima kasih SNE! Waktu Kiah-Kiah lelap dalam train, saya sedap aje snap muka masing-masing yang macam tak cukup nafas. Hahahahha. Kalaulah saya bawa extra kasut, trip saya kali ni memang lebih awesome. 

Pagi-pagi macam biasalah dah siap-siap nak ke Peak Tower. Hari ke 3 kiah-kiah semua macam dah tak berapa nak adventure kikikikikiki... adventurelah sangat kan?????!!!!! Jadi, dari hotel kami mintak wakil hotel dapatkan kami 2 buah teksi untuk naik ke Peak Road. Tambang dari Sheung Wan ke The Peak kira-kira HK$70. Bahagi 4 kiah satu teksi, jadilah HK$17.50. Di Peak Towerlah terletak Madame Tussauds iaitu wax museum yang mana kita boleh 'jumpa' celebrities atau kenamaan tertentu, bergambar malah bergurau senda..!!!! Dan saya cuma teringin sangat nak jumpa Capt Jack Sparrow....


dah makin 'bersatu' bila bergambar

Di The Peak, cuaca sejuk berangin. Oleh kerana kedudukan yang tinggi macam Genting Highlands, sila la pakai jaket tebal ye. Kalau takmo jaket tebal pun, pakai aje macam saya: inner tshirt, H&M sweater dan jeans... tapi tubuh dibaluti dengan ELKEN DX Body Shaper yang memberi kehangatan sepanjang hari cewah!

Cik Kiah yang lain pelik tengok saya. Diorang pelik tengok saya rilek aje takde pulak gegel. Padahal bak kata John, saya ni kalau sejuk, memang kecoh! Tengok aje masa kat Windsor Castle tu, saya menyorok dalam van takmo keluar sebab kesejukan. Terima kasih DX! ***Puan Diana mesti tak sabar nak pakai DX kan? Tungguuuuuu....... Hahhahaaa


malangnya Capt Jack Sparrow dah ditukar menjadi Johnny Depp. Boleh la....

Seronok jugak masuk muzium lilin tu. Saya beli tiket siap-siap dari Malaysia. Saya beli dari agent Star Moon Vacations. Harga tiket berubah-rubah sebenarnya. Mula-mula harga boleh dapat RM60 seorang tapi masa nak beli harga dah naik sikit, RM66 seorang tapi masih lebih murah berbanding beli online dari Madame Tussauds official. Kebaikan beli siap-siap dari Malaysian agent ni ialah masa diorg kurier tiket, diorang bagi sekali map HK dan beberapa flyers dan pamplet berkaitan tourist attraction yang sebenarnya banyak membantu perjalanan kami. Baru saya tahu kat HK ada brands outlet...... hmmmmm..........

Selesai beramah mesra dengan artis-artis (dan sempat kasi penumbuk kat Bush), saya dan kiah yang lain ada date dengan kawan yang kini menetap di HK lepas berkahwin dengan jejaka HK :).

Josephine merupakan classmate saya, Kiah 3, Kiah 4 dan Kiah 8 masa form 1 sampai form 3 di CBN, kini bertugas sebagai peramugari Cathay Pacific. Berjanji jumpa di Tsim Sha Tsui, depan H&M. Sambil tunggu sambil shopping sampai Kiah 7 lupa jalan keluar H&M dan perlu dijemput keluar haha.

Bila semua kiah ber8 dah berkumpul, Jo bawa kami ke Chungking Mansions yang terletak di Nathan Road, Tsim Sha Tsui untuk mencari restoran makanan halal. Kat dalam tu bersepah makanan halal. Masuk sana dah macam bukan HK tapi dah macam berada di Pakistan. Bila dah kenyang, kami pusing sikit-sikit, masuk mall dan dapatlah saya sambar sehelai baju di Mark & Spencer.

Bila terasa TST sangat sesak dan dah takde apa, kami bergerak pulak ke Causeway Bay. Malam tu memang plan nak habiskan apa yang sempat. Saya masih belum shopping lagi.... sebab tu nak ke Causeway Bay pulak.

Di Causeway Bay saya nampak Aaron Aziz!!! Whoaaaa....... hensem. Tapi dia jalan kemain laju. Tak sempat Cik Kiah lagi 7 nak kejar hahahahahaahhaha

TST dan Causeway Bay kali ni nampak mcm serabut, tak sama macam yg sebelum ni kami pergi. Padahal kami pergi pada tarikh yang sama, tahun 2011. 

Sampai sana, saya cari Lane Crawford. Dan Lane Crawford terletak di Times Square. Cakap Times Square, nyonya yang tak reti English pun akan tunjuk mana diamnya Time Square. Semua orang tau Time Square! Sampai Times Square, bagai satu nikmat dunia tak terkata untuk saya..... tersergamnya Lane Crawford yang saya idam-idamkan.



Sampai pintu Lane Crawford, Kiah yg lain kata nak shopping kat luar2 je. Saya diberi masa 1 jam utk shopping. Kiah 8 bersetuju teman saya sebab dia takmo shopping dah. Mmg bila beramai2 saya tak boleh nak shopping. Bila dah sorang2 macam ni baru la boleh shopping.

Dan bila tiba waktu berjumpa Kiah yang lain pada jam 9pm, saya bawak balik 2 barang.



Steve Madden boots, harga asal HK$1,790 (lps diskaun HK$695)... dan....



Furla Candy Bag (dan Furla tote bag berdiskaun 50% utk biras yang mengirim). Ini baru namanya shopping hheehhehehehhe.


ni biras saya punya.

Kiah 6 tolong gayakan
Dan boots Steve Madden tak sempat dibawa pulang ke hotel, saya sarung lepas bayar.



Dah nak balik baru syok shopping...

OK to be continued utk hari terakhir di HK.... tungguuuu........

I Survived Hong Kong Part 6: Outlet

0
0
Assalamualaikum.

Hari terakhir di Hong Kong. Dapat lepak lama sikit kat hotel sampai waktu check out jam 12 tengah hari. Oleh kerana flight pulang ke tanah air ialah pada 8.50pm, ada seharian lagi nak habiskan mana yang belum habis. Kalau nak pusing-pusing dekat2 je, luggage boleh tingalkan kat hotel aje. Apa yang saya nampak, penghuni hotel yang check out ramai gak yang tinggalkan bagasi kat store hotel tu. Pihak hotel akan tag setiap beg yang ditinggalkan.

Waktu check out kalau deposit HK$3000 dibayar tunai, akan dapat balik tunai masa check out tapi disebabkan saya guna kad, kena tunggu dalam seminggu baru la diorang refund. Pandai diorang rolling duit orang, kan??? Sampai sekarang saya masih belum dapat refund lagi setelah seminggu. Charge kemain cepat. Refund kena ambil masa pulak!


Kiah 1, Kiah 7, Kiah 8



Plan hari terakhir ialah shopping lagi. Saya memang standby duit shopping kat outlet ni. Stemet lebih sejak hari pertama lagi, kan? Dari Sheung Wan (hotel), kami naik teksi sehingga ke Tung Chung di mana terletaknya outlet barang branded. Citygate Outlet terletak sangat dekat dengan airport. Sebab itulah tak berbaloi kalau nak tinggalkan bagasi kat hotel. Citygate Outlet ada locker untuk simpan bagasi tetapi locker dia alahai sikit aje. Ikut nasiblah kalau dapat locker. Kami dapat 1 locker yang dikongsi 3 orang. Lain-lain kena seret bag seluruh outlet. Yang mana takmo shopping/cucimata kat mana-mana kedai, kena la jaga bagasi kat luar.


turun dari teksi sempat pose dulu


Bini-biniku gangster :P
OK jom tengok gambar2 kat dalam outlet:


dua beradik. Kiah 6, Kiah 7



Kiah 1 dan Kiah 2: adik beradik jugak
pakat beli jam ICE. Saya menyesal tak beli. I always wanted a new watch for myself. :(

Kiah 8 kena jaga beg. Orang bujang memang tak sakan sangat shopping.






Lunch time: Starbucks, makan salmon sandwich



sempat lagi
Saya beli apa kat outlet?

Macam hari sebelumnya, bila beramai-ramai memang saya tak reti nak shopping. Tapi lepas lunch tu, kami diberi waktu shopping sendiri-sendiri. Ada yang jalan berdua, bertiga... tapi saya prefer jalan sorang-sorang. Pada sekian-sekian waktu kami akan bertemu di pintu masuk.

Untuk tidak menyusahkan diri kumbah balik luggage,  saya cari barang yang boleh di-handcarry aje waktu naik eroplane.

Masa jalan sorang-sorang tu ternampak kedai jam. Dalam outlet tu ada 1 je kedai jam. Saya masuk intai2 dan ternampak jam Cerruti yang berdiskaun 50%. Saya sukakan jam yang bermuka besar macam jam lelaki. Teringin nak beli satu untuk diri sendiri sebab dah lama pendam hasrat nak beli jam baru cuma tak terbeli je lagi. Jumpa satu jam cantik yang berkenan di hati. Bila tanya harga, lepas convert cuma RM498.00. Mana nak dapat kat Malaysia??????????????? Tanpa banyak fikir, saya beli je.



 

Keluar dari kedai, teringat yang anniversary saya dan John seminggu je lagi (hari ini). Dan jam yang saya beli untuk diri sendiri saya niatkan sebagai hadiah anniversary untuk John. Saya? Takpelah. Nanti kumpul duit, beli lain. Saya nak sangat Toywatch tapi xde duit nak beli lagi hadoiii.

Bila barang untuk diri sendiri dah berpindah milik ke orang lain, saya cari jugak sesuatu untuk diri sendiri. Jumpa pulak kedai sunglasses. Saya suka Burberry, Prada dan Dior tapi harga dia halahaaaiii.... bajet saya tak lebih HK$1,000. Akhirnya saya jumpa ni: Sunglasses Armani Exchange: HK$901 (lepas diskaun).

Kiah 6 memang selalu jadi model brg belian saya :)
Dapatlah 1 kenang-kenangan dari Citygate Outlet. Jadilah. Dah habis beli 2 barang ni, saya terus melangut tunggu kiah yang lain yang tak habis-habis shopping. Kiah 4 beli kasut 2 pasang, belum masuk 4 beg dia sambar sebelumnya, dengan brg Disneyland untuk anak-anak dia lagi... Kiah-kiah lain pun punyalah galak shopping. Tapi cukup masa, semua dah terpacul di tempat yang dijanjikan.

Tak mahu jadi macam masa nak berangkat kat LCCT sebelumnya, kami rancang tiba di airport 3 jam sebelum boarding. Biar awal, jangan lambat.

Kat airport masih boleh shopping kalau mau. Dan Kiah-Kiah ni masih bershopping.

Di airport takde khidmat wrapping macam kat airport Malaysia. Yang ada cuma khidmat Box-ing je. Saya guna box untuk masukkan extra bag saya (beg kain) yang berisi baju-baju kotor dan harga satu box ialah HK$50. Siap seal.


sempat jugak kumbah dan susun balik hasil tangkapan ke dalam luggage
Boarding time 8pm, kami antara orang terawal. Syabas...



muahaha
Tengah malam baru sampai LCCT. Kaki memang sakit, tahan ajelah. Menapak dari aeroplane ke imigresen memang satu penyeksaan. Sampai kat luar, John dah menanti. 

Sekarang Kiah ber 8 semuanya dah rancang percutian yang lain. Cadang-cadang nak ke Bangkok pulak. Tunggu la ye... mana tau Kiah nak berombongan ke Bangkok pulak nanti!

Hari EMO

0
0
Assalamualaikum.

Hari Khamis (31/1/2013) ialah hari yang sangat meng-emo-kan. Oleh kerana seorang pelanggan order Wis-D 2 kotak, tapi stok kat centre tak ada, saya terpaksa la order dulu lepas tu dek kerana dah 2 hari, pelanggan minta saya hantar ke rumahnya di Kajang. Kat kepala saya sangka Puchong - Kajang tu macam berjiran je jadi saya pun setuju la nak hantar dan ikut GPS. Tak saya sangka, GPS takde pulak alamat yang diberi. Mungkin kawasan baru.

Lps tu saya try guna app Waze kat Note 2 saya. Eh ada laaa alamat tu! Saya pun klik la GO.

Kerja penghantaran tersebut dibuat lepas saya jemput anak saya kat tadika, hantar balik dan kemudian saya pegi jemput anak sulung yang terus saya bawak teman saya hantar barang. Masa ni saya tak sempat nak sarapan sebab sibuk uruskan order orang (di mana fon saya dua2 tak berhenti berbunyi sejak pagi), belum lunch jugak. Untuk anak sulung saya, saya pergi drive thru McD belikan set lunch utk dia makan dalam kereta. Memandu memandu memandu sampai dah lalu bertol-tol (kalau poslaju lagi jimat tau)... tiba-tiba Waze kata saya dah sampai destinasi padahal saya masih atas jalan. Dan kat skrin Note 2 saya tu, laluan tu macam terberhenti macam tu aje. Ni mesti gara-gara kawasan baru yang takde dalam GPS. Rupanya PAPAGO dan WAZE sama je.!!!

Saya buntu dan terus call pelanggan saya.

Oleh kerana bengap tak biasa drive jauh2, tak familiar langsung pulak jalan Kajang, agak berputar jugak dunia saya mencari rumah yang satu ni.

Akhirnya dengan direction yang diberi secara pelan-pelan, dapatlah saya sampai ke rumah tersebut.

Lepas tu saya pegi hantar lagi stok org order kat Saujana Impian pulak (tetiba order masuk last minute). OK la sikit, takdelah saya rasa rugi sangat bayar tol dan habiskan petrol.

Lepas tu ada jugak item lain utk saya poslajukan pada hari yang sama, dan saya pun decided ke Alamanda punya pejabat pos (malas nak ke Puchong nanti patah balik) dan sambil tu boleh la pergi minum kopi dan beli donut Big Apple.

Di Alamanda seorang pelanggan hubungi saya katanya barangnya tak sampai2. Kalau ikut status tracking, barang dah selamat sampai sepatutnya.


 

Sebenarnya hal sebegitu dah diluar kawalan saya. Tapi bila ia terjadi, saya merasa bertanggungjawablah kan. Mula-mula saya mintak dia cek satu-satu setiap brg yang dah sampai kat ofis dia tu pada hari yg sama item tu sampai. Pastu dia kata, TAKDE jugak.

Lepas beli kopi dan donut, saya bergegas balik rumah sebab nak call Poslaju punye pasal.

Sampai aje rumah, terus capai fon dan call 1300-300-300 tapi macam HAARRRRRR betul hotline Poslaju ni kan?

Rasanya lepas 20 kali dial baru masuk kot.

Saya buat laporan dan perlu tunggu sehingga pihak Poslaju call saya balik nanti. Apa nasib barang ni, harap2 baik ajelah.

Dah nama pun Msia ni banyak cuti.... tiap kali ada cuti umum, urusan Poslaju akan tak smooth. Pelanggan pulak kalau dah suruh pos hari tu, dia expect barang sampai besoknya. Saya dah berusaha sebaik mungkin dah nak penuhi permintaan pelanggan walaupun kos pos pelanggan tak perlu bayor pun kan. Hmmm.... harap pelanggan saya lebih fleksible dalam hal ni, sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 ke 3 hari untuk barang tu sampai. Ai stress, u! Ai melalak sorang-sorang dalam bilik sebab ai penat gila dan rasa stress sangat.

Sejak balik dari HK, rasa sesak betul hari-hari saya, mungkin sebab penat tak hilang lagi, pastu setiap submission ke centre perlu saya buat sorang-sorang. Bayangkan submission sebanyak RM20,000+++ perlu saya buat sendiri tanpa bantuan. Mau tak pening?

Sebab tu laaa saya perlukan sangat Mobile Stockis baru menjadi wakil saya supaya kerja2 ni boleh diagihkan. Modal RM3000 untuk jadi mobile stockis lepas tu nanti saya ajar camana nak isi form, nak submit sale dan lain-lain. Saya sendiri pun, belajar sendiri je. Saya sediakan spreadsheet sendiri untuk track total sale setiap bulan. Saya tulis sendiri semua new member form dan PR form untuk submission. Saya cari centre terdekat, panjat tangga centre tu, kadang-kadang berulang 2-3 kali sehari sebab centre ni suka-suka hati nak bukak nak tutup. Tu belum cerita stok habis... kena panjat lagi besoknya. Itu yg main kejar-kejar sampai makan pun lupa.

Hari ni saya tak makan seharian. Dah pukul 8pm baru saya sedar saya belum makan. Oleh kerana dah pukul 8, kena hantar anak mengaji dulu. Dah habis baru la dapat makan. Lepas tu kena fikir pasal order yang masuk utk hantar besok. Kena check duit yg masuk akaun, kena kira stok yang tinggal dan buat rancangan utk submission memandangkan dah masuk bulan baru. Dah capai target ke belum?

Satu pesanan utk pelanggan yang cantik comel lepas makan Beutskin ni... jgn tunggu stok dah nak habis baru order... takut tak sempat sampai. Bila tinggal sepapan lebih tu, cepat2 la order. Kalau kena tunggu 2-3 hari brg nak sampai,  takde la tak miss makan kan? Love u lah... Peace yaw....






Sinar-Sinar

0
0
Assalamualaikum.

Cek SNE (jualan Disember) dah diposkan kepada saya. Tengah tunggu je ni. Usaha selama genap sebulan ni menampakkan hasil. Alhamdulillah. Berapa bonus saya, dah boleh cek kat SNE Marketing website sebenarnya. Tapi setakat figure macam tu tak best nak pandang. Kena tengok cek baru best sikit.

Untuk sale bulan Januari pulak, saya dah buat submission terakhir pada Jumaat, 1 Feb 2013 kat centre. Yang penting achieved target. Sale kemudian yang masuk, kita bawa ke bulan Februari pulak. Orang tua-tua kata jangan tamaaakkkk...... Kalau Dato Alan Sia call saya suruh topup lagi untuk dapat product voucher bagai, saya nak tutup mata tutup telinga je hehehehehe. Sorry la Dato. I dah peras cukup2 kederat I. Sampai berjurai airmata kepenatan dan kestressan. Kepada yang whatsapp saya tanya khabar tu, terima kasih ye. Biasa la kan... kadang-kadang bila nanges tu baru rasa puas. Bak kata Puan Siti, tak emo, tak pompuan. Sayalah pompuan sejati haha.

Bila dah siap kerja untuk bulan Januari, mulalah kita nak try kira-kira dan congak-congak berapa agaknya bonus kita nanti kan? Bonus bulan Disember pun belum dapat, dah sibuk kira bonus Januari? MuahAhAhHahhaha. Nampak macam lebih pulak sinar bulan Januari ni. Alhamdulillah syukur. Nampaknya promo POSLAJU saya tu akan terus berjalan sehingga satu masa mungkin akan dihentikan. Tapi selagi boleh saya akan teruskan promo ye puan-puan.

Malam tadi dalam 9pm, datang pulak upline Elken bawa stok ElMarino Blanc yang saya order untuk seorang kawan. Sambil tu dia nak collect sekali member form dan AEON Form seorang kawan yang nak beli Elysyle DX Twin Set tu. Tak sabar betul dia lepas bersalin ni nak pakai DX! Mana taknya, hanya dengan MODAL RM75 sebagai ahli Elken, dah boleh pakai 2 set DX (long set dan body shaper set) tanpa bayar apa-apa dulu. Lepas tu bulan-bulan cuma masukkan RM186 ke dalam akaun untuk AEON deduct. Tak perlu penjamin, tak perlu deposit. 



saya dah rasa dah sekotak. Memang sedap dan memang majik jugak produk ni. Lebih baik dari yang lama tu.

Oleh kerana sekarang saya tak mahu banyak buang masa lagi, setiap saat saya buka mata, akan ada aje aktiviti untuk dibuat. Kalau tak caya tanya la John, betapa terisi setiap masa saya, baik di luar atau di rumah.

Berbalik kepada cerita DX Twin Set tu... ada beberapa orang yang call dan whatsapp saya bertanyakan hal ni. Bila saya sebut loan, semua lari hehehehhehe. 

Sebenarnya ini buka loan biasa.... ia merupakan credit facilites yang lebih membolehkan kita memiliki sesuatu. Tetapi................ kalau loan barangan lain tu kita servis tetiap bulan, kita tak dapat keuntungan dari segi duit, DX ni lain. Boleh dapat untung berlipat kali ganda!

Modal cuma RM75 bayar membership. Pastu beli DX Twin set guna AEON Credit. Pastu kita pakai, rasa selesa, puas, pastu kita rekemen kawan. Hanya rekemen kepada 7 orang (yg sign up) akan membolehkan kita terima RM10,000 bonus daripada Elken. Wowwwwwwweeeeeeeeee... siapa nak kasi?

Cincai-cincai pun boleh jugak dapat beberapa ribu... tak perlu fikir 7 set.  Sekarang ni saya tengok orang melayu sangat rajin dan ramai sangat yang berjaya dalam bisnes MLM. Saya nak jugak jadi salah seorang. Letih gak asyik mintak laki. Bila mintak dapat, seronoklah. Bila tak dapat, ngangalah kan hehe.

Kepada yang teragak-agak nak sign AEON Credit tu, ini sebenarnya peluang 2 dalam 1 untuk uolls. Yang pertama, disebabkan DX ni sangat selesa (saya jatuh cinta la dengan DX baru ni), dapat bentuk badan menawan tanpa menyeksa diri. Kedua, ada peluang buat duit jugak. FITTING PERCUMA je. tak perlu bayar. Kalau berminat nak FITTING, Whatsapp saya atau call pun boleh. Jom kita jumpa dan rasa sendiri betapa bestnya DX ni. Kalau tak suka, no problemo saya tak marah pun. 




Takmo ke dapat bodylicious macam nyonya atas ni? Paling-paling tidak macam I? Hahaha ayat tak boleh belah? 


Cepat... sekarang sampai pertengahan bulan ada promosi. Setiap RM100 dapat 1 point. Point terkumpul boleh redeem product. Untuk twin set ni dapat 48 points. Boleh dapat 2 product terbaik Elken percuma!

Dr Xeniji - sila google kalau nak tau khasiat dia

Ester - C, penyerapan 4 kali lebih baik dr vitamin C biasa

Stress

0
0
Assalamualaikum.

Blog baru ni saya banyak cerita yang positif saja. Saya cerita yang baik-baik saja. Kat FB pun saya tunjuk yang baik-baik saja. Tapi bila dalam Whatsapp group, saya jangka saya akan dapat layanan sama rata, dapat luah perasaan (sebab group tertutup)... tetapi takde sorangpun anggap luahan saya itu real. So it hurts me more.

And it will hurt me much more if luahan saya dibalas dengan umpatan belakang "Bodoh, dah dpt laki baik, rajin kerja, pun nak komplen". God is great. Allah maha mendengar dan kadang-kadang angin yang tak boleh bercakap pun boleh menyampaikan berita. Orang tua2 ada pesan, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. U will never know WHO is going to break the secret.

Sehingga pada suatu masa (seperti sekarang) I don't really think that I have friends to talk to. No one will understand how I really feel. No one will exactly know what I'm going thru like now. Setiap kali saya akan ditegur, "Bersyukur!". When at the same time, they keep on complaining about their lives. OK mungkin they think I live in luxury, I have maid, I have designer bags, bla bla bla... so I tak boleh komplen apa-apa. Kaya sangat ke? We are not rich. Rumah kami teres intermediate. Hutang bank pun tak abes lagi. Banyak jenis hutang ada. Masih perlu bekerja cari rezeki untuk hidup. Saya sendiri berhutang. Pinjam suami buat modal meniaga.

Malam ni, malah sepanjang hari ni, atau mungkin sepanjang minggu ni saya rasa sangat sunyi. Malah setiap hujung minggu saya rasa envy dengan kawan-kawan saya. Sejak ada Whatsapp group, saya boleh tahu bagaimana kawan-kawan habiskan hujung minggu. 

A: Santai-santai bawa anak main pasir kat PD sepanjang hari
B:  Cari seafood kat Melaka, ronda Melaka, tak larat balik, check in hotel
C: Jalan-jalan kota raya bawak balik 2 pasang kasut baru, continue dating sampai pagi
D: Teringin makan asam pedas, pegi Melaka jap pastu sambung jalan lagi


Dan saya hari ni?

Pagi hantar anak ke sekolah, jemput anak balik, tido, makan, hadap mekbuku, hantar stok jap, layan cerekarama, termenung.... seronoknya.

Kalau wiken berteman pun, biasanya keluar kejap pergi makan, paling jauh Paradigm Mall, paling dekat kedai mamak. Paling lama 3 jam lepas tu balik dan, "Abg kuar, ada kerja (sampai lewat malam)". Bila keluar bersama ter-drag lebih waktu, muka mula muncung, mood mula berubah, suara mula tak mesra dan saya akan rasa sangat serba salah. Dan waktu tak kuar kerja hanyalah bila balik kampung (bukan kampung saya, saya takde kampung). Itupun masih menghilang malam-malam, rutin setiap kali balik kampung tak dapat nak elak. Ride? Kebelakangan ni dah takde masa nak bawak saya. Setiap ride ialah bisnes. Last week dapatlah naik kejap ke Alamanda sebab nak hantar stok. Pastu balik. Itupun tengok muka dia, saya takut... mcm terpaksa aje. Ada aje yang tak kena dari awal pergi sampai balik.

Dan sejak saya aktif berSNE, hampir setiap hari akan ada soalan-soalan macam ni bertukar ganti dalam sebulan:

- Sale ok?
- Berapa sale hari ni?
- Siapa naik manager bulan ni?
- Bonus bila dapat?
- Cek dah keluar?
- Tak tanya Alan Sia?
- Dah suruh Alan collectkan check?
- Dah call Alan ke belum?
- Lepas ni boleh bayar itu ini sendiri?
- Hutang bila nak bayar?

Dan akhirnya saya jadi stress. Stress. STRESS. Niat asal untuk dapat makan SNE free. Skrg saya kena fikir lagi banyak benda. Dan saya rasa tak suka kena tekan macam ni.

Kadang-kadang terfikir benda ni: Orang yg act like they don't have enough boleh enjoy ke sana ke sini, sedangkan yang konon2 kaya berbisnes ni (kaya sangatlah) nak bawak kita santai sepanjang hari masa wiken pun tak mampu. What a life...

#Dan akhirnya when nobody listens, I blog.... #Ni dah kira terdesak sangat

And thanks to Dr R*** yang hentikan airmata saya malam ni melalui DM di twitter. Macam tau aje saya perlu kawan berborak. I really appreciate it (tp dia tak tau saya tengah nanges)




Lepas baca entry ni, lupakan je... ini luahan sekali lalu namanya. Besok everything will be ok hopefully.
Viewing all 514 articles
Browse latest View live




Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Re:

Re:

Re:

Re: