Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all 514 articles
Browse latest View live

Hard Earned

$
0
0
Assalamualaikum.

Malam ni lepas layan drama Pinoy feberet saya yang baru, iaitu Walang Hanggan (Astro Bella) lakonan Coco Martin (si jahat dalam Tayong Dalawa), sambil-sambil masukkan nilai-nilai dan angka-angka baru dalam spreadsheet untuk bisnes MLM saya tu bagi kiraan bonus bulan depan ehem... sempat jugk saya intai-intai blog yang jual beg jenama feberet saya. Amboi... rindu jugak nak bershopping handbag lagi. 



Kebelakangan ni kerap kali saya gunakan beg yang sama aje. Bukannya apa, sejak berbisnes ni, nak kena bawak brochures, filing, forms, dan segala macam alat bantuan perniagaan, hanya beberapa jenis beg aje yang sesuai saya gunakan. Apalagi kalau saya kena jinjing Sample Bag yang besar tu, takkan nak bawa handbag, beg kerja dan Sample Bag sekaligus? Tak cukup tangan la!

Tapi kadang2 terbit rasa rindu huhuhuuuu..... dah la sekarang dah selalu2 saya bermiting kat KLCC tu. Tiap2 minggu mesti kena pegi servis client kat sana. Tapi dalam berkali-kali-kali-kali saya kat KLCC, hanya sekali saya dapat pusing2 intai-intai handbag dan aksesori yang selama ni jadi minat saya. Bila dah mengintai, rasa macam nak beli. Tapi sejak dah mula mencari duit sendiri, seronok pulak nampak angka-angka ompek limo angko dalam akaun, mula la hati rasa sayang. "That's my hard earned money and I shoud spend it wisely". Perghhhh.... bila dok tadah duit mintak orang, kumpul2, belanja sesuka hati. Beli beg, beli gajet, beli itu ini. Sekarang, bila tau betapa susahnya dan penatnya mencari wang (but I enjoy what I'm doing now) mulalah jadi sayang nak buang2 duit tak tentu hala. Barulah saya faham kenapa John agak kedekut nak belanja sesuka hati. Bukan senang nak cari duit. Nak kena korbankan banyak benda. Korban waktu tengok tv, korban waktu tidur, korban waktu makan, korban waktu bersama anak isteri, pastu nak rolling pulak....

Hari tu pergi servis client kat KLCC, ada haruman yang sangat wangi dah menarik hati saya. Kebetulan promoter dok promote2 perfume tu kat ruang legar KLCC tu. Tengok botol cantik menarik. Tengok brand pun menarik, takde lagi brand tu. Bau dia best gila! Tapi saya lalu dan pandang aje...... hahahahhaah memang sah saya tengah kedekut ni!


dah naik atas baru ambik gambar. Cover la sikit. Mau tapi malu.

Rasanya harga perfume Signorina dari Salvatore Ferragamo ni mesti lebih kurang Gucci Premier Rm400++++++++++. Tapi bau dia.... perghhhh!!! Sesapa yg berhajat nak beli perfume baru, takpe, belilah... beli...... :((


John berpesan, kalau rasa teringin nak beli apa-apa, beli je la. Kan ada duit tu...????? Kalau tahan-tahan pun tak elok. Bukannya apa, kalau dibelanjakan nanti duit jadi kurang hahahahhaha. Nantilah. Kasi puas2 tatap usaha saya sebulan dua ni sebelum saya habis2 transfer ke ASB hihihi. Nanti dah transfer, berkurang la sudah. Kalau nak belanja pun, kena bajet allocation yang tertentu. Takmo la main tabur2 je. Hmmm tapi dalam kedekut2 ni, sempat pulak intai Z10. Orang kata memang best gila. Ye ke? 


Pastu intai website orang...



Dah intai2, sempat pulak pertikai... "setakat beli online jimat lima ratus, saya rela beli kat BUTIK. baru kelas nok!" Kalau saya beli online, biar jimat satu dua ribu ringgit utk beg bernilai lima enam ribu. Baru berbaloi. Dan pastu pertikai lagi (buat kumpul dosa kering):



"Jual beg beribu-ribu tapi postage mintak lain". Kamonlah, jual satu beg dah untung ribu riban, takkan pos RM20 pun nak mintak? Saya jual SNE member price pun saya kasi free poslaju hokay. Harap bonus bulan-bulan baru la merasa sikit huntungnya. Tambah lagi dosa kering aku.

Pendek kata, saya memang kedekut sekarang. Setakat nak belanja minum belanja makan, hulur sikit sana hulur sikit sini, insyaAllah... tapi nak tengok saya belanja macam dulu, beli itu ini, mungkin belum lagi. Tunggu la income 20k 30k ke, baru la saya shopping kot. Agaknya bilalah dapat jadi kenyataan ek? Hehehhehehe poyo je. 

OK doa-doalah untuk saya. Mana tau kali ni, tahun ini bermulanya segalanya. Tak terai tak tau.

Adios.... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

p/s: semalam insentif DX dah masuk dalam akaun. Sangka banyak ni, rupanya yg disangka menjadi dua kali ganda. Elken punya DX sale seluruh Msia hampir dua kali ganda  berbanding bulan lepas la maksudnya. Ini bagusnya berbisnes macam ni. Bonus kita berdasarkan berapa banyak kita jual dan berapa banyak untung syarikat. Lebih usaha, lebihlah gajinya. Syukur. Dan insentif tambahan ni berterusan sehingga bulan 7 nanti. Masa nilah waktu untuk buat duit banyak2.




Dania Zaki

$
0
0
Assalamualaikum.

Dukacita dimaklumkan bahawa blog anak saya yang dah lama tak update telah dipindahmilik secara tiba-tiba oleh tah siapa (sama ada Google atau kena hacked) dan telah menjadi blog berAdult Content.




Kepada yg folo blog ni dan dapat notification, jgn terperanjat ye.... itu bukan anak saya yang tulis. So boleh la remove dari noti anda ye.

Tapi eloklah anak saya tak menulis lagi. Bukan setiap kali saya dapat check dan tapis apa dia tulis. Kadang2 dia tertulis benda yang tak sepatutnya. Sama macam FB dia yang buat dia selalu kena tegur dengan saya hihihi. Dan terima kasih gak kepada kawan2 saya yang tolong pantau tulisan anak saya dan Puan AzeedA yang tolong bagitau tentang blog anak saya yang kemungkinan kena hack tu.

Kita galakkan dia menulis untuk perbaiki mutu penulisan, tapi kadang2 target tak sampai daaaaa..... Kena guna cara lain la nampakya.

OK. Jom iklan sikit....






Ini Elken yang keluarkan mock cheque... hari ni nak gi collect kat HQ. Jom join group saya. Kita sama-sama dapatkan bonus besar. Lagi kita tingkatkan usaha, lagi besar peluang untuk berjaya. InsyaAllah setiap usaha ada ganjaran.

Mock Cheque

$
0
0
Assalamualaikum.

Ahad pagi....

seronok golek-golek atas katil, tetiba upline call. Oleh kerana saya desperado nak pakai sample DX size paling besar yang takde dalam sample bag saya (dan sample size besar yg saya order belum sampai), upline tolong pinjamkan daripada sideline saya yg baru dpt sample dia kelmarin utk saya pakai dulu. TQ Dr Ina, jasamu ku kenang!

Dan saya diminta ke tempat pertemuan biasa kami untuk ambil sample tu...

Sedangkan saya belum mandi oh tidak!!!!!!

Saya bingkas bangun dari katil dan melompat masuk bilik air. Desyum desyum gedebush mandi (sibbaik air panas)... dan bersiap tak sampai sepuluh menet pun hahahahhaa.

Muka plain la tak sempat nak calit apa pun....

Sarung apa yang sempat...

Dan pakai selipar Asadi...

Speed tak hengat ikut jalan belakang tapi speed yang tak ke mana sebab ada banyak traffic light yang merah-merah belaka. Takdelah bila lalu traffic light dia nak kasi hijau terus.

Sampai aje tempat pertemuan, saya ingatkan dapat sample aje.... rupanya upline dah ambikkan sesuatu dari HQ yang telah disediakan untuk saya. Dengan besar hati dan besar lobang hidung....


dalam plastik ada sample...
Maafkan muka plain saya.... 

2 bulan aktif dapat RM16,542.80. Siapa nak kasi? Takde saper nak kasi free tapi dengan Elken segalanya tak mustahil. Inilah orang kata, berada di tempat yang betul, bersama orang yang betul pada masa yang betul.

Kalau tahun lepas-lepas saya diminta aktif Elken, memang tak boleh la sangat sebab anak sekolah pagi petang... terima kasih upline yang setia menunggu saya selama hampir 9 tahun hihihi.... dan terima kasih kepada cik med yang setia bekerja dan dah pandai buat kerja. Yang tak lari dari rumah juga... terima kasih kepada DX dan produk Elken yg lain juga yang kekalkan saya sebegini tanpa perubahan ketara walau dah berumur banyak.

Cuba tengok kereta yang jadi background tu...

Itu MPV Mercedez yang menjadi kereta ke 3 milik upline yang dibayar oleh Elken. Upline layak menerima tabung kereta dengan bayaran max RM7,000 sebulan selama 4 tahun. Selama 13 tahun bersama Elken, upline dah layak terima 3 kali tabung kereta dan sekarang menikmati tabung rumah selama 20 tahun. Diorang baru je pindah rumah baru (Semi D). Bertuah sungguhlah.... sedang menanti giliran saya la pulak.

Untuk pengetahuan uols, Elken sama macam Amway, bonus bulanan macam PENCEN atau royalti yang boleh dinikmati oleh anak cucu. Bila network dah berkembang dan bergerak sendiri, walaupun kita tak aktif, atau dah tiada lagi, selagi akaun kita aktif setiap bulan dengan minimum point sendiri 200sv, kita akan terus layak menerima bonus selama mana kita aktifkan point bulanan tersebut. Tulislah wasiat untuk anak-anak supaya ingat untuk terus beli barang sebanyak 200sv setiap bulan utk dapat pencen tu hehehhehe.

Dan tahniah kepada Elken kerana telah diumumkan sebagai syarikat MLM nombor satu dalam Malaysia (2012-2013) oleh BusinessLogy.








dan satu berita baik untuk downline saya yang tak berapa ada keyakinan diri tetapi gigih berusaha iaitu Ajie... hehhee jgn marah Ajie... tapi ini bermakna, bukan orang pandai cakap je boleh berjaya. Dengan produk bagus, sesapa pun boleh buat. Tak payah goreng lebih2 sampai naik hangus pun.


Downline Ajie iaitu puan Kala dah dapat shape dalam masa seminggu...


Downline Ajie lagi sorang, Dr Ain dah berjaya dapatkan DX twinset hari ni menggunakan easypay 0%. Ahad pagi pegi hantar kat Kajang. Happy sungguh dapat bawak DX pergi Beijing. Oleh kerana Beijing tengah sejuk, memang sesuai sangat pakai DX kat sana untuk stabilkan suhu badan. Macam masa saya pergi HK, selesa takde gegel2 pun sebab pakai DX.

Tahniah juga kepada downline yang ni... Puan Siti..


Berjaya dapatkan downline sendiri yang pertama. Teruja bukan saja nak pakai DX tapi nak buat biz Elken. Seperti yang saya kata, oleh kerana saya kini dah fulltime dengan biz MLM ni, insyaAllah saya akan bantu downline sepertimana upline saya bantu saya. Walau saya punye kata2 tak sepower upline saya, tetapi oleh kerana produk yg bagus dan berkesan, dan sharing secara jujur bukan ditokok tambah, insyaAllah boleh close deal secara jujur juga. 

Tahniah juga buat downline saya yang ni.... antara bff saya... sahabat baik saya....


ops gambar blur

Setakat ni dah dapat 2 downline, dan coming appointment ada lagi 3 orang tak sabar nak fitting. InsyaAllah manager la bulan ni ye... income dah confirm 4 angka dah. Nak jadi macam saya dapat income 5 angka... masih ada masa lagi sebelum 18hb ok.


Dan downline yang ini... kazen ipar merangkap pembaca setia blog hehehehe (malu ai) yang baru pakai 5 hari dah berjaya dapat downline beli DX satu set. Satu set cuma RM108 sebulan kalau tak berani RM186 utk DX twinset. Dan ada 2 orang tengah menunggu masa sesuai untuk fitting. Inilah kuasa networking. Bila network mula berkembang, kita naik satu anak tangga lagi sebagai upline yang bagi servis kepada downline. Downline panggil kita pun datang. Ini teamwork. Jangan buat kerja sorang2, nanti pengsan.

Dan downline yang lain-lain... kalau bulan lepas dapat RM700, RM800, bulan ni pun boleh dapat lebih banyak. Ada time lagi.  Kamon kamon... call la saya utk appointment fitting ok. Jgn malu-malu hihihihi. Saya dah kuar modal beli sample bag untuk bantu uols la. Bukan untuk saya sorang. 

Yang di Sabak, di Sabah, di Brunei, di Langat, di Ampang, di Bangi.... mari-mari-mari....

Dan kawan-kawan yang lain. Masih lagi menanti jawapan kawan-kawan yang lain. Yang saya dah approach tapi masih berfikir. Bila berurusan dengan kawan-kawan sendiri agak senang la nak cerita. Kita bergerak bersama dalam satu kumpulan. Kita naik pentas Winners Night nanti tahun depan sama-sama. Jangan tunggu lama-lama, jom la sertai aku punye grup. Insyaallah kita akan saling bantu membantu. Tahun ni memang waktu yang sesuai. Dengan CBP plan dan AEON, sesiapa pun boleh!

Sekian iklan :D

Semangat Membara

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari yang sangat memenatkan...

Bermula appointment tengah hari lunch time di KLCC,  nak collect payslip client yang apply AEON (sebab dia whatsapp kat saya tak clear), lunch date dengan kawan dan nak fitting seorang kawan yang bekerja kat KLCC tu. 

Fitting kat dalam Premier Toilet RM2, tak perlu nak cerita panjang, kawan saya yang dah pakai PB setahun lebih (tapi katanya dia pakai jarang2 sebab tak selesa kat badan) terus kata "Ok ok, I naklah DX ni dua2 set sekali!" Dan yang sedap didengar ialah bila DX disarungkan ke badan, dia terus kata, "eh memang bestlah....". Dan keluar aje dari toilet, kat dalam toilet tu sendiri kami berurusan sain menyain. Hebat betul penangan DX ni. Sebab tu orang lelaki pun sibuk nak bisnes DX ni! Tapi yang paling best ialah kawan saya tak jadi ambil Aeon Credit sebaliknya bersetuju untuk ambil DX secara Ezipay 0% interest dengan Maybankard. Dapatlah installment tanpa interest selama 24 bulan, RM203 sebulan. Dalam 2 hari dah boleh hantar DX dah.

Semalam buat kali pertama setelah bertahun2 'tidur' tak jalankan biz Elken, saya hadir kembali ke HQ meeting mingguan yang pada suatu ketika dahulu merupakan aktiviti mingguan saya. Belajar tentang product buat makan sendiri ha ha. Dan kebetulan malam semalam ialah Crown Night sempena meraikan CCM Cody dan Mael secara gilang gemilangnya! Selain itu, kira2 300 orang Pengurus baru dan Pengurus Sapphire naik pentas ambil pin manager masing2. Last week Cath ada bgtau yang saya perlu naik pentas ambik pin saya yang terperap bertahun2 tapi saya kata TAKMO! Dah rasa macam pengantin lama pulak kan. Tapi bila tengok betapa gahnya majlis semalam tu, secara otomatik kegedikan saya terserlah dan saya terus terang aje cakap kat Cath, "Cath, I nak ambik pin I next month!!!" Tak sabar hokey....



Dan semalam jugak, saya tengok kemain ramai orang cantik... bodylicious, bergaya, dan yang terserlah sekali ialah tahap keyakinan masing-masing. Siapa pakai DX, memang boleh nampak dan tahu. Biz Elken bukan DX semata-mata tapi ada jugak yang tumpukan pada MRT product atau Bio Pure Water Treatment.

Dan rezeki saya jugak semalam, ada free show pulak...

Hadirnya pelakon cantik Emma Maembong, pelawak paling popular Zizan (siap menari2 atas pentas) dan pelakon Irfan Roslan yang naik pentas ambil pin Manager. 


Emma Maembong
Zizan
Irfan Roslan

Ini gambar exclusive ok... bukan curi dr blog orang.

Irfan kata dia "No more acting, I'm fulltime with Elken". Nampaknya peluang Elken lebih menarik daripada peluang sebagai pelakon hehehe.


'pengantin' CCM Cody/Mael yang diraikan semalam. Kakak Emma Maembong.

Dan balik aje dari Crown Night semalam, berkobar-kobarlah saya nak jadi macam orang2 hebat tu. Hari ni kemain saya bersemangat buat kerja! Berjaya pulak close 2 orang beli Twinset DX dan DX Charms yang kaler hitam yang lebih mahal daripada DX biasa tu. Preorder 3 bulan pun takpe, kata client saya, dia sanggup tunggu!


happy customer. Kemas dah nampak badan

Cukup time kejar pulak kelas muzik anak-anak. Mengebut dalam hujan yang sangat lebat, saya berdoa supaya saya selamat sampai dan sempat tiba ke destinasi. Nasiblah dah biasa dengan jalan tu, jadi saya takdelah terhegeh2 bawak kereta dalam hujan lebat.

Dan bila sampai dekat dengan rumah nak jemput anak2, minyak petrol hampir habes dan saya tak berani ambik risiko. Buatnya jem tengah2 hujan kang, minyak kering, kan niaya? Saya singgah jap Petronas isi minyak. tempias Hujan buat saya basah dan bila masuk kereta balik, saya dah gigil kesejukan. Sampai rumah, tukar selipar dan ambik jaket. 

Setibanya ke kelas muzik tu, hujan masih lagi sangattttt lebat. Sorang2 saya bawak kuar kereta. Maknanya 5 kali saya kuar masuk payungkan anak2 saya. Akibatnya saya basah setengah badan. Gila kau sejuk! Nak balik tak sanggup sebab hujan kemain lebat. Saya tunggu diorang sampai habis kelas selama 1 setengah jam tu. 

Inilah dia bila nak berjaya bukan senang!!!!!! Siapa kata MLM ni kerja goyang kaki? Kalau goyang kaki memang tak ke mana dan takkan lama. Menurut kata Cath, memang dia tak perlu cari downline lagi. Dia cuma perlu maintain 200sv setiap bulan tapi dia tetap kerja keras bantu downline. Hari2 keluar untuk bantu downline. Tiada shortcut untuk berjaya. Selagi dia membantu, selagi tu dia akan kembangkan network. 

Satu hari nanti saya akan jadi macam MCCM Cath/CP. Saya bangga ada upline macam tu. Teringin gak nak naik pentas lambai2 macam Miss World tapi bersama2 John. MCCM Lya/John. Hahahhaa

Hahahhahahahaa...

Haahahhahahahahaha....

Sambung gelak lagi...

HaAhhaHahHahHAhHAhHhahhHAha

HAhHahHahHAhAHhhaHAhHahHAhAHA

Bila Bengkel Kecantikan Jadi Bengkel Kereta (Sorry Ni Tajuk Cover)

$
0
0
Assalamualaikum.

Sorry lambaaaat update blog. Sejak kebelakangan ni asal capai mekbuk ni mesti bukak Elken Online dulu check point sama ada dah masuk ke belum, dah cukup ke belum, capai target atau tak.. Bila kita buat sesuatu kita kena tau apa yang kita buat. Jangan main buat buat buat tapi tak tau apa yang kita buat.

Contohnya sekarang ni, saya tak perlu tunggu statement Elken sampai ke rumah, saya dah boleh tau berapa bonus dan incentives yang bakal saya dapat secara purata sebab saya tau bagaimana pengiraan bonus menggunakan point SV dan BV, menggunakan monthly statement yang saya terima. Setidak-tidaknya saya boleh letak target, berapa lagi yang perlu saya kejar sebelum saya rilek atau bersantai-santai hihihihihi...

Jumaat yang lepas (dah seminggu berlalu) saya menghadiri kursus atau bengkel yang dianjurkan oleh Elken di Summit Hotel, USJ. Bengkel yang khusus menumpukan tentang produk kecantikan daripada Elken bertujuan memberi ilmu dan tips tentang cara penggunaan, pemakaian, serta bahan-bahan yang digunakan bagi pembuatan produk kecantikan Elken.

Antara produk kecantikan Elken yang hot dan dibincangkan ialah:

1. Elysyle DX (korset)
2. Eternal Beauty (mesin urut muka)
3. Elysyle Skincare (UPII, Rejuvene, Essentiel, Yuki)
4. LD Essential (Ld Venus dan LD Esteem)
5. El Marino Blanc

Ada beberapa produk tidak dibincangkan seperti Dr Diet dan kosmetik. 

Bengkel selama 3 hari 2 malam ni bertujuan melahirkan pengedar Elken yang berilmu dan berwawasan, bukan sekadar jual jual jual tapi tak tau apa yang dijual. 

Beberapa tahun yang lepas (entah tahun 2004 atau 2005) saya dah pernah attend kursus yang sama di Port Dickson. Masa tu terkonteng konteng sorang-sorang takde kawan. Hadir semata-mata nak cari ilmu. Baju untuk theme dinner pun tak mampu nak sediakan. Orang semua pakai kimono, saya pakai kebaya. Orang dah mula pakai DX, saya masih belum mampu beli lagi.  Tapi sebab nak belajar, saya pergi jugak. Walaupun ilmu akhirnya disimpan untuk diri sendiri selama bertahun-tahun dan hanya digunakan sekarang bila saya mula aktif balik dengan Elken. 8-9 tahun ilmu kekal dalam dada dan sekarang saya guna balik apa yg saya dah belajar untuk serious bersama biz ni. Memang tak rugi. 

Bak kata satu quote, "Saya tak menyesal dengan apa yg telah saya buat pada masa dahulu tetapi saya menyesal kalau saya tak buat sesuatu yang baik pada masa kesempatan itu datang". Lebih kurang macam tu la bunyiknya.

Dan TBW kali ni saya bawa seorang fighter (downline) saya yang punyai semangat waja untuk berjaya dalam Elken. Walaupun pada awalnya beliau agak 'kurang ada ong' sebab manjang tak close, tapi disebabkan semangat kental yang beliau ada, dan yakin akan rezeki yang Allah tetapkan, usaha beliau tak putus-putus. 



Dan oleh kerana saya sebenarnya beli 3 tiket, 2 tiket bermalam RM439 (saya dan biras saya) dan tiket RM299 (yg tidak bermalam untuk downline saya A.F), cadangnya nak share aje 3 orang satu bilik. Jadi saya dah jimat la sikit duit kat situ. Bayangkanlah untuk 3 tiket ni saya kena bayar dulu RM1,177 ke Catherine sebab tiket ni laris dan cepat habis TETAPI tetiba biras saya kensel kehadiran setelah berkali2 confirmkan kata nak join. Memang dah nanges masa tu. Kelam kabut cari replacement dari group saya sendiri sebab A.F akan tumpang bilik saya. Kalau orang lain punya grup khuatir dia tak suka bila dia kena byr full sedangkan perlu share bilik dgn orang yang bayar tak full. Nasib baik dapat sorang downline saya nak join... dah lega dah sebab RM439 bukan kecik-kecik duit, dah banyak modal saya keluarkan setakat ni, harap biarlah bila keluar modal ia akan berbaloi. Kalau kata nak suruh sponsor pun, saya mampu sponsor A.F sorang aje. Tak mampu nak sponsor sampai 2 orang huaaaaaaaaa!!!!!! TETAPI lagi kurang seminggu TBW nak start, downline saya kensel jugak huaaaaa!!!!!!!!!!! Terus saya bukak tiket tu kepada sideline saya iaitu grup upline saya - Catherine di Kuantan, tapi yang lebih menyelamatkan keadaan ialah, Catherine bukak pada harga RM299 saja (walaupun tiket sebenarnya RM439) dan selebihnya dia sponsor. Mana nak cari upline supportive macam ni???? Jadi, takkan ada dakwa dakwi bila saya bawak sekali A.F tumpang bilik sebab A.F dan Ellis (pembeli tiket tu) pemegang tiket RM299 yang sepatutnya tidak bermalam di hotel.  


rakan sebilik

Nasib baik jugak rakan sebilik saya ok dan boleh terima saya dan A.F dengan baik. Umur agak jauh iaitu beza saya dengan beliau ialah 9 tahun. Mula-mula dia sangka saya sebaya dia aje hhahahahaha. Siapa sangka 'makcik Lya' dah ada 6 anak berderet kat rumah tu. Umur nak masuk 4 series dah. Tapi supplements dah buat saya perasan muda kih kih kih.



Pengisian untuk bengkel kali ni sebenarnya bagus untuk orang baru tetapi 'agak biasa' bagi saya sebab saya dah konon-konon pandai pasal produk yang dibincangkan. Kunci bilik diedarkan pada jam 11 malam setelah selesai sessi hari pertama dan itu amat tidak memuaskan hati. Tak mandi-mandi sampai tengah malam, pakai DX dah lebih 12 jam! Waktu solat pun terpaksa curi keluar dan tinggalkan sessi pembelajaran. Jadi, sessi cuci muka dan urut muka dengan Eternal Beauty (EB) saya tinggalkan apatah lagi bila semua peralatan (EB dan skincare) saya tak bawak naik hotel, semua masih dalam kereta kat carpark. Dan itinerary kursus tidak diberi. Hanya ada satu buku yang ada tentang isi-isi kandungan kursus, bukan time frame untuk satu-satu perbincangan topik. Kursus berjalan terus-terusan dan berhenti waktu makan aje. Sepatutnya untuk bengkel khas Bahasa Melayu (yg rata-rata peserta adalah Melayu beragama Islam), kami sangat sensitif tentang bab solat dan kebersihan. Sepetutnya sebelum maghrib kasi la kami naik bilik bersihkan diri dan solat maghrib. Pukul 8 sambunglah balik. Betul tak?

Dan ada sesuatu yang sebenarnya buang masa.... FORUM. Katanya forum. Ada ahli panel 3 orang. Dan kalau forum sepatutnya ada soal jawab. Interaksi dengan penonton tapi forum yang dijalankan hanya borak2 bincang2 hal kejayaan 3 panel ni, yang tidak banyak menyentuh tentang produk kecantikan Elken. Kalau sessi forum ni takde, memang boleh la kasi kami naik bilik untuk mandi. Betul2 buang masa apatah lagi bila ahli panel cerita hal susah senang dengan Elken sampai sebak-sebak. Macam mana nak motivate orang kalau baru cakap sepatah awak dah nangis?

Cakap pasal perkongsian kisah kejayaan, setiap talk akan diselitkan dengan kisah kejayaan. Cerita DX separuh, cerita duit dan harta benda separuh. Cerita LD Essential separuh, cerita income dan kereta apa dah beli, rumah apa dah beli, separuh. Cerita El Marino Blanc separuh, cerita 'dulu susah sekarang kaya', separuh. Itu dah cukup nak kasi motivasi kepada orang yang kejar duit dan kejayaan. Forum2 yang takde interaksi dengan penonton yang dijalankan 2 kali sepanjang TBW sangat tak perlu sebenarnya. Saya, A.F dan Ellis mengantuk dan seriously nak cabut.



Nak cerita kisah kejayaan ok aje. Setidak-tidaknya dapat membuktikan yang Elken memang syarikat yang kukuh dan boleh dipercayai. Boleh buat impian jadi nyata. MCCM Josie dah booking Lamborghini berharga 2.8 juta dengan duit Elken dan mungkin sempat la nak tayang kat Winners Night 27hb April nanti. MCCM Arissa pun dah kaya kereta berbijik2 rumah harga juta2 padahal dulu meniaga kat uptown je. MCCM Suzanah Othman yang susah payah nak naik sebab menetap di Tawau tapi dengan semangat kental beliau berjaya jadi orang kaya raya hanya dengan Elken 100%. Upline saya sendiri MCCM Catherine dan CP Shin dulu pakai Wira aje pastu beli kereta Sonata, Merz E Class dan sekarang MPV Merz R350 semuanya dengan tabung kereta Elken dan sekarang dah ada rumah semi D di Shah Alam, beli dengan tabung rumah Elken yang Elken bayar selama 20 tahun. Memang terbukti Elken memang syarikat yang tepat. 


masa Josie tayang gambar ni, saya Whatsapp John supaya dia cepat2 belikan saya kereta baru. Hahahhahahaha

macam mana tak kaya? Dia kata minum El Marino 8 paket sehari dan saya ter'convinced' dan saya minum 8 paket jugak sekarang!!!!!! Terbakar wehhhh!!!!!! Tapi saya tak bayarpun, saya cuma perlu kejar product voucher RM5k setiap bulan. Semua product Elken saya makan free takyah keluar duit bonuspun. Josie memang layak berada kat mana dia berada sekarang.
orang lama. Dulu husband yang selalu sharing tapi sekarang wifenya pulak. Kalau tak salah, mereka bertemu di Elken sebab setahu saya MCCM Wong Chew Wah dulu bujang lagi masa saya baru join Elken. Luarbiasa la income sebab grup dah combine!

contoh wanita (Dr Lim - doktor haiwan) yang dah hilang hormon kewanitaan tapi kembali jadi wanita lepas minum LD Venus dan Ld Esteem. Terus buat extension rambut!!!
 
Tapi kalau setiap kali naik pentas cerita hal yang sama oleh orang yang sama, saya naik jelak la pulak. Bak kata John, penceramah yang baik ialah yang setiap kali berceramah akan membawa isi yang berbeza-beza. Kalau cerita basi boleh dilihat berulangkali kat YouTube. Confirm ada yang dah upload. Sebab itulah training yang John buat harganya kemain mahal, sebab trainer yang betul2 trainer. Dan kata John jugak, jangan expect lebih2 bila u bayar RM400+ dan dapat berkursus 3 hari 2 malam. Hahahahhaa. Yelah.. sebab itulah penceramahnya pun hanya leaders yang berjaya. Bukan trainer yang real trainer. Facilitators pun dikalangan leaders Elken. Agaknya sebab tu la itinerary dan yg seangkatan dengannya tidak dirancang dengan baik. Tak macam training yang sebenarnya. Sorry ye kalau saya komplen banyak. Saya dah biasa dengan training yang John buat. Jadi saya jangka yg sama. Lagipun saya teringat dulu punye TBW kat Port Dickson, rasanya itu lebih baik rancangannya.

perbezaan DX dengan pesaing yang berharga hampir sama.  Seorang model dengan DX sahaja. Dan seorang model lagi perlu tukar2 korset brand lain. Memang jelas terbukti DX paling baik! Gambar di atas ialah model dengan DX yg berharga kira2 RM2500 satu set dan satu model lagi pakai korset berharga kira2 RM3000 -  RM4000 satu set. Mana lebih cantik dan kemas?

Pada malam ke 2, kami ada dinner. Theme dinner. Dan themenya ialah Raja Sehari. Saya takmo bazir duit sewa baju perantin sebab dah banyak modal keluar bulan ni weh!!!!!! Saya pakai satu2nya baju perantin yang saya jahit sendiri yg saya simpan. Yang lain2 semua dah dihapuskan dah hehhehe. Menyemak je.


Dan maaf cakap, bila dinner kali ni takde susun atur acara secara khusus. Tak macam kat TBW dulu di PD, setiap kumpulan akan persembahkan satu drama berkenaan product Elken. Grup saya dulu buat drama pendek tentang Dr Diet. 

Kali ni dinner, MC panggil "Siapa umur 50 ke atas sila naik pentas".. pastu joget ikut lagu, dari lagu Opahganyang sampai lagu Dondang Sayang. Pastu pemenang gelek dapat saguhati. Pastu panggil lagi "Siapa beli sample bag sila naik pentas" dan kena joget lagi... pastu panggil lagi dan lagi.... kalau saya, mampos aku takmo naik sebab kena joget atas pentas. Kalau sedara, mertua, adik ipar, anak2 saya nampak, pastu upload Youtube mesti malu adoiyaiiii....

Dan oleh kerana peserta terlalu ramai, ballroom jadi sangat panas. Saya dan A.F pakat naik bilik dan salin baju pastu lepak coffee house kat lobby. Lagipun upline saya takde. Dia kat Indonesia. Tunggu dia sampai dr Indon lambat, lebih kurang pukul 1am baru jumpa kat coffee house. Orang lain sibuk bergambar2 dengan baju perantin. Saya dan A.F bawak diri ke coffee house jek hhahahha.

after dinner - bawak baju hitam semata

confirm A.F dapat mock cheque jumlah besar kira2 RM8000

perasan tak kasut saya dah lain? Sebab kasut hitam saya tercabut tapak. Hahhahahaha betul punye berkursus.

OK nak mandi. Ada orang nak fitting karang. See you!!!! Nanti penutup saya cerita di lain entry ye...

Penutup Kursus Pembuka Jalan

$
0
0
Assalamualaikum.

Saya janji nak cerita pasal penutup kursus ek?

Hari terakhir kami berkursus, dengan tajuk apa ek? Haha macam tak ingat tapi yang pasti saya dan AF keluar dari dewan berkali-kali sebab ada review dengan upline (Catherine). Lagipun sesiapa yang submit sale (beauty product) di sana sepanjang 3 hari tersebut akan dapat coupon untuk cabutan bertuah. Dan saya pun ada jugak submit sale iaitu 8 kotak Elmarino dan 1 twinset DX yang membolehkan saya memegang kira-kira 30 kupon cabutan bertuah.

Namun begitu, seperti biasalah, saya dan John ni bukan jenis yang sangat lucky sampai nak menang lucky draw. Seumur hidup saya rasanya baru sekali dapat menang lucky draw iaitu satu kipas meja he he he. Lain-lain jangan haraplah nak lucky. Dari pemerhatian saya, setiap yang saya dan John mahukan dalam hidup takde saper-saper nak kasi free melainkan dengan usaha sendiri. Tak macam sesetengah orang... kata susah, tak cukup duit, tapi barang dalam rumah kemain mahal-mahal belaka. Ada basikal berbijik2 yang nilainya ribuan ringgit. Ada piok canggih2... rupa-rupanya semua adalah hasil cabutan bertuah. Sangatlah lucky. Itulah pemurahnya Allah. Kurang kat situ, lebih kat sini.. so jangan nak komplen aje kerjanya. Jangan merungut dengan keadaan diri kita. Kalau kita selalu bersyukur dan positif, insyaallah pandangan positif kita tu akan mengubah kehidupan kita. Kalau selalu merungut itu tak cukup, ini tak kena, selamanya pun takkan cukup dan takkan memuaskan hati. Teruslah hidup dengan sikap negatif. Mula-mula orang boleh tunjuk simpati. Lama-lama orang jadi menyampah pulak sebab merungut tak habis-habis.

Selingan jap.

Hari penutup kursus memang macam kurang diberikan tumpuan sebab masing-masing sibuk uruskan pembelian barang, pembelian Sample Bag DX, dan review bersama upline. Catherine dah balik dari Indonesia jadi dia akan kerap panggil downline untuk urusan tertentu. AF betul2 nak labur bag Sample DX tu tetapi duit tak cukup. 20hb harga pun nak naik. Tapi saya salute dengan AF dia betul2 nak cari duit untuk bantu keluarga beliau. Jadi, beliau telah menyusun strategi bagaimana mendapatkan sample bag walau tengah xde duit. 


kecoh.
review bersama upline. Kak Ti bizi nak beli sample bag DX
Sebelum balik, saya sempat 'review' downline saya iaitu AF bukan review berkenaan biz Elken saja tapi review secara peribadi sebagai kawan jugak. Dan saya yakin AF seorang yang boleh menerima nasihat dan saya bangga bila AF mengambil nasihat saya secara positif dan menggunapakai tips yang saya berikan. Oleh kerana closing tinggal beberapa hari je, saya sebenarnya agak risau dengan pencapaian sale AF. Kalau AF tak naik manager, hancurlah harapan saya untuk naik Ruby Manager pada SV3 ni. Hancur harapan untuk fight ke Korea January depan.

Dan semasa review saya dan upline saya, upline ada minta saya bantu AF dari segi personal point saya untuk dipindahkan kepada AF bagi membantu AF naik manager. Point sv AF ada lebih kurang 7500 dan kurang 500 point sv lagi untuk naik manager. Saya tahu kalau AF naik manager, saya akan naik pangkat jugak. Tapi saya pun ada target sendiri iaitu personal group sale sebanyak 18,000sv. Kalau saya bagi point saya pada downline, saya akan kerugian beribu ringgit kat bonus + product voucher. Dan itu sebenarnya bukan cara untuk membantu downline. Itu akan hanya pamper downline dan downline akan akhirnya sambil lewa sebab upline sedia membantu dan menopap mana yang kurang. Saya berterus terang pada Cath apa pendapat saya. Saya janji akan bantu AF tapi bukan dengan cara yang sebegitu. Dan saya yakin AF akan tidak bersetuju kalau saya bantu cara begitu. Saya tahu semangat AF lebih kental dari apa yang orang lain nampak.

Sebelum balik, saya serahkan Sample Bag saya kepada AF bagi membantu AF cukupkan apa yang tak cukup. Point saya dah achieve target, jadi biarlan AF guna bag saya bagi mencukupkan target beliau pulak. Dan itulah bentuk bantuan yang saya hulurkan, selain tips bagi memastikan semua sale close untuk bulan ni.

Dan dengan adanya sample bag saya pada AF, bagaikan mendapat satu semangat luar biasa, AF bersungguh-sungguh pergi fitting sampai tak sempat nak makan dan berjaya dapatkan tambahan point SV daripada 7500 ke 16,000sv untuk SV3 kali ni!!!!!!!!!! Dan bila kami kira-kira, AF berjaya dapatkan jumlah bonus, incentive dan product voucher berjumlah RM8,000 (cash RM5k + Product voucher RM3k). Siapa nak kasi? Elken yang kasi.

Satu kaki dah confirm manager. Satu kaki lagi masalah jugak. Upline saya nak saya capai Ruby Manager dan qualify bulan pertama ke Korea. Jadi, beliau bagi cadangan supaya top up jugak untuk kaki sebelah lagi dan saya tak setuju jugak. Saya dah diberi pesan oleh JOHN supaya tak amalkan budaya topup untuk downline. Nanti jadi wabak.

Saya dah redha yang saya hanya dapat naik Sapphire Manager aje dan kejar Korea trip untuk 1 tiket aje (kesian John) tapi upline saya beriya-iya kata rugi..... tinggal sikit aje lagi. Jangan give up!!!!!!

Lalu saya dapatkan jalan lain yang lebih jujur daripada jalan topup, bagi menaikkan satu kaki lagi jadi manager dan melayakkan saya naik Ruby Manager dan qualify bulan pertama trip Korea 2 tiket. Perah-perah perah kepala hotak lalu saya jumpa satu jalan. Ada satu sale yang hold bawah downline saya yang belum qualify manager tu... jadi yang itu sepatutnya saya kejar, bukan kuar duit sendiri top up untuk downline. Dan usaha saya tak sia-sia, akhirnya saya berjaya naikkan kaki satu lagi sebagai manager!!!!

Bila AF dah tau betapa perlunya ada Sample Bag, beliau dah jadi tak sabar-sabar nak beli. Beliau teruskan dengan plan yang dah dirancang dan akhirnya pada penutup SV3 iaitu hari terakhir harga sample bag dijual pada harga lama, saya berjaya bantu AF dapatkan sample bag beliau sendiri! 


masih suci...
Dan inilah wajah puas AF bila dah dapat sample bag..

siapa bayar Sample Bag? Bonus Elken yang tolong bayar. Nanti pendapatan berlipat kali ganda insyaallah.

Tahniah kepada AF. Bukan setakat dah ada 'kedai' sendiri tetapi tengah2 sibuk sharing DX pada kawan, belaiu jumpa seorang kawan yg nak jadi macam dia. Nak income besar jugak. Dan AF dah ada fighter yang membolehkan Af buka rangkaian lebih besar...

Ini orangnya:



Tahniah, tahniah, tahniah...

Takde kejayaan tanpa usaha. Bezanya bisnes dengan makan gaji ialah biz boleh memberi pulangan sebanyak usaha yang dilaburkan....

Bisnes rangkaian adalah bisnes masa depan.

Call saya untuk fitting DX sebagai langkah pertama kejayaan anda!

0186676734 (Lya)



TELAN

$
0
0
Assalamualaikum.

Kebelakangan ni kerap pulak diberitahu yang mak saya kerap terjatuh dalam toilet. Bila dah 3 kali berita diterima, apalagi bila 'terkurung' dalam toilet hampir 3 jam tanpa sesiapa tersedar, saya minta izin untuk bawak mak saya ke rumah supaya saya boleh pantau keadaannya setiap masa. Lagipun saya cuma kerja sendiri, ada cikmed pulak tu. Jadi kalau saya tak 'pergi kerja' atau start keje lambat, takde siapa akan marah atau pertikaikan.

Masa saya sampai untuk jemput mak saya, mak saya dalam keadaan terbaring. Saya tak pasti seberapa teruk keadaan beliau sehinggalah apabila saya cuba nak bangunkan mak saya, saya baru tau yang mak saya totally tak berupaya untuk bergerak. SNE dan Wis-D yang saya supply tak bagi kesan atau dos tak cukup? Atau rawatan kat hospital bertahun-tahun hanya buang duit, tak membantu langsung?

Masa nak masukkan mak ke dalam kereta, ada dibantu anak buah saya yang sulung. Mengambil masa hampir setengah jam untuk masuk kereta saya. Dan masa tu saya tak pikir macam mana nanti sampai rumah, saya nak kuarkan mak saya dari kereta dan bawa ke rumah. Redah ajelah. John takde... dah ke opis.

Setibanya di rumah, saya tak tau dari mana kekuatan itu datang, saya berjaya bawa mak saya yang tak boleh gerak tu (dalam posisi memeluk dan mendukung dari depan kemudian seret perlahan-lahan. Bila penat, saya dirikan dan tegakkan dia). Tak sampai 10 minit saya berjaya bawa mak saya masuk rumah dan dudukkan atas sofa. Nasib baik ada DX, saya tak sakit pinggang bawa mak yang lebih berat daripada saya. Agaknya 70kg la paling kurang.

Sampai aje rumah, saya terus paksa mak saya TELAN supplements. Elken Dr Xeniji (katalis enzim), Elken Spirulina, Elken EPA DHA (minyak ikan), Elken Kington (live plasma), Elken Vinergy (cuka), SNE Kapsul dan SNE Wis-D yang ditelan bersama air anugerah yang arwah mertua saya kasi tapi xpernah minum dan air tulen dari mesin penapis air Elken Bio Pure. Telan supplement tapi minum air karat pun tak guna kan? Saya tak tau apa punca sampai mak saya terlantar macam tu. Tapi saya nekad dan yakin saya boleh bantu dengan supplements.

Nak angkat tangan pun tak mampu, nak suap air masuk mulut pun tak daya. Saya suapkan makanan dan bagi minum guna straw. Memang kalau orang kata macam orang lumpuh, memang hampir sangat dah.

Setel hal mak saya, saya keluar sekejap ke kafo untuk beli barang keperluan termasuk pampers dewasa. Maklumlah peti ais hampir kosong. Hari2 mak saya perlu makan teratur. Tak boleh cincai-cincai. 

Balik aje ke rumah, saya tengok mak saya dah mandi. Eh??? Siapa bantu? Cikmed.  Eh, tadi mak saya tak boleh gerak langsung, macam mana cikmed yang kecik molek tu boleh bawak mak saya ke toilet? Rupanya mak saya kata dia boleh gerak sikit, tak macam sebelumnya. Cikmed papah sebelah badan aje. Fuhhh.... dahsyat penangan supplement dan air tulen....

Pastu oleh kerana saya nak sediakan makanan buka puasa saya, saya masak sikit lauk asam pedas dan buat pengat durian. Pastu cikmed sendukkan untuk mak saya. Saya tengok mak saya boleh pulak makan sendiri, menyuap sudu ke mulut sendiri. Luarbiasa kan?

Waktu bantu mak saya ke toilet, saya dapat tengok peha kanan mak saya lebam-lebam. Kesian.. mak saya kata masa jatuh tak sakit. Tapi sedar2 dah lebam. Memang deria rasa dah semakin kurang, tapi saya khuatir kalau jatuh tu jadi benda lain pulak. Nanti lagi susah. Mak saya tu xmo susahkan orang. Seboleh-boleh nak buat semua sendiri. Itu yang sampai jatuh-jatuh tu. Ikutkan hati dia taknak tinggalkan cucu kat rumah kakak saya, kalau boleh nak bawak sekali. Tapi saya tak setuju sebab saya nak mak saya rehat sepenuhnya tanpa fikir hal lain. Dari awal sampai sekarang dok tengok cucu membesar, tu yang susah nak berpisah agaknya.

Malam sebelum tidur mak saya ke toilet lagi. Katanya selalunya seminggu sekali aje buang hajat. Tapi nampaknya sistem pencernaan dan pembuangan dah memulih agaknya. 

Keesokan harinya, saya ajak John ke suatu tempat. Saya tak bgtau mak saya apa yg saya nak buat. Kalau bgtau mesti mak saya tak kasi. Hehehhehehe.


google search dan jumpa kedai ni

yang ni nampak cantik, ringan, boleh lipat 3, senang disimpan dan dibawa masuk kereta. Roda besar, boleh mak saya gerak sendiri.

ada banyak lagi. Dari yang murah gila tapi berat nak mammp sampailah yang ada motor berharga beribu ringgit
Pastu saya tambah lagi tongkat berjalan yang pegang 2 tangan tu (kaki 4) dan kusyen air untuk mak saya duduk selesa kat kerusi roda. Takpelah. Untuk apa saya dapat bonus besar Elken? Saya yakin itu adalah rancangan Allah untuk saya. Bukan memberi tanpa sebab.




Balik rumah, nampak mak saya dah beralih tempat. Mak saya kata supplement yang saya suruh TELAN bagi banyak perubahan berbanding hari dia sampai ke rumah saya. SNE dan Wis-D saja tak mencukupi. Menurut doktor pakar (doktor baru yang bakal jadi tempat rujukan kami), mak saya perlukan antaranya ENZIM, Minyak ikan dan Terapi elektrik. OK enzim dah ada (dr xeniji), minyak ikan ada (EPA), terapi elektrik (saya kasi kington live plasma yang membantu pengecasan antara sel bagi penghantaran maklumat ke otak) dah sedia kat rumah. Yang lain-lain yang doktor kata nak kasi tu, nanti mintak doktor je. Dan hari-hari mak saya ke toilet beberapa kali. Eloklah untuk pembuangan toksin dalam badan. Banyak sangat dan lama sangat makan ubat dadah doktor.

Dengan wheelchair, mak saya senang nak solat hadap kiblat. Senang jugak nak bawak dari hujung sini ke hujung sinun. Penat masa nak bantu kat tandas aje. Masa nak bawa gerak tu boleh la pakai wheelchair atau kdg2 eksesais pakai tongkat tu.




kadang-kadang jadi toy jugak

Namun begitu, walaupun ada sedikit kemajuan, saya masih perlu pantau sepanjang masa. Sebab, kondisi masih belum stabil lagi. Contohnya semalam, mak saya dah mula rehat dalam bilik tingkat atas. Malam semalam, masa naik 3 anak tangga tiba-tiba mak saya kata pening dan tak dapat nak jalan. Saya suruh mak saya turun balik tapi mak saya takmo. Dia nak rehat kat atas jugak. Jadi, saya terus transform jadi ala-ala Hulk, bawak mak saya naik tangga ke bilik. Tangga rumah saya agak tinggi sebab ceiling yang tinggi. Tapi entah saya pun tak tau, mana datang kekuatan, saya berjaya bawak mak saya ke bilik. Tapi silapnya, sebab dah malam, saya tak pakai DX. Agak sakit pinggang saya malam semalam, dah setel semuanya saya pun pengsan atas katil hahaha.




Nampaknya minggu ni saya kena rehat-rehat kat rumah dulu. Biasalah minggu pertama SV baru mcm sekarang biasanya rehat aje takde appointment. Tapi syukur semalam dapat berita gembira, appointment Jumaat lepas di Jabatan Farmasi tu dah lulus AEON semalam. Jadi, SV4 ni dah ada 2460sv dah. Dan seorang downline saya nampaknya dah pandai order online. Alhamdulillah, semua ni nampak lancar dan dipermudahkan. Saya yakin ada sebab untuk semua ni. Saya cuma perlu laluinya dengan lapang hati.

Oleh kerana hubungan ibu-anak kami ni tak berapa macam orang lain, saya pernah terfikir gak.... susah betul nak peluk mak sendiri padahal itu mak sendiri. Betapa hebat penangan perceraian yang menjadikan keluarga kami jadi begini. Tapi sekarang lihatlah betapa Allah maha penyayang, hari2 Dia kasi saya peluk mak saya walaupun saya hanya peluk sama ada dari depan atau belakang bagi membantu mak saya bergerak.

Wassalam.



SV4 Bermula

$
0
0
Assalamualaikum.

SV4 dah bermula sejak 21 April. Dan saya dah close 1 twinset sebagai pembuka SV4 sejak 19hb lagi. Alhamdulillah dah selesaipun transaksi tersebut.

Tapi beberapa hari ni saya terpaksa berehat sekejap memberi laluan kepada mak saya yang sakit. Dan setelah bagi perhatian sepenuhnya, pemantauan rapi, alhamdulillah pada hari ni iaitu hari ke 4, mak saya nampak lebih sihat. 


dah ronda sampai dapur
Sekarang saya dah tau yang mak saya perlu supplement 3 kali sehari. 2 kali tak cukup. Dan bila saya tanya, katanya hari ni rasa segar sangat..... maka senanglah hati saya nak keluar berappointment. Sebelum keluar saya dah pesan pada cikmed waktu seterusnya untuk kasi supplements.

Kebetulan hari ni memang ada appointment kat KL. Tapi disebabkan appointment di bank pada waktu lunch, kami perlu susun strategi. Kena bawak semua sample bag yang ada. Ada lebih kurang 5 orang, jadi kami bawak 3 sample bag. Tak buang masa. Saya dan Catherine satu kereta. AF dan Suda' naik cab dari opis. Saya dan Cath berpusing2 KL. Sorang orang Puchong, sorang orang Kuantan. Memang la pusing KL. Padahal nak pergi Jln TAR je. Hehehhe. Malu je nak ngaku orang Kg Baru.

Satu penyeksaan bila appointment di tengah KL. Jem, susah parking, tak ingat jalan. KL dah lain sangat. Tak macam 20 tahun dulu. Hafal semua jalan. Biasa dah jalan kaki dulu. Sekarang kalau kena campak tengah KL memang tak jumpa jalan pulang agaknya kih kih kih.


patutlah dia jalan laju... dia tunggu kat depan utk snap gambar saya yang tengah tercungap tarik sample bag sambil jinjing DX paperbag, dan pikul Burberry saya yang berat nak mamps. Tapi macam stylo jek gambar ni kan? Mode: perasan.

Alhamdulillah akhirnya selesai kerja-kerja sharing. Tapi saya respek pada AF. Dia boleh bagi penerangan depan ramai orang. Kalau saya sure gegel kepala lutut. Setakat one to one tu okay la insyaAllah. Tapi bila ada ramai2 boleh tanggal kaki tangan saya.




Dan insyaallah perkongsian kali ni berhasil. Bukan setakat berhasil menjual, tapi kami yakin akan berjaya lahirkan fighter seperti AF dan Suda'. Kami seronok sharing bukan tentang DX je tapi tentang CBP Plan Elken ni. Memang rugi kalau tak rebut peluang ni. Untuk SV3 statement dah kuar online. Ada peningkatan bonus dua kali ganda daripada bulan lepas (SV2). Tengah tunggu insentif pulak. Agaknya berapa la insentif yang saya dapat? Kalau ikutkan, saya layak menyapu habis semua kategori yg ditawarkan. Kategori A untuk sale DX > 6,000sv. Kategori B untuk sale > 10,000sv. Kategori C jika pelayak (saya) layak untuk terima insentif setelah berjaya paling kurang 2 kali sebelumnya dah terima insentif sepanjang program. Maknanya SV1 layak insentif, SV2 layak terima insentif dan SV3 pun layak jugak dpt insentif, maka saya layak dapat extra insentif kategori C pulak. Dah triple kan? Dan SV3 saya naik sebagai Ruby Manager baru (RSM), dengan PGS > 6000sv. Jadi, insentif yg bakal diterima adalah berdasarkan TGS (total group sale kedua2 manager bawah saya).





Rasanya 5 angkalah CASH bakal saya dapat bila bonus+insentif. Campur kira2 RM5000+ product voucher, lepaslah supplement saya dan mak saya. Berbaloi beli sample bag ni. Walau upline busy, kita boleh gerak sendiri. Hendak seribu daya..... kalau tak start sekarang, orang lain akan sapu semua benefit Elken. Kita tengok je la orang dapat duit hihihi. Uols nak duit jugak? Angkat fon call saya buat appointment.

Dan bila balik rumah, satu lagi peningkatan yang saya nampak.

Mak saya dah bangun sendiri tanpa bantuan. Mak saya jugak boleh pergi toilet sendiri tanpa bantuan. Mak saya juga dah pergi mandi sendiri, takyah sesapa tolong. Amazing kan? Yg penting supplement tak boleh tinggal. Apa beza ubat dan supplement? Beza rawatan guna ubat ialah 'merawat dan fokus ke atas simptom (contoh: merawat organ) manakala supplement pulak, paras rawatan ialah ke SEL-SEL MANUSIA. Kenapa pengambilan supplement bagi pemulihan sel adalah lebih baik? Kerana pengambilan supplement bagi memastikan badan mendapat nutrisi seimbang dan air yang bersih akan menjadikan badan kita sebagai doktor yg terbaik untuk badan kita tanpa kesan sampingan.



Malam Pemenang 2013

$
0
0
Assalamualaikum.

Sabtu 27 April merupakan hari yang saya tunggu-tunggu. Bermodalkan RM48 x 4 keping tiket (RM192), saya dah invite 2 kawan iaitu downline saya sendiri untuk menyaksikan orang-orang yang berjaya dalam Elken dan lepas tu ada persembahan Faizal Tahir pulak. Lagi 2 tiket untuk saya dan John. 

Tiba masa yang ditunggu2, sorang downline saya terlupa dan bila saya ingatkan, dia kata kena pegi kenduri. Sorang lagi tak berapa sihat. Kalau nak paksa pergi, nampak sangat kejam. Oleh itu, saya pass 2 tiket kepada downline lagi satu, dengan harapan dia boleh hadir bawak kakak (downline dia) atau suami. Yang penting, saya nak downline saya saksikan apa yg bakal dipersembahkan kat Stadium Putra Bukit Jalil tu. Barulah meraka boleh dapat gambaran apa yang sedang menanti di hadapan mereka. Sama ada meraka nak grab atau nak lepaskan, itu adalah pilihan. Bukan calang2 MLM company yang boleh buat majlis besar-besaran dan gilang gemilang setiap tahun di Stadium Putra ok. Bukan tumpang majlis orang lain tau. 

Nasib mungkin tak menyebelahi saya. Downline yg menjadi fighter pun tak datang sebab ada reunion. Tunggu berita baik dari orang lain, memang takde lah jawabnya. Majlis ini adalah acara tahunan. Lepas ni kena tunggu tahun depan. Saya kecewa sejak awal. Pagi saya hadir majlis sukan tahunan tadika anak saya.  Balik dari tadika, saya ajak John pergi salon, cuci dan blow rambut cantik2, lepas tu boleh serkop balik. Dah curl2 cantik2... memang cantik gila amoi tu blow rambut saya. Terasa macam artis la kejap. Pastu balik bersiap2 dengan hati tak berapa nak ringan sebab downline sorang pun tak datang. Patutnya majlis dah start pukul 12. Saya sampai stadium entah dah pukul berapa. 

Orang kemain ramai. Siap ada yg sewa bas. Semua ini adalah orang2 yang nak mengubah kehidupan. Mereka nak ubah daripada takde kepada ada. Kagum sunggu dengan semangat diorang ni. Agaknya kat mana saya nak cari orang2 sebegini, yang mahu berubah dan percaya boleh berubah?

Setibanya di stadium, hari hujan. Masuk ke stadium berdua-duaan berpeluk-pelukan di bawah satu payung dengan John. Amboi... bahagianya. Mula-mula saya sarung flat shoes aje tapi John suruh tukar pakai heels. Dia kata atas kemain ranggi, pandang bawah FAIL terus. Hehehe... bukan apa, senang nak melangkah dalam stadium tu bila pakai flats.


lihat atas - antara achievers tahun ini. Orang tak ramai sebab semua dah masuk auditorium



Kebanyakan orang dah masuk dalam stadium. Ada beberapa kesulitan masa saya dan John nak masuk dalam auditorium tu. Kami tak bawa tiket ke tmpt pendaftaran untuk didaftarkan. Jadi John kena bertekak setiap kali dengan Rela tukang jaga pintu. Keluar masuk pintu sana dan pintu sini cari tempat duduk tapi tak dapat. Orang kemain ramai! Sepenuh2 stadium orang datang tengok event tu. Memang gilang gemilang. Berapa juta la agaknya Elken spent.





gamabr ehsan upline yg duduk kat VIP area

dalam seumur hidup, hanya SEKALI aje dapat naik pentas pemenang ni utk terima recognition sebab setiap tahun akan ada beratus achievers baru

mereka yg telah menerima lebih RM1juta income daripada Elken.


Saya memang tak dapat tempat duduk. Berdiri pun tak dapat tengok jelas. Asyik kena tolak. Untuk waktu2 pertama saya sanggup la tahan. Tiba waktu kaki saya sakit dah tak dapat nak tahan dah, saya tarik John keluar. John tau saya kecewa. Dia nak saya dapat tengok event sampai habis. Dia nak saya tengok Faizal Tahir. Tapi saya dah tak sanggup nak berdiri berasak2 dengan orang dengan kasut tinggi saya. Saya tahan airmata saya daripada jatuh. "Saya spent RM200 untuk event ni".. itu je yang mampu saya cakap kat John. Buat pertama kali saya nampak John sangat concern bila saya sedih. Sebelum ni John ajar saya jadi keras. Dia tak suka 'manjakan' saya waktu saya sedih. Tapi kali ni nampak sangat berbeza. John ajak saya pusing2 ronda2. Saya dah hilang semangat, John pulak yang nampak bersemangat. John ambil gambar kereta2 mewah (harga RM200k ke atas saja yg dijemput utk park kat situ) yang beratur kat luar stadium. Semua tu kereta fighter Elken. Yang Elken bayarkan selama 4 tahun sehingga RM7000 sebulan. Saya sangka John tak heran dengan BMW yang beratur tu.. saya sangka dia tak heran dengan Mercedez yang menjalar kat situ. John dah achieve banyak benda dalam hidup dia jadi saya sangka John takkan peduli bila Elken kasi kereta kasi rumah.


impian saya ialah nak park kereta free Elken kat ruang kosong tu tahun depan

Lepas tu John call kawan2 menjemput hadir ke DX Mega Career Forum esoknya di tempat yang sama. John kata, keliling kami ada ramai orang yang mencari peluang... dia nak tunjuk peluang ni pada mereka semua.

Pada waktu saya ajak John balik, upline saya call dan terperanjat bila saya kata nak cabut dah. Dia nak jemput saya masuk dan dapatkan tempat di tmpt khas tapi saya menolak. Takpelah. InsyaAllah tahun depan saya akan dapat tempat special pada Malam Pemenang 2014. Dan pada masa itu, ada 4-5 bas penuh dengan downline saya yang akan hadir tengok saya dan John naik pentas. Walaupun John kini berjaya dengan biz dia sekarang, plan Elken membakar semangat beliau. John nak jadi a part of the team. 

Keluar dari stadium, kami rayau2 IOI Mall minum teh tarik. Pastu balik sebab John berkejar nak balik Seremban ada majlis.

Takde plan nak ke stadium lagi besoknya.... walaupun downline saya AF dan Suda' plan nak datang.

Forum Kerjaya Mega DX 2013

$
0
0
Assalamualaikum.

Pagi-pagi lagi upline dah whatsapp minta hadir ke Bukit Jalil seawal 10am. Katanya, bawa sekali mock cheque sebab ada mock cheque presentation nanti. Dalam rasa serba salah, saya bgtau John dan John setuju aje pergi awal pagi hehehhe. Ni betul2 bersemangat sejak tengok achievers semalamnya.

Kali ni saya datang pakai baju sistem Elken. Sebab nak ambil gambar dengan mock cheque. Sampai aje kat stadium, upline dah menanti dengan tiket yang saya belum beli. Pastu saya daftar kat tempat pendaftaran untuk dapatkan roti 2 biji, air Bio Pure dan 1 sachet El Marino. Rugi tau kalau tak daftar kali ni hahaha.

Lepas tu upline serahkan MOCK CHEQUE terbaru saya untuk SV3 yang saya belum pasti berapa jumlahnya....


senyum lebar sampai telinga

milik 2 manager bawah saya. AF punye RM8,145.94. Ramai puji beg bling bling saya heheehhe
ini baru fighter. Siapa nak kasi???? Jual DX beberapa set aje dah dapat banyak ni.
 Kali ni saya dapat duduk tempat VIP. Upline bawak saya dan John duduk kat seat depan. Beberapa topik saya dah dengar semasa kat TBW. Tapi slot forum yang salah seorang panelnya ialah upline saya Cath, buat saya jadi terkejut dan malu2 ayam.

ahli panel berpakaian sangat cantik

46 tahun okay. 13 tahun pakai DX dan product Elken yang lain.

Rupa-rupanya Cath dah sediakan satu perkongsian tentang 'pencarian sample CBP'nya. Semenjak meletupnya leader Melayu yang meletop2 dalam masa singkat sejak adanya plan CBP, Cath dan suami juga tercari2 apa rahsia leader Melayu sampai boleh naik jadi MCCM dalam kurang 2 tahun? Sedangkan dulu nak jadi manager pun sangat mencabar. Nak dapat jadi Diamond sangat sukar. Akhirnya Cath dan suami mendapat jawapan. Dan ini antara jawapannya:


terpampang atas skrin besar pentas.. haiyoooo...

patutlah dia kata nak tee up saya...

Patutlah beriya Cath bantu dan support saya bila saya kata saya setuju nak full time Elken. Dia nak jadikan saya sample untuk plan CBP. Seorang housewife yang kerjanya asyik beranak sampai 6 orang, pernah jadi 1st runner up Beauty Queen Elken (Mrs Corpdereve DX) tahun 2005, pengguna DX selama 9 tahun, selama ni pengguna setia Elken sampai naik manager dengan sendiri tanpa downline, kini bangkit FIGHT kerana CROWN BUSINESS PLAN (CBP). Dan si malu2 ayam ni boleh bawak balik duit lebih RM30,000 dalam selama 3 bulan bersama Elken. Pendapatan terbaru berjumlah RM16,327.91. Luarbiasa. Bukan saya yang luarbiasa tetapi CBP plan yang luarbiasa. Orang biasa2 pun boleh mewah2 main duit. Inikan pulak jika anda rasakan anda seorang yang hebat, pasti lebih luarbiasakkk!!!!!! Saya sedar gambar saya dan cerita saya telah disharekan bukan sahaja kepada whatsapp grup Cath tetapi kepada whatsapp grup sideline beliau juga bagi menaikkan darah semangat fighter. Bukan kerana saya hebat, tetapi kerana DX telah menjadikan ibu yang beranak 6 ni menten aje selama 9 tahun dengan DX dan produk2 lain Elken. Setidak2nya mereka guna cerita saya untuk close deal hahahha. Patutlah bila saya melangkah ke stockist dan masa tu ada MCCM (Million Council Crown Member) atau CCM (Crown Manager), bukan saya yang eksaited, tapi MCCM dan CCM yang eksaited ajak bergambar sampai ai naik segan hik hik hik.... kadang2 berdoa setiap kali datang stockist harap2 takdelah orang kakakkakakaa..

Tapi kalau cerita saya boleh bantu orang buat duit berpuluh ribu, takpe... sila, sila.... 

Cukup waktu, John ajak jumpa kawan dia kat cafe stadium. Wah wah wah John makin bersemangat. Dia kata nak jadi superstar Elken. MCCM dan CCM Elken memang ramai tapi tak semua diketengahkan sebagai superstar. Saya tengok hanya yang berkarismatik saja yang kerap2 naik pentas. Paling2 tidak pun, yang cantik yang hensem. Oleh kerana John seorang trainer, dia bercita2 nak 'train' leader2 Elken supaya lebih pandai bukan sahaja bercakap atas pentas tapi pandai memotivasikan orang lain. Menurut John, speaker dengan trainer adalah 2 orang berbeza. Speaker cakap pung pang pung pang atas pentas.... Trainer pulak bantu memotivasi orang lain dan boleh bantu mengubah pandangan orang lain. Memang setiap butir yang John cakap akan buat saya nganga. Selama ni saya sangka 'eleh.. dah biasa dengar John bercakap hari2 so macam takde beza la kot'. Tapi bila John kupas sesuatu topik, saya pulak tercengang tengok laki sendiri keh keh keh. "Itu baru sikit", John kata.

John dengan prospect

Kami bercadang nak lahirkan lagi ramai manager bulan ni. Ada harapan atau tidak? Doa2lah ye... Meh la jadi manager group saya. Call saya buat appointment meh.... dan anda ada harapan nak lagi kaya dari saya kalau anda rajin. Ini bukan sistem piramid tau. Ada MCCM yang uplinenya masih CCM belum MCCM lagi ok. Itu sebab downline punye income dah sejuta, upline belum sejuta. Sebab tu downline naik dulu.

Perkongsian terakhir adalah perkongsian MCCM Josie. Saya dah dengar topik ni tapi nampaknya ada tambahan sikit...  bukan cerita hafalan yang dibawa ke sana ke sini macam sesetengah leader. Saya memang tertarik dengan perkongsian Josie terutamanya ini:

"Saya AJAK kawan-kawan buat Elken tapi saya PAKSA adik beradik buat Elken! Kenapa? Kalau diorang tak susahkan saya, diorang akan susahkan mak bapak saya!!" 

Ada benarnya.....

Kalau kita berjaya sorang2 dalam Elken, adik beradik yang lain pandang aje? Bila susah, adakah kerja kita untuk bantu dan terus bantu? Kalau kita takmo bantu, mungkin diorg cari mak bapak minta bantu pulak. Atau kita kasi peluang kejayaan pada mereka? Mana satu? Kalau uols, prefer yang mana? Memang dahsyat bila Josie boleh tarik semua adik beradiknya berjaya dalam Elken. Mereka dah Crown semuanya termasuk ipar duai! Dah dapat SEMUA faedah yang Elken sediakan. 

Saya? Saya tak pandai paksa2. Saya seorang yg kecik. Mungkin orang takmo ikut pendapat saya. Jadi saya serahkan kepada diri masing2 sama ada nak berubah atau terus macam sekarang. Bak kata saya pada upline, orang luar lebih yakin pada saya. Orang terdekat mungkin tidak.

Bila saya ronda2 stadium tu, saya takde la usung ke hulu ke hilir bawak mock cheque. Simpan je dalam beg. Nak tau kenapa? Sebab, RM16,327.91 adalah KECIK kalau dibandingkan dengan orang lain sekeliling saya. Pandang kanan RM35,000, pandang kiri RM73,000. Pandang depan RM40,000, pandang belakang RM60,000....!!!! Sorok la mock cheque saya takmo tunjuk orang. Nanti tunggu income RM50,000 ke atas baru syok tayang mock cheque.

Namun begitu, bak kata John, RM4,000.00 pun dah besar buat sesetengah orang..... 




Berapa besarnya hati AF dapat income RM8,145.94 hanya jual baju dalam Elken. 


Betapa terbakarnya Suda tengok cek besar AF.....


Dan kami berazam untuk teruskan perjuangan... cewah!!!

Sebelum saya tutup entry ni, ada satu cerita poyo sikit...

Cath call saya dari mekap room. Dia kata dia tak boleh keluar sebab tak boleh salin baju. Dia kena naik pentas masa penutup. Tapi ada seseorang nak cakap dengan saya. Siapa ek? Jeng jeng jeng...

Tukang supply baju yang supply baju Cath terperanjat bila tengok sharing Cath esp bila gambar saya naik dan nama penuh saya disebut. Maklumlah nama 1 dalam 1 juta dalam Malaysia ni. 

Lepas habis borak2, dan bila saya ajak jumpa, dia malu sebab John ada (amboi kalau John xde ko naklah ye???) saya terus whatsapp Cath macam ni..

"Tu scandal I masa sekolah hahahhahaha"

Dah 2 kali dah Cath terjumpa scandal saya sejak saya aktif Elken kikikiki.. scandal yang tak pernah dating ok. Kalau tak announce nama memang tak kenal... tapi sebab nama disebut baru dia sedar itu saya. Nampak sangat masa sekolah dulu muka tak sama macam sekarang. Maklumlah muka petiais. Hanya yg rapat aje boleh kenal.

OK lah cukuplah cerita poyo.. dunia ni kecik je. Pusing2 jumpa jugak nanti.

Happy Birthday Nawfal

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam birthday Nawfal. Tapi pagi2 pukul 8am kami dah kena keluar rumah sebab 3 anak2 saya ada exam piano di hotel Dorsette Subang pada 9.15am. Oleh kerana ketiga2nya terpaksa ponteng sekolah, saya pontengkan jugak budak tadika tu sebab lepas exam boleh sambung bawak anak2 jenjalan dan tengok IronMan3. Jangan ambil contoh tindakan saya.. ia sangat tak bagus utk anak2 kita hehehhe.


Memang best gila Iron Man 3. Siapa tak tengok lagi, boleh la pegi tengok. Berbaloi untuk wang anda haha. Iron Man 2 saya lelap tengah jalan. Bosan betul. Kali ni saya yang tak cukup tidur boleh bertahan mata sampai habis. 

Lepas habis wayang, kami lunch kat TGIF sebelum balik dan layan diri yang masih lemau sebab ngantuk dan kepenatan dan tut tut bulanan. Cuba untuk berfikir pun dah tak larat dah. Besok aje kita fikir apa strategi kita next untuk SV4 ni. Satu twinset dah close, dah hantar pun. Bila time2 macam ni, sama ada kerja gila2 atau gila tak buat apa2. Tapi bila dilayan badan lemau ni memang tak berasaplah kan.

Hari ni bangun pagi saya terus berfikir dan menyusun strategi. Malam semalam dah set up Whatsapp group untuk fighter saya. Hanya yang betul2 nak berubah aje yang saya add. Saya tak masukkan orang2 yang belum pasti dengan apa yg mereka mahu dalam biz ni. Dan nampaknya grup tersebut mendapat sambutan. Alhamdulillah saya dah jumpa fighter sebenar dalam group saya. Biar lambat, tetapi semangat kental tak pudar dan mereka sedar betapa saya tetap ada di sini untuk memberi sokongan.

Semua fighter saya iaitu AF, Suda, Dar, Effie dan Nurul mesti bawa pulang sesuatu untuk SV4 ni! AF mesti naik RSM, Suda, Dar, Effie dan Nurul mesti naik manager bulan ni! Bawa balik RM10k setiap seorang. John pun dah mula bantu saya. Katanya biz yg sekarang dah stable dan ada client tetap. Elken biz ni adalah satu cabaran baru. Dia nak sahut cabaran ni. Bulan ni mesti paling kurang RM25k nak dibawa balik! InsyaAllah.....!

Mungkin ramai yang tertanya-tanya... saya dan John dah hidup selesa tetapi mengapa masih nak buat biz MLM?

Akan saya ceritakan dalam entry berikutnya.

Tunggu.......

Pilih Satu Antara Dua

$
0
0
Assalamualaikum.

Buat pilihan. Pilihan apa?

Sekarang ni saya terus terang aje yang saya tak larat dah nak kejar 2 kerja dalam 1 masa.

Jadi sekarang saya memang kena buat pilihan.

Nak buat dua2 atau buat 1 aje?

Ikut tahap kepenatan saya, saya rela buat 1 aje.

Saya nak concentrate buat Elken je sebab dengan Elken saya ada upline yang sangat membantu. Saya ada fighter yang sama2 buat kerja. Sementara dengan SNE saya terus-terusan jadi salesman. Upline bizi dengan hal sendiri. Nak jual barang harga RM200 kena pos mengepos pulak sampai rasa tak berbaloi.

Dengan ini, saya rasa saya perlu buat pilihan.

Sekian, terima kasih.

Missed

$
0
0
Assalamualaikum.

Lepas je buat entry pasal buat pilihan tu, seriously saya memang kena buat pilihan. Semalam (Jumaat) patutnya saya pergi buat submission ke SNE Centre yang kejap bukak kejap tutup tu. Dah call tokey centre dan katanya dia nak keluar after 7pm. Kata dia jugak, hari ni dia nak closing (yg padahal menurut announcement kat official closing pada 10hb setiap bulan) dan hari semalam baru 3hb. Jadi saya berazam nak submit petang lepas setelkan semua kerja (appointment, collection dan delivery).

Semalam sebelum keluar saya perlu setelkan hal rumah dulu. Kelmarin bila saya balik rumah, budak tadika yang degil takmo dengar kata tu dah eksiden jatuh basikal. Dia call saya mintak nak main basikal dan saya dah kata tak boleh. Tapi nampaknya dia takmo dengar nasihat saya lalu minta izin abahnya pulak. Dah abahnya yg tak tahu saya dah larang, kata OK aje. Kan dah kata, kena dengar nasihat ibu... bukan dapatkan izin kedua kat abah pulak. Jadi, dia jatuh basikal bila tiba2 basikal berhenti tiba2 masa turun bukit mungkin sebab rantai basikal tersangkut. Sedih tengok luka2 dan parut kat rusuk kiri, siku dan lutut. Awak tu dah la kurus.... :(

Jadi saya bawak dia dan Cik Rai ke Aeon Big untuk belikan selipar baru yang dah putus dan sedikit lauk untuk stok dapur. Dah setel hal anak-anak dan rumah barulah saya keluar penuhi temujanji di KL. Perut lapar gila tapi dah ta sempat nak intai atas meja. OTW saya tapau McD aje buat makan sambil memandu. 


sambil drive sambil makan, sempat layan FB. Pastu kena marah dengan John.. ampun tak buat lagi. Bukan apa, elak ngantuk. Inilah laluan yg slalu buat saya nak lelap.
Sampai KLCC, kemain susah cari parking. Maklumlah Jumaat lunchtime. Ampun la kan. Tapi pusing2 akhirnya dapat jugak. Masuk aje KLCC Suria tu, saya lalu kat tempat promo minyak wangi Chanel. Promoter approach saya tapi saya angkat tangan tanda belum berminat tapi tiba2 terbau satu haruman yang sangat menarik, terus saya patah balik. Dalam hati berkata, "kalau suka, kenapa nak kedekut? Kan saya dah penat cari duit?" Dan saya pun sambar la satu yang berkenan di hati tapi masih dalam keadaan berjimat (kedekut sebenarnya). Beli yang kocik je.



Bagus bila surirumah ada kerjaya.. setidak-tidaknya kita tahu nak menghargai hasil titik peluh sendiri  hehehhe. Takdelah macam dulu. Penat lelah jaga anak dan urus rumahtangga sepenuhnya buat saya rasa 'saya perlu dimanjakan dan berbelanja ikut sedap hati' yg biasanya dilakukan secara online. Maklumlah bila belanja online kita tak nampak apa sebenarnya yg kita bayar sebab semuanya pakai nombor aje, bukan duit secara zahir. Dan akibatnya saya jadi agak pemboros. Sekarang, lagi banyak hasil yang saya dapat, lagi banyak simpanan saya boleh buat. Dan simpanan/pelaburan tersebut saya buat sebelum saya mula berbelanja. Maknanya, saya ketepikan dulu duit simpanan, pastu yang belen2 tu baru saya uruskan secara berhemah. Wang yang saya keluarkan secara zahir nampak sangat banyak sebab kita pegang duit tu. Berhelai2... phewwww... peluh sejuk pun menitik beb! Cewah. Look who's talking. Tapi memang ada benarnya. Mulakan berbelanja secara cash, bukan card, anda akan faham apa saya maksudkan.

Iklan yg agak panjang...

Sorry..

Lepas shopping perfume untuk 10 minit tu saya pun ke Dome jumpa downline dan upline. Review. Review adalah satu step bagi mengejutkan downline yg dah tertidur. Mula-mula panas, panas, panas cari orang tetiba tidur bulan ke 2. Biar dia tidur sebulan aje sebab kebetulan bulan lepas dia sakit gusi seminggu pastu sebab cuti lama, dia punye kerja ofis jadi tertangguh. Tapi bulan ke 3 tak boleh tidur lagi. Rugi. Peluang dah sedia ada depan mata. Bak kata beliau, kerja dah 20 tahun dengan bank, gaji yang dia dapat selama 20 tahun ni total baru RM100,000.00. Sedangkan saya baru berkecimpung dengan biz MLM selama 4 bulan dah bawa pulang total lebih RM40,000.00. Kenapa mesti lepaskan peluang yang dah sedia terbentang?




Kami tak minta banyak, cuma 4 orang aje kawan untuk direkemenkan beli DX. 4 twinset, RM4,000.00. Sambil-sambil buat kerja, sambil-sambil cari masa. Kalau 100% masa diberikan pada kerja makan gaji, berbaloikah? Bukan suruh curi tulang tapi setiap daripada kita diberikan 24jam sehari. Sama rata. Adil. Bagaimana kita manage time kita, itu yang membezakan. 

Teringat soalan kazen John yang sangat happy bila John kenalkan biz DX kepada beliau... sama ada saya sekarang all out full swing buat biz DX untuk dapatkan RM16,000 sebulan?

Jawapan saya, "Tidak", saya masih hantar anak ke sekolah, hantar anak mengaji, pergi beli barang dapur, hantar music class dan sebagainya. CBP Plan yang Elken perkenalkan memang luarbiasa. Sesiapapun boleh berjaya. Saya hanya bersambil-sambilan aje buat biz DX namun hasilnya alhamdulillah sangat berbaloi. Mungkin waktu saya bersantai depan tv dah kurang. Waktu saya tergolek2 atas katil atas sofa pun dah kurang. Waktu makan ada 'lari' sikit sampai terpaksa makan dalam kereta atau masa appointment/review dengan client/upline kat restoran. Tapi saya happy. Seronok buat sesuatu yang saya suka. Lebih-lebih lagi saya ada kebebasan yang saya cari. Saya ada wang saya sendiri. Saya diakui sebagai 'leader' yang dah membina network sendiri. Saya lebih yakin drive ke sana ke sini, tak macam dulu hanya drive ke sekolah dan kafo. Bila diminta drive jauh sikit saya mula kasi alasan. Saya jadi lebih independent sekarang. Dan antara perkara yang saya suka berlaku dalam hidup saya ialah, saya dikelilingi oleh orang2 hebat. Saya dikelilingi oleh fighter. Bila saya bergaul dengan orang yang positif, banyak perkara negatif semakin menjahui saya. 


inilah antara orang-orang yang yakin dengan CBP Plan. First step: beli dan pakai dulu.

Selesai review kat KLCC, saya dan Cath terus ke Shah Alam Seksyen 7. Saya drive. Macam tak percaya aje saya kini boleh drive ke mana saja. Luarbiasa transformasi saya hehehhehe. :P

Dan membawa hasil, insyaAllah.. cuma belum pasti nak beli yang mana. InsyaAllah, apabila Allah menjanjikan itu adalah rezeki kami, ia takkan ke mana-mana. Yang penting, usaha, doa, tawakal dan redha. Sebarang penolakan adalah cabaran. Kalau ada yg reject, mungkin mereka tidak reject selamanya. 

Habis kat Shah Alam, saya hantar Cath balik rumah. Masa tu kepala terasa dah lain macam. Alamak ni macam nak kena migraine. Saya tahan, tahan dan bertahan. Sempat singgah stokist ambil DX yang dah ready. Dari stockist nak balik rumah, jem pulak. Tapi masih bertahan dan bertahan. Nampak gayanya SNE tak sempat saya layan. Nak hantar order yang tertangguh kat Seri Kembangan pun tak terhantar jugak. Adoiyai... bila dalam keadaan macam ni memang itu semacam satu signal untuk saya tarik brek sikit. Saya balik rumah dan berehat je la dulu. Ni mesti kes kurang minum air. Air Sprite yg saya beli lunch sebelumnya rupanya bukan Sprite tetapi air kosong. Diorang ni dok tadah air padahal tak sedar Spritenya dah habis. Yang keluar adalah air kosong. Hampeh. Pasal tu lps makan saya tak minum. Pastu kat KLCC minum segelas kapucino ais. Pastu kat Shah Alam minum segelas air. Maknanya memang tak cukup air la saya minum. Sebab tu la sakit kepala. Padan muka.

Dan bila dah berlaku macam ni, saya betul2 tersedar yang kata2 mertua saya supaya ambil kiraan 1+1 adalah lebih baik. Tak boleh multiply 2x2. Jadi, saya memang kena surrender 1 kerja. Saya perlu concerntrate 1 saja.

Dan oleh kerana centre kata nak closing dah, terpaksalah saya submit bulan depan punye sale aje. Terutama yg baru register member SNE, memang saya mesti pergi submitkan. Amanah orang tak boleh dibuat main. Dan untuk bulan2 akan datang, saya akan announce apa yg patut. Maaflah jika menyusahkan atau menghampakan. Memang seronok beli barang dapat pos percuma tapi anggaplah ia hadiah sementara daripada saya sepanjang berurusniaga dgn saya. Searchlah google mungkin akan jumpa seller yg buat cara macam saya - poslaju percuma.

Dan oleh itu, saya kena tidur sekarang. Dah nak puku 4am alamakkkkk!!!!!! 

Adios...

Mastering

$
0
0
Assalamualaikum.

Sekarang ni saya 'mengkomitkan' diri saya dengan meeting dan mastering class DX di HQ Elken. Nak dapat lebih, kena usaha pun lebih. Bukan jual jual jual aje tapi tak tau apa yg dijual. Bak kata John, ini bukan kerja saleman, tapi ini bisnes networking, perniagaan berangkaian.  Untuk berjaya, saya kena lahirkan orang-orang yang luarbiasa, baru saya akan jadi luarbiasa sama. Kalau saya hanya jual jual jual dan mereka semua kekal sebagai orang2 biasa, makanya saya juga adalah orang biasa-biasa, bukan luarbiasa.

Menurut John jugak, bisnes yg dia buat sekarang walaupun nampak berjaya tetapi sebenarnya agak GAGAL sebab John GAGAL melahirkan orang yang boleh duplikasi apa yg John buat. Oleh sebab itu, selagi itu juga John perlu kejar, kejar dan kejar sorang-sorang, tak boleh nak duduk rehat sikit sebab kalau dia tak buat, tak mungkin akan mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Sampai bila John nak terus terusan mengejar dan mengejar seorang diri? Sampai tua? Maka kerana itulah John bersetuju membantu saya dalam biz netwroking ni yang menurut beliau satu biz yang sangat berpotensi untuk masa depan. Bayangkanlah seorang businessman yang seperti John, sanggupppp untuk menceburi biz networking kerana telah nampak peluang yg disediakan????





OK mastering class hari ni bukan hanya belajar macam mana nak fitting DX dengan cara betul saja tetapi macam mana nak jadi berjaya dengan plan CBP. 

8 twinsets ----------------> RM10,000
21 twinsets -------------------------------> RM30,000

Tak percaya? Macam susah nak percaya tapi boleh nak percaya sebab saya dah dapat. Tengah-tengah la tapi...






Oleh itu, RM30k, RM40k, RM50, malah RM100k sebulan bukan mustahil. Yang penting kita paham apa kita buat dan macam mana nak buat. Ini bukan cerita tipu duit orang atau aniaya orang tapi ini adalah bisnes yang betul. 

Entry kali ni sebenarnya khusus untuk downline saya yang berada jauh dari saya... tak dapat nak datang mastering class atau weekly meeting. Maka dengan ini, saya bentangkan apa yang saya telah belajar di sini supaya downline pun sama boleh belajar dari jauh... kalau nak rasa dekat sikit bolehlah whatsapp saya.

Untuk berjaya puluh2 ribu atau ratus ratus ribu, ada pakejnya. Namanya ialah PAKEJ JUTAWAN.

Untuk berjaya jadi jutawan ELKEN mesti melalui situasi :

  • happy
  • close deal
  • next appointment
  • rejections
  • alasan
  • komplen
Kalau semua ni dapat dilalui dan diatasi dengan sabar, insyaAllah boleh la jadi jutawan!!!!!

Selain daripada itu, bakal jutawan mesti la:

  • Rajin
  • Rajin
  • Rajin
  • Rajin
  • Rajin
  • Tiru
  • Tiru
  • Tiru
  • Tiru
  • Tiru
Rajin tu memang la kan... tapi tiru??? Downline kena tiru upline, mesti buat apa yang upline buat. Mesti cepat belajar, cepat berdikari, cepat dapat hasilnya. Upline beli sample bag, downline pun mesti cepat2 beli sample bag. Labur sample bag, pulangan pertama jadi 3 kali ganda!!! Huihhhh tak boleh tahan!!!!!
 

bakal jutawan - resign untuk fulltime Elken, bawa CASH untuk beli sample bag!!!!! Luarbiasa!!!!
Maka dengan itu, Cath cabar kami semua untuk close 21 set untuk SV4 ni. Kenapa 21? Kerana kami nak jadi CCM! Nak grab semua faedah yang disediakan untuk kami. Tapi saya baru close 2 set muahahahhaha... boleh ke 21?

Nak mencari 21 orang bukan satu kerja senang. Dalam perkongsian saya hari ni, selain menayang mock cheque seperti yang diminta, saya share beberapa perkara.

lebar sengeh.. bayangkan kalau RM30k, berapa lebar lagi sengeh agaknya?
  1. Bila dapat cek besar, saya ingin lebih besar. Bagaimana? Saya kira sendiri bonus ikut format kat Excel. Setiap point saya akan masukkan ke dalam format yg saya dah buat dan saya akan tahu berapa banyak duit yg bakal saya dapat pada penghujung SV month tersebut.
  2. Mesti ada attitude yang betul. Niat mesti betul, hati mesti bersih. Bantu downline tak kira la dia direct atau cucu atau cicit. Jangan selfish. Tak rugi.
  3. Ini biz networking, kita bukan buat direct selling. Kita bukan salesman. Melalui 1 downline kita boleh korek lagi ramai orang daripada 1 downline tersebut. 2 downline lagi ramai kita dapat rangkaian. Dengan cara ini, bukan 21 tapi 1001 pun kita boleh dapat.
Pastu Cath kata mesti kena ada 3 - 8 appointment sehari. Pheeewwwwwww..... 

Dan mesti kena ada weapon sebelum pergi berperang.

1. Sample bag

2. Alat Bantuan : filing, brochures, forms

Kemudian mesti ikut step ini:

1. Filing
2. Fitting
3. Fill In Form
4. Next Appointment (korek downline)

Inilah sistem yang perlu kami ikut. Tak boleh main redah aje. Sebab tu kena hadir meeting dan belajar dari upline.

Biz ni adalah biz bantu satu sama lain. Bukan JUAL, pastu HAI HAI BAI BAI. Problems occur. It happens. Kalau ada sesuatu hal atau masalah yang timbul, bawak2 berbincang secara baik dengan upline. Bukan bambu bambu hamun hamun upline walaupun sah2 bukan upline yang bagi masalah. Kita akan cari mana punca masalah kemudian kita akan solve mengikut saluran yang betul.



Dan satu lagi, biz ni adalah satu peluang. Opportunity. Saya tak paksa orang beli, saya hanya membentangkan peluang. Peluang untuk cantik, peluang untuk berjaya. Ada orang dapat cantik aje, tapi takmo grab peluang untuk kaya dan berjaya. Ada orang grab kedua2nya sekali. Ada orang tak dapat apa2 sebab lepas dia beli, dia simpan tak pakai. Itu adalah orang yg rugi.

Tapi tolonglah.... lepas dapat cek ratus-ratus, ribu ribu, bila timbul masalah sikit, jgn la terus kuarkan statement:

"Aku ni dulu beli sebab nak tolong kau je......"

It hurts okay... apa lagi kalau masalah bukan datang dari saya, produk, mahupun syarikat. Mungkin dtg dari bank atau Aeon.

Cek bonus yg enam tujuh ratus, empat, lima ribu tu, saya tak mintak belanja segelas air pun... ambik la semua tu hak sendiri. Saya happy bila downline saya dapat cek besar. Saya bangga dapat bantu kawan-kawan buat duit. Tapi syaratnya, kena usaha la sikit. Rekemen kawan, sedara, 4 orang sebulan, dapat RM4k. Dah lebih dari pulang modal dah pun. Cuma duduk tunggu saya datang ke opis atau rumah, bukan kena lari sana lari sini macam saya. Saya yg keluarkan duit petrol, saya yg bayar parking. Jangan la keluarkan statement yang mengguris hati orang lain. Sabar la setiap masalah ada jalan penyelesaian. Lagipun, kalau bukan diri sendiri yg setuju nak beli, nak join, memang takdelah kan...

Sekian.




Negara Ku Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum.

Keputusan pilihanraya dah diumumkan dah... selesai dah semua. Itu pada pendapat saya la tapi masih belum selesai bagi sesetengah pihak terutamanya yang tak puas hati dengan keputusan semalam. Masih buat bising dalam FB, masih jerit2 tanpa suara (sebab guna jari) mintak PM tepati janji. Bagilah masa, nanti janji akan ditepati dengan izinNya. 

Saya cuma berdoa yang saya akan terus berada di bumi Malaysia yang aman dan damai. Oleh itu saya telah membuat pilihan saya semalam sebagai warganegara yang bertanggungjawab.... 

Setidak-tidaknya saya bersyukur kerana walau ke mana saya pergi, saya masih boleh berbalas senyuman dengan kaum Cina dan India terutamanya kat kawasan perumahan saya ni, yang rata2 adalah kaum bukan Melayu majoritinya. Masih boleh bertanya khabar, masih boleh mengharap antara satu sama lain bila kami nak balik kampung.


terima kasih kerana mengecat kuku saya dengan kemas dan cantik hahaha

Emm.. Ramai sebut-sebut tentang blackout... tentang majik yang berlaku lepas blackout... tapi yang pelik tu... kenapa tiada majik berlaku di Selangor walau katanya blackout berkali2???? Sedangkan BN nak sangat Selangor tu? Sepatutnya majik berlaku dulu di Selangor hehehehe... ops.... sangat pelik bila BN kalah kat Selangor...


kami semua menjalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia.


OK OK....

Sekarang ni sudah pastinya kita kena faham betapa harga barang akan naik dari masa ke semasa. Mana ada benda free dalam dunia ni kan? Contohnya saya ni, nak dapat lucky draw pun tak mungkin! Takyah cakap Msia, tengok aje negara luar. Bak kata John yg selalu ride ke Thai. Petrol biasa lebih mahal dari kita, tapi ada kemungkinan campur benda lain. Sebab tu kalau nak ride kena pastikan bila isi minyak, isi minyak petrol yg mahal. Selamat. Hiway kat sana, memang la free tapi tak se-selamat hiway kita. 

Pendek kata, daripada buat bising kata kerajaan tak adil, tak cukup kasi itu ini, mari kita baiki diri kita, bekerja secara bijak. Berniaga! Saya tau keadaan tengah genting walau skrg pemerintah kita adalah yg beragama Islam. Tapi saya bersyukur sebab pemerintah masih lagi yg beragama Islam. 5 tahun lagi belum tahu... makanya kita kena bersiap sedia menghadapi apa saja kemungkinan yg bakal berlaku. Cari duit banyak2, persiapkan anak2 dengan ilmu agama, ilmu pengetahuan, pelajaran. Setidak-tidaknya nanti kalau hak orang Melayu dihapuskan, kita tak merempat di negara sendiri. Kita dah bersiap sedia. 

Sebelum terlebih emo, lebih baik saya cepat2 tarik brek. Lagipun saya tak sanggup kalau entry saya mendapat komen tak sedap dibaca pulak adoiyai..

Oleh itu wahai kawan2, jom buat duit jom. Meh join saya buat biz DX... semalam saya jumpa prospek yg sangat happy bila diperkenalkan dengan DX sbb sebelum ni, wife dia ada beli brand Hai Hai tu tapi akhirnya digantung dalam almari.... pastu wife dia agak teruja nak start biz Hai Hai dengan modal RM20K tapi dia x izinkan. Bila dibentangkan plan CBP, terusssss dia nak sign dan bila wife fitting DX, kemain happy pulak wife sebab sangat selesa, senang pakai dan memang cantik jadinya! Sampai takmo tanggal la sample DX tu dari badan dia hahahahaa.


wife tak izinkan gambar diambil sebab masa tu tak pakai tudung... itu downline saya dengan prospek yg gembira




Food For Your Eyes

$
0
0
Assalamualaikum.

Meletup letup produk baru Elken!!!! Launch aje terus berebut2 orang beli pakej! Sebab apa ye?

1. Produk Elken memang diakui sangat bagus
2. Produk Elken dijamin selamat dan telah diuji secara klinikal
3. Produk ini memang sesuai untuk semua peringkat umur.
4. Semua orang sebenarnya memerlukan produk ni

Perkenalkan......



VZIO

pakej 3 + 1
Sekarang ni memang tak heran bila tengok orang pakai cermin mata. Pegi mana2 pun mesti boleh jumpa orang pakai spek. Semua peringkat umur pun senang nak jumpa. Tapi apa yang membimbangkan ialah statistik manusia yang mula pakai spek seawal peringkat umur paling muda yg dah mula perlukan cermin mata utk membaca atau melakukan kerja2 seharian semakin membimbangkan.

Kenapa jadi macam ni?

Terus terang saya katakan, pernah terdetik dalam hati perasaan bangga atau mungkin rasa kagum dengan kebolehan anak saya Cik Rai yang seawal 2 tahun dah pandai guna iPad. Dia pandai masukkan password untuk unlock iPad saya, pastu slide slide slide cari icon YouTube tu, pastu bila dah masuk YouTube, dia cari button HISTORY untuk cari video terakhir yang dia layan sebelum tu. Daripada video terakhir, dia boleh scroll bahagian belah kanan tu untuk cari related videos. Dari situ dia akan dapat kartun2 lain yang menarik setiap hari, tanpa bantuan saya ataupun abang kakak dia. Kagum gila!!!!! Kelmarin dia jumpa Barney, semalam dia layan Barbie dan hari ni entah macam mana saya tengok dia layan Teletubbies pulak!

Tetapi bila saya pergi meeting Elken Isnin lepas, baru saya terbukak mata tentang bahaya penggunaan iPad untuk bayi dan kanak-kanak. Sebenarnya saya dah mendedahkan Cik Rai dan semua anak saya kepada bahaya untuk jangka masa panjang! Balik je rumah, saya terus ambil semua iPad dan sorokkan. Nak main iPad boleh, tetapi bukan la dihadap sepanjang masa sampai takde benda lain nak dibuat. Tunggu bila mood saya baik saya akan bagi main sekejap. Pastu sorok balik. Sekarang ni, kalau tak disorok iPad tu, setakat saya larang memang tak jalan! Pandai aje curi2 main. Sementara boleh lakukan sesuatu, ia masih belum terlambat.




 Saya bernasib baik baik sebab dapat kesedaran sedari awal. Belum ada seorang pun anak saya yang disahkan rabun lagi. Setakat ni takde yang komplen tak nampak apa yg ditulis di papan putih kat sekolah. Tetapi bagaimana dengan uols? Yang dah sedia pakai spek tu, adakah uols akan terus berspek dan menambah power tahun demi tahun? Atau ada keinginan nak baiki keadaan mata?





Baru-baru ni saya pergi menaja seorang bakal fighter saya di Damansara. Kami sempat cerita pasal masalah mata yang dihadapi oleh beliau. Dulu selama saya kenal beliau, beliau memang berspek bingkai tebal. Tetiba tak lama lepas tu saya tengok dia dah tak pakai spek. Rupanya pakai contact lense. Pastu dengar-dengar cerita dia dah buat pembedahan laser dan sekarang penglihatan dah baik, tak perlu spek dan tak perlu contact lense. Tapi apa yang memeranjatkan ialah, sewaktu beliau pergi check up, doktor sahkan yang beliau hampir (sikiiiittttt lagi) nak buta disebabkan penggunaan contact lense dalam jangka masa panjang. Kuman tu lagi sikit je nak makan dalam mata tu. Sebab tu beliau terpaksa guna spek balik tapi sebab tak selesa, beliau buat keputusan untuk lakukan pembedahan laser.

Hmm... jangan sangka contact lense boleh atasi masalah rabun sedangkan ia mungkin bagi masalah lain. Sebenarnya saya agak takut nak guna lense. Saya ni tak rabun - kalau rabun pun sikit aje maklumlah dah nak masuk 4 series, jadi saya guna colored lense 0 power utk extra laram. Tapi saya tak pakai setiap masa. Setahun ada 2 kali saya beli disposable lense yg tahan 30 hari tu. Sebabnya kadang2 colored lense buat mata saya rasa ada selaput menyebabkan mata saya kabur setiap kali selepas penggunaan. Biasanya masalah ni berlarutan hingga sebulan. Tak lama lepas tu baru la mata kembali ke sedia kala. Namun begitu, kini saya ada masalah mata sensitif. Alah pada silau matahari, mata kering dan paling teruk sekarang ni saya ada masalah mata stress. Kadang2 boleh jadi migraine. Sebab itulah saya sekarang consume VZIO 1 biji 2 kali sehari seperti yang dicadangkan penggunaannya untuk mengurangkan simptom2 tersebut. Bukan saya aje, John yang sejak muda ada masalah mata merah, rabun (tapi takmo pakai spek) dan mata kering, pun saya syorkan ambil VZIO.



Kalau nak diikutkan, testimoni yang dah diambil untuk produk ni adalah dalam masa 12 minggu penggunaan teratur. Tetapi hari pertama John ambil VZIO, dia kata mata kering tu dah sangat kurang. Pastu customer saya yang belikan untuk ayah dia pun kata, ayah beliau ada masalah mata sensitif dan merah. Sekarang dah kurang merah. Baru 3 hari makan!!!


beli 3 kotak VZIO, dapat percuma Ester-C 500mg 30 biji

Dan saya? Memang saya sekarang bila bawak kereta nampak dunia makin jelas dan indah hihihi.... tapi ini bukan saja2 nak tee up produk Elken ni. Kenyataannya memang macam tu. Bila saya mula memandu, saya dah mula rasa perbezaan sebelum ambil VZIO dengan selepas ambil VZIO. Sebab saya ni tak rabun, dan takde banyak masalah mata, saya tak boleh cerita panjang2 tentang perbezaannya. Terima kasih juga kepada supplements yang sebenarnya banyak membantu mengekalkan kesihatan yang baik kepada saya. Namun begitu, saya memang rekemen sangatlah produk VZIO ni untuk uols semua. Semua orang perlukan mata seumur hidup kan? Baik yg muda atau yang tua, semua orang memang perlu menjaga mata. Dan VZIO adalah jawapan untuk mata sihat. 








Oleh itu, kepada yang dah mula sedar akan kelebihan VZIO ni atau yang dah nampak ada gelang putih sekeliling mata hitam tu, yg mata cepat merah, sensitif, cepat letih, cepat2 la makan VZIO ni. Bukan mahal sangat kalau dibandingkan dengan kos merawat, kos tukar bingkai dan lense... cuma RM169 aje sekotak.

Ye.... RM169 sekotak, ada 30 biji kat dalam kotak tu. Sekarang dah ramai sedar akan perlunya menjaga kesihatan, sebab tu saya tak perlu cerita panjang lebar lagi. :)

Boleh order daripada saya sendiri.... atau..


KL Sentul Area: AJIE 012-686 7085

KL Wangsa Maju: SUDA' 019-307 8568

KL Ampang DARISAH 012-662 6695

Sabak Bernam  NURUL AMALINA 017-6620231

Seremban EFFIE 019-633 9848




Betulkan Niat, Tetapkan Matlamat

$
0
0
Assalamualaikum.

Lama gak saya tenung mekbuku ni, hari2 perhati nombor2 yang macam menari2 kat application Numbers.. kenapa la tak sampai2 lagi target... closing tinggal 4 hari lagi. Sempat ke capai target 18k PGS? Kenapa 18K PGS? Sebab saya kejar product voucher 30% boleh cover supplement bulanan yg diperlukan seisi keluarga haha.

Bulan ni awal2 nampak macam lemau. Bak kata John, nak capai sesuatu memang agak mudah tetapi nak menten tak berapa nak mudah. Dengan pangkat baru saya dalam Elken iaitu RSM (Ruby System Manager), dengan 2 orang manager di bawah saya iaitu AF dan SB, mungkin saya takde masalah nak pastikan AF menten kedudukannya sebagai Manager. Sebabnya AF memang tau apa yg dia kejar. Tetapi SB agak payah sikit sebab SB belum begitu nampak apa sebenarnya yang disediakan oleh Elken utk long term. Dan pangkat Manager beliau pun terjadi secara tak sengaja, bukan sesuatu yg dikejar macam fighter saya yang lain. Sebab itu jugaklah SB tak heran nak cari prospect untuk bulan ni padahal saya sangat2 memerlukan beliau menten pangkat beliau. Adoiyaiiii....

Namun begitu, sebagai seorang leader dalam rangkaian saya, saya tak boleh la nak putus asa sebab downline saya semuanya mengharapkan semangat saya untuk menaikkan semangat diorang. Saya ni ibarat ibu, kakak, untuk diorang. Nasib baik la John dah mula nak bantu saya. Dah mula keluarkan weapon untuk berperang bersama2. Dan nampak gayanya John kemain happy jual korset pompuan hik hik hik.



Memang saya tak jangka John nak bantu saya selepas 3 bulan saya berhempas pulas cari duit sorang2, cari prospect sampai ke Sabah dan Brunei melalui blog. Mintak contact dia hampeh dia takmo kasi. Alhamdulillah dengan kesungguhan yg saya tunjuk, pada bulan ke 3 saya fight income besar dan pangkat RSM, John kerap jugak bantu saya jadi driver hantar saya ke sana dan ke sini. Dan setiap kali beliau jadi driver, saya pasti bawa berita "Close twinset". Agaknya John kagum bila setiapkali saya keluar fitting, mesti close deal. Dan paling tak tahan ialah bila dia tengok income besar saya yang 4 kali ganda banyak daripada gaji manager dia kat opis tu hihihiihihi. 

Tapi kan, untuk bulan ke 4 ni sebenarnya saya terasa sangat letih sebab ada satu tanggungjawab lain yg perlu saya tunaikan kat rumah. Bila mak saya tinggal bersama, saya kena pastikan semuanya ok setiap kali. Jaga tengah malam buka pintu untuk ayah tiri saya (sampai skrg nak duplicate kunci tak sempat), tunaikan permintaan, pastikan lauk sentiasa ada, papah naik turun tangga, dan sebagainya. Tapi itu mmg la tanggungjawab saya sebagai anak. Mmg saya bertuah menjadi yang terpilih untuk lakukan itu. Dan tanggunjawab sebagai leader pun kena buat gak. Tu yg macam letih semacam badan ni. Sehingga pada satu tahap, saya luahkan perasaan pada upline. Bukan kerana tanggungjawab sebagai anak dan ibu, tetapi bila saya mula tak tahan dengan attitude downline yang tak berapa nak betul. Orang dah la ada byk hal, attitute kalau tak betul, apa kita buat, ke mana kita pergi, memang susah la nak menjadi apa pun. Ingat, ATTITUDE!

Berbalik kepada cerita nombor2 yang tak capai sasaran.... semasa mastering class Sabtu lepas, John sanggup datang all the way dari Melaka dan beliau diberi peluang untuk sharing depan fighters yang lain. Menurut John, bukan pangkat yang beliau kejar tetapi peluang yg diberi oleh Elken membenarkan seorang jutawan untuk melahirkan jutawan yang lain. Tak sama dengan conventional business macam biz John sekarang, mana mungkin John serahkan project juta juta kepada staff dia semata2 nak jadikan staff dia jutawan. Makan komisyen dah la kan.... selebihnya boss yang punya.

Sekeliling hidup kita ada ramai yang masih tak cukup duit, yg menantikan peluang. Dan dengan Elkenlah insyaAllah akan ditemukan jalannya.

Bila balik rumah, saya tengok balik video yang saya rakam masa John sharing tu. Walau ada sikit2 cerita poyo, John punya sharing memang banyak benarnya. Jadi saya terus beristigfar dan betulkan niat saya. Saya bukan orang yang susah. Alhamdulillah saya dah ada apa yg diperlukan malah berlebih2 pulak tu. Kalau tak cukup duit belanja saya boleh mintak John aje. Tak dapat hari ni, besok dia kasi. Tak dapat besok, minggu depan dia kasi. tak dapat minggu depan, bulan depan dia kasi. Kalau tak dapat bulan depan, tahun depan dapat pun masih ok lagi. Haha.

Dan saya fikir, sepatutnya saya lebih risaukan anak2 buah saya, fighter saya, adakah mereka dapat sokongan yang sepatutnya? Adakah mereka dapat capai target? Adakah mereka dah lemah semangat atau masih terabakar? Income saya 4 angka atau 5 angka bukan lagi masalah. Yang penting saya mesti kukuhkan rangkaian, bantu fighters saya supaya capai target. Saya yakin bila kita bantu orang lain, banyak perkara2 baik juga akan datang kepada kita dengan sendiri. Sebab tu saya kata, betulkan niat.

Allah Maha Agung, Maha Penyayang. Bila saya dah betulkan niat, dengan sendiri satu persatu berita baik mula sampai kepada saya. Rangkaian saya mula berkembang. Fighters semakin bersemangat. Saya create group Whatsapp khas untuk fighters dari group saya saja. Kami bakar semangat mereka setiap hari. Dan mereka mula keluarkan semangat juang masing2, appointment datang tak henti-henti. Pergi ke Sabak Bernam, closed twinset. Pergi ke Columbia Seremban, closed twinset. 







Bila niat kita betul, matlamat kita tetap, insyaAllah jalan akan terbentang luas. John memang betul2 bagi saya motivasi. Bukan saya aje sebenarnya. Nampaknya fighter yg lain mula nampak bersemangat sejak John 'masuk' dalam sistem. Beliau dah macam mentor dan saya mentol hehehe.

Appointment dan fitting tak berhenti sampai hampir hari2 saya balik lambat. Pergh... lasatlah. Surirumah dah transform kononnya. Handbag, kasut, semuanya saya lupakan seketika. Tak sempat pulak nak fikir. Dan sekarang masih lagi fight sampai ke hari terakhir sebab ada banyak lagi AEON application yang belum dapat kelulusan. Cari cari dan cari. Untung2 dapat cash sale atau credit card. Lulus immediately. Memang sangat2 buat saya berdebar. Dalam hati memang mintak cepat2 AEON tu lulus semuanya sebab saya nak menten RSM tapi kalau takdir berkata itu rezeki SV5 (bulan depan), saya terima. John selalu suruh saya positif dan serahkan pada kuasaNya. Takdir tak boleh lawan. Kita dah berusaha. Bukannya kita duduk goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit kan?

Dan untuk SB punye maintenance, setelah saya review beliau semalam, beliau dapat setkan satu appointment untuk  DX fitting pada hari Sabtu. Menurut beliau, untung2 cash sale lah. InsyaAllah sempat la saya submit nanti sebelum closing. Seperti yg saya tekankan, bila niat dan matlamat betul, jalan akan dipermudahkan. Bila nampak payah susah sangat nak convince orang, susah sangat nak close deal, jgn salahkan orang lain. Renunglah kembali ke dalam diri sendiri. Kita nak sesuatu jadi milik kita (yg sebenarnya semua benda dalam dunia ni milik Dia), adakah kita dah cukup lakukan seperti yg Dia minta kita lakukan untuk Nya?

Ambil wuduk dan solatlah.


Promosi Kurma Raya

$
0
0
Assalamualaikum...

Bulan Ramadhan bakal tiba. Sepasang kain pun tak dihantar lagi ke tailor. Beli berpasang-pasang kat Bandung. Bila belek2 nak potong sendiri, hati sakit yang amat sebab scallop hujung kain senget-senget, sesuailah dengan 'Bandung mari'.... Nampak grand tapi kualiti rendah. Kita dah biasa jahitkan baju perantin guna kain lace yang kualiti bagus (walau hanya beli kat Msia - malah Kamdar sekalipun), scallop hujung kain kemas je senang nak ukur dan potong. Untuk elak sakit hati lebih baik nanti saya sorong aje ke tailor. Bila dah siap berjahit takde siapa kot akan perasan kain mari dari mana :P.

Tapi entry kali ni bukan nak cerita pasal baju raya. Nanti cari aje la baju kat kedai. Macam tahun-tahun sebelum ni. Baju jahitan sendiri tahun lepas pun ada banyak lagi. Tak perlu glamourlah. Kita memang suka yang simple aje takde bling-bling.

Sempena bulan ramadhan yang bakal menjelang pada Julai 2013, Elken dah mula mempromosikan kurma yang menjadi hidangan wajib sunat semasa berbuka puasa. Takde kurma, tak terasa bulan puasa. Saya sangat cerewet beli kurma. Saya pernah terkena, beli kurma brand yg branded yang iklan dalam TV ada pompuan yg nampak mata je tu... ala kurma YT tu lah.... bila makan aje, kurma tu rasa benyek dan tak fresh. Kesudahannya, terbiar dalam peti ais (nak buang tak sanggup) dan akhirnya terpaksa buanglah jugak bila setahun tak berusik. Yg branded pun boleh gitu ek? Pastu saya biasa tengok kurma yang dijual kat pasaraya, terbiar terdedah atas tray besar, menanti untuk dipilih-pilih. Errrkk... mungkin proses pembungkusan brand lain pun akan melalui proses terdedah macam tu tapi yg pastinya saya tak nampak. Tapi kalau yg macam ni? Depan mata saya..... emmmm saya tak sanggup nak bawak balik kasi anak2 makan.

Oleh itu, jawapan untuk perasaan tak selesa dan ragu-ragu seperti kat atas insyaAllah dapat diatasi dengan adanya KURMA BRAND ELKEN. Jeng jeng jeng......




Apa kelebihan buah kurma Arab ELKEN?

1. Sedap

2. Dibungkus satu-satu (individually wrapped) bagi mengekalkan kesegaran

3. Bersih (kalau tak percaya nanti belek kurma tu sebelum masuk mulut. Yg putih2 tu takde. Licin je cantik bersih.

4. Cepat SOLD OUT. Oleh kerana kesedapan dan kesegaran buah kurma ni, buah kurma Arab Elken cepat sold out. Oleh itu kena la order cepat2 sebelum terlambat. 


Harga sekotak : RM18.00 (320g)

PROMOSI:



2 KOTAK : RM31.00 (jimat RM5)


4 KOTAK: RM60 (Jimat RM12)

whatsapp saya atau SMS cepat2 sebelum saya habis stok.

018-6676734 (LYA)


Terima Kasih

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam ialah hari stress. Pagi2 dah dapat berita yang menyumbang kepada tekanan jiwa. Sejak bersama biz Elken ni, saya dah beberapa kali kena bambu hanya kerana pihak AEON tak bersikap mesra alam dengan client saya. Bila permohonan mendapatkan kredit daripada AEON tak diluluskan pun, saya kena bambu. Tapi tak semua orang komplen tentang AEON. Ada jugak yang kata AEON cuma call tanya dua tiga soalan simple aje pastu dah. Ia bergantung kepada pegawai yang bertugas jugak. Ada yg mesra ada yang tidak. Tapi yang pasti, kita semua manusia, macam-macam emosi telah dihadiahkan kepada kita. Dan salah satu emosi yang melanda saya semalam ialah emosi kurang baik. Dan saya juga faham semua orang yg bambu saya juga dikawal oleh emosi tak berapa nak baik jugak. Jadi, saya terima dengan ikhlas hati.

OK la... nangis, nangis, nangis..... dalam kereta tengah drive pun nangis... sampai stockist tak sempat keluar dari kereta pun nangis dulu. Menangis ialah salah satu cara untuk menstabilkan dan menseimbangkan emosi dan suasana. Kalau saya tak nangis nanti saya jadi pemarah. Lebih baik nangis drp marah. Dengan mata bengkak dan hidung merah saya naik stockist, pastu ada la pulak sorg leader mintak nak bergambar dengan saya. Katanya nak 'pinjam kuasa'. Pastu saya diinterview sikit2 macam mana saya boleh jual DX banyak2 dalam sebulan. Haishhh baru naik RSM dah rasa mcm glamer ha ha nanti naik DCM ke CCM ke, saya tolak John ajelah ganti tempat saya. Sayakan pemalu :P. 

Sepanjang hari semalam saya memendam rasa je dan layan aje whatsapp yang masuk. Sempat jugak pergi bantu downline (cucu - downline AF, seorang saintis hokey..) kat Equine untuk 12 kotak El Marino dan Spirulina 1200 biji secara 0% Easy Payment Plan (EPP). Beliau ada masalah hormon tak seimbang, hormon lelaki lebih banyak daripada yg sepatutnya. Bila saya ceritakan tentang seorang doktor haiwan yg 'berubah bentuk' menjadi lebih feminin lepas minum LD Venus, terus dia setuju nak cuba. Beliau berkenan jugak nak pakai DX tapi saiz tak mengizinkan. Kena kasi slim sikit, insyaAllah boleh pakai DX pulak lepas ni.

Downline yg gembira. Dr Ain sangat happy sebab bukan hanya dapat close sale, tapi dapat bantu rakan yg ada masalah.
 

Bila balik rumah emosi masih kurang stabil. Agaknya saya tak jumpa bahu siapa nak dilentokkan kepala ni. John balik dah tengah malam. Dah lelap dah saya. Nak cerita apa pun xde mood nak cerita. Sebelum subuh seawal 5am dia bangun bersiap layan diri nak ride. Tensen wooo.... Ku iringi mu dengan air mata je la (tp dia bukan nampak pun airmata ni meleleh). Dan kes client nak batalkan AEON yg dah lulus tergantung begitu aje sedangkan bila dah lulus, adalah satu masalah untuk saya dan stockis sebab kena submit case yg mungkin boleh memburukkan reputasi pihak stockist. Kalau semasa AEON call client bgtau xmahu proceed, ia memang tak ada masalah. Tapi sebab dah lulus... kes menjadi sedikit rumit. Semoga Allah melancarkan urusan dengan memberi petunjuk. Amin.

Hari ni saya bukan sihat sangat pun. Mungkin tekanan perasaan menjadikan saya kurang bersemangat. Mula batuk-batuk dan sakit tekak. Pastu ada sikit rasa confuse tentang appointment yg diatur oleh downline2 saya. Ingatkan begitu plannya, sekali kena tukar begini pulak. Dalam keadaan tak stabil macam sekarang, memang saya tak dapat nak fikir secara bijak untuk mengatur schedule saya hari ni. Kalaulah John ada... dia boleh jadi otak saya. Tolong fikir dan aturkan. :'(

Dah panjang berjela menulis tapi tak sampai lagi ke bahagian yg menarik. So saya lompat ajelah kasi cepat habis entry ni.

Tengah2 confuse ni saya sempat jugak dapatkan satu appointment fitting DX untuk minggu depan. Client saya happy sebab ada peningkatan pada tahap kesihatan beliau setelah mengambil product Elken yg saya cadangkan. Kali ni beliau nak fitting DX pulak. Alhamdulillah saya dapat satu berita baik.

Kemudian stockist call saya kata ada AEON dah lulus lagi. Syukur... walaupun John tiada di sisi, Allah masih menemani saya. Memberi khabar gembira kepada saya. Dan yg paling best ialah ini...


rasanya baru je order kelmarin. 2 hari dah sampai.

sebab baju sistem Elken ialah merah, saya order la baju merah. Tapi jenuh nak potong benang2 yg terkeluar. Baju murah hehehhe. Tak boleh komplen banyak.

Yg ni paling best.... saya suka kasut :D

gojes kan? Buatan kemas je. Saya gamble je beli kasut online.





Ha ha... punya la busy nak beli kasut dengan baju pun tak sempat. Padahal asyik la ke KLCC tapi nak nyinggah kedai tak berkesempatan. Online la sekali sekala... tapi kena letak limit untuk online shopping ni. Takmo addicted mcm dulu. 

3 berita gembira hari ni.. harap2 ada lagi yg bakal tiba. AEON ada 3 lagi belum lulus. Risau pulak saya. Kalau hari ni xde berita, nampak gayanya kena bawa ke minggu depan iaitu SV5. Jerawat naik bertubi2. Emo la lagi nanti jerawat penuh satu muka. 

Oleh itu saya seharusnya berterima kasih kepada semua orang di sekeliling saya kerana telah memberi pengalaman hidup tak kira yg manis, pahit mahupun masam. Seperti kata John (John lagi), setiap masalah ada jalan keluar. Hadap ajelah. Nanti Allah kasi petunjuk.

Terima kasih.

 

DX Fitting dan Demo RO Di Sabak

$
0
0
Assalamualaikum.

Selasa lepas, saya dan John ke Sabak Bernam untuk 'servis' downline di sana. Sambil hantar twin set DX milik seorang guru di sana, kami telah minta downline war war kan kedatangan kami supaya dapat berusaha mengumpul seorang dua prospek baru untuk fitting DX. 

Kali pertama kami ke sana, sambutan kurang menggalakkan. Kali ke ke dua, alhamdulillah masih ada hasil. Tetapi kali ke 3 yang ni, saya happy dan senang hati dengan sambutan guru-guru yang sangat sporting untuk saya approach. Mengikut nasihat upline, kami tak boleh tamak2 nak fitting sampai ramai2 orang sebab step terakhir iaitu 'closing' adalah lebih penting, walau hanya 2 orang. Lain-lain, lepas closing baru boleh approach lain. Dan seorang dua cikgu dah bgtau saya, "Nanti datang lagi, saya pulak nak fitting" sebab masa tu dah masa nak balik rumah. Saya ok aje. Memang target tak besar sebab yang datang bawak sample bag hanya saya seorang. Lainlah kalau ada 2 atau 3 sample bag, boleh la nak fitting sampai 6 ke 7 orang sekali jalan.

Cikgu Amalina pun nampak happy. Sebab setelah 2 bulan berDX, beliau dah buktikan kepada kawan-kawan sekeliling yang beliau berjaya turunkan berat sebanyak 4kg, dengan bentuk badan lebih menarik. Tapi soru tak pernah miss pun, bedal aje macam biasa.


muka sembab tak cukup tidur
Dan saya sendiri sebenarnya selama ni dibohongi dengan cermin dalam rumah saya... mata saya selalu nampak peha saya ni besar. Tapi lantaklah, saya teruskan usaha mengalih lemak peha ke bahagian belakang setiap kali pakai long girdle. Dan teknik tersebut saya ajarkan semasa saya fitting cikgu2 kat Sabak. Waktu tengah demo tu, cikgu yg tengah fitting tegur peha saya yg kurus hehehehe... yg mana setiap kali saya keluar mall dan pandang cermin besar dalam toilet, memang peha saya nampak kurus, tak macam cermin dalam rumah. Hahaha dasar cermin rumah penipu. Mananya memang ternik mengalih lemak di bahagian peha itu menjadi. Best betul. Dulu puas eksesais nak kecilkan peha, mantapkan vont*t yg leper macam jantan, sekarang saya cuma perlu pakai DX aje. Tarik tarik tarik lemak, dan simpan di tempat yang betul. Sekarang nak dapatkan kaki panjang bukan lagi angan-angan hahah. Luarbiasa produk Elken!!!

Untuk pembukaan sv5 ni, memang sangat positif. Bukan cikgu Amalina saja, malah downline yg lain juga nampaknya dah mula kejar kejar kejar pada awal SV month. Tak macam SV4 sebelumnya, semuanya fight last minute. Pengalaman itu mengajar. Sebab itu pengurusan masa dan pemilihan prospek yg betul adalah sangat penting. Kita tak boleh main redah aje. Mesti buat sedikit homework, siapa yang akan kita fittingkan DX? Orang yang suka nak cantik, nak berubah, nak income. Dengan DX boleh cantik. Dengan CBP Plan boleh berubah dan dapat income tambahan.

Semasa kat bilik guru sekolah, John sempat tunjuk demo air kepada cikgu Amalina. Nak ajar dan tunjuk bagaimana nak memasuki pasaran air Elken. Water treatment Elken sangat bagus dan diperakui. Dengan filter yg bersaiz 0.0001mikron, ia dapat menapis bahan cemar seperti  virus, bakteria, ubat-ubatan dalam air, bukan setakat logam berat terlarut. Ia merupakan juga satu-satunya produk yang menerima anugerah Mohor Emas WQA di Asia yg juga hanya dianugerahkan kepada 4 syarikat dalam dunia. Salah satunya adalah ELKEN BIO PURE! 

John minta cikgu Amalina sediakan air paip dan air minuman dalam botol yg masih sealed. Kedua2 air dituang ke dalam 2 cawan berlainan dan cawan terakhir dituangkan dengan air RO Bio Pure dari mesin RO Elken rumah saya.

Ujian yg dibuat mendapat hasil yg menakjubkan:


sambil demo sambil cerita pasal 'air sakit'

hasil setelah ujian elektrolisis: dari kiri: Air botol P*rdan*, air paip dan air Elken
Yg mengerikan tu, air botol yg masih seal sebelum kami test, pun memberikan bacaan 6 ppm  kat TDS meter (alat penyukat pencemaran dalam air - sisa pepejal terlarut) sedangkan air paip hanya 5ppm (parts per million). Yang mana satu pilihan kalbu? 

Ada org akan kata, air RO tak ada mineral langsung. Ye. Memang betul. Mineral apa yg kita perlukan daripada air paip? Pentingkah mineral dalam air paip? Kenapa tidak dapatkan mineral daripada sumber lebih semulajadi iaitu makanan yg kita makan? Bukankah kita perlukan H2O sejati iaitu AIR tulen bagi menjada kesihatan dan buah pinggang kita?

Bila saya belek sumber air yg dibekalkan oleh pengilang air PERDAN* yg John test tu, katanya sumber air daripada bawah tanah. Maknanya daripada mata air. Bohonglah sebab saya pernah test air mata air yg orang gali dari dalam tanah (mereka gali depan saya), yg sememangnya kita ketahui sangat tinggi kandungan mineral yg baik untuk tubuh tetapi bacaan TDS meter ialah kosong. Ia bermakna, air mineral semulajadi mengandungi mineral tetapi bukan pepejal terlarut. Sama macam air ZAM ZAM yg sangat menakjubkan. Sangat tinggi mineral dan bersih. Yg kita dok fight kata air ELKEN takde mineral tu, puncanya ialah air paip. Kenapa nak banding dengan air mineral semulajadi? Kan berbeza tu? Kita cakap pasal penulenan air paip yg dibekalkan Syabas ke rumah kita. Dan... boleh tak uols fikir... ada ke tak satu mesin yg boleh mengasingkan mineral baik dan mineral tak baik secara bijak? Takde kan?

isi borang AEON


Oleh itu syabas dan tahniah cikgu Amalina. Usaha murni cikgu dengan izinNya akan membawa kejayaan. Dgn CBP plan, sesiapa pun boleh dapat income besar. Best.

Viewing all 514 articles
Browse latest View live




Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.