Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all 514 articles
Browse latest View live

Rela Jiwa Ku


Akujanji

0
0

Assalamualaikum.

Kami berjanji akan meneruskan kerjaya Elken sehingga tahap tertinggi iaitu jutawan MCCM dan akan mencapainya dalam masa kurang 2 tahun.

Sekian.

Manusia, Alam Dan Tuhan

0
0
Assalamualaikum.

Kebelakangan ni saya banyak belajar tentang banyak benda. Saya belajar membaca tingkah laku manusia. Saya belajar memahami masalah manusia dengan hidup mereka. Saya belajar secara langsung dan secara tak langsung tentang persekitaran saya. Hubung kait manusia, alam dan tuhan.

Mungkin topik kali ni agak menjurus kepada kerohanian. Tetapi pada saya, topik ini adalah pandangan secara peribadi tentang apa yg saya belajar dalam hidup saya sendiri.

Pernah tak kita terfikir bahawa setiap kesulitan dalam hidup bukan semata-mata dugaan atau ujian, tetapi adalah sumpahan? Mungkin tidak semua perkara buruk adalah sumpahan tetapi ada segelintir nikmat yang ditarik daripada kita adalah datang dari sikap buruk kita sendiri?

Pada waktu cuaca panas terik, peluh jantan betina semua keluar basahkan badan bermula dahi, leher, celah ketiak, celah peha semua habis basah dek peluh... adakah kita merungut kerana tak tahan panas atau bersyukur sebab masih ada peluh nak keluar dari badan menandakan badan kita sihat atau kita rilek aje takde perasaan apa2?




Bila waktu hujan turun, masih merungutkah kita sebab hujan membantutkan pergerakan kita dan menyebabkan jalan jem atau kita mengangkat tangan mengucapkan syukur dan memanjatkan doa kerana waktu hujan adalah antara waktu afdal untuk kita memohon sesuatu kepadaNya? Berapa kali kita angkat tangan berdoa waktu hujan? Kalau tak pernah buat, dah boleh start sekarang. Bukan hanya menyejukkan bumi, tapi doa insyaAllah boleh makbul dengan izinNya pada waktu hujan.



Panas dan hujan... adakah kita menerima kehadirannya dengan baik dan ikhlas?

Bagaimana dengan perkara lain dalam hidup? 

Adakah kita sentiasa melihat sesuatu secara positif atau lebih banyak negatif daripada positif? Adakah bibir kita sentiasa mengucap syukur atau merungut tak puas hati itu dan ini? Atau setidak-tidaknya kalau terasa susah sedikit, adakah kita hanya diam menerima setiap sesuatu dengan beristigfar dalam hati?

Renungkanlah..

Apabila kita sentiasa melihat sesuatu secara positif, atau pada erti kata lain, kita sering bersyukur... tidak mustahil sekiranya nikmat yang diberi bagi kepada kita walau sekecil zarah sekalipun, kita akan dapat merasakannya. Tetapi jika kita sentiasa negatif, merungutkan semua perkara, adalah tidak mustahil apabila nikmat sebesar alam sekalipun jika ia hadir kepada kita, kita tidak dapat merasakannya.

Dalam Al-Quran ada menyatakan setiap benda sekeliling kita akan menjadi saksi kepada setiap perbuatan kita di dunia. Itu bermakna setiap benda itu bagaikan ada nyawa yang dikurniakan oleh Allah. Tak kiralah handphone, kertas, air, tanah, kerusi atau meja. Pernahkah kita terfikir, apabila kita kerap merungut kepada air... air sejuk sangat pun salah, air terlebih panas pun salah, air jadi suam pun kita tak puas hati... adalah tidak mustahil apabila tiba satu ketika, air tidak mahu lagi memberi kebaikan dan manfaat kepada kita... tidak mahu lagi kita mendapatkan nikmat daripadanya. Itu mungkin sumpahan yang kita dapat daripada air... wallahualam. Hanya Allah yg tahu.

Kita biasa dengar cerita tentang manusia berdosa yang mati tidak diterima bumi. Itu apabila sudah mati. Bagaimana waktu kita hidup? Bagaimana kalau hidup kita sentiasa tidak diterima oleh benda-benda sekeliling kita? Pakai baju, baju koyak... pakai jam, jam mati, pakai seluar, seluar miang macam ada ulat bulu, dapat duit pun tak pernah cukup, pakai handphone pun asyik2 rosak tak semena-mena? Kenapa semua musibah itu berlaku? Adakah kerana tiada lagi makhluk Allah dalam dunia ni yang dah tak mahu geng dengan kita? Adakah kerana sikap kita kepada benda sekeliling kita (alam) tidak baik? Atau kerana kita sombong kepada Allah?

Sombong macam mana?

Saya pernah terbaca, bahawa orang yang tidak solat adalah orang yang sombong dengan Allah Taala. Allah bagi kehidupan, bagi nikmat, tetapi kita sengaja meninggalkan solat. Tiada usaha langsung. Kalau dengan Allah pun dah sombong, bagaimana alam ingin bersikap baik kepada kita? Fikirkanlah...

Pandanglah dunia secara positif. Berbuat baiklah kepada pokok, kerana setiap helaian daun itu berzikir kepada Allah. Itu baru cerita daun, benda lain juga turut sama berzikir.



Ubahlah cara anda melihat dunia... semoga akan sentiasa mendapatkan manfaat daripadanya...



p/s: Terima kasih kepada John kerana banyak mengubah cara saya melihat dunia. Maka dengan itulah, saya boleh menulis entry ini. Terima kasih juga untuk ilmu yang dikongsikan kepada saya, yang beliau bawa balik pada setiap malam Jumaat. Ternyata saya kini melihat setiap sesuatu dalam pandangan yang berbeza. 




Tidur Terganggu Lagi

0
0
Assalamualaikum.

Kelmarin dan semalam saya berada di JB. Sebenarnya John ada kerja kat sana dan saya bercadang nak ikut tetapi disebabkan tanggungjawab nak bantu downline kat Klang Valley, saya lepaskan hasrat saya tetapi nekad menyusul John ke JB 2 hari lepas John berlepas. Agaknya sengaja John kasi idea mcm tu supaya sebab nak tengok sebesar mana semangat saya:

1. Bantu downline
2. Menyusul John dgn drive sendiri jauh2 buat pertama kali

Banyak betul perubahan positive yg Elken dah bagi kepada saya. Saya memandu tanpa rasa gementar dari rumah ke depan hotel tanpa sesat sikit pun. Berhenti kat hentian rehat 2 kali, sekali utk minum kopi Elken White Coffee yg saya bawa dr rumah dan sekali lagi sebab anak2 nak ke toilet.




Di hotel saya tak duduk diam saja. Saya dpt bantu downline yg sama2 berada di JB utk latihan yg John kendalikan. Dapat closed 3 orang beli DX. Seronok betul jual DX. Dpt tengok pompuan jadi cantik. 2 hari kat JB memang tak sia2 walau tak ke mana.

Hari ke 3 kami ke Legoland pulak. Kali ni adalah kali ke 3 masuk LLM dengan pas tahunan. Dia punya cuaca memang yg paling panas sepanjang pengalaman saya. Rasa mcm nak balik sejurus lepas masuk LLM. Sempat la main 2 game aje pastu kitorg lengit dan keluar. Saya sempat lepak dalam toilet, tanggalkan tudung dan cardigan untuk rasa lebih nyaman. Toilet lagi nyaman hahaha. Harap2 lebih banyaklah pokok ditanam sekitar LLM untuk environment lebih segar. Sesekali angin bertiup mmg terasa best betul nikmat Allah kasi..












Keluar dari LLM, kami ke JPO. Hati berkobar konon nak la shopping sikit tapi pusing punya pusing, sama macam kali pertama ke JPO dulu, tak jumpa apa yg berkenan. Pelik bila tgk org shopping sakan kat JPO, sedangkan saya tak dapat satu barang pun. Bengang pun ada. Tetapi....

Dalam banyak2 barang ada 1 yg buat tak lena tidur. Tetapi harga dia adoiyai... Kurang sikit dari Balenciaga Giant 12. Kenapa outlet pun jual harga macam tu? Bukan ke outlet patutnya jual paling koman 30% lebih rendah? Salesgirl pun sombong. Layan customer nak taknak sambil kemas2 sambil bercakap. Hantu punye outlet. Bakar kang baru tau.

Akhirnya balik tanpa apa2 di tangan. John happy dapat macam2. Saya sedih muka frust. Dalam hati masih tension teringatkan barang yg saya minat. Dalam kesedihan kononnya tu, John sempat cakap, "Salesgirl tu tak layan u sebab u bawak beg Coach". Uih.... Sempat John perhati mata salesgirl tu pandang beg saya ye. Dia tak tau betapa ramai menanti nak beli beg saya kalau saya jual sebab design, material dan kaler yg outstanding cewah. Takpelah. Ikut hati nak beli je brg tu sebab Elken punye bonus dah boleh cover 2 bijik sebenarnya (dgn nada sombong aku berkata) tapi nanti kalau nak beli baik saya ke KLCC baru berbaloi. Buat apa beli kat outlet dengan salesgirl x respek orang mcm tu kan?

Jadi, saya peram dulu keinginan saya. Buat2 tak ingat je la. Nanti ada rezeki, saya upload la kat blog kalau saya dah beli. Setakat ni Elken belum belanja saya handbag baru lagi. Rasanya beg tu akan jadi beg pertama beli guna duit Elken hehehe. Tengah2 kedekut macam sekarang mmg tak boleh nak decide.

Eh sebelum anda menilai saya dan tulisan saya (termasuk gambar2 saya) secara negatif, saya nasihatkan anda cepat2 keluar dari blog saya, dan jgn datang lagi. Blog saya adalah blog sukahati khas utk diri saya sendiri dan pembaca2 yg positif saja. Kalau rasanya boleh membawa kesan tak best pada hati anda (rasa sakit hati, berdosa atau sebagainya), tempat anda bukan di sini. Tak perlu sindir2 walau dalam hati ok. Peace.






- Posted using BlogPress from my iPhone

Rasa Macam Nak Mamp

0
0
Assalamualaikum.

John pernah kata, saya ni perlu ditolak baru akan bergerak. 'Ditolak' maknanya ada desakan baru nak buat sesuatu. Ye ke? Entahlah. Apa yg saya tau, bulan2 pertama di Elken, takde siapa pun yang mendesak saya. Saya cuma set target dan capai. Saya happy buat orang jadi cantik, happy dapat duit bersama2 downline yang juga ada set target macam saya.

Bulan ke 3 di Elken saya naik jadi Ruby Manager. Dah rasa lega sebab saya dah layak dapatkan tiket pelancongan ke Korea. Saya cuma perlu maintain 2 manager di bawah saya selama 6 bulan untuk dapatkan 2 tiket (suami dan isteri) secara percuma. Dengan tenaga yang saya ada, dan aktiviti anak2 setiap hari, insyaAllah saya boleh maintain. 

Bila saya dah layak sebagai RM, John dapat tahu tentang pelancongan ke Spain tetapi mesti capai Crown Manager paling lambat pada bulan ni (SV5). Jadi, dia beriya nak capai CCM sebab kalau tengok pada pencapaian kami dan downline yg nak fight naik manager memang ada harapan. Jadi kami pun target untuk melonjak daripada Ruby terus ke Crown Manager (lompat Emerald dan Diamond). Awal2 perancangan memang ok. Lepas sorang, sorang kami dapat bantu untuk naik manager dan maintain point sebagai manager.

Masuk minggu ke 2 cabaran mula datang. Dalam grup saya hanya saya dan AF yg ada sample bag. Downline lain belum dapat lagi nak labur sample bag, jadi diorang hanya bergantung kepada saya dan upline saya Cath. Tapi masalahnya Cath juga dah ramai yg booking dia. Saya takde upline lain. Cuma Cath sorang. Saya tak boleh minta AF bantu saya kecuali dia bantu downline dia aje. Sideline tak boleh. Dah menyalahi sistem Elken. Oleh itu, apa yg saya buat, saya kerah tenaga saya tak kira masa, saya turutkan aje bila ada yg nak minta saya bantu fitting. Kadang2 saya tak sempat makanpun. Waktu saya patut berehat holiday pun saya kena panggil fitting orang, waktu orang santai2 hujung minggu pun saya keluar seret sample bag. Pendek kata, saya bagaikan takde cuti, saya cuma bekerja round the clock semata2 nak kejar CROWN MANAGER. 

Saya ikhlas bekerja tetapi sekali sekala saya harap sangat bila waktu saya nak luangkan masa dan spend untuk diri sendiri, saya harap ia akan berlaku dengan smooth. Tapi apabila tiba waktu, saya rasa saya tidak diendahkan. Keinginan saya tak dilayan. Saya ditolak ke tepi, saya bagai satu objek yang tak penting untuk dibelai mahupun dijaga. Saya cuma alat untuk kebahagiaan orang lain. Nak makan ikut tekak pun takde yang endah. Penat lelah saya seharian, bila balik saya akan makan nasi goreng masakan cikmed yang baru belajar masak tu. Sedangkan dalam grup Whatsapp kawan sekolah, hari2 diorang upload gambar makanan yg sedap2 mewah2 padahal masing2 bekerja ikut time tetap tak macam saya, kerja macam nak mamp. Ternyata mereka lebih mewah hidup daripada saya. Sempat bercuti ke pantai, ke sana sini waktu cuti sekolah tapi saya? Inilah yg saya kena buat setiap hari macam takde kesudahan.

Kadang2 terfikir apa yang saya kejar sedangkan saya sebenarnya dah lapang hidup semua benda cukup? Tapi sebagai housewife orang tak berapa nak hormat saya kerana saya tiada kerjaya. Semuanya anggap saya cuma menadah tangan meminta suami menyediakan semua. Saya nak lari daripada tanggapan itu. Saya nak dihormati. Saya nak merasa adanya achievement dalam hidup. Dan inilah harga yang perlu saya bayar. Walau berkali2 upline kata saya boleh capai CCM bulan ni, kadang2 saya rasa saya tak berdaya. Kalaulah John boleh bantu fitting orang, mmg dah lama saya suruh dia ganti2 tempat saya. Tapi kerja fitting hanya milik pompuan. Jadi John cuma perlu bagi arahan ajelah sebagai mandur. So far water filter RO tak pernah kami jual lagi. Kami hanya concerntrate kat DX. Kalaulah John ambil peluang jual RO agaknya terbahagi sikit kerja saya, tak perlu kejarkan fitting aje hari2.

Saya boleh bgtau upline saya nak berhenti berehat. Takde yang akan terjejas pun. Tapi downline saya akan terjejas. Jadi saya akan terus bantu selagi terdaya. Cuma saya sangat berharap downline saya faham yang upline hanya bagi guidance. Downline mesti sediakan alat bantuan, AEON forms, member forms, dan belajar cara fitting, filing dan closing. Dan tidak berharap upline akan selalu drive bawak kereta, jemput dan hantar. Ini adalah usaha bersama. Kalau kita bahagi2 tugas pasti lebih smooth. Ingat - Elken adalah bisnes MLM yang adil. Bukan sistem pyramid yang bagi lebih duit kepada orang yang di atas. Oleh itu downline kena cepat2 berdikari, dapatkan alat bantuan secepat mungkin. Lambat berdikari, lambatlah berjaya.

Sekian, doakan saya lebih bertenaga bagai Superman. InsyaAllah selagi ada daya dan upaya saya akan kejar mana yang boleh.



Percutian Singkat

0
0
Assalamualaikum.

Cuti sekolah tapi kami bizi. Cuti 2 minggu tapi kejar sana kejar sini, bantu downline fitting, fitting, fitting... anak2 punya waktu cuti hsmpir dilupakan. Last week ke JB tak dapat nak layan anak2 mandi swimming pool atau apapun. Betul2 ke sana untuk fitting orang dan John pulak memang ada program. Kasihan anak-anak... mami dan abah sibuk kerja. Terasa bersalah pulak.

Nak atau tak, minggu ke 2 cuti sekolah, kami dah tetapkan sama ada hari Rabu atau Khamis kami mesti bawa anak-anak bercuti dan layan diorang sepuas-puasnya. Destinasi kali ini ialah Penang. Lama tak ke Penang tapi atas rekomendasi seorang kawan, Parkroyal Penang menjadi pilihan kali ini. Kami bertolak lambat sebab sebab bertolak saya diminta downline untuk fitting 3 orang lagi di Putrajaya. Petang 5pm baru selesai. Lps 5pm jugak baru saya sempat lunch. Dan kami tiba di Parkroyal pada jam 2 pagi.

Ini kali pertama kami menginap kat hotel tu. First impression memang sangat positif. Masuk bilik hotel, lagi la rasa best. Ini antara hotel terbaik untuk kami. Keesokan harinya lagi best. Pemandangan dari dalam bilik melihat ke luar pun sangat best. Walau di tingkat 2, kami bagai ada taman sendiri. Boleh lepak2 minum kopi sambil rasa angin laut bertiup.


luar bilik

Memang sepanjang short trip ni, kitorang tak ke mana-mana kecuali menikmati semua yang disediakan kat hotel. Memang berbaloi. Ada pantai, ada swimming pool, ada slide mcm waterpark tu, ada buffet dinner dengan pemandangan matahari tenggelam, ada staff hotel yang ramah dan sangat membantu. Pendek kata semuanya bestlah. 










Sebenarnya masa ke sini, hampir semua anak saya demam kemungkinan panas melampau beberapa hari ni. Tapi sebab dah janji, kami teruskan percutian. Saya bekalkan supplement Elken seperti spirulina dan Kington termasuk ubat dari klinik. Satu hari saya sumbat 6 ampule Kington sampai habislah satu kotak Kington yang saya bawa. Alhamdulillah walau demam on off, masa berendam kat pool semuanya sihat walafiat. Dalam masa 2 hari semuanya nampak sihat takde melarat pun. Memang sejak saya sumbat Kington kalau anak-anak demam, saya takde masalah macam dulu, demam berpanjangan sampai seminggu sampai terpaksa habis beratus-ratus sebab kena pergi specialist dek kerana ubat klinik biasa tak lut. Sebenarnya amalan pengambilan supplement lebih menjimatkan berbanding nak keluar belanja beratus-ratus kadangkala beribu2 bila sakit. Cuma kesedaran ini tak semua orang ada. Dan insuran yang kita bayar setiap bulan tu sebenarnya dah boleh jadi savings atau investment bila kita tua, tak perlulah dijadikan persediaan kalau kita sakit. Rugi bayar berpuluh2 ribu kat hospital, lebih baik guna duit utk pencen haha. 

Berbalik kepada percutian pendek kami, Jumaat malam saya dan John sempat jalan2 kat night market luar hotel dan ber-reflexology selama sejam. Ini pengalaman kali pertama untuk saya tapi berkali2 untuk John. Maklumlah saya ni baru nak melihat indahnya dunia. Hihihi. Reflexologypun tak pernah buat. Best jugak. Balik ke hotel dapatlah belikan ole2 buat semua anak2 saya dan cikmed sekali. Tepat 12pm Sabtu kami check out. Percutian pendek tapi sangat bermakna dan berbaloi. Ikut hati memanglah nak cuti lama2 tapi apakan daya.... tapi sebelum balik, kami pergi shopping kasut raya untuk anak2 kat Gurney Plaza. Saya dan John sama-sama berkongsi belanja kasut anak. Besar hati John, besar hati anak jugak. Tak sanggup hampakan permintaan Cik Rai bila dia mintak kasut baru. Sorang dapat, semua mesti mendapat jugak. Bukan ke belanja anak-anak merupakan satu sedekah? Dan bukankah sedekah merupakan sesuatu yang mulia, dan insyaAllah boleh melipatgandakan rezeki? Saya boleh berangan-angan nak beli beg baru ***** sebelum raya, setakat kasut anak-anak apa la sangat. Ingat ye... jgn ketepikan hajat anak terutamanya waktu kita mampu. Kalau tak mampu, biarlah kita lakukan mengikut kemampuan saja. Semua ni saya belajar drp John jugak. Sebab tu la rezeki kita ni kita tak boleh nak bolot sorang2. Dalam 100% rezeki yg kita dapat, ada juga bahagian milik orang lain. Kalau bukan secara sukarela, ia mungkin ditarik secara paksa. Pilih mana satu nak. Paksa atau sukarela?

Harap-harap satu hari nanti kami ada peluang untuk bercuti lagi ke Parkroyal Penang lama-lama. Masih terkenang-kenang ni hehehhehe...


Sawang

0
0
Assalamualaikum.

Blog saya dah bersawang....

Nanti la ye, ada time saya update.

Sedang mengejar mahkota Elken.

Nak intai2 blog pun tak sempat.

Bulan lepas saya dah berjaya naik Emerald System Member. Dah layak terima Bonus Hujung Tahun.

Cuma 2 bulan je jadik Ruby System Member. Dan bulan ni alhamdulillah dah qualify 1 pakej pelancongan ke Korea pada January akan datang. Lagi 2 bulan fight maintain RSM sekurang2nya, saya akan layak 2 pakej (untuk John sekali). 

Tapi dalam tangan insyaAllah Diamond System Member bulan ni....

tapi John kata mesti nak Crown hihihihi.... sebab nak pergi Spain percuma. Semoga kami berjaya.

Kebelakangan ni fitting tak habis2. 

Uols bila nak fitting? 

Bukan nak mengata tapi cuma nak share.

Saya dah jumpa ramai wanita muda dan tua yang saya fitting yang bentuk badan dah 'lari' sebab silap memilih baju dalam. Ada yg berbonjol2 di bahagian belakang dan depan mengikut bentuk bra yg selama ni dipakai. Dan bonjolan itu kekal walaupun dah bukak bra. Jadi saya terfikir bahawa kajian yg dibuat terhadap bentuk tubuh wanita tentang lemak2 yg diacuankan oleh baju dalam adalah benar. Sebab tu kita perlukan baju dalam yang betul2 memberi support yang betul dan acuan yang tepat untuk bentuk badan sempurna wanita.

Oleh itu, kalau masih berkira-kira nak beli DX yang sangat selesa, mudah pakai dan bukak dan berkesan ni, tunggulah sehingga bentuk badan dah mula berbenjol benjol nanti, bila nak diacuankan guna DX pasti ambil masa yang agak lama. Mulakan dari sekarang, terutamanya nanti hari raya boleh rekemen kawan sekali :)






CROWWWNNNNN

0
0
Assalamualaikum.

Fuhhh.....

Peluh dahi......

Bukan senang nak jadi senang. Perlu usaha yang berterusan. Tapi kalau usaha tak kena gaya, silap haribulan usaha jadi sia-sia. Yang penting, peluang yang betul..

Baru je lepas ternampak ada kekurangan kat satu kaki manager baru saya. Apa lagi??? Kasi betul cepat2 sebelum masuk 20hb. Selagi belum 20hb, SV6 punya sale masih boleh masuk. Agaknya semalam masa submit sale saya terlepaskan sale yg itu. Patutlah point tak masuk. Dan sudah semestinya selagi saya tak confirmkan betul2, selagi itu saya kena mengadap EOL dan cek setiap kaki yang saya ada. 


dengan jutawan MCCM Catherine yg banyak membantu waktu closing

Alhamdulillah saya nampak peluang yang sangat baik dengan Elken. 9 tahun jadi pengguna setia produk, sepanjang masa saya katakan saya tak boleh jalan dengan MLM walaupun tahu Elken memang boleh buat orang jadi kaya, namun sekiranya saya terus katakan TAK BOLEH, sampai bila2 pun takkan boleh.  Terima kasih kepada DX lingerie yang membuka jalan kepada saya mencuba perniagaan ini. Kalau bukan kerana keselesaan dan kemujaraban DX, tak mungkin saya nak cuba2 buat biz Elken ni. 

2 bulan aktif dengan biz Elken saya naik Ruby Manager. Selepas 2 bulan saya naik Emerald Manager dan selepas 1 bulan sebagai Emerald, saya lompat terus ke Crown Manager. Tak sempat merasa naik Diamond Manager pun. Bermakna dalam masa 6 bulan aktif, saya berjaya menyandang gelaran Crown Council Member iaitu CCM!

Macam tak percaya aje.... 

Dan macam tak percaya yang network saya semakin berkembang ke lebih 100 orang dalam masa 6 bulan saja. Terima kasih kepada John kerana push saya untuk naik CCM. Kalau bukan kerana beliau saya mungkin selesa kat ESM saja atau terer2 pun saya naik la DCM. Itulah bezanya bila suami dan isteri bergabung. Memang 200%!


 

Kini saya dan John bergelar Crown. Letih jugak push downline untuk tingkatkan usaha. Kita push bukan sebab kita nak naik pangkat semata tetapi kita push supaya masing2 dapat duit raya extra cukup bulan ni. Apa yg penting, kami tak duduk goyang kaki dan mengarah2 sebaliknya kami turun padang, bantu downline, dan cek setiap progress downline. Itu yg tak lena tidur tiap-tiap malam.  Badan susut 5kg, baju dah nampak macam baju pinjam. 

Mungkin ada yang menyangka perjalanan kami nampak mudah.. yg kami upload cumalah yang manis-manis. Yang pahit2 kami simpan diam-diam. Bukan senang nak mencapai CCM. Macam-macam dugaan yang kami kena lalui. Sehari sebelum closing macam-macam hal yang datang. Yang nak cancel sale, yang dah lulus Aeon dan nak sumbit sale tetiba nama si polan dah didaftarkan oleh group lain 2 hari sebelum kami masukkan point... alasannya dia sangka yang satu member form untuk satu barang. Dia pun isi je la form utk kali ke dua. Dan silapnya kami, setiap permohonan Aeon kami tunggu lulus baru daftarkan membership form tu. Dahhhhh nak kena panjat customer service dan sale tersebut terpaksa pending sampai siasatan dijalankan. Semuanya berlaku sehari sebelum closing iaitu semalam!!!! Saya redha ajelah. Itu semua Dia yg atur. Namun jalan penyelesaian pasti ada. Kena cari ajelah. Salah satu cara ialah berbincang dengan upline. Jgn buat keputusan sendiri2. Dan memang betul, waktu kami buntu, kami cari MCCM Cath dan memang kami jumpa jalan penyelesaian. Majik sungguh. Syukur.

Kini tugas kami ialah jaga downline baik2 sebagaimana MCCM Cath jaga kami. Semoga perjalanan ini akan terus maju dan maju...

Perjumpaan

0
0
Assalamualaikum.

Macam biasalah ada mastering class setiap Sabtu. Hari ni yg hadir semata2 downline daripada grup saya. Tiada sidelines yg hadir. Mungkin sibuk jaga line pastikan semua point masuk sistem lepas closing semalam.

Hari ni kami ditabal (haha tabal) sebagai CCM dan menjadi contoh atau sample terbaik mengikut Crown Business Plan.

SV1 Manager RM4k
SV2 Manager RM12K
SV3 RSM RM16K
SV4 RSM RM10k dan lahirkan RSM baru
SV5 ESM
SV6 CCM

Nampak cantik aje jalannya tapi sebenarnya ada kisah disebaliknya.

SV1 income sikit sebab harapkan sample bag upline

SV2 income naik 3 kali ganda lepas labur sample bag

SV3 lahirkan 2 manager baru dan masih cari sales dengan pgs18k.

SV4 lahirkan seorang RSM iaitu mempunyai 2 cucu manager dan income masih 5 angka.

SV5 saya jatuh sakit. 3 minggu xbekerja tapi masih lahir 1 lagi manager baru menjadikan ESM dan income masih ada RM3k +++

SV6 network dah cecah 100 orang downline lalu saya labur 1 lagi sample bag dan berjaya naik CCM!

Bukan buta2 je boleh berjaya. Mesti ada kemahuan dan perancangan.









Dan walaupun SV6 baru close semalam, seorang fighter saya yg baru naik manager semalam dah keluar sharing dan close 1 twinset Dx secara Cash. Luarbiasa betul.





Hanya orang rajin je boleh berjaya. Yakin dengan kemampuan diri sendiri. Kita semua sama aje.


- Posted using BlogPress from my iPhone

New Product Launching - Crystal Angels

0
0
Assalamualaikum.

Selesai SV6 pada 19 Julai yang lalu, 24hb kami dijemput ke product launching Elken yang baru yang hanya dihadiri oleh DCM dan CCM sahaja. Agak excited jugak sebab ini kali pertama nak hadir perjumpaan seumpanya. Sebelum ni cuma hadir meeting mingguan yang waktu malam aje yg terbuka kepada semua ahli dan orang luar.

Dan product baru yang dilancarkan ialah product kebanggan wanita iaitu DX terbaru.. 

Crystal Angels with Swarovski Elements. Original Swarovski Elements okayyyyy..... bukan setakat batu ala swarovski tuh. Bertatah permata swarovski di tali bra dan tengah2 antara 2 cups. Perghhh.... jgn pakai bra di luar baju sudahlah ye. Buat menambat hati suami ok aje.




Bukan setakat tengok gambar.. kami dapat tengok model-model catwalk dengan Crystal Angels dalam pelbagai gaya aduhaiiii...... *habis pahala puasa*.




Memang cantik gila C.A ni. Sama cantik dengan Charms®.

Untuk product baru ni, hanya ada pre-order saja. Order, bayar habis dan lepas 3 bulan baru dapat. Tapi untuk C.A yang menawan ni saya rasa berbaloi menanti. Harga? Yg disertakan hanyalah harga twinset. Beli 1 set C.A dan 1 set Charms... tapi kalau dah beli twinset ni, alang2 tu kan, rekemen kawan 3 orang. Dah dapat bonus serta insentif yg byk. Elken ni sangat pemurah.



Sedangkan DX kaler brown tu dah buat saya tolak tepi baju dalam dan seluar dalam brand lain, inikan pulak Charms dan Crystal Angels, pastinya nak bukak pun tak mau. Hehehhehehe. Setakat ini saya dah kumpul 5 helai DX bra, 5 helai DX girdle, 2 DX waist nipper, 2 DX body shaper dan 4 helai DX panties yg sangat lembut dan selesa tu. Mana nak cukup kalau ada setakat 2 pasang ye tak? Semuanya pun beli pakai duit Elken. Berbaloi-baloi.....

Dan ada satu lagi berita yang best ialah...

DX Charms dah boleh dibeli ready stock di stockist dan hq bermula 1 Ogos 2013!!!. Tak perlu pre-order lagi! Ini yg saya nanti-nantikan. Memang dah lama idamkan DX Charms ni. 

Harga untuk 1 set Waist Nipper (1 bra, 1 girdle, 1 waist nipper, dan 1 panty) ialah RM2855. Boleh bayar cash, kad kredit, ezipay up to 24 months atau Aeon Credit dengan interest serendah RM125 sebulan. 

Kalau body shaper set pulak RM3090, Aeon Credit serendah RM119 sebulan. Lebih rendah sebab interest lebih rendah (atas RM3000 dapat 1% saja, kurang 3000 dapat 1.5%). Kalau nak rasa semua barang, ada 1 bra, 1 girdle, 1 waist nipper, 1 body shaper, 2 panties, iaitu fullset, harga RM4190, Aeon RM161 sebulan. Seperti yg saya kata, rekemen kawan, dapat bonus dan dapat cepat2 setel Aeon tak perlu lama2.  Saya memang sangat menggalakkan kawan2 semua cepat2 setel Aeon ni sambil2 buat income tambahan. Setakat ni saya seronok dan bersyukur tengok downline saya bawa pulang bonus 4 angka setiap bulan hanya dengan rekemen DX pada kawan.




Oleh itu kalau ada yg berminat nak pakai Charms hari raya nanti, boleh cepat2 fitting dengan saya. Percaya kepada saya, kami memang service downline sebaik mungkin. 

Call atau sms atau Whatsapp..

018-667 6734 (Lya)

Jgn lama-lama nanti menyesal :)))

Raya datang lagi 2013, Bazaar, Zalora dan Lain2

0
0
Assalamualaikum.

Memang bersawang-sawang blog saya ni. Sayang sekali tiap-tiap bulan bayar kat Google untuk extra space untuk gambar tapi blog tapi tak berapa nak aktif. Banyak benda nak saya ceritakan kat blog, contohnya tentang bazaar Ramadhan di Putrajaya yang sangat menarik dan buat hati tertarik, ..

sedap gila kambing madu ni

memang banyak sangat gerai dan banyak gila menu pelbagai

tiada yg lebih menarik dari bazaar putrajaya ni. Tahun depan mesti datang melawat

karipap ni pun orang berbaris panjang

Tentang DX Charms yang kini menjadi milik saya....


1 Ogos dah berada di pasaran tetap Elken

bukan cantik je tapi selesa gila, lebih baik dr DX brown

Tentang pencapaian downline saya yang berjaya dengan biz Elken...


Dr Ain dan suami

hampir menyamai gaji pemegang PHD yg beliau miliki

rakaman ini boleh ditonton di Youtube

lebih banyak dari gaji sendiri sebagai guru

terlalu banyak MLM yg mengecewakan beliau tetapi tidak di Elken

pegawai kerajaan

juga pegawai kerajaan tapi dah hampir nak pencen. Harap nak pencen awal kalau Elken meletup!

Tentang saya sendiri yang kekal 5 figure (jumlahnya biar saya rahsiakan kikikiki) walaupun sekarang dah lebih kepada membantu downline, bukan cari sale sendiri... *bantu orang dapat duit untuk sendiri dapat duit juga*

Dan juga cerita persiapan raya yang tak berapa nak siap. Saya kurang waktu terluang untuk shopping, jadi saya hanya shopping baju2 di Zalora. Rasanya 3 pasang baju moden daripada Vercato.

 


Pastu saya beli 2 jubah kat Plaza KM di Seremban, 1 baju kurung di kedai baju dan tudung kat luar Aeon Big kat rumah saya ni. Last minute punye nafsu, 6 pasang baju saya rembat. Berminat jugak nak beli koleksi Hatta Dolmat tapi bila tengok size, macam kena beli size XS dan ia macam terlalu ikut badan takde ruang nak bernafas. Kalau beli S macam oversize.

Dan saya juga sebenarnya dah order satu peplum dari Zalora. Saya biasa beli baju size M, jadi saya order size M. Bila sampai ia terlalu besar. Takde rupa baju dah bila masuk ke badan. Jadi saya return balik baju tu. Caranya:

1. Saya masukkan balik dalam kotak Zalora dalam keadaan asal, tag tak tanggal, dan masih dalam plastik.

2. Isi borang Return Slip

3. Pergi Poslaju dan pos ke alamat yang diberi (guna Form Poslaju yg disertakan)

4. Dalam masa 24 jam selepas mereka terima barang tu, saya terima Store Credit senilai harga baju dan saya boleh beli baju lain guna Store Credit. Mudah je.

Pendek kata, urusan dengan Zalora memang sangat mudah. Saya pernah guna COD service, tapi biasanya bayar dulu guna kad. Antara 1 ke 2 hari akan sampai. Dan kini saya ditawarkan butler service di mana saya boleh pilih sehingga 10 pasang baju untuk saya cuba sendiri di rumah. Kalau suka saya terus bayar pada wakil yg datang hantar baju, kalau tak suka boleh pulangkan. Masalahnya tarikh yg ditawarkan tu saya dah balik kampung. Tak dapat la nak terai menerai baju...

Besok dah last day of puasa. Lusa raya. Tahun ni memang rasa cepatnya masa berlalu. Sebabnya aktiviti penuh sepanjang hari sepanjang bulan. Semoga umur masih panjang untuk bertemu Ramadhan akan datang.

Dan pada kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin jika saya ada terkasar bahasa dalam penulisan.

Hari raya nanti jangan berlebih makan. Kalau nak kontrol nafsu makan, sarungkan DX setiap kali pergi beraya. Yg lelaki pun pakai waist nipper bagi mengelak boroi hihihi...


Ku Cari Mineral

0
0
Assalamualaikum..

Siapa yg cari mineral?

Kenapa nak cari mineral?

OK meh saya cerita sikit pengalaman saya akhir-akhir ni tentang pengetahuan orang kita tentang mineral, terutamanya mineral yang dalam air.

Dari mana datangnya sumber air yang kita dapat setiap hari? Hujan? Laut? Sungai? Tasik? Perigi? Mat Tahir eh mata air atau PAIP?

Sila jawab.... sila jawab...

atau adakah kita sangat bertuah dapat guna AIR ZAM ZAM setiap hari sebagai sumber air minuman setiap hari????? 

OK saya ni bukan nak promote water filter (tapi kalau nak beli boleh la call) tapi sebenarnya bagi memberi kesedaran tentang air yang kita guna setiap hari, yang dibekalkan oleh mereka kepada kita iaitu air paip. 

Jom tengok gambar..


proses penjernihan air. Masukkan bahan kimia berlabel tengkorak

Dan mineral apakah yang kita cari daripada air yang dikitar semula ini?

Dalam proses sharing saya dan John tentang rawatan air RO kepada kawan dan kenalan, ada pelbagai pendapat dan penerimaan yang kami jumpa. Ada yang terkejut dengan 'hasil' yang kita jumpa dalam air paip dan air tapis, ada yang belum apa-apa dah angkat tangan dan berkata, "Air Elken saya tak mahu sebab dia kosong takde mineral" dan berbangga dengan air HaiHai yang ber'Aura' yang dikatakan ada mineral yang bagus untuk kesihatan. Selalunya kami takdelah nak berdebat mempertahankan Bio Pure Elken tapi kami biarkan saja mereka dengan air 'mineral' mereka. Kamikan tak suka memaksa, kami cuma share je. Sebabnya, cakaplah apa saja, tunjuklah gambar apa pun, demo apa pun, bila mereka awal2 dah diserapkan dengan pengetahuan bahawa air mineral (dari mesin dia) bagus dan air RO tu paling tak bagus, memang agak susah nak kasi tukar.... (walaupun boleh tukar tapi kami malas nak kasi tukar).

Tidak dinafikan air zam zam memang sangat tinggi kandungan mineral. Sangat bagus, sangat terpuji dan telah dikaji oleh pakar. Tetapi kalau sampai nak membandingkan air yg ditapis dari air paip yg telah dikitar semula dengan air zam zam, memang agak keterluan la kawan....

Air zam zam kan air yang diberkati, mana boleh dibandingkan dengan air lain dalam dunia ni apa lagi air paip yang ditapis. Apabila dikaji, telaga air zam zam tak ada sedikit lumut pun yang tumbuh, memang terbukti bersih sangat dan mengandungi anti kuman semulajadi. Tapi cuba check kita punya filter, selepas sebulan apa rupa dia....



Jom cerita lagi pasal air paip..

Apa sebenarnya yang terkandung dalam air paip?

Memang pasti akan ada mineral yang baik untuk tubuh dan tak dinafikan sangat banyak juga mineral yang tak baik untuk badan kita. Mineral tak organik ialah logam berat yg terlarut dalam air seperti kromium, arsenik, tembaga, dan lain-lain. Mineral yang kita perlukan adalah mineral organik yang boleh diserap oleh tubuh yg terdapat dalam sayur dan buah seperti juga yang terdapat dalam air zam zam, manakala mineral yang tak organik hanya akan ditapis oleh buah pinggang dan 'hasil tapisan' akan berkumpul dalam buah pinggang... ada mineral2 tersebut yang boleh keluar semula melalui proses perkumuhan (kencing) tetapi ada banyak jugak yang terkumpul meninggalkan batu karang. Bila buah pinggang rosak, kena keluar belanja puluh2 ribu la jawabnya utk rawatan. Rawat, rawat jugak.... tapi tahap kesihatan dah menurun, badan sakit2, silap2 kena ganti buah pinggang baru.

Bagaimana sebuah mesin penapis air boleh mengasingkan mineral baik dengan mineral tak baik? Adakah satu teknologi yang boleh mengasingkan 2 mineral ni? Sedangkan virus, bakteria, parasit, racun rumpai, pharmaceutical drugs berukuran sangat halus sehingga ada yg bersaiz 0.001 micron DAN sistem rawatan air dalam pasaran seperti brand ****** berpenapis dengan size hanya 0.2 micron saja? Dan ada juga sistem rawatan air RO dalam pasaran yang hanya berfilter saiz 0.001. 

Jadi, untuk mendapatkan air bermineral baik, adakah kita harus membenarkan juga mineral berbahaya ni masuk dalam sistem tubuh kita? Adilkah kita kepada tubuh badan kita hanya kerana kita selfish nakkan mineral daripada air sedangkan mineral sebenarnya boleh didapati daripada sumber yang lebih mudah dan selamat iaitu makanan (dan supplements).

Sebab itulah rumah saya ada 2 mesin rawatan air Bio Pure. Berpenapis 0.0001 mikron, seperti sehelai rambut dibelah 50,000 kali. Sangat halus sehinggakan terpaksa menggunakan water pump untuk memaksa air melalui penapis tersebut.

Yang ada air bersuhu bilik saya letak kat bilik, bangun pagi terus tekan je pastu keluarlah air minum yang bersih dan nyaman kat tekak...




Pastu satu lagi saya pasang kat dapur. Ada suam dan panas. Tak perlu masak air, tak perlu kettle tambahan. Tekan je air pun keluar.



Servis? Seluruh Malaysia ada, tak payah risau2. Yang bagusnya Bio Pure ni, ada sistem auto back wash. Setiap jam dia akan bersihkan sendiri filter dalam mesin tu (backwash) dan filter akan kekal bersih dan tahan lama. Cukup masa, pihak Elken Service akan call kita untuk peringatan supaya mengganti filter dalam mesin iaitu setahun dan setahun setengah (ikut filter). Caj servis cuma RM60 sekali datang tapi filter kena beli la. Ada orang kata mahal servisnya tapi sebenarnya setiap kali technician datang, mereka akan offer yg promotion terkini iaitu beli 2-3 filter dapat percuma itu ini. Memang la kalau beli banyak2 kena bayar mahal tapi kalau tolak promo dan beli apa yg kita perlu saja, ia jadi la tak mahal. 

Mula2 saya beli mesin Bio Pure ni dulu sebab saya dan 4 anak saya sakit akibat keracunan air. Kos berubat adoiyai punyala mahal. Bayangkan kalau sakit yg lebih kronik mcm mana nak tanggung? Kan adalah lebih baik belanja extra sikit untuk long term yang lebih baik? Bab kesihatan, kami memang sangat peka. 

Dan Bio Pure sangat diakui sebab mendapat pensijilan dan award yg terbaik. Plastik yg digunakan sebagai tangki penyimpanan air adalah ABS food grade quality yg mematuhi FDA. Tak perlu risau kalau air panas yang melalui saluran tu akan bertindakbalas dengan plastik dan menghasilkan bahan lain (larutan resap plastik/bahan kimia)... ia dijamin selamat. Ada segala ISO dan anugerah Mohor Emas S300 WQA (satu-satunya di Asia, dalam dunia cuma 4 syarikat je yg dpt sijil ni). 

Juga mendapat pengesahan daripada pakar air yg bertauliah termasuk pakar air bertauliah VI (pangkat tertinggi) iaitu Michael R Long - CWS VI. 

Apa lagi yang kita cari daripada Bio Pure? Kita cuma perlu komit dan beli... installment baru seratus lebih je sebulan. Dapat memberikan air berkualiti yg bersih untuk seluruh keluarga kita.

CALL/WHATSAPP : 0186676734 untuk demo air percuma di kediaman anda.

Networking

0
0
Assalamualaikum.

Entry saya berlabel "Entry Sengal" sebab saya type dalam keadaan jiwa sengal. 

Tajuk kali ni memang bunyinya tak best. Tak memberangsangkan langsung. Tapi saya sebenarnya nak educate sikit para MLMers sama ada yg betul2 serious nak buat duit atau saja cuba2 tentang apa sebenarnya MLM atau networking business.

Kalau dalam biz Elken, kami galakkan para CBP fighter untuk fight buat income besar RM10k pada bulan pertama. Mula-mula beli twinset untuk diri sendiri lepas tu kenalkan kawan 7 orang yg beli twinset DX jugak. Dengan RM190 installment sebulan, memang senang aje buat biz ni. Memang tak semua orang akan achieve target RM10k tapi walau tak dpt kenalkan kepada 7 kawan, kalau sempat kenalkan kepada 3 kawan je pun, dah dapat RM4k.

Maknanya, walau buat sambil-sambil pun masih ada income yang lumayan.


banker, Ajie. Manager saya yang pertama


Dr Ain dan suaminya Sableh

Yg aktif ialah suami, tapi kerana sayang isteri, cek atas nama isteri.

sebahagian drp mock cheque milik saya dan downline


Guru, Cikgu Amalina. Walau terpaksa bawak 2 anak ke mana2, ia tidak menjadi penghalang untuk berjaya


Puan Alena yg buat sambil2 pun dah dapat cek untuk kali ke 3
Yg kat atas ni semua downline saya. Kami sama2 berusaha untuk memajukan diri kami. Apa yg penting, kami sama2 mahu. Mahu berubah, mahu berjaya, mahu berusaha. Insyaallah akan ada hasilnya.

Dan selain drp mock cheque di atas ini, ada ramai lagi yang terima cek RM500 - RM1000 yang sebenarnya tak sangka boleh terima bonus sebanyak itu. Bayangkanlah... kalau cek RM500 boleh buat downline saya bersorak, apa lagi yang terima cek RM5000 - RM10,000 tu? Dan bayangkan perasaan saya sendiri bila setiap bulan saya menten dengan income 5 angka. Sangat banyak buat seorang surirumah yg tak ramai kawan macam saya. Apa rahsianya? Saya cuma IKUT CAKAP UPLINE. Apa dia suruh buat, saya akur dan ikut saja. Sistem pendidikan ELKEN memang sangat luarbiasa. Ikut saja sistem, insyaallah akan berjaya.

Lepas dah berjaya dapat income besar, barulah kita mula kembangkan rangkaian. Kita lahirkan manager dalam rangkaian kita. Dengan income besar yg kita dah dapat pada bulan2 terawal,  memang akan jadi mudah nak ajak kawan-kawan kita supaya join aktif dalam bisnes Elken. Bukan kita je ada income besar, kawan-kawan pun sama boleh dapat income besar. Sama-sama merasa.

Namun begitu, masih ada yang tak faham dengan bisnes networking ni. Biz networking bukan bisnes sebulan dua. Seharusnya ia menjadi bisnes seumur hidup. Yang akan diakhiri dengan RESIDUAL INCOME. Kalau dalam Elken, bila network dah berkembang, kami cuma perlu menten 200sv je sebulan dah cukup utk menikmati koman-koman RM50k income sebulan. Itulah residual income yang kami mahukan dalam bisnes networking Elken ni. Tapi walaupun semua MLM menjanjikan perkara yg sama, hanya Elken syarikat MLM Malaysia yg kukuh dan masih bertahan malah makin maju dan boleh diharapkan sehingga hari tua kami insyaAllah.

Oleh sebab itulah, setiap client, kami cadangkan supaya join jadi member. Jadi member baru RM75, dapat product percuma bernilai kira2 RM100. Lepas tu akan dapat semua faedah yang disediakan oleh Elken. Faedah pertama ialah diskaun. Beli barang dengan harga ahli. Dah jadi member boleh pulak apply Aeon untuk bayar ansuran produk Elken. Lepas tu setiap barang yang dibeli ada pulak point dan setiap point terkumpul akan ditukar menjadi bonus dalam bentuk cash/voucher atau kedua-duanya sekali. Selain itu ada kempen pelancongan, bonus hujung tahun, tabung kereta dan tabung rumah. Kadang2 Elken tawarkan insentif tambahan. Insentif ni biasanya 6 bulan je tapi mcm sekarang nampaknya insentif tambahan utk produk DX dilanjutkan hingga 9 bulan. Pemurah betul. Saya sendiri adalah penerima insentif setiap bulan drp January sampai Jun. Tak miss.

Walau untuk permulaan, client tersebut hanya sebagai product user saja dan tidak berminat nak buat biz, bila mereka jadi ahli mereka akan repeat sale dan mana tahu lama2 terbukak hati nak buat biz? Takde benda yang mustahil kan?

Contohnya saya sendiri yg menjadi pengguna setia produk Elken untuk 9 tahun. Lps 9 tahun baru berminat nak biz. Terus melompat dalam 6 bulan naik Crown. Antara nak dengan taknak je. Dulu mmg taknak. Cerita la apa pun, saya mmg hanya nak guna produk je.

Jangan berfikiran cetek, sempit dan tamak.... ada orang bila dapat client, dia nak semua sale masuk bawah nama dia sendiri, tak mahu offer client tu jadi member. Memang dengan cara itu boleh dapat Performance Bonus 20% bulat-bulat untuk diri sendiri tapi rugilah sangat dari segi bonus-bonus lain terutamanya Leadership Bonus yang menjadi kunci kepada income puluh-puluh ribu malahan ratusan ribu seperti yg telah dinikmati oleh kebanyakan CCM dan MCCM Elken. Bila kita tamak haloba, (dengan alasan kalau sale semua masuk akaun sendiri, kita tak payah nak maintain 200sv tu sebab org lain punye sale dah cover), ia tak akan berpanjangan sebab perkara ini (tidak telus dengan customer) boleh membuatkan client lari, tak mahu repeat sale (kerana bila kita tak bgtau dengan jadi member, diorg boleh dpt extra bonus dan benefit lain - mereka akan rasa rugi berurusan dengan kita yg tak jujur), oleh itu network tak akan berkembang. Ia akan berhenti setakat itu. Lepas sebulan dua buat perkara sama, bisnes akan terhenti sebab dalam Elken kita perlukan network. Kita bukan salesman atau insurance agent yang kena cari personal sale setiap bulan. Dalam biz Elken, hanya 6 bulan pertama aje yg kita kena kerja lebih. Selepas itu bila network mula berkembang, tanggungjawab kita adalah membantu downline. Tak perlu buat personal sale lagi. Cuma perlu beli brg sendiri 200sv je. Yg lain2 adalah dari network iaitu downline2 yg kita bantu. Senang je kan? Memang senang dan tidak membebankan kalau kita faham. Kalau tak paham, segalanya akan jadi susah dan leceh.

Hari ni seorang manager saya minta tolong saya rekemen apa produk untuk dia beli sebagai maintenance bulanan (200sv) dia. 



Semuanya barang keperluan harian. Dengan maintenance 200sv sebulan, boleh hasilkan income ribu2. Kenapa nak lokek duit RM400-500 sedangkan kita memang setiap kali memang kena beli barangan harian kat pasaraya. Bezanya kita beli kat Elken, pastu dapat point, dan dapat bonus. Kalau mcm downline saya yang sorang ni, saya yakin income dia memang ribu2 sebulan. Bukan ratus2. Dia cuma berbelanja secara bijak, ganti product Giant atau Carrefour atau Nestle dengan product Elken. Simple.

 Bukan dalam biz networking saja, dalam kehidupan seharian kalau kita tak rajin, tak jujur, tak amanah, kedekut, lokek, kuat merungut, tak bersyukur, tak hormat orang, tak hormat suami, keras kepala, langgar undang-undang, memang susahlah nak berjaya. Kalau berjaya mungkin tak lama. 

Pokok pangkal, kalau kita buat sesuatu tapi tak menjadi, kita kena pandang diri sendiri di cermin. Nilaikan diri sendiri dulu barulah nilaikan orang/benda lain. Kalau duit manjang tak cukup, mungkin sebab kita banyak sangat makan kat restoran, suka shopping, suka pergi bercuti, shopping nak yg branded je. Hujung2 ngadu takde duit, susah, sesak... dan satu kesilapan besar bila hidup bermewah2 haplod pulak kat FB. Tetiba manjang kata susah. Siapa nak layan???

Baru semalam saya borak dengan John... "Dulu masa kita susah, kita makan ala kadar, tak makan kat luar, tak pergi bercuti, tak masuk shopping mall, tak shopping.. Hidup mengikut kemampuan. Orang sekarang mengadu susah tapi bercuti tak miss, upload gambar makan restoran mahal kat FB sebulan ada 3-4 kali, shopping brg mesti nak brand. Bukan brand LV pun koman2 nak Guess atau Levi's. Pakai baju ikut trend terkini. Bila susah sikit sebab duit tak cukup mula la komplen sana sini. Padahal diri sendiri yg tak reti manage diri sendiri. Sendiri kena fikirlah kan.

Dan lately bila saya renung-renungkan, saya bersusah-susah cari duit, harapan saya dapatlah saya menabung untuk hari terdesak. Manalah tahu kan... kita mana tau apa rancangan Allah untuk kita. Sebab itulah saya berusaha kerja keras untuk masa depan. Maka dengan itu kalau ada yg rasa saya dan John boleh jadi alat bantuan waktu org lain susah, kami awal2 minta maaf sangat2. Enough is enough. Kalau perlu bantuan, usahalah macam kami. Join la Elken. Tak perlu modal besar, tak perlu ada ijazah. Kami boleh bantu bagi peluang, kami tak dapat bantu lebih. Bantulah diri sendiri, jgn terlalu harap orang lain akan bantu (tetiba emo). 

Sebelum meleret2, saya perlu berhenti sekarang untuk bagi laluan kepada tekak saya minum Elken Everyday White Coffee kegemaran saya...

Sehingga ke entry berikutnya, selamat malam.





Kuch Kuch Kucing Hey!!!

0
0
Assalamualaikum.

Saya pernah berjanji dengan anak-anak saya yang saya akan benarkan diorg bela kucing apabila kami pindah ke rumah yg lebih sesuai. Ia bermakna bukanlah dalam masa terdekat ni. Tetapi sebelum raya hari tu adik ipar saya beli kucing Parsi bernama Thomas yang diletakkan di rumah mertua saya. Dan bila balik cuti ke kampung, seronoklah diorang main dengan Thomas. 




Bila tengok anak-anak ghairah dengan Thomas, sorang demi sorang pujuk supaya saya kasi diorang bela kucing kat rumah. Tak sampai hati pulak saya, lalu saya berjanji belikan kucing sehabis raya iaitu dalam sebulan dua lagi. Kasi saya tak berapa bizilah kononnya. Namun begitu, hari demi hari bukan anak-anak aje tak sabar, mamipun jadi tak sabar. Bila adanya Thomas, saya mula buka cerita kepada anak-anak saya tentang pengalaman saya bela 8 ekor kucing semasa baru-baru kawin. Hampir setahun saya bela kucing akhirnya saya terpaksa kasi orang sebab tak tahan kena gigit dengan kutu kucing hahahaha. Orang tua2 kata kucing ni cemburu... sebab itulah saya tak pregnant selagi ada kucing dalam rumah. Tapi memang lepas saya dah tak bela kucing, saya mula mengandung dan beranak tak henti. Kebetulan aje sebenarnya... Dan bila dah mula bukak cerita kucing dulu2, saya jadi semakin semangat nak bela kucing.

Hari2 sejak balik dari beraya kat kampung, anak-anak saya akan tanyakan kucing. Sehingga semalam, Nada upload gambar kucing yg dia lukis dan bgtau semua orang dia teringin nak kucing. Aduhaaaaiiiiii... kesian anak mami.



Lalu... tanpa melengahkan masa, hari ini jugak saya ajak John pergi kedai jual kucing dan beli kucing Parsi mcm Thomas. Lebih baik spend utk kebahagiaan anak-anak daripada terus-terusan kena belit dengan penipu-penipu besar kat sekeliling kita ni. Eh eh tetiba.....

Saya kata, "Kita dah buka impian mereka, jadi tak patutlah kalau kita rampas impian tu" .. bayangkan kalau impian kita yang dah dibuka luas, tetiba ia dicuri.... mesti frust gila. Kalau tak mampu nak penuhi impian, jangan buka impian iaitu berjanji.


Mona

Jericho




nampaknya cepatlah kami bercucucing

Yang kelakarnya masa bawa balik, dua2 sangat tak aktif. Menyiput je. Tapi bila anak-anak dah tido, saya keluarkan dua2, lepaskan dalam rumah. Kemain aktif lagi! Saya raya diorang ni takut sebab anak-anak saya kerutung tak habis-habis. Skrg ni diorang memang bergumpal tak sudah-sudah. Entah bila nak rehat agaknya. Dan paling best sebenarnya bukan anak-anak aje yg seronok. mami pun bahagianya alahaaaiii....

Best..


Seronok betul ada mainan hidup ni hahahahha...

Sistema

0
0
Assalamualaikum.

Bab meletak tajuk memang saya fail. 

Hari ni (yg sebenarnya semalam - tp sebab baru je tengah malam saya kata la hari ni), 20 Ogos... baik saya, John dan upline saya Cath dah confused dengan tarikh. Kami bertiga sebulat suara menyangka hari ni 19hb. Sebab cuti panjang sangat, terus salah tarikh. Kami sangka closing ialah besok (Rabu) yg padahal sebenarnya hari ni (Selasa). 

Semalam masa kat stockist saya masih rilek lagi tak urus habis-habis tentang pemindahan point dan pemantauan ke atas semua manager line saya. Sebab saya percaya ada kira2 satu setengah hari lagi sebelum semuanya selesai untuk SV7. Bangun pagi tadi saya terus capai iPad kononnya nak transfer points milik downline yang masih belum saya pindahkan tapi GAGAL sebab error message kata 20hb dah tak boleh transfer point guna EOL. Haiyoo... barulah tau yg saya dah salah tarikh. Melompatttt dari katil!!!! 

Tapi biasalah kerja buat last minute pun bukan salah saya semata tapi ada downline2 yang suka berdiam diri sepanjang bulan pastu hujung2 SV baru berbunyik dan masa itulah kelam kabut kehidupan mula terjadi. Setiap bulan waktu closing 19hb memang saya akan berkampung di stockist manakala 20hb saya akan bertapa kat HQ customer service untuk last minute transfer dan top up mana2 point  yang tak cukup. Sebagai upline memang inilah kerja kami. Memantau dan memberi pandangan/pendapat. Tetapi kalau segalanya dibuat awal dua tiga hari, rasanya saya boleh bernafas lebih teratur berbanding buat kerja kelam kabut.

Dalam Elken, salah satu perkara yang menjayakan kami ialah 'berhubung dengan upline setiap hari'. Memang setiap hari saya akan hubungi upline saya melalui Whatsapp atau call, update apa yg patut atau semata2 ucap selamat pagi. Bila upline hantar mesej, saya akan respond secepat yg boleh. Kalau terlupa sebab mesej masuk masa tgh busy atau tengah driving, saya akan reply walaupun waktu tengah malam. Bila teringat terus contact. Saya memang mempunyai satu hubungan akrab dengan upline kerana uplinelah orang yg sudi dan telah berusaha membantu saya mengubah kehidupan saya tanpa merungut penat. Semua tindakan, percakapan dan sikap yg ditunjukkan memang perkara positif semata. Sememangnya saya sangat kagum dengan beliau. Dan saya sedang berusaha untuk menduplikasi sikap positif dan setiap tindakan beliau dalam membantu orang sepertimana beliau membantu saya. Inilah semangat ANGSA LAUT. 

Kenapa perlu berhubung upline selalu? Sebab upline akan selesaikan masalah yang timbul. Dah beberapa kali bila kami buntu, kami cuba selesaikan dengan cara kami... yg ternyata sebenarnya tak sesuai dan menyusahkan. Tapi bila consult dgn upline, kami terus dapat jalan penyelesaian terbaik. Memang betul, upline memang org yg betul untuk kami refer bila ada masalah yg timbul.




Sebenarnya tak susah pun buat Elken ni. Ikut aje apa upline suruh buat. Bila upline kata kosongkan minda, zerorize diri, kena la zerorize. Tak kira kita ni berlatar belakang apa pun, bila join sistem pendidikan Elken, kena menyamaratakan diri dengan semua orang. Ambil bulat2 apa yg diajar dalam meeting. Dan semestinya tiada perkara salah yg diorang ajar, itu sudah pasti. Bila sistem kata kena ada 3 nadi benar, kena la ikut jugak.

Masa saya mula2 join Elken (malah sehingga sekarang jugak), saya memang kosongkan diri. Walaupun saya bukan orang yg terdesak, saya masih ada impian untuk memajukan diri terutamanya membina keyakinan diri. Kalau title surirumah tu boleh kasi tukar sikit jadi surirumah yang berjayalah maksudnya.

Saya memang bodoh2 je ikut upline. Upline kata, "Beli sample bag"... "Keluar modal pergi kursus".. "Ikut upline hari ni pergi stockist".. "Ikut pergi HQ jumpa customer service", "Belajar buat closing", "pergi meeting", "buat appmt dan sharing setiap hari", "guna produk, tukar cara shopping".....

SEMUA SAYA IKUT.

Dan hasilnya memang saya betul2 berjaya. 6 bulan kerja keras sekarang saya dah boleh bantu downline dan jayakan mereka pulak. Namun bukan satu kerja mudah untuk men'zerorize' downline bila mereka sendiri tak mahu berbuat mcm tu.  Saya dijadikan SAMPLE dalam grup upline saya sebab saya betul2 ikut sistem dan berjaya buktikan, oleh itu saya agak pelik bila ramai yang tak ikut sistem elken yang sangat2 simple ni. Kalau nak kata saya ni housewife takde kerja, kerja saya memang banyak, bulan2 pertama saya masih hantar-jemput anak saya, berulang alik dari KL ke rumah, sekolah, pasar, urus semuanya seperti biasa. Bezanya saya kena kerja lebih dari selalunya. Kalau dulu John yg selalu balik lambat, masa bulan2 pertama dengan Elken, saya balik lebih lambat dari John. Ye lah.. hal anak diutamakan, hal kerja juga dipentingkan. Kedua-duanya adalah priority. 

Masuk bulan ke 3, network dah besar, saya mula fikirkan tindakan selanjutnya. Saya dapatkan khidmat transporter untuk anak-anak saya, saya jadualkan semula waktu mengaji, waktu kelas musik, art class dan sebagainya. Saya perlu lakukan ini supaya saya akan menapak lebih jauh. Keluar sedikit modal untuk hasil lebih baik. Dah menjadi tabiat saya, saya akan mencari penyelesaian untuk setiap perkara yang datang. Saya tidak mahu drag orang2 yang tak bersalah dalam urusan saya. Saya perlu uruskan sendiri. Pendek kata, saya takmo susahkan orang tua, takmo jugak susahkan anak-anak bila saya dah mula sibuk. 

Biar saya susahkan John dan diri sendiri je haha. Sebabnya apa yg saya buat pun adalah untuk meringankan beban John jugak nanti suatu hari nanti. Tak perlu kejar2 tender cari bisnes lagi sebab Elken dah kasi residual income. Boleh rehat2 menikmati hari tua sama2. Sebab tulah bila ada yg kata "Suami saya tak support saya so saya takmo libatkan dia" sebenarnya buat saya rasa pelik. Kalau isteri berjaya, suami pun merasa. Apalah sangat bagi sokongan pada isteri sendiri? Lainlah kalau suami betul2 mampu nak tanggung semuanya, kasi kehidupan seselesa mungkin untuk anak2 dan isteri, barulah takyah sokong isteri kerja keras cari duit dalam Elken (atau apa2 kerja berfaedah). Suruh aje isteri duduk rumah jaga anak, takyah keluar kerja ofis sekalipun.

Sebagai penutup entry ni, sekali lagi saya tekankan, kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapek sagunya ye tak? Blom try blom tau. Elken bukan skim haram. Tak rugi mencuba. Nak cuba sila call saya...

018-6676734.









Bonanza Merdeka!!!!!

0
0
Assalamualaikum.

Sekarang kena rajin tulis blog macam dulu. Sebab sebenarnya blog ni antara periuk nasi saya jugak. Ramai client adalah pembaca blog yang setia. Terima kasih kerana percaya kepada saya. InsyaAllah saya akan bagi servis yang terbaik.

Hari ni ada jamuan hari raya di HQ Elken. Jamuan besar-besaran bukan untuk seratus dua ratus orang tetapi kira-kira 2000 tetamu hadir. Memang penuh sesak HQ hari ni. Semua pakai baju raya. Saya pakai baju raya jugak tapi baju raya tahun 2008 hehehe. Sempat jugak bukak cerita lama pada upline, tentang raya 2008, lepas beli baju anak, ambik baju tempah, sediakan duit raya budak2, dan tiba hari raya kami jadinya langsung dah takde duit. Cuma duduk diam-diam kat kampung dan tak mahu beraya di KL sebab takde duit nak berjalan raya pun. Sadis sungguh keadaan masa tu.


Baju lawa, tudung sama tema dengan khemah.
Hari ni merupakan hari pertama untuk bulan SV8. SV7 telah melayakkan kami 2nd month untuk Car Fund. Kalau bulan depan (SV8) kami berjaya menten macam SV7, bermakna kami akan terima Car Fund kami pada SV8! Dan pentas Winners' Night 2014 akan kami panjat bersama kalungan bunga!!!!! Oh yesss! Bukan itu saja, kami juga akan melayakkan diri terbang (suami & isteri) ke Korea pada awal tahun 2014 nanti. Pertama kali nak jumpa salji! Oh Yessss lagi!!!!!! Inilah hasil usaha yang berbaloi baloi....

Dalam meeting mingguan MSS kali ni juga, memandangkan ini adalah bulan Merdeka, Elken menyediakan satu lagi cara nak tingkatkan sale pengedar dengan adanya Bonanza Merdeka. Kali terakhir benda macam ni disediakan adalah pada SV1 waktu mula2 saya buat biz Elken ni. Setiap pembelian, RM100 dapat 1 token. Dan token boleh ditebus dengan barang yang disediakan.


antara produk yg boleh ditebus - 37 point saja


Bermakna kalau beli DX Twinset boleh dapat 49 token, boleh tebus 1 botol Spirulina 1200 biji berharga RM355.00 dan 1 botol Kington Nasal Spray (twin pack) berharga RM168.00. Total penjimatan RM523.00, campur dengan 2 helai panties yg dapat percuma dengan twinset DX (RM459), dah jimat RM982!! Best!!!! 

Ingat lagi masa Bonanza awal tahun dulu, client saya berebut2 dapatkan percuma set Vantage. Ada yang tebus sampai 2 set sekali. Bukan murah Vantage tu. Cuma saya tak tebus dengan Vantage, saya lebih sukakan product kesihatan iaitu Dr Xeniji dan Ester C. 

Pembelian dan penebusan tak terhad kepada DX saja tetapi merangkumi hampir semua product Elken kecuali:





Ini merupakan satu lagi cara nak close sale banyak2 bulan ni. Hanya sah sehingga 19 Sept 2013. Cepat2 hubungi saya untuk fitting atau demo air. Dan bercerita tentang demo air, Elken Bio Pure kini sekali lagi untuk 2 tahun berturut-turut menerima anugerah kemenangan daripada Frost & Sullivan.


Anugerah Strategi barisan Produk dan Anugerah Kepimpinan Pelanggan

Dan sekarang Elken Bio Pure dah masuk iklan Astro! Boleh tengok iklan kat Astro Ria, Prima dan Warna. Jadualnya seperti berikut.




Okeh...

Jangan tunggu lama2. Nanti promosi habis, nganga tak dapat barang free. Cepat2 contact saya untuk dapatkan produk penebusan ni sebelum tempoh tamat. 

Sebagai penutup, Elken hari ini (21 Ogos) meraikan seorang lagi JUTAWAN baru yang terhasil daripada sistem pendidikan Elken, iaitu MASNI BABA dan suaminya ABDUL MALEK berasal dari Tawau. Perkongsian yg sangat menarik, sangat inspiring. Rahsia beliau adalah:

IKUT CAKAP UPLINE. Suruh pindah rumah pun dia ikut. Upline suruh pindah dari Tawau ke KK, dia pindah.

Pastu upline suruh pindah dari KK ke KL pun dia ikut. Akhirnya kini jutawan ke 93 Elken! Tahniah Masni Baba. Saya memang admire beliau, sama macam saya admire upline beliau iaitu MCCM Josie.


di RSM Seminar

Tahniah sekali lagi, anda memang layak!!!!!!!

Bonanza Merdeka Part 2

0
0
Assalamualaikum.

Bulan token kembali lagi!

Bila tiba bulan token, memang orang semua berebut2 nak kejar barang free. Satu produk yang dikasi free bulan calang2 produk. Kali ni produk yang hot ialah PERIUK brand THERMOS yang sangatttt berkualiti tinggi!



2 periuk ni direka khas untuk ELKEN, kat luar sana tidak dijual. Dan yang bestnya ia diberi PERCUMAAAAA!!!!!!!!!!!

Macam mana nak dapat percuma?

Beli barang Elken..... paling penting kena jadi ahli dulu. Nak jadi ahli bukan mahal. Bayar RM75 untuk layakkan diri dapat semua faedah dalam Elken termasuk diskaun/harga ahli, dan otomatik ayak dapat salah satu drp 2 produk ini secara percuma:

1. EPA DHA - fish oil 60 softgel
2. Lactose - 3 hari program detox (cuci usus)

Lepas tu belilah mana2 produk Elken yg ada SV (point), setiap RM100 layak dapat 1 token.

Nak dapatkan periuk, kumpul hingga 37 token maka layaklah dapat periuk ni. Kalau beli DX Twinset sama ada melalui CASH, CARD, EZIPAY atau AEON, semua layak dapat token! Beli DX Twinset RM4975 dah layak dapat 49 token dah. Dapat periuk, dapat lagi brg lain sampai cukup 49 token!!!!!!

Hebatnyaaaa!!!!!!!!!!

kalau takmo periuk, boleh ambik skincare UPII dengan serum Daily SKin Rescue. Dah jimat skincare untuk 2 bulan! mahal tau UPII tu. Bagus pulak tu.

Kalau nak tau lebih lanjut, meh call saya, buat apppmt untuk fitting atau nak demo air BIO PURE pun boleh!!!! Wahhh banyak betul tanda seru!!!!

Atau whatsapp saya untuk tau lebih lanjut. Cepat2... sebelum promosi habis pada 19 September ini!!!





Mendalam

0
0
Assalamualaikum

Sejak dah naik Crown DCM ni, satu kerja dah jadi mudah. Sekarang saya dah faham kenapa saya dan John kena kejar Crown Council Member. Padahal untuk orang lain, nak naik CCM mengambil masa setahun dua. Kami cuma 6 bulan, dah Crown Manager, Diamond Council Member. Walau belum capai CCM, hanya Crown DCM, alhamdulillah, target tetap mengena, cuma miss 10% je. Itu sudah cukup baik, upline dah puas hati.

Sekarang, bak kata upline, mula-mula fight untuk diri sendiri. Kejar income 5 angka. Sekarang tiba masanya membina rangkaian, membantu rangkaian. Lupakan diri sendiri. Lupakan PGS sendiri. Income 5 angka dah rasa dah dengan usaha berterusan. Sekarang nak downline dapatkan apa yg saya dah rasa. Mesti income 5 angka jugak! Bila dah crown, PGS (personal group sale) adalah sama banyak dengan maintenance personal sale iaitu cuma 200sv sahaja. Saya tak perlu kejar PGS 18,000sv lagi untuk income 5 angka macam sebelumnya. Saya cuma perlu 200sv saja. Selebihnya adalah drp rangkaian. Elken memang luarbiasa. Lagi tinggi pangkat lebih rendah maintenance. Semuanya kerana tanggungjawab membina dan membantu downline. Diri sendiri cuma 1%, bantu downline mesti 99%! Maka kerana itulah Elken kekal kukuh dalam pasaran sebagai syarikat MLM nombor 1 (Businesslogy). Kerana upline jutawan yang dah kaya raya masih turun padang membantu downline cari wang. Orang-orang Elken telah dilatih dengan baik mengikut sistem pendidikan Elken agar menjadi pemimpin yang bertanggungjawab. Kalau ada yang pemalas atau tak bertangjawab tu maknanya diorang tak pergi kursus dan latihan yang disediakan la tu!


KAMILAH JUARA!!! Kump D, juara kumpulan pada ESM Meeting ke 47 Elken baru2 ni

Jadi sekarang, matlamat saya dan John dah jelas. Seperti mana yang kami mahukan, kami ingin jayakan orang lain jugak. Kami nak lahirkan jutawan seramai yang boleh. Maka untuk itu, saya perlu servis downline sekerap yang boleh. Selagi ada yang mahu. Kalau paksa2 tapi tak mahu pun tak jadi kan? Yang penting ialah: Engkau Layak Kalau Engkau Nak.


ambil dan hantar Charms dan DX customer sambil follow up

membesarkan impian downline, belajar kira duit bonus. Berapa mahu? Rm10k atau RM20k atau RM30k?

Sepertimana upline besarkan impian saya masa mula2 saya mula berjinak2 dalam biz Elken, sekarang saya pulak duplikasi perkara yg sama. Walaupun begitu, upline saya masih turun padang, masih bantu saya sebab saya masih perlukan mereka...




Semalam saya berbangga bila ada lagi downline naik pentas Crown Night menerima pin manager. Sepatutnya saya dah ada 10 manager dalam rangkaian saya tetapi hanya 4 yang naik pentas. Selebihnya mungkin belum nampak keghairahan biz Elken, belum sudi hadir aktiviti walau dah bergelar manager. Saya tak mengeluh apa lagi mengalah.. saya cuma bersedia je.


tahniah Haslie dan Myra


Nak naik pentas bukan free2.. upline bertanggungjawab bayar untuk manager yg layak. Dah 2 kali manager yg patutnya hadir, tak jadi hadir pada sangat akhir. Saya kecewa sikit je lah. Nak buat macam mana, kita cuma merancang. Namun kerugian saya tidak dapat dibanding dengan kerugian mereka yang tak serious dalam biz ni. Bukan senang nak dapat upline dan senior upline yg sangat supportive. Rugi sikit duit masih boleh senyum lagi, bukan mintak refund.

Dalam ESM Meeting, waktu sessi perbincangan dengan jutawan MCCM Meor, kata beliau, jangan ditunggu mereka yang tak sudi. Beralihlah kepada yg sudi. Jangan buang masa kita sebaliknya bagilah mereka seberapa banyak masa yang mereka perlukan. Nanti bila kita dah naik MCCM, kalau masa itu baru mereka sudi, kami masih akan sedia menerima dan membantu. Belum terlambat cuma terlewat sikitlah.

Bagi, bagi, bagi dan bagi... bila dibagi semua, kami pun akan haus jugak. Bagi memperkukuhkan pendirian dan matlamat, kami perlukan input jugak. Saya nak terus bersemangat dan terus berjuang. Oleh itu saya dah tetapkan matlamat dan impian masa depan. Sekarang plan, 6 bulan lagi insyaAllah terlaksana....


test drive dan booking

dah biasa bawak yg bagak2, walau kecik tapi sporty dan stylish

Bila menetapkan matlamat, mengejar impian... saya nekad bgtau John, "U simpan duit U. I beli pakai bonus Elken sepenuhnya". Brand new... bukan recon. Kalau dah tau apa matlamat kita, dah besarkan impian, pasti akan dicapai walau apa yg berlaku. Saya serious dalam biz Elken. Saya dah nampak halatuju. Saya masih surirumah yang menguruskan anak2 tetapi saya surirumah dengan kerjaya. Saya masih memantau pelajaran, aktiviti anak2 saya. Saya tak tinggalkan mereka. Tetapi saya cuma perlu bersusah payah setahun dua ni untuk membina kehidupan yang lebih bermakna. Saya ingin hidup dengan suami dan anak2 dekat di sisi. Elken boleh bantu insyaAllah, sebab Elken memang biz keluarga. Suami isteri bersama. Luarbiasa sungguh.

Okeh kalau jumpa saya di luar, jgn sebut2 pasal kereta ye. Saya tengah kumpul duit downpayment nih hahahaaha. Jgn stresskan kepala ai. Sementara tunggu kereta sampai Msia, saya kena kerja kerasssss mendalamkan rangkaian, mengukuhkan barisan. Jangan cemburu, ini adalah hasil kerja keras saya. Kalau mahu yg sama, jom join saya. Downline saya dah tetapkan matlamat. Nak pakai GTR, untuk isteri nak beli Mini Cooper. Saya akan bantu sebagaimana upline saya bantu saya, besarkan impian saya. Kereta apa nak beli pun, upline yg tetapkan. Dia nak team kami jadi M**z Dream Team. InsyaAllah, semoga diberikan kekuatan dan kesihatan yg baik berterusan. 

Amin.

p/s: nak impian besar terlaksana, jom whatsapp saya 018-6676734 untuk tahu caranya. 


Sukaneka Tahunan 2013

0
0
Assalamualaikum.

Ahad lepas anak2 saya ada sukaneka kat sekolah. Sepatutnya sukaneka diadakan awal lagi tapi terpaksa tangguh sebab jerebu yang teruk melanda tanahair. Walaupun saya sangat sibuk dengan urusan kerja, saya gagahkan juga memberi semangat kepada anak2 saya yang tersayang.

Paling seronok lihat muka happy diorang dari jauh... candid hehehehhe..














Tak sempat habis sukan, kami terpaksa rush ke event lain. Penat... memang penaaaat sangat tapi bak kata upline, susah 3 tahun dulu, penat 3 tahun dulu, nanti senang 30 tahun. InsyaAllah.

Urus masa sebaiknya sebab 24jam tu sebenarnya sangat banyak.

Goal Setting

0
0
Assalamualaikum.

Minggu lepas masa mastering class di HQ, John yang menjadi sifu waktu itu menetapkan tajuk Goal Setting untuk kami. Selama ni saya cuma ada angan2, tapi tak tahu sama ada saya mampu capai atau tak.

Sejak bersama Elken, dan sejak John bersama saya di Elken, John mula menurunkan satu persatu ilmu untuk saya pelajari. Saya agak terperanjat semasa di ESM meeting ke 47 Elken, walaupun John on off masuk kelas, dan bila saya ceritakan antara topik2 yang kami pelajari, John terus kupas setiap topik dengan lebih meluas dan mendalam. Dan setiap kupasan sememangnya sesuatu yang saya tak terfikir! Ternyata baru sekarang saya sedar dan tahu bakat suami saya sebagai seorang motivator. Bukan sekadar cakap2, jerit kuat2 sambil baca slide. ESM Meeting tu bagus, topik memang bagus dengan speaker yg layak berpengalaman dan berjaya, cuma ianya agak general dan kupasan tak berapa mendalam. Mungkin kerana masa yg agak terhad. Patutlah John kata fee untuk dia sehari kurang2 RM4,500.00. Kupasan satu topik di coffee house selama 1 jam malam tu betul2 membuka mata saya!

Dan dalam mastering class dengan topik Goal Setting, kami diberi homework iaitu menetapkan matlamat. Matlamat dah ada, tapi bagaimana mencapai matlamat?





 Mungkin muka2 yang sama aje yg saya upload kat blog ni. Semestinyalah... hanya yang betul2 nak berjaya akan selalu hadir aktiviti. Kalau setakat 'part time' atau suka-suka atau 'tengoklah, kalau jadi, jadilah..' belum tentu akan 'menjadi' kat Elken. Tiada unsur paksaan di sini tetapi kami cuma ingin membimbing jika ada yang sudi....

Untuk buat RM1,000 cash sebulan di Elken sebenarnya mudah aje. Tetapi semuanya boleh jadi zero kalau tiada menetapkan matlamat (dan usaha). Malahan kalau ada matlamat yg jelas, jangan kata RM1,000, RM100,000 sebulan juga tidak mustahil. Seperti jutawan MCCM Josie/Hadi, setahun di Elken pendapatan RM10,000 sebulan. 2 tahun, RM20,000... 3 tahun RM30,000, 4 tahun RM40,000. Sekarang? RM100,000.00 sebulan, mereka adalah superstar!!!! Malahan mereka dah lahirkan 5 MCCM, 2 dengan pendapatan RM100,000, dan lagi 3 pendapatan tak kurang RM60,000 sebulan. Semuanya MELAYU! 


kepit sekali 2 Prada.. pedehal, RM100,000 sebulan!

saya kepit 1 je Prada hik hik hik
Adakah matlamat hanya sekadar cakap2 kosong?????

John kata, mesti ada matlamat yg jelas...

Apa yg nak dicapai secara terperinci...

Contoh: 

APA: Mercedes Benz A250 Sport Silver, plate number ABC123
Bila:  April 2014
Bagaimana: Tabung Kereta ELKEN
Di mana: Hap Seng Motors

Pastu kena ada rancangan jangka panjang, jangka sederhana dan pendek. 

Short term goal: Mendalamkan rangkaian, bermula 2 director line dengan RM10k income setiap director dalam masa 3 bulan

Medium: Tabung kereta dan pendapatan sendiri RM15k sebulan dalam 6 bulan, 3 ESM, 20 Managers dalam rangkaian.

Long term: Menjadi MCCM pada November tahun 2015 dengan pendapatan sekurang-kurangnya RM50k sebulan, memiliki 2 buah kereta melalui Elken iaitu Merz dan BMW F10! Mempunyai 1 MCCM dalam rangkaian sendiri, 5 CCM, 20 DCM, 100 RSM/ESM/Managers. Membawa 50 pelayak tabung pelancongan melancong bersama2.

Itulah antara contoh. Matlamat sebenar hanya saya yang tetapkan.
 Secara tak langsung saya bagaikan mencabar kemampuan diri sendiri. Elken banyak mengubah saya. Saya bertuah kerana saya dah lalui cabaran2 hidup yg memeritkan sebelum ni. Jadi, saya sangat yakin yang saya boleh mencapai impian saya. Apa yg saya perlu buat ialah FOKUS terhadap apa yg saya buat. Fokus pada yg baik, jauhkan drp yg tak baik. Dulu org mengata saya tak bekerja, tak bantu suami waktu hidup tengah susah. Padahal org yg mengata tu tak tahu, John tak kasi saya kerja sebab dia nak saya fokus terhadap anak-anak yg masih kecil. Duit biarkan dia yg cari. Sebagai suami dia tahu dia boleh galas tanggungjawab tersebut. Dia tahu apa yg dia kejar, tahu apa yg dia mahu.

Sekarang bila John dah berada di suatu tahap, saya pulak bersama Elken. Mungkin orang tertanya2 dan mengata2 apa yg saya kejar lagi sedangkan John dah ok? Mereka yg mengata tu tak tahu bahawa bisnes rangkaian adalah sesuatu yg John izinkan saya lakukan. John nampak masa depan lebih baik dengan networking. Dulu minta kerja opis, dia selalu kata, "Kerja apa? Gaji berapa? Tak berbaloilah... Nanti anak2 ada hal kat rumah, mami tak boleh nak kejar balik rumah"

Dan masanya kini sangat tepat. Kami dah ada maid yg baik, anak dah besar, peluang yang hebat, UPLINE yg luarbiasa. Bila anak2 ada hal kat sekolah atau kat rumah, saya boleh balik bila2 masa. Bila semuanya lancar, saya boleh fokus buat duit, bina rangkaian. Malah saya boleh buat kebajikan dengan menjayakan orang lain selain menjayakan diri sendiri. Saya kini boleh berdikari, yakin dengan diri sendiri, cungkil bakat dalam diri, bergaul dengan orang2 luarbiasa, orang2 positif, elakkan diri drp orang2 negatif. Yg paling best ialah saya dapat satu environment yg sangat positif. Bila saya rasa dunia keliling saya tak adil pada saya, saya seharusnya bersyukur saya kini mendapat suatu peluang hebat yg tak semua orang yg 'dapat keadilan sepenuhnya' pernah dapat.

Sekarang saya dah boleh tetapkan goal saya sendiri. Dulu asik goal nak beli bag, beli kasut, beli jam, beli perfume. Skrg goal luarbiasa menakutkan hahaha. John suka betul dengan perubahan diri saya. Paling suka bila dia boleh duduk belakang, saya drive dr Seremban balik rumah. Saya boleh drive sampai JB tanpa dia (walau org lain dah biasa buat, tp saya tak - sbb tu saya rasa hebat sgt). Kalau dulu jgn harap. Kerja saya asik bergantung kat dia. Takde John, teruklah saya. Skrg saya dah bukan saya yg dulu. Gossip2, khabar angin yg tak jelas pun saya tak ambik pusing. Skrg saya cuma nak jadi macam Josie... koman2 pun nak jadi macam Cath, upline saya hahahahaha. Saya tak sabar nak tengok John menggegarkan pentas MCCM di Winners' Night. Saya nak jadi popular di Elken sebagai leader yang hebat. Bukan jadi orang popular untuk alasan yg tak best. Kalau nak glamer, dah lama terima tawaran berlakon Yusuf Kelana tahun 1999 dulu. Tapi antara tawaran berlakon dengan tawaran jadi promoter syarikat rokok, saya pilih promoter, tolak tawaran berlakon muahahahaha. Gerak Khas hua hua hua.

Jadi, kepada downline2 atau bakal downline yg baca entry saya kali ni, saya cuma nak tanya, apa matlamat anda? Adakah nak terus berada di mana anda berada sekarang? Atau ingin berubah menjadi yg lebih baik? Anda sendiri yg tentukan. Saya tak boleh tukar apa2......



Viewing all 514 articles
Browse latest View live




Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Re:

Re:

Re:

Re: