Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah

Cast Iron Cookware

0
0
Assalamualaikum.

Amboiboiboiiii.... asyik2 cerita hal masak-masak, periuk dan periuk sekarang ni... kalau google pun asyiklah cari info pasal periuk. Naik buntang bijik mata tengok periuk macam2 rupa, macam2 harga. Tak sangka pulak periuk pun ada sampai beribu! 

Hujung minggu lepas abamjohn ada emergency kena singgah Alamanda lepas kelas muzik anak-anak. Saya pun ambik kesempatan ke Parkson, tengok balik harga periuk yang terlupa saya nak tengok sebelum ni.

pressure cooker (atas api) yg pendek ni RM790.00 erkkk kalau yg tinggi RM990.00. Pengsan.

haaa ni ada diskaun tapi saya takmo yg berpenutup kaca. Y ni set periuk dan pan

Memang kalau beli online pun itulah harganya. Jadi, tak perlu le rush atau berfikir sampai tak tidur malam memandangkan Parkson kata 'pink label' takde diskaun. Oleh itu rilek je la. No discount kan...

Periuk2 yg saya tengah seronok tengok dan survey ni ialah periuk aluminium bersalut ceramic dengan fungsi non stick premium quality. Banyak periuk non stick di pasaran (mcm yg saya biasa beli eheh) tapi kualitinya ala-ala aje. Tercalar sikit, maka bersedialah dengan calaran yg seterusnya. Biasanya periuk tanpa kualiti premium ni tahan tak sampai setahun pun, sebab salutan non stick akan terkopek akhirnya apa lagi dengan penggunaan kerap dan tanpa penjagaan yg sewajarnya. Oleh itu, beralihlah ke non stick premium quality pulak kalau rasa nak bertahan sampai 10 tahun ke atas.

Tapi kan.. baru2 ni saya kerap sangat tengok satu jenis periuk yang selalu sangat saya nampak dalam filem omputih, malah dalam rancangan masak-masak omputih ni. Pastu kebetulan kakak saya yg tengah kemaruk shopping brg dapur tu baru lepas menayang set periuk yg dia order dari UK. UK ok. UK. United Kingdom tau. Saya setakat gila periuk buatan Korea aje. Ni UK mari ok. Tengok taste dia lagi dasat OK... UK. Bila saya tanya harga, katanya seluruh set (3 periuk berpenutup pelbagai size dan 1 kuali panggang steak yg berjalur) ialah £188. Dalam RM1,120.00. Maknanya 1 barang RM280.00. OK terus terang saya kata, MURAHlah. Tapi apakah periuk itu?

CAST IRON.

Cast iron tu apa? Periuk cast iron ni sebenanarnya adalah periuk tradisional yang biasa digunakan sejak zaman tok nenek kita, dan sangat BERAT. Bak kata kakak saya yg ada slip disc tu, angkat penutup pun dah menangkap kat pinggang hahahaha. Hmmm kebetulan kat Parkson hari tu, masa nak melangkah keluar dari sana, betul2 kat pintu masuk Parkson Alamanda ada display set cast iron cookware dan saya sempat cuba angkat penutupnya. Memang berat! DAN MAHAL.

Daripada review yang saya baca sekali lalu kat google, periuk cast iron ni katanya lambat nak panas. Kengkadang bila masuk oven, makanan panas tapi periuknya tak panas lagi. Tapi kebaikannya ialah panas periuk tu lambat pulak hilang. Ooo... jadi kalau masak makanan dalam periuk tu, lambat la dia sejuk dan sebenarnya kata google, makanan yg dimasak dalam cast iron ni lebih sedap dan vitamin tak hilang kononnya. Ye ke? Macam best je.

Kebanyakan periuk sekarang telah melalui perubahan teknologi di mana banyak periuk dibuat menggunakan sama ada stainless steel atau aluminium. Lebih ringan. Tapi tak sesuai untuk penggunaan berat seperti outdoor bbq. Cast iron mmg dicipta sangat sesuai utk diletak atas pemanggang bbq. Takde masalah. 

Tapi kan, ada kaedah rupanya nak guna cast iron ni. Dapat2 aje kita kena bersihkan dengan air, lap dan salut dulu dengan minyak seluruh periuk. Diorang kata seasoning. (Pastikan jangan biarkan periuk tu basah tanpa dilap sebelum disimpan. Air tu boleh mengurangkan jangka hayat periuk yg biasanya antara 25 tahun ke seumur hidup). Letak sikit minyak sayur, guna tisu dapur dan lap seluruh periuk. Pastu masukkan dalam oven. Lepas tu ulang lagi, dua ke tiga kali baru boleh simpan sebelum bersedia utk digunakan. Dah pulak. Macam hebat aje bunyik dia kan. Ada jugak yg saya tengok youtube, katanya jangan guna air sabun. Kalau risau bakteria? Masa panaskan dalam oven nanti bakteria semua mati katanya hahaha. Tapi ada jugak yg kata takde masalah guna sabun. Hmmm pilihlah mana2. Apa-apapun, saya sangat berkenan pada skillet pan dia. Rasanya saya perlu buat koleksi 2 - 3 biji. Keluarga besar... satu buat masak telur, satu buat masak sayur, satu lagi buat daging panggang. Kalau yg besar sesuai buat pizza. Amboiboi boiii....

OK nak beli kat mana selain Parkson?

Saya ada jumpa di 11street.my.





brand Le Creuset untuk yg ada-ada


Jangan nangis tengok harga tau. Sebab ada lagi brand lain yang lebih berpatutan. Seperti jenama yg kakak saya beli: Pro Cook dari UK melalui Pro Cook website.

Harga macam best cuma tak pasti berapa shipping cost

baca betul-batul.. satu periuk 26cm beratnya 6kg. Guarantee 25 tahun. dah pre-seasoned, takyah nak salut2 minyak dah. Terus guna aje.


Atau LODGE di 11street.my


Masih mahal?

Emmm macam mana nak tolong eh... ok ok saya pecahkan rahsia sikit.

Uols teringin nak pakai cast iron? Ok meh bisik..... dekat sikit telinga tu...

Pergi ke www.amazon.com dan pandai-pandailah cari. Satu periuk boleh dapat dalam RM150 dengan free shipping ke Malaysia. Tapi berita baik yg lebih baiknya ialah, untuk periuk cast iron yg menjadi pujaan saya kat Amazon ialah, ia bukan hanya cast iron cookware tp ialah Dutch oven yg sangat tahan lasak, tahan lama dan menyamai fungsi periuk cast iron tradisional zaman dulukala. Kalau baca review dan komen, memang rasa jam2 tu nak beli. Yg tak reti masak pun jadi pro katanya.





Dan ini yg berada dalam shopping cart saya:



Total USD95.68. Dalam RM570.00 untuk 3 skillet pelbagai size, 1 periuk 5-quart, 1 periuk 2 quart dan aksesori iaitu scrapper dan scrub brush. Murah kan? Tapi bila nak bayar ni? Hahahahhaha tunggu la bila ada duit kita proceed bayar ok. Kih kih kih janji shopping cart berisi. Ini la aktiviti surirumah bila takde keje. Mengisi shopping cart.

Tak perlu cantik berkaler2, janji fungsinya sama malah lebih baik kan? Paling bagus ia lebih murah. Oklah good luck dalam men-survey. Kalau info yg saya kasi tak cukup, boleh google dengan senang hati sampai hadam ok. Maklumlah blog saya ni blog 'info sekali lalu' aje.

Wassalam.










Type 1 vs Type 2

0
0
Assalamualaikum.

Hmm... apa cer?

Saja kali ni nak usik sikiiit tentang kisah isteri type 1 dan isteri type 2.

Saya juga ada pendapat. Kalau tak setuju, maafkan saya. 

Pertama. Apakah tujuan kita bernikah? 

Kedua. Apa perbincangan yang dibuat oleh anda berdua sebelum anda bersetuju untuk menerima pasangan anda sebagai teman hidup?

Ketiga. Apa perbincangan anda suami-isteri apabila disahkan anda bakal menimang cahaya mata?

Keempat. Apa perbincangan anda suami-isteri apabila anda mula berkomitment dengan pihak bank? dan komitment sedia ada? 

Kelima. Apa perbincangan anda dengan pasangan tentang urusan kerja rumah?

Keenam. Sekiranya ada masalah dengan pasangan, apa anda buat?  Mengadu kat siapa? Mohon petunjuk siapa? Mintak nasihat siapa? Kawan? Mak? Kakak? Abang? Media sosial? Atau bersabar dan berbincang dengan pasangan secara baik2 apabila dah mendapatkan ketenangan?

Ketujuh. Apa tujuan sebenar anda bekerja? Adakah benar kerana nak bantu suami semata atau ada banyak lagi alasan yg tidak membenarkan anda berhenti kerja? Apakah alasan2 itu?

Kelapan. Adakah anda sebagai isteri bersedia untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa jika suami minta? Ye? Kenapa? Tidak? Kenapa? Adakah alasan anda sangat kukuh hingga anda terpaksa lepaskan peluang yang selama ni anda tunggu? Eh betul ke anda mahu jadi surirumah? Tepuk dada tanya selera.

Boleh pegi sampai 18 sebenarnya tapi kita berhenti kat 8 ajelah.

Kesimpulannya. 

Adakah kita menikah kerana cintakan dia semata-mata? Saya yakin wanita yang bersetuju untuk menjadi isteri mempunyai cita2 untuk menjadi isteri terbaik buat suami. Mahu menjadi isteri mithali, solehah.  Nak masuk syurga atas dorongan suami. Bukankah itu cita2 para isteri? Tapi banyak yg berlaku, cita2 dah hilang ke mana sebab sikap suami yg konon begitu begini.. Perkahwinan tah kemana hala tuju pun tak tau. 

Ustaz dan ustazah yg berceramah tu memberikan panduan.. biar sejuta kali menceritakan hal yg sama, tetap masih ada isteri yang 'tahu tapi takmo buat' baik type 1 atau type 2. Sama aje. Kedua2 type pun perlu diingatkan berkali2. Sama macam didik anak. Kena ingatkan berkali2. Mereka (ustaz ustazah) nak tolong kita masuk syurga. Type 1 dengan alasan penat jaga anak, buat kerja rumah. Type 2 dengan alasan penat bekerja dan urus hal hantar-jemput anak. Sama aje kan? Kat rumah, kedua2 type akan bekerja, tak dapat goyang kaki kecuali disediakan maidlah. Tapi saya yakin yg banyak berbunyi ni ialah yg tidak disediakan maid. Jadi, yg ada maid kita panggil type 3 lah. Tak masuk dalam ini cerita.

Seharusnya sebagai isteri type 1, 2, atau 3 sekalipun mengambil segala yang baik dan berazam memperbaiki diri sendiri.  Tak semua isteri type 1 berpeluang menyambut suami di depan pintu dengan muka manis dan badan wangi. Dan tak semestinya isteri type 2 tidak berpeluang menjadi isteri yang disenangi suami. Dan tak semestinya yg type 3 tu confirm takde masalah.

Dan jangan sangka suami tak ambil berat tentang hal2 yang menjadi topik perbincangan. Suami yang prihatin pasti akan membaiki diri sama ada secara drastik mahupun secara perlahan. Baik isteri mahupun suami perlukan dorongan dan sogokan kerohanian dari semasa ke semasa. Bukan kritikan yang takde kesudahan. Kita ni hamba. Hamba Allah. Jangan sekali2 sombong, bongkak atau dengki sesama sendiri. Eh bukan ke banyak ceramah agama yg menyentuh tentang tanggungjawab suami? Tak caya gi Youtube cari la ceramah2 agama. Dengar baik2. Faham baik2. dan banyak juga disentuh tentang peranan suami yg beristerikan isteri type 2. Banyak. InsyaAllah jumpa. Kalau tak cari, tak jumpalah.

Cuba jawab 8 persoalan yang saya tulis di atas tadi. Jawab dengan jujur dan ikhlas. takyah cerita kat saya. Takyah cerita tak sesapa. Jawab sejujurnya untuk diri sendiri. Adakah anda berbincang? Dan adakah anda bersetuju dengan hasil perbincangan?

Kat situ mungkin akan nampak masalah sebenarnya.... adakah benar anda perlu dibantu atau anda sendiri tak berusaha membantu diri sendiri?

Saya pun tak perfect. Langsung tak perfect. Kadang2 tak puas hati bila abamjohn mungkir janji. Marah bila abamjohn lupa itu ini. Merungut, masam muka, menangis.. semua complete set abamjohn dapat. Cuma saya tak pernah menengking dan tinggi suara kat suami. Apa lagi mengganas. Sebab tulah isteri type 1 juga kena jugak dengar ceramah agama, supaya berbalik kepada apa yg sepatutnya. 

Bukan senang jadi isteri type 1. Memang saya bebas nak berehat waktu bila saya nak. Saya boleh arahkan anak-anak yg dah besar buat kerja jika perlu. Tapi byk jugak perkara yg menjadi priority kami isteri type 1 apabila anak2 di depan mata. Dan perkara2 inilah yg menjadikan kami letih luar dalam.

Dan saya tau tak senang jugak jadi isteri type 2. Mana nak fikir hal kerja, hal anak, hal rumah lagi. Tapi dulu saya pernah merasa jadi isteri type 2. Seronok pegang duit banyak2. Memang saya tak membantu bayar bil. Tapi saya bayar hutang piutang saya sendiri. Saya shopping sesuka hati. Saya simpan dalam ASB, saya sakan beli baju anak2 tanpa mintak suami, sakan beli mainan anak tanpa berbincang dengan suami. Saya buat sesuka hati dengan duit saya sendiri. Best. 

Sekarang, apabila akhirnya saya memilih menjadi isteri type 1 semula, tanpa penghasilan (langsung) saya perlu akur dengan apa saja kedudukan kewangan suami. Kalau ada, adalah. Kalau sikit, sikitlah. Kalau banyak, baguslah. Nak beli apa semua kena mintak suami. Kalau suami ada bajet, dapatlah. Kalau takde bajet, sabar je lah. Takkan nak gaduh? Kdg2 tak dapat byr semua bil, redhalah. Mereka berusaha sebaik mungkin. Adakah kita sebagai isteri pernah bertanya keperitan suami kita dalam mencari rezeki?

Wahai isteri type 2, sepatutnya merasa beruntung jika anda masih ada lebihan wang yang boleh diguna untuk shopping, untuk beli baju anak setiap bulan, untuk beli tudung Fareeda setiap kali muncul keluaran terbaru, mampu bayar pengasuh jaga anak setiap kali anda keluar bekerja, mampu hulur duit belanja kepada orang tua. Sebab ada isteri type 1 yg hanya mampu pejam mata aje bila tengok anak pakai seluar koyak, baju anak nampak pusat, seluar senteng, makan telur dengan kicap sebab bajet duit dapur dah susut, muka dah kusam sebab tak mampu beli skincare mahal yg sesuai jenis kulit muka yg makin dimamah usia. 

Malah ada juga isteri type 2 yg saya kenal, bekerja kerana 99% membantu suami dan keluarga. Suami kerja tak tentu, kdg2 ada hasil kdg2 tidak. Tapi bila ada duit, habis kat diri sendiri aje. Isteri type 2 yg kerja tetap tulah yg bayar segala bil, bayar ansuran rumah, sediakan duit dapur, bayar gaji maid, uruskan hal anak2 yang ramai termasuk anak istimewa beliau. MasyaAllah... nak berkereta baru memang dia tak mahu. Dia gagah dengan kereta yg 'janji boleh bawak pegi balik ofis dan habis bayar takde hutang' tu. Melaram memang tidak. Bermekap pun tidak.  Takat lipgloss aje. Saya sangat kagum dengan beliau. Maid yg ada cuma bekerja bila kawan saya keluar kerja. Bila hujung minggu maid nak balik jumpa suami. Kawan saya la yg jaga anak, memasak mengemas. 

Dan jgn dilupa yg type 4. Yg ibu tunggal. Uruskan segala hal sendiri. Yg tidak dibantu bekas suami, atau mungkin yg kematian suami. Sedarlah waktu kita merungut perihal suami kita, ada orang yg berharap untuk mempunyai suami untuk berkongsi rasa dan bicara.

Sekian. Wassalam.






Resepi Ayam Panggang Spesial

0
0
Assalamualaikum.

Sejak cuti sekolah, saya memang jarang masak nasi. Saja layan selera anak-anak saya yang sukakan makanan 'selain nasi'. Biasanya antara menu biasa ialah spageti bolognaise, kengkadang saya buat yang kuah putih iaitu Alfredo. 

Masakan italy ni senang sangat nak memasaknya, cuma tak boleh nak telan hari2. Jemu. Untuk kuah merah memang saya pakai kuah jenama Kimball tapi saya masak balik dan tambah daging cincang, bawang besar,  bawang putih, tomato fresh potong dadu, cendawan, serbuk ketumbar (cumin), oregano dan sedikit susu segar utk lagi sedap. Utk alfredo saya buat sendiri kuahnya. Hanya tumis (dgn olive oil) bawang putih, isi ayam, oregano, basil leaves, lada hitam, garam, susu segar dan mozarella cheese. Kemudian gaul aje pasta ke dalam kuah. Siap utk dihidang.

Pagi2 pulak saya sediakan sandwich. Saya paksa anak saya makan sayur, saya hiris halus2 daun salad, tomato dan perahkan lemon ke atasnya (kadang2 saya hiris nipis lemon dan letak aje dalam sandwich), pastu saya bakar roti yang diletak cheese. Isi sandwich saya buat scrambled egg aje. Tabur je lada hitam kisar, letak sos sikit, dah siap. Sedap, menyelerakan dan berkhasiat! Saya tak beli dah cereal semenjak tengok Youtube, kajian mendapati cereal mengandungi logam! Makanan siap makan untuk baby juga mengandungi logam? Ni betul kaw-kaw punya rancangan nak pupuskan populasi manusia dunia. Dan jagung yg dibuat emping jagung tu adalah jagung clone. Genetically modified. Untuk info lebih lanjut boleh cari kat youtube. Kajian yg cakap tau, bukan saya memandai.

Hari ni tekak saya dah mintak nasi. Tapi lauk pulak nak spesel tapi simple. Saya sediakan ayam panggang yang resepinya saya ambil dan modified serba sikit daripada youtube, Giada At Home dan Guy's Big Bite. Rancangan2 memasak kegemaran saya kat tv hehehhe.

Bahan-bahannya:


Ayam potong 8 (nak whole chicken pun takde masalah)
Sebiji lemon diambil jusnya 
2 sudu besar kicap cair (soy sauce) - saya guna Lee Kum Kee
1/4 cawan minyak zaitun (boleh ganti minyak sayur kalau low budget)
1 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu teh rosemary
1/2 sudu teh oregano
1/2 sudu teh thyme
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar

Untuk hiasan:

lada benggala

*boleh tambah kentang yang dipotong dadu kalau suka

Cara:

Bersihkan ayam dan toskan airnya.
Campurkan semua bahan dalam satu bekas. Gaulkan ayam dan perap selama satu jam.
Dengan menggunakan bekas ovenware, bakar ayam bersama bahan perapan tadi dalam oven dengan suhu 175ºC selama kira2 1 jam 30 minit dalam keadaan terbuka. Jgn tutup tau. Perhati sikit ayam tu jgn sampai hangus atasnya.

Selepas itu keluarkan bekas yg berisi ayam tu dr oven, tutup dengan aluminium foil dan biar dalam keadaan tertutup untuk 10-15 minit. Hati2 panas tau. Sebenarnya nak 'rehat'kan masakan tu sekejap. Kalau bekas tu ada penutup, guna penutup dia aje.


sebelum direhatkan


tutup dengan aluminium foil


saya rehatkan dalam oven sebab khuatir anak tersentuh


Baru2 ni saya belajar tentang 'rehat'kan masakan sebelum dihidang.  Sama macam masak steak atau ayam panggang. Kononnya akan membuatkan rasa masakan meresap menyeluruh dan menjadikan ia lebih sedap. Sama macam masakan melayu kita jugak, lepas masak tu, tengah panas2 jangan la makan dulu. Nanti mesti rasa tawar la, tak cukup perasa la... jadi kita pun tambah garam... bila makanan mula menyejuk, mula la rasa masin! Oh jadi 'merehatkan' makanan yg baru dimasak adalah satu petua makanan jadi lebih sedap.

intai sikit. Berasaaappppp......

saya sukakan aroma rosemary dan thyme yg unik. Dan tambahan minyak bijan dengan aroma kekacang tu mmg lain dari yg lain



Saya hidangkan dengan salad dan kicap pekat + cili potong. Ada jugak sayur siew pak choy kegemaran saya. Tak perlu lauk banyak2 nanti makanan susah nak hadam. Kalau nak jaga kolestrol jgn la hirup 'kuah' dia lebih2. Cukup kasi 'mandi'kan ayam tu sebelum mencedoknya ke pinggan.

Resepi ni boleh digunakan nanti masa bulan puasa. Sesuai buat bukak puasa, tak perlu nak lauk banyak2. Membazir.

Sekian wassalam.




Resepi: Donat Gebu Ringkas Paling Senang Buat

0
0
Assalamualaikum.

Rasanya tak terlambat untuk ucapkan salam ramadhan buat semua. Dah masuk 10 hari kalau tak salah... sekejap aje masa berlalu. Rasa macam baru aje kita berpisah dengan ramadhan, skrg dah berjumpa kembali. Ramadhan kali ni memang sekalipun saya tak ke pasar ramadhan. Setiap hari masak sendiri. Sahur pun ala kadar, apa yang ada aje. Anak dan abamjohn pun tak cerewet, alhamdulillah. 

Tapi saya takmo la ambik kesempatan atas ketidakcerewetan mereka, saya nak pengalaman berpuasa adalah pengalaman indah buat anak-anak saya, jadi saya berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan juadah berbuka puasa yang istimewa setiap hari. 

Paling best bila anak saya yg berumur 9 tahun bgtau saya; "Best la bulan puasa makan sedap2" dan setiap hari juga anak-anak yang kepuasan makan akan bergilir2 ucap "Thank you mami!". Rasa hilang penat lelah bersilat kat dapur.

Semalam tekak saya ni teringin pulak nak makan donat. Orang putih panggil doughnut atau donut. Sama aje bunyiknya. Dulu rasanya pernah share resepi tapi sebab saya malas nak selongkar blog, saya google resepi baru dan ternyata resepi kali ni lebihhhhh senang buat. 

Bahan-bahan donut ringkas:

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu makan mentega dicairkan
3 sudu makan gula castor
3 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur
1 paket yis kering mauripan

Cara:

1. Larutkan gula dan susu ke dalam air suam. Tambahkan yis dan kacau. Biar sehingga sebatian berbuih. Itu petanda yis sedang buat kerja. Kalau tak berbuih tandanya yis dah rosak. Gi beli lain hehehehe.

2. Mentega cair dan telur disatukan. Pukul sikit. Masukkan ke dalam campuran yis yang dah berbuih tadi. 

3. Sediakan tepung. Buat lubang di tengah2 tepung dan tuang campuran yis tadi. Gaul semuanya. Boleh guna senduk kayu atau tangan yang bersih. Saya suka gaul pakai tangan aje. Bancuhan ni memang melekit. Jangan risau. Bila dah sebati, perapkan bancuhan di tempat kering dan agak panas selama 45 minit. Saya perap dalam oven yang di-off. Jangan on pulak. Kang masak pulak dia hehehe. Jgn lupa tutup dengan kain kering ye.

4. Selepas 45 minit bancuhan akan naik tinggi. Sediakan tempat untuk menguli. Tepuk2 dan tabur lebih2 tepung tu kat tangan dan tempat menguli. Uli sikit dan boleh terap. Saya guna penerap khas donat yang saya beli kat supermarket. Senang guna dan saiz dia besar, dapat dalam 10 biji donut saiz besar dan yang bulat tengah tu pun saya goreng. Yang lebih sikit2 tu saya bagi anak saya main.




5. Selesai menerap, boleh sediakan kuali menggoreng. Jangan panas sangat ye minyaknya. Nanti dibalik2kan donutnya agar ia masak sekata. 


memang geboooooo..... bravo....

tinggal sikit sebab Cik Rai dah 'rasa' dulu



Macam ni punya resepi, pejam mata aje kita buat kih kih kih... tapi memang sampai sahur pun gebu. Buat pengetahuan, resepi ni saya dah kurangkan penggunaan gula. Dalam resepi asal diambil daripada dapur-mamasya.blogspot.my katanya letak 6 sudu gula tapi saya lebih suka kurang manis sebab nanti nak salut gula di luar pulak. 

OKlah uols... boleh cuba menerap petang nanti kalau cukup bahan. 

Wassalam.

Periuk dan Wok

0
0
Assalamualaikum.

Sekarang asyik belek 11street.my cuci mata tengok periuk dan kuali. Sempat jugak saya beli satu periuk non stick ceramic coating yang sangat special dan cantik. Yg ni diterbangkan terus dari Korea, jenama Chef Topf series La Rose. Memang pemegang penutup dia macam bunga rose. 

Walaupun dalam hati nak brand lain, disebab ada offer cantik di 11street, saya beli dulu yg harga best ni. Harga asal dalam RM300 - RM500++ tapi offer ni antara RM169 - RM260 bergantung jenis pilihan kita. 



Tapi saya beli yg ni dulu, harga RM188.60 free shipping dari Korea:


 Tu dia.....




Memang best periuk ni. Selain fungsi tahan karat dengan kualiti premium, bila memasak guna periuk ni, rasa rilek aje hahaha sebab dari luar tenang aje, padahal dalam periuk tengah mendidih tuuuu..... takde pulak tutup periuk menari2 dengan wap yang huru hara...

Ni saya masak tomyam:


Pastu dengan periuk yg sama saya buat ikan stim. Nak pakai periuk stim tapi takde pulak. Jadi saya guna periuk ni aje. Letak air sikit, masukkan ikan siakap yg dah diperap (garam, lada sulah, lemon) serta bawang putih ketuk, hirisan halia dan bawang merah,  serai, brokoli, carrot, masak 5 minit. 



Pastu saya tuang air sikit lagi (supaya tak hangus bila air tak cukup) beserta sos tiram + kicap cair, tomato dan bawang goreng, masak lagi dalam 5 ke 8 minit. SIAP. Dah ala2 ikan kukus. 

Ditambah pulak terjumpa offer wok jenama Kitchen-Art dari Korea jugak di Qoo10.my, makin seronok memasak. 




Saya rasa ini deal paling baikkkkkkk setakat ni. Dengan pos dalam RM69 kot. Wok mcm ni baru puas goreng nasi, goreng mi, goreng ikan. Kalau guna frying pan memanjang merecik minyak, tumpah2 pulak.  Dan wok ini adalah salutan diamond coating dengan LIFETIME guarantee. 


wok size 30cm

diamond coating

ringan, sesuai untuk yg sakit pinggang hehehhee

sesuai untuk stove, electric dan ceramic cooktop

Offer ni semua tak lama. Tinggal beberapa hari je lagi nak habis. Yg Chef Topf kena tunggu dalam 2 minggu utk sampai Msia, tapi yang wok tu ready stock di Malaysia. Dalam 2 hari sampailah insyaAllah.

OKlah. Nak pi jenguk dapur, apa yg ada untuk di masak. 

Wassalam.

Resepi : Chicken And Dumpling Melayu

0
0
Assalamualaikum.

Saya ada kata semalam, bulan puasa nak kasi anak pengalaman berpuasa yang menyeronokkan, kan? Jadi salah satu cara nak kasi diorang seronok ialah dengan memasak masakan kegemaran dioranglah.

Salah satu makanan yang anak-anak saya akan makan tanpa pandang kiri kanan ialah satu masakan yang entah dari negara mana, saya cedok resepi dan bega sikit mengikut kesesuaian dan keselesaaan dan dijamin HALAL iaitu Chicken And Dumpling. Yang ni saya cedok resepi daripada Laura Vitale di Youtube. Saya memang suka tengok Laura masak sebab penjelasan dia jelas dan senang nak ikut.

Yg ni sama ada nak makan gitu aje atau makan dengan roti atau dengan nasi, terpulang tapi ia berkuah dan creamy. Memang budak2 suka sangatlah.

Bahan-bahan:

3 batang lobak merak, bersihkan dan dipotong dadu
1 bawang besar potong dadu
3 batang celery, bersihkan dan hiris
1 kg isi ayam dihiris kira2 1 inci
7 1/2 cawan air
1 stok ayam cube / stok ayam
1/3 cawan tepung gandum
1/2 cawan cooking cream / heavy cream
garam dan lada hitam kisar secukup rasa
1 sudu teh thyme
1 sudu teh rosemary
1/4 cawan minyak sayuran

Dumplings:

2 cawan tepung gandum
1 cawan susu full cream
1/4 cawan heavy cream/cooking cream
3 sudu besar mentega cair
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh garam
1 sudu teh daun parsley cincang (saya guna yg kering)
Black pepper kisar secukup rasa


Banyak eh bahan-bahan dia? Macam banyak tapi semua tu biasa dijumpai di dapur kecuai heavy cream tu dan rempah2 tertentu. Rempah2 ni saya memang simpan sebab suka sangat masak makanan barat ni.

Ok cara2nya:

1. Sediakan periuk, sebaiknya periuk berpenutup ye. Laura Vitale pakai cast iron iaitu dutch oven yang berat dia berkilo2 tu.

2. Panaskan minyak pada suhu sederhana aje. Kita masak kuah dia dulu. Bahan dumpling letak tepi tau.

3. Gaul ayam dengan tepung. Masak ayam gaul tepung tu dalam periuk yg dah ada minyak tadi dalam 4 minit sampai dia brown sikit. Garamkan dan lada hitamkan dia sikit. Angkat.

4. Periuk yg sama, bekas masak ayam tadi... boleh tambah sikit minyak lagi kalau perlu. Masukkan karot, bawang dan celery. Garam dan black pepperkan dia. Bila dah layu sikit dalam 7 minit gitu, terus masukkan balik ayam tadi, kacau ala kadar sikit pastu tambah thyme dan rosemary. Kacau. Wangi tau bau dia nanti.

5. Masukkan air dan stok ayam. Tutup periuk dan biar merenih 45 minit. Laura guna wine tapi saya skip step tu.

6. Kemudian masukkan heavy cream. Lepas tu boleh sediakan dumpling. Eh jgn lupa rasa sup tu sedap tak? Kalau perlu garam dan pepper, tambahlah.

7. Campur semua bahan dumpling dalam bekas lain. Bancuhan akan agak lengkit dan lembik. Memang gitu ia perlu kelihatan. 

8. Check periuk, kuah tadi dah mendidih?

9. Scoop guna sudu atau ice cream scoop sederhana besar bancuhan dumpling ke dalam sup tadi. Buat sampai habis. Biarkan dumpling masak dalam 15 minit. Tutup api dan biarkan sekejap 5 minit sebelum dihidangkan. Hmmm yummy.....



ayam

dumpling



Nak tau sedap atau tak, bolehlah try ok. Tak pasti bagaimana rasa sebenarnya masakan ni tp versi melayu halal ni dah cukup puas hati :)




Kalkulator Fidyah

0
0
Assalamualaikum.

Setiap kali nak masuk bulan ramadhan pasti ada yang kelam kabut mengganti puasa tahun lepas dan puasa2 tahun2 sebelumnya, biasanya bagi ibu-ibu yang pernah mengandung dan melahirkan anak atau menyusukan bayi sepenuhnya.

Macam saya sendiri, anak pertama saya lahirkan pada 7 Ramadhan.  Dan masa tu saya dapatlah berpuasa 3 hari aje sebab dah dekat2 nak bersalin tu memang tak daya dah nak menahan lapar. Asyik lapaaaaaaaaarrrrrr aje! Pastu anak seterusnya, terus terang saya katakan saya tak kuat menahan lapar sebab nanti masuk angin dan saya rasa nak pitam. Apa lagi bila saya ni kekurangan hemoglobin (parah gak), memang rajin gelap mata. Jadi, setiap kali masuk bulan Ramadhan, saya memang tak puasa. Beruntunglah anda-anda yang kuat berpuasa walau sedang mengandung sebab saya tak dapat nikmat tersebut. 

Mengandung pulak rapat2. Anak menyusu. Jadi, sepanjang kilang beroperasi tu memang saya tak daya nak mengganti puasa. Setiap tahun akan cari kalkulator fidyah untuk bayar fidyah bagi puasa2 yang tidak terganti. Sekarang, saya sedang berusaha mengganti puasa2 yang tertinggal. Saya dah tak ingat berapa banyak saya dah ganti dan berapa banyak saya tinggalkan. Bagi mengambil jalan selamat, saya kira complete set aje untuk 5 anak. Setiap tahun saya akan pastikan fidyah dibayar sebelum habis Ramadhan.

Eh sebelum tu, bagaimana kita nak tau yang kita wajib membayar fidyah?

Mertua saya pernah bgtau saya, kalau meninggalkan puasa kerana diri sendiri semata, wajib mengganti puasa saja tanpa bayar fidyah. Contoh: haid. Tiada kena mengena dengan org lain. Haid itu dtg dari badan sendiri kan... Sakit/uzur - diri sendiri sakit/uzur. Jadi wajib ganti puasa aje bila dah sihat.

Pastu katanya lagi, kalau meninggalkan puasa kerana orang lain, maka wajib dibayar fidyah DAN mengganti puasa sebanyak mana yang telah ditinggalkan.
Contoh: mengandung - dalam perut ada anak kan? Menyusu - anak nak minum susu. Kalau kita tak makan nanti susu untuk anak berkurang. 

Lebih kurang gitu lah...

Untuk keterangan lanjut sila rujuk ustaz. 

OK. Untuk perkiraan fidyah, bagi negeri Selangor, telah disepakatkan bahawa denda fidyah adalah berdasarkan kadar harga beras semasa (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak.  Beras tersebut perlu diberikan (makan) kepada fakir miskin, bukan membayar dengan wang atau brg lain. Beras aje ok. Dan juga, bayaran denda hanya mengikut hari puasa tersebut ditinggalkan, tak perlu digandakan apabila melangkaui tahun.



Ada org kata kalau tahun lepas tak habis ganti, tahun depan kena ganda. Bayangkan kalau 10 tahun mengandung, beranak tak berhenti. Berapa juta agaknya nak kena bayar fidyah? Kalau tengok kat website ZakatSelangor, ada info di KLIK SINI (gambar) tu, tp skrg page tu tak boleh bukak sebab under maintenance. tapi saya dah pernah baca, katanya, denda fidyah tidak digandakan kerana tidak mahu membebankan. Sama jugak dengan bilangan hari yang perlu menggantikan puasa yang tertinggal. Tidak digandakan.






Apa-apa pun, bila terdaya tu gantilah secepatnya puasa yang tertinggal. Bila last minute dikhuatiri tak sempat. Bak kata mertua saya, berpuasalah setiap Isnin dan Khamis dengan niat qada. Sedar tak sedar habis dah semua diganti. 

OKlah uolsssss.... ngantuklah pulak. Masak apa berbuka hari ni?



Wassalam.




RAYA 2016 DAN HIAS MENGHIAS

0
0
Assalamualaikum.

Amboi bersawang blog saya. Raya sakan ke? Haha. OK walaupun raya dah nak habis, saya masih jugak nak ucapkan Selamat hari raya buat semua pembaca blog saya, sama ada follower tetap atau yg tersinggah tu. Walau dah pindah ke rumah baru, raya kami masih sederhana, tidak berlebih-lebihan, tiada kuih muih penuh meja, tiada baju 18 pasang, tiada kasut 40 pasang. 

Terus terang saya cakap, pengalaman hidup dah banyak mengubah saya untuk jadi lebih besederhana. Nak beli perfume RM300-400 sebotol rasa serba salah sekarang ni walau diberi greenlight oleh abamJohn. Saya rela beli FM perfume aje ataupun gi Body Shop beli perfume RM100+. Tiada lagi keborosan yang melampau macam dulu2. Syukur untuk nikmat pengalaman yang menyedarkan dan menginsafkan.

Tapi macam mana pun, untuk raya, saya nekad nak beli meja makan idaman haha. Meja yg saya pernah share kat blog ni dulu, dari Ikea. Sesuai untuk keluarga besar saya yang mana anak2 pun makin lama makin membesar, lebih besar dari saya. BACA SINI.

Setelah buat survey sana sini, maka tak silaplah pilihan saya harapnya. Walaupun kena hangkut sendiri masuk kereta, pasang sendiri, hasilnya memang puas hati. Meja dia panjang, kuat, lasak, dan tak terlalu berat kalau nak alih bila ada kenduri.


bunga atas meja pun dah bertahun tak ganti. Karpet lama. Meja boleh panjangkan lagi dan muat lagi 2 kerusi

Untuk konsep minimalis, memang semua pun minimalis lah. Tak mau semak2, tak mau terlalu sarat dengan hiasan. Jenuh nak mengelap nanti. Ruang tamu pun simple aje. Saya cuma ganti langsir yang saya beli di Ikea (edisi khas raya haha - pastu malas jahit sendiri), gantung frame dan tukar sarung kusyen. Kurang belanja. 

almari laci MALM IKEA. RM400+++

sofa lama ganti sarung

sarung kusyen kanan dari Ikea, yg kiri dari H&M

Simple kan?

Sarung kerusi meja makan saya ada spare kaler dark grey. Kalau ada majlis yang perlu jemput tetamu, saya akan tukar kepada yang itu hehe. Itulah yang bestnya dengan kerusi Ikea tu, boleh beli sarung lain, boleh simpan jugak buat spare jika perlu.

Proses pindah kami dah hampir nak selesai. Ada lebih kurang 10% barang lagi untuk dipindahkan. Itupun nanti kami akan pilih mana yg boleh diguna dan mana yg perlu recycle. Dapur basah saya yang bocor? Masih bocor huhu... Yang ni lenkalilah saya cerita bila dah siap nanti. Masih dalam proses baikpulih oleh tukang yang lain.

OK janji telah ditunaikan. Sekali lagi saya ucapkan selamat hari raya kepada semua.

Meh belanja satu gambar raya:


cinta hati selamanya




Clone Apps

0
0
Assalamualaikum.

Wowwww dah berapa bulan saya biarkan blog saya mereput? 6 bulan ye? Sejak ligat ber-smule, saya lupa macam mana nak cari idea untuk berblog. Sebab dunia saya kini terhad hanya di depan mic saja kononnya. Kehidupan saya sangat membosankan, mengecewakan dan banyak 'me' lagi sehinggalah saya temukan satu cara melepas stress. Tapi nampaknya sekali lagi passion saya yg satu ini bakal berkubur bila ia bakal terhalang. Dan saya akan kembali stress dan rasa namatey.

Huhuu ok berbalik kepada tajuk. Kita nak citer tentang clone apps di smart phone / ios anda. Ada sesetengah application hanya membenarkan satu akaun berdaftar di smart phone. Contohnya: Whatsapp, FB Messenger dan Smule. Whatsapp kita sedia maklumlah yang satu fon hanya boleh ada 1 Whatsapp kan. Dan Smule pulak, kalau ada lebih daripada 1 akaun, kena uninstall dan reinstall apps tersebut dan log in ke akaun yang satu lagi. Leceh kan? 

Dengan adanya Parallel Space, masalah tersebut bukan masalah lagi horeyyy.....



 Saya gunakan apps ini di smart phone Sony Xperia Z2. Mudah sangat nak guna.

install
Apps yg dibenarkan untuk di clone. Saya pilih Smule dan Whatsapp saja
 


nampak folder?

Untuk Whatsapp, pastikan ianya akaun sedia ada dari fon lain milik anda ye. Iaitu jika anda ada 2 fon, kedua2nya ada Whatsapp. Skrg tak perlu belek ke dua2 fon untuk cek whatsapp. Memadai guna 1 fon untuk cek whatsapp dari kedua2 nombor. Sesuai kalau kat luar rumah, kdg2 org whatsapp nombor ni, kdg2 org whatsapp nombor tu. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, perlu dapatkan verification code dari fon asal di mana whatsapp mula2 didaftarkan. 








 

Aku Tak Biasa

0
0
Assalamualaikum.

Hai... ok tajuk entry kali ni ialah tajuk lagu. Saja nak cerita akan satu kebetulan yang berlaku semalam. Semalam kan, saya tiba2 teringat satu lagu lama, tajuk dia Aku Tak Biasa. Penyanyinya nama Alda. Indonesian song. 

Saya pun cari kat YouTube. Untung2 kalau key leh sampai, saya nyanyi la kat Smule nanti keh keh keh.




Lepas je layan lagu ni, saya tengok ada related videos kat bawah. Eh, dah meninggal rupanya penyanyi ni. Memang saya tak tau langsung. Yang saya tau, Nicky Ardilla dan Poppy Mercury yang dah meninggal lama dulu. 


 Saya pun layan la klip tersebut. Ternyata allayarhamah meninggal akibat overdosis narkoba. Orang Malaysia kata overdose dadah le. Dia ditemukan dengan bekas suntikan yg banyak di badannya. 

Tapi kan, yg menjadi satu kebetulan di sini ialah, tarikh kematian. Saya cari kat You Tube semalam, 13 Disember 2016. Tarikh kematian pulak pada 12 Disember 2006. Huhuuuuu kebetulan apakah ini?

OKlah kebetulan, keajaiban memang wujud selalu dalam hidup kita. Tiada apa yg mustahillah.  Memang tiada apa yg mustahil. 

Contohnya istilah "Perigi di kaki gunung". Kalau dulu maksud istilah ni ialah rezeki mencurah masuk. Ye la, segala air yg turun dari gunung masuk dalam perigi. Air ibarat rezeki. 

Lepas 15, 16 tahun istilah tu berubah maksud pulak. Segala air, sampah sarap semua masuk perigi. Dengan rezeki, dengan bala, semua pun masuk, katanya.

Lepas 17 tahun lain pulak. Kemarau. Air dah takde. Yang masuk hanya sampah. Hahaha. Rezeki dah habis, bala yang tinggal. 

Kan? Takde yang mustahil kan? Jadi, wahai pembaca budiman, perlu sentiasa bersedia dengan apa saja yang bakal hadir dalam hidup kita. Sesungguhnya takde yang mustahil.

Tata.

 


Tutorial Smule: Dari VCD Karaoke Ke Minus One Dengan Audacity

0
0
Assalamualaikum.

Hai uols. Hari ni tergerak lak hati nak buat tutorial untuk kaki smule yang nak tukar VCD karaoke ke minus one supaya boleh upload kat Smule. Bukan apa.. ada lagu yang kita nak nyanyi tapi tak ada pulak kat Smule. Kebetulan kita ada vcd karaokenya tapi tak tau macam mana nak tukar file video tu ke minus one.

Okeh. Meh kaklong ajar. Saya pun jenuh mendapatkan caranya di Youtube. Banyak sangat tutorial tapi banyak jugak yang mengelirukan.

Tapi kan, suka saya nak mengingatkan bahawa, kalau uols rasa nak 'buang' suara dari cd biasa dengan menggunakan apps, rasanya takyah buang masa, lah. Sebab mcm mana pun nanti suara tu tetap ada sayup2 kat belakang. Jadi, yang terbaik adalah menggunakan VCD karaoke.

Ok pertama sekali, katakan uols dah ada VCDnya. Install apps 'Audacity' ke laptop/macbook/komputer. 


 Dah ada?

Ok pastu buka file VCD seperti di bawah:



Copy file 'MPEGAV' ke komputer (.DAT files). Saya copy semua sekali sebab senang nanti nak cari.


OK next. 

Buka apps Audacity. Pergi ke File. Open file .DAT yang kita nak. Saya nak track ke 12. Double click.



Nanti kuar la benda ni.


Tengok belah kiri tu. Itu bermakna file tersebut ialah dalam bentuk Stereo. Kita nak asingkan stereo tersebut kepada channel left and channel right.


Ok nampak MrsLya.com tu? Atas tu nampak tak 'AVSEQ12' dan ada drop down menu? Klik situ.


Ok nampak tak menu macam kat gambar atas? Sila klik di 'Split Stereo Track'. 

Nanti dia akan split ke channel Left dan Right. Macam gambar di bawah:


Ok. Gunakan earphone, cari mana satu yang ada vokal, mana satu yang tiada vokal (tekan button PLAY kat atas tu). Contoh, kanan ada vokal, kiri kosong tiada vokal. Jadi, kita takmo yang ada vokal. Kita buang yang ada vokal. Caranya ialah, pertama sekali mesti STOP dulu lagunya. Kalau lagu tengah PLAY takleh buat apa2 pun nanti. STOP ye. Ok dah stop?

Nampak kan yg atas Left, yang bawah Right. Kita takmo yang right sebab ada vokal.

Ok yg right tu kita nak delete. Tekan 'X' kat sebelah AVSEQ12 (right channel punya) untuk delete sound belah kanan. 


Sekarang dah tinggal Left aje. Yg tiada vokal. Tapi kalau guna earfon kita akan dengar belah kiri aje. Kanan xde bunyi. Kita takmo gitu. Kita nak dua2 bunyi. Jadi, pergi ke atasssss sekali, tekan EDIT.


Klik DUPLICATE.

Nanti jadi la gini:


Tapi dua2 'Left' channel kan. Pergi ke yg bawah punya, sebelah AVSEQ12 ada arrow utk drop down menu kan. Klik situ.


Klik 'Right Channel'. Skrg kita dah dapat channel Left dan Right kan. Tapi mesti tukarkan jadi Stereo lak. Pergi ke channel yg atas, klik drop down menu.

Select 'Make STEREO Track'. 


Dah jadi. Skrg nak save. Pergi ke File, klik 'Export Audio'.




Saya save ke file M4A je sebab nanti guna Real Converter bleh convert ke MP3. Tapi untuk upload kat smule, boleh je guna file M4A. File ni disave di Folder Audacity. Sila cari kat sana ye. 

cari file tadi kat Audacity folder

OK senang kan? Boleh la buat minus one untuk pertandingan nyanyi ke, atau untuk upload kat Smule. Dan lepas ni kita belajar macam mana nak tukar key lagu lak, guna Audacity. 

Bye.







 

DIKAU - Fairuz Hussein

0
0
Assalamualaikum.

Lama tak main iMovie hehe. Hari ni saja je buat klip video pakai iMovie, lagipun lagu ni tak dijumpai kat Youtube atau mana2 channel pun. Lagu tahun 1989, masa ni saya form 2. Hari tu gi Speedy Video terjumpa cd ni.

Bestttt....

OK uols, meh layan Fairuz Hussein, DIKAU...

Eh tapi part hujung takde lirik sebab tetiba padam je kat edit tu. Cisbedebah betul. Terpaksa save aje sebelum hasil sepanjang hari hilang gitu aje. 


Body Shop Di Zalora Malaysia

0
0
Assalamualaikum.

Rasanya ramai kenal brand Body Shop kan? Teringat dulu masa zaman sekolah menengah, antara perfume popular di kalangan kami sememangnya Body Shop yang mampu dimiliki kami pelajar sekolah iaitu harga sebotol perfume oil yang sangat concentrated kira2 RM40 saja. Calit2 aje kat pergelangan tangan, belakang telinga, baju sikit, dah cukup semerbak bau dia. 

Dulu saya selalu guna Dewberry. Bila kuar dari toilet tu memang tertinggal la bau tu kat toilet. Bila masuk MRSM Perlis pulak, perfume tidak dibenarkan dibawa. Tapi saya bawa jugak. Kita nak wangi, kena la pakai perfume kan hehehe. Tapi saya sorok dalam poket baju maktab yang dah siap digosok dalam almari. Oh almari saya sentiasa kemas dan bersih. Baju digantung mengikut warna. Tukang spotcheck memang tak sampai hati nak godeh almari saya hehe. 

Sekarang, dalam keadaan sekarang, nak nak bila kaki tangan bagai terikat kat rumah. nak keluar takde transport, nak ke mana2 kena tunggu orang bawak, hidup bagai burung dalam sangkar kononnya puiiii.... tapi sibbaiiikkk ada Zalora! Kini Body Shop dijual di Zalora tau! Dan ada satu haruman yang memikat hati saya iaitu Japanese Cherry Blossom. Bau dia memang sangat bestttt!

Harga pun oklah tak mahal sangat. Eau de Toilette 50ml dijual pada harga RM119. 

http://referral.zalora.co.id/29

Best sangat bau dia. Nak lotion badan pun ada harga dalam RM60++. 

Nak satu set hadiah kat diri sendiri pun ada. 

http://referral.zalora.co.id/29


http://referral.zalora.co.id/29


Kalau berminat nak shopping Body Shop di Zalora boleh la ke link di SINI

Selain Body Shop, ada banyak lagi brand lain yang best2 di ZALORA.  Jenguk2lah mana tau ada yang berkenan di hati.

OKlah uols. Saya berhenti dulu di sini. Tata.

Resepi: Kek Coklat Pressure Cooker

0
0
Assalamualaikum.

Ada banyak peralatan dapur yang saya simpan berbulan-bulan, dibeli tapi tak pernah digunakan lagi. Hood, hob, oven, periuk-periuk dan pressure cooker yang rapi tersimpan dalam kotak, dengan warranty yang hampir luput. Semuanya gara-gara menunggu dapur yang tak kunjung siap. Tak siap. Sekali lagi... tak siap haha. 

Oh ye saya masih memasak menggunakan portable electric cooker yang kalau nak menyiapkan lempeng untuk satu keluarga  mengambil masa hingga 2 jam hanya kerana satu aje kuali yang boleh digunakan. Kalau dulu bulan puasa kerja memasak bermula 4.30 petang paling awal, tahun ini saya mula memasak pada 2.30 petang. Kalau tak begitu, memang satu aje lauk yang dapat saya sediakan. 

gambar hiasan

Sabar dah sampai ke penghujung, saya keluarkan ajelah pressure cooker yang saya beli melalui Lazada tu. Dah lama tak guna pressure cooker, nanti lama-lama kempunan pulak nak menggunakannya kan? 

Tengok kat function yang ada, ada mode utk baking. Lalu saya pun cuba2 la nak membaking kek kali ni guna pressure cooker baru saya.

saya beli half price di Lazada

Berpandukan kepada resepi seperti di bawah, saya mula projek baking saya.

Resepi: 

2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko
1 ketul butter pada suhu bilik (250g)
3 biji telur sederhana besar
2 cawan gula castor (kurang manis - tambah 1 cawan lagi kalau suka manis)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
1 cawan susu segar / UHT
1 cawan air suam

Cara:

1. Butter dan gula dipukul hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu
3. Masukkan esen vanilla
4. Masukkan campuran tepung + koko + garam + soda bikarbonat  yg telah diayak bersama sedikit demi sedikit hingga habis
5. Masukkan susu sedikit demi sedikit serta air suam
6. Griskan  periuk pressure cooker dengan butter
7. Masukkan sebatian ke dalam periuk
8. Ikut arahan pada pressure cooker untuk mode 'baking'
9. Tekan button 'CAKE' dan 'START'




Bila dah berbunyi periuk tu, buka la dan cek sama ada kek sudah benar2 masak. Kalau tak masak lagi boleh tambah masa tambahan mengikut kesesuaian. 

Dan inilah hasilnya:



 Mula-mula takut nak keluarkan. Takut pecah. Tapi saya tunggu sejuk sikit baru saya terbalikkan.



Seriously cantik gila jadinya. Bila potong pun lawa. Gebu. Tak kering.

moist tau

Kek ni agak lembab teksturnya. Saya tak ingat mana saya copy resepi ni. Tapi saya ambil dari internet dan ejas serba sedikit sukatan yang diberi mengikut tekak saya.

Kalau ada topping lagi best. Tapi sebab saya dalam proses menguruskan dan membuang lemak2 lebihan dalam badan, saya tak buat topping.

Cubalah. Tapi periuk tu basuh sebersih-bersihnya sebelum guna. Jangan sampai kek ada bau kari ayam pulak. 

OK uols. Selamat membaking. Salam hujung tahun daripada saya Aliyyah.









 

Kurus Gemuk Kurus Gemuk : Part 1

0
0
Assalamualaikum.

Dulu masa dekat2 nak kawin, berat 55kg. Tiap-tiap hari dating, dia bawak makan roti canai minum teh tarik. Lalu saya diet setiap hari, bila tiba hari kawin berat saya hanya 51kg. Sampai la saya pregnant anak pertama, berat saya tetap 51kg tak berubah.

Bila tiap kali mengandung berat memang bertambahlah. Pernah naik hingga 20kg tambahan. Bila bersalin hilangnya cuma 5kg. Selebihnya usaha saya sendiri untuk kembali ke berat asal. Biasanya saya ambil masa setahun untuk kurus balik. Dan berat saya masa anak2 masih kecik dulu kekal di 50kg. Memang kurus kering dengan ketinggian 5' 4". 

Pastu bila anak dah besar sikit, berat naik jadi 53kg. Ok sikitlah. Pipi pun ada isi sikit. Bila tengok gambar lama memang tak suka muka cengkung macam jerangkung tu. Tapi bila saya aktif cari duit dulu, berat saya jatuh balik ke 50kg. Tapi pipi tak cengkung sangat sebab saya amalkan kolagen setiap hari. Bagus tau kolagen. Jangan berhenti bila umur dah banyak macam saya.

Sekarang anak dah besar2 semua. Berat pun bertambah, bertambah dan bertambah. Hari tu melonjak ke 60kg. Hari2  bergelas2 togok kopi dan milo. Tengah malam masih minum milo cicah dengan biskut lemak. Datang rumah kakak dengan selamba dia kata "Kau dah gemuk". Ikhlas dari hati dia. Bukan macam setengah orang, lagi kita gemuk lagi dia suka. "Baguslah gemuk sikit, tak kurus sangat.""Tak cantiklah kurus sangat". Padahal kalau diberi peluang, nak pilih gemuk atau kurus? 

Saya pilih kurus. Ringan dan senang nak cari baju. Tak terjojol sana sini. Maaf saya bukan memerli. Ada orang memang bermasalah dengan hormon yang tak seimbang sehingga berat badan naik walau makan tak banyak. Ada orang memang tak ada pilihan. Saya cuma menyuarakan pilihan saya untuk kekal kurus sebab saya mudah semput bila berat badan saya naik. Saya juga tak mau keluarkan wang lebih untuk beli baju baru. Takkan nak sarung aje baju dan seluar yang dah sendat bila badan dah naik? Kan? Hakak tak sanggup.

Jadi..... demi kembalikan berat badan ke berat ideal (sesuai umur dan keadaan), saya mula operasi menguruskan badan semula. 

Macam mana?

Tunggu next entry yaaaaa........



 

GOYANG DUMANG

0
0
Assalamualaikum.

Jom Goyang Dumang!

Saya kan... memang elak bila diajak nyanyi dangdut. Ya ampun... not my forte! Pada saya tak semua orang boleh bawak lagu dangdut dengan baik, dengan attitudenya, dengan lenggoknya dengan geleknya haha. OK akak xnyanyi sambil gelek. Goyang bahu pun tak. Keras je macam kayu depan mic, kalau nak tau.

Tapi kali ni saya dipaksa! Adeh... Sebab kawan saya ni selalu sangat open OC Goyang Dumang kat smule tapi saya tak pernah join hiihiiii. Mengelak! Dan kali ni takleh elak. Lagipun dia open OC kat page rasmi The Voice Mates (TVM), group di mana saya salah seorang ahlinya. Selagi tak join dia ajak, ajak dan ajak.

Maka....

Inilah dia. Meh goyang dumang meh.






 Syok pulak Goyang Dumang ni hhhahahahaa.... 
 

Selamat bergoyang ye.... #hiburansemata

Kurus Gemuk Kurus Gemuk : Part 2

0
0
Assalamualaikum.

Operasi kurus sedang giat dijalankan. Untuk permulaan, timbul kesedaran untuk diet. Saya kawal pemakanan. Kakak saya ada kasi sebotol sweetener 0 kalori yang gunanya sebagai pengganti gula. Gula berlebihan antara punca saya gemuk bagai dipam-pam.

Jadi, saya mula berhenti minum kopi (instant) yang ternyata sangat tinggi kandungan gula. Walau saya bagai ketagih minum kopi, SEBAGAI SEORANG YANG NEKAD, bila semangat tu dah datang, saya memang boleh senang2 buang tabiat yang satu ni. Bukan kopi aje. Milo pun saya tak minum dah. Saya cuma minum air kosong dengan banyak dan kalau teringin air manis saya akan bancuh teh o dengan sweetener 0 kalori tu. 

Bukan buang 100% gula. Saya cuma kurangkan mana yang tak perlu. Saya masih makan coklat sikit2. Kek pun saya makan cuma tak lahap lah. Nasi juga saya kurangkan. Nasi masih makan. Lauk saya lebihkan. Kadang2 saya cuma makan roti.

Pastu hampir setiap hari (paling kurang 4 hari seminggu) saya akan berjalan kaki sejauh kira-kira 5 km untuk mengeluarkan peluh. Mula-mula saya berjalan di dalam taman perumahan seksyen sebelah aje. 



sampai renggang tapak. Huaaaaa sedih!

ni la muka plain saya setiap pagi. Camera depan Sony Z2 ni dia save ke mirror image. Pelik jadinya muka saya.

Walau pagi2 bertujuan mengeluarkan peluh, saya tetap mandi dulu sebelum berjalan. Tak sanggup nak campur adukkan peluh semalam dengan peluh hari ni. Tolong mandi, hokey!

Pastu ada satu hari tu kami kena hantar cik Rai ke sekolah. Cikgu yang menjemput ada hal pulak. Bila dah ke sana, kami singgah la ke taman tasik berhampiran. Taman Tasik Cempaka nama diberi.

Bila sampai kat taman tasik tu saya tengok ramai rupanya warga Bangi yang beriadah setiap pagi. Eh syiok pulak sebab taman tasik yang dipelihara dengan baik tu memang sangat sesuai untuk keluarkan peluh sambil menenangkan fikiran.


nampak tak ramai2 tu

Di taman tasik ni, ada aktiviti harian (7 hari seminggu) iaitu senam robik yang dikendalikan oleh community service kawasan tersebut. Maaf la ayat saya mungkin salah tapi janji korang faham ye. Sesapa nak bereksesais joget2 lompat2 meh la datang sini. Sporting lah kalau nak kurus. Jangan malu2. Saya tengok yang muda, yang berumur, yang warga emas pun ada join. 

Yang tak larat bersenam robik akan pilih berjalan pelan2 aje keliling tasik. Biar perlahan, janji bergerak. Sihat. 

Oklah kita sambung next part.

Tunggu.

 

Ketika Cinta Bertasbih

0
0
Assalamualaikum.

Hari ni takde mood nak tulis blog. Tapi saya belanja satu collab yang sangat saya suka. Duet bersama kawan saya, Izwan Zul.

Selamat terhibur.

 

The Voice Mates

0
0
Assalamualaikum.

The Voice Mates? Apa tu? Ini ialah sebuah group nyanyian yang mana ahli-ahlinya mempunyai passion dalam nyanyian (di Smule Sing). Pemilihan ahli ditapis dengan teliti. Tapi yang penting mestilah tak offkey. Hehehe. Ahli2 ada yang bergenre ballad, r&b, rock, nasyid pun ada tau. Ramai gak budak2 nasyid dalam group ni. TVM ialah keluarga baru saya. Dan saya antara yang paling kerepot haha. Masa diorg recruit saya diorg tak tanya umur. Haha. Haha. Haha. 

Dah banyak gak aktiviti yang kami jalankan bersama. Antaranya ialah gathering pertama di Melaka. 

gambar ni diambil lepas aktiviti zumba pagi tu. Dari kiri atas: Hanif (JB), Dazs (KL), Najmie (Putrajaya), Wan Shahril (KL), Qusyairi (Spore), Hafiz (KL), Alfie (KL) - menikah hari ni, IzwanZul (Seremban), Remie (ShahAlam), Faqhrullah/Zac (JB), Mohd Nizar (Sg Buloh). Duduk dari kiri: my darling Shikin (Putrajaya), Aisyah (JB), Haziq (KL- artis tau. My anak angkat), Nurhazlin (KL), Izs Kecik (Sarawak), Tia (KL), SAYA.


Setiap minggu ada aje aktiviti diaorang. Pernah jugak diorg ke rumah saya bawak breakfast. Pastu diorg smule hehhe. Pastu diorang kidnap saya bawak tengok wayang dan makan-makan.

Ardi Gunsuh dan Izwan Zul - nyanyi lagu Anuar Zain

Ardi Gunsuh, Shikin, Izwan, Nurhazlin
Pastu beberapa minggu lepas salah seorang ahli masuk pertandingan nyanyian untuk annual dinner. Sebagai sokongan untuk beliau, kami dengan rela hati dan berbesar hati jadi backup choir. Dapat tempat ke 3. Kenapa ke 3? Yang pertama lipsync (miming) dan yg ke dua offkey tapi dia lompat turun pentas. Sebab tu kami dpt tempat ke 3 hhahahahaa. Walau tmpt ke 3 kami berbangga sebab dah bawakan yang terbaik malam tu. Paling best bila kami juga diberi meja dan makan sampai kenyang.


Penyu (IMAM tau), Najmie, Wan, Iz, Qush, Ehsan, Alfie, Ardi, Tia, Danya, saya, Shikin, Dazs


Dalam Smule Sing pulak, TVMers selalu diberi task bertema. Meh saya belanja satu task kegemaran saya iaitu #TVMAkustik. Saya dijemput jayakan task ini oleh Naze, bersama 2 lagi ahli yang lain iaitu Haziq dan Najmie.

 
Saya masukkan suara 10 kali dalam task ni. Main voice, 2nd voice, 3rd voice. Suara pompuan dalam tu semua saya. Layan la sekejap. Antara task yg dirancang dengan teliti oleh Naze. Dan saya stop sini dulu sebab Blogspot nampaknya biol hari ni. Saya tulis tadi semua hilang. Ciss.... nanti sambung ye.

Kurus Gemuk Kurus Gemuk Part 3

0
0
Assalamualaikum.

Operasi kurus masih berjalan. Tapi hari ni cuti. MC. Cuti sakit. Demam. Saya ni susah nak kena penyakit tapi tahun ni saya kerap sakit. Hampir setiap bulan saya sakit. Hampir setiap bulan saya demam. Tah la tak tau apesal. Stress ke? Tension ke? Jiwa kacau ke? Dibuat orang ke? Haha. Bukan dibuat orang - guna-guna tapi ada orang kot yg buat saya stress. Stress tak habis-habis. Siapalah agaknya orang tu.😜

Semalam dah terasa macam nak demam. Tapi lepas makan ubat, saya rasa segar. Terus ke Taman Tasik Cempaka untuk morning walk. Biasanya saya akan buat 3 pusingan setiap kali. Balik terus KO. Demam.



ni gambar kelmarin. Kalau bawak dua orang budak ni mmg tak dapat la 3 round. Gaduh aje kejenya


Macam biasa ada aktiviti senam robik setiap kali. Saya malas nak senam robik sebab saya tak larat nak melompat sangat. Lutut pun dah mintak ampun. Saya lebih suka jalan laju2 aje sambil tengok pemandangan.



Ramai kan? Kalau weekends lagi ramai. Sampai ke dataran bawah ni: 


Setakat hari ini saya dah berjaya turunkan berat badan sebanyak 2kg (saja!!!!) dengan mengawal gula, mengurangkan nasi dan morning walk. Ada lagi 3kg nak buang. Tapi kan ada satu peralatan eksesais ni, yang untuk kaki tu. Masa mula2 bersenam saya kerap guna alat tu (yg dsediakan kat taman). Hasilnya, betis saya membesar dek otot. Hantu betul. Nak mengecikkan balik susah! Badan saya memang senang berotot. Ingat lagi dulu kawan saya kemain susah nak cubit lengan saya. Sebab lengan saya keras dan padat. Bila saya rasa lengan dia, lembik je hihi. 

Hari biasa memang takde apa pun kat taman tasik ni. Hanya ada aktiviti senam robik. Lepas senam, diorang akan share tips pemakanan sihat katanya. 

Tapi kalau weekends, ada la orang berjualan makanan dan minuman. Ada jugak sewa basikal, roller blade, skuter, kereta kontrol untuk kanak-kanak. Dan minggu lepas ada kempen Jom Baca Al Quran. Semak bacaan anda.



Sebelum ni saya boleh je kontrol makan seketat2nya. Sehari seketul kuih pun rilek je tak pengsan pun. Tapi sekarang kalau saya buat macam tu, alamatnya lembek lah... paling tak tahan bila sakit gastrik. Jadi, diet ketat bukan pilihan saya untuk kurus. Sebab tu sekarang memang lambat sikit nak turun berat. Morning walk (dan kadang2 jogging kat sesetengah tempat) merupakan senaman kardio yang aimnya untuk bakar lemak berlebihan yang menyemputkan pernafasan saya.


tiap2 hari ada yang membersihkan kawasan taman tasik

Kalau ikutkan, saya nak capai 55kg sebelum tahun baru. Tapi tadi timbang dah 56kg. Sebab demam punya pasal. Besok lusa bila dah sihat mesti naik balik 57-58kg huh 😞😞😞. 

Dan setiap kali saya akan tanya anak saya -"Mami gemuk tak?" Dan setiap kali jawapan diorg "Taklahhh mamiiiii!!!!!" Emmm kenapa cermin dalam rumah ni sentiasa menggemukkan? 😏😏😏😏😏

Klah. Kesan ubat dah nak habis dan saya mula rasa gegel balik. Sehingga di lain entry, jumpa lagi!
 
 
 

 

Tahniah!

0
0
Assalamualaikum.

Sebelum masuk tahun baru saya nak ucap tahniah buat anak-anak saya. Yang ambil UPSR (dengan format baru yang mengecewakan ramai ibu bapa dan guru) - dapat 4A 2B, dan yang ambil PT3 dapat 8A, 1 B, 1C.  Tahniah anak-anak. Tak sia2 mami gunakan anak tekak membebel kat korang. Yg PT3 tu ok lagi saya tau dia pandai bahagi masa antara pelajaran dan minatnya pada muzik. Yg sorang lagi tu, kaki tido! Asal balik dr sekolah dia membuta. Cadangnya nak hantar diorang ke sekolah berasrama penuh. Sebab tu kena score elok2. Dapatkan pengalaman hidup berdikari di asrama macam mami dulu.


selain keputusan baik dalam UPSR, dapat juga tempat ke 2 dalam kelas dan terbaik matapelajaran.

Menyesal pulak rasanya masa anak lelaki saya dapat 5A UPSR tahun lepas, tak dihantar ke MRSM. Masa ni susah nak convince pakcik tu supaya anak masuk asrama. Dia takut sangat ke anak kena ragging? Nak anak membesar depan mata, hasilnya anak-anak saya mula memerap main gajet di rumah dan tak berdikari. Kalau ada tukang layan petang2 bawak main bola ke, hujung minggu bawak main badminton ke,  takraw ke rugbi OK jugak. Ini tidak... seraaaaahhhhh semua kat kita. 

Jadi kali ni bila nampak HASIL yg memberangsangkan ini, BARU NAK SETUJU hantar anak masuk asrama. Memang itulah dia. Dah benjol terhantuk baru nak tergadah menyesal. Tak pernah la pendapat kita ni diambil kira. Asyik saaaalllllllllaaaaaaaaahhhhhh aje. Last2 baru nak sedar diri sendiri salah! 

Yg payahnye, bila awal2 dulu anak2 saya dimomokkan yang duduk asrama tu tak bagus, bila saya bgtau masuk asrama adalah priority, masing2 macam kena sampuk aje muka. Takut. Tengok anak2 kawan saya siap serah diri nak masuk asrama. Huhhh!!!!!!!!!!!!!!!

Tahniah juga buat anak-anak lelaki saya yang dipilih menjadi pengawas sekolah. Dan tahniah buat si kecik yg bakal bersekolah tahun 1 nanti.

Hmmm siapa kata bila mami giat smule, anak-anak tercicir? Rasanya masa sibuk cari duit dulu yang anak tercicir.  Boo. 😝😝😝

SELAMAT TAHUN BARU 2017

0
0
Assalamualaikum!

Selamat tahun baru 2017!

ehsan engadget.com

Apa azam tahun baru? Azam saya ialah membahagiakan diri sendiri, menjaga hati sendiri, membuat perkara yang disukai dan semoga makbul. Semoga saya lebih bahagia dan gembira tahun ini. Aminnn....

Sempena tahun baru 2017 saya belanja satu GOC pertama saya. GOC pertama di mana saya gali balik skill buat suara latar 2nd voice, 3rd voice setelah 17 tahun saya tak bersuara dua. Haha. Maklumlah kawin anak ustaz. Ingat lagi dulu baru2 kawin, baru bukak mulut dah kena tegur. Terus sentap 17 tahun huhu.

Dan melalui task solo (dalam bentuk group collab - masukkan back up seberapa banyak yang mampu tapi buat sorang2), saya dapat tempat ke 3. Kenapa 3? Asyik 3 je? Sebab juaranya (Arief - Fatwa Pujangga) lagi best dari saya. Yg ke 2 pun (Apolusia (lagu apa eh dia nyanyi? - bakal doktor) lagi best dari saya. Yang pastinya, paling ketara kerja mereka lebih kemas daripada saya.

Tapi kan, lagu Cahaya - Kris Dayanti ni sangatlah susah nak bawak. Beberapa hari jugak saya cuma, asyik tak menjadi. Dah last minute baru saya dapat masukkan suara itupun tak puas hati sangat sebab saya lebih suka version yang lebih tinggi (male key).





Dan yg bawah ni pulak versi key lelaki (higher key), collab saya dengan TVM_IzsKechik yang cute. Umurnya sebaya anak buah saya. Layak panggil saya aunty haha.




Elken: LD Venus Gold : Untuk Wanita Sahaja

0
0
Assalamualaikum.

Lama tak citer pasal product Elken dalam blog kan? Buat pengetahuan uols saya masih ahli Elken yang setia 😉. Walau tak berapa aktif, tak aktif langsung kot hehe saya masih suka dengan produk Elken dan kalau diberi peluang lagi saya nak consume balik supplement2 yang pernah saya ambil dulu. Siapa kata kesihatan yang baik tak boleh dibeli dengan wang ringgit? Buktinya, dulu saya spend untuk supplement, memang jarang sakit. Setahun sekali belum tentu saya sakit. Tapi sejak tak berapa nak mengamalkan supplement, saya kerap sakit, ditambah dengan faktor umur yang meningkat dan ketidakstabilan emosi yang melampau 😂.

Ada satu produk kegemaran saya iaitu Ld Venus Gold yang saya amalkan dulu, kini dah berwajah baru.  Dulu kotak besar dan susah jugak nak dibawa bersama2 kotaknya. Kini kotaknya lebih compact dan mudah nak dibawa jalan-jalan.




Saya takleh display harga kat sini sebab nanti diorg email saya untuk ambik tindakan undang2 haha. 

Untuk ahli:




Dulu kalau saya promote LD Venus ni, saya akan pegang lengan orang tu. "Dulu gini (pegang longgar lengan dia), sekarang gini (pegang ketat lengan dia) 😂😂😂. Selain itewwwwwwww, Ld Venus Gold membantu dalam keseimbangan hormon. Sebab itewww hakak beranak tak berenti. Sampai doktor kata "Lya, kalau awak tak suruh ikat pun saya akan ikat. Rahim awak dah nipis" huhu. Jangan main2 dengan rahim yang nipis. Silap-silap masa ngandung boleh pecah rahim dalam perut. Bahaya bukan untuk anak tapi untuk ibu juga. Syukurlah saya punya baby semua comel2 belaka, tak lebih 3kg. Yg kembar pun sorang 1.2kg, sorang lagi (anak syurga saya) 900g. Total 3.1kg je.

LD Venus dirumus menggunakan herba2 cina yang diakui keberkesanannya. Dijamin halal dan selamat. Jangan risau tentang pengesahan halal atau pengesahan Jabatan Kesihatan. Client saya dulu kerja di Jab Kesihatan kat Jalan Universiti tu. Katanya wakil Elken memang turun naik sana hantar sample. Sebab tu produk Elken ni mahal. Kan semua tu kossssss.

LD Venus Gold juga menyegarkan badan si peminum. Menyerikan wajah, menyihatkan dan ehem ehem ehem. Tu je yg mampu saya bgtau. Sebab, walaupun saya kata entry ni Untuk Wanita Sahaja, saya tau ada aje yang skod senyap2 kan.  

Berminat nak jadi ahli:

Meh KLIK SINI. Tak perlu jumpa upline. Kadang2 orang mengelak untuk berjumpa sebab tak bersedia nak keluarkan duit banyak2. 

Atau nak shopping: SINI JE tak perlu fikir benda lain. Fikir apa nak beli je. Bajet pun tak lari.  

KBAI









 

Sakit

0
0
Assalamualaikum.

5 hari demam sejak 30 Disember. Hari ni saya mula recovering. Badan semakin segar sikit demi sikit. Terima kasih kepada Elken Spirulina. Hari tu masa sakit lembik habis. Pening, sakit kepala sakit badan, angin satu badan. Makan ubat pun tak baik. Tambah sakit lagi ada. Badan saya naik allergic dek ubat yang mana satu tah, tak pasti. Sebelum ni saya tak pernah ada alahan ubat. Pastu satu ubat lagi buat jantung saya lagi laju berdegup dan peluh mencurah pastu nak pitam. Hmmm macam org sakit jantung pulak! Bahaya kan?

Lalu saya berhenti ambik ubat. Saya kekal lembik dan lemah sampailah saya teringatkan spirulina dalam almari. Kejap makan kejap tidak sekarang ni. Pagi demam hari ke 4 saya mula ambik Elken spirulina tapi dos kecil tapi kerap. Hari ke 5 terasa boleh jalan laju sikit hihi. Hari ni alhamdulillah. Saya dah mula jadi tukang kejut anak pagi2. Harap orang lain kejut, alamatnya ponteng la budak2 tu. Apalah akan jadi pada dunia jika tiada saya wujud di muka bumi ini? Wah bongkak sungguh statement.

Walau sebongkak mana statement saya, if i've decided to leave, I'll leave. 

Ok back to the topic. 

Topiknya sakit kan.

Pembukaan 2017 sangat tabest sebab saya sakit. Pastu diajukan pula soalan: "Ni pergi hutan mana? Duduk bawah pokok mana?" Sedangkan pembawa virus ke rumah adalah orang yang banyak tanya tu. Sangat bagus. Thanks for asking.

Walau pembukaannya tak best, saya masih ada menyimpan 1001 harapan yang menggunung untuk diri saya sendiri. Selama berbelas tahun memanjat doa utk orang lain, kali ini saya mula memanjat doa untuk diri sendiri. I wish happiness, and all good things for myself. Myself. 2017 adalah tahun jual ikan.

Sekian.

#sakitdiluar #sakitdidalam

Meh layan GOC Mash Up antara saya dengan 7 suara saya jugak pulak. Hahahaha semua suara saya lah. Mash up Kembali (Intan sarafina) dan Kepadamu Kekasih (Kembara):






Pampers Dan Public Toilet

0
0
Assalamualaikum.

Hari ni nak mengomel sikit pasal tanggungjawab sebagai seorang ibu yang membawa anak kecik ke mall. Hari tu saya keluar jenjalan ke Sunway Pyramid. 



Pastu saya ke toilet jap. Ada sorang hakak tengah urus anak kecil dia yang membuang. Pastu bila saya dah selesai urusan saya, saya keluar dan masa nak kuar tu terpandang la tong sampah tepi tu. Alahaiiiiii nak termuntah saya.

Ada ka patut cik kak tu buang diaper berisi anak dia gitu saja. Dah la tak dibalut dengan rapi, terbukak nampak isi. Tong sampah hampir penuh, jadi memang clear nampak tertonggok kat atas tu. Toilet jadi busuk gara2 sikap tak bertanggungawab tersebut. Kesian cleaner. Sentiasa pastikan toilet bersih, wangi tapi kerana sikap kurang prihatin pengguna lain, cleaner jugak nanti dikatakan tak buat kerja.


Sebagai ibu dan bapa, sebelum keluar rumah tu mesti dah ready macam-macam nak bawak kan? Diapers kena cukup, lotion, wipe, susu, botol, air panas baju extra semua ready. Tapi ramai yang lupa satu benda ni. Yang sepatutnya kena jadi antara barang penting perlu dibawa ke mall atau ke mana2 sahaja. Beg plastik. Bila anak membuang tu, lipatlah diaper tu elok2 pastu masukkan dalam beg plastik. Ikat ketat2 supaya bau tak keluar. Githoooooh.....

Tapi sekarang penggunaan beg plastik tak digalakkan dah. Bawaklah surat khabar lama ke.. paperbag ke, gunakan utk balut diaper berisi hasil buangan anak. Takdelah kena maki dalam hati. Nak tegur kang jadi gaduh pulak kan. Malulah. Sikap malu itu bagus. Jangan fikir nak lepas tengkuk sendiri aje. Janji anak aku wangi. Biar toilet busuk. Nanti cleaner buang. Jangan la sayam.... fikirlah orang lain sama. 

Saya pernah beranak kecik jugak. Bukak cakap ikut teori tapi memang saya praktikkan dahulu. Sedangkan kat dalam rumah sendiri pun saya balut masuk plastik. Takdelah saya nak biarkan rumah saya berbau dengan hasil si kecik. Sama juga halnya bila bertandang ke rumah orang. Kalau takde plastik, mintaklah kat tuan rumah. Hormatlah tuan rumah ye. Jangan tuan rumah yang tolong kutip masuk plastik pulak. Kesian saya dulu haha. 

Oklah. Meh layan GOC terbaru saya (Saya bersama 17 suara saya yang lain). Judges pun belum dengar. Semorang nak nyanyi lagu ni sekarang. Popular sangat nampaknya. Semoga terhibur.







Latest Images

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Re:

Re:

Re:

Re:

Re:

Re:

Re:

Re:

Re:

Re: