Assalamualaikum.
Sejak Astro kena sambar petir dan merosakkan decoder, Astro dish dan TV saya sekali, bila nak layan Adam Dan Hawa, terpaksalah cari iPad dan Astro On-The-Go. Walau terlambat dapat tengok episod ke 45 ni, kira masih ok la sebab dengan Astro On-The-Go saya takde lah miss mana-mana episod. Episod semalam dah mula nak best balik, macam episod2 awal. Masa episod tengah-tengah memang boring sebab Ain yang tak habis lagi jual mahal.
Episod semalam rahsia kecurangan Azie dan Johan mula terbongkar. Selama mana nak sorok kan? Elok la rahsia pecah. Kadang-kadang bila kita buntu dalam memberitahu kebenaran (kerana kebenaran mungkin menyakitkan hati), kebenaran itu sendiri akan mencari jalan keluar.
"Kalau gatal sangat nak boifren aku, bgtau jelah.. aku boleh kasi free. Tapi janganlah projek belakang macam ni! Kau tu besfren aku!" |
Hah.. dah mula tergagap jawab fon. Konon tak mahu kehilangan kawan. Pigidah! Haktui! Macam ni kawan ke??????? |
Akhirnya Am jugak yang dicari. Lelaki cool dan penyabar dan dah bertaubat macam ni baru pilihan yang betul... hik hik hik... *tetiba rindu John pulak* |
"Cepat, cepat jalan! Nanti Ain nampak kereta u!" Ini bukan kawan yang baik. Kalau uolls ada jenis kawan mcm ni, lebih baik jauhkan diri. Parasit. |
Perbincangan 'saya tak bersalah, saya cuma jatuh cinta' |
Masalah utama drama ini ialah.... Kenapa bersiaran setengah jam aje?????? Bila tengok tv terasa la setengah jam. Bila tengok kat iPad dia jadi 20 minit je.
OK mari kita cerita tentang curang.
Kenapa curang menjadi sebahagian daripada hidup kita? Anda pernah curang? Saya tak pernah curang. Kalaupun saya ada ex berapa orang pun, saya tak pernah jadikan alasan 'curang' untuk putuskan hubungan.
Antara alasan-alasan yang pernah buatkan saya putus dulu ialah:
1. terpaksa putus sebab nak tumpukan pada studies. Masa mula2 couple tak berapa nak fikir masa depan. Tapi result masing2 lepas tu tip top. Tapi saya respek kawan saya yang bercinta sejak MRSM, kawin dan berbahagia sampai sekarang.
2. Saya minta putus sebab mak dia tak suka saya, orang bandar. Ayat tak boleh blah yg kuar dr mulut mak dia, "Si Nelly tu lagi bagus dari dia (saya)". Nelly ialah kawan saya, sepupu ex saya. Dan si polan tu tak langsung mempertahankan saya. Oleh itu dia tak layak menjadi pelindung saya. Saya tak menonggeng pun sebab tak berbaloi nak tonggeng.
3. Saya lari sebab tak tahan dengan dia yang sangat cemburu buta. Pada masa yang sama dia sendiri curang. Dengan perempuan, dengan pondan semua boleh. Ngeri siotttt...
4. (Eh ramainya ex aku kakaakkaa) Yang ni sekarang dah kawen dgn artis produksi Yusof Haslam. Saya bawa diri sebab dia terlalu sibuk layan kawan-kawan. Oleh itu saya pergi layan diri dan malas nak layan dia dah.
5. Yang ni paling lama, hampir kawin. Sebelum bertunang ok. Lps bertunang dia jadi cemburu buta, mulut mula memaki mencarut. Cabut.
Kalau ditengok cerita kat atas, semuanya saya yang cabut dulu hehehehehe. Bukan kerana saya tak setia tetapi kesetiaan seseorang manusia hanya wajib kepada yang 1. Kesetiaan antara lelaki dan perempuan adalah terhadap suami/isteri bukan kepada boifren. Selagi belum berkahwin kita berhak memilih. Tapi jangan mainkan perasaan orang nanti orang berdendam. Pergilah dengan cara yang betul. Bukan cara mengamuk tak tentu pasal. Maki-maki hamun-hamun. Cinta yang utama adalah untuk Dia. Cinta sesama manusia hanyalah nafsu sementara dan ia boleh bertahan selama-lamanya dengan rasa tanggungjawab. Saya selalu berpesan kepada anak saya (yang kini membesar), 'Jangan jadi bodoh sebab cinta'.
Curang. Kenapa kebanyakan lelaki sekarang kalau nak beristeri lebih, dia mesti kena curang dulu? Poligami itu dibolehkan tetapi melalui cara yang salah????? Buat dosa dulu pastu bina masjid. Sebab itulah ada isteri yang marah2, mengamuk, tak boleh terima. Sebab memang suami tu salah. Dah ada yang halal kenapa mesti cari yang haram? Macam mana diorang ni fikir ek?
Kalaulah suami isteri itu tahu sebesar mana tanggungjawab mereka terhadap rumahtangga, terhadap anak-anak, kecurangan takkan dapat ambik tempat kat mana-mana ruang sekalipun. Kalaulah kita meletakkan Allah sebagai cinta utama kita, pasti kita menjauhkan diri dan tidak langsung memberi peluang kepada diri kita untuk berlaku curang dan diperbodohkan dengan ayat ini, "Takdir saya untuk jatuh cinta dengan dia". Kalau segala-galanya takdir semata, apa fungsi akal dan apa fungsi doa? Tapi kalau kes Ain Hawani dan Adam Mukhriz tu baru la boleh kata takdir. Satu kesilapan yang menjadi takdir. Tapi itu cuma drama semata.
Satu tips untuk elak diri sendiri berlaku curang: Jangan biasakan diri kasi tumpang atau menumpang orang lain. Baik kereta mahupun rumah kelamin kita. Sedangkan adik ipar dan abang ipar pun boleh jadi kes.... inikan pulak yang takde apa2 hubungan. Lainlah dalam kes terpaksa, itu lain le. Kalau dah hari2 'satu jalan ke ofis, boleh la I tumpang u', hmmmm habis. Sama jugak kalau kasi tumpang kawan tinggal rumah kelamin kita. Itupun bahaya. Kalau nak buat baik sekalipun, ada banyak cara lain. Bukan cara yang boleh menggugat kesejahteraan. Berfikirlah panjang2 sebelum buat keputusan.
Sama jugak kalau kita berurusan hal kerja, hadkan diri daripada berbual tentang hal peribadi. Terlalu banyak ambil tahu hal peribadi boleh mengundang bahaya jugak. Bertegaslah pada hal kerja saja. Dah banyak cerita curang yang masuk dalam telinga saya. Dan setiap cerita menjadi sempadan buat saya dan John. John pun ada cerita curang version kawan-kawan dia. Apa yang kami mahu dalam hidup ialah kesejahteraan, bukan masalah. Baikilah diri sendiri dan berbincanglah dengan pasangan apabila perlu.