Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

CROWWWNNNNN

$
0
0
Assalamualaikum.

Fuhhh.....

Peluh dahi......

Bukan senang nak jadi senang. Perlu usaha yang berterusan. Tapi kalau usaha tak kena gaya, silap haribulan usaha jadi sia-sia. Yang penting, peluang yang betul..

Baru je lepas ternampak ada kekurangan kat satu kaki manager baru saya. Apa lagi??? Kasi betul cepat2 sebelum masuk 20hb. Selagi belum 20hb, SV6 punya sale masih boleh masuk. Agaknya semalam masa submit sale saya terlepaskan sale yg itu. Patutlah point tak masuk. Dan sudah semestinya selagi saya tak confirmkan betul2, selagi itu saya kena mengadap EOL dan cek setiap kaki yang saya ada. 


dengan jutawan MCCM Catherine yg banyak membantu waktu closing

Alhamdulillah saya nampak peluang yang sangat baik dengan Elken. 9 tahun jadi pengguna setia produk, sepanjang masa saya katakan saya tak boleh jalan dengan MLM walaupun tahu Elken memang boleh buat orang jadi kaya, namun sekiranya saya terus katakan TAK BOLEH, sampai bila2 pun takkan boleh.  Terima kasih kepada DX lingerie yang membuka jalan kepada saya mencuba perniagaan ini. Kalau bukan kerana keselesaan dan kemujaraban DX, tak mungkin saya nak cuba2 buat biz Elken ni. 

2 bulan aktif dengan biz Elken saya naik Ruby Manager. Selepas 2 bulan saya naik Emerald Manager dan selepas 1 bulan sebagai Emerald, saya lompat terus ke Crown Manager. Tak sempat merasa naik Diamond Manager pun. Bermakna dalam masa 6 bulan aktif, saya berjaya menyandang gelaran Crown Council Member iaitu CCM!

Macam tak percaya aje.... 

Dan macam tak percaya yang network saya semakin berkembang ke lebih 100 orang dalam masa 6 bulan saja. Terima kasih kepada John kerana push saya untuk naik CCM. Kalau bukan kerana beliau saya mungkin selesa kat ESM saja atau terer2 pun saya naik la DCM. Itulah bezanya bila suami dan isteri bergabung. Memang 200%!


 

Kini saya dan John bergelar Crown. Letih jugak push downline untuk tingkatkan usaha. Kita push bukan sebab kita nak naik pangkat semata tetapi kita push supaya masing2 dapat duit raya extra cukup bulan ni. Apa yg penting, kami tak duduk goyang kaki dan mengarah2 sebaliknya kami turun padang, bantu downline, dan cek setiap progress downline. Itu yg tak lena tidur tiap-tiap malam.  Badan susut 5kg, baju dah nampak macam baju pinjam. 

Mungkin ada yang menyangka perjalanan kami nampak mudah.. yg kami upload cumalah yang manis-manis. Yang pahit2 kami simpan diam-diam. Bukan senang nak mencapai CCM. Macam-macam dugaan yang kami kena lalui. Sehari sebelum closing macam-macam hal yang datang. Yang nak cancel sale, yang dah lulus Aeon dan nak sumbit sale tetiba nama si polan dah didaftarkan oleh group lain 2 hari sebelum kami masukkan point... alasannya dia sangka yang satu member form untuk satu barang. Dia pun isi je la form utk kali ke dua. Dan silapnya kami, setiap permohonan Aeon kami tunggu lulus baru daftarkan membership form tu. Dahhhhh nak kena panjat customer service dan sale tersebut terpaksa pending sampai siasatan dijalankan. Semuanya berlaku sehari sebelum closing iaitu semalam!!!! Saya redha ajelah. Itu semua Dia yg atur. Namun jalan penyelesaian pasti ada. Kena cari ajelah. Salah satu cara ialah berbincang dengan upline. Jgn buat keputusan sendiri2. Dan memang betul, waktu kami buntu, kami cari MCCM Cath dan memang kami jumpa jalan penyelesaian. Majik sungguh. Syukur.

Kini tugas kami ialah jaga downline baik2 sebagaimana MCCM Cath jaga kami. Semoga perjalanan ini akan terus maju dan maju...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 514