Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Sistema

$
0
0
Assalamualaikum.

Bab meletak tajuk memang saya fail. 

Hari ni (yg sebenarnya semalam - tp sebab baru je tengah malam saya kata la hari ni), 20 Ogos... baik saya, John dan upline saya Cath dah confused dengan tarikh. Kami bertiga sebulat suara menyangka hari ni 19hb. Sebab cuti panjang sangat, terus salah tarikh. Kami sangka closing ialah besok (Rabu) yg padahal sebenarnya hari ni (Selasa). 

Semalam masa kat stockist saya masih rilek lagi tak urus habis-habis tentang pemindahan point dan pemantauan ke atas semua manager line saya. Sebab saya percaya ada kira2 satu setengah hari lagi sebelum semuanya selesai untuk SV7. Bangun pagi tadi saya terus capai iPad kononnya nak transfer points milik downline yang masih belum saya pindahkan tapi GAGAL sebab error message kata 20hb dah tak boleh transfer point guna EOL. Haiyoo... barulah tau yg saya dah salah tarikh. Melompatttt dari katil!!!! 

Tapi biasalah kerja buat last minute pun bukan salah saya semata tapi ada downline2 yang suka berdiam diri sepanjang bulan pastu hujung2 SV baru berbunyik dan masa itulah kelam kabut kehidupan mula terjadi. Setiap bulan waktu closing 19hb memang saya akan berkampung di stockist manakala 20hb saya akan bertapa kat HQ customer service untuk last minute transfer dan top up mana2 point  yang tak cukup. Sebagai upline memang inilah kerja kami. Memantau dan memberi pandangan/pendapat. Tetapi kalau segalanya dibuat awal dua tiga hari, rasanya saya boleh bernafas lebih teratur berbanding buat kerja kelam kabut.

Dalam Elken, salah satu perkara yang menjayakan kami ialah 'berhubung dengan upline setiap hari'. Memang setiap hari saya akan hubungi upline saya melalui Whatsapp atau call, update apa yg patut atau semata2 ucap selamat pagi. Bila upline hantar mesej, saya akan respond secepat yg boleh. Kalau terlupa sebab mesej masuk masa tgh busy atau tengah driving, saya akan reply walaupun waktu tengah malam. Bila teringat terus contact. Saya memang mempunyai satu hubungan akrab dengan upline kerana uplinelah orang yg sudi dan telah berusaha membantu saya mengubah kehidupan saya tanpa merungut penat. Semua tindakan, percakapan dan sikap yg ditunjukkan memang perkara positif semata. Sememangnya saya sangat kagum dengan beliau. Dan saya sedang berusaha untuk menduplikasi sikap positif dan setiap tindakan beliau dalam membantu orang sepertimana beliau membantu saya. Inilah semangat ANGSA LAUT. 

Kenapa perlu berhubung upline selalu? Sebab upline akan selesaikan masalah yang timbul. Dah beberapa kali bila kami buntu, kami cuba selesaikan dengan cara kami... yg ternyata sebenarnya tak sesuai dan menyusahkan. Tapi bila consult dgn upline, kami terus dapat jalan penyelesaian terbaik. Memang betul, upline memang org yg betul untuk kami refer bila ada masalah yg timbul.




Sebenarnya tak susah pun buat Elken ni. Ikut aje apa upline suruh buat. Bila upline kata kosongkan minda, zerorize diri, kena la zerorize. Tak kira kita ni berlatar belakang apa pun, bila join sistem pendidikan Elken, kena menyamaratakan diri dengan semua orang. Ambil bulat2 apa yg diajar dalam meeting. Dan semestinya tiada perkara salah yg diorang ajar, itu sudah pasti. Bila sistem kata kena ada 3 nadi benar, kena la ikut jugak.

Masa saya mula2 join Elken (malah sehingga sekarang jugak), saya memang kosongkan diri. Walaupun saya bukan orang yg terdesak, saya masih ada impian untuk memajukan diri terutamanya membina keyakinan diri. Kalau title surirumah tu boleh kasi tukar sikit jadi surirumah yang berjayalah maksudnya.

Saya memang bodoh2 je ikut upline. Upline kata, "Beli sample bag"... "Keluar modal pergi kursus".. "Ikut upline hari ni pergi stockist".. "Ikut pergi HQ jumpa customer service", "Belajar buat closing", "pergi meeting", "buat appmt dan sharing setiap hari", "guna produk, tukar cara shopping".....

SEMUA SAYA IKUT.

Dan hasilnya memang saya betul2 berjaya. 6 bulan kerja keras sekarang saya dah boleh bantu downline dan jayakan mereka pulak. Namun bukan satu kerja mudah untuk men'zerorize' downline bila mereka sendiri tak mahu berbuat mcm tu.  Saya dijadikan SAMPLE dalam grup upline saya sebab saya betul2 ikut sistem dan berjaya buktikan, oleh itu saya agak pelik bila ramai yang tak ikut sistem elken yang sangat2 simple ni. Kalau nak kata saya ni housewife takde kerja, kerja saya memang banyak, bulan2 pertama saya masih hantar-jemput anak saya, berulang alik dari KL ke rumah, sekolah, pasar, urus semuanya seperti biasa. Bezanya saya kena kerja lebih dari selalunya. Kalau dulu John yg selalu balik lambat, masa bulan2 pertama dengan Elken, saya balik lebih lambat dari John. Ye lah.. hal anak diutamakan, hal kerja juga dipentingkan. Kedua-duanya adalah priority. 

Masuk bulan ke 3, network dah besar, saya mula fikirkan tindakan selanjutnya. Saya dapatkan khidmat transporter untuk anak-anak saya, saya jadualkan semula waktu mengaji, waktu kelas musik, art class dan sebagainya. Saya perlu lakukan ini supaya saya akan menapak lebih jauh. Keluar sedikit modal untuk hasil lebih baik. Dah menjadi tabiat saya, saya akan mencari penyelesaian untuk setiap perkara yang datang. Saya tidak mahu drag orang2 yang tak bersalah dalam urusan saya. Saya perlu uruskan sendiri. Pendek kata, saya takmo susahkan orang tua, takmo jugak susahkan anak-anak bila saya dah mula sibuk. 

Biar saya susahkan John dan diri sendiri je haha. Sebabnya apa yg saya buat pun adalah untuk meringankan beban John jugak nanti suatu hari nanti. Tak perlu kejar2 tender cari bisnes lagi sebab Elken dah kasi residual income. Boleh rehat2 menikmati hari tua sama2. Sebab tulah bila ada yg kata "Suami saya tak support saya so saya takmo libatkan dia" sebenarnya buat saya rasa pelik. Kalau isteri berjaya, suami pun merasa. Apalah sangat bagi sokongan pada isteri sendiri? Lainlah kalau suami betul2 mampu nak tanggung semuanya, kasi kehidupan seselesa mungkin untuk anak2 dan isteri, barulah takyah sokong isteri kerja keras cari duit dalam Elken (atau apa2 kerja berfaedah). Suruh aje isteri duduk rumah jaga anak, takyah keluar kerja ofis sekalipun.

Sebagai penutup entry ni, sekali lagi saya tekankan, kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapek sagunya ye tak? Blom try blom tau. Elken bukan skim haram. Tak rugi mencuba. Nak cuba sila call saya...

018-6676734.









Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>