Assalamualaikum
Sejak dah naik Crown DCM ni, satu kerja dah jadi mudah. Sekarang saya dah faham kenapa saya dan John kena kejar Crown Council Member. Padahal untuk orang lain, nak naik CCM mengambil masa setahun dua. Kami cuma 6 bulan, dah Crown Manager, Diamond Council Member. Walau belum capai CCM, hanya Crown DCM, alhamdulillah, target tetap mengena, cuma miss 10% je. Itu sudah cukup baik, upline dah puas hati.
Sekarang, bak kata upline, mula-mula fight untuk diri sendiri. Kejar income 5 angka. Sekarang tiba masanya membina rangkaian, membantu rangkaian. Lupakan diri sendiri. Lupakan PGS sendiri. Income 5 angka dah rasa dah dengan usaha berterusan. Sekarang nak downline dapatkan apa yg saya dah rasa. Mesti income 5 angka jugak! Bila dah crown, PGS (personal group sale) adalah sama banyak dengan maintenance personal sale iaitu cuma 200sv sahaja. Saya tak perlu kejar PGS 18,000sv lagi untuk income 5 angka macam sebelumnya. Saya cuma perlu 200sv saja. Selebihnya adalah drp rangkaian. Elken memang luarbiasa. Lagi tinggi pangkat lebih rendah maintenance. Semuanya kerana tanggungjawab membina dan membantu downline. Diri sendiri cuma 1%, bantu downline mesti 99%! Maka kerana itulah Elken kekal kukuh dalam pasaran sebagai syarikat MLM nombor 1 (Businesslogy). Kerana upline jutawan yang dah kaya raya masih turun padang membantu downline cari wang. Orang-orang Elken telah dilatih dengan baik mengikut sistem pendidikan Elken agar menjadi pemimpin yang bertanggungjawab. Kalau ada yang pemalas atau tak bertangjawab tu maknanya diorang tak pergi kursus dan latihan yang disediakan la tu!
![]() |
KAMILAH JUARA!!! Kump D, juara kumpulan pada ESM Meeting ke 47 Elken baru2 ni |
Jadi sekarang, matlamat saya dan John dah jelas. Seperti mana yang kami mahukan, kami ingin jayakan orang lain jugak. Kami nak lahirkan jutawan seramai yang boleh. Maka untuk itu, saya perlu servis downline sekerap yang boleh. Selagi ada yang mahu. Kalau paksa2 tapi tak mahu pun tak jadi kan? Yang penting ialah: Engkau Layak Kalau Engkau Nak.
![]() |
ambil dan hantar Charms dan DX customer sambil follow up |
![]() |
membesarkan impian downline, belajar kira duit bonus. Berapa mahu? Rm10k atau RM20k atau RM30k? |
Sepertimana upline besarkan impian saya masa mula2 saya mula berjinak2 dalam biz Elken, sekarang saya pulak duplikasi perkara yg sama. Walaupun begitu, upline saya masih turun padang, masih bantu saya sebab saya masih perlukan mereka...
Semalam saya berbangga bila ada lagi downline naik pentas Crown Night menerima pin manager. Sepatutnya saya dah ada 10 manager dalam rangkaian saya tetapi hanya 4 yang naik pentas. Selebihnya mungkin belum nampak keghairahan biz Elken, belum sudi hadir aktiviti walau dah bergelar manager. Saya tak mengeluh apa lagi mengalah.. saya cuma bersedia je.
![]() |
tahniah Haslie dan Myra |
Nak naik pentas bukan free2.. upline bertanggungjawab bayar untuk manager yg layak. Dah 2 kali manager yg patutnya hadir, tak jadi hadir pada sangat akhir. Saya kecewa sikit je lah. Nak buat macam mana, kita cuma merancang. Namun kerugian saya tidak dapat dibanding dengan kerugian mereka yang tak serious dalam biz ni. Bukan senang nak dapat upline dan senior upline yg sangat supportive. Rugi sikit duit masih boleh senyum lagi, bukan mintak refund.
Dalam ESM Meeting, waktu sessi perbincangan dengan jutawan MCCM Meor, kata beliau, jangan ditunggu mereka yang tak sudi. Beralihlah kepada yg sudi. Jangan buang masa kita sebaliknya bagilah mereka seberapa banyak masa yang mereka perlukan. Nanti bila kita dah naik MCCM, kalau masa itu baru mereka sudi, kami masih akan sedia menerima dan membantu. Belum terlambat cuma terlewat sikitlah.
Bagi, bagi, bagi dan bagi... bila dibagi semua, kami pun akan haus jugak. Bagi memperkukuhkan pendirian dan matlamat, kami perlukan input jugak. Saya nak terus bersemangat dan terus berjuang. Oleh itu saya dah tetapkan matlamat dan impian masa depan. Sekarang plan, 6 bulan lagi insyaAllah terlaksana....
![]() |
test drive dan booking |
![]() |
dah biasa bawak yg bagak2, walau kecik tapi sporty dan stylish |
Bila menetapkan matlamat, mengejar impian... saya nekad bgtau John, "U simpan duit U. I beli pakai bonus Elken sepenuhnya". Brand new... bukan recon. Kalau dah tau apa matlamat kita, dah besarkan impian, pasti akan dicapai walau apa yg berlaku. Saya serious dalam biz Elken. Saya dah nampak halatuju. Saya masih surirumah yang menguruskan anak2 tetapi saya surirumah dengan kerjaya. Saya masih memantau pelajaran, aktiviti anak2 saya. Saya tak tinggalkan mereka. Tetapi saya cuma perlu bersusah payah setahun dua ni untuk membina kehidupan yang lebih bermakna. Saya ingin hidup dengan suami dan anak2 dekat di sisi. Elken boleh bantu insyaAllah, sebab Elken memang biz keluarga. Suami isteri bersama. Luarbiasa sungguh.
Okeh kalau jumpa saya di luar, jgn sebut2 pasal kereta ye. Saya tengah kumpul duit downpayment nih hahahaaha. Jgn stresskan kepala ai. Sementara tunggu kereta sampai Msia, saya kena kerja kerasssss mendalamkan rangkaian, mengukuhkan barisan. Jangan cemburu, ini adalah hasil kerja keras saya. Kalau mahu yg sama, jom join saya. Downline saya dah tetapkan matlamat. Nak pakai GTR, untuk isteri nak beli Mini Cooper. Saya akan bantu sebagaimana upline saya bantu saya, besarkan impian saya. Kereta apa nak beli pun, upline yg tetapkan. Dia nak team kami jadi M**z Dream Team. InsyaAllah, semoga diberikan kekuatan dan kesihatan yg baik berterusan.
Amin.
p/s: nak impian besar terlaksana, jom whatsapp saya 018-6676734 untuk tahu caranya.