Assalamualaikum.
FB ni ada baik dan ada buruk. Antara perkara baik yang kita boleh buat melalui FB ialah menjejak kasih. Walau tak berapa kasih atau tak kasih langsung, cerita 'jejak kasih' ni macam sesuatu yang menyeronokkan. Ada beberapa sebab kenapa orang nak jejak kasih. Kalau nak jejak kawan-kawan lama, itu memang biasa. Ada jugak yang nak jejak sedara mara, jejak keluarga yang terpisah atau mungkin nak jejak ex hehehehhe.
Saya pun menjejak jugak orang-orang tertentu. Sebelum-sebelum ni *scandal2 lama yang menjejak saya. Punyalah senang nak menjejak saya di FB sebab nama saya yang one kind, type aje nama penuh, confirm keluar FB profile saya. Sebab tu aku tukaq ke nama samaran. Ada yang dah jadi artis, yang jadi steward.. tapi yang pasti masing-masing meneruskan kehidupan dengan baik, ada isteri, ada anak-anak dan hidup bahagia. Kami chat pun cerita biasa-biasa, tak ungkit hal-hal lama. Kalau ada ungkit pun, kami buat gelak-gelak aje. Dalam ramai-ramai scandal, ada seorang yang saya block dr FB sebab rimas dengan komen-komen dia. Macam mana la saya boleh ada crush kat orang macam ni ek?
*scandal pada maksud saya ialah orang yang pernah suka saya atau saya pernah suka dia atau ex. Mana-mana satu yang sesuai :P
Tapi ada seorang yang saya tak dapat jejak sehingga bulan lepas. Berbelas tahun sudah berlalu, saya memang teringin sangat nak tahu tentang dia. Bukan rindu. Langsung tak ada perasaan dah. Saya dah bahagia, kenapa nak cari masalah pulak? Cuma saya nak pastikan semua ok untuk dia. Lagipun saya dah kenal satu keluarga dan hampir jadi sebahagian keluarga dia, tak salah kalau saya nak ambil tahu sedikit tentang dia dan keluarga. Ha ha.
Selepas berbelas tahun, dan dengan kecanggihan teknologi, FB dah membuka jalan. Sama macam saya, salah seorang ahli keluarganya mempunyai nama yang senang dicari. Masa saya kenal dia, umur dia baru 8 tahun. Sekarang dah 20 tahunlah. Tak sangka dia masih kenal saya hehehehhe walaupun dia baru 8 tahun dulu. Kami 'berkawan' dalam FB dan itu membuka peluang untuk kami skodeng menskodeng kehidupan masing-masing. U don't have to ask, "How's si polan doing?" whatsoever, u just need to check on her photos, and the photos will tell everything. Sebab itulah kalau nakkan privacy, tak mahu orang tahu banyak tentang kita sangat, pandai-pandailah kita customized viewers untuk gambar2 kita.
Dan setelah meneliti apa yang perlu, saya dah dapat satu rumusan bahawa dia telah meneruskan kehidupan dengan baik, bahagia dengan orang yang sepatutnya. Alhamdulillah. Lagipun kalau saya teruskan dengan dia dulu, banyak percanggahan pendapat akan berlaku dan kesudahannya mungkin tak akan baik. Lebih baik dielak daripada menghadapi kesukaran pada masa hadapan. Dan daripada apa yang saya lihat, kehidupan kami sangat berbeza, saya suka anak ramai, dia tak suka. Anak saya 6, anak dia 1. He he he. Itu salah satu beza. Lain-lain takmo cerita.
Apa yang pasti, sama-sama dah ada kehidupan sendiri. Walaupun saya skodeng gambar-gambar tersebut, saya tak perlu nak komen mengomen kat situ. Tak maulah bila saya wujud balik nanti mengundang perkara tak baik dalam hidup orang lain. Kita tak tau macam mana sikap orang baru tu. Mungkin dia tak macam John. John bukan kaki cemburu. Kalau dia baca entry saya ni pun saya tak heran sebab dia takkan heran jugak.
Pernah terjadi kepada saya bila seorang ex bermasalah sikit bila tersebut nama saya depan isteri dia. Jeles hokayyyy... buat apa nak jeles sedangkan kami masing-masing dah ada kehidupan masing-masing? Lagipun itu semua cerita budak-budak, sekarang dah dewasa, dah pandai fikir mana baik mana tidak. Kalaupun dari segi penampilan kami jelas berbeza sekalipun, sepatutnya dia berbangga sebab dia adalah orang yang dipilih walau apa rupa dan keadaan dia.
Satu kesilapan seorang isteri yang cemburu: Dia sibuk ambil tahu tentang wanita lain yang dicemburui dan pada masa yang sama dia abaikan suami sendiri.
*sorry takde gambar sebab hari ni blogger.com ada problem upload gambar. Kenapa ek?