Assalamualaikum.
Saya ni memang biasa bershopping online. Jadi, segala tok nenek cara atau langkah membeli belah secara online semua pun saya dah paham. Antara online website yang selalu dapat duit saya ialah:
Banyak benda, macam-macam barang saya dah borong. Tetapi, dalam banyak-banyak barang yang saya borong, ada satu barang tak sampai-sampai sehingga sekarang.
Cer tengok tarikh bayar... saya beli 2 benda masa ni. Total semua RM124.00 termasuk kotak simpan jam. Memang sticky pad ni tak mahal. Tapi duit tu saya dapat dan bayar pun bukan pakai air liur.
Bila saya teringat tentang barang yang tak sampai-sampai, saya hubungi DEALMATES.
Pastu diorang reply saya:
Masa mula-mula saya check kat Dealmates punye website, diorg ada kasi tracking number yang diorang kata Poslaju punya tracking number. Halo... saya ni hampir hari-hari guna khidmat Poslaju, sekali pandang dah tahu itu tracking betul atau pelesu!
Pastu saya request untuk refund sebab saya malas nak tunggu-tunggu dan ternyata Poslaju tracking yang diorang kasi memang pelesu. Yang peliknya, setiap bukti saya mintak refund dah tak boleh nak cari dah kat account Dealmates saya. Takde history. Dah kena padam.
Request saya utk refund tidak dilayan. Diorang kata tracking yg diberi tersalah la konon. Dan kononnya jugak diorang buat 2nd attempt untuk hantar barang saya. Lalu saya diberi tracking yang RB31787.....CN tu. Kalau mengikut pengalaman saya, tracking sebegitu macam bukan Malaysia punya kurier. Aikkk... takkan saya kena tunggu brg yang bersepah jual kat kedai aksesori telefon tu sampai dari China? Oleh kerana diorang kata dah send, saya pun tunggu....
Tak kunjung tiba. Jadi saya hantar la email seperti yang dipaparkan. Bila diorg hantar reply email tu, saya balas lagi sekali.
Konon-konon mengugut nak report. Tapi diorang tak heran pun...
Itu je jawpaannya dan sampai sudah takde apa-apa berlaku. Hantu betul.
Hari ni saya saja nak menuntut hak saya. Saja cari pasal sebenarnya.
Marah sangat sampai tah apa yg saya meraban, saya gelak balik bila baca hahahahha...
Jom lepas ni kita tunggu apa jawapan diorang.
Bongok betul.