Assalamualaikum.
Blog saya yang baru ni (walau dah tak baru sangat) memang tak ramai follower mahupun viewers. Orang kata suam-suam kuku. Tapi tadi bila log in kat blogger dashboard, terkejut pulak dengan carta. Macam penipoo jek blogger nih....
Konon-konon pada 18 Oktober ada 99 pageviews dan semalam 56. Uikkkkk!!!!!! Sejak bila saya ada viewers yang ramai? Atau adakah tetiba ai jadik femes? Hehehhehehe
Teringat dulu masa www.adilaayl.com, Memang ramai followers dan viewers setiap hari tetapi bila dah ramai viewers, maka ramailah jugak pengkomennya. Kalau yang komen positif tu ok la.. dan profile diorang biasanya tidak disorok tapi kalau yang pengkomen ala pengutuk ni, berani komen negatif kat blog orang tapi ANONYMOUS. Penakut. Untuk orang-orang macam ni, boleh pergi MAMPOS. MAMPOSS.
Tak semua orang senang dengan apa yang kita tulis, walaupun yang kita tulis hanya pendapat peribadi. Korang takde pendapat peribadi ke? Atau korang memang berjiwa malaikat, semuanya perfect dan takde sedikit calar kat pemikiran atau perbuatan? Paling saya tak boleh terima bila saya ada pengkomen mengaitkan anak-anak saya dengan komen negatif diorang. Apa yang saya tulis adalah yang berkaitan dengan pengalaman saya. Kalau saya tak tahu, saya takkan tulis. Setakat kopipes, itu bukan cara saya. Sebelum setiap perbuatan, saya mesti fikirkan anak-anak dan suami dulu. Jadi, kalau tetiba nak kaitkan anak-anak atau suami saya dalam perbincangan, saya tak suka.
Sejak itu, saya customised orang-orang yang boleh mengomen kat blog saya. Boleh terus cari siapa pengkomen. Kalau berbunyik ugutan, boleh terus bawak ke balai polis. Sekarang ni semua pun main balai. Komen main-main kat FB pun boleh buat report kat balai. Pastu kelam kabut la pemilik jari yang komen sesedap jari menari atas keypad.
Bukan itu saja, kalaulah kita berhutang bank atau mana-mana credit service company, kadang-kadang kita ada masalah dan tak dapat nak bayar hutang on time. Bila wakil pemiutang call kita buat ugutan nak buat itu atau ini kalau kita tak bayar, kita sepatutnya risau dengan keselamatan kita dan keluarga, boleh pergi report kat balai. Setakat sebulan lewat, patut dapat reminder, pastu baru 2nd reminder dan sebagainya. Dah macam hutang along, ugut2. Dan perkara ini berlaku sebenarnya. Saya baru je terima cerita ni dari kawan saya. Saya nasihatkan kawan saya report dulu pada atasan syarikat credit tersebut sebab dikhuatiri yg menelefon bukan orang yang betul, mungkin orang jahat yang mengambil kesempatan. Sekarang ni semua pun banyak tak betul. Elken Bio Pure service pun ada yang tak geniune. Saya dah terima banyak kali. Dengan ayat standard, "U ada beli water filter kan? Water filter u dah nak kena service". Pastikan kita simpan nombor Elken Service (cari sticker kat mesin Bio Pure - 03 7985 9377) dalam phonebook. Kalau yg geniune akan call guna nombor tersebut, bukan nombor lain terutamanya handphone. Yg tak genuine akan bagi filter yg tak geniune dari Elken atau yg recycle.
Pendek kata, sekarang ni kita mesti kena tahu hak kita. Tulis blog pun adalah hak selagi tidak melanggar undang-undang. Apa-apa saja yang kita buat adalah hak. Jangan langgar batas agama dan undang-undang.....