Assalamualaikum.
Semalam saya panik jap.
Semalam saya panik jap.
Setibanya saya kat Paradigm Mall, baru je parking, tak sempat keluar dari kereta pun, tetiba driver van sekolah call saya.
"Kak, Dania dah balik ke?"
"Tak, saya tak jemput dia"
"Dania tak ada kat sekolah la kak. Dah 2 kali saya pusing. Budak pun dah takde kat pondok"
"Eh, saya tak jemput dia, Ravi. Dia memang belum balik", jawab saya, panik.
"Takpe kak. Saya cari sekali lagi. Kalau tak ada jugak, saya terpaksa tinggalkan dia sebab saya nak jemput budak menengah pulak. Saya dah tunggu sini sejak 12pm", dan masa Ravi call saya, jam tepat 1pm.
"OK Ravi. Saya ke sekolah sekarang", saya terus dial number client dan minta pospon appmt hari tu.
Keluar dari parking, dan mencari exit keluar. Kebetulan parking agak jauh dari exit. Tetiba Ravi call selepas beberapa ketika.
"Kak, Dania dah ada. Dia kata dia kena tahan dalam kelas siapkan apa tah. Saya pusing balik ke sekolah lepas jemput budak menengah".
Phewww..... saya terus rasa lega. Saya ucap terima kasih kat Ravi dan bgtau dia, kalau dia nak marah Dania, marah je la. Supaya lain kali jangan lambat lagi.
Dan saya call balik client saya yang memang dah sampai Paradigm, untuk teruskan meeting hari tu.
Bila saya balik, Dania kata mereka semua ditahan untuk siapkan satu website. Budak2 ni dah habis UPSR sebab tu dah takde benda nak buat. Jadi, trainer ICT dipanggil memberi latihan website dan mereka disuruh buat keje sampai habis walau budak2 ni dah bgtau, kalau lambat nanti kena tinggal bas.
Dah la tak merhormati masa org lain, tak kesian pulak budak2 yg kena tinggal bas. John marah2 bila saya whatsapp dia. Dia nak jumpa guru bertugas!!!! Bikin panik mak bapak je!
Dan ini kanak2 yg hilang... DAYANA masih hilang. Tolong sebarkan. Semoga beliau cepat2 ditemui. Semoga ibu dan bapanya tabah menghadapi dugaan ni.