Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Scam 419

$
0
0

Assalamualaikum.

 

Pagi2 dah terima satu email. Sejak jadi penulis blog tak berapa fofular ni, saya memang banyak gak terima email. Selalunya saya reply, tapi kebelakangan ni kalau berkenaan kastam, tanya berapa tax nak kena bayar, itu saya tak kuasa nak layan. Saya ni bukan pegawai kastam tukang kira tax orang. Saya cuma menulis tentang pengalaman 2 kali ambik handbag dan baju Ed Hardy kat kastam. Itu je. Maaflah.

 

Pulak tu entry tersebut ditulis pada 2009. Kalau tanya tentang kastam sekarang, lagi susah nak jawab sebab sekarang saya dah tak beli barang online yg kena tahan kastam. Kalau beli online pun saya beli aksesori kamera yg tak mahal dari lelong.com.my atau barang motor kecik2 milik John yang tumpang akaun ebay dan paypal saya. Brg2 seperti handbag atau Ed Hardy items saya tak beli online lagi. Jadi, episod kastam dah berakhir.

 

 

Tapi bila email yg sampai adalah berkenaan blog entry tentang 'tracking' yg pernah saya tulis dulu, insyaAllah ia bagaikan satu kewajipan, saya akan reply dan berusaha membantu secepat mungkin sedaya upaya.

 

 

 

 

 

Alhamdulillah, sebelum terkena, masih sempat lagi adik ni berfikir panjang. Curigalah dengan apa saja perkara yang indah2 yang dijanjikan. Bukan senang orang nak kasi itu ini free free kat kita. Konon nak kasi hadiah... Ada duit dalam parcellah konon. Mengarut.

 

Ini adalah airway bill syarikat kurier yang si penipu hantar....

 

Syarikat yg tak wujud... Pastu kalau perhatikan ada banyak kesilapan dari segi ejaan.....

 

 

Dan bila saya upload cerita ni kat fb, kawan saya yang pernah tinggal kat Nigeria komen....

 

 

 

Oleh itu wahai adik-adik, kakak-kakak, abang-abang... Hati2 dengan mat salleh atau minah salleh yang nak berkenalan dgn kita kat fb mahupun email. Jangan terpedaya.

 

 

 

 

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>