Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Masuk Jawi Pt 1

Assalamualaikum.

Sebelum cuti hari tu dah plan nak mendewasakan anak-anak lelaki saya tapi kami takde memperincikan cadangan tersebut. Apa yang kami tahu ialah, kasi setel horey2 cuti baru boleh pegi sunat. Bila tengok FB ramai jugak yang hantar anak berkhatan ke majlis khatan beramai-ramai sama ada yg dianjurkan di masjid atau kat dewan orang ramai. Tengok gambar-gambar yang diupload semuanya nampak ok aje. Maklumlah gambar2 upload semuanya sebelum operasi dijalankan.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
gambar hiasan (keratan akhbar)


Kat taman rumah saya ni ada jugak anjuran sebegitu tetapi tarikhnya adalah pada hari kami nak ke Penang makan angin. Lagipun sebenarnya saya tak begitu teruja sangat untuk menjoinkan anak-anak ke majlis beramai-ramai macam tu sebab saya fikir 'secara eksklusif lebih baik'. Kalau apa2 terjadi, saya tahu mana nak tuju.

Hari Sabtu yang lepas tetiba teringatkan plan nak menyunat anak-anak lelaki. Jam-jam tu jugak John google cari klinik berdekatan. Jumpa pun. Kami terus ke sana booking, bayar total RM300 utk 2 orang.  Kebetulan ada 2 orang postponed dan kami boleh la ganti. Rezeki. Dan hari Ahad besoknya adalah hari terakhir untuk bersunat. Lepas tu dah tutup sampai next cuti sekolah. Ahamdulillah rezeki.

Jam 10.30am Ahad 15 Disember 2013 dijadualkan anak-anak saya bersunat. Rezeki jugak, dapat jadi orang2 pertama. Sampai sana terus ajak anak2 buang apa2 hajat yang perlu, pastu ganti kain pelikat. Nama si abang dipanggil dulu. Padahal sebenarnya masing2 berebut2 nak potong dulu. Maklumlah, tengok Upin Ipin bersunat macam best aje... memang tak fikir takutpun. Kat rumah masa sarapan saya dah pesan pada anak-anak saya yang diorang akan rasa sedikit sakit masa doktor bius. Rasa macam kena gigit semut (la konon) supaya diorang bersedia dengan apa yang bakal diorang hadapi nanti.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
gambar ehsan John menggunakan Samsung Galaxy Mega


Saya yang meneman anak saya, dan John konon-konon 'teman' yang sorang lagi kat luar. Saya saksikan keseluruhan proses berkhatan. Apa yang perlu dibuang apa yang perlu dikekalkan hehehehe. Teknik pembuangan menggunakan laser, bukan pisau. Ada bau daging bakar sekejap. Anak yang ni cool, berkerut sikit sambil mengunakan pernafasan macam orang nak beranak. Sambil baca AlFatihah seperti yang disuruh doktor sebanyak kira-kira 30 kali. Pastu siap. Bravo. Anak mami sangat berani.

Next...




Oleh kerana tiada sebarang bunyi kedengaran dari dalam bilik rawatan, 'pesakit' ke 2 ni nampak rilek dan sangat kondifen. 



Sempat gurau-gurau dengan Doktor.

Macam tadi jugak, John meneman anak yang dah setel kat luar.

Bila doktor mula membius, segala senyuman hilang diganti dengan jeritan sekuat hati. OHHH TIDAKKKKKKK!!!!!!! Bukan sekali jerit tapi dia jerit kaw kaw sampai John terpaksa meluru masuk. Adoiyaiiiii... Yang tak tahan tu, dia merayu supaya operasi tidak diteruskan. Kami gilir-gilir pujuk dia. Doktor suruh baca AlFatihah banyak-banyak, dia baca AlFatihah dan 'Rabbi Yasir Walatuasir Ya Karim' banyak-banyak tapi SEKUAT HATI macam nak halau hantu adoiyaiiiiiiii...... kami khuatir dia akan kejang aje. Kena pujuk sampai dia tenang. Kaki tak boleh keras. John sempat pesan "Jangan tendang doktor" yang membuatkan saya makin risau dia akan tendang hahaha. Dan saya pegang tangan dia lembut2 dan bersedia supaya dia tak tepis doktor yang tengah pegang jarum tu. Operasi dijalankan dalam keadaan agak stress dan mengambil masa agak lama. Apa yang saya lihat, hasil terakhir nampak kurang kemas (itu detik hati saya) tapi fikiran saya kata 'doktor tahu apa dia buat, mungkin semuanya ok'.

Kesian anak-anak yang menanti kat ruang menunggu. Jeritan anak ke 5 saya ni membuatkan anak-anak tersebut kecut perut dan ada yang nak balik. Saya mintak maaf sangat-sangat. Semoga urusan mereka pada hari itu berjalan lancar. Tapi bila saya tanya doktor, rupanya ada yang lebih teruk, ada yang belum bius dah tergolek berguling terjun dari katil ke lantai. Luarbiasa hehehe.

Semasa operasi dijalankan mahupun selepasnya, saya dan John tak tergamak nak ambik gambar. Takkan gambar tengah 'itu' pun nak rakam kan? Walau mereka dianggap anak kecik, aib mereka tetap kena jaga. Entry saya ini bertujuan memberi panduan serba sedikit kepada ibu bapa yang berhasrat mendewasakan anak lelaki mereka. Harap-harap dapat jadikan panduan walau sedikit. 

Walaupun doktor tu kata budak umur 3 tahun pun ada yang bersunat, tapi dalam kes saya ni, walaupun anak-anak nampak dah bersedia, pastikan mereka betul2 bersedia. Lihatlah sikap anak-anak. Kalau jenis penakut sakit, penakut makan ubat, biarlah dia betul2 besar lagi sikit baru disunatkan. 6 tahun, penakut pulak tu, membuatkan urusan menyunat anak saya ni agak sukar sikit. Sepatutnya biarlah abangnya yang 10 tahun saja yang sunat dulu. Satu satu lebih baik. Ingatkan 'dua dua jalan sekali' memudahkan kerja. Apa nak buat... dah terlajak pun. 





Selesai urusan bersunat, anak yang jerit macam histeria tadi terus jadi ok. Rasanya perasaan takut yang buatkan dia jadi macam tu. Sepatutnya lepas bius dah takde sakit dah. Kalau ada anak lain yg perlu bersunat, saya harap boleh ambik kaedah bius habis... pengsan. Sedar-sedar dah siap.

Kat rumah saya bersedia untuk menjaga 2 anak sakit ni. Lepas kasi ubat tahan sakit dan antibiotik yang doktor bekalkan, nampak diorang ok aje main game. Doktor kata tutup dengan mangkuk polisterin, saya pun tutup la dengan mangkuk. lepas 2 jam anak saya yg kecik tu kata rasa tak selesa. Basah. Saya selak kain pelikat... nak luruh jantung tengok darah banyak. Saya tak tunjuk muka panik depan anak saya, saya cek pulak anak yg besar tu. Dia punye elok je kering.

Saya ke dapur cari nombor fon klinik. Cari kat botol ubat yang dibekalkan. Pembantu yg jawab fon suruh saya bawa balik ke klinik. Call John yang perlu menghadiri majlis kawin anak kawan dia tapi tak dapat. Mungkin atas motor, detik hati saya. Syukur saya menolak utk pergi kenduri dengan John. Saya perlu berada kat rumah untuk anak-anak saya. 

Takyah tunggu lama, saya dukung anak saya terus masuk kereta. Kain pelikat dah basah dengan darah. Tak heran dah sama ada seat kereta baru akan kena darah atau tak, janji dia cepat sampai klinik. Baru keluar simpang nampak John atas motor... John nak ikut ke klinik walau penerbangan lagi 2 jam nak berlepas. 

Doktor yang ditugaskan menyunat dah balik rumah. Tapi sepantas kilat dia drive laju2 (katanya 140-150km/j) dari Kajang untuk bantu anak saya. Anak saya masih rilek lagi. Dia tak tau apa berlaku sebab saya tak bgtau. Tapi bila doktor ter-sebut 'bius balik' dan 'jahit balik'.... dia mula panik. Hanya Allah tahu apa perasaan saya tengok keadaan masa tu. Menjerit dan merayu.... Itulah... bila dalam keadaan takut dan panik sangat, operasi akan terganggu. Kan dah kena jahit lagi sekali? Nasihat saya sekali lagi, tunggulah anak dah besar sikit lagi. Saya tak habis-habis menyalahkan diri saya. John ada sebut nak sunatkan satu-satu tapi saya yang beriya kata "sekali dua2 kasi setel". Kan dah kata, jangan dilawan cakap suami. Hambik. Dan hari tu John missed flight. Terpaksa beli tiket lain.

Sekarang dah masuk hari ke 3. Saya la yg menyuap yang menjaga dua2. Saya ke Elken belikan IG6 supaya cepat baik. Cuma saya pelik kenapa nampak basah aje 'kepala' tu? Bila saya google, rupanya mangkuk yang menutup anu tu sepatutnya dilubangkan supaya ada pengudaraan yang baik. Astaghfirullahalazim. Patutlah macam tak kering2. Inilah dia salah saya jugak tak google sebelum hantar anak bersunat. Tanya John, katanya dulu2 semua berbalut, dia tak tau nak jawab pulak. John dah berlepas ke overseas. Sebenarnya saya macam tak sempat sangat nak google sebenarnya... time ni jugak la saya naik hangin dengan cikmed yang makin lama makin mengurangkan 'kerja' dia membuatkan saya semakin kelam kabut. Mana nak jaga budak sunat, mana nak masak, nak kemas, nak beli lauk yg dah habis, nak gi Elken beli IG6 dan supplement lain yg dah habis, mana nak fikir mak saya yang baru datang. Cik med.. dengan jalan macam tuan puteri nak masuk beradu, satu saat selangkah, buatkan saya semakin tension. Saya dah siapkan segala kerja mengemas, basuh baju, sapu bilik, masak, dia baru terhegeh2 nak pegang penyapu. Bukan apa tu.. dah selalu sangat communicate dengan family pakai fon, pastu krismas dah dekat. Itu la jadinya.

Hari Selasa malam, saya jemput John kat Sentral. Rabu pergi check up. Check up kali ni doktor lain yang check. Doktor sunat tu takde. Lagipun doktor sunat adalah doktor 'jemputan' untuk menyunat je. Waktu bukan musim sunat takde la dia. Masa check up doktor tolong bersihkan sekeliling kawasan 'telo' je. Doktor yang check ni ialah seorang doktor India lelaki. Cuma saya tak berapa puas hati bila saya tanya sampai bila bebird ni tak boleh kena air dan doktor tak dapat bagi jawapan yang pasti. "Dalam seminggu"... dan dalam hati saya terdetik, apa ke teruk sangat bersunat sampai tak boleh langsung kena air? Kan ke air tu penawar?

Bila saya balik, saya akur dengan arahan doktor tak basahkan dengan air. Dalam hati memang rasa tak puas hati. Agaknya bila la saya boleh benamkan budak2 ni masuk kolam????? 

Dalam jam 7pm saya dapat sms berita pakcik saya (abg mak saya) meninggal kerana sakit tua. Dan malam tu jugak kami bergegas ke Kg Baru utk ziarah.

OK sambung part 2 ek. Dah panjang sangat ni.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>