Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Korea Oh Korea! Part 1: Day 1 Breakfast And Nami Island

$
0
0
Assalamualaikum.

Seronokkkkkk!!!!

Saya dan John merupakan antara qualifier 2 tiket ke Korea pada musim sejuk! Takde top up duit untuk tiket ke 2, kami layak untuk 2 tiket sekaligus. Alhamdulillah, usaha kami untuk 8 bulan ada jugak membuahkan hasil. Dapat bulan madu lagi sekali!

Oleh kerana kami tak pernah jumpa salji yang original melainkan salji buatan di Genting Highlands, ini merupakan trip yang sangat dinanti-nantikan. Bayangkan, semua benda disediakan dengan layanan high class oleh Elken, daripada penginapan hotel 5 star sampailah ke makanan yg tak kurang, takde bajet2 tahan lapar malahan kami juga dapat angpau sorang satu. 

Kalau takmo bawak duit pun takpe sebenarnya. Semua dah ready kecuali duit shoppinglah kan.

Tapi sebelum berseronok kat Korea, saya siapkan segala urusan anak-anak kat rumah dulu. Siap2 masak lauk untuk seminggu pastu frozenkan.

Kari ayam
Kurma ayam
Rendang daging
dan sebagainya

Saya juga dah siap-siap sediakan menu untuk seminggu sepanjang ketiadaan saya. Takde alasan untuk cikmed kata, "Tak tau nak masak apa" sebab semuanya saya dah tetapkan.



Mudah aje nak layan tekak anak-anak saya sebab diorang tak pandai nak makan lauk berbagai-bagai dalam satu masa. Sebenarnya bagus jugak untuk penghadaman. Sebab itu anak-anak sangat sangat sangat jarang kena sakit perut malahan hampir takde dengar diorang komplen sakit perut kecuali masa kat hotel kat JB dulu tu, keracunan air hotel yg sedang direnovasi.

Pergi ke KLIA adik ipar yang tolong hantar. Terperanjat dia tengok kami cuma bawak 1 luggage besar dengan 2 handcarry luggage padahal dengan Korean Air kami boleh check in 23kg luggage seorang dan 7kg (dalam website Korean Air kata 10-12kg) handcarry luggage. "Tak shopping ke kak?" 

Biasalah orang lelaki semuanya nak mudah. Ikutkan John, dia takmo bawak satu beg pun. Semua barang nak sumbat dalam luggage besar yg satu tu padahal saya punya baju aje dah berhelai2 sebab sekali pakai nak kena berlapis2. Dengan suhu antara 0 darjah ke -12 darjah celcius, pakai selai dua baju tak cukup! Tak berapa layan perangai John yang tak masuk akal, saya tetap bawak satu lagi luggage yg biasa kami pakai utk handcarry sebagai sparebag yg saya letak sedikit brg2 John utk dia salin setibanya kat Incheon Airport nanti. 

Flight kami pukul 11.59malam. Belum pernah try Korean Airlines tapi pengalaman yg ini memang ok takde masalah. Flight 6 jam diisi dengan layan movie dan tidur. Stewardess akan tanya pilihan makanan moslem food atau tak. Jadi, memang takde masalahlah.

Setibanya kat airport kami pergi toilet dululah salin baju, gosok gigi dan cuci muka. Lepas ni terus pergi bfast pastu teruskan lawatan ke Pulau Nami. Check in hotel nanti malam lepas dinner.

Hari pertama buat saya sesak nafas. Macam nak pitam bila kena pakai baju berlapis2. Pulak tu perjalanan dari airport ke next destination agak jauh, 2 jam naik bas. Tu yg sesak dibuatnya. Sebenarnya berjalan masa winter macam ni bukan seronok sangat pun. Seksa. Nak kena berjaket2 bagai, berglove, setokin tebal. Leceh! 

Destinasi pertama kami ialah makan pagi. 



Pertama kali makan makanan Korea... hmmmm...... lapar punya pasal, telan aje la kak.

Pastu start ambik gambar kat bawah. Satu tips utk pasangan yang pergi melancong. Biar dua2 orang bawak kamera masing2. Saya bawak Nikon D5200 dan John bawak Olympus Tough TG2. Saya ambik gambar John, dan John ambik gambar saya. Baru adil, takde la komplen "gambar you aje, gambar I takde!"


bukan nak tunjuk hensemnya John tapi nak tunjuk cantiknya gambar hasil tangkapan saya guna DSLR hehehhe
Lepas makan terus ke Pulau Nami.  Teringat kat Winter Sonata. Gina, pemandu pelancong kami kata, rakyat Korea juga berpegang pada adab sopan. Walaupun mereka mempunyai pegangan agama yg berbagai-bagai, mereka masih mengamalkan peradaban yg baik dalam pergaulan. Nak ke Pulau Nami kena naik feri. Kalau terlepas feri, alamat tidurlah kat Pulau Nami tu. Tunggu feri datang besoknya.

Oleh itu, kalau ada ibu bapa yg dapat tahu anak perempuan mereka terkandas kat Pulau Nami semalaman dengan lelaki, mereka akan segera dikahwinkan. Menurut Gina, kawan dia pernah terkena benda yg sama, dikahwinkan dan anak mereka (hasil buatan di Pulau Nami masa terkandas tu) dinamakan NAMI.  Dan anak tersebut sampai sekarang tak tahu yg nama dia sempena nama pulau tersebut keh keh keh.

Memang cantik Pulau Nami. Sampai2 aje saya dan John cari benda nak panaskan badan, nak hilangkan muka pucat lesi saya. Kalau sampai 2 orang menegur saya pucat, memang betul la tu saya pucat. 

Cari kopi dan snowman pancake!!!!




Mahal? Welcome to Korea!
OK kat Pulau Nami memang kejenya ambik gambar ajelah. Kami dapat kawan baru yg sekampung dengan John. Suami isteri dari Seremban. jadi, kami memang selalu berempat sebab senang nak ambik gambar couple peluk2 loving2 muah muah hahahahha.


gambar ni saya hambik.

OK jam dah pukul 1am. Besok anak sekolah, jadi saya kena sambung besoklah cerita lagi ok.

Selamat malam.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>