Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Fusion Music Studio

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari Ahad, 2 Disember saya sekeluarga ke majlis perasmian music studio milik guru piano anak2 saya, Miss Ong. Miss Ong ni ialah anak kepada guru tadika anak2 saya (Teacher Yong) tetapi dah pencen dah. Beriya2 beliau ingatkan saya supaya hadir dan saya memang tak dapat nak elak walaupun badan tak berapa sihat.

Bagus jugak bila cikgu ni bukak music studio sebab selama ni saya mencari2 tempat kosong untuk anak saya belajar main musik selain piano yg dah sedia ada cikgu. Kat Yamaha penuh sesaja, takde tempat kosong dah. Bila ada studio baru, saya berpeluang mendaftarkan Dhani mengikut waktu yang sesuai dengan kami.

Mula2 sampai studio, semuanya malu2 takmo try main alatan musik yang disediakan. Susah betul saya nak buang perasaan malu anak2 saya, sampai rasa macam nak naik angin aje. Malu biarlah bertempat, kalau nak cari ilmu pun malu, alamat susahlah nak berjaya.

Dengan penuh sabar jugaklah saya ni memujuk, akhirnya anak2 saya berani jugak sikit2. Bila sorang dah mula, semuapun akan mula. Bermula dengan biola, drum dan piano, dapatlah diorg tunjuk sikit2 bakat yang ada. Tapi apa yg pasti, saya bukan menggalakkan anak2 saya jadi pemuzik tetapi dengan belajar muzik boleh merangsang otak dan meningkatkan iQ. Ia lebih baik drp main iPad tak habis2, melepak tepi jalan atau berpeleseran kat shopping complex.












Sebelum balik, saya sempat la pilih alat musik sesuai untuk Dhani belajar. Dan kalau uolls ada terasa nak hantar anak2 belajar musik, bolehlah LIKE kat fb page music studio ni iaitu 'Fusion Music Studio' untuk hubungi mereka. Tempatnya ialah di Taman Tasik Prima Puchong, di The Wharf, atas Mydin.



- Posted using BlogPress from my iPad

Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>