Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Projek Beli Jubah Raya 2014

$
0
0
Assalamualaikum.

Bila dah tempah baju kita kena buat apa?

Ambik baju la....

Semalam saya dan AMI ke Jalan TAR lagi sekali (buat kali ke 3 tahun ini) untuk ambik baju yg ditempah dengan galaknya sejak duamenjak ni. AMI pun nak ambik langsir raya dia sekali. Tapi aktiviti kami memang takde apa sangat plannya, jadi kami ajak ahli rombongan Jalan TAR yg baru untuk join* kami. Ahli baru kami tak lain dan tak bukan, Cik Kiah 1 salah seorang ahli grup jenjalan ke Turkey tak lama lagi. Bila ada ahli baru, aktiviti tu jadi bertambah. Projek ambik baju dan langsir raya ditambah pulak dengan Projek Beli Jubah Raya 2014.

Pakai jubah memang best. Sekali sarung je dah siap dah. Yg perut comel bak kuih pau tu, atau bagai mr muffin tu bolehlah pakai korset DX untuk jadi lebih kemas tak benjol bonjol kuih-kuihnya. Line seluaq kecik pun cover tak nampak bila pakai korset dan girdle especially DX Elken. Tak semestinya jubah longgar ni boleh cover segala. Kalau kain jubah tu nipis, segala lekuk dan bonjolan akan clear terserlah. Pastikan, ok... ambik langkah selamat, pakaila seluar palazo atau kain dalam.


selfie - tayang lobang hidong dan gigi

2 kali saya dan AMI ke Jalan TAR, hampir keseluruhan masa kami habiskan kat Sarah Hughes. Sibuk mengushar kain langsir dan kain tempah. Cukup time kena rush balik. Kali ni, kitorang sempat jenjalan kat bazaar, cuci mata yg kelabu ni, beli jubah, beli tudung, beli otak-otak, kepok losong, makan laksa, pergghhhh memang best macam tourist berjalan-jalan shopping la. Dan yg paling best bila cuaca sangattttt nyaman, macam nak hujan tapi tak hujan-hujan sampai ke sekarang ni dah 3am.  

Kalau panas berdenting uols ingat saya nak duduk makan laksa tu????? Sorry la uols, ai mesti cari ekon untuk menikmati santapan. Alhamdulillah, cuaca nyaman tu bagi saya peluang makan laksa yg cukup segala sifatnya hihihi. Sedap, siot. Cuma air je tak berapa berani nak beli, kami beli air RO dalam botol. Selamat.

Dah habis jenjalan, last sekali pergi ambik baju dan langsir. Cik Kiah 1 terjebak beli langsir dan tempah. Memang takkan habislah projek Jalan TAR ni nampaknya. Nanti nak ambik pulak langsir dah siap, pastu saya pulak nak beli langsir baru untuk pondok baru..... tapi saya tak kesahlah uols, sebab bila saya dah mula meninjau kawasan, rupa-rupanya pilihan sangat banyak kat sana, memang rambang mata! Ikut hati memang nak beli jubah berpasang-pasang. Boleh pakai lama, sesuai untuk macam-macam acara. Suweeeet aje makainya cewah.



kita kepit Proenza Schouler pulak :)

yg penting selfie dulu

cik kiah 1 ni sekampung dengan saya. Satu jalan yang sama.

3 yg ditempah. Kanan sekali jubah baru beli.


Kemain seronok layan shopping dan cuci mata, alatan menjahit saya lupa beli adoiyaiiii..... entah mana pergi kayu pembaris lengkung saya tu.

Lepas memikul semua baju dan langsir simpan ke kereta, kami lepak makan lagi. kali ni di tempat berekon di SOGO. Borak sampai berjam-jam, refill air yg bottomless tu. Konon-konon nak cerita hal trip. Topik : "Apa nak bawak", tapi masih macam hari tu, takde apa yg dibincangkan ahahhahaha.

Tapi tak kisahlah. Apa yg saya kisah ialah kami really had fun. Sampai rumah dah gelap dah. Memang sakan.... dari pagi sampai maghrib. Balik rumah terai menerai baju. Memang almost perfect jahitan Kimiga Fashion di Sarah Hughes @ Globe Tingkat 9, takyah nak beralter bagai. Semua terletak elok.

Kalau uols takde tempat nak tempah baju, apa jenis baju, baju kurung, kebaya, kurung moden, jubah, blouse, jaket, baju melayu.... terailah Kimiga ni sebab memang saya akui tailor ni baru betul tailor sejati. Baju blouse AMI pun nampak cantik terletak aje ngam dengan saiz dan badan. Kemas aje jahitannya.

Hmm.. jadi setakat ni baju raya dah ada 9. Kebetulan bukan nak raya sakan sangat pun, cuma kebetulan aje, ada kain yg disimpan 2 tahun, pastu baju saya bukan elok-elok sangat pun. Dulu asal boleh, asal ada aje sebab anak-anak pun masih kecik, masih berdukung. Mana boleh buat baju lawa2 nanti rosak bila dukung budak kan?

Senanglah lepas ni kalau ada jemputan kahwin atau kenduri.

Adios

*Join dengan Joint maknanya tak sama. Sila rujuk kamus. 








Viewing all articles
Browse latest Browse all 514