Assalamualaikum uols yang cantik jelita.
Saya jumpa satu blog yg sangat saya suka singgah. Blog beliau buat saya nak berblog lebih kerap. Nak tahu siapa? NameeRoslan. Korang gugel aje jumpa la blog ni. Malas pulak nak letak link hehehe....
Pemilik blog sangat comel, cantik, bersahaja. Tak hairanlah kalau follower dia ramai dah walau baru aje berjinak-jinak dalam dunia blog.
Hari ni saya baca entry Namee tentang orang yg suka ngata iaitu sikap negatip. Ini kes masalah hati tak wangi, memang ramai sekeliling kita. Kalau dalam dunia blog, pantanglah ada hal apa-apa sikiiit, terus jadi tajuk entry. Nasiblah saya ni tak galak dengan dunia blogging ni, saya tulis blog sebab saja-saja suka-suka. Nak berjumpa-jumpaan dengan bloggers mungkin tidak kot. Malu! Lagipun saya tak yakin yg tulisan saya bagi manfaat kepada orang lain. Cuma syiok sendiri.
Betullah apa Namee buat, jauhkan diri dari orang macam ni. Tak bagus bila aura negatif berada di sekitar kita. Hasilnya memang kurang ong.
Dalam dunia blogging saya pulak, ada beberapa garis panduan untuk saya ikut. Tak boleh itu dan tak boleh ini. Blog ni dah macam diari atau journal kita, bahaya kalau semua nak cerita. Sekarang ni macam-macam benda boleh jadi. Kalau terlalu lurus dan terlalu telus dalam blog, boleh jadi membahayakan untuk kita sendiri. Nama sekolah anak, nama taman tempat tinggal, alamat rumah, nombor ic, plate kereta, ishhh... ada yang upload plate kereta kat FB. Sharing memang la caring tapi kan bahaya tu....... kena pulak yang memang cantik rupawan, ada pulak secreto admirero... ishhh.. mintak jauhlah. Pastu kalau suami outstesen pun jangan ceritalah. Nanti ada pulak yg berniat tak baik tu, dia buat plan bukan-bukan untuk mengenakan kita masa suami kita takde, kan ke parah? Nak cerita tu boleh, biarlah SELEPAS berlaku kejadian. Suami dah balik dari outstesen baru la cerita "I rindu sangat2 kat suami I outstesen 2 bulan ni baru sampai rumah. Love u my B" :P. Agak bertahun jugak saya berblog syiok sendiri, makin lama makin saya belajar. Mula-mula dulu pun sama jugak terlebih poyo. Sekarang bila orang rasa blog saya makin bosan, itu tandanya saya dah lebih matang kikikikikiki.
Bila cerita hal blog-blog ni, saya teringat entry satu lagi blogger fofular ni pulak. Jumie. Entry ni tentang Orang Kaya Semulajadi VS Orang Kaya Jadi-Jadian (lebih kurang). Ada pelbagai pendapat kita boleh dengar tentang ini. Tapi ulasan Jumie akhirnya saya setuju. Tepat sekali. Nanti uols carilah ye. Jumie Samsudin. Baca la.
OK sekarang biar saya pulak mengulas.
Tentang orang kaya warisan vs kaya jadian.
Apa-apa pun.... kita ni hamba Allah, asal kita dari mana? Cer fikir.....
Orang yg kaya secara warisan... ada yg kata diorang dah biasa hidup mewah, tak heran nak poyo sana sini. Berbanding dengan orang baru kaya, habis dipoyonya sana sini. Sebenarnya 2 golongan ni lebih kurang aje. Hehehhehehe.
Cer fikir lagi...
Cuma caranya beza sikitlah. Sebab itulah wujudnya majalah-majalah Malaysia Tatler dan GLAM antaranya. Saya takmo ulas melebih2, buruk padahnya hehehhe.
Sehingga pada suatu masa saya terfikir, ada sorang bekas artis yang menyanyi ala kadar tetiba fofular sekejap hanya sebab gaya hidupnya yg high class dan gaya pakaiannya, bukan kerana sumbangan beliau dalam dunia seni. Dan saya fikir beliau menceburi dunia music sekejap sebab salah satu cara untuk dikenali ialah dengan jadi artis setahun dua. Pakai branded gila, keliling dunia sana sini tapi orang tak nampak. Kalau jadi artis, baru orang tahu life kita cemana..... kalau uols kata org kaya tidak menunjuk, aidontingso.
Disebabkan dunia kita sebagai patik-patik hina ni, level-level bawahan ni, hanya ada IG, Twitter dan Facebook yg difolo oleh golongan sama macam kita jugak, pastu lepak kedai mamak, sekali sekala lepak Stabak, pastu bila kita haplod sikit beg Burberry, Prada yg dibeli online atau up sikit beli masa gi overseas trip shopping kat outlet at 50% discount, daaahhhh ada yg mula mengata. Mula la kata kita poyo, kita baru nak belajar kaya... emm.... komen saya ialah, "Kalau dia dah berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kita patut gembira utk dia".
Jangan dibanding-banding rezeki orang dengan rezeki kita. Kan rezeki ni dah disediakan untuk kita, cuma kita perlu cari aje. Sebagai manusia biasa, memang biasalah kalau ada sedikit envy dalam hati bila tengok sifulan ada itu dan sipolan ada ini. Tapi kalau dipupuk perasaan negatif tu secara berlebihan, tidak dikawal, sikap itu akan menjadi lebih teruk pada kemudian hari. Marilah kita bimbing hati sendiri untuk memandang sesuatu secara positif. Jadikan kelebihan orang lain sebagai dorongan untuk kita. Patutnya kita bangga melihat kawan kita, sedara kita, adikbadik kita berjaya, bukan dengki dan kata bukan-bukan. Susah payah orang, kita tak tahu. Jangan tahu-tahu nak mengata aje. Dan kepada yg dah kaya secara warisan, bersyukurlah. Mungkin anda tak pernah tahu rasa susah. Tak pernah rasa kurang duit. tapi warisan yg anda dapat tu, dapat dari mana? Ayah? Atuk? Mak? Nenek? Asal kekayaan juga pasti ada ceritanya.
Pendek kata, setiap manusia bermula dari ZERO.
OK. Kesimpulannya, saya lebih suka tulis blog cerita tentang diri sendiri. Contohnya begini:
![]() |
hari ni beli kotak ni kat Aeon Big. Offer RM5 satu. Murahkan??? |
![]() |
Saya simpan Elken DX saya yg dah ada 6 pasang kat dalam ni. Poyo? |
![]() |
Semalam gi Jalan TAR, lemari dah penuh dengan baju. Baju raya total 9 pasang. Poyo lagi? |
![]() |
Cantik tak baju saya? Kikikikiki |
![]() |
yg coklat belah kanan tu memang paling cantik yg paling saya suka. Poyo lagi sekali. |
Itu saje. Adios.... #lanTakKoLaLabu