Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Doa

$
0
0
Assalamualaikum.

Lama tak tulis blog ni. Dah bersemut blog saya. Hari ni terpanggil nak tulis sebabkan link yg saya jumpa di FB dan saya share, yang mengundang komen-komen terlebih bijak. Tapi kebanyakan komen bijak adalah di link kawan yang saya komen terlebih dahulu sebelum saya sendiri share link tersebut. 

Ianya berkenaan Doa Makan.

Skrg ni kita boleh lihat bagus sungguh anak-anak kecik dari kecik dah pandai baca 'doa makan'. Kecik2 dulu memang saya tak tau doa makan ni. 




Lalu terus teringat seorang ustaz yang semasa hayatnya memang saya selalu dapat ilmu berguna daripadanya. Sebab itulah saya berani share. Menurut ustaz tersebut, orang sekarang lebih kepada adat berbanding ibadat. pastu dia kata lagi, ramai yg terikut2 cara Kristian dan Yahudi berbanding cara agama kita sendiri. 

Saya ni tak pandai, tapi saya tidak la nak memandai-mandai. Saya cuma share sikit (sikit je) ttg apa yg pernah diberitahu orait?

Ok, saya komen kat link yg kawan saya share, saya kata "Amalan baca doa sebelum makan adalah amalan orang Kristian" iaitu sama seperti yg ustaz bagitau saya dulu. 

Pastu ada yg kata, 

"Macam tu, tak boleh baca doa la?"
"Org Kristian pun mandi, habis tu kita ikut Kristian la?"

Saya boleh senyum je la membacanya. Nanti kalau dibahas, lagilah jadi lagi teruk komenan masing-masing. Tapi saya suka satu komen yg lebih kurg mcm ni, "Skrg banyak info ttg agama boleh dapat kat internet tapi kuliah kat masjid pun masih lagi penuh. Contohnya bila mesej guna SMS boleh dibaca dengan intonasi berlainan". Maknanya, mesej kat FB mungkin telah dibaca dengan intonasi dan fahaman yg berbeza. Betul la tu. Jangan melenting dulu, pergi cari ustaz, tanya dan minta kupasan.

Doa yg sama saya masih amalkan tetapi dalam doa selepas solat, bukan sebelum makan.

Apa yg ustaz bgtau saya ialah amalan yg sorang baca doa, yg lain-lain aminkan. Kan ke sama macam yg kita tengok kat tv tu? Yg orang kristian selalu buat tu? Seingat saya, sepanjang saya mula boleh berfikir sehingga la sekarang, belum pernah nampak lagi kat majlis keagamaan, masa hadap makanan nak makan tu kita baca doa dan amin ramai2. Tapi kalau baca doa selamat itu, memang ada. Tapi bukan semata2 untuk makan. Memadailah dengan bacaan 'bismillah'..... dan ustaz kata, seeloknya bacalah (bukan doa dan amin ramai2) Bismillahilazi sebelum menyuap makanan untuk mengelak sihir yg dituju melalui makanan (santau dan sebagainya).




Ada satu kisah benar, diceritakan terus kepada kami.. ustaz tersebut pergi minum kat satu gerai. Arwah dah biasa dah baca Bismillahilazi, jadi bila minuman sampai, sebelum capai cawan kopi tu, arwah baca la bismillahilazi. Tiba2, nak tau apa jadi? Cawan tu beralih, bergerak menjauhi arwah setiap kali arwah nak capai. Ni citer betul tau. Terus dia panggil orang kedai tu mintak tukar air. Apa conversation diorang takyah la saya citer sini ek. Pastu ada satu kali ni kami pergi kenduri kawin. Balik dari kenduri masing-masing sakit perut cari toilet tapi arwah sorang je tak. Dia tergelak sambil kata, "Tu la, kau tak baca Bismillahillazi...". Sejak tu terus saya hafal dan amalkan, dan ajarkan pada anak-anak saya. Maknanya, membaca doa itu boleh, cuma amalannya dan caranya biarlah betul, jgn terikut2 yg tak sepatutnya.

Lagi apa yg ustaz ajar?

Tentang berkhatan.

Sekarang dah ramai yg mula khatankan anak-anak lelaki sejak baby terutamanya kerana masalah kesihatan. Tapi pada saya, saya memilih utk khatankan anak-anak lelaki saya bila diorang dah besar sikit. Umur 10 tahun macam anak saya memang sesuai. Tapi yg sorang lagi tu khatan umur 6 tahun memang saya serik sikit. Sibbaik dah takde anak lelaki dah. Nak khatan masa baby tu boleh, takde masalah. Tapi biarlah selepas seminggu kelahirannya. Amalan berkhatan semasa lahir adalah amalan Yahudi. 



Jadi, inilah antara yg saya maksudkan 'amalan' Kristian atau Yahudi tu. Bukan kerana mereka mandi, kita tak boleh mandi sebab nanti terikut amalan mereka. Bijak sungguh kupasan. 

Ada banyak lagi ilmu yg alhamdulillah ustaz turunkan kepada kami, ditambah dengan ilmu yg John share dengan saya sekembalinya daripada majlis malam Jumaat setiap minggu. Memang saya jarang hadir ke majlis malam Jumaat tetapi tuan sheikh kata, bila saya sediakan baju utk John pakai ke majlis, pastu dengan ikhlas hati biarkan dia pergi ke majlis, dah ada bahagian saya. Amin..... 

John pernah kata, ada perkara2 yang apabila kita share dengan orang, ianya boleh menimbulkan fitnah. Apalagi zaman sekarang ni, ramai orang yg 'alim' berguru dengan buku, internet, tanpa kupasan daripada guru yg warak yg alim yg mursyid. Sebab itulah bila hal-hal sebegini, baru share sikit ada aje yg melenting. Sebab itu la jarang-jarang sekali saya nak cerita hal2 sebegini secara terbuka. Biarlah saya share kepada anak-anak dan org terdekat je. Tapi kini, itulah masalahnya, sebab orang yg berani share terang-terangan nampaknya amalan2 yg 'lebih menyeronokkan' seperti "Sampaikan mesej kepada 20 orang nescaya akan sampailah rezeki yang tak terfikirkan selepas 2 jam"....  yg mereka tak nampak permainan syirik berada di situ. Nak sangat dapat rezeki durian runtuh agaknya, terus tak fikir, terus aje share kat 20 orang. 

Lain-lain, saya minta penjelasan tentang puasa ganti. Yg mana perlu puasa saja, yg mana perlu puasa dan fidyah. Bila kita terpaksa berbuka kerana diri sendiri (contohnya period atau uzur), kita cuma perlu ganti puasa. Tapi kalau kita terpaksa berbuka kerana orang lain (contohnya menyusukan anak), kita wajib ganti puasa dan fidyah. 

Ada banyak lagi, mungkin lain kali insyaAllah boleh share.

Wallahualam.

Sekian.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>