Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Sorry Belum Cerita Turki Tapi Cerita Nenek Dulu

$
0
0
Assalamualaikum.

Saya janji nak cerita pasal Turki tapi tak kesampaian lagi. Almaklum sajalah, balik dari sana pada Ahad, sampai rumah baru nak kemas dapat berita nenda saya meninggal dunia di Hospital KL semasa sedang dialisis akibat serangan jantung dalam tidurnya. Ia merupakan satu berita yang sangat-sangat mengejutkan saya sebab saya ada banyak kenangan yang tak dapat saya lupakan dengan arwah. Tak sempat saya nak kasi selendang cantik yg saya belikan untuk nenek di Turki. Nenek meninggalkan 11 anak yg masih hidup, 38+ cucu dan 22 cicit. Sepupu saya ramai yang kecik2 muda2, sampaikan ada yg saya tak berapa nak cam.

Arwahlah yg tolong saya hampir setiap kali saya baru bersalin dan perlukan bantuan. Walau umur dah lanjut pun, masih tak heran dengan kesihatan dia, masih offer diri bantu saya. Saya membesar pun dalam rumah nenek. Masa kecik2 dulu, kalau bukan nenek yg bawak berjalan, memang tak merasa la saya berjalan keliling semenanjung. Tak merasa la nak mandi sungai. Tak merasalah nak mandi laut. Tak merasalah nak ke pulau sana pulau sini. Masa saya sakit tak boleh berjalan masa umur 11 tahun dulu akibat bisul dalam daging di kaki, nenek jugak yg bawak ke hospital, nenek jugak yang melawat hari-hari. Pergi cuci luka operation pun nenek jugak yg uruskan. Saya membesar dengan air tangan nenek, bebelan nenek. Sampai umur saya 16 tahun, barulah saya jauh dari nenek. Saya hidup di asrama, saya cuma pulang ke KL setahun 2 - 3 kali sahaja bila ada cuti panjang, Waktu cuti singkat2 ni, saya lebih suka kat asrama aje. Saya lebih selesa bersama kawan-kawan kat sana.

Lepas kawin dengan John, nenek masih ambik berat. Nenek ambik berat dalam bersahaja. Nenek selalu bebel kat saya kalau saya datang rumah nenek dengan John dan saya tak hidang air utk John atau tak ambikkan bantal utk John baring. Bila nenek dah jarang-jarang balik Kg Baru sebab keadaan kesihatannya, nenek dijaga oleh pakcik saya. Kadang-kadang kat sana, kadang2 kat situ. Saya pulak yg dah pindah lagi jauh dr KL dan beranak tak berhenti ni, mula sibuk dengan rutin harian. Memang jarang jumpa nenek.

Tapi setiap kali berjalan, memang saya tak pernah lupa kat nenek. Pasti ada buah tangan untuk nenek. Bila nenek minta belikan apa-apapun, saya akan belikan. Tapi agak sedih bila baru2 ni dapat tahu ada brg yg tak sampai kat tangan nenek. Sedih tapi apa nak buat? Padahal brg tu adalah permintaan khusus dr nenek. Saya halalkan ajelah. Tapi kesian nenek. Itu permintaan terakhir nenek dr saya.

Hari nenek meninggal, saya bergegas ke KL. Sampai ke hospital, rupanya jenazah dah dibawa pulang ke Kg Baru. Di Kg Baru, jenazah baru sampai. Oleh kerana anak nenek yg 12 orang tu, hanya 3 perempuan. Mak saya sakit (belum hadir), makcik saya pun sakit baru keluar ICU sebab masalah paru-paru (pun belum dapat hadir), hanya maklong saya yg sihat tapi cucu2 perempuan yg diberi kesempatan untuk uruskan jenazah. Cucu perempuan yg besar (umur lebih 30 tahun) hanya kami 3 beradik dan seorang sepupu saya. Dengan bantuan pak sedara, jiran, maklong, dan lain-lain, saya, kakak saya dan sepupu saya ber tiga yg bersihkan jenazah. Saya tak peduli dengan apapun masalah antara saya dan orang lain, saya tetap nekad nak uruskan nenek saya. Pegi bilik air ganti air dalam besen, nampak tikus sebesar kucing pun saya tak heran dah.


sebagai menghormati privasi, saya ambik gambar tikar getah dan sedikit kain batik penutup jenazah


Lepas jenazah dah dibersihkan (saya ada dengar pak sedara kata 'istinjak'), jenazah ditutup dengan kain batik yg bersih dan tepat2 masa tu dah nak masuk maghrib. John ke surau dengan yg lain-lain. Yg tinggal ni mula ambik wudhu dan kami berjemaah di ruang tamu. Lps jemaah terus bacaan yasin diadakan bersama-sama. Sedihnya tak terhingga. Dapat jugak saya sedekahkan yasin berkali-kali untuk nenek. Duduk sebelah jenazah, usap lembut tangan jenazah sebelum saya balik uruskan anak-anak pulak. 

Urusan pengkebumian dijadualkan pagi di perkuburan Jalan Ampang. Pagi2 besoknya kami berkejar ke Kg Baru mengharung jem hari Isnin dan tepat2 waktu pukul 9am masa tu kami sampai, jenazah baru je dibawa ke Masjid Kg Baru. Memang rezeki saya, saya yg berniat nak mandikan jenazah nenek memang sampai tepat waktu. Adik lelaki saya langsung tak mahu keluar dari bilik mandi jenazah. Nak tolong apa yg patut untuk kali terakhir. Yg berkesempatan mandikan nenek (selain 2 makcik yg berkhidmat kat masjid) masa tu ialah saya (cucu), adik ipar saya (cucu menantu), sepupu ipar saya (cucu menantu) yg kebetulan dapat peluang bila saya hulur glove kat dia masa dia masuk menjenguk, sepupu ipar sulung (cucu menantu), isteri kepada pakteh saya (menantu) dan maklong (anak) yg sentiasa bantu apa yg patut. Memang rezeki kami. 

Urusan mandikan nenek berjalan lancar. Tak banyak sangat yg perlu dibersihkan. Alhamdulillah urusan sangat lancar. Tapi, baru habis mandikan, tak sempat kafan, saya nak pitam dan terus keluar dari bilik mandi jenazah. Saya memang betul-betul pitam kat luar tu dan mak sedara yg tolong sapu minyak angin dan urut saya, kasi saya air sampai saya ok. Sibbaik saya bawak AO (oksigen) Elken, saya titiskan dalam air dan kejap je pening tu hilang. Tak cukup tidur, tak makan dengan betul sejak balik dr Turki. Breakfast pun tak sempat, tak lalu sebenarnya.

Selesai kafan, saya sempat cium jenazah. Pengkebumian pun berjalan lancar. Rasa berat hati nak tinggalkan nenek. Tapi hidup perlu diteruskan. Tahlil tidak dibuat dibuat di Kg Baru tapi di rumah pakcik di kuaters HKL. InsyaAllah next tahlil pada hari ke 40 nanti.



adik saya yg dari kecik memang manja dengan nenek

ada byk makam artis veteren kat sini
kami ada ramai kembar dalam setiap generasi. Ini salah sepasang. Pakteh saya, yg pakai singlet tu skrg jadi pelakon sepenuh masa, yg baju biru tu abg kembarnya.

Terima kasih kepada kawan-kawan dan rakan-rakan dan cik puan biras yg menyampaikan ucapan takziah kepada saya. Saya sangat-sangat hargai. Yg kirimkan doa dan alfatihah, yg datang ziarah walau dah 30 tahun tak jumpa saya. Mereka tahu betapa bermakna nenek dalam hidup saya. Terima kasih yg tak terhingga kepada John yg telah membatalkan segala urusan duniawi untuk memberi peluang kepada saya menguruskan jenazah nenek semampu saya. 

Al Fatihah.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>