Assalamualaikum.
Sepanjang berhari2 kat Turki, Cappadocia sajalah yang kami bermalam 2 malam. Lega takyah nak kemas2 bag hari2 untuk check out.
Pagi2 lagi kawan-kawan yg nak gi naik belon dah kena berkumpul kat lobby. Antara kami berempat, hanya 2 yang naik belon, saya tak termasuk. Kos untuk naik belon panas Cappadocia adalah US$200 seorang. Kalau convert 3.2 jadilah RM640.00 seorang, naik belon selama satu jam. Bila saya tanyakan kepada John, dia kata, "Naik belon RM600, sayang? Putrajaya baru RM50,"... terus saya kensel tak jadi nak kata apa-apa. Walaupun mana nak sama belon Putrajaya dengan belon Cappadocia, saya masih fikir RM640 untuk membeli satu pengalaman 1 jam itu sangat tinggi kosnya. Saya terkenang jaket kulit, karpet, kasut, shawl dan macam-macam benda yang buat masa tu tak satupun saya dapat beli lagi.... saya kena berhemah dulu..... hehhehehhe
Pagi2 lagi kawan-kawan yg nak gi naik belon dah kena berkumpul kat lobby. Antara kami berempat, hanya 2 yang naik belon, saya tak termasuk. Kos untuk naik belon panas Cappadocia adalah US$200 seorang. Kalau convert 3.2 jadilah RM640.00 seorang, naik belon selama satu jam. Bila saya tanyakan kepada John, dia kata, "Naik belon RM600, sayang? Putrajaya baru RM50,"... terus saya kensel tak jadi nak kata apa-apa. Walaupun mana nak sama belon Putrajaya dengan belon Cappadocia, saya masih fikir RM640 untuk membeli satu pengalaman 1 jam itu sangat tinggi kosnya. Saya terkenang jaket kulit, karpet, kasut, shawl dan macam-macam benda yang buat masa tu tak satupun saya dapat beli lagi.... saya kena berhemah dulu..... hehhehehhe
Pagi2 kawan yg naik belon cari saya dalam bilik.
"Lya, pinjam camera kau".
"Ambiklah yang besar tu", sambil tunjuk ke Canon Powershot SX40HS.
"Ala... takmo.... nak yang merah"
Uih.... tak laku kamera Canon saya! Zoom 30x tu!
Memang sepanjang saya kat Turki, camera milik John, Olympus Tough TG2 itu memberikan performance yang sangat memuaskan. Bukan kawan2 saya aje, orang lain pun tertanya2 kenapa gambar yg saya ambik sumer cun2 belako hehehhehe. Diorang siap catit model kamera sebab nak beli nanti kat Msia. Memang best la kamera John tu. Lenkali boleh pinjam lagi. Dah la compact, tahan lasak, boleh jatuh, boleh masuk air, tahan cuaca segala cuaca extreme.... gambar pulak lawoooo..... Ingat ye.... Olympus Tough TG2.
Frust sikitlah bila kita tak dapat nak join naik belon. Kalau trip Elken ni, memang semua paid for! Takde hidden cost langsung. Tapi biasa la.... trip kami ni memang trip ekonomi. Paling ekonomi. Nak extra kena bayarlah.
tengok kemain sonok diorang nak naik belon |
Lepas diorang naik belon, kami2 yang tertinggal ni akan meneruskan tour sekitar Cappadocia. Tapi kena tunggu orang2 belon baliklah kan. Kami sama2 akan ke Goreme Valley & Open Air Museum. Sepanjang kat Cappadocia, kami dihidang dengan pemandangan yang sangat cantik. Open Air Museum ni ialah bukit2 yang ditebuk-tebuk menjadi gua dan gua tersebut dijadikan gereja. Ada 10 gereja menurut Bang Brahim. Bang Brahim kata diorang ni (org Kristian) masa tu lari dari kerajaan Rome. Kalau tersalah sila betulkan ye sebab saya bukan dengar sangat dengan telinga yg tinggal 1 ni. kalau dilihat sekeliling, Cappadocia ni ada banyak binaan2 yang seperti ini, macam fairy chimneys yg dijadikan gereja dan rumah masa zaman tersebut. bagaimana ia terjadi? Boleh baca sini. Katanya ia terbentuk daripada habuk dan lava.... wallahualam.
Tapi, walaupun ada 10 gereja yang kami tak tau apa rupa dalamnya, satu pun kami tak masuk. Memang kami cuma habiskan masa bergambar kat luar aje. Kalau uols nak tau bgmana rupa dalam churches tu, boleh gi link tadi tu. Macam gereja lain, dalam gereja kat sini pun ada interior yang bertema 'gereja'.
Habis jelajah museum terbuka ni, kami singgah kat kedai souvenir. Cari tshirt yg sama utk dipakai ber 4. Pastu kami ambik gambar ala ratu Turki.
Pastu kami dibawa pulak ke Carpet Factory. Tengok orang buat karpet hand made.
Pastu kami dibawa pulak ke Carpet Factory. Tengok orang buat karpet hand made.
satu karpet siap 7 bulan |
jurucakap |
pilih.... |
saya suka yg ni tapi..... nanti kita cerita harga ok |
Jurucakap kata karpet2 ni semua dibuat handmade. Industry karpet Turki tidak dibawa keluar negara. Karpet yang kita tengok hanya dijual di dalam negara. Kalau ada mat bangla atau Pakistan jual karpet yg kononnya dari Turki, diorg kata itu mungkin tipu. Semua karpet Turki adalah sangat exclusive kononnya. Sebab tu la.... satu karpet yg kecik (silk) size dalam 24 inci x 12 inci dijual pada harga US$500. Diorang ni main USD je tak main Turkish Lira pun.... Pastu bila kami buat muka panik terkezut, dia cerita la ada sorang lelaki dari Sarawak beli karpet pada harga US$16,000. Siap tunjuk name card.... tengok2 siapa org tu? GM Oil & Gas Company. Oooooooooo patutlaaaaa....
Kami semua naik bas dengan perasaan 'Apa aje yg kita boleh beli ni?'....
Sampaikan saya terfikir nanti sampai hari ke 8 kami tak beli apa-apa, shopping kat airport KLIA ajelah hahahahha. Tapi rupanya kawan saya yg sorang lagi tak naik belon tu, beli satu karpet cotton ukuran dalam 2 kaki x 5 kaki pada harga US$700. Umangaaaiiiiii.... patutlah dia tak naik belon! Aim karpet rupanya. Saya? Masih tak faham kenapa orang beli karpet sampai beribu... kalau besar saya boleh faham. Tapi ini saiz 2 x sejadah aje. Pelik.... pelik....
Lepas layan karpet, kami singgah Jewellery factory. Dah faham dah.... mesti ribu riban USD jugaklah. Kami tengok2 tanpa perasaan....... tak kuasa lah.
Makan tengah hari di sebuah restoran yg berlatar belakangkan Pasabag Valley yg sangat cantik, selera pun dah ala- ala je.... tak larat sangat dah nak makan makanan Turki tapi terpaksa ku telan sebab nak elak penyakit lain yg timbul.....
Pastu sambung bergambar.
Hari ni memang banyak aktiviti. Lepas lunch kami dibawa ke Underground City of Kaymakli. Nak sampai ke pintu masuk dia, saya kena tutup hidung. Tak tau la bau apa ye..... tapi nampak diorg ada korek sana korek sini...
Underground city ni sangat unik. Dengar2nya ada banyak underground city kat Turki. Ini adalah salah satunya. Diorg kata kaum yang menoreh tunnel2 ni jadi 'rumah' atau 'city' adalah pendek2 kerdil2 belaka. Sebab tu la kami kat bawah tu kena tunduk2.
turun lagi dan lagi |
Mula2 kami kemain lupa diri gelak2 sebab nak kena jalan macam nenek kebayan. Yg mana yg kena tonggek tu, biasanya saya kasi pakcik2 jalan dulu... jgn cubak cubak ya pakcik! Itu yg kadang2 berderai lagi gelak. Tapi bila terpandang muka ustaz, nampak ustaz kumat kamit... terus tersedar yg kami ni berada 20 meter ke bawah tanah. Entah apa 'khazanah' yg tertinggal kat bawah tu, siapa tahu? Saya pun mula berselawat dan berzikir sepanjang jalan. Semoga takde yang 'mengikut' sampai balik hotel.
Kalau tengok kesan torehan dalam terowong tu, diorg ni menoreh pakai benda halus selebar ibu jari aje. Agak-agak berapa lama la diorg ni menoreh ek? Dalam tu lengkap ada ruang dapur, ruang makan, tempat simpan makanan, gereja, ruang tv ruang karok (sori ai tokok tambah). Pintu diorg drp batu besar yg diorg guling utk bukak katup. Ni dah macam caveman lah. Memang kagum.
Keluar dari undercity, kami diberi masa utk shopping kat bazaar luar tu. Best! Memang masa datang tadi, saya dah singgah satu kedai, nak cari sling bag. Penat pikul LC merah saya ke hulu ke hilir setiap hari. Dengan ipad, camera, wallet panjang, powerbank semua sekali ada dalam bag. Lenguh. Dah siap pilih kedai pun... tukang kedainya sangat hensem hahahhaha. Sampai saya terfikir, muka macam siapa ek pekedai ni? Memang muka pelakon latino! Takpun pemain bola barangkali. Sayang sekali, tak cukup tinggi. Kalau tinggi macam John, boleh la saing sikit2 kekekkekekke.
Saya beli 2 beg pada harga TL40 rasanya, dua2 pun untuk anak saya tapi yg sling tu saya pakai dulu. Letak camera, passport dan duit aje. Pastu beli alas meja. Kawan saya beli shawl.
Lps tu kami di bawa pulak ke ceramic factory. Memang gila2 lawaaaaa semuanya. Harga pun macam biasalah.... kalau handbag saya rela beli beribu2... tapi seramik, karpet, cincin silver, mahaplahhh......
demo. Brader ni xreti haper pun asalnya tapi dia dok ikut hari2 tuan dia buat ceramic, terus jadi expert |
bekas isi air kat belakang tu kalau dapat murah2 mmg saya teringin nak beli |
Untuk acara terakhir ialah Dervish Dance Show. Kalau ingat Turki, ingatlah orang menari pusing2. Tapi sebelum kami tengok show, kami singgah dulu beli belah kat satu tempat ni. Kat sinilah saya borong shawl pattern Burberry pelbagai warna. Tapi yang tak tahan, org kat sini suka pegang-pegang. Sampaikan saya kena jerit "Don't touch me!" kalau tidak, tangan melingkar sampai ke pinggang! Mentang2 diorg pandai cakap "murah", "Tak mahal", "lima lira", "Terima kasih", ingat boleh sukasuka hati nak marayap tangan tu? Tempat ni mmg biasa tour guide bawak pelancong beli belah. Jadi, peniaga ni dah belajar sikit2 bahasa Melayu. Kat sini jugak saya hampir kehabisan Turkish Lira saya. Yg tinggal cuma Euro utk standby kat Istanbul nanti.
pusing.... pusing... |
Tarian Dervish ni diorg kata satu tarian keagamaan. Sebelum menari akan ada org yg ketuk2 gendang dan ala berzanji. Dikatakan, tarian ini pernah ditarikan di hadapan Rasulullah saw... makan kerana itulah, tarian ini bagai mengingati Rasulullah saw.. tak macam kita, kita berselawat....
Tapi serius cakap, kami tersengguk2 dalam dewan tu. Ada yg tidur sepanjang sejam.
Selesai sudah aktiviti hari ke 5, kami balik hotel utk dinner dan bersedia kemas beg utk check out besoknya.
-to be continued-