Assalamualaikum
Hai uols apa khabar pagi ni?
Hai uols apa khabar pagi ni?
Agaknya ada tak yang rutin harian dah bertukar sejak kes culik menjadi-jadi kebelakangan ni? Mesti ada kan...
Sebelum ni saya antara ibu bapa yg bersorak horey horey bila sekolah dibina dekat dengan rumah. Cuma 2 simpang aje jalan kaki, dah sampai sekolah. Tak payah nak drive dah. Semuanya jalan kaki je. Hantar sampai depan pintu je pastu tunggu balik dari sekolah. Senangnya hidup.
Tapi sekarang, bila kes culik menjadi-jadi, apalagi bila berita mengaitkan kawasan tempat saya tinggal, saya dan John dah mula panas punggung. Biarlah walau hanya sepelaung, saya nekad untuk ambik langkah berjaga2, saya rela hantar jemput anak-anak saya setiap hari. Depan pagar saya turunkan, depan pagar juga saya tunggu waktu balik.
Syabas juga buat pihak sekolah, mereka telah mengeluarkan pekeliling yang meminta kerjasama daripada pihak ibu bapa dan penjaga supaya menjemput sendiri anak-anak di hadapan pagar sekolah. Kena parking kereta kejap pastu jemput anak kat depan pagar. Anak-anak yang naik kereta ibu bapa tak boleh dilepaskan keluar melainkan dijemput sendiri ibu bapa/penjaga di hadapan pagar. Untuk yang naik van sekolah pulak, van sekolah semua kena parking dalam kawasan sekolah, dan murid-murid boleh ke van dengan perasaan selamat.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
dulu kami nak masuk parking kat dalam memang tak boleh. Beli buku teks utk 3 anak pun dia tak kasi masuk. Parking kosong 24 jam pun tak boleh masuk!!!!! |
Mujurlah sekolah ni design baru, kawasan depan sekolah ni luas. Kalaulah daripada dulu pihak sekolah buat macam ni, arkitek pun buat design yg mesra bas sekolah macam ni, kejadian culik menculik mungkin boleh dikurangkan. Kebanyakan sekolah kebangsaan memang designnya agak sempit. Cukup dengan kereta cikgu, dah penuh dah sesak. Paling tidak pun, buat laluan tanpa henti yg membenarkan ibu bapa berkereta atau van sekolah masuk untuk menaik dan menurunkan anak-anak. Tinggi betul angan-angan saya ye.... tapi mcm mana pun, alhamdulillah dengan keprihatinan pihak sekolah, parking2 lot yang kosong 24 jam kat sekolah anak2 saya ni dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Dan semenjak itu, saya yang sering menyorok dalam rumah, lari daripada matahari terik, kini dah mula merasakan keperitan sunburn hahahahahha. Maunye tidak? Anak2 tahap 1 lain time balik. Tahap 2 lain pulak time balik. Kena 2 kali ulang alik. 2 kali berdiri depan pagar sekolah.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
feels like 39ºC ok! |
Dan dari pemerhatian saya, ada juga anak2 yang mana naik basikal pegi balik sekolah tu (dan lepak rumah sorang2 sebab mak bapak kerja), ada yg ibu bapa dah tak izin naik basikal dah. Tak boleh tinggal rumah sorang2 dah. Masing-masing naik van dan pergi ke tempat transit pilihan ibu bapa. Tapi yg masih jalan kaki sendiri-sendiri atau secara berkumpulan 2 - 3 orang tu, saya doakan supaya mereka terus dilindungi oleh Allah swt. Jauhkan mereka daripada fitnah dunia yg kejam ini. Harap-harap ibu atau penjaga akan ambik sedikit ikhtiar utk jemput anak-anak tu sekejap. Bawaklah payung. Takpelah buang sedikit masa dan tenaga. Jangan hilang anak dalam cara yg sebegitu. Nauzubillah....
Boleh jugak kalau kita yg ada sedikit ruang dalam kereta tu, ajak kawan anak yg jalan kaki tu, tolong hantar jap. Apa sangatlah minyak kereta tu untuk sedikit amal yg kita buat ye tak?
Ok satu hal insyaAllah setel dah. Macam mana dengan kes curi kereta yg selalu kita dengar, dan melibatkan anak2 yang dibawa bersama dengan kereta yang dicuri? Salah siapa? Bukankah itu kita sendiri yg cuai?
Sekarang bukan masanya nak tuding sana sini. Sekarang ialah masa untuk kita lebih berhati-hati. Memang leceh sangat kalau bagi ibu-ibu yang kena hantar anak ke sekolah, bawak pulak anak2 kecik yang lain, lebih2 lagi yg baby yg tak reti berjalan tu.. yg duduk dalam car seat tu... adoiyaiiii lecehnya nak angkut2 keluar baby dari kereta, nak pimpin anak kiri kanan bawak melintas... memang senang kalau tinggalkan kejap dalam kereta, sementara kita hantar anak kejap ke depan sekolah. Tapi, masa itulah pulak pencuri yg memerhati tu buat kerja dia.
Bila tengok gambar keratan akhbar ni, sayunya hati. Hampir pengsan si ibu bila dapati keretanya hilang bersama-sama anak2nya yg berumur 7 tahun dan 3 bulan tu. Tapi pencuri kereta tinggalkan anak2 ni di tepi jalan, agaknya dia suruh si abang dukung adik baik-baik, maklumlah baby baru 3 bulan. 500m si abang berjalan sambil dukung adiknya di bawah matahari terik. Aduhaiiiii..... sayu hati! Lepas ni, jadikanlah iktibar untuk semua. Memang bukan senang nak jadi isteri dan ibu yang kena uruskan rumahtangga, sambil uruskan anak-anak. Nak gi pasar pun nak kena bawa anak. Nak isi petrol pun takkan nak angkut semua anak ke cashier untuk bayar petrol? Memang leceh!
Di sinilah peranan suami merangkap bapa seharusnya dipersoalkan. Bukan nak persoal apa lah. Mungkin rutin yg sebelum ni telah dipersetujui oleh kedua2 pihak suami dan isteri. Tapi bila kes2 sebegini mula berlaku dengan ganasnya, rasanya tak salah kalau para suami/bapa mula fikirkan jalan lebih baik demi keselamatan isteri dan anak-anaknya. Berbincanglah baik-baik demi kesejahteraan keluarga kita. Mungkin urusan tuang minyak kereta boleh dilakukan waktu malam - suami ada kat rumah tolong jaga anak jap, isteri gi tuang minyak kereta dengan aman. Tapi jgn lupa lock kereta masa gi bayar ye. Atau suami je tolong tuangkan minyak kereta jap. Pastu gi pasar sama-sama waktu hujung minggu. Atau suami gi pasar, isteri jaga anak kat rumah atau sebaliknya. Entahlah. Fikirlah mana yg terbaik.
Kepada yg aman damai dalam rumah tu pun, langit tak selalunya cerah. Kadang2 penyangak sengaja menanti depan pagar, tunggu masa nak buat jahat. Kalau ternampak ada kenderaan atau orang yg suspicious je kat depan rumah tu, call polis. Nak buang sampah tu, pandang kiri kanan.
Anak-anak saya sekarang dilarang bermain di luar rumah waktu petang. Nampak macam sangat kejam kurung anak. Tapi, saya ganti dengan aktiviti lain walau hanya mampu seminggu sekali. Kami sekeluarga akan beriadah di tempat2 pilihan. Ajak sekali anak jiran, sukalah anak-anak saya.
Jadi uols, dalam keadaan mcm skrg memang rasa macam takde pilihan lain. Malaysia dah tak berapa nak aman. Semua kerana duit. Dosa pahala syurga neraka dah tak nampak dah. Semoga kita semua terus dilindungi Allah. Amin.