Assalamualaikum.
Boleh jadikan remote utk godek PC (komputer) kita yg tertinggal kat ofis/rumah.
Lama tak cerita gajet. Sebab lama tak beli gajet. John beli Note 3 pun kita buat rilek aje macam takde perasaan. Saya masih setia dengan Note 2 yang tak pernah jatuh, tak pernah problem, tak pernah ada masalah besar2 walaupun ada seketika saya guna Note 2 tanpa casing dan screen protector! Bogel yang dibenarkan.
Psst: sampai sekarang saya memang tak guna protector. Ganggu pandangan terhadap keindahan warna Super AMOLED Screen.
Tapi sekarang Samsung ada perkenalkan satu tablet generasi 2014 dengan ciri-ciri yang sangat meyakinkan saya untuk memilikinya haha.
![]() |
8 Inci |
![]() |
10 inci |
Hari tu saya macam minat kat Note 8. Tapi bila dibanding ciri-ciri, Note 8 agak ketinggalan dengan Tab S ni. Kelebihan Note 8 ialah ia ada S Pen.
Tab S ni laju. RAM dia 3GB. Guna OS/Upgrade Android 4.4 (KIT KAT). Camera dia pun boleh tahan. 8MP camera belakang dan 2MP camera selfie. Kaler screen memang mengancam la macam Note 3 jugak sebab guna Super AMOLED. Memory dalaman ada 16GB dan juga 32GB tapi setakat ni saya tak nampak lagi yang 32GB punya. Tapi tak kisahlah kalau 16GB pun sebab Micro SD dibenarkan sehingga 128GB storage okeeeeyyyyyy..... satu SD card 128GB harga dalam RM200. OK apa, tambah RM200 utk upgrade storage pegi 128GB?
Ada model WIFI saja, atau WIFI dan LTE (4G) cuma yang WIFI punya pun macam tak nampak lagi. Tak tau pulak kalau kat kedai Samsung ada. Saya jenguk kat IPMART.
Ciri-ciri lain macam biasalah.... micro sim, USB port, infrared (kalau tak salah). Ringan sangat kurang 300g utk yg 8 inci dan 467g utk yg 10 inci. Nipis dengan kemasan emas ros macam Note 3. Belakang dia matte berbintik-bintik (bukan 3 bintik) utk kesan kesat bila pegang tak licin dan tak melorot ke lantai.
Pastu kan, Tab S ni guna finger print scanner (scan cap jari) untuk lock/unlock screen, ganti ID/password atau untuk sorok brg2 private dalam Tab S tu. Bak kata anak saya, malam2 ambik jari mami unlock tab.
Apa lagi?
Boleh jadikan remote utk godek PC (komputer) kita yg tertinggal kat ofis/rumah.
Boleh multitasking (multi window), sambil buat kerja sambil chat dengan isteri.
Pendek kata, takde komplen banyaklah. Harga yg 8 inci dalam RM1700, beli IPMART dapat RM1500+, kalau yg 10 inci harga dalam RM1800 dah dekat2 dengan Note 10 kalau beli kat IPMART. Tab S ni boleh sync dengan smartphone samsung Galaxy S5. Jadi, cita2 jangka kurang panjang dan kurang pendek saya lepas ni ialah nak beli S5. Tunggu John kaya.
OK jom layan video ni. Gerenti uols cair...