Assalamualaikum.
Sila klik gambar utk ke zalora.
Semalam, lepas selesai majlis nikah di masjid besi, saya balik rumah bersiap untuk ke reunion sekolah menengah Convent Bukit Nanas kecil-kecilan di rumah kawan saya. Salin baju lain pulak ok. Tak pakai baju biru tu.
Tema (konon-konon ada tema) kali ni ialah 'Warna Warni Aidilfitri - colorblock'. Sebaiknya jubah, dress atau kaftan. Saya pun beriya mencari jubah apa atau dress apa nak dipakai. Memang tahun ni saya ada beli banyak jubah dan dress. Tapi bila nak pilih agak pening kepala.
Akhirnya saya pilih dress pink, yg saya beli dari Zalora bukan baru-baru ni. Agak lama dah beli tapi cuma pakai sekali. Baju saya yang pilih. Shawl pulak John tolong pilih. Pandai John pilih.
Untuk majlis reunion potluck tersebut, saya masak nasi tomato. Dan saya pakat dengan kawan yg lain untuk bawak lauk yg sesuai. Sedap beb.... sendiri masak sendiri puji! Dan hakikatnya semua orang cari nasi. Nasib baik la saya bawak nasi. Kalau bawak mee memang tak puas makan nampaknya.
macam berjanji. Saya punye Zalora, wife pelumba kereta negara ni pulak Bella Ammara |
Bila ramai2 dah berkumpul, memang gelak lagi banyak dari makan. Tapi dalam gelak dan borak, makanan habis jugak esp nasi tomato saya hehehe. Sampai ada yg kuciwa sebab hanya 3 4 org je yg dapat bungkus bawak balik. Yg lain2 bungkus lauk ajelah.
![]() |
CBN ialah sekolah perempuan. Jadi, yg baju merah itu adalah perempuan juga. Sweet kan? |
![]() |
geng pakai dress #Zalora #Zawara #BellaAmmara |
![]() |
mula2 plan geng dress nak posing kat tangga. Sekali Bedah Becok tu kacau daun. Dia mmg pantang nampak kamera. |
Majlis habis pukul 5pm. Masa nak balik pun sempat bergambar ramai2. Happening betul. Rugi sesapa yg tak join.
![]() |
merdeka! |
Sekali sekala wanita2 ini memang perlukan terapi macam ni. Barulah hidup kurang stress.
Owh.. suka dress saya? Rajin2lah cuci mata kat Zalora! Dan DAPATKAN DISKAUN 15% DENGAN MEMASUKKAN KOD DI BAWAH INI SEMASA CHECKOUT.
ZBAPpAu
ZBAPpAu
Sila klik gambar utk ke zalora.