Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Gangguan

$
0
0
Assalamualaikum.

Dalam perjalanan hidup saya selama 40 tahun ni, alhamdulillah Allah banyak tunjuk kepada saya macam-macam benda yg boleh dijadikan pengalaman hidup. Dan sebagai manusia, bergantung kepada diri kita sendiri untuk mengambil iktibar atau tidak. Nak jadikan teladan atau sempadan.

Dukun, bomoh, saka, hantu, semua tu saya pernah dengar, pernah lihat. Pernah lihat orang menurun masa kecik2 dulu. Biasa lihat orang 'berubat'. Walau sekarang hidup dalam dunia moden, dunia IT, saya percaya yg jin dan syaitan (yg membentuk segala saka dan hantu dan sihir) itu wujud. Makin banyak sebenarnya. Beranak pinak, seiring dengan pertambahan populasi manusia atas bumi. Cuma, ada diantara makhluk ni mungkin dah modern sama macam kita skrg dah modern. Dalam FB dalam blog pun banyak setannya.

Dari hidup tak berapa senang, tukar jadi senang, alhamdulillah. Tapi bila dah senang, bukan senang-senang nak menten senang. Makin kita senang, makin banyaklah hati yang kurang senang. Makin kita bahagia, makin bertambah juga hati yang kurang gembira. Tengok gambar dalam FB dalam IG pun boleh buat orang tak puas hati. Saya percaya perkara2 ni semua wujud dalam hidup kita CUMA saya agak susah nak percaya kalau-kalau ada orang2 keliling saya yang akan berbuat sedemikian. Jadi, saya mohon kepada Allah swt supaya perkara ini dijauhkan daripada saya dan keluarga.



image daripada blog HasnulHadiAhmad.com


Dah banyak cerita2 sihir yang saya dengar. Semuanya berpunca daripada hasad dan dengki. Adik beradik pun boleh dengki, kawan baik pun ada yg menikam dari belakang. Boleh hantar santau, hantar hantu raya, hantar hantu kumkum, inikan pulak orang yg takde kaitan sedara. Yg sampai maninggal pun ada. Pendek kata, selagi kita ni bergelar manusia, semua ini adalah TIDAK MUSTAHIL.

Ada orang yang dalam tengah2 hidup senang tiba2 rezeki macam payah sangat nak masuk. Tiba2 ada pulak sumber yang menyampaikan, 'ada orang dah hantar benda' supaya rezeki tertutup. Memang ada. Memang wujud. Ini semua kerja syaitan. Manusia yang berkawan dengan syaitan. Entah apa yg dia sakit hati sangat tah, jumpa bomoh mintak tolong. Dia tak ambil tahu 'benda' apa yg bakal 'menolong' dia tu. Tah hantu raya ke hantu galah ke, pocong ke toyol ke, janji bomoh tolong buat. Atau mungkin dia buat sendiri, amal ayat yang dia dapat drp kawan pastu seru sana sini dan tekan butang SEND. Secara tak langsung berkawan la dengan jin dengan syaitan. TIDAK MUSTAHIL.


Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar". (Surah An Nisaa' : 48)


John pernah berpesan kat saya, apabila perkara2 seperti ini berlaku, jangan cuba cari tahu SIAPA pembuatnya. Sebab, lagi kita scan, lagi dalam kita scan, lagi banyak fitnahnya. Oleh itu, saya dan keluarga diminta utk mengamalkan apa yg sepatutnya. Mengelak. Melindung. Lagi senang, lagi bahagia hidup kita, lagi banyak amalan perlu dibuat. Yakin dengan Allah swt, yakin dengan Rasulullah saw, yakin dengan Al Quran, yakin dengan janji-janjiNya insyaAllah kita akan dilindungi.

Kuncinya ialah YAKIN. 

Oleh ini, amalan yang kita perlu buat setiap hari, tak kiralah kita tengah susah atau senang sebenarnya, selagi kita hidup dan masih bernafas, marilah kita.....

Amalkan: 

Ayat Kursi - rujuk di sini

Ayat 128 -129 At Taubah - rujuk di sini

Ayat 3 Qul

Kelebihan Ayat Kursi saya yakin ramai dah biasa mendengarnya dan memahaminya. Tapi ayat 128 129 At Taubah mungkin tak ramai yang tahu. Kelebihan ayat ni bukan sekadar main gugel aje, tapi memang disampaikan kepada saya, diijazahkan kepada saya secara langsung beberapa tahun yang lalu. Alhamdulillah bila kita dekat dengan orang-orang alim, insyaAllah kita dapat ilmu serba sedikit. Alhamdulillah ada beberapa amalan yg saya dapat terus daripada mereka. Direct nego hehehe.

Selain daripada itu, sebelum kita amal itu dan amal ini, yg wajib tu mohon diamalkan dulu. Jagalah solat kita dan berusaha berbuat baiklah. Mana tertinggal tu berusaha mengqadanya. Bersedekah, bertangungjawab terhadap rumahtangga dan anak2, amalkan membaca Al Quran dalam rumah dengan anak-anak. Solat jemaah dengan anak-anak. Didik anak supaya azan dalam rumah setiap hari. Makmurkan rumah kita. Bukan setakat gantung ayat Al Quran sebagai penghias dinding. Dan elakkan menjadikan ayat Al Quran sebagai tangkal. 

Solat sunat seperti Sunat Dhuha dan Istikharah pun penting. Tak perlu tunggu ada hal baru nak buat. Kebanyakan kita buat sunat istikharah bila ada hal je. Kalau takde hal tak buat. Sedarlah bila kita amal sunat istikharah ni, insyaAllah kita boleh dapat petunjuk dan keyakinan utk perkara yang kita sendiri tak tau pada masa yang tidak kita sedari. Tiba-tiba aje kebenaran terserlah. Jeng jeng jeng. "Penyampai' kebenaran mungkin melalui anak-anak kita, anak buah kita, sepupu kita atau kawan kita.  Datang dalam macam2 rupa. Surat, email, status FB dan sebagainya. Kebenaran itu adakalanya perit, tetapi lebih baik tahu daripada tak tau. Allahuakbar. Rujuk sini. Amalan yg ini juga direct nego alhamdulillah. Tapi saya amat kesal sebab ada satu solat sunat yg  diberitahu kpd saya tetapi saya betul2 lupa. Astaghfirullahalazim. Mungkin bukan rezeki saya.

Tinggalkan yang haram2 tu, bertaubatlah cepat2 sebelum nyawa terpisah dari badan. Niat yang baik tak menghalalkan perbuatan. Niat nak suami kita tak 'makan luar' tak menghalalkan sihir nasi kangkang yang kita kenakan pada suami. Niat nak 'menggoda' suami tak menghalalkan kita memasang susuk di sana dan di sinun. Niat supaya adikkakakabang kita pulang ke pangkuan keluarga tak menghalalkan perbuatan kita memporak perandakan keluarga mereka. Marilah kita percaya dan yakin hanya pada apa yang diajar dalam Al Quran dan Hadis sahaja. Yg dalam internet pun dapatkan rujukan dulu sebelum percaya.  

Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Tapi jgn bergantung kepada amal yg kita buat semata-mata utk mendapatkan kebaikan, kita wajib bergantung dan percaya kepada Allah swt. Jangan pulak bila banyak amal dibuat, bila tiba dugaan dan cubaan kita mula rasa tak yakin dah.

Sekian, yang baik itu datangnya daripada Allah swt, yg buruk itu daripada saya hambaNya yang hina. Saya juga masih dalam proses belajar.




Wallahua'lam.

Wassalam.









Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>