Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Minat Dan Kepuasan

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam tidur lambat gila. 4.30am baru tidur. Sibuk menyiapkan photobook abg John. Berbulan-bulan saya simpan voucher code Groupon, nasib baik expired nanti bulan Disember 2014. John punye gambar-gambar dah lama saya simpan dalam mekbuku ni tapi tak sempat nak diteliti satu persatu. Tak sempat jugak nak edit. Saya belasah aje ikut original punya gambar.






Tapi disebabkan John guna camera Olympus TG2 yang canggih tu, kebanyakan gambar John dah siap-siap guna mode yang bersesuaian dengan suasana. Untuk photobook milik John ni, tak lain dan tak bukan, semuanya gambar-gambar dia pegi ride ke utara.

Kegilaan saya ialah melancong. Tapi saya memilih destinasi saya. Saya nak pergi tempat yang cuacanya nyaman. Bersuhu rendah tak macam Malaysia. Kalau winter bersalji tu, tak berapa selesa  sebenarnya tapi pemandangan yang cantik buat saya teringin jugak nak merasa. Sekurang-kurangnya dah rasa. Paling best kalau satu-satu tempat tu bersuhu lingkungan 10ºC ke 25ºC. Kalau sejuk tak sejuk sangat, kalau tak sejuk pun takde la panas sangat. 

Pelancongan saya biasanya bukan jenis yang adventure. Pelancongan saya adalah pelancongan SELESA saja hehehehhe. Kat rumah dah cukup adventure ok.



Berbeza dengan abg John saya ni. Kepuasan dia adalah berada atas motor dia. Tak payah kira berapa kali dia dah naik ke utara tu. Banyak gila kali. Kadang-kadang dia ada mengajuk, "Abang ke Thailand ajelah. Ayang dah merata jalan", saja aje kan. Saja nak ngusik orang. 

Sebab dia menghormati minat saya, saya turut sama hormat minat dia. Kadang-kadang tak berapa nak faham. Penat oooo naik motor ride beribu kilo. Tapi ada satu quote dia kata,


It's Not The Destination, It's The Journey.

Dia kata best layan pemandangan masa tengah atas motor. Layan korner tapi tak boleh nak baring sangat. Kena agak-agak jugak atas jalan, lebih2 lagi tempat orang. Banyak jugak pengalaman pelik yang John cerita kat saya setiap kali balik. 'Bekalan' perlu ada. Solat takbleh tinggal. Walau susah nak tanggalkan segala gears, solat kena jaga semestinya. Hotel yang ala kadar. Berhujan berpanas, naik feri, lopak air, offroad. Pernah sekali dia hantar satu gambar dia tengah bersila atas lantai. Saya ternampak luka panjang kat kaki dia. Bila saya tanya, sama ada dia jatuh motor ke tak, jawabnya "luka masa nak angkat motor, terkena ekzos" yang sebenarnya BOHONG SUNAT semata. Memang jatuh masa offroad :P.

Bila saya ditugaskan buat photobook John, saya boleh masukkan diri saya ke dalam pengalaman dia (sikit je la). Boleh tahan. Bagi lelaki memang seronok. Apa lagi yang ikut tu semuanya pak kiah yg sekepala. Macam kita jugak, bila cik kiah berkumpul, mesti havoc kan? Sama-sama la memahami minat masing-masing kan? Cuma ada satu minat yg saya tak paham - 'Bila lelaki suka memancing'. 


Dan untuk photobook John ni, saya tukar sikit tajuknya hehehehe....



IT'S NOT THE DESTINATION, IT'S THE RIDE




cun gambar ni


dengar2nya ada dapat sijil kalau dah sampai sini : Thousand Corners - nak sampai sini kena lalu 1,864 kona agaknya


group ni semua pakai motor yang sama - BMW GS yg memang sesuai utk adventure mcm ni


pernah motor HD join diorg gi adventure. Sudahnya HD balik naik lori. 


tido kawasan kampung. Ladies, sanggup????




sampai sini mesti buat pose yg sama. 




Sekarang saya paham kenapa dia seronok sangat gi ride. Takpelah. Janji pergi balik dengan selamat. Doa ku iring selalu..... 





Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>