Assalamualaikum.
Dah bertahun saya menulis blog. Blog pertama terpaksa saya delete walau trafik dah makin cantik, follower makin ramai. Makin ramai follower makin kurang privacy. Kalau nak diikutkan, bila tulis blog mana nak ambik kira privacy sendiri sebab sendiri yg tulis tentang hal sendiri kat blog. Sendiri la kena tanggung.
Blog sekarang adalah blog yg dipindahkan drp blog lama. Follower terpaksa berbalik kepada zero. Sekarang dah meningkat sikit demi sikit walau sebulan nak dapat sorang pun belum tentu lagi.
Tapi saya tak kisah....
Dulu, saya banyak ambil kisah yang berlaku keliling saya termasuk apa yg saya baca dalam akhbar dan majalah sebagai intipati blog saya. Sambil2 tu saya bagi ulasan mengikut apa yg saya rasa dan percaya. Saya juga ambil kisah2 kawan2 saya dan kisah2 yg saya dengar melalui orang lain utk saya tuliskan dalam blog. Tujuannya dan niatnya adalah sebagai garis panduan kehidupan sendiri dan mungkin boleh jadi panduan utk pembaca yg membaca.
Tapi saya lupa....
Ada org tak suka. Ada orang salah anggap. Ada jugak saya terima mesej drp kawan saya yg saya tuliskan kisahnya (bukan kisah buruk) di blog, dan kawan kepada kawan saya itu contact kawan saya ni utk kepastian sama ada dia kisah atau tak yg saya dah tulis ttg dia (walau nama tak dinyatakan) - walaupun kisah yg baik. Saya memuji2 dia sebenarnya. Di sini, saya mula ambil iktibar ttg apa yg patut dan tak patut walau niat saya murni.
Mungkin isi blog saya tak berapa best mcm dulu dah. Skrg saya kurang celoteh dan luah pendapat mcm dulu. Banyak resepi dan kisah bangang2 aje. Tapi sebenarnya kalau nak diikutkan, saya kini menyimpan banyak rahsia......
Ada banyak gosip yg direct nego.
Ada banyak kisah.
Ada banyak berita sensasi yg pasti meletop.
Lagi banyak dr dulu. Maklumlah circle of kenalan dan rakan taulan dah mengembang membiak.
Tp sebab pengalaman lalu, saya bertindak berdiam diri malahan BFF sekalipun tak kan dpt cerita sensasi saya. Itulah saya sekarang. Semakin matang kononnya. Tak mengambil kesempatan menaikkan trafik blog melalui cerita2 sensasi (walau direct nego ok). Bak kata S Shamsuddin dalam Seniman Bujang Lapok, "Buat la cerita kumbang terbang ke....." berbanding cerita belacan yg tak masuk akal hehehhehe.
Kesimpulannya,
Walau kisah org lain itu benar dan sangat sensasi, beragak2 la nak menyebarkannya. Ia mungkin boleh jadi fitnah.