Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

I'm Happy For You

$
0
0
Assalamualaikum.

Cuti sekolah dah nak habis. Sepatutnya cuti seminggu je tp anak-anak saya cuti sampai 2 minggu sebab UPSR, yang cutinya sorang 2 hari je mengikut darjah tapi sebab anak tak sihat dan berjangkit-jangkit, semuanya sambung cuti sepanjang minggu. Anak saya dijangkiti rashes (rashes menjangkit ke?) yang mengikut pandangan mata kasar saya ni, dah macam demam campak yang halus-halus tu.

Doktor kata bukan campak tapi saya kata campak. Sebab menjangkit orang lain sekali. Tapi alhamdulillah campaknya sangat ringan, tak mcm masa saya kecik dulu, teruk betul rupanya. Syukurlah saya dan keluarga rajin ambil supplement. Cepat sihatnya.

Bila waktu bercuti ni, pasti ramai yang bawak anak bercuti sana sini. Ada yang suka upload fb bagitau kawan-kawan. Ada yang sedar-sedar dah sampai destinasi dan dah check in.

Saya dinasihatkan untuk kurang-kurangkan aktiviti check in sana dan sini atas pelbagai alasan. Dalam tak sedar byk perkara yg kita buat tu apabila dihebah hebohkan tak kena tempat, akan menjadi fitnah yang tak terkawal. Lagipun nasihat suami kena la ikut. Mesti bersebab. Jadi, bila saya pergi bercuti atau nak bercuti, saya tak bgtau sangat pada orang. Kadang2 kita bgtau orang pun boleh timbul fitnah jugak. Saya cuma update sorang dua kawan baik dan yang juga merupakan ajen insurans saya saja. 

Tapi sebagai manusia biasa, adakalanya terlepas jugak gambar bercuti ke instagram. Bukan saya yang upload, kawan yang ikut sama bercuti yang tag. Makanya kawan lain pun jadi tau. Maka akan keluarlah ayat2 yang pelbagai bunyi mengomen aktiviti kami bercuti diam2. 

Kadang2 dpt feedback positive, kadang2 tak berapa nak positive. Diam2 pun orang berbunyi, bising2 kang orang kata menunjuk pulak. Tak boleh ke kita sesama kita menjalani kehidupan dengan aman, tenteram, damai dan positive aje? Bersangka baik sudahlah.

Kita mana tau kalau2 percutian tu dah dirancang sejak lama dulu, dpt tiket murah, pastu kumpul duit sikit2 nak bayar itu ini, tolak sana sikit tolak sini sikit sebab berhajat sgt nak bawa anak ke sana dan ke sinun atas sesuatu alasan, pastu percutian pun bukan yg mewah pun, hanya percutian bajet yang mampu. Belanja pun ala ala aje. Tak tinggal di hotel tapi di guest house yg duduk berdua pun berlaga punggung. Menapak beribu tapak setiap hari sampai sakit kaki utk melawat tempat menarik, naik turun train dan bas. Takde mana seronok sangatlah. Penat lagi ada.

Alah kalau diikutkan, sesiapa pun insyaaAllah mampu nak bercuti. Ada kalanya bercuti dalam negara lebih mahal berbanding luar negara. Tengok pada jenis percutianlah. Oleh itu, cuti2 Malaysia atau overseas takde apa sangatlah bezanya. Cuma pakai passport atau tak aje. Makanya, kalau tiba2 kawan terlepas ke sana ke sini tu, "I'm happy for you" sudahlah. Tak perlu nak buat2 terkejut dan perli2.

Rezeki masing2 dtg dalam pelbagai bentuk, sama la dengan dugaan jugak.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>