Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

An-Namimah Si Pengadu Domba

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ini entry agak serious. Kita sama-sama ambil iktibar sebab sebagai manusia biasa yang terkadang lalai, saya sendiri selalu buat salah, dan masih belajar.

Satu topik majlis ilmu yang di-share kepada saya iaitu "silaturrahim yang merosakkan". Tidak semua silaturrahim itu adalah baik. Maka oleh itu, kita disarankan untuk berjauh diri daripada orang-orang yang hanya boleh merosakkan kita. Kalau uols ada persoalan lanjut tentang silaturrahim ini, sila rujuk guru mursyid yang alim dalam persoalan ini. Saya tak dapat nak hurai sebab kalau salah penyampaian nanti jadilah fitnah.

Saya juga 'ada' menjauhkan diri dari orang-orang tertentu. Kebanyakannya adalah golongan yang suka menyakitkan hati, perli2, sarkastik dan suka sampai-menyampai. Pantang berjumpa ada aje cerita yang nak disampaikan. Paling buruk bila ada ayat sebegini, "Dia cakap pasal kau..... bla bla bla......" bagai satu perlagaan antara satu pihak dengan pihak yang lain. Kesakitannya dan kemusnahan yang berlaku hanya memakan masa SESAAT. 

Ayat 6 Surah Al-Hujraat:

Ertinya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".

Juga disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat Hudzaifah al-Yamani r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, 

"Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba".

Mengadu domba adalah perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua pihak. Sikap suka menyampai cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang hati di pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahulah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan sama ada perkara itu tidak disukai oleh orang yang menyatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ke tiga (orang yang dikatakan).


Apalagi kalau salah penyampaian, salah intonasi, salah maksud... bukankah lebih parah jadinya?

Saya dah jumpa orang yang sebegini. Meh cerita sikit pengalaman...

Pada suatu hari yang indah, saya yang sedang berada jauh di sinun, menerima satu sms daripada si A ..... ia merupakan satu perkhabaran tentang si fulan B yang diamanahkan tentang sesuatu oleh saya. Si fulan B 'agak' terpecah amanah sedikit tetapi kalau difikirkan semula ia cuma sedikit kesilapan yang boleh dimaafkan selagi 'amanah' itu tidak rosak.

Melalui penyampaian yang kurang cantik itu, membuatkan saya berapi. Lalu saya reply sms A menyatakan rasa tak puas hati saya tentang sikap tak amanah B.

Nak tau apa A buat?

A forward sms saya ke B tanpa rasa bersalah. 

Nampak permainan A? Bagai menunggu bahan daripada saya untuk disampaikan pula kepada B. Dan ini bukan sekali, berkali-kali ia berlaku sehingga saya say goodbye kepada A. Semoga kamu sentiasa berada dibawah rahmatNya. Itu doa saya kepadanya. Hilang saya dari hidupnya mungkin takkan mengubah apa-apa untuk dia, tetapi kurangnya si A dari hidup saya banyak memberi manfaat kepada saya. Syukurlah rumahtangga saya tak bergoncang akibat sikap manusia2 sebegini sebab John sangat menolak si pengadu domba. Pernah terjadi pada suatu hari yang kurang indah, seseorang mengadu domba tentang saya kepada John melalui sms. John tak respond pun sebaliknya bila dia balik, dia terus capai handphone saya dan check sms yang saya terima. Kebetulan saya tengah menangis masa tu. Terus John 'arahkan' supaya saya jauhkan diri daripada orang tersebut. 

Sikap John sedikit sebanyak saya contohi. Ada juga si pengadu domba datang kepada saya menyampaikan tentang John. Mujurlah kami tidak berahsia antara satu sama lain. Kebanyakan hal saya tahu walau saya tidak terlibat secara langsung. Saya tidak terus percaya atau melenting. Sebaliknya saya mulakan dengan bertindak secara berhemah. Berbincang, bertanya. Mujur tidak ada yang cedera dalam hal tersebut. TETAPI perkara tersebut memberi kesan kepada saya sebenarnya. Saya mengambil masa jugak untuk hati dan fikiran kembali tenteram. Terima kasih kepada pengadu domba. Semoga Allah s.w.t. merahmatimu.

Mungkin orang tak peka yang sikap suka mengadu domba boleh mengakibatkan kesedihan, kehancuran, perbalahan, roboh rumahtangga dan sebagainya. Oleh itu jauhilah sikap ini. Hentikanlah sampai menyampai apalagi kalau tak jelas maksudnya.

Sekian.







Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>