Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Usaha

$
0
0
Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Dah pukul 1.20am. Patutnya saya ni dah masuk tidur tapi sejak meniaga balik ni, memang waktu malam ginilah saya nak cari barang, post gambar dan sebagainya. Siang2 terlalu banyak kerja rumah nak dilayankan tetapi tetap juga saya usahakan untuk menjawab segala whatsapp yang masuk dan post mengepost gambar ke Instashop saya tu: cucimatashop.

Cerita pasal meniaga ni, terus terang saya bgtau, sebenarnya bila saya buat keputusan untuk kembali aktif meniaga online ni, saya agak gementar sikit sebab bukan hanya kerana saya dah lama tak meniaga, saya risau dengan penerimaan kawan2 mahupun orang sekeliling. Masa awal2 saya promote produk saya, langsung takde yang menyahut. Dalam grup Whatsapp takde langsung yg bebunyik ek ke uk ke... padahal kan dalam grup tu dikira kawan2 rapat. Paling tidak pun apa salahnya respon walau dengan emoji ibu jari ke atas. Saya tak paksa beli. Paling2 pun, dengan respon emoji yg positif (walau tak order apa2) boleh kasi saya semangat positif jugak. 

Tapi tak semua grup la macam tu. Ada grup lagi satu yg ada cuma 3 orang aje, sorang kawan terus order, seorang kawan lagi respon dengan baik, kata nanti kalau brg dia dah habis, boleh le order kat saya. Jadi, kekecewaan yg tadi dah dicover dengan yg ini. Alhamdulillah. .... masih ada gak harapan untuk saya.

Orang sangka kami ni dah kaya kot padahal dalam meniaga (walau meniaga juta2 sekalipun) pasti ada naik turunnya. Orang tak tahu, kita aje yang tahu. Belum tentu yang dilihat dengan mata kasar itu adalah realiti. Kadang2 Allah menguji dengan dugaan maha hebat sampai kita sebagai hambaNya tak mampu langsung nak melawan. Dah pegang title jutawan pun kalau Allah nak uji kita sampai jatuh tersungkur  sampai habis semua simpanan, habis semua harta, memang tidak mustahil. Kadang2 kita siap beringat2, simpan duit baik2, takmo nanti kemudian hari nanti susah. Tapi, kunfayakun, kalau Dia kata Jadilah, maka Jadilah ia. Tak boleh lari ke mana.

Bezanya ialah, bagaimana kita menghadapi situasi sebegini? Adakah kita akan marah2, tension, sangka buruk pada Allah ataupun kita bersikap positif, yakin yg dugaan itu adalah kerana Allah menguji hamba yg Dia sayang, menguji supaya kita tak lalai dan lebih berhati2? Mana satu? 

Kita ada pilihan. Pilihlah mana satu.

Saya suka memilih yg ke 2. Dan saya juga yakin bahawa pembaca blog saya akan tau apa sebenarnya yg sedang saya hadapi. Alah biasalah hidup kita sebagai manusia ni mcm2 dugaan ada. Bak kata John, kalau tak mahu diberi dugaan lagi, berhentilah selawat, berhentilah berzikir... bukankah dugaan itu diberi di dunia kerana nak meringankan azab di sana nanti? Dan terima kasih kepada John yang terus menerus menyuntik semangat dan menyuntik sikap positif dalam rohani saya. Alhamdulillah walau diberi ujian sampai tahap tercekik pun kami masih mampu tersenyum dan makin rapat antara satu sama lain. Kami adalah penguat sesama kami. 

Berbalik kepada bisnes online, saya sangat bersyukur walaupun mula2 orang tak heran, dari sehari ke sehari kawan2 mula menunjukkan minat. Instagram cucimatashop pun makin ramai follower termasuk anak2 remaja. Setiap hari ada aje order. Walau untung RM10 pun dah rasa sangat puas. Teringat pesan kawan saya yg berjaya dalam bisnes restoran Arab dia di Langkawi, "Jangan tinggalkan sunat dhuha, kerana insyaAllah rezeki datang tanpa kita sangka". Walaupun kita solat sunat tu bukan semata2 nak kasi rezeki masuk, tapi dalam situasi yg sangat mendesak, kita sebagai hamba yg lemah ni pasti ada sedikit harapan dalam hati supaya Allah bukakan jalan dan pintu utk kita betul tak? 

Sehari dua lepas, satu ayat buat saya tersentak. "Biarlah org nak kata kita tamak sekalipun,..... bla bla bla....". Errr adakah saya (yg org fikir kaya raya ni) kelihatan tamak bila saya mula meniaga? Takpe... takpe... kita tak jaja kesusahan kita kat orang. Biarlah apa pun pandangan orang kat kita. Yg penting kita ikhlas melakukan sesuatu, tak aniaya orang. Saya juga berazam utk terus meniaga walau John jadi bapak kaya sekalipun. Takde salahnya. Saya juga nak latih anak2 saya meniaga. 

****

Sekarang ni, bila saya mula start meniaga balik, saya juga mula buat meniaga dropship. Trend sekarang nilah. Saya tak hadkan diri saya untuk meniaga atas angin begini, saya usahakan juga mencari2 peluang yg lebih baik, apa yg boleh saya buat pada masa hadapan. Mungkin lps ni saya boleh jadi tokey dropship pulak? Saya bawak masuk sedikit demi sedikit barang utk test market.

John pulak masih terus dengan kerja dia. John juga yang ambil alih bisnes Elken drp saya. Saya hanya boleh bekerja dr rumah saja sebab anak2 lebih utama. Tak bolehlah dua2 mak bapak keluar sementara anak kat rumah terabai. Maid pun xde. Cita2 John (katanya) nak jadi speaker kat Elken. Tapi sebelum jadi speaker, kena ada grup sale sebanyak 100k dulu hihihi. Nak kena bina lagi rangkaian sampai betul2 kukuh. Ujian yg mendatang bukan untuk melemahkan, tetapi menguatkan. Janganlah buruk sangka dengan setiap ujian yg diberi. Dan jgnlah hilang rasa syukur kita terhadap setiap apa yg pernah terjadi. Walau apa pun, setiap yg berlaku itu adalah nikmat yg tak terhingga. Kalau kita terus bersyukur, dugaan yg diberi pun akan terasa kemanisannya. 

Saya sangat bahagia. Bahagia bila dugaan yg datang menjadikan saya dan John lebih mengenali hati budi masing2. Makin sayang menyayangi. 

Kesimpulannya, senyum aje. Usaha, doa dan tawakal. Pastu, jagalah tutur kata, jgn sampai terlepas kata. Mungkin ada hati yg akan terluka.


Jom shopping... www.cucimatashop.com



Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>