Assalamualaikum.
Puasa ni... dah 3 hari puasa. Jam 5am bangun, makan ala kadar aje, yang penting mesti nak blend OAT + BUAH + JOINTFLEX pastu telan supplement dan kolagen.
Apa itu Jointflex? Jointflex ialah supplement kolagen hydrolisat untuk tulang yang sangat mujarab untuk saya. Dulu lepas bersalin anak no 5 lutut dah longgar tak boleh mencangkung, tak boleh melutut pun. Sekotak je belasah Jointflex hari2, terus baik bertahun2. Tp lepas bertahun2 badan makin menua, tulang makin merapuh, kena la telan lagi. Kat rumah memang ada stok masa kecemasan.
Jointflex ni kadang2 saya minum, selalunya saya lupa. Bila dah sakit baru tercari2. Tapi hari tu sejak saya dapati menge-blend minuman blended tu bersama Jointflex boleh menjadikan minuman saya creamy dan lebih sedap, setiap kali blend buah saya tambah la setengah paket Joinflex. Memang sedap dan berkhasiat. Bagus utk tulang dan sendi walau skrg tulang rasa macam masih kuat. Kalau uols atau ibu/bapa uols ada masalah sendi dan tulang, carilah produk Jointflex drp Leeon ni. Dia tak terkenal macam brand MLM lain tapi produk ni memang TERBAIK utk tulang dan sendi. InsyaAllah memang mujarab.
Ada banyakkkk hari nak ganti puasa. Oleh itu cerita puasa kita cerita lain keluaran aje lah. Lagipun tak jumpa kisah apa nak diceritakan tentang puasa ganti ni.
OK. Nak cerita pasal satu benda ni. Nama benda ni ialah Faceperm 3D Tilting Vibrating Foundation Applicator. Kemain panjang tajuk dia. Nampak gambar memang menarik sangat. Tengok YouTube lagi la tergedik nak beli.
Saya pun mula mencari2 la benda ni. Akhirnya jumpa yang paling murah.
![]() |
jenama murah |
![]() |
kaler sama macam Elken Eternal Beauty Face Massager tp kualiti jauh sangat jauh berbeza. Harga pun jauh deknon. |
![]() |
saya basahkan sikit span dia. Dalam kotak takde manual. Jenuh nak pasang bateri tang mana. |
Dan tergedik la tak sabar nak try...
Dan saya memang tak pakai foundation, saya malas sapu sunblock, saya hanya yakin dengan BB Cream. BB Cream kali ni ialah yg saya beli di Myeongdong, Seoul, Korea Selatan. Kat Malaysia ada Nature Republic tak? Saya tak tahu sebab dah lama gila saya tak jalan2 di mall. Kesiannnn.......
![]() |
gambar hiasan |
![]() |
Kalau pilih BB Cream atau UV Sunblock sila ambik yang SPF 35PA++ ke atas untuk cuaca Malaysia |
![]() |
cara ni sebenarnya membazirkan BB Cream. Sebaiknya sapu ke muka dulu pastu baru blend guna alat ni |
![]() |
Cuba teka belah mana dah BB belah mana belum? Hehehehe. Ni muka suci baru lepas solat zohor :D |
![]() |
muka takde apa2 ditempekkan. Nampak itu dot dot pigmentasi? Yg merah2 tu original bukan blusher ye |
![]() |
Jeng jeng jeng... dah sapu BB guna vibrating applicator |
Pastu jom kita sapu habis2 satu muka.
![]() |
cik bedah dah siap tenyeh BB cream. Sejak rajin belai muka, urut muka, nampak la pipi tu tak loyot dah. Kalau tidak, jelas nampak pipi saya jatuh macam nenek2. Patutlah artis2 suka cucuk kolagen ye. Cantik itu mahal. |
Ok jom tengok sebelah2 pulak.
![]() |
pigmentasi dah pudar, BB cream tersapu rata. Setiap liang2 pun tertutup dengan baik |
Kalau gugel, memang ada banyak brand. Kat Malaysia ni rasanya macam terlambat aje. Tapi saya dapat la China brand yang plastiknya nampak sangat murah. Takpelah janji hado. Nanti dah kaya boleh la rembat yg elok sikit, tahan lama. Kalau la saya punye ni dapat kat Cik Rai, alamatnya sekejap ajelah hayatnya. Dia skrg dah pandai bukak almari mekap saya. Dah mula jaga kecantikan :D :D :D
Kalau uols berminat nak try, boleh la gugel. Saya tak jual mendaalah ni. Boleh tengok kat Lazada.
OK sekian saja coretan untuk hari ini. Lepas ni saya nak cerita pasal 'DIY BB cream'. Tungguuuuu.......