Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Memutihkan Gigi Cara Senang - edited

$
0
0
Assalamualaikum.

Teringat dulu2 masa anak2 saya sekolah sessi petang kat sekolah lama sebelum ni, saya kena hantar hari2, rebut parking yang best2 sebab lepas hantar anak nombor 2 dan 3, saya kena tunggu kakak diorang pulak balik dari sessi pagi. Kalau lambat sampai nanti saya kena parking jauh dari pintu pagar atau mungkin kena double park dan menyempitkan laluan.

Dan biasa jugak berlaku bila tak sempat nak kasi anak makan lunch kat rumah, saya bekalkan nasi untuk dimakan dalam kereta. Masa suapkan dioranglah rahsia siapa gosok gigi dan siapa tak gosok gigi akan terbongkar. Bila ternampak gigi anak saya kuning macam butter, memang bergegar kereta saya menjerit!!!! Dan biasanya saya akan terus bawak diorang ke Carrefour (skrg Aeon Big) berhampiran untuk beli berus gigi dan ubat gigi. Pastu gosok gigi kat sana. Memang perkara ni selalu sangat berlaku sampai saya kena bekalkan berus gigi dan ubat gigi dalam kereta. Itu yg nampak. Yg tak nampak? 

Hasilnya kini, anak saya yang sorang tu ada senyuman yang tidak menarik bila gigi dia kuning dan tak boleh dihilangkan. Puas suruh gosok gigi sehari 3 - 4 kali, gosok lama2 tapi masih takmo hilang stain kuning yg hodoh tu. Saya gosokkan pun takmo kurang jugak kesan tu. Sampai saya bercadang nak bawak dia ke dentist sebelum sekolah bukak untuk sessi 2015.

Tapi kan, masa cuti sekolah, 2 - 3 minggu sebelum sekolah bukak sessi baru, saya dapat voucher daripada Elken. Saya tebus El Marino, Ester C, Spirulina dan ada sikit baki lagi tu, saya ambil berus gigi. Sebelum ni saya dan abg John aje yg guna berus gigi Elken. Anak2 pakai yg beli kat kedai biasa. Pastu saya pun memang dah mula guna ubat gigi pemutih Fazura iaitu Optic White. Geram tengok gigi Fazura kemain putih melepak macam kapas! Cantik!!!! *Walau abg John kata 'biasa aje'... hmmm..... 




Optic White ni juga saya dah mula suruh anak saya guna untuk kurangkan stain tapi masih tak berapa nak menjadi hasilnya. Stain dah macam butter keras, memang tak boleh nak hilang senang2. Entah macam mana, tergerak hati nak kasi anak saya pakai berus gigi Elken. Kebetulan berus gigi masa tu memang nak kena tukar dan saya ada extra dalam almari. Percaya atau tak, dalam masa beberapa hari anak saya mengaku yg gigi dia dah makin putih. Eh eh ye laaaaa.... memang dah macam kurang stain kuning tu. Tapi mula2 saya terfikir itu mungkin perasaan (atau perasan) aje sebab guna berus gigi baru dengan pemutih. Sehari dua lepas, saya check gigi anak saya, stain kuning hilang 99%, kini senyuman dia dah makin berseri, hensem dan tak ragu2 lagi, boleh sengeh tanpa was- was!!!!!!

Sebelum ni kalau dia ketawa mesti anak2 yg lain akan "Eiiiiii gigi kuning!!!!" Hahahhahahaa

bukan calang2 berus gigi tau

tapi hari2 pertama uols akan rasa sakit mcm gigi longgar sebab berus gigi ni mencuci hilang celah2 gigi bagaikan flos. Sangat power.


Anak saya yg dah makin hensem tu kata, berus gigi sebelum ni tak dapat cuci bahagian atas gigi dengan baik. Berus tu lembik dan tak cukup membersih, katanya. Berus gigi Elken memang sangat powerful, bayangkanlah gigi kuning yg puas disental tak bleh putih tu terus jadi bersih dan putih cemerlang dalam masa kurang sebulan. Kini, promo 2 set (4 batang) baru RM18.00, maknanya sebatang baru RM4.50 la kan. 

Sekarang semua anak saya kecuali cik Rai claim nak berus gigi Elken dan ubat gigi Optic White. Kena la pencen beli berus gigi kat kedai. Beli dari Elken aje. Jimat duit dentist, paling kurang RM80 mengikut rate destist terdekat kat sini.


Ini gambar selepas. Gambar sebelum - tiada. Tak sanggup nak ambik hahahaha..
Em,... dentist kata anak2 saya ada rahang yang kecik. Gigi pulak kapak2 belaka. Oleh itu bersedialah untuk menempah braces guna subsidi/insurans pergigian kerajaan sementara anak2 masih sekolah.

Lepas gigi dia dah putih bersih, yang lain2 mula la claim sebatang berus gigi Elken setiap seorang. Salah seorang daripada mereka ialah budak baru patah gigi ni. Gigi susu pun sibuk nak pakai berus gigi bagus -



Kalau uols nak cuba majiknya berus gigi Elken, boleh ke link ni, terus beli sendiri tak perlu melalui saya pun. Guna credit atau debit card.


Bye.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>