Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Macam Macam Series Hada Labo

$
0
0
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sekarang saya dah takde masalah dengan kulit muka lagi. Jerawat pun dah malu-malu nak menunjukkan diri. Pantang kopi, teh, sekali-sekala je minum milo, banyak minum air buah dan air kosong memang bagi kesan sangat menakjubkan kepada kulit muka saya, selain amalkan Lemona-S dari Korea tu dan minuman kolagen El Marino (skrg jimat2 cuma ambil 1 paket sehari).

Tapi sebenarnya ada satu 'bahan utama' yang buatkan segalanya ok iaitu skincare yang sesuai. Sebelum ni amal itu amal ini, tiap kali pergi facial mesti beautician tegur muka saya kering, dan dehydrated. Pastu suruh saya beli itu ini. Puas nak menolak. Satu barang dah la tiga empat ratus! Sekarang saya tak perlu beribu2 untuk set hydration tapi hanya kurang seratus ringgit.

Boleh tengok post lama tentangnya di SINI

Set hydration Hada Labo memang sangaaaattt sesuai untuk saya. Muka saya nampak basah2 lepas pakai set tu. Bila pergi facial dah takde komplen dari beautician lagi. Menggelupas pun dah takde. Jadi, dengan keberkesanan produk Hada Labo tersebut, saya gatal2 nak cuba brg Hada Labo yang lain pulak. Biasa la kan....

kanan sekali kaler merah ialah Firming Lotion. Macam toner tapi ia pekat likat, jadi saya hanya tepek guna tapak tangan, tak guna kapas. Untuk muka tegang dan kurangkan kedutan. Maklumlah dah 40 tahun.

yg biru ialah serum pemutih. Cukup dengan 1 jenis moisturizer iaitu hydrating milk, serum byk jenis tak apa. Yg merah ialah serum untuk lifting dan wrinkles.

yg botol putih ialah krim hydrating. Anak dara saya punya. Muka dia pun kering jugak.

Untuk series merah (lifting and wrinkles) tu ada kandungan Retinol (Vitamin A), jadi saya tak pakai waktu siang. Retinol sangat sensitif dengan cahaya matahari, jadi memang tak sesuai digunakan waktu siang. Matahari boleh rosakkan retinol. Itu yg saya baca dan buat kaji selidik kononnya.

Dan untuk segala usaha menjaga kesejahteraan kulit saya kebelakangan ini telah membuatkan saya 'terpaksa' tukar bedak daripada kaler medium ke light haha. Tak rugi mengamalkan pemakanan sihat terutamanya bila kita kurangkan kafein dan lebihkan vitamin. Walau dot dot freckles masih ada, ia tak jadi masalah dah kat saya. Saya tau saya akan hidup dengan freckles seumur hidup saya. Cuma, skrg bila dah tak mekap, dot dot tu dah tak ketara sangat. Saya dah rasa bebas dari hantu freckles hehehhehehe. 

Ok itu ajelah. Besok nak sambung rutin harian. 2015 tahun cemerlang!!!!!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>