Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Projek Menguli - Pizza

$
0
0
Assalamualaikum.

Anak2 dah start cuti sekolah sempena raya cina. Tapi ada pulak sorang yang takde cuti tambahan sebab tadika tu tadika Islam, kan.. cuti masa public holiday ajelah dia. Maka oleh kerana itu kena jugak la pagi2 bergegas mengejut budak 5 tahun yang selalu tido lambat ni bangun utk mandi dan bersiap. Teringat dulu2 masa anak2 pertama memang kerap2 betul memonteng. Setahun berbelas hari la ponteng. Tapi kali ni, bukan tadika aje, sekolah lain pun saya tegas dan jangan harap nak ponteng monteng tanpa ada alasan kukuh!

Tapi takpelah tadika pukul 12 dah habis. Maknanya kerja 'atas jalan raya' berhenti selepas 12pm, sambung balik waktu malam untuk kelas mengaji dan tuisyen. Dan sebab ada byk masa kat rumah, saya ada masa la jugak nak melayan tekak anak2. Hari ni saya projek menguli. Buat pizza sendiri yg resepinya saya ambil dari blog kak Zalin Zalina. Sorry xdapat nak buat link sbb membelog pakai Tab S. Gugel aje zalinzalina.blogspot.com nanti jumpalah blog kak Ina cantik mulus tu. Macam2 resepi ada. Pemurah betul kak Ina. Moga rezeki meniaga makin bertambah.

Buat pizza sendiri sebenarnya bermodal besar jugak. Nak kena ada bahan2 buat kulit dia, pastu wajib ada cheese (saya guna Perfect Italiano Pizza Plus yg siap jual dalam paket. Campuran mozarella, parmesan dan cheddar). Kalau takde cheese campuran ni, saya prefer Parmesan Cheese. 



Lepas siap kulit pizza, saya letak topping. Sosej (berisi cheese) saya suka masak dulu baru hiris. Cendawan butang, dan lain2, tabur aje pastu tabur la tebal2 cheese tadi. Bakar 30 minit dalam oven 200°C.








Hasilnya alhamdulillah boleh tahan. Tapi kena belajar menipiskan lagi kulit tu sebab dia jadi extra tebal bila dibakar. Dulang yg ada pun kecik aje size dia. Ada beli dulang besar 12 inci (2 sekali beli) tapi oven tak muat hahahhahahha. Ok rumah baru ai nak oven besar ye abg John.

Sekian sahaja. Sambil2 tunggu pizza masak, mata ni ngantuk pulak... huaaaaaargghhhh.....


Viewing all articles
Browse latest Browse all 514