Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Cerita Luahan Hati Sebelum Hias Rumah

$
0
0
Assalamualaikum.

Sukacita dimaklumkan bahawa rumah saya yang sekarang ni dah ada pembeli. Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan segala urusan. Yang beli ni orang bujang. Tunangan orang. Nak kawen tahun depan. Memang mencari rumah yang tak perlu banyak belanja tambahan lepas beli. Segala ekon, cctv, alarm, kabinet, electric gate, semua dah sedia. Meja makan dan beberapa barang lagi pun kami kasi kat dia. Pendek kata, bawak kain baju, perabot ala kadar dan brg elektrik mcm tv, peti ais dan mesin basuh. Mana yang rosak2 pun kami akan repair. 

Rumah lama dah nak jual, rumah baru pulak menanti untuk dihias.

2015 sememangnya permulaan yang mencabar. Rumah dah siap, tapi tak dapat nak menikmatinya. Pinjaman bank dah kena bayar. Rumah lama pun masih nak kena bayar. Kami mulakan tahun 2015 dengan redha, tawakal, dan tak lupa usaha tanpa henti. Mana yang perlu dilepaskan, kami lepaskan. Mana projek yang perlu modal tak dapat dimodalkan, kami mintak tolong kawan dengan kadar keuntungan yg ditetapkan. Bukan pinjam buta2. Alhamdulillah, banyak yg kami belajar. Dalam keadaan susah, kadang kala yang dipanggil kawan rapat tak semestinya menolong. Buat lawak bodoh lagi ada. Yang tak berapa rapat itu yg Allah temukan untuk membantu. The moral of the story - be and act wisely. Spend wisely, talk wisely, whatsapp also wisely. Nak mintak tolong also kena wisely. Sebab at the end of the day, some immatured and ungrateful people are going to spread rumors about you. Just be ready. Pekakkan telinga yg dah sedia pekak ni, bisukan mulut yang memang dah separuh bisu ni. Tapi yg confirm, ada satu kawan yg tak pernah berhenti membantu saya. Allah saja yg akan membalas. 

Saya dah lali. Dah tak kisah. Bukan tak pernah hidup susah. Kita tau siapa yang suap kita time kita susah. Kita juga tau siapa yang cebik bibir bila kita senang. Oleh itu, lantaklah. 

Syukur sangat2 dalam keadaan macam ni Allah masih bagi jalan. Waktu buntu, Allah tunjukkan satu jalan. Setiap bulan saya nampak jalan. Bulan depan nampak lagi jalan. Akhirnya setakat hari ni alhamdulillah terlalu banyak nikmat dalam tak berapa sedar, Allah kasi. Dan hutang2 yg saya kena servis setiap bulan setakat hari ini updated semua. Cuma insurans aje tak dapat nak servis. Maaflah agent, saya tau uols akan kata apa2hal memang kena layan insurans dulu sebab boleh bantu masa musibah tapi waktu saya tengah musibah hampir muflis ni, takde pulak saya nampak insurans membantu. Lagi pening kepala sebab korang asyik cuba deduct credit card aku, ada lah. Nasiblah dah kenselkan. Nak langsai hutang kad memang kena stop semua auto debit. 

Pendekkan lagi cerita, Allah kasi jalan SATU per SATU. Seperti pesanan arwah mertua - 1 + 1 = 2. Buat satu2. Dalam maksud dia. Skrg baru paham.

Abg John pun nampaknya makin nampak sinar yang menanti. Byk jalan baru, lobang baru yg terbukak. InsyaAllah segala yg sulit boleh kasi lerai. Yg rumit nanti boleh jadi mudah. Nak cerita sikit  - Saya tak pernah jumpa orang yang sangat cool pada waktu musibah melanda. Dia yakin setiap jalan tu memang Allah punye kerja. Dia juga yakin yg Allah akan bagi petunjuk dalam menyelesaikan setiap masalah. Tak pernah putus asa. Takde pulak nak balik mengamuk2 atau muka mencuka marah2. Memang relax habis. Respek betul. Banyak injection abg John kasi kat saya sampai saya pun mula terikut2 cara dia. Rileks je. Alhamdulillah, semua mmg nikmat.

Tak dapat saya gambarkan betapa besar nikmat yg saya perolehi setakat hari ini. Semuanya kerana yakin. Jangan banyak merungut. Jangan banyak komplen. 

OK sambil2 melayan situasi kehidupan yg mencabar ni, saya dah mula cari2 sebut harga untuk wallpaper. Cadangan asal ialah nak renovate rumah gila2 cantik2. Tapi nampaknya Allah tak izin. Dia tak kasi kami membazir. Oleh itu kami dah bincang, kenapa mesti rombak itu dan ini, ubah itu dan ini sedangkan rumah tu dah sedia ada itu ini, cuma perlu enhance sikit2 aje. Kan harga rumah dah termasuk semua benda tu? 

Jadi... plaster ceiling tak yah. Ceiling dah siap plaster dengan point utk down light cuma tak fancy mancy la. Nanti kita letak aje lampu. Bilik hanya perlu cat atau wallpaper. Dah dapat sebut harga. Kemain mahal lagi. Tapi, takpe saya tak berhenti cari jalan untuk minimaliskan kos. Psssttt.. rumah sebelah beriya2 renovate. Beratus ribu habis tau. Banglo hujung jalan pun beriya jugak. Sepasang suami isteri dengan sorang anak Tahun 2. Pastu maid sorang. Fuhh.. Kami yang belum start apa lagi, cuma bersihkan luar dan dalam rumah aje. Kebaikan jadi orang lambat renovate ialah, boleh tengok hasil kerja orang lain nanti apa jadinya. Boleh ikut atau elak.

ok tunggu cerita selanjutnya, saya cerita pasal hias rumah pulak. 







Viewing all articles
Browse latest Browse all 514