Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Mencari Syurga

Assalamualaikum.

Selamat hari raya aidilfitri. Dah lama jugak tak jenguk blog. Memang bizi sangat nampaknye kan uols. Tahun 2015 memang banyak dugaan. Tapi terlalu banyak hikmah yg ada alhamdulillah. Kalau melihat secara positif, positiflah penerimaan kita. Kalau pandang negatif, merungut sajalah jawabnya.

Allah memang maha penyayang. Banyak benda yang telah menyedarkan. Terlalu banyak silap yang berlaku, yg sebelum ni tak perasan atau buat2 tak perasan. Kita selalu dengar, hidayah Allah itu luas. Tapi tak semua orang dapat hidayah tu. Ada yg dapat hidayah tanpa dicari, ada juga yg mencari sendiri hidayah itu. Tapi apa yg pasti, syurga tak senang nak masuk, neraka pun tak susah nak tempah tiket.

Antara cara nak tempah tiket ke syurga ialah; berbaik kepada ibu dan bapa. Senang je bunyi dia kan? Siapa2 yg masih ada ibu pasti rasa "eleh kacang aje", "aku sayang ibu aku, selalu buat baik dan taat padanya". Alhamdulillah, bersyukurlah kalau uols masih ada ibu dan hubungan kalian rapat seperti yg sepatutnya. Pasti tak susah nak turut kemahuan ibu atau nak taat tanpa masalah kan? Tapi kalau uols ada ibu yg sangat baik, jaga uols dari kecik sampai besar dengan baik, tapi bila uols dah besar ibu tu disisihkan, tak dihormati, sorry la saya cakap, "RUGInya". Allah memudahkan jalan buat hamba Allah sebegini untuk mudahkan jalan ke syurga tapi disia2kan. 

Selama ni saya memang taknak cerita kat orang tentang hal keluarga saya. Ibu, bapa, adik beradik. Tak larat nak cerita. Kalau buat novel memang boleh laris. Tapi buat apa saya nak canang hal keluarga saya ke public? Apa saya dapat? Sebab itulah apa saja keputusan atau tindakan yang adik beradik saya buat, saya tak bantah atau banyak bunyik kerana saya sangat memahami apa yg mereka rasa. Saya sendiri merasanya. Setiap PERASAAN yg pernah hadir atau TAK PERNAH HADIR adalah disebabkan pengalaman hidup kami sendiri. Mungkin org boleh kritik, tapi orang tak tau apa sebenarnya yang berlaku.

Hmm... bukan nak kata apa. tapi bila tengok org update status kat FB sambil check in 'hospital bla bla', "bawak mak pergi check up... bla bla...". Pastu kawan2 komen, "Anak yg baik", "Jaga mak elok2, syurga di bawah tapak kaki mak" dan sebagainya, saya cuma terdetik di hati, "untunglah". 

Sedangkan dugaan sebenar masih belum dirasai, atau mungkin tak berkesempatan nak merasainya.... 

Ye, saya sedang mengejar syurga. Apa saja yg saya lakukan kini adalah lillahitaala. Saya bgtau abg John, "Bang, saya nak masuk syurga". Oleh itu saya tahu saya perlu perbetulkan beberapa perkara. Saya tidak mengumumkan apa2 pun, bukan nak menunjuk. Tapi saya share perkara ini kerana saya tengok terlalu ramai manusia di luar sana yg terlalu mudah menilai dan menjatuhkan hukum. Kita takkan pernah tahu apa yg kita sanggup lakukan apabila kita sudah mula berputus asa. Oleh itu bila nampak orang lain buat sesuatu yg di luar kotak pemikiran kita, sebaiknya jgn campur. Seperti fb saya, org takkan kenal saya melalui FB. FB, IG ni semua topeng je. Hidup sebenar kita, hanya kita yg tau.

Tak semua org diduga. Tak semua org merasai menjaga mak yg hanya terbaring, kena mandikan, hari2 beberapa kali kena tukar pampers, suap makan, pagi2 katil basah pampers bocor, kena basuh cadar setiap hari, kena basuh berak mak, bila mak sembelit kau kena tekan2 apa yg patut nak kasi keluar semua, ... Tak semua orang merasa kan? Yg seronok2 bolehlah update status. Tapi saya tak pernah baca org punye status, "Baru lepas cuci berak mak" sebab pengorbanan sebegitu tak memerlukan tontonan umum. Ianya merupakan satu pengabdian seorang hamba Allah yg mencari redhaNya.

Bukan senang nak menerima dugaan dengan hati terbuka. Terlalu berat nak menerima. Terpaksa dapatkan semangat drp abg John, pesanan arwah mertua, dan dsb. 

Untuk anak2 yg memang rapat dengan ibunya pasti takde masalah nak uruskan ibu mereka. Tapi kalau anak2 yg tak rapat? Yang jarang dipeluk dibelai? 

Inilah dugaan anak2 perceraian. Bila ibu bapa bercerai, anak-anaklah mangsanya. Ibu terpaksa cari duit nak besarkan anak2, siang malam kerja sampaikan saya LUPA BILA KALI TERAKHIR IBU SAYA MENGUSAP KEPALA SAYA ATAU MENCIUM DAHI SAYA. Hari raya juga begitu, tak ingat BILA KALI TERAKHIR KAMI SALAM IBU PADA PAGI RAYA. Masa kecik lain cerita, masa dah besar lain pulak cerita dia. Kami mmg tak rapat. Ibu jadi pemarah. Bila dia ada kat rumah kami memang menjauhkan diri. Takut asyik kena marah. Nasiblah kami tinggal rumah nenek beramai2. Kalau kitorg hilang pegi rumah kawan pun takde siapa pun ambik tahu bila masa keluar bila masa balik. Kalau tak balik2 pun takde siapa sedar jugak hahaha. Pandai keluar, pandailah balik. 

Sebab itulah, kalau melihat sesuatu jangan jadi cerdik pandai nak menilai sesedap rasa. Kalau tengok orang dera anak, dera mak sendiri atau apa pun, istigfar sudah. Tak perlu nak jadi pengomen terbaik, memaki dan menghamun. Sebab dunia ni berpusing ibarat roda..... kita tak tahu dugaan apa yg bakal mendatang pada kemudian hari. Sama ada kita redha atau cuba lari dari kenyataan.

Alhamdulillah, dalam keadaan sekarang saya mempunyai anak2 yg sangat memahami. Anak2 perempuan saya terlalu banyak membantu. Saya seringkali berpesan, bila saya dah tua nanti, mungkin saya akan memerlukan bantuan sepertimana nenek sekarang. Mungkin bila anak2 dah tua pun akan menerima nasib yg sama. Oleh itu, ikhlaslah membantu walau rumit macam mana pun. Kita tak tau nanti nasib kita macam mana. Kalau kita tak berlaku baik sekarang, adakah kita akan diperlakukan dengan baik kemudian nanti?

Walau apapun sejarah kami, apapun perasaan yg pernah timbul dahulu, saya berharap agar saya dan adik beradik saya yg kurang kasih sayang ni berpeluang mendapatkan redha Allah melalui dugaan kecil yg diberikan ini.

Mungkin saya tak pernah sebut ini... sesuatu yg pelik untuk disebut sebenarnya. Saya sayangkan kakak-kakak saya dan adik lelaki saya. Kali ini dgn izin Allah saya berharap hubungan kami akan erat sepertimana yg sepatutnya. Umur masing2 pun dah banyak, hidup dah semakin singkat. Siapa lagi yg kita nak panggil keluarga selain keluarga yg kita bina dengan suami? Walau apa keadaan sekalipun, merekalah darah daging saya. Semoga 'hijrah' ini membawa sejuta rahmat.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>