Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Gajet Rempit Baru - GS2700

$
0
0
Assalamualaikum.

Alhamdulillah ada rezeki dr Allah, dpt bonus Elken bulan ni, dapat la beli satu gajet lagi. Gajet rempit menambah koleksi saya kali ini ialah mesin jahit Brother GS2700. Mula2 saya orderkan JS1410 untuk kawan saya yg sama2 nak mula merempit macam saya buat tambah pendapatan. Maklumlah skrg ni serba serbi mahal, kalau harap gaji semata, lama2 memang licin la segala 'simpanan' yang ada. Makanya duit extra memang kena cari.

JS1410 ni mesin jahit yg ada 14 jenis stitches dengan 4 step lubang butang manakala GS2700 ada 27 jenis stitches dengan 1 step lubang butang. JS1410 saya beli RM499 di Lazada Malaysia manakala GS2700 RM599 di Lazada juga. Kalau harga runcit sebenarnya mahal lagi dua2 mesin ni tapi bagus beli kat Lazada, harga boleh menjunam banyak. Itu yg tergedik saya nak beli 1 lagi mesin jahit sebagai spare selain apa yg ada kat rumah milik mak saya tu.


dapat extra RM30 diskaun guna app dengan voucher GETAPP30





Semalam dua2 mesin sampai. JS1410 saya order hari Isnin, Rabu tengah hari sampai. GS2700 saya order Selasa petang, Rabu pagi dah sampai. Laju! Dalam email dia kata 6 ke 8 hari. Semalam dah unboxing mesin saya dah. Kawan saya punye je masih dalam kotak, tunggu dia datang. Dah belajar ikut manual yg saya cari di Youtube. Kalau nak compare mesin baru dengan mesin lama mak saya, terus terang saya kata, mesin mak saya Lux Royal tu lebih smooth, lembut, berbanding Brother ni. Ye la tengok harga la jugak. Lux Royal mak saya RM6,000.00, Brother RM600 je deknon! Cuma masalah Lux Royal, takde tapak zip sorok disertakan dan dalam manual pun takde dinyatakan pasal tapak tu. Saya beli tapak zip sorok utk portable machine, TAK BLEH GUNA. Mesin ni tak benarkan tapak selain tapak ori je utk mesin dia. Jenuh la. Service centre ada satu aje kat Glenmarie. 


Mesin ni best sebenarnya, cuma kurang mahir nak guna stitches lain selain jahit lurus kih kih kih. Tengok tu jahitan dia, lagi halus dan lawa drp tudung Naelofar punya stitch tau.






Minggu lepas beli gunting zig zag dan tapak zip sorok utk portable machine dengan harapan memudahkan kerja jahit zip tapi sayang sekali, tak bleh guna. Tapi Brother GS2700 perfect boleh masuk tapak tu. Seronok tak terkata. 

Sama jugak dengan nak jahit lubang butang. Dulu saya ada mesin Singer. Semua jenis stitches saya dah mahir guna. Bila mak saya kasi saya mesin Lux Royal tu, saya kasi mesin Singer kat kakak saya. Sampai sudah saya tak reti buat lubang butang guna mesin Lux. Tah apa nak tekan tah. Skrg dah takde masalah sebab guna Brother GS2700 hanya dengan satu step, menjahit lubang butang menjadi mudah ha ha ha. Dan skrg saya tau kelebihan memiliki extra mesin jahit. Aku tak heran kat handbag dan smartphone dah. Aku dok ralit nak tambah mesin skrg heehehehheeehhehe....



Mesin jahit tepi dah ada 2.... mesin jahit pun 2... lps ni sibuk usha nak beli mesin coverstitch pulak selain mesin Singer 4432 Heavy Duty yg boleh jahit jeans tu. Tapi nak motong sepasang baju, pola dia aje ambik masa 2 hari ni disiapkan. Terlalu tight masa terluang sejak lepas raya ni. Rutin dah kembali seperti biasa. Pagi nak masak sarapan, tengah hari nak masak lunch... kan seronok kalau Ramadhan tu lama2. Menguji tahap keasabaran dan ketahanan badan betul. Dah tua2 ni lagi cepat penat.

Haraplah sangat saya boleh cari balik masa utk saya menjahit. Dah bosan bila sehari tak menjahit.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>