Assalamualaikum.
Antara perkara yang malassss sangat untuk saya buat sekarang ialah KE KEDAI. Bila lauk habis, memang leceh sangatlah. Tapi minggu lepas jiran saya hantar WA kat group jiran sekampung, boleh order aje daging kat dia dan akan dihantar ke depan rumah. Menarik servis ni!
Ada daging lembu segar, ada lamb, rusa dan paling best ada daging salai. Dah siap packing macam kat supermarket tu. Order pakai WA aje. Saya tak pasti kalau khidmat menghantar ke depan rumah ni 'laku' setakat area mana tapi tak rugi kalau bertanya kan?
Jadi kalau uols ada teringin nak makan masak lemak daging salai ala selero Nismilan.... (perghhh toruih lapaaaaaa), boleh la contact orang yang berkenaan ye.
![]() |
Ni dio ha... Lombu Republic - Hafiz Hanafiah +60102210755
|
![]() |
daging salai RM48/sekilo. Untuk saya, sekali masak 2 pek aje. |
![]() |
LAMB. RM19.70/sekilo. Yg ni kena masak lebih2. Org dalam rumah saya ni semua hantu kari kambing. Besoknya memang tinggal kuah aje la, buat cicah roti atau makan dengan lempeng. |
![]() |
Petiais kosong kini dah berisi hihihi. 3kg LAMB, 4 pek daging salai |
![]() |
bersedia untuk dimasak. Ni sekali hidang tau. |
OKLah. Nanti lepas masak bawak gi rumah mak mentuo. Mesti jadi menantu kesayangan kehkehkeh.