Assalamualaikum.
Tak sabar-sabar nak makan kimchi! Baru semalam buat kimchi, patutnya peraplah lama sikit baru bedal. Tapi saya tak sabar-sabar nak makan dan 'melihat' hasilnya terhadap usaha saya untuk berdiet secara sihat.
Sejak lahirkan Cik Rai 6 tahun yang lalu, berat saya tak pernah melebihi 55kg. Biasanya 53kg ajelah, kalau gemuk sikit dia jadi 54kg. Paling terukpun 54.5kg. Tapi sejak tahun lepas, berat saya naik mendadak hampir ke 60kg. Semuanya bermula sejak saya diserang allergic, alah pada kucing, habuk, malah pada peluh sendiri! Dan ia berlaku bila saya salah makan supplement. Konon2 nak kulit cantik, saya makan vitamin E dalam bentuk softgel yang sebenarnya sangat tak sesuai untuk saya. Kalau ada masa uols google la pasal kesan vitamin E yang boleh menyebabkan allergic ni ok. Dan bagaimana sistem badan menghasilkan 'gelegata' hanya kerana ia sangka badan sedang diserang anasir jahat.
Softgel pertama yang saya telan menyebabkan seluruh badan saya (terutama yang berpeluh) naik macam 'gelegata' org tua cakap. Sistem badan saya tidak dapat menerima vitamin E sebagai pencantik kulit, sebaliknya ia sangka vitamin E tu adalah anasir jahat bagi diri saya. Dan sejak tu saya akan mengalami reaksi alahan yang sama terhadap habuk, karpet, kucing malah sofa saya sendiri (tu yg selalu kena lap dengan dettol), dan baju serta tudung kain chiffon juga memberi kesan allergic. Apabila menjelang malam, gelegata ni wajib akan menyerang tanpa belas kasihan. Sejak itu juga saya bergantung kepada ubat allergic yg ditelan setiap hari dan saya tidak lagi boleh memakai DX Elken (body shaping lingerie) saya sebab peluh buat saya gatal. Inilah punca saya jadi gemuk. Bila tak pakai korset, saya makan tak kontrol, pinggang jadi macam muffin top, shape lari, berat naik, dan kalau setakat gemuk sihat takpe jugak. Gemuk yang saya alami buatkan saya mudah letih, lesu dan akhirnya sistem pencernaan saya tidak sihat. Mungkin kerana kesan ubat yang saya ambil setiap hari? Entahlah tak tahu.
Melepasi umur 40, saya rasa saya dah mcm tua sangat. Asyik sakit, migraine, sakit bahu, sembelit, lenguh2, kebas2. Supplement yang saya ambil tak begitu membantu. Mungkin kerana sistem pencernaan yang tak baik maka penyerapan vitamin pun jadi tak bagus. Tapi alhamdulillah, sejak berpindah saya dah jarang kena allergic. Cuma masalah yg satu tu je belum setel.
Semalam, dengan resepi kimchi ala Melayu yang saya buat memberi saya satu harapan baru agar kesihatan saya lebih membaik. Kenapa kimchi ala Melayu? sebab kimchi ori dari Korea guna 'porridge' sebagai pemekat pes cili dan cili yang diguna lebih banyak sampai kimchi jadi merah pekat. Tu yg saya panggil kimchi saya kimchi Melayu. Haha. Jadi, untuk makan tengahhari hari ini, saya buat sup kimchi.
Terus terang saya cakap, kimchi ni tak sedap mana pun. Sup dia pun tak berperisa mewah macam makanan Melayu atau mamak. Tapi sekali makan kimchi, besok lusa pasti cari kimchi lagi. Tak taulah kenapa.
Untuk sup hari ni, saya cuma perlukan bahan yang ada dalam fridge:
Daging ayam
Bawang besar
Mushroom (saya guna oyster mushroom)
Tofu telur
Daun bawang
Daun sup
Garam secukup rasa
Serai (selera melayu la katakan)
Kimchi
Hampir sebekas kimchi semalam saya masukkan dalam periuk. Pastu saya letak ayam disebelahnya, dan hirisan bawang besar. Letak air, hidupkan api dan tutup periuk dan didihkan.
tak payah bawang putih atau halia sebab kimchi dah ada tu semua |
Biarkan ayam masak, masukkan mushroom, tofu, daun bawang, daun sup, garam dan serai. Tutup periuk dan biarkan seketika. Pastikan garam dah cukup rasa ok.
dah macam rupa tomyam |
Tutup periuk dan didihkan sekejap, terus tutup api. Dah boleh dimakan dah. Sebagai pelengkap dan penyedap, saya goreng tempeh hahaha. Kalau nak fefeeling Korea, buat belut panggang. Sedaaapppppp....
Di bawah nasi ada kimchi mentah. Kaler tak merah sangat mcm sup kimchi ori korea |
Nampak macam sedap, kan? Tapi tak sesedap sup ayam, sup kambing, sup tomyam atau sup sayur kat kedai sebab semuanya mewah dengan rempah, perisa, perasa dan garam kan. Sup kimchi ni sangat simple, tapi boleh membuatkan saya kurus, itu yang penting. Tapi anak saya kata sedap.
Kalau rasa2 dah try banyak kaedah untuk kurus tapi tak menjadi, silalah try kaedah kimchi pulak. Mana tau, boleh mendatangkan kesan. InsyaAllah.
Setengah jam selepas makan ni, sistem pencernaan bekerja dengan baik. Lega dan ringan badan rasanya. Alhamdulillah.