Assalamualaikum.
Uols mesti perasan saya punya font untuk blog dah LARGE. Ia adalah kerana mata saya dah rabun. Umur dah 41 baru mula nak rabun. Alhamdulillah untuk 40 tahun mata yang segar.
Hari ni saya nak review tentang filem Munafik yang dah lama di pawagam tapi masih ditayangkan. Sempat la saya dan abamjohn gi layan sekejap di GSC Alamanda semalam. Kecewa dengan beberapa filem melayu yang saya tonton sebelum ni, buat saya was was nak tonton filem melayu lagi tapi bila rata2 bagi review kata BEST, saya ajaklah abamjohn gi tonton kejap.
![]() |
pinjam gambar ye En Budiey |
Seperti biasa, filem hantu mesti kena kurang lampunya. Dalam rumah suram, dalam hospital suram, kat atas jalan gelap dan takde kereta lain selain kereta dia... hehehehe... ye la jalan kampung tak sesibuk bandar kan eheh. Jadi, petua untuk elak diganggu hantu ialah pastikan rumah anda terang benderang, pasang bulb yang tinggi kuasa wattnya ye.
Filem ni dianggap sebuah filem seram paling seram 2016. Ada lagi ke filem seram sebelum Munafik tahun ni? Apa2 pun, kalau sebelum ni saya layan filem hantu kat wayang, saya akan ditegur anak saya sebab tak takut langsung, semalam saya standby tisu (sebab makan hotdog) untuk tutup mata kalau2 ada babak jumpscare atau munculnya 'makhluk' tak diundang hehehe. Memang seram bebbbb..... mekap dia pun macam real aje.
Filem ni mengisahkan seorang ustaz muda bernama Adam yg biasa merawat pesakit cara rukyah, terlibat dalam kemalangan langgar lari yg menyebabkan kematian isterinya. Sejak tu dia penuh perasaan dendam dan jadi tak redha dengan musibah tersebut. Sejak tu dia selalu mimpi isteri dia dalam keadaan menggerunkan.
Paling tak tahan bila si ustaz ni gali kubur bini dia, bawak balik rumah haha.
![]() |
dia sunggup belakon gini aduhaiii... hebat sungguh Syamsul dan Zarina Zainoordin |
Dalam keadaan begitu, ahli2 surau, ustaz2 lain dan imam pujuk ustaz ni untuk kembali mengubat pesakit. Sehingga satu kes melibatkan Maria (Nabila Huda) yang dirasuk iblis, ustaz Adam turun jugak untuk bantu ubat tapi iblis merasuk tu memang powerful (tp tak boleh lawan Allah swt) sehingga beberapa kali jugak ustaz Adam kena datang rumah dia. Kita yg menonton mesti syak mak tiri dia yang simpan hantu padahal, mak tiri dia ni risau anak tiri dia asyik stress, depress, sampai dia terpaksa gi jumpa bomoh mintak tangkal (dan kena marah dengan ustaz Adam). Pastu kita jugak sangka tangkal tu yg simpan hantu laknat tu kikiki.
Pastu jom lompat babak akhir terus.
Pastu babak terakhir masa ustaz lawan penyembah iblis, saya tak berhenti beristigfar, terkumat kamit mulut saya beristigfar, dikhuatiri hati saya terikut dialog iblis tu nauzubillah... Macam mana agaknya si pelakon watak penyembah iblis agaknya, bukan senang nak lakonkan watak beserta dialog sebegitu. Dikhuatiri jatuh syirik pulak. Memang habis scene kena solat taubat bak kata abamjohn. Sepertimana pengalaman arwah M Rajoli yang jatuh sakit lepas lakonkan satu watak citer hantu, kata arwah, mungkin badan dia tak boleh terima watak tu. Wallahualam.
![]() |
Masa ni Ustaz Adam sorang2 lawan iblis, hanya Allah tempat dia memohon pertolongan. Hanya Allah. Hanya Allah, tiada yang lain. Allahuakbar! |
Saya respect pada pengarah dan pelakon Munafik iaitu Syamsul Yusof. Kemain berderai airmata dia. Banyak scene pulak tu. Tapi saya harap Syamsul dapat baiki cara dia bercakap. Cuba belajar bercakap macam pelakon otai iaitu Dato Rahim Razali dan A Galak yang mana tutur kata dan susunan ayat mereka teratur dan senang difahami. Syamsul bercakap macam peluru. Terganggu sikit mutu lakonan cewah.
Pelakon lain seperti Nabila Huda - fuhh memang tak dinafikan dia best. Paling tak sangka ialah yg memegang watak penyembah iblis. Tak menonjol sepanjang awal cerita tapi bab last tu fuhhh....
Melalui filem ni, kita belajar bahawa seorang ustaz sekalipun, yg nampak beriman, boleh ada rasa was-was dan ragu-ragu pada ketentuan Allah swt. Dia tak redha dengan kematian isterinya hingga membolehkan iblis mengganggu ketenteraman hidup dia. Hidup dia tak tenang lagi. Setakat hari ni filem ni masih dimainkan lagi kat GSC. Kalau rasa review saya boleh 'pakai', boleh la gi support industri filem Melayu hehe. Bukan setakat sapot aje, belajar la sesuatu. Ai like Syamsul punya filem kali ni. Takde nak gangster2 dah. Pelakon pompuan semua tutup aurat dengan sempurna. Takde tudung singkat dengan baju ketat. Semua berjubah. Perubahan yg sangat baik. Semoga terus menghasilkan filem bagus2 macam ni lain kali.
Sekian. Wassalam.