Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

BERUBAH

$
0
0
Assalamualaikum. 


Saya percaya setiap manusia akan diuji oleh Sang Pencipta. Sama ada dugaan kecil atau besar, dugaan dalam nikmat atau dalam bala, manusia sepatutnya mengambil iktibar ke atas setiap dugaan yang diberi.

Hidup memang macam paku yg melekat pada roda. Kejap roda pusing duduk atas, kejap roda pusing duduk pulak kat bawah. Bila tiba masa, tukang repair tayar cabut paku dari tayar, terkeluarlah si paku dari pusingan roda. Matilah maksudnya. Tapi mati bukan penyelesaian terhadap masalah. Bila dah mati, nak beramal dah tak boleh, hanya yg tinggal ialah amalan dan saham2 yg kita bawa bersama, sama ada saham neraka atau saham akhirat.

Cuba fikir2 balik, berapa kali kita rasa hidup senang, dan berapa kali Allah duga dengan kesusahan? Masa kita senang kita ingat tak pada org susah, dan keadaannya masa kita susah? Bila kita susah pulak adakah kita salahkan org lain kerana jadikan kita susah? Ataupun semasa kita susah, kita melihat ke dalam diri sendiri, apa silap sendiri yg menjadikan kita susah seperti sekarang sehingga Allah turunkah dugaan sebagai 'teguran' buat kita? Adakah semasa kita senang kita lupa dan lalai terhadap banyak perkara?

Jadi sepatutnya kita muhasabah diri, lebih banyakkan taubat, banyakkan doa dan UBAH diri sendiri. 

Bab ubah diri sendiri, tak ramai orang yang buat. Saya melihat melalui mata saya sendiri, ada beberapa yg saya kenal, pernah hidup susah, pernah hidup senang. Masa susah memang mengeluh susah. Tapi terus berusaha untuk jadi senang semula. Allah itu maha pengasih, maha pemurah. Kini dia senang kembali tapi sikapnya tidak banyak berubah. Saya tahu dia suka tolong orang tapi sikap yg satu ni tidak berubah. Percakapannya agak bongkak didengar, sentiasa meninggi diri dan menunjuk2. Allahu... sepatutnya apabila berada di kalangan org yg tak berapa senang, limitkanlah berbual tentang harta benda, tentang kesenangan yg org lain belum tentu ada. Bak kata seorang alim yg saya kenali, kalau kita pakai brg kemas di hadapan org miskin, dan org miskin itu merasa 'sedih' terhadap nikmat yg kita tunjuk yg dia tidak ada, berdosalah kita. Maka, kalau pergi melawat anak yatim atau keluarga miskin walau utk menghulur bantuan, sila berpadalah berpakaian dan berhias ye.

Dan sepatutnya bila pernah merasa susahnya nak beli pampers anak, susahnya nak cari duit dapur, bila dah senang jadikanlah pengajaran. Hargailah nikmat yg Allah kasi walau kita mampu utk bermewah dan bermegah. Dikhuatiri Allah tarik kembali nikmat yg diberi. 

Berubahlah, umur tak banyak dah sisanya. Kita tak tau pengakhiran kita macam mana. Baru semalam kawan abamjohn sambut baby baru. Alhamdulillah. Tapi isterinya yg berumur 41 sebaya saya kini koma dan bernafas dengan alat bantuan. Melahirkan anak secara cesar, semasa cesar air ketuban pecah masuk paru2. Dia sepatutnya bius separuh badan, terus tidak sedarkan diri akibat jantung terhenti beberapa minit. Pendarahan berlaku, hingga team doktor tersebut terpaksa buang rahim isterinya, tanpa persetujuan suami. Apa yg boleh dibuat hanyalah berdoa banyak2, semoga Allah mudahkan setiap urusan keluarga ini. Namun beruntunglah si isteri yg bertarung nyawa kerana dia kini bersih bagai bayi yg dilahirkan wallahualam. Kita?

Syurga itu sangat mahal harganya. Dengan apa kita akan membayarnya kalau bukan dengan amalan baik kita? Allah dan Rasul s.a.w sangat tidak suka pada org yg sombong di muka bumi. Berubahlah.

Dalam al-Quran, Allah s.w.t turut mengingatkan : "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong , takbur lagi membanggakan diri". - surah al-Luqman : 18.
Allah berfirman lagi : "(Setelah itu) dikatakan kepada mereka : Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong, takbur ialah Neraka Jahanam". - surah al-Zumar : 72.
Rasulullah s.a.w berkata : "Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan". - Hadis riwayat Muslim.
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w berkata : "Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni syurga? Para sahabat menjawab : "Tentu wahai Rasulullah", lalu baginda berkata : "Penghuni syurga adalah orang yang lemah lagi direndahkan orang lain, kalau dia bersumpah (berdoa) kepada Allah s.w.t nescaya Allah kabulkan doanya. Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni neraka? Para sahabat menjawab : "Tentu wahai Rasulullah" , lalu baginda berkata : "Penghuni neraka adalah orang yang keras kepala, berbuat sesuka hati (kasar), lagi sombong perangainya".- hadis riwayat Bukhari dan Muslim.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>