Assalamualaikum.
Nak simpan beg atau bilik? Patut beli 2.
Hari ni nak review pasal produk pulak. Lama tak cerita mekap. Maklumlah sekarang beli mekap setahun sekali. Dulu masa jadi mak andam, alat mekap kemain banyak. Sebut aje apa, semua ada. Dari base, concealer, highlighter, shading sampailah pelbagai warna eyeshadow semua ada. Tapi bila dah pencen, hampir semua pun takde hehehehehe.
Mungkin org tak percaya kalau saya kata mekap saya hanya yang basic saja. Sekarang lepas 3 step pembersihan dan pelembapan muka tu, saya akan guna Air BB Cream jenama Hada Labo dengan SPF50PA+++, pastu saya tepek bedak murah brand Pixy kaler Natural Beige, celak, lipstick. Tak pakai blusher mahupun eyeshadow dan maskara.
![]() |
pinjam bendan.me punya gambar |
Kawan2 saya memang tak percaya saya tak mekap fullset. Diorg sentiasa fikir saya kalau bersiap mesti ambik masa 2 jam. Padahal kalau abamjohn bersiap 5 minit, saya extra 10 minit aje sebab nak pakai tudung punya pasal. Menyiapkan tudung lebih rumit drp menyiapkan rambut hokey. Sebab tu sangat la saya elak pakai shawl belit2 macam2 fesen skrg ni. Dah le leher berpeluh (tak rimas ke?) Nak bershawl ok aje tapi kena pastikan leher saya tak dibelit.
Berbalik kepada brg yg nak dikasi review ni... nama brandnya Missha.
Korea mari. Mula2 BB Cream, pastu CC cream. Pastu ada jugak DD cream yg not so famous tp saya pernah beli jugak order direct dr Korea dan yg latest ialah M Magic Cushion SPF50. Apa benda tu? Bukan kusyen bantal tu tapi mekap. Bedak. Foundation.
Seperti gambar, ada 2 pilihan untuk dipilih. Saya punya M Magic Cushion Moisture (sebab kulit saya kering dan dah mula berkedut) shade 23 - sebab perasan macam mana pun kulit ni putih kononnya, tetap tak seputih awek Korea.
Agak lama tak beli bedak yg bercasing cantik.
plastik cermin tak bukak lagi, tu yg kedut tu |
Span yang disediakan memang best. Span biasa akan serap separuh daripada bedak yg dicalit tapi span yg ni terasa bebaloi duit yg dibelanjakan.
Oleh kerana bedak ni mengandungi pelembab yg melembabkan muka, kena pastikan casing ditutup rapat selepas digunakan supaya ia tidak kering ye.
Macam kusyen. |
Cara pakai, kena tepek2 pelan2 kat muka. Terasa sejuk dia. Lepas pakai bedak ni sebenarnya tak perlukan compact powder dah. Cukup dengan magic cushion ni je. Feeling Choi Ji Woo kejap.
Nak simpan beg atau bilik? Patut beli 2.
![]() |
yg ni pakai BB Cream HADA LABO kegemaran saya. Maafkan hidung berkilat saya |
![]() |
Yg ni pulak selepas MISSHA M Magic Cushion SPF50 |
Sengaja saya pakai MISSHA kat muka belah kanan sebab bahagian kanan lebih banyak freckles yg jelas berbanding kiri. Tapi lepas sapu cushion tu AMACAM? Boleh?
Kalau tanya saya, saya rasa PUAS HATI. Susah nak puas hati dengan mekap sebab kulit muka saya yang kering. Tak tahu kalau Malaysia ada jual tak bedak ni tapi kalau ada pun bukan official punya MISSHA. Nanti berhajat nak ke Korea dan borong macam-macam produk mekap kat sana. Simpan untuk setahun.
Sekian, wassalam.