Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Memilih Tinted Cermin Pulak

$
0
0
Assalamualaikum.

Sebenarnya malas nak cerita hal tinted ni. Tapi sebagai pemberi info sekali lalu melalui blog, saya kongsi la jugak ye. 

Abamjohn bercadang nak pasang tinted kat cermin rumah. Lalu dia panggil la installer untuk ukur semua cermin tingkap dan pintu yang ada. Installer kata, banyak sliding door. Memang le... semua tingkat ada sliding door. Masuk french door kat sebelah ruang makan tu, dan tingkap kat ruang solat dah jadi 5 set. Tak termasuk tingkap2 kecik kat setiap bilik dan dapur. Semua sekali katanya seluas 560sqft (kaki persegi).

french door
Lagipun kalau berniat nak pasang gril, kena la buat tinted dulu. Kebaikan pasang tinted kat cermin ialah supaya rumah jadi redup, penghuni dalam rumah jugak terlindung daripada sinaran UV dan mengurangkan haba kepanasan dan bahang daripada luar. Jangan terperanjat kalau surirumah macam saya pun akan bertompok2 muka walau seminggu sekali baru keluar. Sebab cermin yang tidak berpenapis UV boleh kerosakkan kulit muka jugak tau. Selain daripada itu, cermin tinted ni ada ciri keselamatan jugak. Orang luar tak nampak apa ada di dalam rumah kecuali waktu malam, kena la tutup dengan langsir. Pastu kalau ada yg cuba pecahkan cermin, kena kerja extra sikit sebab ada lapisan tinted ni. Kalau tidak, jadi la macam ni:



Sampai sekarang tak pasti motif pembalingan batu bata ke dalam rumah hmmm... nak mencuri kah? Nak test saja kah? Kalau nak mencuri kenapa tak masuk? 

Sejak kes pecah ni, seminggu dua sebelum pindah saya datang hari2 ke rumah ni dah 'pagar' rumah dengan Al-Baqarah dan masih diamalkan kami anak beranak, semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Aaminn..

Ok berbalik kepada tinted punya cerita, saya bagitau installer saya takmo la rumah saya jadi gelap sampai kena pasang lampu siang malam. Nak redup manja-manja aje. Jadi, antara film2 yang saya shortlisted ialah :







UV Block semuanya 99%. Saya berkenan yang cahaya boleh masuk 50% iaitu kaler Charcoal. Sesuai jugak dengan kaler rumah.  Dulu berkenan sangat dengan cermin hijau. Sampai sudah tak dapat cermin hijau walau ada kesempatan memilih skrg ni. Bukan apa, kalau ikut hati tapi tak ikut situasi, payah jugak. Solar? Solar energy jangan reject habis2 sebab ada brg yg caj guna solar kan.. seperti jam tangan dan kalkulator. Kang leceh asyik nak menjemur kat luar ahhaha. 

Harga? Sekaki persegi RM4. Ada warranty 5 tahun. Made in USA. Pemasangan seluruh rumah 1 hari saja. Survey jugak kalau2 ada yg lagi murah. Tapi kebanyakan yg saya jumpa pun, paling murah ialah RM4 sekaki persegi. Ada yg sampai RM8.00. Kalau dengan installer yang ni, paling mahal dia ada yg solar reject 80% - 100% iaitu RM5.00.

Nanti kalau dah jadi, dan hasilnya memuaskan, insyaAllah saya share lagi kat sini termasuk contact number installer ye. Walau El Nino macam dah berakhir, kebahangan rumah masih terasa. Maklumlah Msia punya tahap humidity mmg la tinggi. Tu yang saper malas pakai *odorono nanti hangit bautiaknya. Pemasangan tinted juga boleh menjimatkan tenaga elektrik kalau mengikut hukum hakam fizik.

Ok uols sampai ke lain waktu. Wassalam.

*odorono = deodorant



Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>