Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Magic Foam Katanya

$
0
0
Assalamualaikum.

Kadang-kadang kita sangka anak kita dah besar, dah boleh diharap untuk mengurus diri sendiri, kemas bilik sendiri dan cuci toilet sendiri sampai bersih (seperti mak dia cuci la). Tapi janganlah harap sangat. Walau umur memasing dah mencapai belasan tahun, pasti kerja diorang tak sama dengan kerja mak diorang yang dah hidup lebih 40 tahun kan? Jadi, untuk memastikan kerja mencuci dan mengemas menepati standard saya, kena la kemas sendiri hahaha.

Kerja mengemas dan mencuci toilet taklah teruk sangat tapi kalau kena cuci semua toilet untuk satu rumah, pengsan wooooo.... Letih nak menyental lantai, mengilatkan jamban, dan segala barang stainless steel yang ada dalam toilet. Jadi saya pun 'terjumpa' kononnya satu alat bantuan untuk memudahkan kerja basuh jamban saya iaitu QuickClean Magic Foam Set, beli 6 botol foam free 2 tube Ex-White gel pada harga RM169 free shipping.



Gara-gara penat cuci jamban seminggu 2 kali, saya pun sangka foam ni boleh la mengurangkan peratusan kepenatan saya. Selepas beberapa hari order daripada GoShop, maka sampailah barangnya. Kemain excited anak-anak saya! Sebenarnya anak-anak saya kan, sejak mengorder magic foam tu, favourite channel diorang ialah GoShop. bangun pagi layan GoShop. Balik sekolah layan GoShop. Habis semua diorg suruh saya beli. 







Tu dia.. 6 tin + 2 free. Kalau dibuat perkiraan, setiap satu item berharga RM21.13. Adakah pembelian ini berbaloi? Adakah magic  foam ini magic? 

Jom testing.

Disebabkan kami belum lagi install Elken POE penapis air luar rumah tu, inilah hasil kepada air tangki kami. Berkapur.
spray Magic Foam. Dalam iklan dia stay kat tempatnya tapi bila kami spray, foam tu jatuh ke lantai. Terasa rugi betul.
Kilat tak? Kilat? Jom tengok dekat2
Amacam? Kena sental untuk bersih sebersihnya. Kalau tidak, inilah rupanya



Jom test Ex-White pulak. Ex-White ni ada terkandung bleach, sesuai untuk tepi2 sinki macam sinki saya ni.


Dah tu tinggalkan beberapa jam. Jam ok... bukan minit. 


Opppssss..... sinki selepas Ex-White lupa nak snap gambar. Sorry ye.

Ok meh saya kasi review. QuickClean Magic Foam ni sebenarnya sesuai sangat untuk menghilangkan kulapuk dan kulat yang melekat kat toilet tu. Jadi, magic foam ni TAK SESUAI untuk saya yang masalah sebenarnya adalah bukan kulapuk atau kulat, sebaliknya kapur dan kesan sabun yang melekat. Tetapi... kalau ikut iklan katanya takyah nak sental2 kan... namun apabila saya sembur foam pastu saya sental, memang stainless steel yg berkapur tu jadi berkilat dan kilatannya kekal berhari-hari. Sementara Ex-White gel pulak, selepas beberapa JAM, memang hitam2 tepi sinki tu hilang cuma tak hilang semua lah. Kena menyental sikit jugak tapi saya risau kalau sealer tepi sinki tu nampak macam menipis aje. Kalau hilang sealer tu, alamat bocor la sinki saya alahaiii...

Dan jugak, kena pastikan tempat yg dispray itu KERINGGGG..... baru la ia bekerja secara optimum. Hmmmmmmm.... dah nama toilet memang la basah.......

Jadi, RM21 untuk satu tin pencuci jamban yang hampir habis di-spray dalam masa sehari oleh anak-anak yang excited sememangnya tidak berbaloi untuk sayalah. Sebaiknya saya kekal menggunakan cream CIF yang harganya tak sampai sepuluh ringgit untuk mencuci dan menyental stainless steel dan jubin bathtub, toilet bowl dan sinki. Anak pun tak excited nak main sampai habis sebotol.

Dan untuk Ex-White pulak, disebabkan kena tinggalkan berjam-jam, pun susah untuk saya buat kerja. Tapi sebab saya tak jumpa substitute untuk ini, saya rasa oklah boleh pakai lagi nanti. Kalau nipis sealer saya, nampaknya kena cabut la sealer lama, letak sealer baru. Confirm bersih hehehehehe.




Jadi, pengajaran untuk saya, jangan mudah terpengaruh dengan iklan. Nak beli steam-Q pun macam tak jadi aje. Kena cari yang betul2 bagus lah baru beli. Tefal kot? Berapa ribu pulakkkk?????? 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>