Assalamualaikum.
Dah berapa hari saya tak bersiaran ye? Biasalah.. sibuk layan hal anak2 dan diri sendiri. Hari Isnin lepas dah boring sangat asyik terperap kat rumah, saya layan diri bawak anak2 dara saya gi Alamanda, pegi tengok periuk2 yang best2. Memang termenung sejam depan periuk. Teringin nak beli tapi tak beli.. nak beli ke tak beli, nak beli ke tak beli... Macam manapun kena buat perbandingan harga dan kos2 terlibat sama ada beli di kedai atau online. Akhirnya tak beli (pospon beli), saya cuma beli Pyrex Bakeware, antara barang dapur yg tersenarai dalam list pembelian untuk dapur saya. Tapi satu perkara yang pasti, keluar rumah menghirup udara shopping kompleks memang satu nikmat hahahaha.
Bawak anak-anak dara saya (all girls only. Boys sekolah petang) gi makan-makan, gi MPH, gi cuci mata sana, gi cuci mata sini, memang seronok. Diorg pun siap cakap, "Dah lama kita tak keluar macam ni kan?". Alahai kesiannya... sejak pindah ni mmg jarang bawak diorg keluar. Kereta selalu abamjohn pakai....
Tapi hari ni bukan nak citer hal shopping. Nak citer kisah karok (karaoke) cara baru yang tengah kemaruk orang semua layan. SMULE. Saya layan gak, cuma KADANG KADANG aje. Nak sampai kemaruk, lupa masak nasik, lupa basuh kain lupa lipat kain cuci pinggan tu naudzubillah takdelah. Mintak jauh... kang kena sound dengan laki pulak sebab melampau2 kan.
Pernah gak terbaca kat FB bagaimana seorang isteri mengadu hal suaminya yang ketagih berSMULE. Dah karok, karok je lah. Tapi sampai buat whatsapp group untuk follower SMULE, gathering bagai... kan mengundang memacam hal nanti? Isteri tu komplen sebab suami dah tak berapa layan anak isteri. Hmm... dah pulakkkk..... Kenapa ek manusia ni bila diberi sikit, dia mesti nak lebih? Man man dah aaaaaa........
Pastu SMULE ni bukan setakat rekod suara, nyanyi berduet, boleh rakam video sekali. Kita boleh tengok muka si penyanyi. Dah tentu2 lelaki no hal nak rakam muka, tapi pompuan mesti kena mekap dulu, yg bertudung kena la melitup litup. Kalau saya la rakam muka yg kepenatan buat keje rumah ni, memang macam mak lampirlah hahahahaha. Kita pulak SMULE masa anak2 dah gi sekolah, masa tunggu Cik Rai balik. Masa tu la masa terbaik nak layan diri. Tak kuasa aaah nak mekap2 bertudung bagai.
Apa-apa pun kegilaan yang didedahkan dalam dunia cyber sekarang ni, gunakanlah secara berpatutan saja. Jgn sampai lalai, tak masak nasi, makan gaji buta, gaduh laki bini, tak study dan sebagainya.
OKlah saya belanja satu lagu duet dengan sepupu muda saya. Masih single. Kembar dia baru menikah semalam hehehehe. Maafkan suara tak sedap. Kalau sedap ai dah lama jadi retis tau.
Sebab saya pemalu, tak kuasa la nak rakam muka. Saya wakilkan BabyBop aje hehehehehe.